Total Pageviews

Saturday, 11 February 2017

Novel- RUN (Bab 10)

Nota kepala: Assalamualaikum, guys! Bab 10 is here already. Thank you untuk semua yang rajin follow kisah si Fakhrun Nisa Nasrin daripada Bab 1 sampai Bab 10 ni. Bila dah capai angka 10 ni, maknanya, DAH HAMPIR terhenti lah kisah Fakhrun Nisa Nasrin di blog ni. Harap kalian bertabah. Hehe. Selamat membaca, :).




            SUDAH satu bulan berlalu sejak mama dan papa meninggal dunia dan secara rasminya aku perlu menetap dengan wan dan atuk aku sehinggalah umur aku cukup 18 tahun kerana buat masa ini, merekalah penjaga aku yang sah. Buat Faeq, Faena, Jeana dan Edy, umur mereka sudah pun melebihi 18 tahun dan mereka tidak memerlukan penjaga. Tetapi walau apa-apa pun, mereka tetap memilih untuk menetap di sini, kecuali Faena lah.

            Hendak tidak hendak, aku terpaksa akur dengan kata-kata Faeq bahawa dia akan mendaftarkan aku untuk bersekolah di sini sementelah seminggu sahaja lagi sesi persekolahan yang baharu akan bermula dan ini bermakna, usiaku bakal menginjak 17 tahun. Kata Jeana, aku bakal menghadapi peperiksaan yang penting pada tahun hadapan.Sijil Pelajaran Malaysia. Bagi aku, mungkin SPM itu memang betul-betul penting kerana hanya sebab inilah Jeana ingin bercakap dengan aku.

            Hidup aku dah mula terasa aman sedikit selepas arwah papa dan mama meninggal sebab Atan dah jarang-jarang datang ke sini. Kalau dia datang ke sini pun, dia takkan bermalam lagi. Kali ini, Edy pula yang selalu ke rumahnya. Aku tak kisah, kalau Edy yang perlu pergi ke sana. Jangan Atan yang datang sini, sudahlah.

            Petang Sabtu ini, Atan ada di sini. Dia dan Edy sedang sibuk dengan projek mereka untuk memetik buah rambutan yang tumbuh dengan lebat pada pokok rambutan yang sejak aku kecil lagi sudah ditanam atuk. Aku tidaklah pula berminat untuk membantu mengutip buah-buah rambutan yang jatuh ke tanah sebagaimana rajinnya Faeq dan Jeana membantu mereka.

            What are you doing with my sketch book?” Aku mengangkat pandangan memandang Faeq yang sedang membongkok mengutip rambutan di atas tanah sambil sesekali dia memandang aku. Sejujurnya, sejak mama dan papa meninggal dunia, Faeq lebih banyak bercakap dengan aku. Macam masa aku kecil-kecil dahulu.

            Trying to understand your drawing.

            Which one?

            This thing... I don’t know, it looks like a black hole or something.” Selepas itu, aku terdengar Faeq ketawa. Aku kembali memandangnya. Faeq sudah berdiri tegak dan berjalan menghampiri aku yang sedang duduk di balkoni rumah. Setibanya dia di hadapan aku dengan tembok balkoni yang memisahkan kami, dia membongkokkan tubuhnya dan memandang lukisannya pada sketch pad miliknya yang berada dalam pegangan aku.

            Do you really want to know about this drawing?” Faeq pandang aku. Aku mengangguk laju. Walaupun satu habuk pun aku tak faham apabila aku melihat lukisan itu, tetapi entah kenapa lukisan itulah yang paling lama aku tenung.

            It’s about you.

            What?” Aku tak percaya mendengar kata-kata Faeq.

            Yes, it is about you.

            I don’t get it. How did you relate me with this black hole thing?” Aku pandang Faeq dengan dahi yang berkerut.

            This is not a black hole lah.”

            Then what is this?

            You.

            Oh God! Yaaa, but how does this relate with me?” Tak sempat Faeq menjawab, Edy dari atas pokok melaung nama Faeq. Kami sama-sama memandang ke arah Edy.

            “Faeq, ada orang datang. Tengok jap.” Setelah mendengar kata-kata Edy itu, Faeq terus berjalan ke arah pintu pagar. Dan tidak lama selepas itu, muncul kelibat seorang wanita dan dua orang lelaki yang sedang mendaki bukit untuk ke rumah ini.

            Aunt Sarah?” Aku terkejut, benar-benar terkejut mendengar bicara Faeq itu. Aku tak sangka langsung bahawa wanita bertudung hijau emerald itu merupakan Aunt Sarah, kenalan rapat arwah mama semasa kami menetap di Aberdeen dahulu. Tak sangka pun yang Aunt Sarah akan tampil bertudung begitu.

            Aku lihat Faeq sedang bersalaman dengan dua orang lelaki yang datang bersama-sama dengan Aunt Sarah.

            How are you, Faeq?” Aku dah bangun daripada dudukku untuk melihat dengan lebih dekat wajah Aunt Sarah.

            Fine, how about you?

            As you can see.

            How do you know that we are here?         

            Your parents’ lawyer.

            Oh, ya, come in.

            Faeq sudah berjalan masuk ke dalam rumah diikuti Aunt Sarah dan dua orang lelaki tadi.

            Hey, Runnisa.Aunt Sarah menegur aku dengan senyum pada bibirnya.

            Hye, Aunt Sarah,” balasku pula.

            Don’t you miss me?” soal Aunt Sarah. Aku tersenyum pudar. Perlahan-lahan aku menapak ke arahnya dan aku memeluknya, erat. Aunt Sarah banyak berjasa kepadaku. Dia yang ajar aku untuk bermain alat muzik.

            I miss you so much as much as I miss them,” bisikku perlahan. Dapat aku rasakan Aunt Sarah mengusap lembut belakang tubuhku, barangkali cuba untuk menenangkanku. Selepas itu, pelukan aku leraikan.

            Edy and Jeana is here, in case you wanted to see them,” tuturku sambil jari telunjuk kuluruskan ke arah pokok rambutan. Pada ketika itu, Edy sudah pun turun daripada pokok dan disusuli Atan. Mereka kemudian berjalan bersama-sama Jeana menuju ke arah ini.

            “Ya Allah, dah besar dah Edy dengan Jeana. Last time I saw you, muka anak-anak aunty ni masih muka remaja lagi.” Edy dan Atan masing-masing saling bersalaman dengan dua orang lelaki yang mengiringi Aunt Sarah tadi.

            “Assalamualaikum, Aunt Sarah,” ucap Jeana sambil menghampiri Aunt Sarah lantas dia mencapai tangan Aunt Sarah lalu dicium hormat.

            “Waalaikumussalam, Jeana.” Tubuh Jeana terus sahaja Aunt Sarah tarik ke dalam pelukannya.

            “Cantik Jeana bila dah besar macam ni,” tutur Aunt Sarah selepas pelukannya dileraikan. Aku nampak Jeana tersenyum.

            “Terima kasih, tapi saya biasa saja, aunty. Muka orang Melayu,” kata Jeana.

            “Saya tak handsome ke, Aunt Sarah?” Edy sibuk bertanya kepada Aunt Sarah. Mungkin tak puas hati kerana hanya Jeana yang mendapat pujian.

            “Edy pun handsome juga, tapi kalah sikit dengan orang sebelah Edy tu.” Oh God! Aunt Sarah ni nak puji Atan pun agak-agaklah! Dari celah mana entah Aunt Sarah nampak Atan tu handsome? Muka macam ni bersepah-sepah dekat Aberdeen tu.

            Aku lihat Edy tertawa dan Atan tersenyum.

            “Tiga pupu saya, aunty. Izzat Irvin namanya,” tutur Edy.

            “Panggil saya Atan saja, aunty,” ujar Atan.

            “Dia banyak mix, Malay, English, Irish. Tak acilah,aunty. Kami ni Malay pure.

            “Patutlah muka Atan tak nampak macam Melayu sangat. Tak kisahlah, Edy, masing-masing pun Allah dah cipta cantik-cantik,” kata Aunt Sarah. Aku terpegun seketika mendengar bicara Aunt Sarah. Aunt Sarah sememangnya sudah lain.

            “Masuklah, Aunt Sarah,” jemput Faeq. Mereka mula melangkah masuk ke dalam rumah. Aku dan Atan ialah manusia yang masih bersisa di balkoni ini.

            “Siapa tu?” Aku pandang Atan. Kadang-kadang bila dia tak dingin dengan aku, aku nampaklah juga yang dia ni agak baik. Agaklah.

            A good friend of mama, Aunt Sarah. She was our neighbour back then when we were in Aberdeen,” jawabku.

            And that two men?

            If I’m not mistaken, that young man is Aunt Sarah’s son. It was a very long time since the last time I met him, I think, it was eight years ago. So, I don’t really remember him. Besides, he’s a home person at that time. And the other man, I don’t know about him,” jelasku sebelum aku terus berlalu untuk masuk ke dalam rumah. Tak naklah aku berlama-lama dengan Atan di situ. Atan pun bukannya lurus sangat. Kadang-kadang boleh jadi baik, kadang-kadang boleh jadi kejam.


            AKU memandang beg kertas berwarna biru gelap dengan sentuhan corak bintang berwarna kuning dan putih yang dihulur Aunt Sarah kepada aku. Tak sangka pula aku bahawaAunt Sarah ada tujuan lain untuk datang ke sini. Sangka aku, dia cuma ingin menziarah kubur arwah mama dan papa serta melawat kami.

            “Apa ni, aunty?

            “Ambil.”

            Aku menyambut huluran Aunt Sarah dengan rasa pelik yang menggunung.

            “Itu amanah arwah mama Nisa. Dia minta aunty serahkan beg ni kepada Runnisa apabila dia dah tak ada. She gave this to me a week before you guys leave India, when I was on a work trip there. She came to me, and gave this to me. She told me, to give this to you once she’s no longer there to look after you. But I didn’t expect that it could be this soon,” kata Aunt Sarah.

            What’s in it?” soalku.

            I don’t know. Aunty tak buka, sebab itu amanah. Nisa bukalah sendiri.”

            “Nantilah. Dah malam pun ni, aunty tidurlah dulu.” Aku bangun daripada dudukku dan melangkah ke arah almari baju yang baru dua minggu berada di sini. Almari ini dibeli atuk untuk menempatkan pakaian aku. Pintu almari itu aku tolak ke tepi lantas loker kecil yang berkunci aku buka dan beg kertas itu aku letakkan di situ. Loker tersebut kututup semula dan kukunci. Kunci itu kumasukkan ke dalam jaket varsity milik aku yang kusangkut pada belakang pintu.

            Make sure you remember where you place the key.Aunt Sarah bersuara seakan-akan ingin memberi peringatan kepada aku.

            I will not forget, Aunt Sarah,” tuturku lantas aku bergerak ke arah suis lampu untuk mematikan lampu.

            Good night, aunty. I’m glad that you came here today,” ucapku.

            Good night, Runnisa.

            Kalau orang yang kenal aku dulu, mesti mereka nampak bagaimana berbezanya layanan aku terhadap Aunt Sarah dan arwah mama aku sendiri. Dan tak mustahil kalau ada yang ingat bahawa Aunt Sarah itu ialah ibu aku dan mama itu ialah orang asing.

            Dan sekarang, selepas mama dah tiada, aku tak boleh menyesal, walaupun aku mahu.


Nota kaki: Terima kasih untuk yang sudi baca, :). Macam mana dengan bab 10? Kadang2, benda yang kita tak sukalah yang kita selalu dapat. Contohnya: Runnisa tak suka surrounding kampung, but akhirnya, dia ditakdirkan untuk duduk dekat kampung tu juga. Adakah Runnisa akan 'tertarbiah' sepanjang tempoh dia menetap di kampung dia? Dengan keras kepala, keras hati, sifat memberontak dia tu... Akan 'tertarbiah' ke Runnisa? Kalau tidak, sebab apa? Kalau ya, macam mana? Agak2 korang kan, apa yang ada dalam beg tu? Dan agak2 korang kan, Nisa akan buka atau tak beg tu? 

Mesti masing2 rindu nak bersemuka dengan sesi perang mulut si Atan dengan Runnisa, kan? Tapi sekarang ni mood bersedih lagi. Semua orang dalam mood sejuk dan bertenang lagi. Dalam bab2 akan datang, siapa tahu, mungkin korang dapat lepaskan rindu korang tu, kan? 

Jadi, 10 KOMEN untuk dapatkan update seterusnya, PLEASE? 
 
TQ, untuk korang yang sudi drop comment. Kira kalau korang drop comment tu, korang berjasa lah dekat readers lain yang tak drop comment. Sebab dengan komen2 korang yang cukup 10 tu, barulah akan ada update seterusnya. Kejam dak? Alah, 10 je. Tak kejam mana. Views sampai 250. Takkan komen 10 pun nak berkira dengan saya? Penat saya tulih untuk hangpa baca tau? Bagilah semangat sikit nak tamatkan manuskrip baru nih. Kalau cepat tamat manuskrip saya, hangpa dapat cerpen baru tau? Mohon refresh semula kontrak janji setia antara kita. Hehe. Terima kasih sekali lagi, ^_^.  

6 comments:

  1. Rasa nya dlm beg tu tudung kut.. arwah mama runnisa tu nak anak dia berubah jd ala2 perempuan melayu terakhir..hihihi.. update lelaju sis..

    ReplyDelete
  2. RUN akan diterbitkan ke? Heee~

    ReplyDelete
  3. Yg pasti dlm beg tu ada sesuatu yg buat run terkedu. Starting point utk Run berubah.

    ReplyDelete
  4. I want more pleaseeeeeee heheheheh :)

    ReplyDelete
  5. sambung please.....

    ReplyDelete
  6. sambung pleaseeee

    ReplyDelete