Total Pageviews

FIRST BABY

Friday 24 February 2017

Pengalaman dan Tips Test JPJ Kelas D (Februari 2017)

Assalamualaikum, semua, :).

Post ini sekadar suatu catatan peribadi untuk kenang-kenangan sendiri. Boleh juga korang baca kalau korang nak tahu macam mana prosedur nak ambil test JPJ ni.

Macam yang readers semua tahu, saya sibuk belajar driving beberapa bulan ni, kan?

So hari ini (Khamis, 23 Feb 2017) ialah penentuannya.

But sebelum saya cerita tentang test JPJ, saya cerita dulu prosedur nak ambil lesen ni. Mudah, untuk sesiapa yang perlu maklumat.

Siapa malas baca, pergi je konsortium or institut latihan memandu, tanya depa. Haha.


Perjalanan Sebelum TEST JPJ.
First procedure nak buat lesen ni of course-lah kena pergi dengar ceramah selama 6 jam. And if I'm not mistaken, tahun ni or tahun depan, akan bertambah kepada 8 jam. Mujurlah saya pergi dengar ceramah tu pada tahun lepas (2016), bulan 12. So tak adalah berperang gila-gila dengan perasaan mengantuk yang menghantui mata tu kan.

Untuk kelas D, umur kena cukup 17 tahun dulu baru boleh pergi dgr ceramah. Jangan pulak masa birthday korang, korang pergi. Tak boleh ye. Sebab dalam sistem, masa birthday tu, umur korang masih 16 tahun lagi. 

Note:
  • Motosikal (kelas B2), umur mesti cukup 16 tahun. 

 After dah dengar ceramah, dah cop cap jari menandakan kita hadir ceramah tu, maka bolehlah kita pergi jawab ujian berkomputer untuk dapatkan lesen LDL (Learner's Driving License). Berapa lama tempoh antara selepas kita dengar ceramah dan sebelum jawab ujian berkomputer? Ikut koranglah. Kalau korang dah siapkan buku latihan tu, dah confident nak jawab test komputer tu, bolehlah pergi jawab test tu. Test tu ada bahagian buta warna tau? Jadi sesiapa yang buta warna tu, kalau rasa tak confident, elok pergi jumpa doktor, bawa surat doktor siap-siap yang menyatakan anda memang buta warna. So, tak adalah rugi duit. Sebab part buta warna tu kalau salah SATU saja pun, kira kandas KESELURUHAN test, tau? Nanti rugi pulak duit nak repeat balik test tu. Bawa surat doktor siap-siap, maka tak rugi duit.

Saya ambil test tu di MyEG pada 20 Disember 2016 dan alhamdulillah lulus dengan jayanya.  Dalam kes saya, saya ambil test untuk kelas D (kereta manual) dan B2 (motosikal) sekali. Maknanya, saya kena jawab 70 soalan. Kalau ambil untuk kelas D je, 50 soalan je yang korang perlu jawab. Begitu juga kalau korang ambil kelas B2 je, 50 soalan juga.

Korang tak payah risau, test komputer tu mudah je kalau korang jawab soalan2 dalam buku latihan tu. Kalau buku latihan tu pun tak pernah buka, jangan tanya sayalah kenapa korang gagal. Hehe.

So, lepas korang dah dapat lesen L kelas D, korang dah boleh belajar bawa kereta dengan cikgu memandu korang di konsortium/ institut latihan memandu di kawasan korang.

Untuk motor, kalau korang dah dapat lesen L kelas B2, korang dah boleh bawa motor tu di jalan raya, dengan syarat PAMER pelekat L dan TIDAK boleh bawa PENUMPANG. Untuk makluman, jangka hayat lesen L ni hanya 2 tahun SAHAJA, DAN, perlu diperbaharui setiap 3 bulan. Nak perbaharui lesen L ni tak mahal pun.

Okey, so bermulalah rutin pembelajaran korang. Waktu awal2 korang belajar, korang kena cop cap jari untuk memastikan bahawa masa pembelajaran korang cukup. Masa pembelajaran ni dah ditetapkan syaratnya, kereta bape jam, motosikal bape jam. Jadi kalau masa pembelajaran korang tak cukup mengikut syarat yang dah ditetapkan, korang tak boleh test lagi tau?

Apa yang akan korang belajar dengan cikgu korang? RPK (Rutin Pemeriksaan Kereta), RSM (Rutin Sebelum Memandu), Litar (S-Course, Z-Course, Parkir Sisi, 3-Pointer, dan Bukit), serta memandu di Jalan Raya

Masa pembelajaran ni, semuanya bergantung kepada kecekapan koranglah. Kalau korang cekap memandu, cepatlah habis belajar. Kalau tak berapa cekap, lambatlah sikit.

Satu lagi, sebelum korang ambil TEST JPJ, korang perlu pastikan bahawa lesen L korang dah matang selama 1 bulan. Contohnya, kalau lesen korang dikeluarkan pada 20 Disember 2016, maka 19 Januari 2017 barulah korang boleh ambil test JPJ. Selagi tak cukup sebulan, tak boleh ye. Dia buat macam ni sebab nak make sure lah, korang dah belajar elok-elok.

Jadi, sebelum korang DILEPASKAN untuk TEST JPJ, korang perlu melalui satu fasa PRA-TEST atau dipanggil dengan nama QTI (lupa pulak nak tanya cikgu apa nama penuh QTI ni. Maybe Qualifying Test something lah kut?).

Untuk PRA-TEST ni, BUKAN pegawai JPJ yang test korang, tau? Jadi tak payah gelabah lagi. Rileks je. Yang akan test korang dalam fasa ni, ialah cikgu2 dekat pusat latihan memandu tu juga. Tapi, TAK SEMESTINYA cikgu tu ialah cikgu korang. Apa yang korang perlu buat masa QTI, sama je macam apa yang korang perlu buat masa test JPJ. RPK, RSM, litar dan jalan raya.

Saya lalui PRA-TEST atau QTI ni pada 17 Februari 2017. Pengalaman saya sendiri lalui PRA-TEST, saya HANYA diuji di dalam LITAR SAHAJA. Cikgu yang menguji saya tu tak suruh saya buat RPK or RSM dan tak suruh saya keluar ke jalan raya juga. Dia sekadar tanya, RPK dan RSM dah pandai kan? Since masa tu saya dah banyak kali berlatih dekat rumah, then saya cakap YA. Perjalanan QTI saya, saya boleh describe dengan perkataan 'okeylah'. Sebab apa? Masa dekat Z-Course, belakang Viva tu tergesel dengan benteng sikit. Hahaha. Mujur cikgu tu bagi LULUS juga. Alhamdulillah. Lagipun, masa QTI ni, saya FIRST TIME pakai kereta VIVA. Sepanjang belajar, saya pakai kancil comel yang dah uzur tu je. Jadi masa QTI tu, banyak kali lah juga mati enjin sebab tak biasa, kan? Tapi alhamdulillah, semua okey. Cikgu yang menguji saya masa tu bukan cikgu saya. Tapi dia baik, bagi saya pinjam kereta dia sekejap untuk practice pakai kereta VIVA. Sempatlah 3 round saya buat SEMUA bahagian litar. Thank you, sir!

Then, lepas QTI ni, cikgu akan booking tempat korang untuk TEST JPJ. Dalam kes saya, cikgu booking tempat saya pada 23 Februari 2017. Jadi, adalah masa seminggu lagi nak belajar serba sedikit apa2 yang tak mahir lagi, kan? Kalau sebelum ni, saya hanya ke kelas memandu pada setiap hari Isnin, Rabu, Jumaat dan Sabtu sahaja. Sebab, hari Selasa dan Khamis tu test JPJ dijalankan. Jadi, litar digunakan. Tapi, bila dah nak dekat test JPJ ni, cikgu panggil saya untuk datang hari Selasa juga, tapi sebelah petanglah (test JPJ dah tamat). Tujuan cikgu buat macam tu sebab nak bagi latihan intensif lah. Saya rasa, cikgu macam tak confident dengan saya. Hahaha. Sebab setiap kali kelas, mesti ada je saya buat silap. Cikgu saya tu garang, mana tak buat silapnya? Sepanjang dalam kereta tu asyik fikir kena marah je. Haha.

Tak dinafikan, dalam menghitung hari nak test JPJ tu, rasa takut, nervous semua merajai hati. Biasalah kan tu? Kalau tak nervous tu tak normallah. Tapi mak pesan, insyaAllah, semua okey.


Hari TEST.
Benda utama yang penting masa hari Test JPJ ni ialah, korang kena DATANG AWAL, okay? By 8.15 am korang dah sepatutnya ada dekat situ. Bawalah IC ORIGINAL. Jangan bawa yang fotostat ya? Sebab nanti dianggap korang tak hadir. Then, korang kena BERPAKAIAN KEMAS. Pakai seluar. Jangan pakai jeans koyak2 lutut, or apa-apa baju yang nampakkan kulit korang. Maksudnya kat sini, if korang pakai baju n seluar kan, janganlah pakai yang koyak, yang nampak kulit korang. Cannot, okay? Cannot. Nanti kena halau, pergi tukar seluar. Seluar siapa korang nak rembat? Haaa. Korang juga perlu BERKASUT. Kasut kena bertutup. Kasut macam Crocs tu tak boleh tau. Lubang2, tak boleh. Nanti pikir lagi nak rembat kasut siapa. Kan tak fasal-fasal rugi duit.

Then, kalau perempuan yang tak bertudung or lelaki yang berambut panjang, rambut tu IKAT SATU, kemas-kemas jangan mengada nak buat ikat dua, ikat tigalah. JANGAN. Lagi satu, korang tak boleh pakai apa-apa yang MENUTUP KEPALA seperti songkok, ketayap, kopiah, tak boleh. KECUALI, perempuan Muslim bertudung dan orang Sikh.

Satu lagi, semasa test RPK, korang tak boleh bawa BEG. Part ni tak apalah, sebab test RPK sekejap je dan kawan korang boleh tolong jaga beg korang sekejap. Tapi, semasa test litar dan jalan raya, LAMA. Korang boleh bawa beg, tetapi minta izin pegawai untuk letak beg di bahagian belakang kereta dahulu. Kalau pegawai tak bagi, pandai2 koranglah nak campak ke mana beg tu. NASIHAT saya, bawa beg duit kecil je yang muat2 dalam poket, tak terkeluar daripada poket and handphone yang muat masuk dalam poket. Pastu kalau nak bawa botol air, tak perlu letak dalam beg. Pegang je. Sebab botol air ni rendah risiko kecurian, kan? Jadi kalau korang nak tinggal pun, tak adalah was-was sangat.

Pagi tu, waktu korang sampai, cikgu korang akan bagi nombor giliran dekat korang. Dekat tempat saya, nombor tu diberikan dalam bentuk tag, yang korang kena pakai dekat leher. Pakai je, okey? Jangan tunggu pegawai JPJ sound korang sebab tak pakai benda Allah tu. Tak payah malu2, sebab semua orang dekat situ memang kena pakai. Tak jatuhnya ego korang sebab pakai benda tu.

Lepas tu, pengumuman akan diberi, suruh korang berkumpul dekat tempat menunggu calon ujian JPJ. Bila pegawai JPJ dah sampai, dia akan bagi taklimat dekat korang. Lebih kurang 15-20 minit jugaklah taklimat tu. Masa taklimat tu, tak payah sibuk nak borak dengan kawan, nak cuit-cuit kawan, nak belek fon. Duk diam-diam sudah. Fon MATIKAN or SILENT. Macamlah masa dalam dunia ni terhad sangat kan sampaikan masa nak mendengar pun korang sibuk nak buat benda lain lagi. Duk je diam2. Lebih baik daripada kena sound kan? Lepas habis taklimat, dia buka sesi soal jawab. Tapi macam biasalah dekat Malaysia ni, bila buka sesi soal jawab alamatnya sepi sajalah. Nak tanya, tapi tanya kawan, harap kawan tolong tanya. Haaa, macam tu kan biasanya kalau dekat sekolah.

Bila dah habis sesi taklimat tu, nama korang akan dipanggil. Bagi IC dan cikgu yang bertugas akan bagi lesen L korang dan korang kena tandatangan dekat satu kertas ni. Then korang tunggulah sampai nama korang dipanggil untuk buat RPK.

Pengalaman saya sendiri buat RPK, agak annoying. Sebab apa? Sebab sikap pegawai JPJ berkenaan. Sebab nilah agaknya masyarakat pandang rendah dekat manusia yang menyandang title pegawai ni. Sebab ATTITUDE mereka menyebabkan mereka TAK LAYAK untuk dihormati. Apa perasaan korang, kalau waktu korang buat RPK, pegawai berkenaan tak pandang langsung apa yang korang buat. Dia duduk dekat kerusi dia, tak follow langsung apa yang saya tengah buat. Seolah-olah saya tak wujud langsung dekat situ. Dia macam berada dalam dunia dia sendiri. Apa yang dia tahu buat hanyalah hidupkan jam, dan matikan jam. ITU SAHAJA! Sepanjang saya buat RPK, dia boleh tengok handphone? Then, separuh perjalanan RPK saya, dia bangun daripada kerusi dia. Saya ingat, dia nak tengok apa yang saya buat. Tapi tekaan saya salah! Dia dapatkan pegawai JPJ yang seorang lagi, bagitahu kawan dia tu bahawa pada sekian-sekian tarikh, kita ada game bola.

I was like, benda kau ni?!!! Buat kerja elok-elok boleh tak? Tapi sudah tentulah saya menyumpah dalam hati saja kan. Takkan nak tengking dia dekat situ juga? Berhadapan dengan pegawai JPJ macam tu, kalau korang dekat tempat saya, tak ke korang rasa macam orang bodoh?

Then, bila saya cakap RPK saya dah tamat, he was like "Dah siap ke? (nada+expression tak percaya)." Memanglah hang macam tak percaya sebab hang tak dengaq langsung apa yang aku duk bebel sorang-sorang tadi. Hang dak tengok langsung apa yang aku buat.

Okey, lepas dah habis buat RPK, pegawai tu suruh korang balik ke tempat duduk korang semula. Jadi, korang tunggulah sampai nama korang dipanggil untuk buat RSM + LITAR. Dekat situ nanti, dah ada kereta yang disediakan untuk korang. Jadi pergi je ke kawasan tu.

Saya tak ambil masa yang lama pun untuk dapatkan giliran saya. Alhamdulillah.

Pergi dekat kereta tu, masuk kereta, buat RSM. Dekat tempat saya, tempat2 tertentu dijaga oleh pegawai2 tertentu. Dekat RPK pegawai lain, RSM+S-Course+Z-Course pegawai lain, Side Parking+3-Pointer+Bukit pegawai lain, RSM+Jalan Raya pegawai lain.

Bila dah siap RSM, bila pegawai JPJ bagi izin jalan, korang pun tukar gear 1, turunkan handbrake, jalan. Pengalaman saya, saya sangat berhati2 dalam S-Course dan Z-Course sebab saya tak nak apa yang pernah jadi masa QTI dulu, berulang. No way. Tak nak langsung. So, saya drive slow and steady, asalkan kereta sentiasa bergerak ke hadapan, kita tak lupa step dan kita tak terlanggar benteng. Alhamdulillah, semua berjalan smooth. Syukur.

Then, sampai giliran di Side Parking, 3-Pointer and Bukit. Kawan saya ada seorang kandas di Side Parking kerana dia berhenti DI ATAS garisan putih. Maka, dekat situ jugalah dia kena keluar daripada kereta. Dahlah dia dekat depan saya. Maka, saya ambil iktibar tu. Buat elok-elok. Ingat ya korang, korang hanya boleh bergerak selepas pegawai bagi izin untuk bergerak sebab, pegawai perlu berada dalam keadaan bersedia untuk hidupkan jam. Bagi saya, side parking dan 3-pointer ialah litar yang paling mudah antara kelima2 litar. Dan yang paling susah dan musuh saya ialah bukit. Setiap kali belajar, mesti ada terundur. Tapi alhamdulillah, dek latihan intensif yang diberikan cikgu dan cikgu dah terang how to control klaj dengan minyak supaya kereta tak terundur ke belakang, saya berjaya buat dengan baik di bukit, tak ada terundur-terundur dah. Syukur, alhamdulillah.    

Lepas dah turun dari bukit tu, korang akan brek, free gear, tarik handbrake dan tinggalkan kereta dekat situ. Nanti akan ada cikgu yang ambil kereta tu untuk korang. Korang kena ambil borang pada pegawai JPJ yang check bahagian side parking, 3-pointer dan bukit.

Lepas ambil borang tu, pergi ke pondok menunggu untuk ujian jalan raya. Dekat sana, akan ada cikgu yang suruh korang sign, cop cap jari dan sebagainya. Dia akan suruh korang keluarkan lesen L dan simpan IC korang. Habis urusan borang, tunggulah giliran untuk kereta dari jalan raya sampai.

Sambil2 tunggu giliran tu, saya pun belek-beleklah markah saya kurang dekat mana sebab untuk LITAR+RPK (Bahagian II) saya lulus dengan markah 60/75. Cukup2 makan. Bila saya tengok bahagian RPK, saya menggeleng tak percaya. 4 markah ditolak. Bila saya tengok apa yang ditolak oleh pegawai berkenaan, SUMPAH, saya dah sebut semuanya, lengkap seperti apa yang diajar kepada saya, tepat seperti apa yang saya lihat pada keadaan kenderaan berkenaan. Meskipun saya LULUS, tetapi saya rasa keadaan ini adalah TIDAK ADIL. Bagaimana dengan mereka yang kandas kerana hanya kekurangan 2 markah dan pada bahagian RPK, 5 markah ditolak sedangkan calon tersebut telah sebut semuanya dengan lengkap?

Silap ialah pada pegawai JPJ yang tidak amanah dalam membuat kerja. Berbual-bual, seperti kanak-kanak! Di mana kematangan mereka dalam menjalankan tugas, saya tidak tahu. Tidakkah mereka sedar, kalau disebabkan mereka yang buat kerja main-main menyebabkan ada calon yang kandas, keadaan itu sama sahaja seperti menganiaya orang lain. Tak fasal-fasal calon tersebut perlu keluarkan duit lagi untuk repeat! Berdosa. Sudahlah tidak amanah dalam menjalankan tugas, menganiaya orang pula. Jawablah nanti dekat sana. Fikirlah sendiri. Dah matang, kan? Walaupun saya nampak anda bekerja main-main, tapi saya percaya anda dah mumayyiz dan dah baligh dah pun.

Sekiranya markah itu dipertikai oleh calon nanti, mudahlah jawapan pegawai JPJ berkenaan. Calon tu sebut ikut skrip semata-mata, tak ikut pada keadaan sebenar kenderaan tersebut. Huh! Yalah tu. Padahal awak yang tak amanah buat kerja, tak perlu nak meletakkan kesalahan atas diri orang lain pula. Kami berlatih bagai nak gila, diajar sebegitu teliti, berhabis duit, cikgu berhabis keringat, apa susah sangat ke dalam tempoh tak sampai 12 jam tu, anda sebagai seorang pegawai FOKUS terhadap tugas anda. Pastikan gaji yang anda terima tu HALAL.

GOOD ATTITUDE is what you need if you want people to RESPECT you.

Tamat bebelan.

Untuk ujian RSM+Jalan Raya (Bahagian III), alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Sebelum ni, saya selalu mengalami kesukaran pada bahagian nak keluar simpang. Tapi alhamdulillah, baik-baik sahaja semuanya masa ujian tadi. Syukur, ya Allah. Saya rasa, ni berkat doa ibu bapa juga ni. Saya tak sempat tengok berapa markah saya untuk bahagian III ni sebab cikgu yang uruskan borang tu dah minta borang tu sebaik sahaja saya dapatkan daripada pegawai JPJ dan cikgu tu suruh saya balik. Haha. Cikgu tu daripada awal lagi gaduh dengan saya. Tak puas hati. Tapi dalam pada tu minta tolong saya juga. Haha. Gaduh-gaduh manja je. Tak sampai wrestling pun.

Note:
  • Kalau korang kandas dekat Bahagian II dan lulus dekat Bahagian III, korang hanya perlu repeat bahagian II sahaja dan begitulah sebaliknya.
  • JANGAN buat kesalahan GAGAL MANDATORI. Gagal mandatori ni MENGHENTIKAN korang daripada menjalani ujian SERTA-MERTA. Lagi sadis, kalau korang buat kesalahan gagal mandatori pada bahagian III sedangkan bahagian II korang dah lulus. Sebab automatik, bahagian II akan berubah statusnya daripada lulus kepada kandas. Tolong ya, hati-hati. Kesalahan GAGAL MANDATORI akan diterangkan dalam taklimat.
  • Sebelum ambil test tu, niat awal-awal, yang mana guna duit mak ayah, AKU TAK NAK BAZIRKAN DUIT MAK AYAH YANG MAK AYAH SUSAH-SUSAH CARI MACAM TU SAJA. BILA DUIT ITU DILABURKAN, MESTI ADA HASILNYA. InsyaAllah, korang akan dapat keyakinan tu. 
  • Tak kisahlah perut korang bergemuruh macam puting beliung sekalipun, KEYAKINAN itu penting. Yakin diri boleh, walaupun tangan menggeletar. InsyaAllah, semangat tu akan stay dengan korang.
  • Untuk dapatkan ketenangan semasa gemuruh, ulang lafaz 'Hasbunallahuwani'mal wakeel, ni'mal maula wani'mannasir.' ATAU baca Surah As-Syarh. InsyaAllah, hati automatik jadi tenang masa tu. Untung2 kalau pegawai JPJ nampak, dia pun rasa insaf juga, ya dak? (Kidding)
  • Perkara PALING PENTING yang korang patut buat, PLEASE alert with your SIMPLE MANNERS. THANK YOU, SORRY, etc. Tolonglah jangan ego nak cakap benda-benda ni. Benda ni, walaupun nama dia simple manners, dan korang anggap remeh saja, SEBENARNYA, it does play a big role in our life. Orang yang menerima ucapan terima kasih, maaf, dsb, akan berasa dirinya lebih dihargai. Kalau korang ucap benda2 ni dekat pegawai JPJ tu, tak ke hati depa sejuk sikit mendengarnya? Yes, they will. Simple manners ni lah benda yang paling mudah untuk buatkan orang lebih terpaut pada kita, buat hati orang lebih mudah lembut. Jangan lupa untuk senyum juga. Ada sebabnya kenapa dikatakan senyum itu suatu sedekah. Sebab senyum beri manfaat pada orang lain juga. Senyum juga melembutkan hati mereka, menjadikan mereka lebih tenang. Bila rasa nak marah, tiba-tiba nampak kau senyum, mesti dia rasa macam tak jadi marah. Kalau nak marah pun rasa serba-salah. Betul tak?

Jadi, setakat itu sajalah tips2 dan pengalaman yang saya boleh kongsi untuk korang. Kalau korang bakal menduduki ujian JPJ korang dalam masa terdekat, saya ucapkan selamat maju jaya. 

 Terima kasih sudi baca entry panjang lebar macam ni, :).

25 comments:

  1. Sis sy share pengalaman sis kat my fb ya.
    suzimakkonen@yahoo.com

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum,:D saya akan test jpj kereta manual pada 12/2/18 ni iaitu hari isnin...pengalaman awak buat sya sedar yg jgn pandg remeh dgn test jpj even kita ni overconfident...thanksss alot sis!!! doakan saya lulus dgn jaya nyaaa ye ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam. Maaf lambat balas. Harap awak lulus dengan jayanya, :)!

      Delete
  3. Saya akan ambik test jpj pada20/2/18 tolong doakan saya tapi kereta auto

    ReplyDelete
    Replies
    1. It's today! Macam mana dengan test tu? Okey tak? Harap semua berjalan lancar, :).

      Delete
    2. Kereta auto senng...tapi sayang lesen tu hnya kereta auto jak bole bawa..nak tambah kelas gdl dan psv xbole

      Delete
  4. Hai , btw saya alami msalah yg sma mcm awak iaitu msalah ktika kluar simpang bhagian III 😰 tem latihan saya kluar simpang mmg tak pernah smooth i mean mcm ditiup ribut gitu huhuhu , dan kadang-2 enjin mati. Jdi cgu ada kata pastikan mnyak tekan skit once enjin kreta cm bnyi dah nak mati tpi saya takut nak tekan sbb takut kreta trlajak ke hadapan . Jdi cmna tu erk nak pastikan kereta tu kluar simpang smooth je ? Mohon pncerahan ASAP sbb saya QTI 5/3 ne 😥

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai! Luckily saya buka and check kut2 ada emel baru masuk. Hehe, :). Boleh saya tahu awak pakai kereta apa masa belajar memandu? Dulu masa belajar, saya susah nak kawal klac dengan minyak sebab saya pakai kereta Kancil yang lama tu. But bila test saya pakai kereta Axia, sebab tu boleh smooth je, alhamdulillah.

      Masa nak keluar simpang tu, betullah apa yang cikgu awak cakap tu. Tekan minyak bila enjin bunyi macam nak mati. Enjin nak mati tu sebab awak lepas klac but awak tak tekan minyak dengan cukup.

      Kereta akan terlajak ke depan kalau awak tekan minyak terlalu lama. So, make sure awak tekan minyak tu cukup untuk pastikan enjin tak mati je. Kena pandai ye control klac dengan minyak. Awak kena biasakan kawal klac dengan minyak supaya enjin tak mati. InsyaAllah boleh, :). Jangan risau yaa.

      Good luck untuk QTI.

      Delete
    2. Salam, akak. Saya ada test jpj 15/3/2018 ni & saya still nervous sebab x ready lagi. Minta akak doakan saya & kalau boleh nak minta tips tambahan untuk bahagian III sebab saya selalu sangkut time tu... tq

      Delete
    3. Wassalam 😀. Maaf saya lambat reply. Dah lepas dah pun test JPJ awak. So macam mana? Harap awak lulus! 😄

      Delete
  5. Terima kasih atas perkongsian ini... harap lepas ujian tahun ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama2! 😄 Aamiin. InsyaAllah, doa yang baik2 sahaja 🤗.

      Delete
  6. Boleh ke saya menghadiri ujian komputer tanpa tunggu 3 hari selepas ceramah 6 jam?

    ReplyDelete
  7. Teringat pulak time test jpj last month. Alhamdulillah settle semuanya.��

    ReplyDelete
  8. Tips yg dapat membantu saya. Insya'allah,doakan saya untuk test 30/5/18 hari rabu nanti.

    ReplyDelete
  9. Selepas test JPJ..berape hari ambil masa untuk ke JPJ untuk buat P?kalau pergi hari sama boleh ke?

    ReplyDelete
  10. Esok jpj! 11/10/18
    Doakan saya lulus dan dipermudahkan urusan.. 😣

    ReplyDelete
  11. Esok jpj 16/11/2018,mudah-mudahan dipermudahkan segala urusan :)

    ReplyDelete
  12. Saya baca blog awak ni sebelum saya test jpj lagi.. alhamdulillah hari ni 27/11/2018 saya lulus dengan jayanya bahagian II & bahagian III.. hehe walaupun jpj kedekut bagi markah, tapi syukur sebab dah lulus tak payah jejak sekolah memandu tu lagi hahaha! Btw markah jpj bahagian II saya 62/75 (cukup2 makan jer), bahagian III saya 67/80.. kedekut markah kan? Pdahal semua tu dh sebut kuat2 dah tak adil sbb dorg tak tanda pun yg kita beria-ria sebut tu :’) pape pun syukur dh lulus dgn sekali test alhamdulillah.. Korang yg akan ambil test tu kena doa byk2 and percaya dgn diri sendiri mesti boleh buat (sambil tangan kat dada pesan kat diri) hehehe Goodluck kawan2

    ReplyDelete
  13. Saya nak share juga pengalaman sy,baru dapat P ahd lepas 091212,sy dah 27 thn,sy start kelas bln 8 gitu,teori,ujian computer setel terus book untuk beljar d litar,sy dpt 3 cikgu yg berlainan,sangat2 mencabar coz sy 0 bab kreta,smpai ari test jpj pon parking 3 penjuru senget2 ja,so sy test PD 021212,alhamdullilah litar lulus,xsempat tngok markah la plak,tiba untuk test jalan Raya,sy beljar guna kancil,nak test suma axia,yakinkan dri,bg salam kat jpj,time nak kuar simpang sy lupa tekan minyak,suka sy ingatkan yg clutch axis n kancil sangat berbeza,mungkin jgk SBB axia model bru,JD laluan selamat sy kluar tapu sangat perlahan movement sy,pegawai tu Dan marah,Nada pon tinggi,klu mcm ni gagal lah dia kata,sy pon ckp maaf LA encik sy xpernah wak axia lg,dia kata sama ja lah,dgn muka mencuka,sy day total hilang fokus ,hilang yakin,sampai simpang lupa BG signal dia soh sy stop,sy dah redha ja time tu JD GAGAL,and kemudianya sy try lg,test jalan Raya ja,alhamdullilah jpj ni baik sangat,dia banyak sembang,banyak Bantu,,alhamdullilah lulus,JD bg says attitude jpj juga memainkan peranan penting,JD selamat berjaya semua

    ReplyDelete
  14. saya belajar dgn pkcik ramli..sgt pyabar..utk org ipoh..ni tiponnya 0195133716..sy bernasib baik sekali je ambik dgn jpj..alhamdulilah berkat pkcik ramli yg sabar, baik, dan byk tip yg diajar..

    ReplyDelete
  15. Akak. Kalau gagal naik bukit terus gagal keseluruhan dlm litar ke?

    ReplyDelete
  16. rsm rpk takyah hirau yg penting litar dan laluan

    ReplyDelete