Total Pageviews

FIRST BABY

Thursday, 8 December 2016

Cerpen- Hidayah Dia (Part 2)

Pesan penulis: Assalamualaikum, :). Selamat membaca. Maaf atas segala kekurangan.



            “ARYAN, salam.” Pada waktu muka ibu dan abang sedang kelam itulah aku menyuruh Aryan menyalami mereka. Tadi, ibu dan abang kelihatan gembira apabila melihat wajahku. Namun sebaik sahaja kehadiran Aryan disedari, terus berubah riak wajah mereka.

            “Siapa ni, Nuha?” Abang terus sahaja melontar soalan itu kepadaku.

            Something happened last three years, abang... Tahun yang Nuha tolak pinangan Naufal.”

            Ada kerutan yang muncul pada wajah abang. Aku tersenyum nipis. Aryan yang sedang berdiri kubawa ke dalam dukungan.

            “Kita cakap dekat dalam? Bukan di depan Aryan. Dalam Bahasa Melayu.”

            Abang masih kaku merenungku dan Aryan.

            “Marilah masuk dulu.”

            Setelah ibu bersuara, barulah abang ada ura-ura untuk bergerak dan memberiku laluan untuk masuk ke dalam rumah. Wajah ibu tampak tenang dan aku berharap akan kekal begitu. Aryan aku biarkan bermain dengan anak-anak abang di bawah pengawasan kakak iparku. Walaupun berlainan bahasa komunikasi mereka, namun Aryan tidak nampak kekok. Alhamdulillah.

            Kepada ibu dan abang, aku ceritakan segala-galanya, dari awal hingga akhir. Aku tidak menangis. Ya, tidak. Kerana sungguh, air mataku sudah terlalu banyak dibazirkan untuk kesilapan yang bukannya berpunca daripada aku. Ibu yang banyak menangis dan abang pula kelihatan bengang. Dia seakan-akan ingin menyalahkan aku di dalam hal ini. Dia begitu bijak mengeluarkan soalan dan memutar belitkan soalannya supaya aku keliru. Mentang-mentanglah dia merupakan seorang peguam.

            And finally you decided to keep him and take care of him?” Abang akhirnya bangun daripada duduknya setelah agak lama mendengar ceritaku.

            He’s my responsibilty, abang. Dia anak Nuha.”

            “Anak apa kalau tak ada ayahnya, Nuha?!” Suara abang mula meninggi dengan pandangan mata yang menikam tepat sepasang mataku. Aku tertunduk seketika.

            “Dia tetap lahir dari rahim Nuha, abang. Siapa bapanya boleh dipersoal, tetapi siapa ibunya tidak boleh dipersoal. Dia milik Allah dan dia juga yang Allah pinjamkan untuk menjadi milik Nuha. Abang tak tahu betapa susahnya Nuha untuk buat keputusan yang tepat selepas dia lahir. Menjaga dia bukan pilihan kerana Nuha tahu beginilah penerimaan keluarga Nuha dan membuang dia juga bukan pilihan kerana Nuha tahu erti tanggungjawab dan dosa pahala.”

            Why didn’t you make a police report about this? He raped you!

            Aku diam. Aku tak pernah terfikir pun nak buat laporan polis. Yang aku fikir, aku sendiri nak balas perbuatan lelaki itu.

            “Abang rasa kalau dia dah hilang macam ni, ada guna ke Nuha buat laporan polis pun?”

            I doubted you. Betul ke dia buat semua tu tanpa kerelaan Nuha?”

            Aku menarik nafas dalam-dalam. Kalau abang sendiri pun dah meragui aku sehingga tahap ini, apatah lagi orang yang tidak mengenaliku. Pastilah aku akan dihukum dan diadili tanpa mendengar penjelasan daripadaku.

            “Nuha berani bersumpah, abang, ibu. Nuha tak pernah redha dan tak pernah pasrah dengan apa yang dah berlaku. Nuha tak pernah merelakan semua benda ni jadi. Ya, walaupun Nuha sedar masa tu, tapi kudrat Nuha tak ada. Nuha t.,ak mampu untuk gerakkan tubuh sendiri pun. Nak bersuara pun Nuha tak mampu.”

            Abang dan ibu hanya mendiamkan diri mereka.

            “Abang, ibu... Tolonglah terima Aryan. Dia tak salah pun dalam hal ni. Dia tak minta pun untuk dilahirkan dengan status begini. Tolonglah, jangan hukum Aryan. Dia layak disayangi sebagaimana ibu sayang anak-anak abang dan abang sayang anak-anak abang. Kalau nak menghukum pun, hukumlah Nuha. Mungkin dalam tak sedar, Nuha yang salah. Mungkin ada silap perbuatan Nuha di mana-mana yang menyebabkan benda ni berlaku. Terimalah Aryan, ibu, abang.”

            Tiada sebarang respons yang aku terima. Hanya pandangan mereka yang menjelmakan rasa. Perlahan-lahan ibu bangkit dan keluar dari bilik itu diikuti abang. Aku bungkam. Terdiam. Dan sekarang, lelaki itulah juga puncanya keluargaku jadi begini.


            SUDAH dua minggu aku menghabiskan masa di rumah ibu. Dan setiap kali hujung minggu abang pulang ke rumah ini, tak pernah pun dia nak tegur aku. Pandang aku pun dia tak ingin. Tapi dengan Aryan, elok pula dia layan. Entah apa-apalah dia tu. Malas aku nak fikir.

            Mujurlah ibu tidak buat perangai seperti abang. Adalah juga seminggu selepas aku buat pengakuan tempoh hari ibu tidak mahu bercakap dengan aku. Tetapi kini, ibu sudah mula bercakap denganku, walaupun sikit-sikit.

            Kadang-kadang, rasa macam orang asing di dalam rumah sendiri. Dan agaknya, memang aku orang asing pun sampaikan adik perempuan aku nak bertunang pun aku tak tahu apa-apa. Adik aku tu bukannya ada di sini. Dia di Australia. Esok atau lusa dia baliklah. Dan yang paling aku rasa susah nak terima ialah orang yang bakal menjadi tunang adikku itu ialah orang yang pernah meminangku tiga tahun yang lalu.

            Macam tak ada perempuan lain dalam dunia ni sampai orang yang satu darah dengan aku juga yang dia pilih.

           
            USAI menunaikan solat zohor, tudung kusarungkan kembali pada kepala. Kaki melangkah ke arah tingkap dengan niat untuk melihat kelibat Aryan. Langsir kuselak. Ramai pula orang yang datang kenduri kesyukuran ni. Susahlah aku nak kesan kedudukan Aryan. Tapi apabila aku dah nampak abang yang segak berbaju melayu hijau emerald, automatik aku nampak Aryan yang sedang berjalan sambil tangannya dipegang abang. Alahai, comel saja. Abang ni baik sebenarnya, tapi dengan aku saja dia tak baik-baik lagi.

            Lama aku memerhatikan tingkah abang dengan Aryan. Sekejap-sekejap abang bertinggung dan berbual dengan Aryan. Sekejap-sekejap Aryan didukungnya. Aryan tu dah jadi macam anak dia dah. Yalah, tiga orang anak abang pun yang paling kecil sudah berusia lima tahun. Dah pandaiberjalan dengan abang-abang dia. Jadi, bolehlah abang melayan kerenah Aryan.

            Aryan pasti suka apabila abang hadir dalam hidup dia. Sebab selama ini Aryan tak pernah tahu pun bagaimana rasanya memiliki seorang ayah. Di UK dulu pun, jiran aku yang dah berusia 75 tahun tulah yang banyak jadi atuk Aryan dan cucu dia, John yang selalu juga habiskan masa dengan Aryan.

            Dari jendela ini, aku lihat abang didekati dua orang lelaki. Yang seorang itu aku kenal. Yalah, aku kan pernah ada rasa suka dekat dia dulu. Tapi itu dululah. Sejak aku putuskan untuk tolak pinangan dia, maka aku sudah buang jauh-jauh rasa suka itu. Biarlah dia bahagia dengan adik aku. Aku dah ada Aryan dalam hidup aku. Tak ada apa-apa yang lebih penting daripada Aryan.

            Abang kelihatan rancak berborak dengan mereka. Siap bergelak tawa lagi. Dan Aryan pun tak kurang juga menjadi perhatian dua orang lelaki itu. Naufal tak adalah nampak ramah sangat dengan Aryan sebab aku tahu dia memang kekok dengan budak-budak. Cuma lelaki yang datang dengan dia tadi yang nampak suka sangat berbual-bual dengan Aryan. Aku nampak mulut kecil Aryan tersenyum dan berbicara sesuatu. Alahai, sejak bilalah anak aku tu petah sangat bercakap?

            Tak tahu kenapa, tapi hati aku terdetik untuk tahu siapa gerangan lelaki yang datang bersama-sama Naufal tadi. Aku tidak dapat mengecam wajahnya. Lagipun dia bersongkok. Agak mustahil untuk aku melihat wajahnya melainkan dia mendongak.

            Bagaikan ada yang mendengar suara hatiku, lelaki itu mendongak ke atas ketika abang dan Naufal sedang rancak berbual. Hmmm, tak pula aku kenal. Mungkin kawan baru abang? Atau mungkin kawan Naufal? Seminit. Dua minit. Tak tahu kenapa, lelaki tu macam nampak sesuatu yang pelik dari pekarangan rumah tu. Tak lepas-lepas dia memandang ke arah ini. Tak tahulah dia pandang tingkap bilik aku ke tingkap bilik adik aku ke.

            Aku menoleh ke belakang. Yalah, manalah tahu ada apa-apa yang tak kena ke. Tapi tak ada apa-apa pun. Aku memandang ke luar kembali. Dan lelaki itu masih seperti tadi sehinggalah Naufal menepuk bahunya beberapa kali, barulah dia berpaling dan memandang Naufal. Naufal pula yang memandang ke arah ini dan sepantas itu langsir kutarik kembali untuk menutup tingkap.

            Aku masih tak bersedia untuk berjumpa dengan Naufal. Tetapi aku tak tipu bab aku dah tak ada perasaan kepada dia. Sungguh.
           

            SUDAH lama aku tidak menghabiskan masa dengan Aryan dan Wardina bertiga begini. Aryan sejak dah pandai berbahasa Melayu ni, apa-apa yang dia nampak, mesti nak tanya aku apa perkataan bahasa Melayu bagi benda itu. Tapi tak kisahlah, aku lagi suka bila Aryan sendiri yang nak belajar bahasa Melayu. Aku tak naklah bila besar nanti dia cakap bahasa Melayu serupa orang putih cakap bahasa Melayu. Dahlah ibu Aryan ni Melayu. Tak malu ke?

            Sementara menunggu Wardina ke tandas bersama-sama Aryan, aku merenung tablet di hadapan mata. Agak-agak apa Dr Dave buat dekat klinik dia eh? Yalah, aku kan tak ada nak tolong dia. Mesti serabut alam yang amat. Kesian pula dekat dia sebab aku ambil cuti lama-lama. Tapi Dr Dave baik sangat. Macam isteri dia. Rindu pula dekat manusia-manusia baik yang sayangkan aku dan Aryan di UK tu.

            Pandangan kuangkat seketika, manalah tahu kalau-kalau Wardina dan Aryan dah balik dari tandas. Ternyata keputusanku untuk mengangkat pandangan itu merupakan suatu tindakan yang tidak baik. Elok saja aku terpandang muka Naufal yang turut sedang memandangku. Dia duduk selang dua meja di hadapan aku. Cepat-cepat aku tundukkan muka. Harap sangat dia tak kenal aku.

            Tak sampai pun seminit aku pandang tablet di hadapan mata, telinga menangkap suara garaunya memberi salam kepadaku. Aku menghela nafas perlahan.

            “Waalaikumussalam.” Kujawab juga salam itu dalam terpaksa. Dah nama pun bakal adik ipar aku. Nanti dia kata aku kakak ipar sombong pula.

            “Nuha, kan?”

            Aku akhirnya mengangkat pandanganku dan memandangnya.

            “Hmmm, duduklah.”

            “Seorang ke?” Naufal sudah mengambil tempat di hadapanku.

            “Taklah, tengah tunggu orang. Awak?”

            “Samalah. Bila awak balik Malaysia?”

            “Adalah tiga minggu macam tu. Tapi saya tak lama dekat sini. Nanti nak balik UK semula. Ada kerja dekat sana.”

            “Doktor?”

            “Ya. Kerja klinik orang.”

            “Hari tu awak tak ada ke masa saya dengan Trisya tunang?” Trisya? Oh, Husna Batrisya, adik aku lah tu. Pelik pula dengar panggilan Trisya tu sebab aku panggil adik aku Husna.

            “Ada.” Aku mengangguk-angguk.

            “Tu yang langsir bilik awak berolak tu?” Naufal senyum mengusik terhadapku.

            “Saya tengok Aryan, bukan awak.”

            “Aryan? Yaaa, that kid. Anak abang kan?” soal Naufal. Abang ni pun... Nak menipu orang pun agak-agaklah. Muka Aryan tu bapak gila mat sallehnya. Tak ada rupa dia langsung. Pulak tu Aryan tu kalau kena panas mulalah memerah kulit dia.

            Mine. Awak ni logik sikitlah. Muka Aryan tu tak ada muka abang pun. Senangnyalah awak percaya cakap abang.” Naufal tampak terkejut.

            You’re married?” Aku angguk. Bohong sunat. Hahaha. Aduh... Mana ada istilah bohong sunat. Berdosa kau, Nuha! Tapi takkan aku nak buka aib aku pada orang asing? Gila ke apa?

            “Dengan orang sana? Sebab tu muka Aryan macam tu?” Aku angguk.

            “Sebab tu saya tak terima pinangan awak. And now I’m happy that awak dah move on. Terima kasih sebab tak berdendam dengan saya.”

            “Buat apa nak berdendam. Kalau bukan sebab awak agaknya saya tak jumpa adik awak.”

            Aku senyum.

            Husband awak mana?”

            “UK.”

            “Tak ikut balik Malaysia?”

            “Keluarga dia ada masalah sikit. Tu yang dia suruh saya balik Malaysia.” Amboi Nuha, kau punya ayat putar belit macam apa entah.

            “Ohhh... Aryan mana?”

            Toilet, kawan saya bawakan.” Pelik juga aku. Dah agak lama Wardina dan Aryan ke tandas. Tak pulang-pulang lagi.

            Sejurus itu, telefon bimbitku yang berada di atas meja berbunyi. Panggilan daripada Wardina. Terus kujawab panggilan itu.

            “Nuha!!!” Suara Wardina separuh menjerit.

            “Kenapa?”

            “Aryan hilang!”

            “Hah?!”

            “Aryan hilang!”

            “Seriuslah!”

            “Aku seriuslah ni. Buat apa nak tipu? Benda bukan main-main kot? Ingat aku saja-saja nak tempah maut daripada kau?”

            “Macam mana boleh hilang?”

            “Tak tahu. Aku masuk toilet tadi. Dah pesan dekat dia, jangan jalan mana-mana. Duduk sini, tunggu mama datang. Aku keluar toilet, tak sempat nak tengok cermin pun, aku tengok dia dah tak ada. Basuh tangan dekat sinki pun tak sempat tau? Macam mana aku nak cari dia dalam Suria KLCC ni weh? Budak tu dahlah tak reti cakap Melayu. Dahlah comel dia tu lain dengan budak Malaysia. Aduh, risau aku ni.”

            Aku dah mula menangis. Siapa tak risau? Anak hilang kot! Naufal di hadapan, aku tidak hirau lagi.

            “Kau ni Dina! Kau datang sini, Dina. Kita cari sama-sama. Anak aku tu Dina!”

            “Yalah, memang aku nak datang dekat kau pun. Kau tunggu situ.”

            Terus talian dimatikan. Aku dah cuak. Aryan tak pernah hilang sebab aku sangat teliti menjaga dia. Aku selalu pesan dekat dia jangan ikut orang lain kalau kita tak kenal. Kalau orang tu bagi apa-apa pun jangan ambil. Hafal nombor ibu. Aku harap Aryan dah hafal nombor aku di Malaysia ni. Ya Allah, risaunya aku!

            “Aryan hilang?” Naufal juga tampak risau. Aku angguk. Air mata dah meleleh-leleh basahkan muka. Aku tak hirau orang pandang dah. Aku cuma nak Aryan aku balik.

            “Jom, saya tolong cari.”

            “Tunggu kawan saya datang.”

            Tepat-tepat aku habis bercakap, Wardina datang. Terus sahaja dia meluru dan memelukku.

            “Jom, cepat.” Tanganku ditariknya selepas pelukan dilerai. Kami berbincang untuk mengagihkan tugas pencarian dan terus berpecah. Dah sepuluh minit aku berlari dan sibuk memusingkan kepalaku di dalam ini macam orang gila. Sikit pun bayang Aryan aku tak nampak. Sedihnya aku. Tolonglah ya Allah, aku mahukan Aryanku.

            Langkah kuteruskan lagi. Aku takkan berputus asa sebegini awal. Aku siap tanya dekat concierge lagi. Mana tahu ternampak Aryan. Ataupun kalau-kalau ada orang report fasal budak hilang ke. Aku sangat bersyukur apabila pihak concierge sudi nak tolong aku cari Aryan. Lega sangat. Maka gambar Aryan di dalam telefon bimbit aku tunjukkan kepada mereka siap dengan maklumat pakaian Aryan pada hari ini. Selepas itu aku melilau lagi mencari Aryan. Ya Allah, tolonglah. Tolonglah.

            Telefon bimbitku yang berada di dalam genggaman berbunyi. Manalah tahu Wardina atau Naufal dah jumpa Aryan. Panggilan yang masuk terus kuterima sambil kaki terus melangkah.

            “Dina!”

            “Errr... Assalamualaikum.” Aku terkesima. Siapa ni? Skrin kuperhati. Patutlah. Nombor yang tak kukenal.

            “Waalaikumussalam.”

            “Ibu Aryan?”

            “Saya.”

            “Saya Ihsan. Aryan ada dengan saya. Kami dekat depan Kinokuniya.”

            Seriously?

            Yes. Come and take him. I found him crying just now. But he’s okay now. Luckily he remembered his mum’s number.

            Thank you so much!” Talian terus aku matikan dan aku bergerak ke concierge semula untuk memaklumkan bahawa Aryan telah ditemui. Aku juga tidak lupa untuk mengucapkan terima kasih kepada mereka atas kesanggupan mereka menghulur bantuan tadi.

            Aku turut memaklumkan kepada Wardina dan Naufal mengenai Aryan sementara aku berjalan menuju ke Kinokuniya. Dari jauh aku dah nampak Aryan yang sedang menikmati aiskrim di tangan. Dia kelihatan sedang bergurau senda dengan lelaki yang memperkenalkan dirinya sebagai Ihsan itu tadi. Nampak gembira sangat dia apabila bersama-sama dengan lelaki itu. Macam dah pernah kenal.

            “Assalamualaikum.”

            Aku menghulur ucapan salam. Lelaki yang membelakangiku terus berpaling sambil menjawab salamku. Wajahnya yang pada asalnya sedang tersenyum kelihatan mengeruh apabila melihatku.

            Aryan dah meluru ke arahku apabila melihat aku dan aku melutut untuk memeluknya. Ya Allah, Aryan!

            Where did you go, Aryan?” Aku terus mengucup pipinya bertalu-talu. Sungguh aku terhutang budi dengan Ihsan.

            Mama took a very long time to do her business in the toilet. I thought of finding my own way to get to you but I lost, ibu.

            Don’t you ever repeat this mistake again, Aryan.

            I’m sorry.

            Okay. Come.” Tubuh Aryan terus kudukung. Langkah kuatur mendekati Ihsan.

            “Ihsan?” soalku kepadanya. Dia mengangguk.

            “Arifihsan.”

            “Saya Nuha, ibu Aryan.”

            Ohhh, Naim’s wife?” Mataku sedikit membulat mendengar bicara itu.

            No! No! He’s my brother. You’re the one...” Aku diam. Patutlah macam pernah nampak. Ihsan ni bukan ke kawan Naufal?

            I knew Aryan from Naufal’s engagement day.I thought Aryan is Naim’s child?” Pekatnya slanga British Ihsan ni. Dia belajar dekat UK juga ke?

            No, Aryan is his nephew. Aryan is mine.

            Oh, I see. How old Aryan is?

            Two years, six months.

            And he is fluently speaking in English?

            Aku senyum.

            He was born and grown up in UK.

            Where’s his father?

            UK. He didn’t follows us back. By the way, thank you so much, Ihsan. I owe you one. What could I do for you?” Aku membohong lagi. Haishhh, teruknya perangai.

            A day out with Aryan again will do.” Aku terkesima. Dia ni biar betul.

            He speaks English more than Malay...

            So do I.

            Wouldn’t  that be a problem?

            Not at all.

            But I can’t let Aryan go out with you without me.

            Then join us. Bring your friend along.” Jari telunjuknya menghala ke sebelahku. Wardina. Sejak bila dia berdiri di sebelahku?

            Ohhh, no. I’m sorry Ihsan. But I’ll go back to UK in two days time.

            Nice. Same flight as mine.

            What?” Dia ni biar betul?

            AirAsia?

            Yup.

            Aku terdiam. Tak tahu nak cakap apa dah. Mata macam tak boleh nak beralih daripada pandang wajah milik Ihsan yang berkopiah, berkaca mata dan berjanggut sejemput itu.

            Okay... Look like we’re going back to UK with Uncle Ihsan, Aryan.

            That’s great then!” Aryan pula yang suka. Aduh. Haish.

            “Zach!” Eh, bukan suara Naufal ke tu? Huh? Siapa Zach ni? Dahlah sebut nama yang aku tak suka.

            “Hei, Aryan!” Naufal tegur Aryan yang masih dengan aiskrimnya.

            “Hai, Uncle Naufal.

            “Ihsan, kau jumpa Aryan?” Ihsan angguk.

            “Jadi korang dah kenal ke ni?” Naufal pandang aku dan Ihsan bergilir-gilir.

            “Dah lama dah.” Aku pandang Ihsan yang tengah alih pandangan dia ke lantai dan kemudian ke muka Naufal. Kenapa cara dia bercakap macam tu? Seram pula aku dengar.

            “Hmmm, Ihsan this is my bakal tunang tak jadi yang aku cerita dulu.” Ihsan beralih pandang kepadaku sekilas sebelum memandang Naufal kembali.

            “Hei, saya tolak sebab saya dah kahwinlah. Tengah mengandungkan Aryan ni ha masa tu. Gila apa nak jadi tunang orang?” tuturku. Naufal ketawa mendengarnya.

            You’re married?” Ihsan pandang aku dengan mata yang tampak terkejut. Aku angguk teragak-agak. Kenapa dengan Ihsan ni sebenarnya? Bukan ke aku dah cakap yang ayah Aryan ada di UK? Takkan dia tak percaya pembohongan aku tadi?

            “Yalah, asal? Kau nak try isteri orang ke?”

            Isk! Entah apa-apalah Naufal ni. Nasib baik aku tak jadi bertunang dengan dia.

            “Apa yang kau mengarut sangat sampai ke topik luar alam ni?” Ihsan tampak bengang. Dia pandang Aryan dalam dukunganku kemudian dia menjeling wajahku sebelum dia berlalu dari situ. Aku yang terkesima. Dia jeling wajah aku ke tadi? Dia jeling geram ke tadi?

            “Maaflah Nuha. Dia tu memang. Period lah kot tu. Saya pergi dulu, ya?” Dan Naufal terus berlalu. Aku yang terkaku di situ. Tak berapa faham dengan apa yang baru terjadi.

            Something’s fishy...” Wardina yang sedari tadi diam akhirnya bersuara juga. Entah apa yang berbau ikan pun aku tak dapat kesan.

Thursday, 1 December 2016

Cerpen- Hidayah Dia (Part 1)

Nota penulis: Assalamualaikum, :). For first story update, saya bagi cerpen. Selamat membaca. Maaf atas apa-apa kekurangan.



            “MACAM mana, Nuha? Dah fikir tentang apa yang ibu beritahu minggu lepas?” Sudah dapat kuagak, pasti inilah soalan pertama yang bakal ibu ajukan kepadaku sebaik sahaja aku menerima panggilan yang datang dari tanah Malaysia itu.

            Aku merenung cermin di hadapanku dan automatik bibirku yang tampak pucat itu tersenyum tawar. Jika akalku tidak mampu bertindak waras, sudah pasti aku akan memberi jawapan ya kepada ibu. Jika akalku tidak mengingatkan aku mengenai keadaan yang sudah jauh berbeza kini, sudah pasti rasa itu akan berbalas. Kerana sungguh, aku sudah lama tahu bahawa dia menyimpan rasa itu buatku dan aku sendiri tahu bahawa aku juga punya rasa yang sama terhadap dia.

            “Ibu, Nuha minta maaf. Tapi Nuha tak nak. Nuha tak boleh terima. Nuha terlalu sibuk di sini, ibu. Nuha perlu fokus. Maafkan Nuha, ibu.” Hatiku berat menuturkan ayat itu. Kerana jika mengikut kehendak hati, sudah pastilah aku ingin menerima. Tetapi keadaan kini yang tidak mengizinkan.

            Aku menghela nafas berat.

            “Nuha, betul ke ni? Nuha pasti? Bukan ke dulu Nuha pernah beritahu ibu tentang perasaan Nuha terhadap dia? Dan sekarang, apabila dia dah masuk meminang Nuha, kenapa Nuha tolak? Sedangkan Nuha sukakan dia?” Soalan ibu itu aku ada jawapannya. Cuma jawapan itu tidak boleh aku berikan kepada ibu. Sekali lagi, mataku merenung wajah yang terpapar pada cermin di hadapanku. Air mata yang cuba kutahan sedari sebelum menjawab panggilan ibu tadi, akhirnya gugur juga. Cepat-cepat tanganku bergerak menyeka air mata itu sebelum tangisku dikesan oleh ibu.

            “Itu dulu, ibu. Masa zaman tak matang lagi. Dia cuma lelaki biasa yang Nuha suka, bukan cinta. Lagipun, Nuha dah ubah fikiran. Nuha nak capai cita-cita Nuha dulu, baru fikir fasal kahwin. Nuha nak stabilkan kewangan Nuha dulu, baru fikir fasal nak kahwin. Tolonglah faham Nuha, ibu.” Hatiku menahan pedih menelan pembohongan sendiri. Sungguh, aku terpaksa melakukan semua ini. Demi kebaikan semua.

            “Yalah, ibu takkan paksa. Kalau itu pilihan Nuha. Sebab yang nak kahwin tu Nuha, jadi Nuha yang berhak untuk pilih lelaki yang tepat untuk diri Nuha. Ibu akan beritahu dia dengan cara yang baik.”

            “Terima kasih ibu, sebab faham Nuha. Sampaikan maaf Nuha kepada dia, ibu. Nuha betul-betul minta maaf. Maafkan Nuha.” Benar, aku benar-benar berharap dia tidak terkilan sebagaimana aku sedang terkilan kini.

            “Yalah, insyaAllah, ibu sampaikan. Raya tahun ni kamu balik, Nuha?” Raya? Memang, raya pada tahun ini jatuh pada cuti musim panas. Tapi ibu takkan tahu selagi aku tidak beritahu.

            “Tak, ibu. Nuha tak boleh balik. Sekarang kan dah tahun ketiga. Banyak tugasan yang nak kena buat. Nuha sibuk sangat.” Aku memberi alasan lagi.

            “Hmmm, yalah. Lagipun tahun lepas kamu dah balik. Tak apalah. Ibu faham. Nanti jangan lupa skype ibu,” pesan ibunya.

            “InsyaAllah, ibu. Ibu pun, jaga kesihatan tu. Makan on-time, tau?” pesanku pula.

            “Ibu tahulah, Nuha. Okeylah, ibu letak dulu. Ni abang  kamu ada balik ni. Ibu nak masak makan tengah hari. Assalamualaikum.”

            “Hmmm, waalaikumussalam. Kirim salam kat abang.”

            Telefon yang sudah mati taliannya aku letakkan ke tepi. Sikat di atas meja kucapai dan rambut kusisir rapi sebelum aku sanggul. Jijik? Ya, jijik. Pun begitu, rambut ini tetap milikku. Botol losyen di atas meja kucapai dan sedikit losyen kutuang ke atas telapak tangan dan kusapukan ke leher dan kedua-dua belah lenganku. Jijik? Ya, jijik. Pun begitu, tubuh ini tetap tubuhku.

            Air mata menitis tanpa dipinta. Kerana sejak tiga bulan yang lalu sehingga bulan keempat sudah tiba, memang begini keadaannya. Memang air mata ini tidak pernah segan untuk keluar.

            Where are you hiding? Where are you? Why did you do this to me?” Dan persoalan-persoalan ini tidak pernah berhenti berlegar dalam kotak fikiranku.

            I hate you!” Dan bicara ini menjadi pendirianku terhadap dirinya yang menghilang.

            Kedua-dua belah tangan bergerak naik meraup wajah. Aku bangun daripada dudukku dan melangkah ke bilik air bagi mengambil wuduk. Tuhan, ampunkan aku. Ampunkan aku.


            “HA, berapa dah?” Soalan itu Wardina sertakan bersama muncung pada bibir yang menghala ke arah tubuhku. Wardina ni pun, tak sempat keluar lagi dari lapangan terbang, dia dah terjah aku dengan soalan berkenaan perkara yang aku tidak suka untuk bangkitkan. Menyesal aku menawarkan diri untuk menjemput dia dari lapangan terbang pada hari ini.

            Akhirnya, aku membuka genggaman tanganku dan menayangkannya di hadapan wajah Wardina sebagai jawapan untuk persoalannya tadi.

            “Cepatnya. Sebelum aku balik Malaysia baru empat.” Wardina mula mengarut.

            “Kau balik Malaysia memang satu minggu saja pun, Dina...” perliku. Wardina sudah tersengih.

            “Macam mana sekarang? Ada pening-pening lagi ke?” soal Wardina. Aku menggelengkan kepala dan mengangkat bahu.

            “Kau malas jawab ke kau tak tahu?”

            “Tak tahu.”

            “Asal kau tak ambil tahu?”

            “Entahlah, Dina. Malaslah aku. Benda ni tak penting pun dalam hidup aku. Biarlah apa nak jadi pun.”

            “Weeeiii, kau ni cakap pakai kaki ke pakai otak?”

            “Otaklah.”

            “Dah tu, kau tak fikir yang benda Allah tu duduk dalam badan kau?”

            “Aku tahulah.”

            “Dah tu kau ni sebenarnya budak medic ke bukan? Kau ingat kalau jadi apa-apa kat benda Allah tu, tak jejaskan kesihatan kau?”

            “Dah, tak payah susah-susah fikir. Kalau aku sakit pun, sorang-sorang juga. Kalau benda Allah ni berjaya hidup pun, aku sorang-sorang juga. Penghuni bumi tu entah ke mana entah hilang. Aku sumpah, kalau aku jumpa dia, aku kerat-kerat lapan belas. Biar dia rasa kena Qisas sikit.”

            “Heiii, kau ni. Cakap tu cuba pakai akal. Mentang-mentang aku tak ada sebulan, otak kau pun tak berapa center lah, kan? Asal perangai kau berubah sangat ni?”

            “Hormon.” Mudah jawapan aku.

            “Kalau macam nilah kau punya perangai depan orang lain, memang menjatuhkan imej wanita solehah aje. Nasib baik kau buat perangai tak center ni depan aku aje.”

            Aku diam. Malas mahu berbahas. Kaki terus melangkah menuju ke pintu keluar lapangan terbang ini.

            Tidak lama perbualan kami sepi, aku terdengar keluhan yang terbit daripada bibir Wardina. Wajahnya kupandang sekilas sambil kaki tetap melangkah.

            “Ingat Allah, Nuha.” Buat kesekian kalinya, Wardina mengulang pesan yang sama.

            “Bukan salah aku, Dina.”

            “Tapi kau tak boleh macam ni, Nuha.”

            “Kenapa aku, Dina?”

            “Sebab kau istimewa. Allah tahu kau mampu.”

            “Tak ada hikmah pun benda ni jadi, Dina.”

            “Ada. Aku yakin, ada.”

            “Aku tak nampak, Dina.”      

            “Allah akan tunjuk, Nuha.”

            “Tapi kenapa dia buat aku macam ni? Kenapa perlu dia?”

            “Aku tak boleh jawab soalan tu, Nuha. Hanya dia. Dia saja yang boleh jawab.”

            “Aku tak faham. Fahaman kami berbeza. Aku begitu tertutup dan dia begitu terbuka. Kenapa dalam banyak-banyak gadis, aku yang menjadi mangsa? Walhal dia masih ada banyak pilihan lain yang bebas seperti dia. Dan, aku tak pernah berhubung dengan dia pun...”

            “Entahlah, Nuha. Aku pun tak mampu nak membantu kau untuk faham. Takut kalau salah cakap, terfitnah pula. Apa-apa pun, kau kena dengar daripada dia sendiri.”

            “Orangnya pun tak jumpa, apatah lagi suaranya, Dina. Dia tak bertanggungjawab atas kesalahannya.”

            “Banyakkan berdoa, Nuha. Minta Allah tunjukkan hikmahnya.”

            Aku mula mendiamkan diri. Ya Allah, tunjukkanlah aku hikmahnya. Tunjukkanlah aku.


            “HA, kau ni tak pernah jumpa budak ke tak pernah jaga budak?” Suara Wardina sudah naik tiga oktaf daripada nada percakapan biasanya apabila menerjah masuk ke dalam bilikku. Mataku sekadar memerhati langkah Wardina yang mendekati katilku dan menerpa ke arah seorang bayi yang sedang menangis kuat.

            Both. Aku mana reti, Dina.” Wardina yang sedang menepuk-nepuk tubuh bayi itu kupandang dengan hujung mata.

            “Habis tu, kau harapkan aku jadi nanny ke apa? Takkan setiap kali dia nangis, kau tak tahu nak handle?” Wardina tampak tidak puas hati.

            “Dah aku tak tahu takkan aku nak buat-buat tahu? Salah buat karang, aku dituduh bunuh bayi pula. Kau ajelah harapan aku untuk uruskan dia.”

            Wardina tampak geram mendengar jawapanku. Bayi yang berada dalam kendongan Wardina sudah mula senyap.

            “Weeiii, dia anak kau kot!”

            Sepantas itu, aku berpaling dan menjeling Wardina tajam.

            “Ulang balik!”

            Baby ni, anak kau!”

            “Kau berani kan?”

            “Dah memang anak kau, takkan aku nak cakap anak alien?”

            “Dia bukan anak aku.”

            “Weeeiii, kau flashback sikit dua hari lepas. Bukan kau ke yang duduk dalam labour room tu? Bukan budak ni ke yang keluar dari rahim kau?”

            So?

            “Maknanya, kau ibu dia lah, cerdik.”

            Aku diam. Mati kata. Mati jiwa. Entahlah... Aku rasa kelam. Susah nak terima hakikat, bayi yang dikendong Wardina itu ialah benda Allah yang selama lebih kurang sembilan bulan sudah bersama-sama dengan aku.

            “Ayah dia kafir, Dina.” Bicara itu aku tutur seperlahan yang mungkin, dengan mata yang terpejam, menahan bisa dalam jiwa. Pedih, ya Allah... Begini hebatkah ujian imanMu buatku, ya Allah?

            “Dia tak ada ayah, Nuha. Dia hanya ada seorang ibu. Ayah apa kalau tak tahu kewujudan anaknya? Bayi ni hanya ada kau sejak hari pertama lagi, sejak sebelum roh dia ditiupkan lagi. Sembilan bulan dia hidup dengan apa yang kau makan, biiznillah. Dan sekarang, biiznillah, dia lahir. Kau rasa, apa yang Allah nak kau, sebagai seorang hamba yang ada iman untuk buat? Fikir, Nuha. Allah aturkan sesuatu itu bersebab dan berakibat. Mustahil sesuatu berlaku itu tanpa punca dan mustahil sesuatu berlaku itu sia-sia. Jika tidak mendapat kebaikan, sekurang-kurangnya, ada pengajaran dalam setiap keburukan.        Kau tak rasa ke yang Allah amanahkan kau untuk besarkan dia sebagai seorang Muslim? Walaupun pada asasnya, ayahnya seorang kafir. Tetapi ingat, daripada riwayat Muslim, Rasulullah pernah bersabda, setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah (suci bersih), maka ibu bapalah yang bertanggungjawab menjadikannya Yahudi, Majusi atau Nasrani. Kau bukan bodoh untuk tak tahu bahawa anak ini tidak pernah kafir melainkan ibu bapanya ingin dia menjadi kafir.”

            Anak ini tidak pernah kafir melainkan ibu bapanya ingin dia menjadi kafir. Benarlah kata Wardina. Setiap manusia itu lahir dalam keadaan fitrah, menyukai perkara fitrah. Tetapi dalam keadaan sekarang ini, sanggupkah aku? Sejujurnya, aku masih belum memiliki kekuatan dan kesanggupan itu.

            “Menerima dia bukan suatu pilihan dan menyingkirkan dia juga bukan suatu pilihan, Dina. Kau rasa apa reaksi ibu dan abang kalau aku bawa dia pulang? Dengan wajah dia yang tak ada rupa Melayu, kau rasa apa yang ibu dan abang akan fikir? Perkara pertama yang mereka fikir dah tentulah, aku di tanah orang ini, melakukan perbuatan terkutuk, bukannya belajar. Kau ingat senang ke Dina untuk aku buat suatu keputusan yang tepat tentang diri bayi tu?”

            “Tanyalah kepada Allah, Nuha. Mohon petunjuk dia. Bayi ini milik Allah, dan diri kau milik Allah. Hati ibu dan abang itu Allah yang pegang. Bila-bila pun Dia boleh bolak-balikkan hati kita. Mungkin reaksi mereka nanti tidak seperti yang kau fikir. Siapa tahu?”

            “Aku tak seberani tu, Dina.”

            “Aku ada. Allah ada. Kita tahu kebenarannya, Nuha. Bukan salah kau.”

            Bukan salah aku. Ya, memang bukan salah aku. Lelaki itu. Dia yang mengkhianati perkenalan kami dengan kebiadabannya.


            MATAKU sibuk berkeliaran memerhati arah tujuan langkah kaki kecil itu. Elok-elok tengah berlari, boleh pula dia buat drama nak tersembam. Lajunya jantung aku berfungsi, memang tak boleh diungkapkan dengan kata-kata. Apabila nampak dia tidak jadi untuk jatuh, aku tersenyum syukur. Senyum comel yang bertujuan mengusik itu singgah pada pandanganku.

            Be more careful, Aryan!” Mata aku bulatkan merenung wajah itu. Dia tersengih dan meneruskan lariannya.

            “Ibu Aryan!!!” Dari jauh, aku mendengar laungan yang kuat itu. Siapa lagi yang memanggilku dengan gelaran itu jika bukan Wardina. Langkah gadis itu yang semakin mendekat kupandang dengan senyuman.

            “Amboiii, menyombong dengan aku, ya? Bajet orang UK sangat kau ni. Mentang-mentang anak kau lahir sini, terus lupa daratan, kan?” Seperti biasa, mulut Wardina mula berceloteh perkara yang tak berapa berfaedah. Dia sudah melabuhkan duduknya di atas bangku yang sama yang dihuni aku.

            “Bila kau sampai UK? Tak bagitahu pun nak datang.” Wajah Wardina kupandang sekilas.

            “Buat apa bagitahu kau? Kalau aku bagitahu pun, aku tetap kena naik teksi dari lapangan terbang tu.”

            “Hmmm, ibu dengan abang aku okey ke kat Malaysia tu?” soalku, ingin tahu.

            “Okey. Aku ni sebenarnya malas dah nak bersubahat dengan kau. Berbuih sangat dah mulut aku temberang ibu dengan abang. Lepas ni aku dah tak nak tolong dah. Dah setahun dah pun kita habis belajar tapi kau tetap menjeruk dekat UK ni. Aryan tu pun dah pandai bercakap sekarang ni. Baliklah, Nuha.”

            “Eee, bagusnya kawan aku ni. Tak apa, nanti aku bagi upah eh?”

            “Aku serius ni, Nuha. Jomlah, balik Malaysia.”

            “Eh, aku ada benda nak cerita ni...” Terus aku ubah topik lain. Mata masih tetap pandang Aryan.

            “Apa dia? Pandailah kau ni, ubah cerita pula...”

            “Dengarlah ni.”

            “Ya, aku dengar.”

            “Aku dah buat passport untuk Aryan tau?”

            So? Kau fikir aku heran ke sebab kau kaya duduk UK ni nak bawa Aryan jalan-jalan?”

            “Kau rasa aku nak pergi jalan mana?”

            “Manalah aku tahu. Yang pasti bukan Malaysia, kan?”

            “Yang pasti ialah Malaysia.” Aku mengangguk-angguk.

            See, aku dah cakap dah.” Aku tersenyum nipis mendengar bicara terlebih yakin Wardina itu.

            So, kau nak tak naik flight sama-sama kita orang?” Soalan pembuka minda buat Wardina aku lontarkan.

            “Gila apa? Aku tak kaya okey, sampai nak ikut kau pergi melancong.”

            “Tak nak ikut sudah.Aku punya tiket flightpergi Malaysia seminggu lagi, tau?”

            Masing-masing diam selepas itu. Sesekali mata aku mengerling memandang Wardina.

            “Kau nak buat apa pergi Malaysia?” Akhirnya! Aktif pun otak kawan aku ni.

            “Balik rumah ibu. Tapi tak lama. Lepas mereka boleh terima Aryan, aku balik sini semula.”

            “Aryan tahu?” Dari hujung mata, aku nampak Wardina sedang memandang aku.

            “Tahu. Dia sendiri cakap yang dia tak sabar nak jumpa ibu.”

            “Aku harap ibu dengan abang terima dia. Aryan tu budak paling comel yang pernah aku jumpa. Rugi siapa tak sayang dia.”

Monday, 31 October 2016

Bismillah... In the name of Allah

Bismillahirrahmanirrahim. In the name of Allah The Most Gracious, The Most Merciful.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Moga-moga Tuhan kurniakan kesihatan yang baik buat semua yang membaca. Dan sekiranya ada yang tidak sihat, ingatlah sesungguhnya sakit itu penghapus dosa. Ketika kita sakit, Tuhan tarik selera makan, seri wajah, dan dosa kita. Kemudian apabila kita sembuh, selera makan dan seri wajah itu dikembalikan kepada kita, tetapi tidak dosa. Betapa Tuhan itu Maha Penyayang, bukan?

I am writing this on the last day of October. I know, the last time I wrote, I promise you to update this blog on December. But, something came up. Jadi, saya terpaksa update walaupun diri ini sesungguhnya benar-benar sibuk dengan dunia utama saya. Saya terpaksa cari masa untuk update blog ini.

Apa yang telah berlaku? From the previous update, dalam post 'Rasa Teringin Nak Update Blog' which I've wrote about how dissapointed I am when someone leave a comment, telling that I am not qualified to be a writer, I also mentioned something like...

Let me quote it back, "Jangan tunggu good news daripada saya. Tapi mohon readers semua doakan yang terbaik. Jika ada, adalah. Saya harap, tahun kelima saya berada di dalam dunia penulisan, saya dapat hadiahkan sesuatu. Buat keluarga, juga buat readers. Buat keluarga, ingin saya buktikan, berdirinya saya di dalam bidang penulisan, bukanlah sesuatu yang sia-sia. Buat readers, ingin saya sampaikan betapa saya berterima kasih atas sokongan kalian."

Guess what?

Well, I do have a good news for you guys.

Let me first share the feelings that I felt here.

It was on 21 October 2016 around 6.20 pm. About two hours before that, I sent an email to the publisher which I've sent my manuscript to them about four months before. The deadline for them to observe my manuscript was supposed to be on 22 October 2016. But 22 October 2016 falls on Saturday, so I sent the email asking about my manuscript status earlier cause I'm supposed that their office will be closed on Saturday.

Then, like I've mentioned earlier, around 6.20 pm, I suddenly received a call. Why suddenly? Well, I didn't hear any ringtone before I heard a voice saying "Hello?" "Hello?" It was quite mysterious at first. I didn't pick the call up, but since the bluetooth settings was turned on, so I guess the call was picked up automatically. I didn't respond to the call. I ended it as the call was from an unknown number starting with 019. If it was the publisher, the number should start with 013.

And I didn't even expecting a call, I thought that they are going to contact me through the email.

Not long after that, I received a message from the same 019 number saying that, "Salam. Maaf mengganggu. Saya ?? dari ??????? publication."

And I was like, "OMG! Did I just end the call that is so so so important?"

So, with my hand shivering, I dialed the number.

Didn't have to wait for so long, the call was answered.

As I was so nervous, I didn't greet first even it's me who started the phone call.

"Hello?" The voice greeted.

"Hello?" I responded.

"Hello?" The voice greeted again.

"Hello? Boleh dengar tak?" I thought, the person on the other side can't hear me well because the person was like teragak-agak to talk.

"Boleh, boleh dengar. Ni Nasha ke?" The person asked.

"Ya, saya."

"Nasha Hadzir Othman?"

"Ya, saya."

Then, she laughed. Finally. The awkwardness gone.

"Ni nombor lain ke?" When she said that, I was like, Ya Allah, why did I forget that I was using another number to do the call back? The phone has 2 number in it. One is mine, and another is my brother's. No wonderlah she seems so teragak-agak to talk just now!

"Ya, nombor tu tak ada kredit." I wasn't intended to lie. I didn't even check how much credit is left in the other number. But what I know is, no matter how much credit is left in the number, it still can't be used as it has expired. So, I guess, tu tak dikira menipu lah kan?

"Oh. Okey. Fasal manuskrip tu..." Saya dah berdebar-debar.

"Alhamdulillah..." And alhamdulillah should be a sign for a good start right?

"Kami terima." And I was about to shout, but I concealed it. I pretended to be as cool as I could. That feelings... Only God knows.

"Ya ke? Alhamdulillah..." Yes, I pretended to be as cool as I could.

The conversation countinues with some other matters before we end the call.

Selepas saja I end the call, you can guess who is the first name that I call for.

"Makkkk!!!" The shout. Oh, I remember how bad it sounded. I was like going to cry on that time, so you can imagine yourself.

I rushed out of my room. And I found my mum was running towards me. She thought that something bad happens to me or maybe my friends because the way I shouted, I never did that before.

Dengan muka terkejut, my mum asked me, "Kenapa?"

"Manuskrip kakak diterima." The about-to-cry-voice. The shivering hands. The lemah-lutut condition. The jatuh terduduk condition. The rasa macam nak sujud feelings. Semuanya bercampur.

"Apa?" Of course my mum couldn't hear it clearly because of my voice.

I had to repeat it for three times, but I didn't mind. On the third time, my tears started to fall out of my eyes.

My sister came to join us. She was from the outside of the house. And obviously, she was shocked hearing my loud voice calling my mum just now.

I got up from my sitting position and I hugged my sister. I told her while crying, "Manuskrip kakak diterima."

And she was speechless.

My mum hugged me too. She was crying too. Maybe because she saw my tears.

Mak tanya, "Kalau dapat keputusan exam straight A's mesti tak menangis macam ni kan?"

Saya jawab, "Tak."

"Why? Because this manuscript, you did it all from scratch?"

"Ya. For all this years of learning on how to write something good, everything seems to be worth it. Ada orang pernah cakap, kakak tak sesuai jadi penulis. Now, it seems that Tuhan terbalikkan kata-kata tu. Dia izinkan kakak jadi penulis."

That feelings. Tuhan saja yang tahu. Benar, Tuhan saja yang tahu.

Rasa syukur tu banyak macam mana, Tuhan saja yang tahu.

Maka, I'm sharing this to let you guys know.

Yes, manuskrip saya diterima. InsyaAllah, jika diizinkan Tuhan, biiznillah, dengan izin Tuhan, manuskrip itu akan diterbitkan. Bila? Akan saya maklumkan kemudian.

Saya mohon doa kalian. Saya mohon sokongan kalian.

Saya harap manuskrip itu akan menjadi sebuah naskhah yang berguna buat sesiapa yang membacanya. Saya harap manuskrip itu tidaklah sesuatu yang wujudnya sekadar mendatangkan sia-sia.

Moga Tuhan permudahkan perjalanannya dan moga Tuhan rahmati kita semua.

Terima kasih, terima kasih, terima kasih buat yang mengajar, buat yang mendidik, buat yang menyokong. Hanya Tuhan sahaja yang tahu seikhlas mana budimu dan hanya Tuhan sahaja yang mampu membalasnya. Terima kasih, terima kasih dan terima kasih.

Kalau ada rasa ingin tahu, kisah siapa yang bakal diterbitkan tu, saya akan berkongsi teaser di Facebook. Jadi rajinkanlah diri anda menambah kenalan. Jangan Google Search, anda takkan jumpa facebook saya. Facebook Search? InsyaAllah jumpa. Taip saja, Nasha Hadzir Othman. Kalau tak silap saya, setakat ini saya masih belum ada kembar.

Jika Tuhan izinkan, akan kita bersua lagi di dalam blog ini. Seperti yang pernah saya janjikan, update di blog hanya akan berlaku pada bulan Disember.

Jadi, bersabarlah.

See ya.

Assalamualaikum, :).