Total Pageviews

Saturday, 3 December 2016

Novel- RUN (Bab 1)

Nota kepala penulis: Assalamualaikum dan salam sejahtera semuaaa, :). Ini cerita baruuu. Update secara exclusive untuk pembaca2 di sini. Siapa yang baca ni, kira orang pertama yang rasmi lah. Haha. :). Selamat membaca, semua, :). MAKLUMAN: Update untuk novel ini akan dijalankan pada setiap hari SABTU, bermula pada minggu ini sehinggalah cik penulis kata STOP. Jadi bolehlah jengah2 blog pada hari AHAD. Sebab kalau jengah blog hari Sabtu, mana tahu saya update waktu malam. Penantian jadi tak berkesudahan nanti. Hihi, ^_^. Maaf atas segala kekurangan.




            SAAT memijak lantai KLIA, hati ini terasa berdebar. Kerana apa? Pertama, memijak lantai KLIA pada kali ini bermakna penerbangan tadi merupakan penerbangan terakhir aku dari India.

            Kedua, aku berdebar sebab sudah tentu nanti aku akan berhadapan dengan Atan kerana papa sudah lama menyatakan hasrat yang kami akan pulang ke kampung sebaik sahaja kami tiba di Malaysia. Ketiga, aku berdebar sebab banyak sangat mata sedang memandang aku sekeluarga. Atau lebih tepat, memandang aku. Aku rasa macam nak saja bentak, “What?!”. Mereka tu macam tak pernah tengok manusia.

            Mataku sudah bergerak memerhati keadaan sekeliling, mencari “sepanduk” yang sah-sah akan menghina aku.

            Hah! Dah dapat!

            A girl with striking colour of green and blue highlighted hair, can't speak any Malay word and seriously gothic.

            Kali ini, memang penghinaan yang sangat melampau.

            You're seriously being played by them.” Faena di sebelah berbisik pada telingaku sambil tangannya membetulkan letak duduk fon telinga pada telinganya. Aku menjongket kening dan menanggalkan fon kepala daripada kepala sebelum kugantung pada leher.

            Wajah selamba Atan kutenung sedalam-dalamnya di sebalik cermin mata hitam yang aku pakai. Budak tu... Bukan, bukan budak. Orang tua tu... Bukan, tak tua sangat. Kuli pak su tu... Haaa, sesuai sikit. Kuli pak su tu, memang tak pernah rasa lagi kasut aku. Nak saja aku layangkan ke muka dia.

            Wajah aku selambakan seboleh yang mungkin. Sebab dah lama juga aku tak jumpa Atan. Takkan tiba-tiba aku nak serbu dia? Kali terakhir aku jumpa dia pun, masa umur aku sepuluh tahun.

            Sekarang, umur aku sudah 16 tahun. Dalam tempoh enam tahun tu, aku tak pernah berhubung dengan dia. Tapi aku tahu papa selalu hantar gambar kepada pak su. Selalu juga bercerita perihal kami sekeluarga.

            Aku nampak kelibat Jeana di sisi pak su sedang ketawa. Nampak manis Jeana bertudung dan sopan berbaju kurung. Edy di sebelah Atan, asyik ketawa entah kenapa. Edy nampak ceria. Dah lama aku tak jumpa dia. Rindu jangan kata. Tapi bila nampak Edy macam dah lain, hati rasa jatuh dan jauh tiba-tiba.

            Jeana, Edy... Kenapa kau orang nampak lain sangat? Kenapa kau orang tak nampak macam kau orang yang aku kenal enam tahun dulu? Tanah Malaysia memang benar-benar mengubah kau orang. Tetapi atas alasan apa? Atas sebab apa?

            Hati semakin menjauh...


            “Assalamualaikum, along, kak long. Sihat semua?” Itu sapaan pak su. Pak su mencapai tangan papa, salam dan cium penuh hormat. Kepada mama, dia menundukkan kepalanya. Tanda hormat seorang adik ipar kepada kakak iparnya.

            “Waalaikumussalam. Alhamdulillah, sihat.” Itu balasan papa.

            Aku capai tangan pak su, salam dan cium. Sekurang-kurangnya, aku tahu dia pak su aku. Faeq mengangkat tangan kepada pak su sebagai sapaan. Faena sekadar tersenyum. Pak su tidak kisah. Hanya senyum terhias pada bibirnya.

            Adakah pak su disapa sebagaimana layaknya seorang bapa saudara disapa? Entah. Apa-apa yang aku tahu Faeq lebih tua tiga tahun daripada pak su dan Faena lebih tua satu tahun daripada pak su. Mungkin sebab itu, mereka tidak menyapa pak su sebagaimana aku menyapa pak su.

            Jeana dan Edy menyalami tangan papa dan mama, memeluk dan mencium pipi mereka. Bibir masing-masing menyatakan rindu dan sayang. Menyatakan maaf jika berbuat salah. Terserlah kesopanan mereka di situ.

            Jeana menangis gembira. Edy juga begitu. Meski dia seorang lelaki. Papa dan mama juga. Tangis rindu kepada dua orang cahaya mata yang sudah enam tahun ditinggalkan. Membesar tanpa pengawasan mereka.

            Aku sedar mata Atan, Edy dan Jeana asyik memerhatikan aku. Kenapa? Muka aku ada muka hantu sesat ke? Mulut Atan seakan-akan hendak terbuka.

            “Aku tak tahu pulak KLIA ni silau sangat sampai ada orang kena pakai sunglasses, kan Edy?”

            Dah keluar sedas.

            “Oh... Aku lupa, minah saleh sesat!” sambung Atan lalu tawanya meletus.

            “Dia takkan faham cakap orang Melayu ni, Edy...” tokok Atan lagi.

            “Atan, agak sikit... Adik aku tu,” tukas Edy, membelaku. Edy tersenyum kecil dengan mata memandangku. Atan menggeleng, mengangkat kedua-dua belah tangan separa telinga tanda menyerah. Menyerah, tetapi buat sementara waktu.

            Still the old Izzat Irvin. Time doesn't changes you at all, ey?” sinisku sambil mengalihkan cermin mata hitam daripada wajah. Cermin mata itu kusisipkan ke dalam poket jaket kulit yang tersarung pada tubuh lantas mata melingas merenung wajah Atan yang sudah berubah matang. Sangat matang.

            Still the old Runnisa too. Or should I say, the worser Fakhrun Nisa. Time doesn't changes you better at all, aite?” Sarkastik nada suara Atan. Runnisa ialah nama panggilanku, di mana 'Run' disebut seperti perkataan 'run' yang bermaksud lari dalam bahasa Inggeris.
"Well, fair and square enough, I guess," balasku, tidak mahu terdiam apabila dipangkah oleh Atan.

            Always,” kata Atan. Atan, bukan seorang pembuli yang mudah kalah. Setiap kali bersinis dengannya, pasti dia yang akan mengakhiri. Dan aku, Fakhrun Nisa, orang yang akan sentiasa tersenyap dengan kata-kata sinisnya. Kata-kata yang ada ketika meresap sehingga ke dasar hati. Kata-kata yang penuh kiasan, tanpa dapat aku olah maksudnya. Itulah Atan.

            “Bergaduh memanjang. Cuba kalau dalam sehari berkawan sikit. Kau orang ni bukannya orang asing, tiga pupu juga.” Pak Su mula mencelah. Pak Su, atau nama sebenarnya Nadeem Safiy, individu penting yang sentiasa menjadi orang tengah. Bagi Pak Su, menjadi orang tengah antara seorang Irvin dan seorang Runnisa bukanlah sesuatu yang menyeksa jiwa dan raganya.

            “Tak nak.”

            No way!

            Serentak aku dan Atan bersuara menyebabkan Jeana ketawa kecil. Edy dan Faeq juga ketawa. Faena yang jarang-jarang ketawa pun boleh tersengih sambil matanya galak memerhatikan kami. Pak Su, papa dan mama hanya tersenyum sambil menggelengkan kepala masing-masing.

            “Su, bawa budak-budak ni balik kampung dulu. Along dengan kak long ada hal nak selesaikan sikit. Dua tiga hari lagi, along balik,” kata papa. Pak su menganggukkan kepalanya.

            “Yalah, along. Jangan lupa balik pulak. Nanti bertanya lagi mak dengan apak tu,” balas pak su.

            “Mestilah along balik. Dah lama sangat tak jumpa mak dengan apak, su. Rindu bukan sikit,” tutur papa.

            “Okey, kalau macam tu kami beransur dulu,” ujar pak su. Papa mengangguk.

            “Assalamualaikum.” Pak su memberi salam sebelum langkah kami buka menjauhi papa dan mama.

            Entah kenapa, hati terasa kosong. Sayu seketika tatkala melihat senyuman papa dan senyuman manis mama. Mungkin kerana kami tidak pernah berpisah. Langkah kuatur kembali mendekati papa dan mama. Langkah yang lebih laju. Tubuh papa dan mama kupeluk erat. Seerat yang mungkin.

            Entah. Entah bila kali terakhir aku memeluk mereka seerat itu. Seakan-akan seorang anak yang begitu mendambakan kasih sayang ibu bapanya.

            “Nisa, kenapa ni?” soal mama. Aku menggelengkan kepala.

            “Balik cepat. Jangan tinggal kami lama-lama,” balasku. Pelukan kuleraikan lantas aku mencapai tangan mama dan kukucup. Pipinya turut kucium. Kepada papa juga aku buat begitu.

            Entahlah. Entah bila kali terakhir aku berbuat begitu. Apa-apa yang pasti, sudah lama. Sudah lama aku tidak melakukan perkara itu.


            Aku tidak sangka Faeq, Faena, Jeana dan Edy juga berada di belakangku. Masing-masing memeluk, menyalami dan mencium pipi papa dan mama mengikut giliran. Faeq yang pertama, Faena, Jeana dan Edy.

            Ketara perbezaan kami adik beradik. Faeq, Faena dan aku, serta Jeana dan Edy. Bagaikan tiga kelompok yang berbeza. Kalau diminta untuk mengelaskan siapa yang mendapat tempat pertama dalam pertandingan adab dan kesopanan, tentulah Jeana dan Edy, diikuti Faeq kemudian Faena dan aku.

            Aku akui, Faeq jauh lebih baik berbanding Faena dan aku meskipun kami membesar di tempat yang sama. Faeq lebih kenal dirinya, agamanya. Masalah Faeq, Faena dan aku, kami tidak terdedah dengan adab kesopanan.

            Usai bersalam-salaman, langkah diatur kembali mendekati pak su dan Atan yang sedang menunggu. Hati terasa sebu dan hiba. Sempit bagai ingin pecah. Aku tidak pernah rasa selemah ini. Mengapa agaknya?

No comments:

Post a Comment