Now, seperti yang telah dijanjikan, saya update sambungan cerpen Hidayah Dia, :). Selamat membaca, ^_^.
ARYAN
sangat patuh. Aku kira, aku sangat perlu bersyukur. Kata orang, anak-anak
yang terhasil daripada cara yang tidak betul, selalunya berakhlak buruk. Tetapi
setakat ini, Aryan sangat mendengar kata.
Saat
mataku sedang ralit memandangnya, Aryan tiba-tiba berkalih memandangku dan
kemudian dia tersenyum. Dia kelihatan serba salah seperti ingin meminta sesuatu
yang tak dapat aku penuhi.
“What
is it, Aryan?” Rambutnya aku sisip ke belakang.
“Can
I sleep in your arm?” pintanya. Aku tersenyum dan mengangguk. Tubuhnya dari
kerusi sebelah aku dukung dan aku letakkan di atas ribaku. Dia menyandarkan
kepalanya pada dadaku dengan tanganku memeluk erat tubuhnya. Matanya terpejam.
Aku terlalu lemah dengan matanya. Kerana matanya itu begitu sama dengan mata
lelaki itu.
“I
hope to see my dad soon. I love you,” bisiknya perlahan. Aku terkesima.
Aryan. Dia terlalu berharap untuk berjumpa dengan ayah tidak wujudnya. Akulah
yang salah sebenarnya. Akulah yang mewujudkan angan-angan kosongnya itu.
“I
really hope you can...” bisikku pula. Ubun-ubun Aryan kukucup pula.
Kalaulah Aryan tahu...
Beberapa
ketika menemani Aryan tidur, aku mula terasa mengantuk. Lagipun, bukankah
memang fitrah bahawa malam merupakan masa untuk manusia tidur? Lambat lagi nak
sampai UK pun. Mata terus kupejamkan untuk tidur.
Aku
tersedar apabila telinga menangkap bisik-bisik suara berbicara. Bukan suara
Aryan ke yang sedang ketawa itu? Aku buka mata perlahan-lahan. Nampak Aryan
tengah pandang ke kerusi di sebelah kiri aku. Bukan ke seat sebelah tak
ada orang? Dan kenapa kepala aku macam senget ni?
Terus
sahaja aku menegakkan kepala apabila terdengar bunyi orang ketawa di sebelah. Aku
tertumpang bahu dia ke macam mana ni? Serius tadi langsung tak ada orang dekat seat
sebelah aku ni.
Aku
berpaling sekilas ke sebelah sebelum aku tunduk dan mengelap wajahku. Entah
siapa-siapa entah yang duduk sebelah aku ni.
“Your
ibu is finally wake up, Aryan.” Dia kenal Aryan? Siapa ni?
“Ibu,
you slept on Uncle Ihsan’s shoulder just now.”
Ihsan?
Lailahaillallah.
“Sorry.”
Aku
terus bangun daripada dudukku dan meletakkan Aryan pada tempatku dan aku
beralih ke tempat Aryan. Sungguh, aku tak selesa untuk dekat dengan Ihsan
selepas dia jeling aku macam aku ni buat salah dekat dia dulu.
Duduk
sahaja di situ, aku terus menutup kepala dengan kot pada tubuh. Tubuh kuiiring
membelakangi Aryan dan Ihsan. Yang penting aku nak sambung tidur.
BANGUN
sahaja daripada tidur, aku tengok Aryan sedang tidur di atas riba aku dan
sedang bersandar pada tubuhku. Aku ada tersedar masa Aryan datang kepada aku.
Tapi tak berapa ingat sangat. Yalah, otak tak berapa nak fokus masa tu.
Aku
berpaling ke kiri, tengok Ihsan dah tak ada. Alhamdulillah.
Sebaik
sahaja kapal terbang jejak tanah dan ketua pramugara ucap terima kasih, aku
terus bangun dengan Aryan yang masih lena dalam dukungan. Nak keluar
cepat-cepat dari dalam kapal terbang ni.
“Seems
like you’re very excited to back to your husband?” Teguran itu aku tidak
endahkan sebab aku tahu teguran itu daripada Ihsan. Aku terus berjalan dan
mendapatkan bagasiku. Ihsan terus menerus mengikutiku sehinggalah aku berhenti
apabila aku ternampak John, cucu jiran sebelah aku yang baya-baya aku tu. Dia
ni pun rajin melayan Aryan.
“Baby!”
John terus datang mendapatkan aku. Aku tersenyum memandangnya. Itulah John.
Suka sangat panggil aku baby lah, honey lah, sweetie lah. Alah, biasalah tu.
Ayat orang sini memang manis-manis.
“Oh
no, my boy is sleeping soundly. Come, let me take your luggage.” John ambil
bagasi aku selamba dia saja. Mana dia kisah terpegang tangan aku walaupun dah
beribu kali aku jeling maut dan ingatkan dia fasal tuntutan agama aku. Kalau
aku beri penjelasan saintifik bahawa lelaki dan perempuan yang bukan mahram ni
kalau kerap sangat bersentuhan, mudah terkena penyakit pelik-pelik dan
mempercepatkan mati nanti, dia sensitif pula.
“So,
you brought a friend with you, darling?” John pandang Ihsan.
“No,
not a friend. Just a fellow Malaysian. My brother’s friend actually.” Suka
hati aku saja. Padahal Ihsan ni kawan Naufal.
John
hulur tangan kepada Ihsan dan disambut lelaki itu.
“Arifihsan.
Just call me Ihsan.”
“Johnathan.
John.”
Genggaman
tangan mereka terlerai.
“So,
Aryan is your child?”
“Yup!
And his mum is my sweetheart. The one and only in my heart, right honey?”
Aku
senyum saja. Pandai-pandailah John tu. Tapi elok juga. Yalah, sebab sejauh
makluman Ihsan, aku mempunyai suami di UK. Bolehlah John berlakon jadi suami
aku.
“I
think we better make a move now, John.”
“Yeah,
but you better bid your friend farewell first. I’ll wait you over there.”
John
terus berlalu meninggalkan aku dengan Ihsan.
“So,
he’s your husband?”
“As
you can see.”
“Please
tell me that he’s a Muslim.” Aku pandang Ihsan. Kenapa dia nampak risau
sangat ni?
“Aryan
won’t be a good Muslim if his father didn’t taught him well.” Bab ni, aku
tidak berbohong. John memang sangat bagus dalam hal mendidik Aryan dengan
Islam. Kalau dari jauh dia nampak Aryan nak pegang anjing, dia sanggup berlari
hanya untuk menghalang Aryan. Kadang-kadang Aryan tanya, apa sebab dia tidak
boleh pegang anjing sedangkan kawan-kawannya dan John sendiri boleh. Maka,
macam-macamlah yang John kelentong Aryan. Cakap yang Aryan ni alergik bululah,
dan macam-macam lagi.
“Can
I hold Aryan?” Aku pandang Ihsan. Peliknya permintaan dia.
“Just
for a moment, promise.” Dia tersenyum kecil.
“Okay.”
Aryan beralih dukungan. Tak tahu kenapa, tapi Ihsan nampak gembira melihat
wajah Aryan. Terserlah aura kebapaannya dalam keadaan ini.
“Awak
nampak sangat kebapaan, Ihsan.”
“Kebapaan?”
Ihsan nampak macam baru pertama kali dengar perkataan tu. Aku tersenyum.
“You
know, that father-like look.” Ihsan angguk akhirnya. Nampak macam dia baru
faham. Dia pandang lagi wajah Aryan.
“He
have your nose and your lips. And that type of...” Ihsan berhenti bercakap.
Dia mengalihkan pandangannya ke lantai seketika. Tak tahu aku salah dengar atau
apa, tapi aku terdengar lafaz istighfar yang perlahan.
“Of
what?” Aku pandang Ihsan. Aku nak sangat tahu apa yang orang lain nampak
pada wajah aku dan Aryan. Apa yang Aryan warisi daripada aku. Takkanlah
semuanya lelaki tak guna tu nak monopoli.
Ihsan
menggelengkan kepalanya dan seterusnya dia memandang Aryan kembali.
“You’re
lucky to have him. You seems happy having him and Johnathan in your life.”
Aryan dia serahkan kepada aku.
“What
about you? Are you married?” Tiba-tiba aku ingin tahu. Yalah, manalah tahu
dia nampak macam sayang sangat dekat Aryan sebab dia tak ada anak ke?
“I’m
not married yet. I’m actually preparing myself for someone. But I’m a bit late.
She’s already happy with someone else now.”
“Ohhh,
I’m so sorry. But Ihsan, you must move on. A kind hearted guy like you? You
deserve to be happy.”
“No,
not now. She’s my everything. She’s the one who help me to be who I am today. I
can’t let her go that easy. She’s really my everything. Part of my soul.”
“Wow,
she must be really lucky to have you loving her.”
“No,
I’m the one who is lucky to have the chance to love her. As for her, I’m not
sure whether she is as lucky as I am.”
“I’m
sure you’ll find your happiness soon, Ihsan.” Aku senyum walaupun dia tak
pandang muka aku.
“Oh,
Ihsan, if you miss Aryan, do find us at our house. Just let me know first.”
Aku menyerahkan sekeping kad perniagaan kepadanya. Kad yang selalu aku serahkan
kepada pesakitku.
“Is
this valid if I miss you?”
“I
beg your pardon?” Aku tak berapa nak jelas dengan apa yang dia cakap tadi.
Takut tersalah dengar pula.
“Nothing.
Just take a good care of yourself and Aryan.”
“I
will. You too.”
“InsyaAllah.”
“So,
see you when I see you.”
“Yeah,
assalamualaikum.”
Dan
kami terus berpecah menuju ke haluan masing-masing seusai aku menjawab salam.
DAH
satu tahun aku tak pulang ke Malaysia. Maklumlah, sibuk dengan urusan
kerja. Setiap kali ibu menelefon dan menyuruh aku pulang, pasti sahaja aku
terpaksa menolak kerana kesibukan itu. Aryan pun dah besar. Besar
budak-budaklah. Cakap Melayu pun dah pandai. Sekarang ni dia merajuk kalau aku
bercakap bahasa Inggeris dengan dia walaupun di UK. Bersungguh-sungguh betul
dia nak belajar bahasa Melayu.
Hari
ni aku akhirnya dapat pulang ke Malaysia. Ini pun sebab Husna nak nikah hari
ni. Kalau tak, entahlah bila lagi aku dapat peluang untuk pulang.
Langsir
bilik kuselak untuk mengintai tingkah Aryan. Tiba-tiba teringat Ihsan.Yalah,
pertama kali aku ternampak Ihsan kan dari tingkap bilik ini. Aku dah terputus
hubungan dengan dia. Kali terakhir kami bertemu, ketika di lapangan terbang
dululah.
Aryan
pun selalu bertanya tentang Ihsan. Tapi aku buntu. Tak tahu nak jawab apa. Dan
kadang-kadang, setiap kali sebelum tidur, dia selalu berharap untuk bertemu
lagi dengan Ihsan. Dia sudah tidak meminta akan ayahnya, tetapi dia meminta
Ihsan. Entahlah, aku tak tahu bagaimana aku harus mencari Ihsan. Takkanlah hendak
bertanya dengan Naufal? Bukankah Naufal fikir bahawa John ialah suamiku? Aku
tak mahulah kalau dia fikir yang bukan-bukan.
Tak
semena-mena, pintu bilikku diketuk bertalu-talu dari luar. Pantas aku berganjak
dari tingkap dan bergerak ke arah pintu. Terus sahaja pintu itu kubuka.
“You
lied to me! Syamil is not even your husband!” Tak fasal-fasal aku kena
tengking macam tu. Merah betul wajah Naufal yang berkulit putih tu. Aku sempat
pandang dia yang lengkap berbaju Melayu satin berwarna putih.
Syamil.
Syamil itu John yang sudah Islam. Dia memeluk Islam lebih setahun yang lalu,
ketika aku pulang ke Malaysia pada tahun lepas. Dan aku hanya tahu kenyataan
bahawa dia sudah Islam sebulan selepas aku pulang semula ke UK. Lama juga John
merahsiakan keislamannya denganku.
Maknanya
di sini, Naufal dah tahu bahawa John bukan suami aku. Dari mana dia tahu, aku
tidak tahu. Entah-entah John sendiri yang buka cerita. Yalah, John pun ada di
sini sekarang ni. Di Malaysia.
Aku
mencelah di ruang kosong di sisi Naufal bertujuan ingin melarikan diri
daripadanya, malas nak melayan marah dia. Aku terus berjalan ingin menuju ke
bawah. Langkah Naufal yang mengikutiku langsung tak aku hiraukan.
“Nuha!
Tell me why did you lie to me?” Naufal kejar langkah aku dengan bicara yang
menengking itu. Nasib baiklah bilik aku di tingkat tiga. Takut juga aku kalau
tetamu-tetamu di bawah dengar. Macam suami isteri gaduh ni.
“Awak
ni kenapa nak tengking saya macam ni? Awak sedar tak yang awak ada acara akad
nikah lagi lima minit?” Aku pula yang meninggikan suara.
“Saya
tahulah! Tapi masalahnya sekarang ni ialah awak. Awak tipu saya! Saya tak jelas
kenapa awak tolak pinangan saya dulu kalau Syamil tu bukan suami awak. Dan saya
tak jelas, kalau Syamil bukan suami awak, siapa ayah Aryan, Nuha?!”
“Awak
tak perlu sibuk nak tahu, Naufal! Awak bukan sesiapa pun!”
“Lima
minit saja lagi saya akan jadi sebahagian daripada keluarga ni. Awak dah bohong
saya selama empat tahun, Nuha! Dan saya macam orang bodoh percayakan awak.”
Aku
menghentikan langkahku yang sedang menuruni tangga.
“Okey!
Awak nak tahu sangat, kan?!” Aku berpaling memandangnya yang sedang menanti
bicaraku. Aku nampak wajahnya begitu berang. Ya, aku tahu dia sangat marah.
“Yes,
Johnathan or Syamil is not even my husband. He is not even Aryan’s father. Dan
awak nak tahu kenapa saya tolak pinangan awak walaupun saya masih belum
berkahwin? Jawapannya, kerana saya ada sebab yang lebih kukuh berbanding saya
dah berkahwin.”
Aku
pandang mata Naufal dalam-dalam. Nak bagi dia berpuas hati betul-betul dengan
jawapan yang bakal aku beri. Kalau ikutkan hati aku, aku dah nak menangis dah
ni. Sebab masa lalu itu terlalu menyakitkan. Tapi aku waraskan kembali akalku.
Aku tidak akan membazirkan air mata aku hanya kerana kesalahan orang lain.
“Saya
tolak pinangan awak dulu sebab saya sedang mengandungkan Aryan. Dan orang yang
tak bertanggungjawab mengandungkan saya itu namanya Zachary! Dah, puas hati?!
Saya harap awak puas hati lepas dengar saya buka aib saya sendiri.” Wajah
Naufal berubah. Tampak terkejut. Dan aku terus sahaja berjalan semula ke
bilikku dan pintu kuhempas kuat. Jadilah apa nak jadi pun. Terus hilang mood
aku nak tengok adik aku nikah. Aku akan buat mogok tiga hari sebab soalan Naufal!
“TAK
NAK!”
“Kenapa buat perangai ni?”
“Apa?!
Abang tu! Apa semua benda dalam dunia ni kalau kita nak buat memang kena paksa,
eh? Maruah diri pun hilang sebab kena paksa. Hal kahwin pun nak paksa. Makan
pun kena paksa! Ingat apa? Nuha ni patung ke apa?!”
“Nuha!”
“Apa
Nuha, Nuha! Abang bukannya sayang Nuha pun kan? Sebab tu abang buat Nuha macam
ni kan? Abang ingat Nuha tak ada perasaan ke? Abang ingat Nuha boleh terima
saja ke sesiapa pun nak jadi ayah Aryan? Aryan tak pernah ada ayahlah, abang. Bahkan
tak perlu pun!”
Aku
terus bangkit daripada dudukku. Tudung kucapai dan kusarungkan pada kepala.
Kunci kereta di atas meja turut kuambil.
“Nak
pergi mana tu?!”
Abang
marah. Yalah, wajarlah abang marah. Aku demam sampai 39.5 darjah celcius ni,
masih degil lagi nak keluar. Memang, aku tak sedar diri. Tapi aku tak nak
kahwin! Abang dengan atuk tu sesuka hati mereka saja menerima pinangan daripada
Ihsan. Dahlah baru dua hari lepas Husna dengan Naufal bernikah. Ingat aku ni
apa? Ihsan tu pun satu, entah dari mana dia tahu yang aku tak ada suami.
Baru
sahaja nak masuk ke dalam kereta, kereta Audi entah model yang mana berwarna
putih muncul di hadapan rumah. Yang aku pasti, kereta itu milik Ihsan. Terus
sahaja kututup pintu keretaku itu. Aku pandang Ihsan yang sedang berjalan
menuju ke rumah ini dengan belakang tubuh kusandarkan pada kereta. Sakit juga
kepala ni. Ihsan tu... Cara dia berjalan tu, macam aku ni tak wujud langsung
dekat sini. Macam aku ni halimunan. Sikit pun dia tak jeling aku. Menonong saja
dia berjalan ke belakang rumah.
Nak
tak nak, aku terpaksa menyusul langkah dia setelah lebih lima minit aku
bersandar pada kereta tu macam orang bodoh. Dengan panas haba matahari tengah
hari yang menyengat tu, bukan setakat kepala yang sakit, jiwa pun sakit juga. Tak
gentleman-nya dia ni.
Dari
tempat yang teduh ini, aku pandang dia yang sedang berbual-bual di bawah gazebo
dengan ibu jauh nun di sana.
“Ihsan!”
Walaupun suara aku ni nak tak nak saja keluar, tapi aku nampak ibu berpaling ke
arah ini dan kemudian ibu berbicara sesuatu dengan Ihsan. Aku nampak Ihsan
geleng kepala. Ya Allah. Tak ke lagi sakit aku kalau macam ni perangai dia? Nak
kerling sekilas muka aku ni pun susah sangat ke?
“Ihsan!”
Sekali lagi aku keluarkan suara aku yang putus-putus tu. Dan sekali lagi aku
nampak ibu seakan-akan memberitahu Ihsan mengenaiku dan sekali lagi Ihsan
menggeleng. Macam ulang tayang kepada apa yang dah jadi tadi.
Kalau
macam inilah, sejuta kali aku panggil pun, belum tentu Ihsan tu nak datang kepada
aku. Degilnya dia! Kalau dia boleh buat degil begini, maka aku pun boleh.
Aku
tahu jalan nak ke gazebo tu panas terik dipancar dan diterangi matahari. Tapi
aku tak kisah. Pening pun peninglah. Pengsan pun pengsanlah. Mati pun matilah.
Asalkan bukan penghujung hidup aku, aku perlu berkahwin dengan Ihsan.
Aku
pandang target aku yang sedang beramah mesra dengan pokok-pokok bunga ibu dan
ibu sendiri. Aku tak tahu pandangan aku yang kabur atau silau matahari yang
menjejaskan pandangan aku. Ihsan...
Dia
terlalu baik...
Untuk
aku...
more.....
ReplyDelete