Total Pageviews

Saturday, 17 December 2016

Novel- RUN (Bab 3)

Nota penulis: Assalamualaikum, guys! It's Saturday! RUN is all ready for you guys to read. Enjoy! Maaf atas segala kekurangan, :). Terima kasih, ^_^.




            MANDI atau tidak mandi? Melalui tingkap di bilik ini, aku melihat Jeana yang sedang melangkah menuju ke bilik air yang terletak secara berasingan dari rumah. Sehelai tuala merah jambu dia sangkut pada bahunya dan tangannya memeluk segumpal baju. Bibirku kemudiannya automatik mencebik.

            Kalau beginilah keadaannya, panaslah macam mana pun Malaysia ni, tidak mandi sepuluh tahun pun aku rela. Gila ke apa nak suruh aku mandi pakai air telaga macam tu? Kalau sepuluh tahun yang lalu, logiklah. Ni dah zaman teknologi, kot! Zaman orang mandi air ‘hujan’. Mana ada orang mandi guna air yang dikaut dari dalam telaga? Manusia sekarang ni mandi pakai air panas daripada pemanas air, bukan lagi air sejuk dari dalam telaga.

            Kepala yang terasa gatal aku garu perlahan. Aku tak akan termakan dengan pujuk rayu badan untuk membersihkan diri walaupun aku terasa cukup rimas dengan keadaan aku sekarang ini. Kalau diikutkan hati, aku ingin berendam di dalam tab mandi selama berjam-jam lamanya. Sumpah!

            Tanganku beralih pula memegang perut yang terasa pedih. God! Kalaulah aku tak terperangkap dalam kampung ni, dah lama aku cari makanan ikut selera aku, walaupun satu apa pun aku tak tahu fasal tempat dekat Malaysia ni. Aku lebih rela sesat daripada menanggung sakit akibat lapar ini.

            Pintu bilik yang tiba-tiba ditolak dari luar menyebabkan aku terus berpaling memandang ke arah pintu tersebut. Shit! Terkejut aku! Dia ni memang durjana! Masuk bilik tak tahu nak ketuk pintu dulu.

            Aku memandang dirinya yang sedang melangkah ke arahku dengan hujung mataku.

            Don’t you know how to knock the door before entering?” Rajin mulutku bergerak, ingin mencari fasal.

            Look who’s the teacher,” bidas Atan, sarkastik.

            What do you want from me?

            Edy called you.” Aku tertawa sinis mendengar bicaranya.

            Since when he didn’t have a mouth to call me by himself?

            You don’t need to be that rude. Just go and meet him, look what’s him into.

            Don’t act like you’re a big brother of mine.

            You don’t have one, except me.

            Aku tersentap mendengar bicara itu. Kalau dia abang aku, habis tu Faeq dengan Edy tu siapa? Tiga pupu aku? Macam nilah kot tabiat orang tak ada adik beradik. Pathetic!

            Aku bangun daripada dudukku lantas aku berjalan menuju ke luar bilik bagi mencari Edy. Malas aku mahu bertekak dengan dia ni. Namun, baru setapak aku melangkah keluar dari bilik ini, bahuku terasa ditolak kasar dari belakang.

            Damn!

            Atan ni memang nak merasa backhand pertama aku agaknya! Langkah kakinya yang selamba menjauhi aku menyebabkan hati aku bagai ingin meletup! Urgh! That insane guy!Tujuh keturunan pun aku takkan mengaku dia ada hubungan darah dengan aku, walaupun sekadar tiga pupu!


            BAGAI orang mengantuk disorongkan bantal, Edy seakan-akan tahu yang aku sedang lapar tahap kebulur dan sesungguhnya dia tahu apa yang aku perlukan saat ini. Bebola mata aku gerakkan memandang Edy di hadapan.

            Who are these for?

            “Siapa lagi yang tekak orang putih melampau-lampau dalam rumah ni?” Atan ni kalau sesaat tak kacau hidup aku memang tak boleh ke? Pergilah balik rumah sendiri! Macamlah rumah dia tu seratus kilometer dari sini? Walhal rumah dia dalam kampung ni juga. Takkan tu pun aku yang dah lama tak balik Malaysia ni nak cerita dekat dia?

            For you, Runnisa. Eat it. I know that you’re starving.

            Hatiku benar-benar tersentuh dengan keprihatinan Edy. Aku ingat dia dah lain... Tapi dia masih sama. Mataku masih memerhati Edy yang sudah mengambil salah satu tempat duduk di meja makan.

            Gosh! Thank you so much, Edy! You’re such a good big brother. As always.” Aku melabuhkan dudukku di atas kerusi berhadapan dengan Edy. Aku lihat bibirnya tersenyum.

            You are pampering her too much, Edy. She needs to know how to survive. Budak ni agaknya kalau perang, mati bukan sebab kena tembak, tapi sebab kebulur.” Sindiran Atan tidak aku hiraukan. Yang penting Edy masih prihatin dengan kebajikan aku.

            “Macamlah kalau perang, sumber makanan tu wujud lagi,” gumamku perlahan setelah makanan yang kukunyah sedari tadi selesai kutelan. Aku tak boleh kalah begitu sahaja. Mestilah aku akan balas walau tidak didengarinya.

            You don’t even know how to diffrentiate what you can or can’t eat, Runnisa. That’s why you didn’t eat those cassava wan cooked for tea time.

            That kind of food is just not my type!

            This is the first and the last time Edy will help you out. You will only have two choices after this. Eat what wan cooks or suffer from your gastritis.

            Or buy the food by myself.” Disebabkan tidak puas hati dengan pilihan yang dihulur Atan, aku menambah pilihan aku sendiri. Ya, aku lagi sanggup bersusah payah untuk dapatkan apa yang aku nak.

            Using your own money and your own transport. None of us will sympatize you, even if you beg.”Urgh! Sarkastiknya Atan ni! Dia fikir aku akan merayu dan melutut dengan orang-orang dalam rumah ni? Jangan harap! Sekali pun aku takkan buat!

            Mataku bergerak memandang Edy di hadapan. Dia sekadar tersenyum kecil mendengar perang mulut antara aku dengan Atan. Memang tak ada sesiapa ke dalam dunia ni yang berani nak masuk campur apabila Atan dan aku bergaduh selain pak su?


            RUNNISA, are you going to take your bath?”Setelah seharian, keluar pun suara emas Jeana. Sepanjang hari ini, tidak sedikit pun dia bercakap dengan aku, sehinggalah saat ini. Aku mengangkat pandanganku memandang dirinya yang sedang sibuk merenung buku di hadapan matanya. Sempat kulihat tajuk buku tersebut.

            #HENSHIN

            Okey tak kisah. Buku bukan selera aku.

            What?

            Are you going to take your bath?” Jeana mengulang soalannya tanpa memandang aku.

            Using that well water?” soalku, bernada jijik. Sesiapa sahaja boleh mengesan nada bicaraku itu. Saat ini Jeana mengangkat pandangannya memandang aku. Ada senyum kecil pada bibirnya.

            It’s not like you have to take the water out of the well. There’s a tap there,” jelas Jeana. Aku terkaku. Ada pili? Okey, satu penambahbaikan. 

            But still, I’m not gonna risk my life there. Who knows what’s in there.

            And who knows what’s on your body now. Thousands of fungi maybe...” Jeana cuba menakut-nakutkan aku dengan riak wajahnya sekali. Ah! Dia sangat tahu yang aku sangat mementingkan bab kesihatan dan kebersihan.

            I’ll accompany you there since it is getting darker. This offer comes once. Now or never,” tawar Jeana.Aku diam. Badan dah memang terasa gatal sedari tadi. Kulit kepala pun dah rasa macam nak lari dari kepala.

            Okay. But swear to God that you will not leave me no matter what!

            “InsyaAllah. Jom!”

            Aku terpana. Jeana...

            InsyaAllah.

            You never pronounced that before!

            Swear to God.

            Itu hanyalah ungkapan untuk berjanji yang selalu kami gunakan dahulu. Ia bukan bermakna bahawa kami perlu berjanji dengan Tuhan, tetapi ia adalah ungkapan supaya kami tepati janji yang kami lakukan.

            Ah! Apa yang sibuk aku fikirkan?

            Jeana sudah pun menanti di pintu bilik.

            Bring your clothes along. Atan is around,” pesan Jeana siap-siap. Aku mengangguk. Aku pun tak sanggup nak berkemban dari luar nak masuk ke dalam rumah. Kalau di dalam kampung ini hanya rumah ini sahaja yang ada, mungkin aku akan buat. Tetapi disebabkan ini kampunglah, aku takkan buat.    


            JARI jemari tangan kananku bergerak menggaru pelipis yang terasa gatal, kemudian lengan kiriku, dan kemudian cuping telingaku. Daripada mengiring ke kiri, aku ubah iringanku ke kanan. Mataku khusyuk merenung Jeana di sebelah, yang begitu lena tidurnya. Dia ni ada penebat daripada nyamuk ke macam mana?

            Bunyi yang bingit pada telinga kiriku benar-benar menambahkan bengang di dalam hati. Tangan bergerak melibas-libas angin untuk menghalau serangga vektor yang ramah ingin ‘berkawan’ dengan aku.

            Bloody hell! Damn you, nyamuk!

            Masa-masa beginilah mulut dan hatiku ringan sangat nak menyumpah seranah.

            Tangan kanan masih sibuk bergerak menggaru kawasan-kawasan yang terkena gigitan kasih sayang nyamuk. Tangan kiri pula sibuk menyentuh skrin telefon di tangan. Aku sedang berhubung dengan teman-temanku di Aberdeen dan sesungguhnya sedikit pun aku tak mahu ceritakan mengenai perihal aku berada di tempat yang sebegini. Satu sahaja perkara yang serasi dengan aku di sini, iaitu liputan Internet di sini ingin berkawan baik dengan aku. Kalau liputan Internet pun lagi lembab dari siput khinzir, mungkin lari dari rumah ialah perkara yang pasti aku akan buat.

            Urgh! Stop it! This is really killin’ me!

            Aku akhirnya menyelubungkan diriku dengan selimut pada tubuh yang pada asalnya hanya menyelimuti separuh daripada bahagian tubuhku. Sumpah aku tak tahan! Pertama kali seumur hidup aku kena terima salam perkenalan daripada nyamuk sebanyak ini. Entah berapa ribu bintat yang sudah muncul pada tubuhku.

            Walaupun sudah berkelubung begini, aku tetap digigit lagi. Nyamuk ni pun satu hal, apa yang tamak haloba sangat? Nak hisap darah aku sampai perut kau pecah ke macam mana? Ke kau panggil sanak saudara kau sekali, buat kenduri?

            Akibat tidak tahan menanggung kegatalan, aku akhirnya bangkit daripada pembaringanku lantas nafas kuhembus kasar. Telefon di tangan aku genggam erat tanda geram yang teramat sambil langkah kuatur laju menuju ke pintu bilik. Selak pada pintu bilik itu kubuka dan aku melangkah keluar dari bilik yang dihuni Jeana ini. Pintu bilik kurapatkan kembali dan di dalam gelap itu, aku berjalan turun ke bawah dan menuju ke pintu gelangsar yang menghubungkan ruang tamu rumah dengan balkoni.

            Reka bentuk rumah ini agak unik di mana aras tiga rumah menjadi ‘aras dua’ dan aras dua ditambah di bahagian belakang, di pertengahan aras bawah dan aras tiga. Entahlah. Mungkin itu ayat yang paling sempurna untuk mengungkapkan reka bentuk rumah ini walaupun aku sendiri sukar untuk memahami ayat aku.

            Bilik yang Jeana huni dan ditumpangi aku sekarang terletak di aras dua, di sebelah bilik atuk dan wan. Dua bilik yang masing-masing dihuni Faeq dan Edy, Atan dan pak su terletak di aras tiga dan bilik tetamu yang dihuni Faena terletak di aras bawah.

            Cukup keluarga kami balik sahaja, sudah penuh bilik-bilik di rumah atuk. Urgh! Tak sanggup aku nak bayangkan bagaimana keadaan berhari raya di sini dengan adik beradik papa yang seramai tujuh orang itu. Bencana terbesarnya ialah papa merupakan anak sulung dan papa merupakan anak yang pertama berkahwin, di mana ini bermakna sepupu-sepupu aku masih baya-baya kanak-kanak Ribena.

            Why are you thinking about this crap at this hour, Runnisa? It’s not like you are going to stay here forever. Papa and mama will bring you back to KL at the end.

            Punggung kulabuhkan di atas sofa yang tersusun di balkoni. Fikiran mula mengimbas kembali setiap momen teruk yang aku hadapi hari ini. Terutamanya momen dikutuk dan diperli Atan. Juga tidak ketinggalan, momen terburuk aku menerima salam perkenalan makhluk alam Animalia yang tak pernah sekali pun aku berharap untuk jumpa.

            What the...?! Hell no! Damn! Shit! Jeana!” Objek yang memberatkan kepala itu benar-benar membuatkan aku geli tahap ekstrem!

            What?!” Suara Jeana kedengaran cemas lantas cepat-cepat dia menerpa masuk ke dalam bilik air ini. Mujurlah awal-awal lagi Jeana dah suruh aku berkemban dengan kain batik.

            Oh God! Oh God!” Mata dah terasa panas pada masa ini. Buatlah apa-apa gaya pun, lompatlah macam mana pun, apabila nak terjatuh sahaja, objek yang lembik itu berpaut semula untuk kembali ke tempatnya.

            “Arghhh! Mana datang tu Runnisa?” Jeana pula yang kelihatan takut melihat apa yang berada di atas kepalaku. Air mata aku meleleh juga akhirnya. Jeana yang melihat aku pun ikut menangis. Dua-dua tak berani nak buat apa-apa untuk halau objek itu.

            Tok! Tok!

            Aku tak tahu apa yang diketuk. Tapi aku yakin ada orang di luar bilik air ini.

            “Kenapa menjerit masa maghrib ni?” Suara Atan. Nasib baik dia tak buat perangai durjana dia yang suka menerjah itu.

            “Ada katak!” Jeana menjawab bagi pihak aku yang sudah tidak mampu untuk bersuara.

            “Kat mana?”

            “Atas kepala Runnisa,” jawab Jeana.

            “Jap.”

            God! Nak sekejap apa lagi? Aku dah macam separuh mati kena buli dengan katak ni, dia boleh suruh kami tunggu lagi? Perangai durjana dia tu tetap ada walaupun dalam keadaan macam ni.

            “Kak de, saya masuk dalam, ya?” Akhirnya selepas beberapa ketika, aku terdengar lagi suara Atan.

            “Sekejap!” Jaena seakan-akan tersedar sesuatu lantas dia bergerak mengambil tuala berwarna ungu lembut yang kusangkut pada penyangkuk dan dia letakkan di atas bahuku. Barangkali untuk menutup bahagian yang terdedah. Yalah, kalau pada hari-hari biasa pun, aku tidak pernah pakai baju yang terdedah-dedah ni. Tak kena dengan selera aku.

            “Okey, masuk.”

            Aku tak tahu apa rupa aku sekarang ni dan aku tak kisah fasal semua tu. Yang paling penting ialah katak di atas kepala aku perlu pergi sekarang juga.

            Atan menghampiri kami dengan tangan yang dimasukkan ke dalam sehelai plastik lantas katak di atas kepalaku dia tangkap dan tangannya dikeluarkan daripada plastik tersebut serayaplastik yang mengandungi katak itu diikat.

            First day dekat sini, dah ada bonding dengan alam. Sekurang-kurangnya, adalah juga benda yang sayang dengan perangai kau,” ujar Atan lantas terus dia berlalu pergi dari sini. Sikit pun dia tak pandang muka aku.

            Urgh! Kalau tak ada ayat untuk menyakitkan hati aku, memang tak sah! Aku tidak mempunyai masa untuk membalas kata-katanya kerana fokusku hanya satu, iaitu untuk menyental rambut aku yang menjadi tempat persinggahan makhluk daripada alam Animalia itu tadi. This is so sucks!

            Aku mengetap bibir menahan geram memikirkan betapa bersusah-payahnya aku mencuci rambutku ketika itu. Sungguh, aku dah tak boleh tahan lagi untuk menetap di sini.

            When will all this crap ends?!

No comments:

Post a Comment