“SYIRA nak beli apa?” soal Aizat. Musyirah masih
merenung dinding kaca lutsinar di sisinya. Pandangannya kosong bagai tiada
perasaan.
“Syira
penat tunggu dia. Syira nak jalan-jalan dekat sini,” jawab Musyirah. Namun,
pandangannya masih belum berkalih. Aizat mencapai pergelangan tangan kanan
adiknya. Khuatir adiknya akan rebah memandangkan Musyirah kerap pitam sejak
suaminya tiada. Jelas tekanan yang dihadapi adiknya itu.
“Jom,”
ajak Aizat. Musyirah membuka langkahnya, menuruti langkah Aizat. Baru beberapa
langkah berjalan, dia terhenti. Aizat terpaksa melakukan perkara yang sama.
“Abang...”
panggil Musyirah. Jari telunjuknya tangan kirinya menyentuh dinding kaca
lutsinar itu. Matanya dikecilkan dan dibesarkan buat beberapa kali.
“Dia
ke tu?” soal Musyirah. Aizat merapati adiknya. Arah yang ditunjukkan oleh
adiknya itu dipandang.
“Tu
suami Syira kan? Syira yakin tu dia kan abang?” soal Musyirah bersama-sama
senyuman di bibir. Aizat mengangguk, mengiakan pertanyaan adiknya.
“Jom
Syira,” ujar Aizat. Laju kakinya melangkah menuju ke kedai pakaian itu.
Musyirah turut melangkah dengan laju meski keadaannya sedia lemah.
“Nazhirin
Syahran bin Mukhtar!” Lantang suara Aizat memanggil nama Nazhirin. Panggilan
itu menarik perhatian seiisi kedai menjual pakaian itu. Nazhirin yang sedang
membelek sepasang baju kurung segera berpaling.
“Can
I talk to you for a few minutes?”
soal Aizat. Nazhirin mengangguk. Langkah diatur mengikuti langkah Aizat.
Pandangannya terpaku pada wajah Musyirah yang cukup kosong. Wajah itu cukup
pucat.
“Ingat
siapa dia?” soal Aizat. Nazhirin memandang Aizat.
“Aku
abang dia, Aizat,” jelas Aizat. Nazhirin mengangguk. Mana mungkin wajah yang
cukup dirinduinya itu dia lupakan. Namun dia tidak menyangka yang dia akan
menemui Musyirah dalam keadaan sebegini. Dia tidak sangka yang pemergiannya
selama dua minggu itu meninggalkan kesan yang amat dalam bukan sahaja pada dirinya,
malah turut pada Musyirah.
“Lihatlah
apa yang kau dah buat pada Syira,” tutur Aizat. Musyirah menghantarkan
pandangan yang kosong meski dia sedar akan keberadaan suaminya itu.
“Aku
peliklah dengan kau ni. Apa yang ada dalam fikiran kau sebenarnya? Apa tujuan
kau tinggalkan Syira?” soal Aizat.
“Abang
Aizat... Syira tak larat. Cukuplah Syira dah jumpa dia. Syira dah tau bagaimana
sihatnya dia,” tutur Musyirah. Dia hampir rebah. Pantas Aizat memaut lengan
adiknya, menghalang Musyirah daripada terjelepok. Nazhirin bergerak merapati
Musyirah. Aizat sekadar memandang tanpa ada niat untuk menghalang Nazhirin
daripada mendekati adiknya.
“Bukannya
saya sengaja buat Syira macam tu. Saya ada sebab saya sendiri,” kata Nazhirin
sebelum mencempung tubuh Musyirah yang sudah tidak menyedarkan dirinya.
“Hei,
kalau betul kau ada sebab kau sendiri, aku nak kau nyatakan sebab tu sekarang!”
tegas Aizat. Langkah Nazhirin dihalangnya.
“Selama
dua minggu ni, saya berada di Perak. Ada kerja yang perlu diselesaikan,” jawab
Nazhirin. Langkahnya diatur kembali.
“Kerja
apa sampaikan tak contact isteri selama dua minggu tu? At least,
kau bagi tahulah dia kau ke mana,” kata Aizat. Kecewa sungguh akan sikap adik
iparnya itu. Nazhirin tidak menjawab. Baginya, kesihatan isterinya adalah lebih
penting.
MUSYIRAH
merenung dinding di dalam biliknya dengan pandangan yang kosong. Fikirannya
juga kosong. Entah mengapa, kata-kata suaminya langsung tidak hinggap di
fikirannya. Baginya, alasan suaminya meninggalkan dirinya adalah tidak mampu
diterimanya. Penjelasan itu tidak cukup kukuh. Kini, hatinya mula
mempersoalkan, teguhkah cinta suaminya buat dirinya?
“Kakak...”
Suara lembut Munirah menerjah gegendang telinganya. Musyirah menghela perlahan
nafasnya.
“Nak
apa Ira?” soal Musyirah. Munirah mengambil tempat di sebelah kakaknya.
“Abang
Naz...” Musyirah memandang adiknya itu dengan pandangan yang tajam.
“Apa?
Dia nak apa lagi?! Dahlah, kakak dah cukup terseksa dah kena tinggal dengan
dia. Susah sangat ke dia nak bagitahu akak yang dia ada kelas di sana? Bagi
tahu sajalah!” bentak Musyirah, geram. Munirah mengetap bibirnya.
“Kakak,
cuba kakak bagitahu Ira, boleh ke seorang isteri buat perangai macam ni dekat
suami dia? Tak boleh kan? Kak, semarah mana pun seorang isteri terhadap
suaminya, kakak tetap kena ingat yang kakak seorang isteri dan abang tu suami.
Kakak tahu kan berdosa bila kakak abaikan suami kakak. Lagipun, abang tak
bagitahu kakak sebab dia tak nak kakak risaukan keselamatan dia. Dia kenal
sangat siapa kakak. Ira pun kenal perangai kakak yang kalut tak kira masa tu,”
kata Munirah. Serabut fikirannya melihat keadaan rumah tangga kakak dan abang
iparnya itu. Jadi, tekadnya kini dia harus memperbaiki keadaan daripada menjadi
semakin teruk.
“Ira
tau, kakak ada sembunyikan sesuatu daripada abang kan? Kakak fikir Ira tak
dengar ke apa yang kakak cakap dekat doktor tadi?” Munirah menduga kakaknya.
Entah sampai bilalah kakaknya itu ingin menyimpan rahsia.
“Perlu
ke dia tahu?” soal Musyirah. Munirah tersenyum.
“Kakak,
ni...” Tangan kanannya mendarat di atas perut Musyirah. Musyirah sekadar
memandang.
“Anak
siapa?” soal Munirah.
Musyirah
mengetap bibirnya sebelum menjawab, “Anak kakaklah.”
“Ya,
kakak memang ibunya. Tapi ayahnya? Abang Naz kan? Kakak buatlah apa-apa pun,
tetap tak akan mengubah kenyataan bahawa anak ni ialah anak kakak dengan Abang
Naz. Kakak kena bagitahu dia,” ujar Munirah, lembut. Musyirah melepaskan
keluhan perlahan.
“Kakak
takut... takut dia tinggalkan kakak lagi. Kakak terlampau sayangkan dia. Cuba
Ira bayangkan, andai Ira dah sayangkan seseorang itu ibarat nyawa Ira sendiri,
bila dia pergi tinggalkan Ira, maknanya nyawa Ira turut dibawa bersama-sama
dia. Sakit sangat rasanya, Ira. Kakak tak nak terima alasan dia sebab kakak
takut perkara ni terjadi lagi,” luah Musyirah. Air matanya mengalir lesu.
“Abang
janji, perkara macam ni tak akan terjadi lagi. Abang janji, abang tak akan
tinggalkan Syira tanpa sebab, tanpa diberitahu. Abang janji, abang akan jaga
dan didik Syira dan bakal anak-anak kita dengan sebaik-baiknya. Abang janji,
abang akan pelihara cinta kita dan membimbing rumah tangga kita sehingga ke jannah,”
tutur Nazhirin yang sudah berdiri di muka pintu. Munirah sudah pun keluar
sebaik sahaja Nazhirin menuturkan ayat pertamanya tadi. Kini hanya tinggal
Musyirah dan Nazhirin di dalam bilik itu.
“Kata
orang, orang yang menuturkan janji sangat mudah untuk melupakan janji-janjinya.
Tapi orang yang menerima janji akan pegang janji-janji itu sampai bila-bila.
Syira tak nak abang berjanji. Syira takut janji-janji itu akan dilupakan dan
tidak ditunaikan. Syira tak nak abang berjanji sebab bila abang dah berjanji,
janji tu akan Syira pegang buat selama-lamanya. Syira takut, andai janji itu
tak ditepati, hati Syira yang akan terluka,” kata Musyirah. Nazhirin mula
merapati isterinya.
“Janji-janji
abang itu bukan sekadar janji biasa. Janji-janji itu disertakan dengan azam.
Azam yang abang sematkan di dalam hati dan janji-janji itu, InsyaAllah, akan
abang laksanakan. Bukan Syira seorang sahaja yang terseksa bila kita berpisah.
Abang turut terseksa. Kalau tidak disebabkan handphone abang tertinggal,
sudah pasti hari-hari abang akan hubungi Syira. Abang minta maaf. Silap abang
juga,” bicara Nazhirin. Musyirah memandang wajah suaminya.
“Kenapa
tak pinjam handphone orang lain?” soal Musyirah. Nazhirin mengangkat
keningnya sebelum mengambil tempat di sebelah Musyirah.
“Cuba
Syira cakap dekat abang, tutor mana yang hari-hari pinjam handphone pelajar-pelajar
dia?” soal Nazhirin. Musyirah mengetuk perlahan jari telunjuk tangan kanannya
pada dagunya.
“Tak
mustahil ada tau. Ataupun abang boleh jadi orang yang pertama. Boleh cipta
rekod kan, kan? Macamlah tutor lain tak ada handphone kan?” Ada
sinis pada nada suara Musyirah.
“Syira,
tutor lain semua perempuan. Lelaki pun seorang aje. Tu pun ala-ala
perempuan tau? Syira tak kisah ke kalau hari-hari abang jumpa tutor
perempuan untuk minta handphone? Tak kisah? Tak cemburu ke? Yang tutor
lelaki tu, abang sendiri tak sanggup nak jumpa. Dia punya pandangan pun dah
lain macam,” kata Nazhirin. Musyirah merenung tajam wajah Nazhirin disebelah
kanannya buat seketika. Suaminya itu turut bersandar pada kepala katil
sebagaimana dirinya.
“Bagusnya
orang yang organize program ni kan? Kalau Syira jumpa, Syira cekik-cekik
dia. Nasib baik abang tak minta handphone dekat tutor perempuan
tu. Kalau abang buat, Syira mogok dengan abang sampai bila-bila,” ujar
Musyirah. Jelas kemarahannya itu apabila kata-katanya disertai dengan aksi.
Nazhirin yang melihat reaksi isterinya itu sudah tersenyum sendiri. Musyirah
yang inilah yang dirinduinya. Musyirah yang ceria orangnya.
“Jadi
sekarang ni Syira tak bolehlah mogok dengan abang kan? Sebab abang tak jumpa
seorang pun tutor perempuan untuk minta handphone,” kata
Nazhirin. Kerutan pada dahi Musyirah terus hilang. Dia menoleh ke kanan,
menatap wajah suaminya yang setia menanti jawapannya. Musyirah akui, dia dapat
melihat betapa menggunungnya rasa bersalah suaminya terhadap dirinya. Betapa
tulusnya setiap ucapan meminta maaf yang keluar daripada bibir merah itu.
Tetapi dia yang sengaja mengeraskan hatinya, khuatir Nazhirin akan
meninggalkannya lagi.
Tangan
kanan Nazhirin dicapai dan dibawa ke bibirnya. Dicium tangan itu dengan penuh
hormat. Lantas tangan itu dibawa ke pipinya. Dia masih menunduk.
“Memang
tak sepatutnya Syira buat perangai. Memang tak sepatutnya Syira sakitkan hati
abang walhal abang sudah beribu-ribu kali meminta maaf. Memang tak sepatutnya
Syira marahkan abang walhal abang dah menyatakan hal yang sebenar. Syira cuma
takut perkara ni akan berulang dan Syira tak nak perkara ni berulang. Maafkan
Syira atas sikap Syira selama ni,” tutur Musyirah. Tangan Nazhirin dicium
sebelum dilepaskan. Musyirah menyandarkan kepalanya pada dada suaminya.
Nazhirin
tersenyum. Kepala Musyirah diusap perlahan dengan tangan kanannya.
“Sentiasa
ada kemaafan buat Syira dalam hati abang dan abang harap, Syira turut memaafkan
abang atas kesilapan abang. Abang akan pastikan dengan sedaya upaya abang,
perkara tu takkan berulang lagi,” ujar Nazhirin. Musyirah tersenyum puas.
“Ya,
Syira maafkan abang. Syira akan pastikan lepas ni Syira akan bincang baik-baik
dengan abang kalau ada salah faham. Penatlah Syira nak buat mogok ni. Seksa
perasaan Syira aje. Abang, Syira rindukan abang sangat, sangat, sangat, sangat,
dan sangat. Tiga sangat daripada Syira, dua lagi, daripada anak kita. I love
you, abang,” ucap Musyirah dengan senyuman yang masih tidak lekang di
bibirnya. Tangan kiri suaminya dicapai dan diletakkan di perutnya.
“Alhamdulillah.
Anak kita, empat minggu,” kata Musyirah. Nazhirin turut memanjatkan rasa
syukur. Ubun-ubun isterinya dicium kasih.
“Alhamdulillah,
kandungan ni sihat. Nasib baik tak terjejas waktu Syira demam panas dulu,”
jelas Musyirah.
“Bila
Syira tahu Syira pregnant?” soal Nazhirin. Musyirah menayangkan
sengihnya.
“Syira
dah tahu lama dah, sebelum abang pergi Perak lagi. Tapi waktu tu Syira
agak-agak aje, tak check dekat doktor pun. Syira dapat agak pun sebab
tak period walaupun dah sampai masanya. Masa Syira demam panas dengan
kerap pitam, abang dengan Ira yang jaga. Diaorang hantar Syira pergi klinik.
Alang-alang, Syira check ajelah terus. Mungkin sebab Syira tahu Syira pregnant
dan Syira nak abang ada dengan Syira, Syira menangis terlebih dos. Syira rasa
Syira menangis pun sebab mengada aje lebih walaupun Syira sayang abang sangat,
sangat, sangat, sangat, dan sangat. Again, I love you, abang,” ucap
Musyirah. Manja sungguh Musyirah dengan suaminya itu.
“Sayang,
I’m so sorry for not being there beside you while you really needs me. I love
you too, Syira. Abang sayang Syira dan anak kita,” tutur Nazhirin.
“Isk!
Abang ni... Syira maafkan abang lagi. Abang kena pastikan yang abang akan ada
dengan Syira untuk lapan bulan dari sekarang. Tak boleh pergi jadi tutor.
Lepas Syira habis pantang nanti baru boleh. Lagi satu, I love you more,”
kata Musyirah. Dia tersenyum manja.
“Terima
kasih sayang, bagi ucapan I love you banyak-banyak dekat abang hari ni.
Ya, abang tak akan tinggalkan Syira untuk jadi tutor. I love you
most,” balas Nazhirin. Musyirah tersenyum.
“Sama-sama,
abang. Syira harap, cinta kita akan sentiasa diredhai Allah dan Syira nak abang
pimpin Syira dan bakal anak-anak kita ke jannah,” tutur Musyirah. Nazhirin mengangguk.
“InsyaAllah,
sayang. Abang tak boleh lakukannya bersendirian. Abang nak Syira ada
bersama-sama abang. Bantu abang agar kita semua menjadi lebih baik,” bicara
Nazhirin. Musyirah mengangguk. Mulai hari ini, dia akan pastikan pengalaman itu
benar-benar mengajarnya. Dia akan memperbaiki dirinya agar dapat menjadi isteri
yang baik dan solehah buat suaminya. Dia akan pastikan cinta Miss Troublemaker
sepertinya bukanlah cinta yang biasa-biasa, tetapi ada keunikannya yang
tersendiri. Moga bahagia terus menjadi milik mereka.
Pesanan penaja: Assalamualaikum, :). Okey, seperti yang dikatakan part 4, final. Yeah, finally! Ada rasa nak belasah saya tak sebab update cerita ni ikut part? Haha. Mungkin korang akan geram dengan watak Nazhirin sebab tinggalkan wife dia macam tu je. Dan mungkin korang akan geram dengan watak Musyirah sebab senang sangat maafkan suami dia. Mesti korang akan cakap, macamlah tak ada public phone dekat situ. Kalau korang, mesti korang mogok seminggu baru nak maafkan, kan? Haha. So, this is it. Musyirah masih sedar yang dia seorang isteri dan redanya terletak pada suaminya. Memang tak bolehlah kan seorang isteri tu mogok dekat suami dia lama-lama. Nazhirin sedar akan status dia sebagai seorang suami yang mesti melindungi isteri. Dia tak henti-henti minta maaf. Korang nampak yang dia berjaya menjadi seorang suami yang baik, kan? Haha. Ulas cerita sendiri. Okey, nak jugak saya baca apa pendapat korang. Geram ke, rasa nak belasah Nazhirin ke. Atau nak membebel kat Musyirah ke. Anything. Komenlah ya? Hehe. Terima kasih. Jazakumullahukhairan. Barakallahufiikum.
nk komen ni miss writer.
ReplyDeleteblh x buat n3 special ceritakan mcmne diorg ni blh kawin, sbb x d ceritakan sgt.
pastu nazhirin ni keja tutor je ke?or dia da buat bisnes, nk tau je.hehe
komenutk part last ni plk, blh je nazhirin ni guna public phone or telefon ofis tuk kol syira, tp mngkin dia x ingat nombor kot.
tu je pndangan n pendapt dari saya
@Nur Eza: Wah, special entry? Akan dipertimbangkan. Ikut kepada kesenggangan masa saya. Maklumlah, masih banyak lagi tanggungjawab lain. Mereka berkahwin atas pilihan keluarga tanpa dasar cinta tapi penuh dengan kerelaan. Ingat tak dialog Aizat, "Jadi tak salahlah, tindakan abang mempersutujui tindakan mama dan papa untuk nikahkan Syira dengan Nazhirin?" Lebih kurang macam tulah dialognya. Nazhirin tutor part time sahaja. Dia ada kerja lain, ada syarikat sendiri. Kalau tak, takkanlah dia ada appoinment dekat restoran tu kan? Haha, sekadar pencerahan. Mungkin cerpen saya ni memerlukan pembaca berfikir. Fasal special entry tu, saya akan pertimbangkan. Terima kasih sudi baca, beri pendapat dan komen ya? ^_^
Deletecerita apa ni? apa yg trouble maker nye? mybe awk x sesuai jd penulis. sorry
ReplyDelete@ahmadatma. Never judge a book by it's cover. Kalau rasa penulis blog ni tak layak jd penulis, komen tu biarlah kata2 perangsang, bukannya terus cakap je. The author can still polish the story.
Deleteok first saya nak say sorry la dulu k sebb saya mmng x oaham langsung cite ni macam x logik pun ada. macam xde connector antara tajuk dengan jalan cerita.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteCerpen ni just fine. Cerpen tak perlu logik, it's fantasy. Keep on moving author
ReplyDelete