Total Pageviews

FIRST BABY

Saturday 28 September 2013

Review Novel: Alamak! Lagi-lagi Dia -Mazni Aznita-


Assalamualaikum! Hari ni saya nak review novel. Jemput baca, semua. 

Sinopsis:

The Loser gelaran yang tidak pernah dimahunya. Namun kerana sekeping surat dia menjadi mangsa buli di sekolah. Trauma dengan seorang insan bernama Idham Hariz di zaman persekolahannya, membuatkan Syafika tidak pernah punya teman lelaki, walau asyik blind date dengan lelaki-lelaki berbeza. Nadim Ammar, si Pianist yang selamba, keras kepala tetapi punya prinsip tersendiri tentang cinta. Bertunang dengan Emilia, anak Tan Sri Jabbar bukan atas kerelaan hati.

Kes silap masuk khemah di tempat memancing mempertemukan si Loser dan si Pianist ini. Syafika dengan perangai A, Nadim dengan perangai B. Syafika gadis kerek bagi Nadim. Nadim lelaki poyo menurut tafsiran Syafika. Tapi antara pro dan kontra, anehnya mereka sering bertemu. Dan seperti kisah-kisah cinta yang lain, bertemu itu maknanya berjodoh. Berjodoh itu maksudnya cinta.

Syafika masih tidak yakin. Bila soal cinta berada di pasak hati, dia seperti gadis bingung. Tapi si Pianist itu sudah mencuri hatinya. Namun bila cinta mula bersemi, Idham muncul kembali, mahu mencuri hati Syafika yang dahulu dibuli dan dikeji. Siapa yang akan Syafika pilih? Lelaki di masa lalu atau masa kininya? Lalu siapa yang harus dicuri cintanya? Cinta si Pianist yang cool atau cinta si kaki buli yang tampan?

Nadim, berhenti layan saya macam saya ni anak kecil boleh tak? Saya ni lebih tua daripada awak - Syafika

Datang bulan ke? Asyik nak marah aje. Awak sedar tak kita kerap sangat bertemu. Dalam seluas-luas alam ni, saya asyik nampak awak. Awak pun kerap bertembung dengan saya. Macam perfect match from heaven, kan? - Nadim

Pandangan sesedap rasa:

Nadim Ammar, The Pianist yang cool gila. Tak habis belajar atas suatu sebab. Kalau nak tahu, memang kena baca buku ni. Lelaki yang mempunyai sikap sabar, free spirit, berani luahkan perasaan, pandai main piano. Waaa, amazed dengan dia yang tetap bersabar dengan ayah dia dan berani meluahkan perasaan kepada perempuan yang dia suka. Tapi sabar-sabar pun ada hadnya juga. Habis pejabat ayahnya dikerjakan. Kiranya, hasil kerja dia tu cantiklah.

Syafika atau Cika, The Loser, apa nak describe ya? Cika ada syarikat sendiri. Tak nak mengaku tentang perasaannya. Tapi akhirnya mengaku juga. Anak yang patuh. Tetapi kepatuhannya ada had. Alergi dengan betik. Pelik tapi benar.

Idham Hariz, tak habis-habis dengan cintanya. Takkan tak sedar yang itu cuma rasa bersalah?

Oh, suka dengan watak Nenek Puteh. Haa, a mysterious woman.  Banyak lagi watak lain. Tapi rasanya lebih baik teroka sendiri.

Siapa tu Zakri? Naomi pula siapa? Siapa pula Doktor Marina? Apa tujuan Tan Sri Jabbar sebenarnya? Kenapa Tuan Aaziz suka menentukan hidup Nadim? Jeng, jeng, jeng. Nak tahu, kena baca.

Sebenarnya, bila mula-mula baca rasa macam tak best, tapi bila dah melangkau ke bab-bab yang seterusnya, terus melekat. Kiranya, macam tengok drama lah. Scene mereka semua terlayar dalam ruangan mata. Tak ada satu pun yang terlepas. Sebab tak pernah pergi Jepun, atau negara lain, maka bayangan scene tu sesuka hati.

Okey, I did it. Baca novel tu dalam masa 12 jam. Rasanya, pergaduhan Nadim dan Cika yang paling seronok. Nak-nak lagi kalau Nadim ugut, "You love me, don't you Cika?" Okey, itu aje kot nak kongsi. Berapa markah yang saya bagi? 4 daripada 5 bintang. Apa-apa pun, pembaca kena pandai ambil perkara yang positif dan kena pandai buang perkara yang negatif. Tapis-tapislah ya? Yang baik jadikan ikutan, yang buruk jadikan sempadan.

Kalau rasa nak baca... Eh, silap! Mesti baca buku ni. Jadi, carilah buku ALAMAK! LAGI-LAGI DIA, karya MAZNI AZNITA, penerbitan BUKU PRIMA di kedai-kedai buku berhampiran. Sekian, terima kasih. Jazakumullahukhairan, barakallahufiikum, :).    

No comments:

Post a Comment