Total Pageviews

Sunday, 5 February 2017

Novel- RUN (Bab 9)

Nota kepala: Assalamualaikum, :). Update lewat lagi minggu ini. Kali ni bukan sebab CNY. Untuk sesiapa yang ada baca post Ujian Tahun ke-5 tu, mesti dah tahu about arwah sepupu saya yang meninggal tu. So semalam busy dengan tahlil arwah. Ni baru berpeluang nak update. Jemput baca, ^_^.




            SETELAH hampir empat jam kami bertapa di ruang menunggu di hadapan bilik bedah, bunyi pintu yang dibuka menyebabkan tujuh pasang mata yang berada di sini terus sahaja tertumpu kepada seorang doktor yang sedang berjalan ke arah ini. Faeq merupakan orang yang pertama untuk bangkit dan mendapatkan doktor lelaki itu.

            “Macam mana, doktor?”

            Doktor tersebut mengukir senyum dan tangan kanannya singgah pada bahu kiri Faeq. Jernih pandangannya hinggap pada wajah Faeq membuatkan aku tidak sanggup untuk menanti apa yang bakal keluar daripada mulutnya.

            “Pihak kami dah cuba untuk lakukan yang terbaik, Encik Faeq. Kami harap Encik Faeq dan keluarga bersabar. Kecederaan Encik Nasrin amat serius di mana dia telah mengalami trauma pada bahagian kepala dan kebanyakan organ dalamannya gagal berfungsi. Kami cuba untuk selamatkan dia dan kami mohon maaf. Kini dia hanya mampu bertahan dengan mesin bantuan pernafasan dengan anggaran masa selama satu jam sahaja. Selebihnya, kita serahkan kepada Allah.”

            Pak su yang duduk bertentangan dengan aku terus sahaja mengalihkan pandangannya ke arah aku. Tidak tahu mengapa, tetapi keadaan ini benar-benar membuatkan aku lemah dan sesungguhnya aku tidak mahu sesiapa pun melihat aku dalam keadaan begini. Hood jaket varsity yang tersarung pada tubuhku aku naikkan menutup kepala dan aku tarik agar menutup wajah lantas pandangan aku tundukkan merenung kedua-dua belah tangan yang saling bertautan di atas peha. 

            There’s no any chance, doc? I mean, what if we transfer him to any specialized hospital?

            Bicara Faeq berbaur harapan. Tetapi aku tidak mahu berharap.

            “Saya minta maaf, Encik Faeq. Kalau boleh buat macam tu, dah lama kami buat. Tetapi keadaan Encik Nasrin terlalu lemah untuk dipindahkan ke hospital lain. I am worried that he could not make it through the transferring process.

            Baguslah sebab aku tak berharap. Sebab kekecewaan yang aku terima apabila mengetahui bahawa mama dan papa akan meninggalkan aku pada satu hari yang sama sudah cukup menyakitkan.


           “RUNNISA.”

           Aku mengalihkan pandanganku ke arah Bunga yang sedang melangkah menghampiriku.

           “Awak tak boleh solat?” Soalan yang dihulur Bunga itu tidak aku jawab. Bebola mataku bergerak kembali ke arah tadi, memandang titis-titis air hujan yang jatuh menimpa tanah.

           “Awak tak nak solat jenazah untuk arwah mama dan papa awak?”

           Sekali lagi, soalan daripada Bunga itu kubiarkan tanpa sebarang respons.

           “Saya tak tahu nak cakap macam mana, tetapi saya rasa satu-satunya perkara terakhir yang awak boleh buat untuk menggembirakan arwah ibu bapa awak sementara jasad mereka masih ada di atas tanah ni, ialah solatkan mereka. Masa arwah atuk saya meninggal, saya rasa terlalu terkilan sebab selama ni, kami tak habiskan banyak masa pun bersama sebab kami berjauhan dan saya tak pasti adakah selama ini kehadiran saya telah memberikan kebahagiaan yang cukup atau tidak kepada dia. Jadi saya fikir, cara terakhir untuk saya menggembirakan arwah atuk ialah dengan melaksanakan solat jenazah untuk arwah. Saya cuma tak nak awak terkilan, kalau awak lepaskan peluang ni sebab nanti, jasad mereka dah takkan ada di atas bumi ini lagi.”

           Kata-kata Bunga itu aku dengar. Tetapi aku tidak tahu balasan apa yang harus aku beri. Aku masih belum dapat menerima berita ketiadaan mereka, dan aku masih belum rela untuk melepaskan mereka.

           “Saya minta maaf, Abang Izzat. Saya dah cuba cakap dengan dia.” Suaranya kedengaran agak perlahan. Barangkali dia sudah berada jauh daripada aku sekarang ini.

           “Fakhrun Nisa.”

            What do you want from me? Just leave me alone, okay?

            I don’t want you to regret a thing after this. This is your last chance to prove to them that you love them and you care about them. After this, they will no longer exist in this world. If you do respect them, if you really care about them, if you really love them, then come join us to perform the prayer.You will not lose a thing if you join us because whether you want to accept it or not, the reality is, they’re gone now, Runnisa. What is important now is you, it’s you who decide what is the last thing you’re going to do to your parents.

            Aku masih diam walaupun kata-kata Atan benar-benar melekat pada hati aku.

            Okay, up to you. Just don’t go crying to others saying that you are regret over this thing after this.

            Selepas aku pasti bahawa dia telah tiada, aku akhirnya melepaskan nafas perlahan. Dengan berat hati, aku bangkit daripada dudukku dan berlalu dari tangga masjid itu untuk mengambil wuduk.

            I don’t even know how to perform solat jenazah. But I don’t really need to care about that because all I know is I am doing this just because I want them to know how much I love them.


            AKU melangkah bersendirian meninggalkan mama dan papa yang sudah selamat dikebumikan setelah hampir satu jam aku menghabiskan masa di hadapan kubur itu dan memandang dengan pandangan yang kosong dan hati yang diam sebentar tadi. Hanya fikiran yang sibuk mengimbau memori ketika aku kecil.

            Tiba-tiba, tubuhku diterpa dari hadapan menyebabkan aku terundur beberapa tapak ke belakang. Kedua-dua belah lenganku terasa digenggam kuat.

            “Mana kubur mama dengan papa? Kenapa you all tak tunggu I?” Terus sahaja aku memandang Faena yang berdiri di hadapanku. Automatik perasaan marah merajai hatiku.

            Walaupun hatiku sedang panas, tetapi aku perlu bersikap waras. Tak mungkinlah aku akan bergaduh dengannya di sini. Terus sahaja jariku bergerak menunjukkan lokasi kubur mama dan papa. Setelah Faena berlalu dari situ, aku juga turut melangkah keluar daripada tanah perkuburan ini dan seterusnya meninggalkan kawasan masjid. Dengan sepasang kaki, aku berjalan menuju ke rumah wan yang agak jauh tetapi dekat dengan menaiki kenderaan.

            Selendang putih yang masih melilit kepala aku biarkan sahaja walaupun hakikatnya aku sedang kepanasan.

            Aku teringat kembali mengenai kejayaan Atan untuk membuatkan aku melaksanakan solat jenazah. Rupa-rupanya Atan yang menjadi imam kepada solat jenazah itu. Kata Bunga, arwah mama dan papa sangat beruntung kerana memiliki anak saudara dua pupu yang begitu kasih kepada mereka. Kata Bunga juga, Atan yang menginginkan agar tugas imam kepada solat jenazah itu disandang oleh ahli keluarga dan oleh kerana Edy tidak mampu dan Faeq tidak mahu, maka akhirnya Atan yang menawarkan diri.

            Sekali lagi, aku didedahkan dengan sisi baik Atan yang mana aku terpaksa mempercayainya kerana aku sendiri telah mendengar suaranya semasa dia menjadi imam.

            Mungkin aku sahajalah yang tidak beruntung kerana Atan benar-benar tidak boleh sehaluan dengan aku sedangkan dia baik sahaja dengan orang lain.

            Hangat matahari yang memanah kulit terasa hilang secara tiba-tiba dan pada ketika itu juga, jalan tar di sekelilingku yang tadinya disimbah cahaya kuning kini berubah gelap bagaikan ada bayang-bayang milik payung. Aku mengalihkan pandanganku ke sebelah kanan apabila aku terasa ada orang berjalan di sebelahku.

            “Hilman?” Sungguh, aku terlalu terkejut kini apabila melihat wajah kanak-kanak yang cukup aku kenali itu.

            Tak lama selepas itu, muncul pula Haiman entah daripada mana dan payung telah bertukar tangan. Aku masih memandang Haiman dengan muka tidak percaya. Logiklah sikit, apa yang mereka buat di sini pada waktu begini?

            “Kenal adik saya?”ujar Haiman.

            Just what are you doing here?” soalku kepada Haiman.

            Oh, we went to that shop just now.” Jari telunjuknya diluruskan ke arah salah sebuah kedai yang terdapat di tepi jalan itu.

Kemudian dia bertutur lagi, “It’s quite hot today and everyone is craving for ice cream.” Tangan kirinya yang memegang beg plastik diangkat barangkali untuk ditunjukkan isi di dalamnya kepada aku.

Selepas memandang sekilas, aku mengembalikan pandanganku ke hadapan. 

I’m so sorry for what have happened,” tuturnya dan baru aku sedar bahawa dia juga mempunyai slanga British ketika bertutur. Sama seperti Bunga.

Your sorry will not bring them back. So don’t be sorry,” balasku. Dingin. Hilman yang berjalan di antara aku dan Haiman kupandang. Dan perlahan-lahan tangan kananku naik menyentuh kepalanya. Aku tidak tahu sebenarnya apa yang membuatkan aku melakukan tindakan itu tetapi sejak kali pertama aku melihat Hilman, aku tidak boleh menipu bahawa aku dapat rasakan sesuatu di dalam hati aku. Sesuatu yang aku sendiri pun tidak boleh untuk menerangkannya.

Hilman mendongak memandang aku dan tersenyum sebelum dia kembali fokus kepada bunga raya di tangannya. Tangan kanan aku gerakkan mengusap perlahan kepalanya sambil kaki masih terus melangkah.

He likes you,” kata Haiman, tiba-tiba. 

Who?

“Hilman.”

How did you know?

I can tell that because he didn’t know you well, but he let you to touch him.

I’m not going to believe that.

You can hear from him then.

“Hilman, adik suka kakak ni?” Automatik aku memandang Hilman untuk melihat responsnya. 

“Kakak?” Dia memandang Haiman.

Dia kemudian berpaling pula memandang aku dan jari telunjuknya terarah kepadaku lalu menutur, “Kakak ni?”

            “Ya, kakak ni.” Haiman mengeyakan.

            “Suka!”

            See. I told yah.

            Okay. Good to know that he likes me.

            Masing-masing diam kembali. Tidak lama selepas itu, sebuah kereta Myvi berwarna putih bergerak perlahan di sebelah kami, seiring dengan langkah kaki kami dan kemudian tingkap pada bahagian penumpang terbuka.

            Runnisa! I need to talk to you.” Automatik aku menghentikan langkahku.

            Faena. Sejak bila dia ada kereta?

            What?!” Suaraku sedikit meninggi membalas bicaranya. Oleh kerana ini bukanlah tanah perkuburan, maka aku melepaskan sahaja marah yang terbuku di dalam dada.

            “Kenapa you all tak tunggu I balik?”

            You tu yang sepatutnya sedar diri. Don’t blame others!” tuturku ringkas.

But at least you all kena tunggu I. You ingat mama dengan papa tu parents you all je ke? I ni pun anak diaorang.” 

And you ingat arwah mama dengan papa tu hidup lagi ke sampai boleh tunggu-tunggu you?Diaorang dah tak ada, you faham tak? Pengkebumian tak sepatutnya ditangguh-tangguh, terseksa jenazah nanti! Masalahnya sekarang ni ialah you tu, Faena, bukan we all! Faeq dah call you semalam lagi, masa papa tengah dirawat dekat hospital. Masa papa masih bernafas. Tapi asyik masuk mailbox! You pergi mana ha, Faena? Bila finally Faeq dah dapat call you pukul lapan tadi, jauh mana sangat KL dengan Bentong sampai tengah hari ni baru you sampai? Kenapa teruk sangat you ni, Faena?”

I ada kerja yang nak kena settle, okey? Takkan tu pun tak boleh tunggu?”

That’s it! Itulah masalah you! Memang, sejak dari dulu lagi, nothing in this world is more important than your work, kan? You memang selfish dari dulu lagi and I am glad that it is the only thing that differentiate us!” Semakin tinggi suara aku memarahi Faena.

Don’t pretend to be good now. You all pun selfish juga. You all patut aware yang I ni pun anak mama and papa. I pun berhak untuk jumpa mama dengan papa for the last time.

Oh, ya! I hate it to know that you are pretending to look like you care while you are not. We got mama’s phone with us. Where were you when mama called you for three times yesterday, before she was involved in the crash? You didn’t even pick up your phone!

I was working!” 

And since when your working time in the office ends after six? Mama called you at eight. You should have done with your work already.” Aku bersuara dengan nada sinikal. Faeq yang memberitahuku mengenai pekerjaan Faena sebagai seorang akauntan di sebuah syarikat. Kalau tak, aku tak tahu pun dia kerja apa.

I have stuff to deal with.” 

But not with ignoring your parents’ call. Enough, Faena. Stop blaming us. It is you who at fault. Somehow what, I hate you now.” Aku menyudahkan bicaraku dan langkah terus kusambung untuk pulang ke rumah tanpa menunggu Haiman dan adiknya. Terkocoh-kocoh mereka mengejar langkahku dan sekali lagi aku dipayungkan oleh Haiman.

Is that your sister?

Sorry that you have to hear that. But I can’t help myself from blowing up.

Haiman diam. Aku memandang Hilman di sebelah. Sejak tadi lagi aku berasa tidak enak kerana menimbulkan pergaduhan di hadapan Hilman yang baru berusia limatahun tu. Jelas sudah bahawa aku telah memberikan pengaruh yang buruk buat dirinya.

“Hilman, kakak minta maaf sebab Hilman terpaksa tengok semua tu tadi,” tuturku dengan harapan agar dia faham. Hilman memandang aku dan dia sekadar tersenyum. Kalau ikutkan, aku sendiri pun tak percaya yang aku dah meminta maaf kepada seseorang. Tetapi aku lagi sanggup meminta maaf daripada menanggung rasa bersalah terhadap kanak-kanak seistimewa Hilman.


Nota kaki: Macam mana dengan Bab 9? Siapa Haiman buat Runnisa? Orang ketiga? Hmmm... Menyampah dengan sikap Faena? Faena atau Runnisa yang lebih teruk rasa-rasanya? Terima kasih sudi baca, :). Maaf atas segala kekurangan. Jangan lupa tinggalkan komen anda, ^_^!

1 comment: