Total Pageviews

Saturday, 10 December 2016

Novel- RUN (Bab 2)

Nota penulis: Assalamualaikum, :). It's Saturday, guys! As I promised earlier, ni sambungan RUN. Jemput baca semua, :). Maaf atas segala kekurangan.



            PERJALANAN selama lebih kurang dua jam ke kampung halaman ditemani dengan lagu-lagu yang bermain-main melalui fon kepala. Bukan lagu-lagu jiwang karat. Bukan juga lagu-lagu nasyid islamik. Bukan lagu Melayu. Bukan juga lagu empat kord.

            Playlist lagu aku dan Faena kalau dilihat, banyak yang hampir serupa. Pemakaian kami juga begitu. Melebihkan warna hitam berbanding warna-warna lain. Menyukai pakaian dan aksesori yang tampak kasar, dengan stud atau spike bersepah-sepah. Menyukai celak yang gelap di sekeliling mata.

            Apa yang berbeza mengenai kami? Mungkin rambut. Faena lebih suka mewarnakan rambutnya secara kekal dengan warna kulit kacang badam. Ala-ala orang putih. Tetapi aku lebih suka menggunakan warna sementara dengan warna-warna terang dan menyerlah. Rambut aku tidaklah diwarnakan secara keseluruhan. Cukup beberapa jalur sahaja.

            Aku mengangkat pandangan, memandang cermin sisi kereta bagi mengemaskan anak rambut yang terjuntai. Niat di hati terbantut tiba-tiba apabila mata terperasankan pandangan yang sangat tajam. Dia ni lah kan... Memang tak pernah berpuas hati dengan aku atau apa?

            Mata terus kualihkan laju ke hadapan bila jantungku terasa tidak selesa. Pandangan itu tajam tapi terasa sesuatu yang berbeza. Entah apa? Mata pak su dah mengerling semacam ke arahku. Aku memandang pak su sekilas dengan riak wajah yang cuba kuselambakan sebaik mungkin.

            “Kenapa gabra semacam ni Nisa?” soal pak su. Sepantas kilat kepala kugelengkan.

            “Tu yang bibir pucat tu kenapa?” Ya ke pak su ni? Terus sahaja tangan bergerak menyentuh dua ulas bibirku yang kubiar tidak beroles dengan gincu hitam.

            Tawa pak su menghiasi ruang pendengaranku. Aku menjatuhkan tangan. Menoleh ke arah pak su dan...

            Pappp! Satu tamparan kuat singgah pada lengannya.

            “Adoiii!”

            Seisi kereta bergema dengan tawa termasuk tawa pak su. Aku tak tahu pak su sakit atau tidak sebenarnya. 

            Nice one!” ujarku.

            “Tula, nampak sangat hati tengah gabra. Pak su kelentong pun Nisa layan kenapa?” balas pak su. Aku menghadiahkan jelingan tajam ke arah pak su.

            “Jeling, jeling. Korek biji mata tu baru tahu,” tutur pak su, sengaja menimbulkan bibit-bibit pergaduhan antara kami.

            “Koreklah. Buat sup. Pak su makan sorang,” bidasku. Tangan bergerak menekan-nekan butang pemain mp3 di tangan.

            “Tak naklah... Tengok pun dah tahu tak sedap. Dahlah mata coklat!” Pak su ketawa terkekek-kekek.

            “Bukan Runnisa sorang aje, okey? Edy tu nak campak mana? Mata kacang badam!” Elok bicaraku memangkah pak su, tak nak kalah. Edy, seusia dengan Atan. Tujuh tahun lebih tua daripada aku dan dua tahun lebih muda daripada Jeana. Wajah aku dan Edy lebih iras wajah mama. Faeq dan Faena lebih iras wajah papa. Jeana sekata kedua-duanya. 

            “Untung apa mata kacang badam... Cantik. Tak cukup sekali pandang,” tutur Edy selamba. Aku jeling wajah Edy melalui cermin sisi. Silap. Terjeling mata cantik Atan pulak.

            Rasa nak tersedak dengan renungan tajam Atan, pantas aku berkalih pandang. Atan ni kenapa? Mata melampau-lampau jeling aku. Dia memang dari dulu tak pernah nak berpuas hati dengan aku ke macam mana?

            Disebabkan aku tak nak pandanganku asyik tercemar, maka aku pakai semula cermin mata hitam yang aku dah buka tadi. Lagipun, logiklah juga aku pakai benda tu. Sebab matahari pun tengah menyinar elok pada bahagian depan kereta. Sabarlah wahai hati. Tak lama pun kau kena hadap wajah Atan tu.


            MATA memandang jelik hidangan yang terhidang di atas meja. Seriously? Kampung betul! Memang, aku jenis gothic. Tapi bab kebersihan, bab kecantikan, bab kesihatan diri... Kau ingat boleh buat main?

            Ulam? Are you serious? Like really serious?Siap cicah dengan sambal tempoyak dan something called bu-dhu... Something like that.Gulai tempoyak ikan patin? That’s insane! Tak masuk tekak langsung!

            Aku tak mampu nak jadi hipokrit. Nak pura-pura senyum dan makan makanan ni. Tekak aku bukan tekak orang Melayu. Walaupun hampir tiga tahun aku menetap di India, yang makanannya banyak berasaskan rempah ratus, tetapi tekak aku tetap sayang makanan barat. Sebab aku menetap dan membesar di Aberdeen cukup lama.

            Tiga belas tahun, bukan masa yang sedikit. Yang boleh dilupakan begitu sahaja. Banyak memori yang takkan mungkin aku sia-siakan. Terutamanya memori bersama-sama Faeq, Faena, Jeana dan Edy.

            Memori kecil kami. Memori di mana kami bermain dan bergurau senda tanpa batasan. Kerana apa yang kami tahu pada ketika itu, hanya dengan bermain, kami mampu bergembira. Dan waktu itu tak mungkin berhenti berputar. Masing-masing membesar dan mempunyai hal masing-masing.

            Tiada lagi masa-masa bersama di mana kami berkongsi cerita, berkongsi tawa, berkongsi air mata. Pernah terasa masa berlalu dengan sia-sia. Tetapi tak guna jika hanya aku seorang yang peduli.

            Pemergian Edy dan Jeana ketika aku berumur sepuluh tahun kerana mereka telah memilih untuk menetap di Malaysia menambahkan lagi rasa sepi. Kerana pada ketika mereka pergi, kami masih rapat. Cuma Faeq dan Faena yang semakin berubah. Kerana mereka semakin membesar.

            Aku bangun daripada dudukku dan melangkah laju ke dalam bilik yang didiami Jeana. Pintu kututup agak kasar, menghasilkan bunyi yang agak kuat namun tidaklah sampai bakal menggegarkan rumah. Mungkin, agak biadab. Tetapi aku tak pernah kisah perasaan orang. Biarlah orang nak kata apa-apa. Aku tetap aku.

            Tubuh kurebahkan di atas katil. Fon kepala kutarik dan kulekapkan pada telinga. Lagu-lagu kegemaran mula bermain-main dan mulut turut ber-humming mengikut irama lagu. Fikiran mula aktif mengesan kord.

            Tubuh terus kududukkan. Tangan mencapai beg gitar yang tersandar pada dinding. Zip kubuka dan gitar kukeluarkan. Jari tangan kiri mula bergerak menekan tali-tali gitar pada fred, manakala jari jemari tangan kanan mula memetik gitar mengikut alunan yang dikehendaki.

            Pintu yang ditolak kasar dari luar memaksa aku berkalih pandang. Serta-merta jari jemari berhenti bergerak. Gitar kuletakkan kasar di atas katil lantas tubuh kurebahkan semula. Volume mp3 sengaja kukuatkan semaksima mungkin. Biarlah pekak sekalipun. Kalau pekak lagi bagus, tak payah dengar suara dia yang menyakitkan hati.

            Tak sampai tiga saat aku cuba untuk pekakkan telinga aku, pemain mp3 terasa direntap dan rentapan kuat itu menyebabkan fon kepala terlucut dari kepala lantas...

            Tap, tap, tappp!

            Tiga kali terhentak di atas lantai. Mulut aku terus ternganga luas. Sekelip mata, badan dah berdiri tegak di hadapan dia yang turut tegak di hadapanku. Kepala mendongak memandang dia yang sudah jauh lebih tinggi. Kalau dulu boleh lagi nak cakap dengan mata yang sama aras tanpa sesiapa perlu mendongak dan menunduk. Sekarang, aku yang mendongak, dia yang menunduk.

            Alamak! Tertentang mata pulak. Tak apa... Walaupun mata dia cantik dan penuh dengan dendam kesumat terhadap aku, aku takkan kalah dengan helah dia. Biar dia yang kalah dengan mata coklat aku.

            Why don’t you eat?

            Selamba Atan berbahasa orang putih. Aku tahulah mak kau tu orang putih, tapi tak perlulah sampai nak berslanga sangat.

            Because I don’t want to. Why did you threw down my mp3 player?” soalku. Slanga tu aku pekatkan lagi daripada slanga dia. Kes tak mahu kalah.

            Because I always wanted to do that since the very first time I saw you at the airport,” kata Atan. Bisa! Memanglah dia ni berdendam. Memanglah...

            “Tapi tu nyawa saya! Kalau rosak, saya saman awak.” Aku mula membentak.

            Pardon? I can’t understand you. Sorry to disappoint you, but I don’t know any Malay words. Please, English,” kata Atan. Kurang didikan! Dia perli aku? P-E-R-L-I?!

            Pity you! Orang Melayu, tapi tak pandai berbahasa Melayu,” tuturku sambil membongkok. Tangan kanan mencapai pemain mp3 yang sudah terbaring lemah di atas lantai simen beralas tikar getah itu. Malang sungguh pemain mp3, kerana kau sudah berkenalan dengan seorang lelaki durjana. Mujur sangatlah fon kepala aku hanya jatuh di atas tilam yang keras ini.

            Wait! Are you talking to me or yourself? I think it is not a fault for me to speak in English as I’m not fully Malay blooded like you. My dad is a mix of Malay and English while my mother is an Irish.” Sarkastik. Betul-betul sentap sampai ke lubuk hatiku. Tiba-tiba terasa diri ini lemah pula.

            Us! I’m strictly talking about us!” Itu ayat nak tutup kesalahan sebenarnya. Fon kepala dah kugantung pada leher.

            Get out of this room and have your lunch. You should not do that stupid action infront of wan and atok. It is rude for not asking any permission before leaving,” tegas Atan. Aku mencebik. Punggung kulabuhkan di birai katil dan fon kepala kupasang semula pada telinga. Nasib baik pemain mp3 masih berfungsi. Kalau tak, aku saman betul-betul si Atan ni.

            Sekali lagi, tangannya bergerak selamba mencapai fon kepala dan ditanggalkan daripada telingaku. Aku menahan dengan tangan.

            “Apa yang awak tak puas hati dengan saya, Atan?” tingkahku kasar. Atan merapatkan wajahnya dengan wajahku sehinggakan kepalaku terdorong sedikit ke belakang. Tangan terpaksa kupasakkan pada tilam agar tubuh tidak jatuh terlentang di atas katil. Atan ni memang!

            “Awak yang suka mencari fasal, Fakrun Nisa... Jangan cabar saya, Runnisa. Kalau Edy tak mampu. Saya mampu,” tuturnya dengan berbisik. Cukup sinis. Matanya sudah bergerak melatari wajahku menyebabkan aku tersenyap tanpa balasan.

            Now get up and have your lunch!” Serentak dengan arahan tegas itu, terasa tubuh ditarik kuat menuju ke pintu bilik. God! Nak terputus tangan aku! Nasib baik tak terkeluar perkataan yang carut-marut daripada mulut aku. Kalau tak memang aku dah kena backhand agaknya dengan lelaki durjana ni.


            MATA sekadar memerhati nasi dan lauk di dalam pinggan. Atan masih merenungku dengan renungan tajam. Edy, orang terakhir yang bangun dan meninggalkan aku dan Atan berdua di meja makan.

            “Selagi awak, tiga pupu saya yang ego, tak makan nasi tu, saya takkan berganjak daripada meja makan ni,” tutur Atan. Sakit. Menyakitkan hati yang amat. Aku mencelupkan hujung jari dalam air yang mempunyai hirisan limau kasturi di dalamnya sebagai air cucian tangan.

            Perut memang berbunyi. Pedih. Sakit. Aku tak mahu diserang gastrik di sini. Tak mahu menyusahkan orang lain. Tak mahu bergantung kepada sesiapa.

            Aku menguis-nguis nasi dengan hujung jari sebelum mengambil sejemput dan aku suapkan ke dalam mulut. Putih. Kosong tidak berlauk.

            Mulut mengunyah tidak rela. Dah lama tekakku tidak menerima makanan spesies ini. Bukannya mama tidak memasak nasi di rumah kami dahulu, cuma aku yang lebih suka makan di luar mengikut seleraku.

            Nasi yang sudah kukunyah, kutelan dengan terpaksa. Rasa nak termuntah pun ada makan nasi kosong begini. Wajah Atan kukerling dengan hati yang mendidih ibarat air yang sedang dijerang di atas dapur. Atan. Lelaki durjana yang suka menggunakan kuasa umur yang lebih tua daripadaku untuk memaksa aku.

            “Kalau hati tengah mengumpat, apa-apa yang masuk dalam mulut tu takkan rasa sedap pun.” Sedas Atan tembak. Tembakan yang mengenai tepat pada jantungku.

            “Kalau benda dah memang tak sedap, tak ada apa yang boleh mengubahnya menjadi sedap.” Aku pula membidas, tidak mahu kalah.

            “Awak tak pernah berubah, Runnisa. Bila awak nak belajar erti bersyukur? Depan mata awak macam-macam Allah bagi untuk melengkapkan rasa nasi tu. Apa fikiran awak lembab sangat ke sampai tak tahu nak hargai apa yang Allah bagi?” ujar Atan. Pedas. Kali ini, aku tak boleh nak bangkang apa-apa apabila Si Izzat Irvin ini bercakap soal Tuhan. Cukup lima suap aku telan nasi putih yang kosong, tangan kucuci kembali dengan air cucian tangan tadi dan air berwarna merah di dalam gelas aku teguk sedikit. Cukup untuk memuaskan hati Atan, bukan untuk mengenyangkan perut aku atau pun meredakan asid di dalam perutku.

            Selesai, aku terus bangkit daripada dudukku sebelum aku berlalu dari situ. Sempat aku membalas renungan Atan yang tajam dengan jelingan mataku. Sampai bila-bila pun aku takkan pernah suka dia ni wujud. Hanya dia sahaja yang aku kenal, ‘berspesies’ begini. Sungguh.

No comments:

Post a Comment