Total Pageviews

FIRST BABY

Thursday 7 December 2017

Between Simple Good Deeds and Unexpected Rizq // Di antara Perbuatan Baik dengan Rezeki yang Tidak Terjangka

Assalamualaikum and hye, guys!

Harap semua sihat dan terus bersemangat menjalani kehidupan seharian.


So, I feel like writing about deeds and rizq.

Saya rasa minggu ni saja, 2 kali saya diberi rezeki yang saya tak jangka.

Pertama, hari Sabtu yang lepas. Family kawan saya datang melawat dia. When I said kawan, I mean, we are just friends by programme. Program yang sama, tapi kelas lain-lain. Tak pernah ambil tahu latar belakang dia, or family dia. So it happens that saya approach her family just to salam, say hi and blah.

But then, mak dia suruh duduk makan sekali. And I was like, 'Alamak, aku dengan anak dia dahlah setakat kawan satu program je. Kelas tak pernah sama. Sembang kencang tak pernah sekali.'

Tapi sebab mak dia paksa, saya pun duduklah sekali. Dapat alas perutlah makan kek pisang kukus, pisang goreng dengan air green tea.

Alas perut pun balik2 bilik, kenyanglah jugak.

Who knows kan, by just saying hi, salam, simple deeds macam tu, kita dapat sesuatu yang lebih besar.

Peristiwa kedua, berlaku pada hari ini.

Today sepatutnya kami kena submit assignment online, due pukul 4 petang. But my friend's boyfriend, (both my classmates) terlupa nak submit. Dan kebetulan pula masa tu diaorang tengah keluar makan. So it's quite hard to access the kelip portal to submit the assignment since the internet connection is slow.

I was sleeping when my friend called me. Nasib baiklah fon tak silent and ringtone lagu Naruto Kanashimi Wa Yasashisa Ni tu. Hahahaha. Memang sekali bunyi terus terjaga lah kan.

Dalam mamai tu, pelik jugalah sebenarnya, kenapa dia call tiba-tiba. Rupa-rupanya nak minta tolong saya hantarkan assigment BF dia. Masa tu about 30 minutes lagi sebelum pukul 4 petang. Saya cakaplah, "Ha okey" (Bayangkan suara saya dengan mood malas baru bangun tidur). Then dia cakap terima kasih dan tanya, "Nanti aku bui mou something. Mu nok gapo? Aku bagi mu cheezy wedges deh."

Saya cakap, "Takpelah. Tak payah." Mana ada orang mamai nak demand2 ni. Hahahaha. Lagipun permintaan dia simple je.

So saya tolong and bila dia balik, dia bagi saya cheezy wedges. Katanya, BF dia yang beli.

Ni ha. Makan sorang memang kenyang lah kan.


Saya speechless lah jugak sebab cheezy wedges KFC kut. Haha. Masalahnya kawan saya tu baru balik dari makan KFC dengan BF dia. Being a student, saya pun fahamlah struggle kewangan macam mana.

Bagi saya, apa yang saya buat terlalu sedikit nilainya. Kalau dikira dengan wang, mungkin 20 sen je kut.

Itulah yang saya kata, simple good deeds yang kita buat, boleh jadi penyebab untuk kita dapat sesuatu yang kita tak jangka.

Jadi, selagi bernyawa, terus berbuat baik. Tak kisahlah nilai kebaikan tu besar atau kecil sebab at the end of the day, kita takkan tahu perbuatan baik kita yang mana yang menjadi penyebab untuk kita masuk syurga. 

Keep doing good deeds for we will never know which of it is the reason of our happy ending.


Salam sayang,
Nasha Hadzir Othman.