Total Pageviews

Friday, 28 April 2017

Teaser RUN- Bab 13

Assalamualaikum semua, :).

Jadi seperti tajuk yang sudah tertera, saya nak tepek teaser.

Ya Allah, kenapa Nasha? Kenapa pada hujung bulan April ini barulah kau penuhi impian kami?

Hahaha, sebab saya memang dah target nak pilih tarikh PBAKL start. Mujur saya post awal2 pagi ni. Buatnya saya ikut pukul 10 pagi, time PBAKL mula, lagilah korang ternanti-nanti kan.

Okey, untuk makluman korang, saya tepek teaser bab 13, iaitu sambungan post saya yang terakhir di blog ini. Suka saya ingatkan, ini cumalah TEASER, SEBAHAGIAN daripada bab 13 sahaja.

Untuk makluman korang juga, mulai bulan depan, saya akan tepek RANDOM TEASER. Maknanya, suka hati sayalah kan, saya nak tepek teaser bab 20 ke, bab 25 ke, bab 40 ke, bab 100 ke. Eh! Tak ada~ Tak adalah sampai 100 bab.

Sengaja saya nak tepek random teaser sebab nak terbitkan percikan-percikan api tertanya-tanya dalam fikiran korang tu. Tak syok lah kalau saya tepek bab demi bab sebab nanti korang boleh guess jalan cerita. Hahahahaha.

Jadi, nah~ Teaser bab 13 korang.

 #RUN
Ehem... Baik pulalah si Atan ni ya? Ada udang di sebalik mi atau ada rasa di sebalik hati? Hanya Allah saja yang tahu.


            Aku menjeling wajah Edy tanda ada sesuatu yang masih belum selesai antara kami. Lebih baik aku isi perut aku yang kosong ni daripada bertikam lidah dengan Edy. Baru sahaja ingin menyuap kentang goreng ke dalam mulut, tanganku ditahan daripada bergerak oleh sebatang sudu yang dipegang seseorang yang aku tahu ialah Atan. Mataku bergerak memerhatikan wajahnya. 

            Why don’t you recite the prayers first?” kata Atan. Sudu yang dipegangnya tadi sudah menjauhi tanganku dan dia melabuhkan duduknya bertentangan denganku.

            “Hilman, tolong baca doa makan,” tutur Atan lagi dengan pandangan yang dia atur kepada Hilman yang sedang duduk di atas riba aku.

            Hendak tidak hendak, aku letakkan kembali garfu di tangan ke atas pinggan. Kedua-dua belah tangan aku tadah, sambil telinga fokus mendengar doa yang dibaca Hilman. Kalau dulu, setiap kali makan semeja dengan arwah papa dan mama, mesti papa akan baca doa begini. Tapi sejujurnya aku tak hafal pun doa ni sebab jarang-jarang sangat aku makan semeja dengan arwah mama dan papa. Cuma, sejak aku menetap di sini, aku dah hafallah doa tu sebab setiap kali makan malam, kami wajib makan semeja dan atuk akan membacakan doa. Jadi, apabila setiap hari aku mendengar doa yang sama, automatik aku dapat hafal doa itu.

            “Aamiin...” Masing-masing meraupkan tangan ke wajah mereka dan mula menikmati hidangan masing-masing.

               “Kakak, nak tu.”

            “Nak apa, Hilman? Ni?” soalku sambil mengarahkan jari telunjukku pada kepingan ikan di dalam pinggan. Hilman mengangguk.

            Let me help you.” Aku tak tahu dah berapa lama Atan perhatikan aku tapi agaknya sempatlah kot dia tengok susah payah aku untuk memotong kepingan ikan itu. Yalah, tangan sebelah kiri aku sedang peluk Hilman sekarang ni. Jadi aku hanya berpeluang untuk makan dengan sebelah tangan sahaja. Atan seterusnya menolong aku memotong kepingan ikan itu kepada bahagian-bahagian yang lebih kecil supaya senang dimakan.

            Thanks.” Hendak tidak hendak, kenalah juga aku ucap terima kasih. Yalah, aku ni tak adalah jahat sangat. Lagipun simple manners dengan manusia tetap kena ada walau dekat mana-mana pun kita duduk dalam dunia ni dan walau dengan orang yang kita tak kenal sekalipun.

                Atan sekadar mengangguk.

            Aku menghulurkan kepingan ikan itu kepada Hilman dengan garfu. Hilman membuka mulutnya.

            “Amboi, mengada-ngada nak orang suap. Hari tu kata dengan kak de nak makan sendiri saja.”

            Walau apa-apa pun yang dikatakan Bunga, aku tetap menyuap Hilman.

            “Hilman kata macam tu sebab kak de garang sangat. Kakak ni lain. Hilman sayang kakak.” Aku tak boleh tahan bibir aku daripada tersenyum saat mendengar kata-kata Hilman.

            “Kakak ni tak adalah baik sangat, Hilman. Kenapa Hilman sayang dia?” Aku memandang Atan di hadapanku. Agak-agaklah, takkan Hilman yang masih kecil lagi ni nak dihasut juga?

            “Kakak ni baiklah. Baik sangat.” Atan memandang aku. Atan nampak macam terkejut. Bukan setakat Atan, aku pun terkejut mendengar jawapan Hilman. Tak pernah ada orang cakap aku baik dengan nada ikhlas macam tu.

            “Nak tahu satu fakta?” Aku berkalih pandang ke arah Bunga. Dia pandang kami semua dan sempat dia suap sesudu makanan dia ke dalam mulut.

            Kids don’t lie. Especially kanak-kanak seistimewa Hilman. Ambil perhatian ya, Abang Izzat.”


                “Saya pulak?” Bicara Atan bernada tidak puas hati.

            “Tak adalah, sajalah nak bagi special reminder untuk Abang Izzat.” Riak wajah selamba dipamerkan Bunga ketika menutur bicara itu. Siap dengan senyum lagi dia hadiahkan. Bunga ni memanglah. Aku tak sangka pun yang Bunga boleh menjadi senakal ini. 

That's it! Itulah yang boleh saya kongsikan sedikit sebanyak. Haaa~ Tunggu bulan depan pula untuk next teaser. Korang tengok-tengoklah kalendar tu, agak-agak apa yang istimewa buat saya bulan Mei nanti. Jadi tarikh itulah yang saya akan pilih untuk tepek teaser baharu.

Oh! Untuk korang yang tertanya-tanya, kenapa sis Nasha ni tepek teaser dalam blog pula? Dulu kata nak tepek dekat Facebook? Tak tepek pun dekat Facebook? Rugi je kami friend dengan sis.

Jadi jawapannya, sebab apa yang saya buat ni, kegiatan rahsia. Hahahaha. Publisher tak suruh saya tepek teaser pun. Tapi saya buat juga, >.<. Nanti kalau saya tepek dekat Facebook, public sangat, publisher nampak nanti. Saya tak mahulah publisher kata saya dah share terlebih sangat ni. Tak apa, karya ni masih hak saya sebab saya belum terikat dengan kontrak. Jadi tak kisahlah saya nak buat apa pun dengan cerita saya setakat ini. Lagipun, saya tak nak nanti saya heboh sangat pung-pang, pung-pang, kumpul peminat, followers bagai tup-tup tak jadi terbit. Huuu~ Tak sedih, gitu? Jadi selagi belum terikat dengan kontrak ni, kita berpada-padalah apa adanya. Sebab tulah, full bab saya tak pernah share dekat Facebook atau mana-mana website kecuali Wattpad dengan blog ni. Sebab eksklusif untuk followers sedia ada yang kenal saya melalui karya2 saya dari cerpen2, sehinggalah RUN ini sahaja. Gitewww~ Haaa, jangan rasa rugi tau friend dengan saya. Berukhwah apa salahnya, kan? Lagipun nanti kalau RUN dah nak publish, senang nak roger-roger, PM dekat Facebook, kan?

Okey, terima kasih, semua.

InsyaAllah, minggu depan kita tampal cerpen Part 1. Macam biasalah cerpen2 sis Nasha korang ni semuanya panjang-panjang. Hahaha.

Thank you, guys, :).

Assalamualaikum, ^_^.

2 comments:

  1. Yeeeeiiiieeeeehhh! Nasha sudah tunaikan janjinya. Biar secoet. Penawar rindu. RUN

    ReplyDelete
  2. Wah x sabar nak tunggu run dipublishkan.. Best2

    ReplyDelete