Total Pageviews

Thursday, 1 June 2017

Saya Mahasiswi Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) 2017

Assalamualaikum, :).

Ambil kesempatan weekend di Terengganu untuk update blog sebelum kuliah mula Ahad ni.

So, saya malas nak berahsia bagai jadi saya kongsilah serba sedikit maklumat. Ahad yang lepas (28 Mei 2017) secara rasminya saya dah jadi mahasiswi di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) atau namanya sebelum ini ialah Universiti Darul Iman/ Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin (KUSZA). Course apa? Nanti lama2 korang tahulah 😂. Hint: Saya di Kampus Gong Badak. Siapa sama? Kalau nampak saya nanti tegur2lah.

Sebelum saya mula bercerita tentang MMS, marilah kita berkenalan sikit dengan UniSZA ni. Saya tahu yang tengah membaca ni pun macam, benda Allah apalah UniSZA ni? Dekat ceruk mana? Kenapa dowh aku tak pernah dengar nama dia? Asal weh nama dia pelik sgt? Dari planet marikh ke apa? Hahaha.

Jangan risau, anda tak keseorangan. Ramai je lagi orang yang macam blur2 tentang UniSZA ni. Hatta orang Terengganu sendiri pun ada yang tak kenal UniSZA.

So, UniSZA is mainly located di Terengganu. Ada 3 kampus di Terengganu, Kampus Gong Badak (boleh dikatakan sebagai kampus utama), Kampus Kota (Kampus perubatan khas untuk Medical Student) dan Kampus Besut (located in Tembila. more into IT, food tech, bio science courses). Di Selangor ada satu Pusat Antarabangsa UniSZA. Pusat Antarabangsa ni tak de kampus utk study tau, it's just a center for international student. Maybe international student punya urusan byk dekat situla. Nk interview ke apa ke.

Okey, sekarang korang dah tahu UniSZA tu dekat mana dan apa nama UniSZA yang lama. Jadi sekarang ni korang mesti nak tanya, Sis Nasha, UniSZA ni swasta ke? Bawah kerajaan pusat ke kerajaan negeri?

Sayang, UniSZA merupakan sebuah universiti awam dan dalam pengurusan kerajaan pusat. Kalau UniSZA ni bawah kerajaan negeri, kalau UniSZA ni universiti swasta, tak masuklah nama UniSZA dalam UPU tu, sayang. So please eh, kalau dengar ada orang cakap yang UniSZA ni U swasta ke U bawah kerajaan negeri ke, tolonglah tegur2 dan betulkan mind set mereka. Mungkin dulu masa namanya KUSZA, ya bawah kerajaan negeri. Sekarang namanya dah berubah... Lumrah lah, perubahan seiring peredaran zaman.

Now, saya nak tahu pulak, UniSZA ni buruk tak? Yalah, kan dah lama sejak zaman KUSZA dulu.

Amboi, soalan 😂. Materialistik sangat. Okeylah, kalau bagi saya, tak buruk lah. Okey je. Lawo je. Cantik je. Luas je. Tak percaya? Mehlaaa kita payung gambar Pusat Islam UniSZA.


Amacam? Lawa kan? Kalau satu bangunan je dah lawa macam ni apatah lagi bangunan lain? Apa lagi yang korang nak?

Okeylah, UniSZA lawa, tapi tadi Sis Nasha ada sebut pasal international student kan? So, UniSZA ada international student? Like seriously? Ingatkan UIA je ada.

Tulah, lain kali kenal elok2 cerita UniSZA 😂. Dekat sini ada lebih kurang 500 student luar negara. Nak gelap, cerah, tua, muda, semua ada. Tinggal nak tackle je. Hahaha. Gurau2. Gi universiti jaga amanah mak ayah eh, jangan gatal nak bercinta. Nak kenal2 je tak apa, tapi jaga hati dan jaga diri tu. Dah habis belajar, dah kerja nanti, nak kahwin pun tak ada siapa nak halang.

Stop, Sis Nasha. Janganlah membebel. Kata nak kenal2 UniSZA.

Ehem, okey2. Next, environment UniSZA. Nak jujur lah, ingatkan selama ni UIA, USIM ja islamik sikit. Tapi sebenaqnya UniSZA pun boleh tahan. Kawan2, adik2, yang ada cita2 nak tarbiyah diri jadi Muslim yg lebih baik, UniSZA lah tempat yang patut korang tuju bila nak masuk universiti nanti. Saya bagi satu contoh, penggunaan gimnasium UniSZA ada jadual bergilir untuk siswa dan siswi bagi menjaga pergaulan. Contohnya: Ahad, Selasa utk lelaki. Isnin, Khamis utk perempuan. Ada lgi contoh2 lain. Tapi tu nanti saya cerita dalam post Minggu Mesra Siswa.

Kalau Sis Nasha boleh buat perbandingan UniSZA dengan U lain, Sis Nasha rasa, UniSZA ni dah kalahkan U apa?

Pergh, soalan sensitif 😂. Berpeluh nak jawab. Okeylah macam ni, jawapan saya senang je. Korang datang sendiri, selami sendiri, alami sendiri. Nescaya korang akan faham dan akan jatuh cinta. Tak percaya part jatuh cinta tu? Suka hatilah. Sis Nasha dah nasihat dah. Nanti kalau terjatuh cinta jangan marah ya.

Setakat ni dululah apa yang saya boleh cerita tentang UniSZA secara umum. Nanti saya akan buat post tentang Minggu Mesra Siswa UniSZA dan tentang course yang saya ambil... Tang course tu saya tengok dulu masa senggang saya macam mana ya. Yang MMS tu pasti ada, yg course tu tak pasti lagi.

Saya pasti ramai yang tertanya2, ehhh, masa MMS ni kan Fasilitator buli2 dak? Mesti kena dera jilat lantai. Aisyyy. Hebat betul imaginasi korang. 😂

Nanti saya cerita ya.

Till then.

Assalamualaikum.

#UniSZAPastiTahu
#SedekadUniSZA

4 comments:

  1. Congrate sis! Ngaji pandai pandai. Jangan lesap masa tutorial or class. Ceritanovel boleh je. Ini reality beb. Jangan buat hal. Syian mak ayah.'Selamat masuk dunia siswi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you, Yamad. InsyaAllah, tak niat pun nak buat gitu. Haha. Budak baik lagi setakat ni.

      Delete
  2. Wah.. Tahniah ya! Setiap universiti pastilah ada kehebatannya yang tersendiri kan! Kalau kita dah dapat adapt, mesti rasa seronok tak kira di mana pon tempat belajar kita. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, Niena Reen. Ya, setiap universiti ada kelebihan dan kekurangan masing-masing, :). Yang penting bersyukur.

      Delete