“NO,
Uncle John! You lied to me. You said ibu will wake up today.”
Itu
suara Aryan. Ya, Aryan. Aryan yang sedang menangis. Dan entah kenapa, aku
terasa seperti baru terjaga daripada tidur yang sangat panjang. Terasa seperti
akulah punca kekecewaan dan kesedihan Aryan. Tapi aku tak mampu. Tak mampu
langsung untuk bergerak dan menarik Aryan ke dalam pelukanku. Mengucup dan
menenangkannya seperti selalu.
“I’m
sorry Aryan. I’m not sure too. Just like you. But I promise you, she will wake
up. As for now, we should go back first. Ibu will be mad if she know that you
broke your sleeping time.”
Itu
suara John. Dan aku sangat berharap agar John mampu menenangkan Aryan. John,
tolonglah. Tenangkanlah kekasih saya.
“No,
Uncle John. I don’t want. I want to stay here with ibu. I want to sleep beside
her.”
Tangisan
mengesaknya begitu menekan jiwaku. Sakitnya hati aku mendengar kesedihannya. Ya
Allah, tenangkanlah jiwa kekasihku itu. Sungguh, aku amat menyayanginya.
“Aryan...”
Suara
itu.
“Daddy...”
Daddy?
Siapa yang Aryan panggil daddy?
“Come.”
“Ibu
is still sleeping. I miss her. Really, really miss her. She will not leave me,
right? She will stay with me, right?”
“Yes,
she will stay because to stay is the only choice she have. She’s so strong. The
strongest woman I’ve ever known after my very own mom. She’ll be stronger if
you’re strong too.” Lembutnya suara itu memujuk. Suara mereka... Suara
mereka mungkin sama. Tetapi suara lelaki ini jauh lebih lembut dan menenangkan.
“If
she leaves me, who will take care of me, daddy? She’s the only one I have. She’s
the only one who love me.”
“I
will. I’m your daddy, remember? No matter what happens, I will take care of you
like how she did.”
“But,
you’re not even ibu’s husband. You’re not really my daddy. I don’t even know
who my daddy is.” Perlahan sekali bicara itu ditutur Aryan. Ya Allah,
sedihnya aku dengar.
“What
if I said that I am ibu’s husband?”
“I
would be the happiest person alive then.”
“So,
I am. I am ibu’s husband. And no matter what the condition is, I will always
take a good care of you. I love you as much as ibu loves you.And I promise you,
that things will never change. Ibu will wake up. And she will hug you like she
always did.”
“I
love you, daddy.” Itu suara kecil Aryan. Sama nadanya ketika dia menyatakan
bahawa dia menyayangiku.
“I
love you, ibu. Good night.” Ucapan itu untukku. Tetapi aku tidak mampu
membalas, tidak mampu meraihnya bahkan tidak mampu memeluknya. Sedihnya aku
kerana membiarkan Aryan bersedih.
“Thanks
for taking care of Aryan for these few days, Syamil.”
“No
biggie, Ihsan. He’s my son too.” Suara John. Jadi, benarlah, suara yang
bernada lembut tadi milik Ihsan. Suara yang begitu persis dengan suara Zachary.
Namun suara Ihsan jauh lebih lembut nada bicaranya.
“Is
it true about what you told Aryan just now?” John tanya soalan kepada
Ihsan. Aku tak pasti soalan itu merujuk kepada pernyataan yang mana.
“Which
one?”
“About
you being Nuha’s husband.”
“Atuk
decides everything, Syamil. She’s her wali mujbir.”
“Great
for you then. Take a good care of her and Aryan too. They are my everything.
Part of me.”
“I
will.”
Dan
segala-galanya sunyi dan sepi selepas itu. Wali mujbir... Aku dah terlambatlah
maknanya. Ya Allah, memang beginikah aturan yang Kau tetapkan untukku? Jika
benar, aku perlu redha. Ya, perlu redha.
AKU
perlu bangkit. Rasanya sudah terlalu lama aku begini. Aku perlu kembali
menenangkan Aryanku. Aku terlalu merindui kekasihku itu. Ya Allah, bantulah
aku.
Alunan
ayat-ayat al-Quran tiba-tiba menyentuh gegendang telingaku. Suara John.
MasyaAllah. Dia dah pandai mengaji. Menenangkan sungguh. Alunan ayat-ayat suci
al-Quran itu seakan-akan berjaya menyuntik semangat luar biasa dalam jiwaku.
Sedaya
upaya aku cuba menggerakkan tubuhku. Dan ternyata usahaku berhasil apabila
jariku berjaya kugerakkan. Rasa macam dah keras tangan ni. Entah berapa lama
entah aku tak bergerak.
“Nuha?”
Aku dengar John memberi respons. Barangkali dia nampak pergerakanku.
Perlahan-lahan
mata kubuka. Silau pada awalnya. Lama-kelamaan mataku mula biasa dengan keadaan
sekeliling.
“You’re
awake?” Itu soalan pertama John.
“Dah
kalau saya buka mata ni, apa lagi?” Itu jawapan aku. Sengaja nak tengok muka
kelam John. Tak tahu kenapa, tapi aku rindu nak tengok muka John macam tu. Bila
setiap kali aku membebel dalam bahasa melayu, mesti dia kelam lepas tu pandang
aku macam nak bunuh.
“Whatever
you are babbling about, I am really grateful to see you finally awake.”
“And
I am grateful seeing your blur expression.”
John
senyum. Aku pun sama.
“Dah
berapa lama saya tidur?” Aku buat lagi.
“Three
weeks.” Eh? John faham apa yang aku tanya?
“Saya
belajar sikit.” Itu jawapan John bila aku pandang dia dengan muka tak percaya.
Serius aku rasa nak tergelak sangat sekarang ni. Nasib baik aku mampu tahan.
“Many
things happen while you’re in your coma.” John pandang aku serius.
“Such
as?” Aku tak nak tahu macam mana aku boleh koma. Yang aku nak tahu cuma apa
yang berlaku ketika aku koma.
“Doctor
Dave and his wife came about three days ago.” Baiknya Doktor Dave. Sanggup
datang jauh-jauh cari aku.
“Where
did they stay?”
“Your
ibu’s house, of course.” Aku angguk, faham. Maknanya, ibu benar-benar
memanfaatkan saiz rumah itu dengan baik.
“And
then?”
“Dina...”
“She
likes you.” Terus aku potong bicara John. Aku nampak John macam nak tak nak
saja senyum.
“No,
it’s just... I think yaaa... We’re quite good in making a team. Especially in
taking care of Aryan.”
“See,
I’ve said that you’re both perfect for each other. It’s just you who need to
make a move. A girl like Dina won’t start that.”
“Okay,
another topic please.”
“Okay.
What’s next?”
“I
don’t think that I am the right person to tell you this...”
“What?
About I am a wife now? I am Ihsan’s wife, am I right?” John pandang aku.
Muka dia nampak terkejut. Dan aku terus tawar hati nak berborak dengan John.
Nampak sangatlah apa yang aku dengar dulu bukan mimpi. Aku terus mengiring
membelakangi John.
“Nuha,
atuk decides everything.”
“Stop
talking, John. Leave me alone.” Dan sepanjang malam itu, hanya doktor dan
jururawat yang aku benarkan untuk masuk. Bukan senang mengajar diri untuk redha
sebenarnya.
SETELAH
dua hari aku sedar, barulah doktor bagi aku keluar dari wad. Sepanjang dua
hari tu, langsung aku tak bagi sesiapapun lawat aku. Walaupun ibu aku sendiri.
Kejam, kan? Ya, aku tahu kejam.
Hari
ini pun, aku pulang dijemput Ihsan. Dan sepatah pun kami tak bercakap. Dia diam
dan aku pun diam. Maknanya kami okeylah agaknya.
Sampai
sahaja di rumah, aku terus naik ke bilik tanpa menegur manusia-manusia yang ada
di dalam rumah itu. Biarlah mereka nak fikir apa-apa pun fasal aku. Fokusku
hanya satu. Ingin berjumpa dengan Aryan.
Sebaik
sahaja pintu bilik aku buka, Aryan kulihat sedang berlari mendapatkanku. Terus
sahaja aku melutut dan memeluknya erat. Erat sekali. Ya Allah, rindunya aku
dengan Aryan.
“Welcome
home, ibu,” bisik Aryan perlahan. Aku dah mula menangis. Terasa apa yang
terbuku dekat dada buat sekian lama ni, perlahan-lahan terbebas.
“How
much do you miss me?” soalku kepada Aryan. Ubun-ubunnya kukucup. Aku tahu
bahawa Aryan telah dijaga dengan baik kerana rambutnya berbau wangi.
“Uncountable.”
“And
I miss you more than that.”
“I’m
happy that you’re finally awake.”
“And
I’m happy that I can finally hug you.” Aku terus menangis. Menangis bukan
sahaja sebab rindukan Aryan, tetapi juga sebab aku terlalu sedih. Sedih sebab
aku dah terlambat untuk halang Ihsan daripada menikahi aku
“You
don’t need to cry that much while you have many other reasons to be happy,
Nuha.” Aku tak tahu sejak bila dia ada di sini. Pandangan kuangkat seketika
memandangnya. Kemudian pelukan pada tubuh Aryan aku leraikan. Kedua-dua belah
tanganku naik menyentuh pipinya.
“Aryan,
can you leave us for a while?” pintaku. Aryan tersenyum dan mengangguk.
“I’ll
be downstairs.”
“Be
careful, Aryan.”
“Okay.”
Aryan terus berlalu meninggalkan aku dan Ihsan.
Aku
mengesat air mata yang membasahi pipiku dan kemudian aku bangun daripada
dudukku. Seketika aku memandangnya dan selepas itu aku berjalan menjauhinya.
Selagi aku boleh berada jauh daripadanya, maka itulah yang akan aku lakukan.
“I
have been trying to talk to you that day but you just ignore me.” Itu ayat
pertama aku.
“That
was what I supposed to do. I don’t think that we have a topic to talk about.”
“I
have one. You should not marry me. I tried to tell you about this on that day.
But you just ignore me.” Aku menyelak langsir bilik. Tak pandang Ihsan
langsung. Sebab hanya aku dan Allah saja yang tahu betapa hebatnya aku tengah
menangis sekarang ni.
“I
don’t even want to hear that.” Nada bicaranya kedengaran tegas kali ini.
“But
you should not marry me even if atuk decides everything. You’re too good for
me. Why did you choose to marry me? I even have a child.”
“Stop
talking about this. I have my own reason for marrying you.”
“You
know nothing about me, Ihsan. How could you do this?” Ya, sampainya hati
Ihsan berbuat begini. Aku malu. Terlalu malu untuk mengakui seribu satu
kelemahan aku terhadap Ihsan yang terlalu baik.
“I
knew everything about you. You should not quest anymore. Just shut up.”
Sakitnya hati aku apabila mendengar arahan dia tu. Dia tak kenal siapa aku dan
dia boleh kata dia tahu semuanya tentang aku? Lepas tu suruh aku diam? Aku
takkan diam selagi aku tak faham.
Aku
berpaling memandangnya dan kemudian menunduk seketika mengesat air mataku.
“Saya
tak sesuci yang awak fikir, Ihsan.” Aku pandang Ihsan yang juga sedang
memandangku. Dia jauh di sana dan aku di sini. Itu had yang aku tetapkan.
“Itu
bukan alasan.” Tenang saja dia menjawab sedangkan dia tak tahu apa-apa.
“Awak
tak faham, Ihsan! Awak tak faham kenapa saya bersungguh-sungguh menolak
peminangan awak dulu dan awak takkan faham kenapa saya beria-ia tidak mahu
mewujudkan apa-apa hubungan dengan mana-mana lelaki.”
“Benda
ni tak penting pun untuk dibincangkan. The thing is now I am your husband
and you are my wife.”
“Awak
tahu kan kenapa atuk boleh tetapkan segala-galanya tanpa persetujuan saya? Awak
tahu kan?” Aku menyoal dia. Aku harap Ihsan faham apa tujuan aku bertanya
soalan ini.
“Just
slim it, Nuha! I don’t want to talk about this anymore.” Ihsan bertegas.
Tajam pandangannya merenung aku.
“So,
I assume that you’ve known everything. Atuk can decide everything because I had
never married before this.” Dan aku terus berjalan laju ingin meninggalkan
bilik ini. Lebatnya air mata yang jatuh, tak payah cakaplah. Siapa saja yang
gembira apabila terpaksa membuka aib sendiri?
Tak semena-mena, lengan kiriku
ditarik. Langkah terpaksa aku hentikan.
“Look
at me.”
Aku
berpaling juga. Akur. Air mata aku seka sebersih-bersihnya. Lengan yang masih
berada dalam genggamannya kupandang.
“Look
at me.” Sekali lagi, dia mengulangi bicaranya. Pandangan aku alihkan kepada
wajahnya. Tapi dia tak katakan apa-apa. Aku tak tahu apa yang dia nak buat.
Tapi tangan kirinya bergerak menyentuh rambutnya dan dia menarik rambutnya ke
tepi dan menyisirkan rambut itu rapi. Nyata, berbeza betul rupanya apabila gaya
rambutnya diubah.
Kemudian
tangannya itu beralih memegang kaca matanya sebelum kaca mata itu dia tarik dan
pegang. Aku tersentak. Bertambah terkejut apabila sepasang matanya menikam
tepat anak mataku. Barangkali refleks spontan, terus sahaja aku menyentap
lenganku daripada genggamannya.
“Z...
Zach.”
Dan
aku tak tahu aku waras atau tak apabila tiba-tiba Ihsan tu aku samakan dengan
Zach. Astaghfirullahalazim... Aku berundur beberapa tapak ke belakang. Tapi
memanglah tu Zach, kan? Lalu terus aku berpaling dan berjalan tanpa menoleh
lagi. Ihsan itu... Zach?
No comments:
Post a Comment