Total Pageviews

Sunday, 25 December 2016

Novel- RUN (Bab 4)

Pesan penulis: Hey, guys! :). Assalamualaikum. I know, I'm late for this update. Saya minta maaf. Agak sibuk hari ni. Sepanjang hari jadual penuh. Waktu pagi saya jumpa sahabat yang dah lama tak jumpa. You know when sahabat2 perempuan berkumpul, maka berbualnya boleh tahan hebat. Then tengah hari ada jemputan kenduri kahwin. Since it is school holidays, hari ni saja di kawasan saya dah ada 5 kenduri. Keluarga saya dapat 3 jemputan. Then sebelah petang pergi jalan2 ngan family since my bro is back. Then sebelah malam my atuk, nenek, aunts, uncle, cousins datang. My cousins jenis kanak2 ceriang so memang mustahillah nak hadap laptop. Sekali saya buka, habis ditekan-tekannya keyboard ni. Jadi tengah2 malam pukul 12 nak ke 1 ni barulah ada masa nak update (sepupu2 pun pukul 12 barulah masing2 penat bermain dan surrender atas toto). Masa saya update ni dah masuk Ahad, tapi halal je lah ye? Maaf sekali lagi, guys, :). Selamat membaca, ^_^.




            BUNYI-BUNYIAN yang dihasilkan alam sedikit sebanyak menyebabkan hati aku mula surut panasnya. Mata bergerak merenung bulan penuh yang terang bercahaya. Kemudian bintang-bintang yang bertaburan menemani bulan aku pandang satu per satu. Bercahaya dan malap, bercahaya dan malap.

            Satu lagi perkara yang aku suka ketika berada di sini ialah apa yang ada di sini, tidak aku dapat baik di Aberdeen mahupun di India. Bunyi-bunyian alam pada waktu malam begini mustahil untuk aku dengar di sana dan sukar untuk aku pandang satu per satu bintang di sana. Sukar untuk aku perhatikan bercahaya dan malapnya bintang di sana.

            Sambil mata bergerak merenung langit, tanganku sibuk menggaru-garu bekas gigitan nyamuk pada wajah. Gatalnya! Tunggu ajelah nyamuk, aku akan balas dendam dengan Ridsect. Tak sabar aku nak tengok berpuluh-puluh ekor nyamuk mati berselerakan di atas lantai.

            Mata kualihkan memandang rumah sebelah apabila telinga tiba-tiba menangkap bunyi yang mengejutkan aku. Macam bunyi pintu kena tendang. Gosh! Nasib baik tak tercabut jantung aku apabila melihat kelibat berwarna putih yang keluar dari pintu utama rumah itu. Manusia rupanya. Yalah, dekat sini tak ada halloween, apa tak seram kalau nampak ‘benda’ macam tu?

            Eh? Apa dia buat pukul dua pagi pakai benda berwarna putih tu? ‘Benda’ yang mama selalu guna untuk solat. Apa eh nama benda tu?

            Mataku seakan-akan dipukau untuk terus merenung jiran sebelahku itu. Dia melabuhkan duduknya di atas buaian lantas tangannya di sebalik ‘benda’ itu dikeluarkan. Aku nampak dia memegang senaskhah buku.

            Aku sedikit terpana saat pandangan mata kami berlaga. Cantiknya dia! Dari sini, jelas sekali dapat kulihat sepasang matanya yang bundar dan bersinar. Kalah kawan-kawan aku dekat Aberdeen kalau macam ni.

            How come she can look so flawless for a village girl like that?

            “Hai! Anak saudara Pak Su Nadeem, ya? Dari India?” Pagi-pagi buta begini, ramah pula gadis itu menegur aku. Aku sekadar tersenyum. Tak kuasa nak melayan sebenarnya. Tapi salah aku juga. Siapa suruh aku tenung dia macam aku kena pukau? Mestilah dia rasa tak aman ditenung macam tu.

            Yup,” jawabku, sekadar berbasa-basi.

            “Saya Iffah Safa’, panggil saya Bunga. Cucu Nenek Khadijah. Awak mesti Fakhrun Nisa, kan? Runnisa?”

            Aku sekadar mengangguk menjawab pertanyaannya. Macam manalah dia boleh tahu nama aku? Satu lagi, nama dia punyalah sedap, panggil Bunga saja? Bunga. Like, flower? Seriously?

            “Pak Su Nadeem ada cerita fasal awak dekat saya dengan Nek Jah. Awak duduk sini berapa lama?” soal Bunga.

            Depends. I’m waiting for my parents to fetch me up.” Dia faham atau tidak, itu belakang cerita. Lagipun, bukannya aku nak sangat beramah mesra dengan orang pada waktu begini.

            “Oh, tak lamalah, ya? Okay, I’m sorry for bothering you at this hour. Good night, Runnisa.” Aku sekadar mengangguk mendengar bicaranya. Petah juga dia berbahasa inggeris. Ada slanga British pula tu! Dari mana dia belajar sedangkan duduknya dia di dalam kawasan kampung begini?

            Mata kualih memandang telefon di tangan apabila dia kulihat sudah mula membuka buku di tangan dan fokusnya ditumpukan pada buku itu. Memerhatikan telefonku, barulah aku mendapat idea bagaimana dia boleh begitu fasih berbahasa inggeris.

            Oh, nothing to be weird of. Internet.

            Baru sahaja aku berura-ura untuk hanyut dalam laman Whatsapp, telingaku menangkap suara Bunga sedang... Sedang apa eh? Entahlah. Tapi yang aku tahu, papa dengan mama memang selalu buat di rumah. Setiap kali selepas solat keempat, setiap hari.

            Aku? Bukannya mama dengan papa tak ajar dan bukannya mama dan papa tidak menyuruh. Tetapi apabila telingaku sudah semakin tebal mendengar suruhan yang malas untuk aku lakukan, maka hari-hariku lebih banyak dihabiskan di luar rumah baik di studio, mahupun melepak bersama-sama kawan-kawan aku.

            Selalunya, hanya papa dan mama yang berada di rumah. Faeq bekerja. Faena juga. Jadi kalau papa dan mama ingin membebel, akulah yang harus menadah telinga. Kerana sudah terlalu tepu otakku dengan segala leteran dan teguran, maka masaku juga turut lebih banyak dihabiskan di luar rumah.

            Sudah beberapa kali kemudahan telefonku ditarik dan aku tidak dibenarkan keluar rumah sebagai hukuman, tetapi tamat tempoh hukuman, aku buat lagi tabiat suka keluar rumah, sehinggakan akhirnya aku sendiri sudah lali dengan hukuman itu. Tambahlah apa-apa hukuman baharu pun, aku takkan serik daripada menghabiskan masaku di luar rumah.

            Aren’t you asleep yet?”Suatu teguran yang datang dari arah pintu gelangsar rumah ini memaksa aku untuk berpaling dan pandangan aku pakukan merenung Atan yang berjubah putih. Dia melangkah ke arah pagar balkoni rumah dan duduknya dilabuhkan di atas pagar itu. Sekilas, dia memandang jiran sebelah yang sedang sibuk dengan aktivitinya.

            Can’t sleep.

            Why? Did the frog appears in your dream?

            Bagus pula Atan malam-malam macam ni. Tak ada pula nak cari gaduh dengan aku beria-ia.

            Kinda,” jawabku. Aku sedang malas untuk bergaduh kini. Jadi, sekiranya Atan berbuat baik denganku, maka baiklah yang aku balas.

            The mosquitoes really loves you.

            Well at least there’s something who loves my attitude, right?” Aku menggaru-garu muka yang terasa gatal dan kemudian lenganku. Bukannya aku tidak nampak bahawa kulitku sudah pun kemerah-merahan, tetapi kegatalan ini benar-benar menggangguku. Kalau berparut pun, nantilah baru aku fikir nak hilangkan parut tu.

            Atan melepaskan tawa sinis.

            You can get scars if you keep on scratching like that.

            How I wish that those mosquitoes hate me like you did.” Sempat mataku mengerling Atan saat menutur bicara itu. Atan diam, tidak membalas apa-apa. Maknanya betullah tu dia memang benci aku dari dulu lagi.

            You better get back to bed.

            I’m not gonna surrender that easy.

            Didn’t Jeana put on the mosquito net?” soal Atan kepadaku.

            No. Those mosquitoes are her friends. So Jeana is not their victim,” jawabku.

            Atan terus bangun daripada duduknya dan berlalu pergi. Barangkali dia ingin masuk tidur. Tapi takkanlah Atan tak tidur lagi? Dah pukul dua lebih dah pun. Entahlah. Mungkin dia sama spesies dengan jiran sebelah ni kot?

            Lima belas minit berlalu, Bunga di rumah sebelah sudah selesai dengan aktivitinya dan selepas itu dia terus menghilang ke dalam rumahnya. Bunyi-bunyian alam kembali mengisi pendengaranku menyebabkan aku terasa mengantuk yang teramat. Oleh kerana sudah beberapa kali aku tersengguk, aku akhirnya bangkit daripada dudukku dan mengunci pintu gelangsar sebelum aku melangkah naik ke bilik.

            Selepas masuk ke dalam bilik dan menutup pintu, aku berjalan menghampiri katil. Dari tadi lagi aku perasan bahawa katil itu nampak lain dari jauh. Sampai di hadapan katil itu, barulah aku sedar bahawa kelambu nyamuk sudah terpasang.

            Jeana yang kusangka sedang tidur, tiba-tiba sahaja mengeluarkan suaranya yang kedengaran serak, “Sorry, because I forgot to put on this mosquito net earlier.

            Aku menyelak kelambu dan memboloskan diriku di sebalik kelambu itu lantas tubuh kurebahkan ke atas katil. Lengan tangan kanan yang masih memegang telefon kudaratkan di atas dahi. Jari-jemari menggenggam erat telefon dalam pegangan. Mata merenung atap rumah.

Suara Jeana seakan-akan masih mamai. Mustahillah Jeana yang bangun dan pasang kelambu nyamuk ini... Jika bukan Jeana, siapa lagi yang tahu bahawa aku sedang bermusuhan dengan nyamuk?

Dia?

            Like seriously?! Kalau ditunjukkan sepuluh bukti pun aku akan geleng kepala dan mengatakan bahawa bukti itu dipalsukan. Mustahil Atan durjana itu boleh menjadi baik seperti malaikat tiba-tiba!

            Aku menggelengkan kepalaku. Akal kuwaraskan. Apasal fikiran aku tiba-tiba baik sangat untuk memikirkan kemungkinan bahawa Atan yang buat semua kebaikan ini? Kenapa tak aku jodohkan sahaja tak berhati perut dengan Atan dan Atan dengan tak berhati perut? Ya, tetapkan begitu, Runnisa. Jodoh Atan dengan tak berhati perut memang sangat kuat.

            Mata kupejamkan. Nikmat tidur dalam keadaan tanpa nyamuk ni aku manfaat sebaik mungkin. Tak tahu lagi sama ada esok aku masih dapat tidur seaman ini atau tidak.

No comments:

Post a Comment