Total Pageviews

Saturday, 7 January 2017

Novel- RUN (Bab 5)

Pesan penulis: Assalamualaikum semua, :). Hari ni Sabtu, maka macam biasa, terpaparlah si RUN ni dalam blog. Dah sampai bab 5 setakat ni. Cik penulis ni pun tak tahu lah baik hati tahap mana nak bagi baca ni sebab tengok macam tak ada sambutan sajaa~ Hmmm... Susah untuk diungkapkan dengan kata-kata. Apa-apa pun selamat membaca, selagi wujud. Mohon maaf atas segala kekurangan, ^_^.




            “ADIK...” Suara wan kedengaran lembut menerjah telingaku. Adik? Wan memanggil aku kah?

            “Tak apalah, wan. Biar kak de kejut adik.” Suara Jeana bernada lembut. Barangkali dia sedang berbicara dengan nenek kami. Apa yang hendak dipelikkan? Bukankah dia dan Edy mendapat tempat pertama dalam kelas adab sopan?

            “Runnisa.” Suara Jeana pula menampar gegendang telingaku. Panggilannya disertai dengan sentuhan lembut pada bahagian pipiku. Beberapa kali aku terasa pipiku ditampar perlahan.

            Dalam enggan, aku membuka mataku. Terpisat-pisat aku menahan silau yang menerjah bebola mataku. Aku sempat memandang ke arah Jeana yang sedang membuka tingkap bilik ini. Matahari pun tak muncul lagi. Apa yang dia sibuk sangat menyeru nama aku? Nak suruh aku bangunlah agaknya, sebab itulah lampu bilik pun dia hidupkan. Tidak mampu bertahan, aku memejamkan kembali mataku. Tidak tahukah Jeana betapa aku kekurangan rehat akibat berperang dengan nyamuk semalam?

            “Hmmm...” Aku bertanya dengan nada malas. Apa sahajalah tujuan Jeana mengejutkan aku semasa matahari belum naik begini?

            “Bangun, solat subuh.”

            Dum!

            Tiba-tiba terasa sesuatu menikam dadaku. Tepat mengenai jantungku. Seakan-akan sebentar tadi ada petir yang memanah aku dengan harapan panahan itu boleh membunuhku. Hilang segala perasaan kantuk yang memenuhi ruang jiwaku sebentar tadi.

            Aku diam dengan mata yang masih terpejam. Kalaulah tadi niat aku untuk menyambung semula lenaku, kini niat itu sudah terbang entah ke mana. Aku langsung tidak boleh menghanyutkan diriku dalam kantuk. Telingaku dan setiap inci tubuhku seakan-akan mula peka terhadap apa-apa perubahan yang bakal berlaku di sekelilingku biarpun mataku sedang aku pejam.

            “Bangunlah, solat subuh.”

            Sekali lagi, Jeana bersuara menyuruh aku menunaikan solat.

            Aku tidak tahu mengapa, tetapi bibirku automatik terkunci untuk membidas apa-apa. Jika di Aberdeen mahupun India dahulu ketika mama mahupun papa mengejutkan aku untuk menunaikan solat, ringan sahaja mulutku menjawab malah meninggikan suara pun pernah. Dan sungguh, dalam setahun, adalah sekali atau dua aku menurut apa yang disuruh. Itu pun, kerana aku mematuhi syarat yang mama dan papa tetapkan untuk aku mendapatkan apa-apa yang aku inginkan.

Hukumlah apa-apa pun, apabila sekali sudah aku tetapkan bahawa perkara itu malas untuk aku lakukan, maka sampai bila-bila pun itulah yang menjadi pegangan hidup aku.

Lama aku menanti untuk mendengar lagi suara Jeana, namun penantian aku tidak mempunyai buahnya. Mata kubuka sekecil yang mampu untuk melihat apa yang sedang Jeana lakukan.

Oh, dia sedang solat. Patutlah dia sudah senyap.

Selesai dia menunaikan solatnya, dia menadahkan kedua-dua belah tangannya, persis seperti apa yang mama selalu lakukan. Bibirnya bergerak-gerak dengan suara yang berbisik. Aku tidak tahu apa yang menekan jiwanya sehinggakan air matanya mengalir membentuk anak sungai pada pipinya. Hidungnya memerah. Tangisnya benar-benar bersungguh. Jelas perlunya dia kepada Tuhannya...

Jeana... You never did all these before. How can things here change you?


“TERSERAHLAH, Runnisa. I’ve woke you up and I know that you are awake. It’s up to you now. Get your prayer done or do whatever you want. Kalau nanti Dia tanya, jangan heret kak de bersama, kerana pada dasarnya, adik sendiri yang tak ada rasa.”

Sampai sekarang, aku masih belum boleh melupakan kata-kata terakhir Jeana kepada aku ketika dia mengejutkan aku pada pagi semalam. Ya, kata-kata terakhir kerana selepas itu sehingga kini, dia tidak lagi mahu bercakap dengan aku walaupun kami menetap di dalam satu bilik. Masing-masing dengan hal masing-masing.

            Sudah hari ketiga aku berada di sini tanpa sebarang tanda bahawa mama dan papa akan pulang dan menjemput aku untuk keluar daripada kepompong yang sangat melemaskan jiwa aku ini.

            Kalaulah mama dan papa membekalkan wang yang cukup untuk aku, pastilah aku tidak perlu merasa sengsara menelan makanan yang tidak menepati seleraku. Kalaulah Atan tidak begitu mengongkong, pasti sudah lama Edy menolongku. Kalaulah Atan berhenti memerli dan mengutuk pastilah aku tidak perlu berasa geram selama 24 jam dalam satu hari.

Mujur juga pada hari ini Atan tiada kerana dia pulang ke rumahnya. Jika tidak, mungkin keadaan mentalku akan bertambah memburuk akibat selalu beremosi apabila berperang mulut dengannya.

Faeq tiada di dalam rumah ini. Dia sudah mula bekerja di Malaysia sejak semalam lagi. Menurut kata Edy, Faeq boleh mendapat kerja dengan cepat kerana dia bekerja dengan syarikat lamanya juga, cuma cawangan yang berbeza. Aku tidak begitu rapat dengan Faeq memandangkan jarak umur 13 tahun yang membezakan kami dan dia pun bukanlah jenis seorang yang suka menunjukkan perasaannya dan dia juga tidak banyak bercakap.

            Faena juga seperti Faeq. Dia tiada di dalam rumah ini kerana bekerja. Jika Faeq sudah bekerja seawal ini, aku tidak pelik kerana alasan Faeq sangat wajar sementelah kerjayanya di India pun bukanlah kerjaya biasa. Faeq merupakan Pengarah Kreatif di syarikatnya. Pada usia Faeq seawal 29 tahun, menjadi seorang pengarah ialah sesuatu yang boleh aku banggakan. Memang aku tidak nafikan, Faeq mempunyai minda dan jiwa seni. Masuklah ke dalam biliknya. Berbagai-bagai perkara ajaib yang tak sesiapa pun yang sangka akan jumpa, mampu ditemui.

            Tetapi apabila Faena mengatakan bahawa dia sudah mempunyai kerja, itulah yang ingin aku persoalkan. Bukannya aku tidak kenal siapa Faena. Jika hendak dibandingkan tahap ‘keliaran’ aku dengan dia, mungkin aku tiga tahap lebih rendah daripada dia. Hidup Faena jauh lebih bebas berbanding aku. Lagipun, di India, dia menetap sendiri. Dia tidak seperti Faeq yang tinggal bersama-sama mama dan papa. Jadi pergerakannya tidak dikawal sesiapa pun. Kalau dia hendak berbuat buruk pun, tiada siapa yang akan melarang dan membebel.

            Runnisa, why did you bother about her? Biarlah dia nak buat apa-apa pun. Hidup dia bukan urusan kau seperti mana hidup kau bukan urusan orang lain.

            “Assalamualaikum!” Ucapan salam yang dihulur suara yang cukup aku kenali itu memaksa aku mengangkat pandanganku. Tangan yang baru sahaja ingin bergerak memetik tali gitar terhenti.

            “Waalaikumussalam.” Ucapan salam yang dihulur gadis di hadapanku ini dijawab oleh orang dari dalam rumah. Sedangkan aku yang berada di hadapan matanya ini hanya bisu seperti tiada suara pun yang akan keluar daripada mulutku sekiranya aku berbicara.

            “Wan Ngah, Bunga ni.” Bunga melaung sambil matanya memandang aku.

            “Masuklah, Bunga. Macam tak biasa pula.”

            “Yalah, Wan Ngah.”

            Bunga menganggalkan sandal yang dipakainya sebelum dia melangkah masuk ke dalam balkoni rumah ini. Dia menghadiahkan senyum kepadaku.

            “Hai, Runnisa.” Sempat dia melambai sedikit dengan tangan kanannya ketika berjalan di hadapan aku. Aku sekadar mengangkat keningku tanda membalas sapaannya dan seterusnya memandang langkahnya yang diatur masuk ke dalam rumah.

            Melihat daripada cara pemakaiannya, aku sudah tahu bahawa dia bukanlah seseorang yang boleh ‘masuk’ dengan aku. Bertudung, berbaju T separas peha, dan berkain. Sopan. Mungkin seangkatan dengan Jeana. Tetapi berbezanya Bunga dengan Jeana ialah, Jeana lebih suka berbaju kurung.

            Kalau ditanya kepada aku, sumpah aku takkan pakai pakaian spesies itu seumur hidup aku!

            “Ni, Bunga bawa kuih seri muka dengan pulut panggang untuk Wan Ngah. Bolehlah buat makan-makan sekeluarga.” Dari sini, aku dapat mendengar bicara Bunga kepada nenekku.

            “Eh, susah-susah saja, Bunga. Bunga buat sendiri ke semua ni?”

            “Ya, Wan Ngah. Nek Jah tolong tengok aje. Bimbang betul kalau Bunga buat salah.” Ada tawa di hujung ayat itu.

“Bunga, Bunga. Untunglah Jah ada cucu yang rajin macam ni. Pandai kamu ni, Bunga. Serba boleh.”

“Eh, tak adalah, Wan Ngah. Biasalah ni. Wan Ngah pun apa kurangnya, Kak Firzanah tu rajin orangnya, dan elok pula pekertinya. Abang Faidhi dan Abang Izzat pun. Siapa saja yang tak kenal elok budi mereka Wan Ngah? Yang penting, Allah dah atur elok-elok. Semua orang ada bahagian masing-masing kan, Wan Ngah?”

Firzana aka Jeana, baik? Okey, aku akui. Faidhi? Faidhi Fakhr aka Edy, baik? Ya, sentiasa yang terbaik. Izzat? Izzat Irvin, baik? Baldi! Baldi mana? Aduhai... Siapalah yang ‘celik’ sangat untuk melihat kebaikan Izzat itu? Izzat Irvinaka Atan. Kebaikan dengan Atan memang tidak akan ngam!

“Betullah kata Bunga tu, cu.”

“Wan Ngah, nak tahu tak? Ibu, ayah, kakak, abang dan adik Bunga datang hari ni...” Nada suara Bunga berubah kepada lebih ceria. Oh, adakah ini bermakna bahawa Bunga tidak menetap dengan keluarganya selama ini?

            “Datang dan pulang?”

            “Alhamdulillah, tak untuk kali ini. Mereka datang dan tetap di sini. Lagipun, ayahlah satu-satunya anak Nek Jah. Arwah atuk pun dah tak ada. Jadi memang itulah niat ayah. Nak jaga nenek yang semakin uzur. Ayah nak, kalau apa-apa jadi pun, biarlah dia sebagai anak berada dekat dengan ibunya.”

            Seketika, aku terasa macam... Baiknya ayah Bunga. Sahlah aku sudah jatuh ke tangga yang terakhir kalau hendak dibandingkan diriku dengan ayah Bunga yang begitu menghargai ibunya.

            “Alhamdulillah, syukurlah Bunga. Allah permudahkan niat ayah kamu. Dapat juga mereka pulang ke sini. Sama pula rezeki ayah kamu dengan ayahnya Kak Firzanah tu.”

            “Yalah, Wan Ngah. Bunga tak perasan pula... Haaa, mana Pak Long Nasrin ya Wan Ngah? Yang Bunga nampak sekarang ni hanya cucu-cucu Wan Ngah aje. Abang Faeq, Kak Faihanah dengan Runnisa.

            Pak Long Nasrin itu ayah akulah... Bunga pernah jumpa Faeq dengan Faena ke? Atau mungkin mulut becok pak su yang suka bercerita sahaja yang menyebabkan Bunga mengenali Faeq dan Faena? Yalah, maksud aku... Bukankah Faeq dan Faena itu sibuk dan tidak begitu peramah orangnya?

            “Dia ada urusan nak diselesaikan dulu di Kuala Lumpur tu, Bunga. Tak tahulah lagi bila dia nak balik. Hari-hari Pak Long Nasrin tu telefon Wan Ngah, katanya rindu... Macam-macam dia minta Wan Ngah masakkan bila dia balik nanti.”

            Hari-hari juga papa dan mama menelefon aku. Dan seperti selalu, aku tidak mempunyai modal untuk dibualkan. Tugasku hanyalah menjawab segala apa yang mereka tanya dan setelah tiada apa-apa lagi bicara, aku akan mematikan talian.

            “Kalau Bunga jadi Pak Long Nasrin pun, Bunga akan rindu terhadap Wan Ngah. Yalah, ibu sendiri, Wan Ngah. Siapa yang tak rindu bila dah lama berpisah? Bunga yang baru setahun berpisah dengan ibu ni pun, dah terlalu menggunung rindunya. Rasa tak sabar sangat nak peluk cium ibu apabila ibu sampai nanti. Apatah lagi Pak Long Nasrin dengan Wan Ngah yang dah lama tak berjumpa, kan?”

            “Bukan Pak Long Nasrin saja yang rindu Wan Ngah. Wan Ngah pun rindu dia, Bunga. Mesti ibu Bunga pun terlalu merindui Bunga. Anak-anak yang tidak membesar di hadapan mata ini, lain rindunya, Bunga.”

            “Mudah-mudahan macam tulah, Wan Ngah. Bunga minta diri dululah, ya Wan Ngah. Banyak lagi benda yang Bunga nak buat untuk sambut keluarga Bunga.”

            “Yalah. Terima kasih, ya Bunga. Kirim salam Wan Ngah kepada nenek kamu dan keluarga kamu.”

            “InsyaAllah, Wan Ngah. Jaga diri, tau?”

            “Isy! Tahulah...”

            Aku mendengar tawa nakal Bunga dan tawa ceria nenekku. Hmmm... Rupa-rupanya Bunga tidaklah asing di dalam keluarga ini. Bukan main mesra lagi dia berbual-bual dengan wan tadi.

            Bayangan Bunga mula kelihatan sedang menghampiri ruang balkoni ini dengan senyum lebar pada bibirnya. Aku sekadar tersenyum nipis membalas senyumannya. Kedudukan gitar dalam tangan aku perkemaskan.

            “Awak pandai main gitar? Semalam saya ada dengar dari jauh.” Bunga tiba-tiba bersuara kepadaku. Dia berdiri jauh dari aku. Kira-kira dua meter.

            “Bolehlah...” Tiba-tiba sahaja mulutku yang selalunya berat ini ringan bersuara menjawab soalannya.

            “Bolehlah? I think you did better than me.

You play?”Aku terkejut. Serius aku terkejut tahap tak boleh nak percaya. Macam aku tak boleh nak percaya kalau satu hari nanti Atan jadi baik.

“Yaaa, adalah belajar sikit-sikit daripada ayah dan abang saya. That song that you played yesterday is my favourite. But yeah, you did better than what I have done. Dengar macam dah selalu jamming.

Aku tertawa dan tiba-tiba tawaku mati apabila aku menyedari sesuatu. Seakan-akan kereta yang sedang dipandu laju dan tiba-tiba dibrek secara mengejut akibat ada kucing yang melintas.

Huh? Seriously, Runnisa? You’re laughing in this house? For the first time?

Mataku merenung wajah Bunga. Bukankah tadi aku cakap yang Bunga bukan jenis yang boleh ‘masuk’ dengan aku? Tapi kenapa aku ketawa? Bukankah aku akan hanya ketawa dengan kawan-kawanku? Itulah yang berlaku di Aberdeen dan India. Tetapi di Malaysia...

“Tapi kalau dekat sini, people don’t really appreciate your talentyang boleh buat crowd ternganga. Nak cari studio pun kalau dekat bandar-bandar besar baru boleh jumpa. Itu pun, nak cari orang yang pakar main gitar, susah sangat. People dekat sini lebih appreciate lagu empat kord yang simple. They don’t really like those songs that we are into.

Aku masih memandang Bunga di hadapanku. Bunga main gitar? Bunga suka lagu-lagu yang aku suka? Like really? Untuk seseorang yang sopan macam tu, otak aku semacam sukar untuk proses. Pertama kali seumur hidup perkara ini berlaku kepada aku. Kawan-kawan aku, tak ada pun yang berupa seperti Bunga. Tak ada langsung. Boleh ke aku menerima Bunga sebagai kawan yang sememangnya aku sangat perlukan pada ketika ini? Aku dah lama tak gelak. Serius. Jadi aku sangat-sangat perlukan kawan.

Why are you staring me like that?” Soalan Bunga menyedarkan aku untuk kembali ke alam realiti.

I know, it’s quite weird for me to love things like that. But nak buat macam mana? When we have passion into it, mustahil kita nak campak dan buang macam tu saja, kan?”

It’s just...”Aku terdiam dan kemudian aku tersenyum pudar seraya kedua-dua belah bahu kuangkat.

            Weird. That’s the word.” Bunga tersengih.

            No... Well, you’re the first having that look but are into music. None of my friends look like you before. They mostly look like me.

            Bunga melepaskan tawanya.

            That’s why you can’t really judge a book by it’s cover, aight?

            Aku diam. Janganlah Bunga ni satu kepala dengan Atan. Dia perli aku ke?

            Anyway, if you feel like you need a partner in crime, feel free to come nextdoor. I have plenty of different rooms there. One of them is a studio. It is my father’s actually, when he was young.” Pelawaan Bunga benar-benar membuatkan mataku bersinar-sinar. A studio? Thank God!

            Yeah, sure. Thanks for the invitation.

            It’s my pleasure. And if you’re wondering, I’m 16. Just like you.

            Aku mengangguk faham. Rambut yang menutupi dahi kusebak ke belakang.

            I think your hair is better without that green or yellow highlight.

            Is it?” Buruk sangat ke rambut aku dengan warna hijau dan kuning ni? Tak pernah pun ada orang tegur. Kecuali Atanlah. Dia bukanlah tegur, tetapi kutuk.

            Well, yes. No one here have that kind of hair colour anyway. They’ll freak out if they saw you.

            I’ll see what I can do with it.

            Great. So, see you.

            Yeah.

            Bunga terus berlalu keluar dari balkoni dan menyarungkan sandalnya sebelum dia berlalu dari pekarangan rumah ini.

            What now Runnisa? You have that village girl as your friend?

            Well at least she jams.
 

No comments:

Post a Comment