Total Pageviews

Saturday, 21 January 2017

Novel- RUN (Bab 7)

Nota kepala: Assalamualaikum, guys. Hari ni Sabtu, maka muncullah kisah si Fakhrun Nisa Nasrin ni. Sebelum ni cik penulis kata yang cik penulis nak hentikan RUN sebab tak ada sambutan kan? Tapi bila tengok ada 3 orang yang komen tu, saya rasa tak sampai hati. Bila fikir-fikir balik, it's okeylah pembaca2 lain tak nak tunjuk muka, komen dekat ruang komen tu. Saya nak jaga hati 3 orang pembaca2 saya yang rajin komen dan beri semangat kepada saya untuk terus menulis tu. Hahaha. Saya rasa, saya patut jaga hati pembaca2 kecil saya. Mana tahu satu hari nanti, pembaca2 kecil ni makin bertambah besar, kan? Hehe. So nah, bab 7. Kalau ada yang dah baca teaser dekat FB saya, mesti dah tahu yang bab 7 ni menunjukkan situasi Runnisa yang dalam keadaan 'in denial'. Hahaha. Apa yang ditidakkan Runnisa? Selamat membaca, ^_^.

 

            “ADIK.” Aku mengalihkan pandanganku sekilas ke arah Edy yang memanggilku sebentar tadi. Aku sekadar mengangkat kening tanda bertanya, “Kenapa?”

            Do you know what happened last night? I mean, don’t you realize anything?” Kali ini, sekali lagi aku memandang Edy. Dan kali ini, pandanganku lebih lama terfokus ke arahnya.

            Adik, I’m asking you,” tutur Edy lagi menyebabkan aku tersedar daripada lamunanku. Pandangan kualihkan kembali kepada gitar di tangan dan kemudian kedua-dua belah bahu kujongket tanda aku tidak tahu mengenai apa yang telah terjadi semalam.

            Is there anything that I need to know?” tuturku tanpa nada.

            Don’t make that face. You are pretending like you know nothing while actually you know everything. You are not good enough in lying, like always.

            Aku melepaskan nafas perlahan. Wajah Edy kupandang sekali lagi. Sukarnya untuk aku menipu Edy kerana dia yang paling rapat dengan aku dulu dan dia cukup tahu bagaimana teruknya aku dalam menipu.

            Great that you still know me.  I do remember what had happened last night. But it was blur. I mean, I don’t really remember every single thing. I realize that moment when you guys were talking about me, when wan take me to bath, and when...

Aku terdiam apabila aku seakan-akan telah menyedari sesuatu. Apa yang sedang aku fikirkan ini? Bukankah aku sendiri telah menetapkan bahawa aku tidak akan menyebut lagi soal apa yang telah berlaku antara aku dengan Atan?

 “When what?

Nothing. Why are you asking this, Edy?” Aku memandang Edy yang juga sedang memandang aku. Dia kemudiannya menjongket bahunya sebelum mengalihkan pandangannya kepada komputer riba di hadapannya.

I am just wondering...

Wondering what?

“Nisa dengan Atan tak pernah sebulu. I mean, you guys will bicker each time you guys met. But how come you chose to hold Atan so tight and close like you’re not going to let him go when you are in a subconscious state? I can’t even find any logic in there except if...

Aku tidak dapat menahan rasa geram yang muncul apabila mendengar bicara yang keluar daripada mulut Edy. Ah! Kenapalah hal ini perlu dibangkitkan?

Stop wasting your time thinking about it. There’s no any logic and there’s nothing to be weird of. I was in a traumatic state when I was subconscious. So, anything unpredictable can happen, okay? Nothing to be weird of! That’s it!” Tegas aku bersuara supaya Edy tidak berfikir yang bukan-bukan. Aku tidak mahu sesiapa pun berfikir yang bukan-bukan. Bagi aku, tidak pelik untuk perkara itu berlaku antara aku dengan Atan sementelah aku tidak sedar sepenuhnya pada ketikaitu dan aku berada dalam keadaan takut. Jadi wajarlah kalau aku mencapai apa-apa sahaja yang aku boleh capai pada ketika itu agar rasa takut aku hilang.

Okay. No more talking on this issue.” Edy bernada akur dan aku berasa lega. Kalaulah Atan berada di sini, barangkali aku tak akan jawab pun soalan yang dihulur Edy tadi. Tidak tahukah mereka bahawa maruah aku di hadapan Atan telah jatuh sebanyak sepuluh anak tangga? Entah bagaimana aku harus menebalkan muka aku untuk menangkis segala kutukan Atan nanti.

Perhatian aku fokuskan kembali kepada gitar di tangan. Jariku mula memetik dan entah kenapa setiap petikanku seolah-olah menghasilkan bunyi yang sumbang. Ada sahaja perkara yang tidak kena dengan aku hari ini. Semuanya gara-gara peristiwa semalam. Sesungguhnya kebencian aku terhadap kilat, petir dan segala bala tenteranya kini semakin bertambah kerana merekalah yang menyebabkan maruahku jatuh di hadapan Atan.

“Assalamualaikum.” Ucapan salam yang menjamah telingaku itu datang daripada suara yang asing. Suara seorang lelaki.

“Waalaikumussalam.” Edy menjawab salam itu dan selepas itu barulah aku mengangkat pandanganku.

“Eh, Bunga, Nek Jah! Family Bunga ke ni?” Edy terus sahaja bangun daripada duduknya dan menyambut kehadiran Bunga serta enam orang manusia yang tidak aku kenali. Apa-apa yang aku tahu, masing-masing mempunyai senyum ramah pada bibir mereka dan sepasang mata yang tepat memandang ke arah Edy. Hanya ada satu mata sahaja yang sedang memandang ke arahku kini. Dan pemiliknya tidak aku kenali.

Edy kelihatan begitu ramah bersalam-salaman dengan mereka seperti sudah lama mereka berkenalan. 

“Ya, Abang Faidhi. Kami tak mengganggu, kan? Ayah Bunga ni, tiba-tiba saja ajak kami ke rumah Wan Ngah. Dia rindu nak jumpa Wan Ngah katanya.”

“Oh, tak ada mengganggunyalah, Bunga. Wan Ngah ada dekat dalam rumah tu. Jemputlah masuk.”

Bunga bersama-sama tiga orang wanita lain mula mengatur langkah untuk masuk ke dalam rumah kecuali Edy dan tiga orang lelaki yang datang bersama-sama Bunga tadi. Walaupun Bunga dan wanita-wanita itu berlalu di hadapanku, aku masih tetap kaku dalam posisiku. Aku tidak ada rasa pun untuk bangun dan beramah mesra dengan mereka seperti apa yang telah dilakukan Edy.

“Adik kamu ke tu, Faidhi?” Seorang lelaki lebih kurang usia papa menghulur soalan kepada Edy. Edy berkalih memandang aku sekilas dan kemudian dia mengangguk.

“Ya, pak cik. Dia tu memang lone ranger sikit. Senyum tu dengan abang sendiri pun kedekut.” Amboi! Edy ni dah kena rasuk dengan semangat Atan ke apa? Mentang-mentanglah Atan tak ada untuk mengutuk aku. Dia pula yang menggantikan Atan!

“Yalah, pak long faham. Lepas ni, panggil Pak Long Sham saja. Tak perlu panggil pak cik. Kita dah macam keluarga dah pun. Ni, kenalkan anak sulung pak long. Haiman Syahamah namanya. Kalau tak silap pak long, umur dia sama dengan pak su kamu.”

Maknanya manusia yang memandang ke arah aku tadi, namanya Haiman Syahamah lah. Abang Bunga, mungkin? Adik beradik Bunga memang memiliki nama-nama yang sedap telinga mendengar. Tapi... Tengoklah nanti apa nama panggilan untuk Haiman Syahamah ini.

“Oh, dua puluh enam, ya?”

“Muda setahun. Panggil saya Ajun.” Tengok? Kan aku dah kata. Kaum kerabat Bunga ni memang jenis macam ni. Nama punyalah sedap, tapi panggil Ajun. Tak masuk akal langsung! Sudahlah sikit pun tak ada kena-mengena dengan nama!

“Edy.”

“Hai, abang! Saya Hilman! Hilman Zayyan.” Mataku automatik tertarik untuk melihat wajah pemilik suara itu. Seorang kanak-kanak lelaki yang sedari tadi kedua-dua belah bahunya dipaut Haiman. Seketika, aku terpana sehinggakan aku tidak mampu untuk mengalihkan mataku daripada melihat dirinya.  

“Hai, Hilman! You look handsome in your red shirt today.” Edy begitu ramah bergaul dengan kanak-kanak yang bergelar Hilman itu. Dia duduk bertinggung dan sempat jarinya bergerak merapikan anak rambut Hilman. Dapat aku lihat kegembiraan pada wajah Hilman saat berhadapan dengan Edy begitu.  

“Ni, anak bongsu pak long. Lima tahun baru,” tutur lelaki yang menggelarkan dirinya Pak Long Sham sebentar tadi.
 
“Oh, ramah betul dia walaupun dengan orang yang dia baru jumpa,” kata Edy setelah dia berdiri semula.

“Hilman ni memang macam ni. Izzat mana, Edy?” Soalan yang diaju Ajun membuatkan aku tertanya-tanya. Ajun kenal Atan? 

“Eh? Kenal Izzat ke?” Ternyata, Edy juga turut berasa pelik dengan soalan Ajun sebentar tadi. Aku lihat Ajun mengukir senyumnya.

“Kenal jugalah, saya pernah jumpa dia masa nak ambil Safa dari kem silat dekat sekolah dia.”

“Oh, dia tak ada dekat sini. Izzat dekat rumah parents dia. Dia tak selalu sangat duduk sini. Kadang-kadang saja, bila ada kerja dengan pak su. Tapi sekejap lagi, dia datang sini balik.” Automatik bibirku mencebik saat mendengar penjelasan Edy itu. Atan hanya datang ke sini, kadang-kadang? Aku rasa, selama dua minggu aku di sini, adalah lebih kurang sepuluh hari dia bermalam di sini. Itu yang Edy panggil kadang-kadang?

“Eh, pak long, jemputlah masuk dulu. Pak long kata nak jumpa wan tadi.”

“Yalah, ayah. Ayah masuklah dulu. Ajun datang nanti.” 

“Hilman nak ikut ayah?” Pak Long Sham memandang wajah anak kecilnya. 

“Emmm, Hilman ikut abang.”

Pak Long Sham terus sahaja mengatur langkahnya melintas di hadapanku untuk masuk ke dalam rumah. Sempat dia menghulurkan senyum kepadaku namun tidak aku balas. Perlu ke aku senyum untuk orang yang tak sampai lima minit pun aku kenal? Tak. Tak perlu langsung.

“Edy still belajar ke atau dah habis?” 

“Dah, baru bulan lepas convocation day, sekali dengan Izzat.”

Degree?

“Ya, Ijazah Sarjana Muda Sains Kesihatan Kepujian dalam Dietatik.”

“Izzat?”

Degree jugak. Ijazah Sarjana Muda Sains Kepujian dalam Psikologi.”

Aku menghembus nafas perlahan dan pandangan aku alihkan semula ke arah gitar dalam peganganku. Edy ni... Tak perlu rasanya nak bangga sangat dengan ijazah yang Atan ada tu. Orangnya pun bukannya mulia sangat. Mulut dia tu dahlah macam tak pernah rasa kena cili padi.

Nice. So, what’s your upcoming plan? You guys will be working soon ke macam mana?” Ajun menghulur soalan lagi.

“Masih dalam perbincangan lagi. Rasa macam nak kerja pun ada, nak sambung belajar pun ada juga. Tengoklah keadaan dulu macam mana,” jelas Edy. 

Gitar di tangan mula kupetik apabila telinga sudah mula terasa malas untuk mendengar.

“Nisa.” Suara Edy bernada tegas. Menegur tingkah aku barangkali. Aku akhirnya mengangkat pandanganku dengan malas. Tiga pasang mata ternyata sedang memandangku.

What? I did nothing wrong, okay?

Go to your room if you are still going to do that,” arah Edy.

What if I don’t want to?

I’ll take your lovely guitar away from you for this whole week.” Pandai pula dia mengugut aku begini. 

Fine! Now you look and sounded exactly like Atan and I hate it, okay? I hate it.” Sepatah demi sepatah aku menyebut bicara terakhir itu supaya Edy betul-betul faham yang aku benar-benar memaknakannya.

Aku akhirnya bangkit daripada dudukku dan bersama-sama gitar dalam peganganku, aku berlalu dari ruang balkoni itu dan menuju ke bilik yang telah aku huni selama dua minggu ini. Sungguh, aku lagi sanggup mendengar segala kata-kata Atan daripada melihat abang sendiri menggantikan tempat Atan. Tak boleh aku nak bayang kalau hari-hari aku kena hadap Edy versi Atan.

Saat berjalan melepasi ruang makan, aku dengar suara wan memanggil namaku. 

“Nisa, sinilah. Kenal dengan keluarga Bunga.” Aku hentikan langkahku dan berpaling memandang wan dan ahli keluarga Bunga. Wajah dapat aku rasakan beku tanpa sebarang senyuman.  

I’m not in the mood, okay?” Dan selepas menutur kata-kata itu, aku terus berlalu dan masuk ke dalam bilik.

I’m sorry but I can’t pretend to be nice when being nice is not myself.


Nota kaki: So, macam mana dengan bab 7? Apa pendapat korang dengan situasi 'in denial' Runnisa dan apa pendapat korang tentang sikap Runnisa? Sangat-sangat keterlaluan? Perlu diajar tentang adab? Curios tentang Ajun? Dan agak-agaknya, Runnisa ada bonding dengan Hilman melalui pandangan mata ke macam mana? Hehe. Tinggalkan komen korang yaa. Terima kasih, ^_^. 

4 comments:

  1. Run, kalau ikut piawaian masyarakat melayu asli( bukan orang asli ok)mungkin keterlaluan. Memandangkan run terdidik di luar, boleh terimalah. Open and thruthly from heart. Tak sabar nak tengok camana cik Nasha didik run ni. Hahaha kene cepat cepat!!!!!

    ReplyDelete
  2. Kenapa ya? Bila saya click fb badge cik penulis dia naik halaman tak ditemui tu ? Btw, TQ Sbb update Run :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai, awak! Alkisahnya memang FB badge tu tak berguna pun sebab... Perasan tak dekat situ saya punya bulan dan tahun lahir ialah Mei 1999? So, disebabkan belum birthday, saya masih lagi dikira bawah 18 tahun. FB punya sistem keselamatan memang gitu. Selagi seseorang tu belum cukup 18 tahun, maka Facebook dia tak boleh diakses dari link luar. Contohnya, kalau awak cari melalui Google Search pun, memang FB saya takkan muncul. Jadi kalau nak cari FB saya, kena melalui FB Search. InsyaAllah, jumpa. FB saya tak deactivate yaa. Masih hidup sampai ke hari ini. Cuma tak boleh dijumpai melalui link luar sahaja. Thank you, :).

      Delete
  3. Hahaha Runnisa perlu diajar beradap ~ Tak sabar nak tau tentang Ajun & Hilman . Oh, tentang Bunga & Atan jugak . Maybe? Update cepat2 pelissshhhhh

    ReplyDelete