Total Pageviews

Monday, 16 January 2017

Novel- RUN (Bab 6)

Nota kepala: Assalamualaikum, :). Awal pagi Isnin baru nak hupdate. Mesti ramai yang bengang sebab jengah blog hari Sabtu tengok kosong jee kan. Ada tak yang rasa macam cik penulis dah kuciwa dan dah tak nak update bab baru? Hahahaha. Tak adalah, cuma nak bagitahu saya tak sempat update hari Sabtu coz saya perlu ke Rawang. My uncle kena tahan dekat hospital Sg Buloh. Then Monday, which is today, akan dibawa ke hospital universiti mana entah untuk buat angiogram. My uncle kena tahan dekat wad CCU, visitor boleh masuk 2 orang sekali. Then I chose to masuk dengan his daughter, which is my cousin because saya sangat-sangat tak pandai berbual. Saya hanya pandai bagi salam, senyum, salam dan dengar apa yang orang cakap. Pastu mulalah dengar suara uncle saya yang lemah tu bercerita, mata dah mula rasa berair semacam (jenis manusia yang hatinya seperti tisu basah; paling senang nak koyak+mudah terhibur). So mohon pembaca2 semua doakan yang terbaik untuk uncle saya, ^_^. Jemput baca bab 6, guys, :).




            AKU menarik nafas sedalam yang mungkin untuk mendapatkan ketenangan yang hilang sebentar tadi. Setelah fikiranku mula tenang, aku mula berfikir semula. Siapa sahajalah yang boleh aku harapkan bagi menyelesaikan masalah negara seperti ini?

              Faena tiada. Dia sudah berpindah masuk ke dalam rumah kawannya. Mujurlah dia masih memaklumkan hal ini kepada mama dan papa dengan alasan bahawa rumah kawannya lebih dekat untuk dia ke tempat kerja. Bukannya aku tidak tahu bahawa dia sebenarnya tidak selesa untuk tinggal di sini. Yalah, Faena pun lebih kurang juga seperti aku.

            Jeana? Jeana juga tiada. Dia sudah kembali ke kuarters guru yang menjadi rumahnya sementelah tugasnya sebagai seorang guru tidak boleh dibelakangkan.

            Yang ada sekarang ini, wan. Tetapi masalahnya sekarang ini pukul 2 pagi! Wan dah tidur, dan mungkin semua orang dah tidur. Aku sahaja yang berjaga dan buntu sendirian di dalam tandas di luar rumah ini.

            Sudahlah tadi betapa bersusah payahnya aku mengumpul keberanian yang jitu hanya semata-mata untuk ke tandas ini bersendirian! Selalunya, walau macam mana tinggi pun keinginan untuk aku ke tandas, aku akan tahan. Tapi apabila masalah negara ini muncul, aku tidak mampu untuk bertahan lagi.

            “Faeq? Edy? Pak su?” Aku berbicara sendiri. Memilih calon yang terbaik di antara mereka yang ada.

            “Pak su!” Aku akui, aku lebih selesa untuk membincangkan masalah ini dengan pak su memandangkan dia berpangkat ayah dengan aku. Boleh dikatakan bahawa aku seperti seorang anak yang sedang mengadu kepada ayahnya. Ya, pak su!

            “Bunga ni pun. Hari nilah juga yang dia pilih untuk tak keluar rumah pukul 2 pagi...” Sempat mulutku berbisik tidak puas hati. Yalah, selalunya Bunga tidak pernah tertinggal untuk memunculkan dirinya pada pukul 2 pagi di hadapan rumahnya.

            Bunyi angin yang bertiup kencang di luar tandas benar-benar menyebabkan bulu romaku menegak dan kemudian bunyi atap tandas yang seakan-akan ingin tercabut akibat ditiup angin yang kuat pula menjadi habuan telingaku.

            Bukannya aku tidak sedar bahawa keadaan malam agak berbeza berbanding malam-malam sebelumnya kerana langit kelihatan lebih pekat daripada biasa dan tiada bulan mahupun bintang yang dapat aku perhatikan seperti selalu. Tetapi masalah negara yang muncul secara tiba-tiba tadi benar-benar membuatkan aku terpaksa juga untuk mencari tandas.

            Seketika, keadaan tandas yang disimbah cahaya lampu tandas yang suram tiba-tiba menjadi terang-benderang. Seakan-akan setiap inci bilik air itu boleh kulihat dengan jelas untuk tempoh dua saat. Aku terpana. Mata kugerakkan memandang atap tandas yang kosong.

            Kilat? Petir? God! Please don’t!

            Wajah sudah terasa panas. Mataku kadang-kadang terbuka besar seperti baru disergah dan kadang-kadag tertutup seperti sedang tidur. Telapak tangan sudah terasa melekit akibat peluh. Degupan jantungku yang pada awalnya sekata perlahan-lahan berubah laju. Aturan pernafasanku berubah kencang. Seperti baru sahaja selesai berlari maraton.

            Dum! Dum! Dum!

            “Aaaa!” Serak suaraku melaung jeritan itu. Aku terus bertinggung dan kedua-dua belah tangan kurapatkan pada kepala yang sedang menunduk. Air mataku mula jatuh berjurai-jurai. Seluruh badanku menggeletar seperti diriku sedang berada di dalam peti sejuk. Getaran yang paling kuat terasa pada setiap jari-jemariku.

            Please don’t! Please don’t!” Bibirku tidak henti-henti menutur bicara itu. Hanya dua patah perkataan itu yang asyik aku ulang dan ulang.

            Dan tiba-tiba, keadaan sekelilingku dapat aku rasakan berubah gelap. Segala-galanya gelap di sekeliling aku. Fikir aku, aku sudah pitam. Tetapi fikiran itu aku hapus apabila bunyi angin yang bertiup kencang dan petir yang sabung-menyabung masih jelas menjamah pendengaranku.

            Air mataku mengalir semakin laju. Begitu juga dengan pernafasanku yang menjadi semakin tidak teratur. Aku bernafas seperti aku tidak pernah tahu cara untuk bernafas yang yang betul. Jari-jemariku berlaga-laga antara satu sama lain. Bibirku mula berubah sejuk. Tubuhku terasa semakin dingin dengan peluh yang berjejeran keluar. Sehinggakan di celah jari-jemari pun terasa basah. Aku takut... Aku takut akan gelap dan aku takut akan kilat, petir, guruh dan segala benda yang bersangkut paut dengan semua itu. Aku terlalu takut...

 Dong! Dong! Dong! 

“Fakhrun Nisa!” Aku terus mengangkat kepalaku apabila aku mendengar bunyi ketukan dan suara itu. Suara pak su! Pak su sedang mengetuk pintu bilik airkah? Pak sukah itu? 

Dum! Dum! Dum!

“Aaaa!” Sekali lagi aku menundukkan pandanganku apabila aku terdengar bunyi petir yang boleh menyebabkan jantungku gugur itu.

Please don’t do this to me. Please, don’t!” Bibirku sudah mula sebati menutur bicara itu.

“Nisa, buka pintu ni!” Sekali lagi, aku mendengar suara pak su.

“Adik!” Edy! Itu suara Edy!

Kalaulah aku cukup kuat, memang aku akan pergi mendapatkan mereka. Tetapi masalahnya, untuk bernafas dengan betul pun aku tidak mempunyai kekuatan apatah lagi untuk berdiri dan berjalan bagi membuka pintu.

Wajahku sudah basah bermandikan peluh dan air mata yang bercampur. Rasa sejuk sudah mula menjalar ke segenap bahagian tubuh dan kondisi kepalaku seakan-akan tidak membantu apabila denyutan yang kuat mula terasa.

            Dong!

            Suluhan cahaya.

            Runnisa!

            Aku capai sesuatu dengan tangan kananku. Mungkin baju. Kemudian tubuh aku rapatkan kepada apa yang telah aku capai itu.Dan selepas itu, tiada apa-apa lagi yang mampu menakutkan aku.


            PLEASE don’t do this to me... Please don’t...” Genggaman tangan yang terasa dileraikan semakin kueratkan menggenggam sesuatu yang aku tidak pasti apa.

            “Kau mesti tak lupa that she had this fright since she was five, kan?” Itu suara Edy.

            Yup, you told me about this when we were seventeen.” Dan... Atan?

            But this is the first time she became like this, right Faeq?

            Yeah. She never became like this before.” Suara Faeq yang jarang-jarang dapat aku dengar. Barangkali dia menjawab soalan yang dihulur Edy.

            Became like what?” Suara Atan menutur bicara bernada soalan.

            Holding someone this close like she is not going to let go.” Jelas bicara yang ditutur Edy.

            She is unconcious, Faidhi.

            She is subconcious. Like now. And you should know better than me that subconcious mind plays 90 percent of the mind’s role.

            So?

            “Kau jangan buat muka macam tu boleh tak? Kau pergi universiti tu dapat degree nutrition macam aku ke? Ke teringin nak tukar? Boleh. Bagilah aku ambil degree psikologi kau tu.”

            “Belajarlah psikologi sampai PhD atau belajarlah di universiti paling hebat dalam dunia pun, pemikiran adik kau ni saja yang aku takkan boleh faham sampai bila-bila.” Suara Atan.

            Selepas itu, aku tidak mendengar apa-apa lagi.


            MATA kupaksa untuk buka. Sebaik sahaja dinding kayu itu menjadi santapan pertama pandanganku, aku menarik nafas sedalam yang mungkin bagi meredakan hati yang terasa resah. Wajahku, terutamanya pada bahagian pipi terasa panas. 

What kind of shit that you just dreamt about, Runnisa?

Aku bangun daripada pembaringanku. Rambut yang terasa kusut kukemaskan dengan tangan kiriku. Lembap. Bila masa aku mandi? 

Automatik, mataku bergerak memandang tubuhku. Pakaianku...

Bukankah semalam aku memakai baju T berlengan pendek hitam dengan legging hitam? 

Dan kemudian aku perhatikan pula tangan kananku. Ada sesuatu yang aku genggam. Benda berwarna putih yang aku genggam itu aku angkat tinggi. Jubah? Jubah siapa ni? Jubah itu kubawa ke hidung.

Wanginya...

Macam bau...

Mataku membulat secara automatik. Atan?

            Jadi apa yang berlaku bukanlah mimpi? Aku betul-betul...

            Bloody-hell! I’m not going to mention about this ever!

            Tiba-tiba pintu bilik yang aku huni ini dibuka dari luar. Aku memandang ke arah pintu bilik tersebut. Serentak, sepasang mata kami berlaga. Jantungku terasa seperti ingin gugur daripada tempat asalnya.

           Sesaat.
 
            Dua saat.

           Seminit.

            Dua minit.

            Mata kami masih tetap begitu sehingga akhirnya dia berdehem dan kemudiannya dia melangkah menghampiri katil yang dihuni aku ini. Plastik hitam yang mempunyai isi di dalamnya yang sedari tadi dipegangnya, dia letakkan di hujung katil sebelum dia berlalu keluar daripada bilik ini. 

Apabila pintu bilik ini tertutup, aku seakan-akan baru terjaga daripada lena yang panjang. Barulah aku tersedar sesuatu, jubah putih itu masih berada dalam peganganku dan masih hampir dengan hidungku.

            Darah terasa menyerbu-nyerbu naik ke muka. Patutlah Atan pandang aku macam nak penggal kepala aku tadi!

            Tapi aku pelik...

            Kenapa dia tak tengking saja aku, kalau betullah dia marah yang aku ni sedang pegang baju dia? Ataupun, kenapa dia tak rampas aje baju ni daripada tangan aku? Dan... Kenapa aku perlu genggam baju dia sampai tak nak lepas semalam?

            God! I really hate this! I’ll assume that this had never happen. Never happen!

            Mataku beralih memandang plastik yang diletakkan Atan tadi. Plastik itu kubuka dan isi kandungannya terus sahaja terpampang di hadapan mataku. Tuala wanita? Like seriously? Atan tahu ke masalah negara yang aku alami semalam? Oh shit! Macam manalah dia boleh tak tahu kalau dah sepanjang malam sampai subuh aku tak lepas daripada pegang baju dia.  



Nota kaki: Macam mana dengan bab 6? Suka atau tak suka dengan cara saya 'mengaitkan' Atan dengan Runnisa? Dan patut atau tidak patut... Saya hentikan semuanya sampai bab 6 sahaja? Ini bermaksud, entry bab 6 ialah bab terakhir yang korang dapat baca tentang Runnisa. Beri komen anda! Kalau korang komen tak patut saya stop setakat ini saja, saya akan consider untuk sambung lagi. Kalau tak ada apa-apa respons dalam ruang komen tu, alamatnya... Tengoklah tahap kekuasaan daku. Paling kejam, dapat baca teaser satu perenggan dekat FB je. Haha. Anyway, thank you for reading, ^_^.

3 comments:

  1. Tidakkkk !! sambung laah sambung lahh :D Saya suka, RUN tak patut dihentikan ngee :D

    ReplyDelete
  2. Patut. Patut. Patut. Patut sambung lagilah . Nak tahu how she run as Run. Run from him.

    ReplyDelete
  3. Alaa sis. Sambung lh lagi. Jgn stop dkat sini je. T_T

    Anyway, cerita sis best! *thumbs up*

    ReplyDelete