Total Pageviews

Saturday, 25 February 2017

Novel- RUN (Bab 12) -The Final Chapter-

Nota kepala: Assalamualaikum, guys! Thank you untuk korang yang rajin komen dalam bab 11 sebelum ni. Guys, kalau komen pakai anonymous tu, bolehlah letak nama korang selepas korang komen tu. Nama samaran pun tak apa. Haha. Bolehlah juga saya kenal siapa anonymous yang beri komen tu. Kalau tak saya rasa macam serba salah nak mention anon bila balas komen korang. Berapa ramai anon pun dah tak terkira dah. Haha. Thank you ya, sebab sudi komen. Ni, bab 12 untuk korang. Macam yang saya kata, bab 12 lebih panjang, :).


            “BAJU sekolah adik tu tak beli lagi, along. Lupa pula wan nak cakap dekat atuk.” Aku mengalihkan pandanganku ke arah wan yang sedang memandang Faeq. Ada kebimbangan yang terpampang pada wajah wan.

            Kena pakai baju sekolah ke kalau sekolah dekat Malaysia ni? Aduhhh, pengsan aku kalau macam ni. Takkanlah kena pakai uniform? So lame!

            “Tak apalah, esok along ambil cuti, bawa dia ke bandar,” kata Faeq.

            “Tak payah, along. Susahlah nak ambil cuti semua. Macam nilah, ateh dengan Atan cuti esok sebab pak su ada hal. Jadi ateh boleh bawa adik esok, wan. Bukannya ateh tak ada lesen,” kata Edy kepada wan. Aku tak adalah pula terasa hendak masuk campur.

            “Nak naik apa? Takkan naik motor?” soal Faeq.

            “Atan ada kereta. Naik kereta dialah,” jawab Edy. Masa ni, aku rasa aku mesti masuk campur. Kereta Atan? Kalau naik kereta Atan, tak mustahil yang dia pun akan ikut sekali. Inilah yang aku tak berkenan ni.

            “Tak nak, okey? Tak nak. Takkan nak naik kereta Atan pula? Dia tu siapa sampai nak minta tolong dia pulak?” Aku membantah.

            “Adik, Atan tu tiga pupu kamu jugak.” Wan bersuara dengan nada teguran. Aku mengerling wajah wan dengan pandangan tidak puas hati.

            “Tak kisahlah tiga pupu ke apa ke, dia tetap tak ada kena mengena dengan Nisa. Kalau kita kena pergi dengan dia, baik tak payahlah,” tuturku sebelum aku bangun daripada dudukku dan melangkah ke tingkat atas menuju ke bilikku. Hilang mood aku untuk menonton televisyen.

            “Tak payah dilayan sangat kepala dia tu, along. Esok Edy bawa dia. Esok ateh bawa dia, wan. Wan tak payah risau.” Dari sini aku dapat mendengar kata-kata Edy. Aku rasa Edy ni dah berjaya dirasuk Atan lah. Yalah, asyik berkepit saja dua orang tu. Mestilah Atan ambil peluang itu untuk menghasut Edy supaya menyakitkan hati aku.

            Pada ketika ini, aku tak boleh nak bayangkan langsung apa yang akan terjadi esok kalau Atan pun ada bersama-sama aku dan Edy. Maka, aku mengambil keputusan untuk mengajak Bunga menyertaiku pada hari esok. Sekurang-kurangnya, tak adalah aku terasa lemas sangat kalau-kalau aku dibuli Atan dan Edy esok.


            SEPERTI yang telah aku sangka, buka sahaja tingkap bilik pada pukul tujuh pagi itu, Toyota Camry berwarna silver yang aku percaya milik Atan sudah tersadai di depan rumah.Selalunya dia datang sini naik motor Honda dia, kalau dia ada kerja dengan pak su. Hari ni datang naik kereta, maknanya dia dah tahulah apa agenda hari ini.

            Aku mendaratkan kepala di birai tingkap sambil mata memandang rumah Bunga di hadapan. Kalau tak silap aku, bilik yang bertentangan dengan bilik aku ni dihuni Hilman. Hilman dah bangun ke belum, ya?

            Tak lama selepas aku teringatkan Hilman, tingkap biliknya itu kelihatan dibuka dari dalam. Kelihatan wajah ibu Bunga terpampang di situ. Dia menghulur senyum kepada aku dan aku membalas jua senyum itu. Tak lama selepas itu, aku nampak Hilman. Dia sedang berdiri di atas katilnya tanpa baju menutupi tubuhnya. Hilman sangat adorable. Setakat ini, Hilmanlah kawan aku yang paling awesome. Dan, sudah tentulah peminat aku yang paling setia. Kalau dia nampak aku bawa gitar, mesti dia akan ikut aku hanya semata-mata sebab nak dengar aku main lagu. Dan setakat ni, lagu yang dia paling suka ialah lagu BINGO. Aku layan sajalah, mainkan lagu budak-budak untuk dia. Aku suka tengok dia gembira dan ikut menyanyi bersama-sama petikan gitar aku. Kadang-kadang tu sampai lima kali dia suruh aku ulang main lagu yang sama. Kalau aku dapat lihat Hilman gelak, sejujurnya aku pun ikut tertawa sekali.

            “Kakak!” Aku mengangkat kepalaku apabila terdengar suara Hilman.Dia sedang melambai-lambaikan tangannya kepada aku. Aku tersenyum.

            Good morning, Hilman!” laungku dan aku turut membalas lambaiannya.

            “Hilman nak mandi ni,” kata Hilman.

            “Pergilah.”

            “Nanti kakak datang rumah Hilman?” soal Hilman. Aku tersenyum dan mengangguk.

            “Ya, kakak datang.”

            Yeay!” Hilman sudah melompat-lompat di atas katilnya.

            “Eyyy! Hilman, apa ni? Cepatlah, kata nak mandi? Kak de nak buat kerja lain pulak lepas ni.” Aku terdengar suara Bunga membebel kepada Hilman.

            Bye, kakak!” Hilman berhenti daripada melompat dan kemudian dia turun daripada katilnya sebelum dia hilang daripada pandanganku. 

            Aku mendaratkan kembali kepalaku pada birai tingkap dan pandangan aku alihkan ke halaman rumah di sisi kiriku. Tanpa aku pinta, aku terpandangkan Atan yang sedang duduk di atas pagar balkoni dengan belakang tubuhnya disandarkan pada tiang. Dia sedang sibuk memandang buku di tangannya. Khusyuk betul dia membaca. Sejujurnya, kalaulah aku tak kenal siapa Atan sekarang ni, aku tak boleh menipu yang tak mustahil aku akan tersuka dia. Tetapi masalahnya sekarang, aku terlalu kenal siapa Atan. Jadi untuk aku sukakan dia, itu ialah sesuatu yang mustahil.

            Dia menyelak halaman yang seterusnya pada buku yang dipegangnya. Selama ni, aku tak pernah nampak Atan baca buku. Yalah, dia pun bukannya selalu cuti macam hari ini dan aku bukannya selalu pandang dia macam sekarang ni.

            Aku tak tahu sebenarnya apa yang menarik sangat pada Atan sehinggakan sudah lima helai helaian buku itu dia selak, tetapi aku masih tidak berkalih pandang daripada memandangnya.

            Tidak semena-mena, pintu bilikku diketuk dari luar.

            “Runnisa? Bangunlah, dah pukul lapan dah ni.”

            Aku memandang pintu bilik. Edy ni pun. Macamlah kedai dekat Malaysia ni pukul enam pagi dah buka.

            I’m awake,” jawabku.

            “Kita pergi pukul sepuluh, tau?” 

            “Okey.”

            Setelah tiada tanda-tanda bahawa Edy akan bercakap lagi, aku kembali memandang ke arah tadi. Atan masih setia dengan buku di tangannya. Satu sajalah sisi positif Atan ni yang paling ketara, iaitu dia sangat rajin. Kalau dia tak ada kerja pun, mesti dia akan cari kerja untuk dibuat. Macam sekarang ni. 

            Atan menutup buku di tangannya dan kemudian buku itu dia letakkan di atas ribanya. Dia memandang ke sebelah kirinya, rumah Bunga. Tetapi jika ditanya kepada aku, adakah rumah Bunga yang sedang dia pandang, jawapan aku ialah tidak. Dia sedang memandang sesuatu yang lebih jauh daripada apa yang berada di hadapannya. Aku tidak pasti apa. Selepas itu aku melihat dia melepaskan nafasnya lantas wajahnya dia raup dengan kedua-dua belah tangannya. 

            Apa yang Atan sedang fikir agaknya ya? Tak pernah lagi aku nampak muka dia beriak kebimbangan begitu. Seketika selepas itu, dia memandang ke arahku. Terhenti sekejap denyut jantungku apabila aku telah terkantoi sedang memerhatikannya. Tajam pandangan matanya yang menikam mataku membuatkan nafasku terasa semakin sesak. 

            Shame on you, Runnisa! Nanti dia mesti ingat kau selalu stalk dia.

            Aku berdehem beberapa kali sebelum mengalihkan pandanganku ke hadapan dan kemudian aku merapikan rambutku sebelum mengikatnya. Semenjak menetap di sini, aku dah tak potong rambut aku lagi. Sebab dulu, kalau aku potong rambut aku pendek, mama mesti akan marah. Jadi sekarang, aku nak tebus balik silap aku, walaupun mama dah tak ada lagi.

            Selepas beberapa minit, aku pandang balik ke sebelah kiri. Atan dah tak ada di situ. Nafas lega aku lepaskan perlahan-lahan. Janganlah Atan berfikir yang bukan-bukan. Ini dah dua kali maruah aku jatuh di hadapan Atan. 

            How long have you been staring at me?” Akibat terlalu terkejut, tak fasal-fasal aku terjatuh daripada katil. Memang terlalu teruk bunyi yang terhasil walaupun lantai ini bukanlah lantai kayu pun. Aduh, sakit kaki aku. Aku mengangkat pandanganku memandang tingkap bilik. Jelas terpampang wajah Atan di situ.

            Does it hurt?” Selamba sahaja wajah Atan ketika dia menghulur soalan itu.

            “Taklah, seronok jatuh katil ni sebenarnya.” Aku bangun daripada keadaan tidak senonoh aku. Masa nak bangun untuk berdiri baru terasa sakit pada bahagian betis. Ni mesti sebab tersalah landing ni.

            Oleh sebab tak tahan sakit, maka aku ‘teraduh’ sedikit. Ingatkan tadi aku nak pura-pura macho depan Atan. Konon-konon jatuh daripada katil tak beri apa-apa kesan pada aku. Tapi lain pula yang jadi.

            “Sakit ke?”

            “Tak cakap sakit pun.”

            “Habis tu aduh tadi tu apa?”

            An expression,” jawabku. Aku melabuhkan dudukku semula di atas katil. 

            An expression for someone who is in pain,” kata Atan.

            “Biarlah saya nak sakit pun, Encik Izzat Irvin,” tuturku. Tubuh kupalingkan membelakangi Atan sebelum aku mengangkat kaki kiriku ke atas katil dan kemudian palazzo milik Jeana yang aku pakai kuselak bagi melihat keadaan betis aku. Jelas kesan merah di situ. Bengkak. Aku menekan kawasan yang kelihatan bengkak itu dengan tangan kananku. Sakit, jadi aku pasti bengkak ini akan bertukar menjadi lebam nanti. Siku tangan kananku juga kubelek. Dah agak dah. Bengkak juga. 

            What happened?” Atan bertanya.

            Stop acting like you are concern about me while you are actually not.

            It is going to turn out into bruise.” Terkejut aku apabila terdengar suara Atan yang kedengaran begitu dekat berbanding tadi. Aku memandang ke sebelah. Dah agak dah. Atan ni memang selalunya unpredictable. Kadang-kadang boleh jadi baik dan kadang-kadang boleh jadi kejam. Macam sekarang ni, dia dalam mood baiklah agaknya.

            “Awaklah punya salah. Ada ke tegur orang macam tu? Nasib baik jatuh katil saja, bukan jatuh...”

            “Jatuh apa? Jatuh hati?” Tak sempat aku habiskan cakap aku, dia dah memotong dahulu. Aku pandang muka dia dengan pandangan tidak puas hati. Atan ni kenapa?

            “Jangan mengarutlah! I mean, nasib baik saya tak jatuh ke luar tingkap ni. Tau tak biasanya hantu jahat yang namanya Stretch, Stinkie, Fatso yang bersaudara dengan Casper tu saja suka buat orang terkejut macam ni. Sesuai sangatlah awak dengan hantu tu,” kataku dengan niat untuk menyindir. Dan tiba-tiba, aku rasa mata aku ‘ter-rabun’ sekejap agaknya apabila aku ternampak Atan tersenyum. Aku pejam dan celikkan mata aku. Senyum tadi dah hilang. Betul ke Atan senyum tadi? Serius aku tak pernah langsung nampak dia senyum ikhlas di depan aku begitu. Lebih kuranglah macam aku, tak pernah nak senyum ikhlas depan dia.

            “Tunggu sini sekejap.” Atan ingat aku ni budak-budak lagi ke nak suruh aku tunggu? Walau apa-apa pun, aku tetap tak bergerak dari katilku. Hanya mata yang bergerak memandang Atan yang keluar dari bilikku ini. Tidak tahu dia hendak ke mana. Tetapi sejurus selepas Atan keluar, Edy pula yang melangkah masuk ke dalam bilik ini dengan kening yang berkerut.

            Did he just came out from your room?” Edy bertanya dengan riak wajah curiga. Aku mengangguk.

            What did he do in your room, Nisa? With the door closed?” Edy masih melangkah mendekatiku ketika dia menghulurkan soalan itu.

            Apabila Edy sudah melabuhkan duduknya di sebelahku, aku menjawab, “Ask him yourself.

            What’s wrong with your leg?

            “Jatuh katil.”

            What?! When?

            “Baru saja. Siku pun bengkak juga.” Aku menghulurkan siku aku kepada Edy.

            “Hei, ni tak cukup vitamin C ni. Apa yang cepat sangat bengkak walhal baru saja tadi terjatuh? What did you eat when I was away?” Edy masih membelek siku aku. Ada benarnya juga kata-kata Edy. Cepat betul badan aku memberi reaksi.

            “Dahlah, mentang-mentang grad nutrition, tak payahlah sampai bruises pun nak kena kait dengan vitamin C. Runnisa makanlah orange, lemon semua. Ingat Nisa ni apa?” Aku membuat kenyataan balas. Edy dah melepaskan tangan aku.

            “Memanglah, kalau tak apa guna grad nutrition kalau tak apply ilmu tu. Ni macam mana boleh jatuh katil ni? Katil ni punyalah luas. Bukannya Jeana tidur sini sekali.”

            “Kena tegur dengan adik-beradik baru the ghostly trio yang bersaudara dengan Si Casper tu,” jawabku.

            “Siapa?”

            “Kan dah cakap, adik-beradik baru the ghostly trio.

            Who? Atan?”   

            “Yalah. Siapa lagi yang suka buat masalah macam ni?”

            “Dia yang buat masalah ke Nisa yang buat?”

            No, okay?! Dia tu yang tiba-tiba tegur dekat dengan telinga Nisa, siapa yang tak terkejut kalau kena macam tu? Boleh gugur jantung tau tak? Dahlah suara garau, kalau suara macam budak-budak tak apalah. Tak adalah rasa macam nak kena strok,” bidasku. Suka hati sahaja Edy hendak menuduh aku yang bukan-bukan. Aku ni pun tak adalah kejam sangat sampai awal-awal pagi nak buat durjana dekat orang lain.

            “Nasib baik tak kena strok betul-betul,” kata Edy dengan senyum mengusiknya.

            “Ni nak buat apa dengan bengkak ni? Jadi ke kita nak beli baju sekolah ni dengan kaki macam ni? Boleh jalan ke?”

            “Satu-satulah kalau nak tanya pun. Ni tanya soalan pun macam tengah guna bazuka nak tembak orang.” Aku menampakkan riak menyampah pada wajahku.

            “Yalah. Soalan pertama, kaki tu sakit sampai tak boleh berjalan ke boleh lagi?”

            “Boleh. Lebam saja pun. Bukannya tak boleh bergerak langsung.”

            “Soalan kedua, Nisa still nak teruskan plan hari ni atau nak cancel?” Kalau boleh, memang aku nak jawab yang aku nak batalkan, tetapi masalahnya hati ni tiba-tiba tak sampai hati pula untuk menyusahkan orang lain. Maksud aku, Edy cuti pun hari ini saja. Hari-hari lain dia perlu bekerja dengan pak su. Faeq pula, aku pun kalau ikutkan tak mahu dia bersusah payah ambil cuti seperti mana kata Edy semalam. Maka, aku putuskan walau apa-apa pun yang akan terjadi, aku takkan batalkan rancangan kami. 

            “Tak payahlah cancel. Bukannya you ada masa cuti lagi lepas ni. Next week pun sekolah dah mula, kan? So, it’s okay. I boleh jalan lagi.” 

            “Adik, do you realize that makin hari adik makin decent?” Edy menyoal aku.

            Decent like what?

            “Senang cakap, adik dah ada peluang besarlah nak menang kalau lawan pertandingan adab sopan dengan Jeana,” kata Edy. Aku memandang Edy dengan hujung mata sebelum aku mencebik.

            “Celah mana you nampak I sopan sangat tu?”

            “Rambut ni...” Edy usik rambut aku.

            “Dah tak ada dye. So, they look perfect with you.

            “Lagi?” Aku pandang Edy.

            “Adik dah tak carut.”

            Aku tampar lengan Edy dan kemudian Edy ketawa. 

            “Rindu ke nak dengar?”Aku ugut Edy. 

            “Memang taklah. Lepas kena tegur dengan atuk terus adik insaf ya? Adik ingat atuk tak tahu English?” kata Edy.

            Faeq told me already that you are the one who told atuk the meaning of those words. Lepas daripada hari tu, atuk haramkan terus I cakap English dalam rumah ni. You nilah dengki dengan I.

            “Mesti adik rasa terancam bila kena ugut dengan bekas SC macam tu, kan? Insaf terus sebab takut atuk jual gitar dia. Yalah, sekarang pun adik dah tak ada duit nak beli gitar baru kalau gitar tu kena jual.”

            “SC?”

            Special Constable lah. Nilah muka-muka orang yang tak tahu sejarah Malaysia walaupun warganegara Malaysia.”

            “Kutuklah, kutuk. Memanglah I ni warganegara, but I was born and raised in UK, okay? Nama perdana menteri I tahulah. Nama national anthem dengan bunga kebangsaan I tahulah.”

            So sad, banyak lagi adik kena belajar ni. History wajib lulus tau dalam SPM.”

            Shut up lah. Orang tengah sakit, you bagi ceramah pula.” Edy ketawa. Seronoklah tu dapat buat aku sakit hati. Yalah, sekarang kan dia dah sekepala dengan Atan.

            Sebut fasal Atan, lelaki itu sudah pun muncul semula dengan sesuatu dalam pegangannya. Aku tidak tahu apa sehinggalah dia sudah melabuhkan duduknya di hadapan aku dan kemudian dia menutur sesuatu yang kedengaran seperti, “Bismillahirrahmanirrahim.”

            Selepas itu, dia melekapkan benda yang dibawanya itu pada bahagian betisku yang bengkak. Selepas aku terasa sesuatu yang sejuk pada bahagian kakiku yang cedera, dapatlah aku mengagak bahawa benda yang dia bawa itu ialah sesuatu yang sejuk dan dibalut dengan kain. 

            Aku hanya memandang tingkah Atan itu sambil fikiran terbang memikirkan apa yang ditutur Atan sebentar tadi. Kalau tak silap aku, arwah mama selalu sebut perkataan itu dan kadang-kadang, mama sebut dengan maksudnya sekali. Kalau tak silap aku juga, maksud perkataan itu ialah ‘In the name of Allah, The Most Gracious, The Most Merciful.’ Masa kecil-kecil dulu aku selalulah sebut... Tapi sekarang ini, sejujurnya, apabila aku dengar Atan sebut, barulah aku teringat semula makna perkataan itu. Sebelum ini, kalau aku sebut pun, sekadar sebut sahaja, tak memaknakan apa-apa pun.

            Feeling better?” Soalan Edy menyebabkan aku tersedar semula. Aku memandang Edy. Kenapa tiba-tiba sekarang ni aku rasa seakan-akan aku sedang dikejutkan oleh sesuatu? Sesuatu yang aku tidak pasti apa. Walhal aku tidak tidur pun.

            Nisa, are you okay?” soal Edy. Aku tersedar sekali lagi dan aku mengalihkan pandanganku ke arah Atan seketika sebelum aku memandang Edy semula. Kemudian aku mengangguk. 

            Why things are changing now?


Nota kaki: Entah benda apalah yang Nisa rasa dah berubah tu kan? Entah macam manalah si Runnisa yang teguh pendirian ni nak berubah? Entah boleh entah tidak dia berubah? Hmmm....

So that's it, guys! Macam apa yang tertera dekat tajuk tu, the final chapter. Sampai sini saja saya boleh kongsi untuk tatapan korang. Lepas ni, dah tak ada bab 13, 14, 15 and so on. I am so sorry, guys, :'(. Kalau korang rasa yang korang akan rindukan RUN, maka add saya di FB kerana JIKA MASANYA SESUAI, saya akan up teaser di FB saya. Tetapi, teaser yang saya up, bukanlah secara berkala seperti sebelum ni. Siapa yang follow saya di FB mesti tahu bahawa saya akan update satu teaser, satu minggu. Nampaknya, selepas ini, hanya jika MASANYA SESUAI dan saya berpeluang, saya akan update teaser untuk tatapan korang. Mungkin sebulan sekali ke, dua bulan sekali ke, tiga bulan sekali ke. And guys, saya mohon doa kalian supaya segala urusan merealisasikan impian melihat RUN ke versi cetak dipermudahkan. Thank you for your continuous support. Nak2 lagi siapa yang follow hasil karya saya sejak blog ni ditubuhkan dulu. Saya sangat-sangat menghargainya. Walaupun saya ni penulis yang tak keluarkan buku lagi, tapi korang tak jemu-jemu beri sokongan. Thank you so much, ^_^.

With love,
Nasha Hadzir Othman. 

3 comments:

  1. Aiseeeeee. You should make Run run until end in this blog.Anyway, Sure we will miss Run n the gang very much. Will follow your fb , to get close to Run

    ReplyDelete
  2. Yeah! Update teaser cepat2 pelisss ><' -NurAdilah-

    ReplyDelete
  3. Nak lagi..cepat tau..semoga terus maju...jangan lupa juga lawat blog sya ya kat https://ceritaberemosi.blogspot.my/

    ReplyDelete