Total Pageviews

Saturday, 18 February 2017

Novel- RUN (Bab 11)

Nota kepala: Assalamualaikum, semua. Dalam post saya 'Sebab Saya dah Pernah Pesan, Kan?', if any of you ada baca, mesti perasan part yang saya kata 'saya nak jadi kejam' tu, kan? Pandai ye korang? Lepas je saya update post tu, berpusu-pusu korang bagi komen and tick kotak dekat ruang reaction tu, kan? Saya dah kira. Dah cukup 10 semuanya. 7 komen and selebihnya reactions. TQ utk korang yang memahami jiwaku. Haha. Saya tak nak pertikai kejujuran sesiapa. Kalau ada yang main kotor, tick banyak kotak dekat ruang reaction tu, itu urusan anda dengan jiwa anda, ya? Saya tak nak masuk campur. Saya tunaikan apa yang saya kata, cukup 10, ada bab 11. Tak cukup, tak ada. That's it. So, selamat membaca. Maaf atas segala kekurangan.



            FAEQ, I want to ask you a question.” Sementara menunggu pak su pulang dari kebunnya, aku menegur Faeq yang sedang sibuk mencakar daun-daun pokok rambutan yang terkumpul di atas tanah. Faeq ni makin lama makin rajin pula. Sedangkan aku? Aku hanya duduk di atas pangkin di bawah pokok rambutan ini sambil memandang Faeq membuat kerja. Sejujurnya, setelah agak lama aku menetap di sini, aku dah boleh membiasakan diri dengan semua perkara yang dahulunya aku rasakan jijik dan menyakitkan hati. Makanan pun, aku terima sajalah apa-apa pun yang wan masak, walaupun tak kena dengan selera aku. Kalau Edy atau Faeq belikan makanan yang mengikut cita rasa aku, itu satu bonuslah bagi aku.

            What?” Faeq memandang aku sekilas.

            Didn’t you tired of driving from Bentong to KL just for work, five days a week? Why didn’t you just be like Faena? Find a house in KL? It’s easier, for you.

            Faeq berhenti melakukan tugasnya dan dia berpaling memandang aku.

            Why do I need to stay away from my family?” Faeq menyoal aku balik. Aku menjongket bahu.

            “Taklah, you ada pilihan. I mean, you ada duit, you boleh cari rumah dekat sana. Kalau you duduk sana, tak adalah you kena keluar awal pagi untuk pergi kerja, lepas tu balik malam-malam. I yang tengok ni pun dah rasa yang you tak cukup rehat. Kenapa you susahkan diri you macam ni?”

            I’m okay with this. Setakat ni, tak ada lagi rasa macam nak pengsan. By the way, I’ll think about that, but not until you finish your school.” Faeq menyambung kembali kerjanya mencakar daun.

            That is a year more.

            It is not a problem, Runnisa. You’re my sister anyway. And to be honest, I don’t prefer to stay away from my family,” kata Faeq. Nak tak nak, aku terpaksa menerima jawapan Faeq itu. Yalah, selama dia bekerja di Aberdeen dan di India dulu pun, dia tak pernah meninggalkan rumah kami. Senang cakap, jelaslah dekat sini bahawa bezanya Faeq dan Faena bagai langit dengan bumi.

            Where’s Aunt Sarah?”soal Faeq.

            “Dekat dapur. Tolong wan buat kuih apa entah.”

            “Faena?” Faena? Dia balik ke sini, sebelum maghrib semalam. Itu pun sebab ada urusan. Peguam arwah papa dan mama yang datang bersama-sama Aunt Sarah semalam, ingin membacakan wasiat. Mustahillah Faena tiba-tiba ingin pulang kalau tidak kerana ada hal mustahak macam itu.

            Selepas wasiat dibaca semalam, peguam arwah mama dan papa itu terus pulang. Hanya Aunt Sarah dan anaknya sahaja yang bermalam di sini. Hari ini barulah mereka akan pulang. Pagi ini pun, menurut kata-kata Faeq, krew pak su di kebun bertambah kerana anak Aunt Sarah rajin untuk membantu.

            Still sleeping.” Itu jawapan yang aku beri untuk soalan Faeq tadi.

            “Yalah, adik dah rajin bangun awal sekarang,” kata Faeq tiba-tiba.

            I woke up at eight just now. Tak awal mana pun.”

            But before this, selalunya pukul sepuluh, sebelas baru bangun. Okeylah tu, ada peningkatan,” ujar Faeq. Daun-daun yang dicakar Faeq tadi sudah siap terkumpul di satu tempat. Faeq kemudiannya mengambil pemetik api dan sehelai surat khabar yang digulung lantas surat khabar itu dibakarnya.

            “Faeq, you dah fikir ke fasal wasiat semalam?” soalku kepada Faeq sambil perhatianku fokus pada daun-daun kering yang sedang marak dibakar api daripada surat khabar yang diletak Faeq di dalam timbunan daun-daun itu.

            “Yang mana? About the marriage thing?” soal Faeq. Aku mengangguk. Aku tak tahu apa yang ada dalam fikiran arwah mama dan papa semasa menulis wasiat itu. Untuk bahagian Jeana, Edy dan aku, cukup logik. Tetapi untuk bahagian Faeq dan Faena, aku tak faham mengapa arwah mama dan papa menetapkan bahawa mereka hanya akan mendapat bahagian mereka selepas mereka berkahwin atau mencapai umur tiga puluh tujuh tahun. Kalau mereka tidak berkahwin, maknanya lambat lagi mereka akan mendapat bahagian mereka. Sedangkan untuk Jeana, Edy dan aku, arwah mama dan papa hanya menetapkan umur sebagai syarat.

            I don’t really care sebenarnya. Hal jodoh ni Tuhan saja yang boleh tetapkan.”

            I had never saw you having someone special.

            Because there’s no one.

            Aku diam. Aku rasa memang adik beradik kami ni jenis yang beku macam ni. Jangan kata Faeq sahaja, malah Faena, Jeana, Edy pun aku tak pernah nampak muka mereka macam muka orang bercinta. Seliar-liar Faena pun, tak pernahlah aku tengok dia ada krisis dengan cinta. Aku sendiri pun, memang mustahil sangat. Tapi tipulah kalau aku kata yang aku tak pernah ada crush. Biasalah tu, remaja kan.

            I think I know why mama and papa put that condition to both of you.

            Why?

            Because they are afraid that you might be a gay or something,” jawabku.

            Choi! Mulut tu agak-agak sikit. Sejahat-jahat your brother ni pun, masih ingat Tuhan lagi.” Dang! Hati terasa terpukul mendengar kata-kata Faeq. Dan semakin lama di sini, semakin aku nampak yang Faeq dah macam nak masuk geng Jeana dan Edy. Kalau dulu dia tak berapa nak layan sangat pak su, sekarang ni kalau pak su balik kerja, dia mesti salam pak su.

            Kadang-kadang aku tak faham bagaimana seseorang itu boleh berubah macam tu saja. Dan aku rasa, faktor Faeq berubah sekarang ini ialah faktor yang sama bagaimana Jeana dan Edy berubah.

             But it’s okay. At least he’s better than before.


           PETANG itu, setelah Aunt Sarah dan anaknya pulang, aku mengambil keputusan untuk pergi ke rumah Bunga. Aku tak pernah lagi ke rumah Bunga sejak dia pelawa aku tempoh hari. Kalau aku nampak dia dari rumah ini pun, aku sekadar hulur senyuman sahaja. Itu pun senyuman hambar.

           Where are you going?” Eh? Dah lama dia tak tegur aku dengan nada dingin macam tu. Ni nak cari gaduh ke apa ni? Kaki kanan aku angkat dan kasut yang tersarung aku kemaskan kedudukannya sambil mata terarah kepada Atan.

           Why do I need to tell you?” balasku semula. Tangan bergerak mengemaskan kasut pada kaki kiri pula.

           Because I’m asking you.” Poyo juga Atan ni kadang-kadang. Siapa yang suruh dia tanya aku pada mulanya? Takkan dia tak tahu status hubungan kami yang beku?

            Mind your own business. It’s not like I am going to join a party or something,” kataku.

            So what’s the purpose of that guitar going with you?” soal Atan lagi. Kali ini aku sekadar menghadiahkan jelingan kepada Atan sebelum aku berlalu. Sekarang ni aku tak boleh sangat nak bergaduh dengan Atan dan aku tak boleh sangat nak pandang muka Atan sebab setiap kali aku buat macam tu, mesti aku akan teringat kes yang memalukan dahulu. Sampai sekarang Atan tak tuntut jubah dia dan sampai sekarang jubah tu masih ada dalam almari aku. Itu pun aku humban dekat tempat yang paling tersorok sekali, iaitu pada bahagian bawah sekali dalam banyak-banyak baju yang berlipat. Kalau aku buka almari baju aku, mesti ada bau wangi daripada jubah dia tu. Sampai sekarang bau tu tak hilang. Mungkin dia letak sebotol minyak wangi pada jubah dia tu kot. Sebab tulah bau tu masih kuat.

            Masa aku berjalan nak ke rumah Bunga ni pun, aku dapat rasakan yang Atan tengah pandang aku. Maka aku angkat kepala aku dan aku toleh ke sisi kanan. I’m right. Cara dia pandang aku tu macam pengawal tengah pandang musuh dia. Atan tak percayakan akulah tu. Seperti mana aku selalu mengaitkan Izzat Irvin dengan jahat, mungkin seperti itulah Atan selalu mengaitkan Runnisa dengan benda-benda tak elok. Okeylah macam tu. Fair and square.

            Apabila aku dah sampai di pekarangan rumah Bunga, aku pandang Atan lagi.

            I am going to have a party here and I will come back late because yaaa, it’s a party,” kataku. Aku nampak muka Atan dah memerah. Puas hati aku sebab berjaya sakitkan hati Atan.

            “Eh? Runnisa! Ingatkan siapalah tadi. Masuklah.” Tiba-tiba Bunga muncul dari dalam rumah. Kuat sangat ke suara aku tadi sampai Bunga boleh dengar?

            “Cakap dengan siapa tadi?” soal Bunga sambil memandang sekeliling.

            “Atan,” jawabku.

            “Oh! Abang Izzat.” Bunga seakan-akan baru ternampak kelibat Atan.

            “Masuklah, Nisa. Abang dengan kakak Bunga tak ada. Diaorang pergi bandar...” Memang sejak dulu lagi aku perasan, Bunga ni memang banyak cakap dan ceria orangnya. Maknanya dia sesuailah untuk menjadi kawan aku sebab aku tak berapa banyak bercakap. Sekurang-kurangnya, adalah juga perkara yang menjadikan Bunga sesuai sebagai kawan aku.


Nota kaki: Macam tak puas kan baca Bab 11 yang pendek ni? Saya ada jaminan bahawa Bab 12 is going to be longer dan ada part yang menarik. Macam biasa, rajin-rajinkan diri anda beri komen jika anda mahukan Bab 12. Untuk bab 11 ni, saya tak minta banyak. 10 komen juga. (10 komen yang TIDAK TERMASUK reactions). Lebih banyak komen, lebih afdhal.

DAN, saya inginkan PENDAPAT anda dalam setiap komen anda itu, sama ada anda mahu RUN diterbitkan menjadi sebuah NOVEL BERCETAK yang boleh anda hidu baunya, cium, peluk dan tatap setiap hari. And the most important part is, korang tak perlu berhadapan dengan situasi 'mata strain' sebab asyik kena tatap skrin untuk membaca. Setiap pandangan anda amatlah bermakna untuk merealisasikan impian melihat RUN menjadi sebuah NASKHAH BERCETAK, ^_^. Sebab itulah saya kata kali ini, kalau boleh saya nak dapatkan LEBIH BANYAK KOMEN. Sebab, komen-komen dan permintaan korang itu dapat membantu RUN menjadi sebuah naskhah yang boleh dipegang. Terima kasih, :). 

22 comments:

  1. Yeahhhhooooooo. Run sudah kembali. Ayuh geng. Kita komen ramai ramai. Lagi cepat cukup sepuluh, lagi cepat dapat jumpa Run. Kalau lebih 10, aci bawa ke next chapterya Nasha!

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Yamad, rileks, :). Saya tak janji pun lagi cepat cukup 10 komen, lagi cepat dapat bab baru. Haha, :D. Saya kata, kalau cukup 10 komen barulah dapat jumpa bab 12. Kalau tak cukup, maka tak dapatlah jumpa bab 12. Jangan salah faham, >.<. Tapi nasib baiklah kali ni cukup.

      Delete
  2. Ahakkkss >_< Tenkiu update ! Best~

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Anon, thank you for dropping your comment too, :)!

      Delete
  3. InsyaAllah, saya doakan RUN ada rezeki ke versi cetakan jyeahhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Anon, terima kasih beri komen. Aamiin, insyaAllah. Mudah-mudahan ada rezekinya dalam masa terdekat ini. Terima kasih, ^_^.

      Delete
  4. Thanks for updating :) nak lagiiiii

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Nadia Akila, hai Nadia! Terima kasih juga untuk komen awak. Disebabkan awak merupakan antara mereka yang mencukupkan 10 komen, maka awak akan jumpa bab 12 yang awak nak tu, ^_^. Thank you!

      Delete
  5. Replies
    1. @azaini mohd, Hai azaini! Saya nampak FB awak di ruang komen post FB saya, tapi saya teragak-agak nak add, risau awak tak nak berkawan dengan penulis. Haha. BTW, PM saya ya jika awak nak saya add awak atau awak boleh add saya terus. Saya akan approve. Thank you juga sebab sudi komen, ^_^.

      Delete
  6. pendek sgt..x puas baca..nak lagiiii :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Anon, Hai awak! Kalau nak lagi puas baca, doa-doakanlah RUN berjaya dizahirkan ke versi cetak! Hehe, ^_^. Thank you sudi komen, :).

      Delete
  7. thanks for updating :)..

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Anon, thank you for dropping your comment too, ^_^.

      Delete
  8. harap2 dpt jumpa RUN dlm versi cetak..teruskan berkarya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Anon, :). Aamiin. Thank you sudi komen. InsyaAllah, saya akan terus berkarya selagi diizinkan olehNya. Terima kasih atas sokongan, ^_^.

      Delete
  9. i want more please

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Anon, ^_^. I wish I could give more too! Tapi nanti kalau hari2 bagi, cepatlah habis. Tak bolehlah pulak kalau macam tu coz saya dah ada limit saya nak letak sampai bab berapa. Hehe, :). BTW, thank you sudi komen!

      Delete
  10. Rindu Run. Bila nak jumpa Run lg ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Yamad, sabar, sabar. Gaya macam dah rindu kekasih je ni. Mak saya selalu pesan, the time will always come. Haaa~ Gitu. >_<

      Delete