Total Pageviews

Sunday, 29 January 2017

Novel- RUN (Bab 8)

Nota kepala: Assalamualaikum, :). Hari Ahad baru sempat update. Ingatkan nak update malam semalam tapi den tak berdaya nak buka laptop. Hahaha. Maklumlah, seharian pergi visiting for CNY. Kena faham feel orang beraya ni. So, nah. RUN bab 8. Bab ni sedih sikit yaa. Apa yang sedih? Hmmm, bacalah.




            “BILA papa dengan mama nak balik? I mean, when they are going to take me out of this shit?” Apabila aku dah tak sanggup lagi nak tahan segala jenis malapetaka yang menimpa diri, maka akhirnya lidah aku bergerak juga untuk bersuara.

            Selepas seminit, barulah aku mendengar suara lain memberi reaksi kepada bicaraku tadi. Dan suara itu berbicara dengan nada beku, “Are you talking to me?

            Funny. I am talking to the wall of course because the wall understands me better than a human does.” Pandangan kualihkan daripada memandang skrin telefonku kepada memandang Faeq yang sedang sibuk melukis sesuatu pada sketch pad miliknya.

            Ada tawa kecil tercetus daripada Faeq buat pertama kalinya setelah sekian lama aku tidak mendengar tawanya dan tawa itu disusuli dengan bicara, “I don’t know that you could be that sarcastic.

            Urgh, you will not want to hear any of my words towards Atan.

            Why out of sudden you talk to me?” Ada kerlingan daripada Faeq yang menjamah perhatianku.

            Obviously because there is only you in this balcony.

            But Edy and Jeana is inside the house.

            I don’t prefer to talk to them right now. I had a silent treatment with Jeana since I didn’t wake up when she woke me up to perform subuh prayer. And I had some kind of fight I think with Edy since he talk to me like Atan did yesterday. And he didn’t even say sorry to me for behaving such way.

            Okay...” Faeq meletakkan Pilot Shaker di tangannya ke atas meja. Dan kemudian kerusi dia terbalikkan menghadap aku.

            So now you wanna have a brother-sister talk or what?” ujar Faeq. Pelik pula aku melihat Faeq kini. Tak pernah dia begitu komited dalam perbualan sebegini rupa.

            I just need an answer to a question.” Faeq mengangguk mendengar tuturku.
 
 “Well actually I don’t even have an answer to your question. Mama tell me nothing about going back here. But actually it’s fine here. It is not too bad. I think here is even better than our previous home.

            It is not a home when you have mosquitoes, and craps to deal with. I didn’t feel any better living here, okay?

When it is too hard to deal with, just ignore it. Then maybe you’ll feel better.

            I’m not asking for anything motivational now, Faeq.What about you? You are not moving anywhere? I mean, you have money.

            Why should I move? Come on, this can’t be that bad, okay?

How could you say that someone is urging me to pretend to be nice to others is still okay? How could you say that someone is urging me to perform prayers is still okay? It is not okay at all.

            Well, sometimes changes is needed in our life, Runnisa. And I hope you didn’t forget that you are a Muslim and you have a God to obey with.

            You are being a nice side of Atan now and I don’t like it.

            I’m just reminding you, Runnisa. Atan told me that I am a brother and I should act like one.

            Not in this way. A brother should always support her sister in everything that his sister does.” Pandangan kualihkan kepada skrin telefon di tangan.

            Yes, I need to support you. But no, I should not support you when you are doing things wrong.” Aku mengangkat pandanganku kembali dan kami saling memandang kini.

            What did I do wrong from your perspective?

            Are you serious with this? You want to hear it from me?

            That’s why I’m asking.

            For me, it’s simple. I know I am not good enough to say this. But for me, what our problem is, we don’t love our God as much as He loves us. That’s all.

            Okay, I don’t really get the point.

            I am not good enough to talk about this matter but what I know is, when we know our God and we love Him, we will surely obey to His regulations. What we should, and what we shouldn’t do will actually turn us into a better person.

            You wanted to say that I am bad in every aspect, right?

            No, not in every aspect actually.

            I don’t know that you can actually talk this much.

            I can’t be a Creative Director if I don’t talk that much.

            Okay.” Aku kembali memandang skrin telefon di tangan.

            So that’s it?

            Wajah Faeq kukerling sekilas.

            What? It’s not like I am going to change myself now. I just wanna know what did I do wrong, not what can I change about myself.

            Up to you.

            Yeah, up to me. Thank you for being understanding.

            I’m not being understanding actually. But like I said just now, when it is too hard to deal with, then ignore it.

            Are you telling me that it is too hard to deal with me?

            Exactly. Besides you have a really great mind to think. It’s not like papa or mama didn’t teach us a thing about Islam. And it’s not like we don’t have internet connection that we can’t use it to gain knowledge about our religion. Takkanlah internet connection tu guna untuk buka insta, facebook, twitter, wechat, and all those things to socialize aje selama berapa tahun hidup. Kalau macam tu, hidup dalam gua tanpa internet connection lagi baik.”

            Disebabkan terasa dengan kata-kata Faeq, maka lidahku rajin untuk menutur, “I’m playing games now.

            Faeq tertawa selepas itu.

            Seketika selepas itu, perhatian kami dialihkan oleh bunyi hon kenderaan yang kedengaran hampir dengan rumah ini lantas membuatkan Faeq bangun daripada duduknya. Siapa yang tidak pelik apabila ada orang yang membunyikan hon pada waktu malam begini?

            Who is that?

            I can’t see it clearly.

            Tak lama selepas itu, bayang tiga orang manusia yang sedang berjalan mendaki bukit untuk ke rumah ini mula kelihatan. Semakin dekat mereka dengan rumah ini, semakin aku terasa berdebar-debar keranadua daripada tiga orang manusia itu berpakaian seragam polis. Entah kenapa aku dapat rasakan ada sesuatu yang buruk yang bakal terjadi.

            “Assalamualaikum.” Seorang anggota polis dalam lingkungan usia lewat dua puluhan memberi salam.

            “Waalaikumussalam.” Faeq bergerak mendekati tiga orang manusia itu dan mereka saling bersalam-salaman. Saat ini, Edy, Jeana dan Atan muncul seorang demi seorang di ruang balkoni ini. Barangkali mereka juga turut mendengar bunyi hon kenderaan sebentar tadi.

            “Maaf mengganggu malam-malam begini. Saya Inspektor Rayqal dari IPD Bentong. Saya dimaklumkan yang Encik Fahmi Faeq bin Nasrin tinggal di sini. Boleh saya berjumpa dengan dia?” kata pegawai polis yang memberi salam sebentar tadi.

            “Saya Fahmi Faeq. Ada apa ya?” tutur Faeq.

            “Saya difahamkan yang encik merupakan anak kepada Encik Nasrin bin Daud dan isterinya, Puan Zairina binti Saad.”

            “Ya, saya.”

            “Saya mohon maaf. Perkara yang bakal saya sampaikan amat mendukacitakan dan saya berharap agar encik sekeluarga bersabar dengan berita ini.” Matanya mula bergerak memerhatikan seorang demi seorang manusia yang ada di ruang balkoni ini. Sementara aku rasa setiap daripada kami membalas renungannya dengan perasaan resah yang menggunung.

 “Kenapa?” Wajah Faeq berubah serius saat menghulurkan soalan itu. Aku pula dah mula terasa cuak. Kenapa sebenarnya ni?

“Encik Nasrin dan Puan Zairina telah terlibat dalam kemalangan jalan raya di simpang masuk Kampung Cinta Manis...”

How are their condition?” Tak sempat pun Inspektor Rayqal menjelaskan lebih lanjut, Faeq sudah memotong dengan soalannya.

“Saya minta maaf, Encik Fahmi. Tapi Puan Zairina meninggal dunia di tempat kejadian dan Encik Nasrin cedera parah. Dia sedang dikejarkan ke Hospital Bentong. Kami masih belum mendapat maklumat mengenai keadaan dia yang terkini tetapi berdoalah supaya segala-galanya akan menjadi lebih baik.”

Telefon yang berada dalam peganganku terus sahaja terlepas. Walaupun aku dah dengar sepatah demi sepatah ayat yang keluar daripada mulut Inspektor Rayqal tapi sikit pun aku tak boleh nak telan. Sikit pun aku tak boleh nak terima. Sikit pun aku tak mahu percaya. Dan betapa aku berharap bahawa semua ini hanyalah mimpi di mana aku perlu segera bangun daripadanya agar aku tak perlu lagi berhadapan dengan mimpi tersebut.

Seketika, aku seakan-akan telah menjadi seseorang yang pekak. Bunyi unggas yang sedari tadi aku dengar, kini tiada lagi. Walaupun aku lihat Edy sedang menenangkan Jeana yang sedang menangis di dalam pelukannya, tetapi tiada sepatah pun bicara Edy yang mampu aku dengar. Walaupun aku nampak mulut Inspektor Rayqal sedang menerangkan sesuatu secara serius, namun aku tidak dapat mendengar apa-apa. 

Aku hanya dapat mendengar segala-galanya kembali apabila Inspektor Rayqal menuturkan bicara, “Takziah kami ucapkan kepada encik sekeluarga.”

            Bahuku terasa semakin memberat dan dadaku terasa semakin terhimpit. Perlahan-lahan aku bangkit daripada dudukku dan langkah aku atur satu persatu menuju ke dalam rumah. Aku tidak tahu sebenarnya ke mana aku ingin tuju tetapi apa yang aku tahu ialah aku ingin bersendirian. Sungguh, aku masih belum dapat menghadam segala apa yang diberitahu Inspektor Rayqal sebentar tadi.

Tell me that this is just a nightmare and I just need to wake up from my sleep to get rid of it.

Masuk sahaja ke dalam bilik, aku terus merebahkan tubuhku di atas katil dan tubuh kuiringkan membelakangi pintu bilik. 

How could you do this to me? You couldn’t just go like that!

Mata kupejamkan seketika menahan perit yang terasa saat dada semakin menepu.

Why didn’t you tell me earlier that you are going to leave me? If you told me earlier, I will never let you go when I had the chance to hug you. If you give me one more chance, just one more chance, I promise that I’ll hug you tightly and I promise to love you as much as you love me...

Kedua-dua belah mataku mula berubah kabur dan perlahan-lahan segala apa yang terbuku di dalam dada aku lepaskan dengan air hangat yang keluar daripada mata. Bibir aku ketap serapat-rapatnya agar tiada esakan yang akan terkeluar daripada mulutku. 


It is so hard knowing that all my life, I had never said how much I LOVE THEM because no matter how bad I am, they still accept me as their daughter and they are willing to waste their money just to raise me up. 



Nota kaki: Macam mana dengan Bab 8? Agak2, mama dia meninggal ni ialah starting point untuk Runnisa berubah ke macam mana? Hmmm... Tinggalkan komen anda! Terima kasih, ^_^.

1 comment:

  1. Agak menyentuh hati. Tapi den Raso Nasha mampu buat den terus hujan. Bukan sekadar gerimis di hati.

    ReplyDelete