USAI menunaikan solat Isyak, Yura duduk
bersila di atas katilnya. Dia menekup wajahnya dengan bantal lantas dia
menjerit bagi melepaskan geram. Setelah puas Yura menjerit, bantal yang berada
dalam pegangannya dicampak ke dinding. Yura melihat waktu yang tertera pada jam
locengnya. Jam tersebut menunjukkan pukul 9 malam. Yura mengeluh kecil. Sungguh,
jika hari-hari dia harus hidup seperti ini, pasti dia akan menjadi gila.
Peristiwa tadi kembali menerjah fikirannya.
“Kalau
dah menumpang tu buat gaya menumpang, tak payah nak selesa sangatlah!” Suara
Rezqan memecahkan kesunyian yang menemani Yura. Apa lagi kesalahan yang sudah dia
lakukan agaknya? Takkanlah dia termenung pun salah? Bukannya dia mempunyai
tugasan lain pun.
“Apa masalah
awak ni? Apa maksud awak dengan menumpang? Saya ni isteri awak tahu?” kata Yura,
tidak berpuas hati. Elok sahaja dia bersendirian sedari tadi, tiba-tiba pula
Rezqan menjadi pengganggu hidupnya.
“Kau?
Kau isteri aku? Hei, kau cermin balik diri kau tu! Layak ke kau nak berdamping
dengan aku? Please-lah Yura, mati hidup balik sejuta kali pun aku tak
nak mengaku yang kau tu isteri aku di hadapan orang lain,” kata Rezqan.
Berdesing telinga Yura mendengarnya.
“Kalau
macam tu, kenapa awak lafazkan akad nikah? Kenapa Rezqan?! Kalau awak tak sudi
untuk mengaku yang saya ni isteri awak di hadapan orang lain, adalah lebih baik
untuk awak tak jadikan saya ni isteri awak kan? Kalau awak ingat saya ni
terhegeh-hegeh nak jadi isteri awak, awak memang silap. Silap besar, Rezqan.
Saya tak nak pun,” balas Yura. Rezqan tersenyum sinis.
“Hei,
aku kalau boleh memang tak nak pun kahwin dengan kau. Kalau tak disebabkan aku
sayangkan mama, memang tak tercapailah hajat kau untuk kahwin dengan aku. Well,
biasalah kan, orang miskin macam kau ni bila nampak orang kaya mestilah
terhegeh-hegeh. Tak pernah tengok duitlah katakan. Dahlah anak pungut pulak
tu,” kata Rezqan. Ya Allah! Kejamnya lelaki ini. Yura sudah panas punggung. Dia
bangun daripada duduknya. Tajam matanya memanah anak mata Rezqan.
“Rezqan!
Meskipun saya ni miskin, awak tak layak untuk hina saya. Tidak bermakna seorang
miskin itu tiada maruah dan tidak bermakna seorang kaya itu bermaruah.
Kadangkala maruah seorang miskin itu boleh jadi lebih tinggi daripada maruah
seorang kaya. Awak tak layak untuk merendahkan dan menghakimi saya. Awak tak
layak untuk mempertikaikan kebendaan saya. Tu semua hanya sementara. Apa yang
dibawa nanti adalah amalan, bukannya harta.
Mudahnya
awak mengatakan saya ni anak pungut kan? Awak tak tahu kisah sebenar, Rezqan!
Awak tak tahu kenapa ibu bapa saya tinggalkan saya. Jangan terus menghakimi
tanpa sebab dan bukti yang kukuh.” Yura mempertahankan dirinya seraya berjalan
laju ke biliknya. Walaupun bilik yang diberikan oleh Rezqan hanyalah sekadar
bilik pembantu rumah, namun bagi Yura itu sudah memadai. Bukannya dia tidak
biasa tinggal dalam bilik sebesar itu. Sebelum dia menjadi isteri kepada Rezqan
Ferdaus, dia hanyalah seorang pembantu rumah di rumah mama dan papa Rezqan.
Yura bukanlah
seorang anak pungut sepertimana yang dikatakan Rezqan. Menurut Puan Sumaiyyah,
pengurus rumah anak-anak yatim yang pernah menjadi tempat tinggal Yura, dia
ditinggalkan oleh ibu bapanya kerana desakan kewangan pada ketika itu. Kata
Puan Sumaiyyah lagi, kelahiran Yura ke atas muka bumi ini adalah bersama dengan
seorang kembar. Maka dengan itu ibu bapa Yura harus memilih di antara Yura
ataupun kembarnya. Sungguh, Yura tidak menyalahkan ibu bapanya meski dia tidak
kenal siapa ibu dan bapanya.
KETUKAN yang bertalu-talu pada pintu biliknya
mengejutkan Yura daripada lena. Dia tertidur setelah puas menangis tadi. Yura
membuka matanya buat seketika lantas dipejamkan kembali setelah melihat waktu
yang tertera pada jam locengnya. Hampir sejam juga dia tertidur. Daripada
membuang masa menghadap muka lelaki yang menyakitkan hatinya itu, adalah lebih
baik untuk dia tidur.
“Yura,
kau buat apa dekat dalam tu?” soal Rezqan. Yura hanya mendiamkan dirinya.
Telinganya ditekup dengan bantal.
“Yura,”
panggil Rezqan sekali lagi. Pintu bilik Yura diketuk lagi.
“Kau
jangan nak menyakitkan hati aku boleh tak? Jangan nak menyusahkan aku!” marah
Rezqan. Yura mengetap bibirnya. Siapa yang sakitkan hati siapa sebenarnya?
Siapa yang susahkan siapa sebenarnya? Tak sedar diri! Kutuk Yura di dalam
hatinya. Terasa hilang rasa hormatnya terhadap Rezqan yang bergelar suaminya
itu.
“Buka
pintu ni Yura!” Ketukan pada pintu bilik Yura semakin kuat seiring dengan suara
Rezqan yang semakin lantang. Yura masih beku di atas katilnya.
Rezqan
sudah hilang sabar. Hendak dibuka pintu itu dengan menggunakan kunci, kunci itu
berada pada Yura pula. Terpaksalah dia merempuh pintu itu. Mahu tidak mahu,
pintu bilik itu tetap perlu dibuka. Manalah tahu kalau-kalau Yura sudah tidak
bernyawa di dalam bilik itu. Apa tidaknya, selalunya Yura akan menonton
televisyen sehingga lewat malam. Malam ini, jangankan menonton, televisyen pun
tidak dibuka oleh Yura. Rezqan pula terasa agak pelik kerana batang hidung Yura
pun tidak dilihatnya.
Rezqan
yakin Yura terkesan dengan hinannya tadi. Tapi apakan daya? Mulut Rezqan memang
berbisa pun. Racunnya kata-kata yang keluar daripada bibir merahnya itu mampu
mematikan hati dan semangat seseorang. Namun, manisnya kata-kata yang keluar
daripada bibir yang sama, mampu menghidupkan hati dan semangat seseorang.
Rezqan Ferdaus, orang yang sangat sukar dijangka sikapnya. He is too
complicated!
Kau ni
ambil berat jugak dekat dia kan? Perli otak Rezqan. Rezqan tersenyum sinis. Aku
nak ambil berat tentang dia? Sorry-lah, jangan mimpilah dia nak rasa aku
caring dekat dia. Tak ingin aku nak ambil berat tentang dia, balas hati
Rezqan.
Dah tu
buat apa kau susah-susah berazam nak rempuh pintu bilik dia? Otak Rezqan
sengaja menduga tuannya.Rezqan berdecit. Marah dengan soalan otaknya itu.
Lantak akulah nak buat apa pun. Isteri aku jugak! Bangkang hati Rezqan.
Isterilah
sangat kan? Tadi kau yang beria kata, mati hidup balik sejuta kali pun kau tak
nak mengaku yang dia tu isteri kau. Tak sedar diri punya manusia! Kutuk otak
Rezqan. Eh, eh, diamlah kau! Memekak aje. Tadi tu aku cakap di hadapan orang
lain. Jelas tak? Aku tak nak mengaku yang dia tu isteri aku di hadapan orang
lain. Sekarang ni mana ada orang lain. Aku dengan dia aje manusia dalam rumah
ni. Banyak cakap pulak kau ni! Marah Rezqan di dalam hatinya.
Dasar
manusia ego! Pentingkan diri! Kejam! Tak berhati perut! Busuk hati! Pendendam!
Dan satu lagi, kau ni gilalah, kutuk otak Rezqan lagi. Rezqan meramas
rambutnya. Ada otak pun kutuk tuan sendiri. Bagus betul, desis Rezqan di dalam
hatinya. Rezqan mengambil lajaknya lantas bibirnya menuturkan lafaz basmallah.
Pintu bilik Yura selamat dirempuh olehnya.
Yura
yang baru sahaja berkira-kira hendak membuka pintu terkejut beruk melihatnya.
Dia turut menjadi mangsa rempuhan Rezqan. Terasa sakit badannya akibat jatuh terlentang.
Kepalanya juga terhentak sedikit di atas lantai. Sudahlah Rezqan menghempap
tubuhnya, ditambah pula dengan pening kepalanya yang baru sahaja bertandang.
Rezqan
masih mengusap lengannya yang sakit manakala Yura masih mengusap belakang kepalanya.
Setelah menyedari betapa dekatnya dirinya dengan Rezqan, pantas Yura menolak
tubuh Rezqan ke tepi dengan sekuat tenaganya. Ya Allah, sesak nafas aku!
Punyalah berat suami aku ni. Cantik aje landing atas aku, gumam Yura di
dalam hatinya.
“Kau
buat apa dekat dalam bilik ni? Dah pekak ke?! Tak dengar aku panggil?” soal
Rezqan. Bersama lengan yang masih sakit, dia bangun jua dan duduk di hadapan Yura.
Sesekali sisi lengan kanannya digosok. Yura sudah duduk bersila bertentangan dengan
Rezqan. Kepalanya dipangku dengan kedua-dua belah tangannya. Pandangannya hanya
tertala pada kakinya.
“Yang
kau tak jawab ni kenapa? Dah bisu pulak?” soal Rezqan kasar. Yura terus-terusan
berdiam diri.
“Perlu
ke awak rempuh pintu bilik saya?” soal Yura. Meski sakitnya tidak tertanggung,
soalan itulah yang ingin dia ajukan dari tadi.
“Kalau
bercakap boleh pandang aku tak?” soal Rezqan tidak berpuas hati dengan cara
Yura bercakap dengannya.
“Tak
perlu rasanya,” jawab Yura perlahan. Rezqan mendengus kasar.
“Tak
salah kot kalau aku buat macam tu. Kau tu bukannya sesiapa, isteri aku jugak,”
balas Rezqan. Ketawa sinis terbit daripada mulut Yura.
“Isteri?
Tak jijik ke tuturkan ayat tu? Maklumlah, saya tak layak untuk awak kan?” perli
Yura. Panas telinga Rezqan mendengarnya. Tangan Rezqan menolak tangan Yura yang
setia memangku kepalanya. Yura sedikit terkejut dengan tindakan Rezqan. Aku
sakit kepala ni tau tak? Jangan nak menambahkan sakit tu lagi, marah Yura dalam
hatinya. Dia merebahkan tubuhnya ke atas lantai lantas dia mengiring
membelakangi Rezqan. Matanya dipejamkan bagi menahan sakitnya.
“Kau ni
kenapa Yura?” soal Rezqan. Pelik dengan sikap Yura yang tiba-tiba berubah itu.
Selalunya tidak pernah Yura bercakap dengannya tanpa memandang dirinya.
“Tak ada
apa-apa. Tak perlu pun rasanya untuk awak tahu. Jangan ganggu saya,” kata Yura.
Rezqan bergerak merapati Yura. Dipandang wajah Yura yang tampak pucat. Secara
spontan tangannya melekap pada dahi Yura. Kemudian bergerak ke kedua-dua belah
pipi Yura dan setelah itu tangannya mendarat pula di leher Yura. Yura tidak
pula menepis. Dia hanya membiarkan sahaja.
“Kau
demam?” soal Rezqan sambil menarik kembali tangannya. Entah mengapa tidak
senang pula dia melihat keadaan Yura yang tidak sihat itu. Wajah Yura memang
sudah pucat lesi. Dahi, pipi, dan leher Yura juga terasa panas. Dia yakin Yura demam.
“Tak,”
jawab Yura. Rezqan tersenyum mengejek.
“Tak
payah nak bohonglah Yura, aku tak bodoh,” kata Rezqan.
“So
what kalau saya demam pun? Ada awak nak bawak saya ke klink? Tak kan? Jadi
jangan ganggu saya! Kalau awak tak mampu nak bawak saya ke klinik, jangan
tambahkan lagi sakit kepala saya. Awak takkan mampu nak laksanakan
tanggungjawab awak sebagai seorang suami dengan baik,” balas Yura. Sebagai
seorang lelaki yang bergelar suami, Rezqan Ferdaus rasa tercabar. Kata-kata Yura
seolah-olah sudah menjatuhkan martabat dan egonya.
Meski
perkahwinannya dengan Yura atas permintaan mamanya, Rezqan tetap tidak dapat
menafikan bahawa dia ialah suami kepada Yura dan Yura ialah isterinya.
Rezqan
mencempung tubuh Yura dan membawa Yura ke biliknya yang terletak di tingkat
atas. Yura masih sempat meronta-ronta namun hanya buat seketika. Khuatir yang
dia akan terjatuh, dia terpaksa memaut leher Rezqan.
“Apa
awak buat ni Rezqan?” soal Yura sebaik sahaja dia sudah diletakkan di atas
katil Rezqan. Rezqan mengambil telefon bimbitnya yang diletakkan di atas meja
lampu tidur. Usai mengambil telefonnya, Rezqan membuat satu panggilan.
“Kau
jangan nak pergi mana-mana. Duduk situ diam-diam. Selangkah kau berjalan, siap
kau!” Sempat lagi Rezqan memberi amaran sementara menunggu panggilannya
berjawab. Dia melabuhkan duduknya di atas sofa.
“Assalamualaikum.
Yup, Rezqan is here. Could you come here now? I mean, come to my house. Yura
is having a fever.” Rezqan diam sebentar. Terpamer riak hampa pada
wajahnya.
“Oh, I see... Never mind then. Okay, thanks.”
Rezqan mematikan panggilan tersebut. Yura sudah bangun daripada pembaringannya.
Baru sahaja dia ingin melangkah, suara keras Rezqan menyapa gegendang
telinganya.
“I
have warn you Yura,” ujar Rezqan mengingatkan Yura. Yura mematikan
tindakannya. Kakinya ditarik kembali lantas dia berbaring semula di atas katil
itu. Tidak mampu rasanya untuk terus berdiri mahupun duduk dalam keadaan
sekarang.
“Saya
benci awak Rezqan, saya benci awak,” desis Yura dengan mata yang terpejam.
Pelupuk matanya berair, menangisi nasibnya sebagai seorang isteri kepada Rezqan
Ferdaus. Dalam Yura tidak sedar, Rezqan dapat mendengar bicara Yura itu. Ayat
itulah yang terus-terusan meniti di bibir Yura sehinggalah Yura lena.
‘Saya
benci awak Rezqan.’ Meski ungkapan yang terbit daripada bibir Yura itu cukup
perlahan, dengan suara yang cukup lemah, namun hati Rezqan terasa sakit. Sukar
untuk dia bayangkan andai ungkapan itu terbit daripada bibir Yura dengan suara
yang cukup lantang.
Perlukah
dia terus menyakiti Yura hanya semata-mata perasaan takut yang menghantuinya?
Takut untuk mencintai seorang wanita. Tetapi Yura bukanlah wanita itu. Yura tidak
seperti Dahlia. Yura Zahrah ialah Yura Zahrah dan Dahlia ialah Dahlia. Rezqan takut
kisah dahulu terjadi lagi. Peristiwa hitam itu masih utuh dalam ingatannya.
Perisitiwa di mana dia hampir dibunuh oleh Dahlia, wanita yang pernah bergelar
tunangannya sendiri.
“Kau akan
mati Rezqan, malam ni jugak! Kau akan menyesal sebab tak bagi apa yang aku
mahukan!” Kata-kata Dahlia bertandang di gegendang telinga Rezqan. Belakang
kepala Rezqan terasa sakit akibat dipukul. Seingatnya, sewaktu dia tiba di
bangunan terbengkalai ini, kepalanya dipukul dengan benda yang keras
sehinggakan dia rebah dan tidak menyedarkan diri.
“Kau
gila Dahlia! Kau gila!” marah Rezqan. Dahlia memang sudah gila. Ternyata Dahlia
memang bijak berlakon. Memang patut Dahlia diberi anugerah pelakon wanita
terbaik. Memang patut pun Rezqan memutuskan hubungan pertunangan di antara
mereka. Dahlia menyatakan bahawa dia ingin bertemu dengannya di bangunan ini
buat terakhir kalinya. Namun ini hanyalah helah Dahlia. Helah untuk
membunuhnya.
Ternyata,
benar kata mamanya. Dahlia ialah seorang wanita yang bijak bermain helah untuk
mempergunakan lelaki. Mempergunakan lelaki bagi memuaskan nafsunya. Mujurlah
dia tidak menjadi mangsa. Biarpun lahiriah Dahlia kelihatan manis dan lemah
lembut namun Dahlia mempunyai sisi dalaman yang tiada sesiapa pun yang akan
jangka kecuali Datin Yusmira, mama Rezqan. Hanya Datin Yusmira yang mengenali
Dahlia sepenuhnya.
Kedengaran
hilai tawa Dahlia yang semakin perlahan seiring dengan langkahnya yang menjauhi
Rezqan. Pintu bilik yang sudah usang itu dihempas kuat. Rezqan menjerit sekuat
hatinya. Tangannya yang diikat ke belakang masih ligat bergerak. Namun ikatan
itu masih tidak terlerai. Dalam hatinya, tidak henti-henti dia meminta
pertolongan daripada Allah SWT. Tatkala dia sedang runsing, matanya
terpandangkan sebilah pisau lipat yang kelihatan masih baru. Pantas dia
mengengsot bagi mendapatkan pisau tersebut.
‘Bodohlah
kau Dahlia tinggalkan pisau lipat yang masih baru ni dekat sini,’ gerutu Rezqan
di dalam hatinya. Namun, bagaikan terdengar-dengar suara lain berbicara.
‘Bersyukurlah
dan anggaplah kehadiran pisau lipat itu adalah salah satu bentuk pertolongan
daripada Allah SWT,’ kata suara itu. Pantas Rezqan beristighfar, menyedari
kekhilafannya.
Tali
setebal 5 milimeter itu berjaya dipotong oleh Rezqan seraya lafaz syukur
dipanjatkan. Tali yang melilit tangannya itu dibuka. Setelah itu, Rezqan
membuka pula tali yang mengikat kakinya. Pisau lipat tadi dimasukkan ke dalam
sakunya. Pintu usang itu dibuka dengan mudahnya lantas Rezqan membuka
langkahnya keluar daripada bangunan terbengkalai itu.
Rezqan
memboloskan dirinya ke dalam keretanya. Mujurlah keretanya masih ada. Baru
sahaja dia ingin menghidupkan enjin kereta, kedengaran suara Dahlia menjerit
memanggil namanya. Enjin kereta dihidupkan lantas dia memecut laju. Geseren
yang terhasil di antara tayar keretanya dengan jalan tar menghasilkan bunyi
yang bingit.
Rezqan
sedar bahawa Dahlia mengekorinya. Pandangan Rezqan terhala pada cermin pandang
belakang seraya dia menekan pedal minyak untuk memecut.
Segala-galanya
berlaku dalam sekelip mata. Kemalangan yang menimpa diri Rezqan adalah kerana
Dahlia. Masih segar dalam ingatan Rezqan kata-kata Dahlia pada malam itu.
“Matilah
kau. Tak payah susah-susah aku nak bunuh kau!” Itulah yang sempat dia dengar
sebelum dia sudah tidak menyedarkan dirinya. Masih jelas di matanya bagaimana
Dahlia tersenyum sinis ke arahnya walaupun pandangannya pada ketika itu agak
kabur. Kemalangan itu menyebabkan dirinya mengalami koma selama tiga bulan.
Sedar
sahaja daripada koma, dia dimaklumkan bahawa Dahlia sedang sakit. Wanita itu
disahkan menghidapi penyakit AIDS. Dia juga dimaklumkan bahawa Dahlia ingin
meminta maaf daripadanya. Rezqan sekadar memaafkan daripada jauh. Tidak mahu
lagi bertemu dengan wanita itu.
Satu
minggu selepas itu, Dahlia dijemput Ilahi. Rezqan dan keluarganya dijemput
untuk menghadiri kenduri tahlil buat arwah Dahlia namun Rezqan tidak memenuhi
jemputan itu. Hanya keluarganya sahaja yang hadir. Peristiwa itu telah merubah
kehidupan Rezqan. Peristiwa itulah yang telah membuka lembaran baru dalam hidup
Rezqan. Lembaran baru yang dipenuhi dengan fobia.
Dahlia
lain dan Yura lain Rezqan. Seringkali Rezqan cuba memujuk hatinya. Namun dia
tetap tidak mampu. Sukar untuknya meletakkan sebarang kepercayaan dan harapan
pada insan yang bergelar wanita kecuali pada mama dan adik perempuannya, Yasmin
Hanni. Pintu hatinya seolah-olah sudah tertutup untuk wanita.
Rezqan
memandang Yura tatkala dia terdengarkan erangan daripada wanita itu. Rezqan
mengeluh perlahan kemudian wajahnya diraup dengan menggunakan kedua-dua belah
tangannya. Lampu biliknya ditutup lantas dia merebahkan tubuhnya di atas katil
bersebelahan dengan Yura.
Yura
yang tersedar akan tindakan Rezqan itu segera bangun daripada pembaringannya.
Laju dan cemas langkahnya menuju ke biliknya yang berada di tingkat bawah.
Rezqan mengejar langkah Yura. Sudahlah Yura sedang pening, mahu tersungkur
perempuan itu ketika menuruni tangga.
Tatkala
menuruni anak tangga, Yura tersilap melangkah. Dia rebah jua. Mujurlah hanya
beberapa anak tangga yang tinggal sebelum mencecah lantai tingkat bawah.
“Yura!”
Pantas Rezqan mendapatkan Yura. Kepala Yura dipangkunya. Yura memandang wajah
Rezqan. Dia nampak sinar mata Rezqan yang kelihatan berbeza daripada kebiasaan.
Sinar mata yang tidak mampu Yura gambarkan kerana ini baru pertama kali dia
melihatnya.
“Biarkan
saya Rezqan. Jangan jadikan saya bebanan awak,” tutur Yura sebelum dia
memejamkan matanya.
“Yura!
Yura!” Rezqan menepuk perlahan pipi Yura. Pergelangan tangan Yura dicapai.
Denyutan nadi Yura dicari. Nadinya masih berdenyut lemah.
“Kau
degil Yura!” marah Rezqan lantas tubuh Yura dicempung dan dibawa ke biliknya
kembali. Usai meletakkan Yura di atas katil, Rezqan mengambil telefonnya
kemudian dia membuat satu panggilan.
“Yes.
I don’t care okay? You must come here now! Hei, apa function kau sebagai
doktor kalau bukan untuk merawat orang? She’s
gonna be dead if you’re late! Nadi dia lemah kau tahu?! Dia jatuh tangga
tadi. And yes! This is an emergency call!” tegas Rezqan. Berkerut
dahinya menahan amarah.
“Okay,
kalau kau lambat siaplah! Kau tunggu aje apa yang akan jadi dekat kau nanti.” Rezqan
memberi amaran. Talian dimatikan. Rezqan bergerak ke tingkat bawah bagi menanti
kedatangan sahabatnya, Zamir yang merupakan seorang doktor.
Zamir
memarkir keretanya di perkarangan rumah Rezqan. Pantas dia mengatur langkah
mendapatkan Rezqan. Tangan kanannya menggenggam beg bimbit yang mengandungi
peralatan perubatannya. Wajah Rezqan memang berbeza. Tidak pernah dia melihat
wajah Rezqan sekusut itu. Pasti keadaan isterinya merunsingkan dirinya. Zamir
sempat tersenyum. Kau cintakan Yura Rez, desis Zamir di dalam hatinya.
“Assalamualaikum.
Where’s Yura?” soal Zamir. Rezqan mengetap bibirnya.
“Waalaikumussalam.
Hish, masa ni jugaklah isteri kau tu tak sihat kan? Terpaksalah aku suruh kau
yang datang. Jom, ikut aku,” tutur Rezqan. Zamir tersengih sambil menuruti
langkah Rezqan.
“Baik
pulak kau dengan dia,” ujar Zamir sambil memakai sarung tangan. Zamir tersenyum
memandang wajah Rezqan yang kosong tanpa sebarang riak wajah. Rezqan hanya
mendiamkan dirinya.
“Magisnya
cinta sampaikan mampu mengubah seorang lelaki yang benci terhadap semua wanita.
Magisnya cinta sampaikan mampu membuatkan lelaki itu berbuat baik kepada
seorang wanita. Kau dah jatuh cinta dengan Yura, Rez. Aku nampak cinta tu dalam
mata kau,” kata Zamir selamba.
“Dahlah,
jangan nak buat ayat sastera kau tu. Mengarut je lebih, Mir. Kalau bukan aku
yang panggilkan doktor, siapa lagi? Macamlah ada orang lain dalam rumah ni,”
balas Rezqan. Zamir mengangkat keningnya. Pergelangan tangan Yura dicapai.
Hatinya berdetak hebat tatkala terpandangkan gelang yang dipakai oleh Yura.
“Rez,
gelang ni...” Zamir memandang wajah Rezqan. Rezqan memandang wajah Zamir
sekilas lantas pandangannya jatuh pada gelang yang dimaksudkan oleh Zamir. Mata
Zamir sedikit bergenang. Wajah Yura diamatinya.
“Takkan
kau tak sedar selama ni, Rez? Kau tahu kan dah lama aku cari dia? Patutlah mama
kau dengan Yasmin kata muka aku dengan Yura ada banyak iras,” ujar Zamir tidak
berpuas hati. Air matanya sempat diseka. Betapa bersyukurnya dia kini. Dalam
pada itu, dia masih memeriksa keadaan Yura.
“Manalah
aku tahu. Pegang dia pun aku tak pernah, macam mana aku nak tahu yang gelang tu
ada pada dia. Aku tak pernah perasan pun. Apa yang aku tahu, dia memang ada
pakai gelang, tapi aku tak tahu pulak gelang yang dia pakai sama dengan yang
kau cari. Pertama kali aku pegang dia waktu akad nikah hari tu masa batalkan
air sembahyang. Yang kedua, hari ni sebab aku kena angkat dia.” Jujur Rezqan
berkata-kata. Zamir tersenyum sinis.
“Gilalah
kau, Rez. Macam mana kau boleh tahan hidup dengan dia selama tiga bulan ni? Apa
kau tak ada nafsu ke?” soal Zamir. Rezqan menumbuk perlahan bahu Zamir yang
sedang membuka sarung tangannya.
“Wei,
agak-agaklah bro. Soalan tu biarlah bertauliah sikit. Kau faham kan aku
ni ada masalah? Aku ada fobia dengan perempuan,” balas Rezqan. Zamir ketawa
perlahan.
“Fobia
kau tu sangat teruk sampaikan mampu mengatasi nafsu kau?” duga Zamir. Rezqan
mengangguk.
“So
what? Unik apa?” kata Rezqan dengan muka selambanya.
“Parah
betul kau ni. Memang kau patut dengar cakap aku dulu. Kau kena jumpa pakar
psikiatri,” kata Zamir. Pantas Rezqan menggeleng.
“Dah,
tukar topik. So, kau dah jumpa dia. Apa yang kau nak buat?” soal Rezqan.
Zamir memandang wajah Yura.
“Kalau
aku kata aku nak bawak dia balik, apa kata kau?” duga Zamir. Rezqan berdehem. Dia
cuba mengawal air mukanya agak tidak terlalu nampak yang dia sangat tidak
bersetuju dengan keputusan Zamir itu.
“Kau
jangan main-main. Walaupun dia ni kembar kau, aku masih suami dia tau?” ujar
Rezqan tidak berpuas hati. Zamir menghamburkan tawanya melihatkan reaksi
Rezqan.
“See,
aku dah cakap yang kau cintakan dia. Rez, Yura Zahrah ditakdirkan untuk kau bro.
Please-lah Rez, Yura bukan Dahlia. Kau kenal aku kan? Aku kan baik, of
course-lah adik aku pun baik,” kata Zamir. Rezqan mengangkat keningnya.
“Kau
baik ke Mir?” perli Rezqan. Zamir tersenyum nipis.
“Walaupun
aku tak kenal adik aku sedalam-dalamnya, tapi aku yakin dia baik, Rez. Dahlia
lain, Yura lain,” kata Zamir. Rezqan mengetap bibirnya.
“Dahlah,
aku nak balik. Yura okey aje. Badan dia lemah. Mungkin dia terlampau tertekan
sampaikan boleh demam. Ambil ubat ni. Esok aku datang lagi untuk soal siasat
Yura. Jaga Yura baik-baik. Kalau aku tahu dia menangis sebab kau, nahas kau aku
kerjakan, Rez,” kata Zamir. Dia mengemaskan peralatannya lantas pandangannya
jatuh pada Yura. Zamir mengambil sedikit rambut Yura.
“Kau nak
buat apa dengan rambut Yura, Mir? Gelang dengan tanda lahir tu dah cukup nak
buktikan dia kembar kau kan? Muka pun ada iras,” ujar Rezqan. Zamir tersenyum.
Rambut tadi dimasukkan ke dalam plastik ubat yang masih kosong.
“Untuk
kepastian dan aku nak keputusan yang lebih tepat. Aku nak buat ujian DNA,” kata
Zamir sambil mengatur langkah meninggalkan bilik itu.
“Suka hati
kaulah,” balas Rezqan. Langkah Zamir diekorinya.
Setelah
pasti yang Zamir telah meninggalkan rumahnya, Rezqan masuk semua ke dalam
rumahnya. Dia menapak ke bilik Yura. Keadaan bilik itu diamatinya. Meski bilik
itu kecil, namun bilik itu cukup bersih dan kemas. Pandangan Rezqan jatuh pada
sebuah balang kaca yang mengandungi kertas-kertas yang dilipat menjadi kecil.
Balang kaca itu diambil lantas dibuka penutupnya. Kertas-kertas itu dikeluarkan
dan dibaca setiap bait kata-kata yang tertulis.
Inikah
cinta? Kejamnya.
Berdosakah
aku mencintainya?
Tidak
layakkah aku untuknya?
Hina
sungguhkah aku sehinggakan aku digelar anak pungut?
Aku
sendiri pun kurang pasti. Mengapa mesti hadirnya benci dalam cinta?
Dialah
insan yang paling kejam yang pernah aku jumpa.
Betapa
indahnya jika aku dapat melihat wajah ibu dan bapaku. Aku rindukan mereka.
Siapakah
aku di hatinya? Isterinya? Atau pembantu rumahnya? Atau hanya teman biasa? Atau
musuh yang sengaja dia cari? Ataupun, satu kemungkinan yang amat besar, aku
tidak pernah wujud dan muncul walau sedetik pun di dalam hatinya.
Aku
masih tidak faham dia. Sukar untuk aku faham dia. Mungkinkah aku tidak mampu
untuk fahami dia?
Sebatang
kara aku di dunia ini. Meniti liku-liku duka yang dicipta suami sendiri.
Cinta
aku mampu menipis Rezqan. Mampu menipis dengan sikap kau.
Cinta
ini akan berganti dengan benci. Maafkan aku.
Bukan
harta yang aku dambakan. Cuma kasih sayang seorang suami yang aku perlukan.
Kenapa
tidak dia ceraikan aku jika dia tidak mampu sediakan satu ruang di hatinya
untukku?
Luka
yang kau ciptakan dalam hati aku amat dalam Rezqan. Sehinggakan, bunga-bunga
cinta yang ada dalam taman hatiku mampu mati dek racun kata-kata kau. Jangan
kau salahkan aku andai suatu hari nanti, tiada satu pun bunga-bunga cinta yang
masih mekar untuk kau.
Mampukah
aku untuk pergi darinya?
Magisnya
cinta sehinggakan aku boleh merasai manis yang seperti madu dalam pahitnya peria
yang aku telan.
Magisnya
cinta sehinggakan mampu untuk aku mendengar caciannya setiap hari.
Magisnya
cinta sehinggakan aku mampu membina empangan untuk menakung kata-katanya yang
jelas tiada satu pun yang berguna.
Magisnya
cinta sehinggakan aku mampu membina tembok kesabaran yang utuh hanya kerana
dia.
Tangan Rezqan berhenti bergerak. Balang kaca
itu diletakkan ke tepi lantas kertas-kertas yang telah dibuka lipatannya
dilipat semula dan dimasukkan ke dalam balang kaca itu. Tidak sanggup rasanya
untuk membaca kesemua kertas yang tersimpan di dalam balang kaca itu. Hampir
kesemuanya tentang dia. Tentang dia yang melakarkan episod-episod duka dalam
diri Yura.
Terasa
menggunung rasa bersalahnya terhadap Yura. Mahu meminta maaf, tetapi ego
menghalang keras. Mahu meluahkan rasa, tetapi fobia masih menghalang. Mahu
menghentikan kekejaman, tetapi takut untuk melihat masa hadapan yang mampu
dibina bersama-sama Yura. Takut untuk menerima kemungkinan yang tidak indah.
Terlalu takut untuk membuka lembaran baru bersama-sama Yura. Isterinya yang
dinikahi secara sah.
“Ya
Allah, maafkan aku. Mengapa tidak mampu diusir rasa takut ini? Benarkah tiada
ruang di dalam hati ini buat Yura? Ya Allah, bantulah aku mengusir rasa takut
ini ya Allah,” tutur Rezqan. Dia meraup wajahnya dengan kedua-dua belah
tangannya. Nafasnya ditarik dengan perlahan bagai cuba merungkaikan kekusutan.
REZQAN
terjaga daripada lenanya saat terdengar bunyi kaca pecah dari dapur. Pantas
dia bangun daripada pembaringannya. Tidak sedar pula bagaimana dia boleh
tertidur di dalam bilik Yura. Dipandangnya jam loceng milik Yura. Baru pukul dua
pagi, desisnya. Rezqan mengatur langkah ke dapur. Kelihatan Yura sedang
mengemas lantai yang dipenuhi dengan kaca pecah.
“Yura,”
panggil Rezqan. Yura mengangkat pandangannya. Terserlah riak terkejutnya. Terus
berubah cemas wajahnya.
“Maaf
Rezqan, saya tak sengaja. Saya tahu saya tak mampu nak ganti balik. Tapi
tolonglah maafkan saya. Saya tak sengaja,” ucap Yura sambil tangannya ligat
bergerak mengutip kaca-kaca yang bertaburan.
“Yura,”
panggil Rezqan sekali lagi. Yura memandang Rezqan sekilas.
“Saya
tak sengaja. Maafkan saya. Saya minta maaf,” kata Yura. Rezqan menggeleng
perlahan. Apa sangatlah yang telah Yura lakukan jika hendak dibandingkan dengan
kekejaman dirinya terhadap Yura?
“Stop.
Stop begging for forgiveness from me. You don’t make anything wrong. Tak
payah kemas. It would be better if you have your rest,” ujar Rezqan.
Yura menggeleng.
“Tak
apa, tinggal sikit aje lagi. Lagipun, saya dah sihat,” balas Yura. Rezqan
merapati Yura lantas dia mencapai tangan Yura. Tangan Yura ditarik memaksa Yura
untuk berdiri.
“For
the first time, I’m begging you, please have your rest,” ujar Rezqan. Yura
mengetap bibirnya. Air matanya menitis. Pertama kali mendengar Rezqan berbicara
selembut itu. Yura tidak memberikan sebarang balasan namun langkahnya tetap
diatur menjauhi Rezqan.
“Yura,
make sure that I’ll found you resting in my room, not yours,” pesan Rezqan.
Yura meneruskan langkahnya. Apa yang Rezqan mahukan sebenarnya? Kenapa Rezqan
berubah menjadi Rezqan yang belum pernah dikenalinya?
Yura
melangkah laju ke biliknya lantas almari pakaiannya dibuka. Beg pakaian yang
tersedia dikeluarkan. Pakaian-pakaian serta barang-barang yang diperlukannya
dimasukkan ke dalam beg tersebut dengan pantas. Dia harus pergi!
“Yura!”
Kedengaran suara Rezqan memanggil namanya. Tersentak sedikit Yura dibuatnya.
“Ya!
Saya tengah cari barang ni,” balas Yura. Makin laju tangannya bergerak. Tanpa
disangkanya, lengannya digenggam kejap. Semakin lama semakin kejap.
“Don’t
you ever lie to me. I hate it,” bisik Rezqan rapat di telinga Yura. Lengan
Yura dilepaskan dan tubuh Yura dipusingkan supaya menghadapnya.
“Where
are you going?” soal Rezqan. Yura menundukkan wajahnya. Dia membisukan
dirinya.
“Answer
me! Where are you going Yura?! Are you leaving me?!” soal Rezqan. Yura
menggosok perlahan dahinya. Terasa sakit kepalanya dengan sikap Rezqan yang
tiba-tiba berubah itu.
“Yes
Rezqan. No matter what is going on, I am leaving you. I can’t understand you.
And I just realized that I’ll never understand you,” balas Yura. Dia
berkalih daripada memandang Rezqan.
“But
I’m your husband. You can’t make your own decision like this,” bangkang
Rezqan. Pergelangan tangan Yura dicapainya. Pantas Yura merentap kasar
tangannya. Dia menghadap Rezqan semula dengan mata yang sudah bergenang.
“Husband?
All this while, awak tak pernah sekalipun nak mengaku yang awak tu suami
saya. Yes, I admit, memang awak yang lafazkan akad nikah untuk menikahi
saya. Tapi Rezqan, pernahkah awak laksanakan tanggungjawab awak sebagai seorang
suami dengan baik? Pernah? Tiga bulan usia perkahwinan kita. Tiga bulan saya
tadah telinga saya. Tiga bulan awak tak henti-henti melukakan hati saya dan
jelas luka tu tak mampu diubati, Rezqan. Saya tak faham awak. Rezqan, saya tak
mampu nak faham awak.
Today,
I woke up, saya nampak awak dengan sisi yang berbeza. Saya tak tahu apa
yang awak mahukan. Saya tak pasti cacian apa lagi yang akan saya terima. Saya
tak pasti berapa dalam lagi luka yang akan awak ciptakan kali ini. Apa yang
saya pasti, luka itu takkan pernah awak ubati dan cinta saya takkan pernah
terbalas,” luah Yura. Basah pipinya dengan air mata.
“Jujur
saya katakan, awaklah manusia yang paling kejam yang pernah saya kenal.
Kadang-kadang, saya tertanya-tanya, mengapa harus ada cinta buat awak? Mengapa
harus ada cinta buat manusia sekejam awak? Salahkah saya untuk mencintai orang
yang darjatnya jauh lebih tinggi daripada saya di mata manusia sehinggakan
seringkali saya dihina?
Meski
jawapan bagi persoalan itu sudah lama ada pada saya, tetapi saya cuba untuk
tidak menemuinya. Saya cuba untuk tidak tahu apa jawapannya kerana cinta yang
ada sukar untuk terhapus begitu sahaja. Saya tak tahulah awak ni buta hati ke
buta mata, but I want you to know something Rezqan. All this while,
bila saja awak melafazkan akad nikah, cinta saya terletak pada awak. Selepas
cinta saya kepada Allah dan rasul.
Saya
cintakan awak Rezqan, meski saya sedar betapa jauhnya perbezaan darjat kita di
mata manusia...” Yura berhenti seketika. Tepat matanya memandang mata Rezqan.
Pandangan yang mentafsir seribu makna. Pandangan yang mampu menyampaikan rahsia
hati.
Rezqan
turut membalas pandangan Yura. Ditatap sepasang mata yang indah lagi jernih
itu. Mata yang menyimpan seribu kelukaan dan kedukaan di sebalik keindahannya.
Nyata, kelukaan dan kedukaan itu diciptakan oleh dirinya. Diciptakan oleh diri
Rezqan sendiri. Perasaan bersalah semakin mengasak hatinya. Bersalah atas
tindakannya terhadap Yura selama ini.
“Tapi
tak mustahil, cinta tu boleh berubah menjadi benci kan? Cinta saya semakin
terhakis dengan sikap awak, Rezqan. Makin terhakis dengan kebencian awak
terhadap saya. Makin terhakis dengan cacian awak terhadap saya. Makin terhakis
dengan hinaan awak terhadap saya. Semakin lama, cinta saya buat awak semakin
tipis.
Tapi
entahlah... saya tak tahu, bila cinta ini akan hilang. Kerana apabila saya cuba
untuk membenci awak sepenuh hati saya, sebagaimana bencinya awak terhadap saya,
saya tak boleh. Saya tak boleh nak bencikan awak kerana adanya cinta di dalam
hati ini.” Yura menundukkan pandangannya. Air mata yang membasahi pipinya
diseka bersih.
“I
don’t really hate you,” ujar Rezqan. Yura memandang wajah Rezqan, cuba
mentafsir apa yang ingin disampaikan oleh Rezqan.
“Apa
maksud awak?” soal Yura. Rezqan melepaskan keluhan kecil.
“First
of all, I’m sorry for what I have done to you all this while. Saya terpaksa
Yura, saya terpaksa hina Yura. Saya terpaksa maki dan caci Yura. Saya terpaksa
tinggalkan luka yang paling dalam di dalam hati Yura. Saya terpaksa tinggalkan
luka yang paling dalam buat insan yang bergelar wanita. Kecuali pada mama dan
Yasmin. Saya takut Yura, saya takut saya akan cintakan Yura. Saya takut untuk
jatuh cinta lagi, Yura,” luah Rezqan. Yura sudah melabuhkan duduk di atas
katilnya. Rezqan turut mengambil tempat di sebelah Yura.
“Takut?
Takut untuk jatuh cinta?” soal Yura. Wajah Rezqan dipandang bagai menanti
jawapan. Rezqan mengangguk lantas diceritakan peristiwa yang telah terjadi
kepada dirinya. Tentang siapa itu Dahlia. Tentang kemalangan yang dihadapinya.
Tentang fobia yang dialaminya selepas peristiwa itu. Cerita Rezqan menyebabkan
Yura tersenyum nipis pada akhirnya.
“Saya
bukan Dahlia. Saya Yura, Rezqan. Yura Zahrah binti Abdullah. Saya Yura yang
langsung tidak mengenali siapa ibu bapa saya. Sepeninggalan mereka hanyalah
seutas gelang ini. Itu sahaja. Saya tak tahu, sihatkah mereka, atau sakitkah
mereka kini. Kemungkinan yang tidak mudah untuk saya terima, adalah jika mereka
sudah tiada.” Sayu sahaja nada suara Yura. Air matanya menitis lagi. Rezqan
memeluk bahu Yura lantas diusap lembut.
“InsyaAllah,
you will meet them, sooner or later,” kata Rezqan.
“Jangan
bagi saya harapan Rezqan. Terlalu banyak harapan saya yang punah,” balas Yura
sambil mengelap pipinya. Rezqan memegang bahu Yura lantas tubuh Yura
dipalingkan supaya berhadapan dengannya. Dagu Yura dicapai lantas wajah Yura
didongakkan supaya memandangnya.
“Yura,
you will meet them. Tidak di dunia, di akhirat nanti. Allah itu Maha Adil,
Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Yura, saya minta maaf atas sikap saya selama
ni. Saya minta maaf atas perbuatan saya terhadap Yura. Saya ingat tindakan saya
betul, tapi saya salah, Yura. Walau bagaimana teruk pun saya lukakan perasaan
Yura, saya tetap tak mampu untuk halang hati saya daripada mencintai Yura.
Bahkan, cinta itu semakin subur di dalam hati saya. Beberapa kali saya cuba
untuk menghalang, saya tetap tidak mampu. Beberapa kali saya cuba membuang
wajah Yura daripada kotak fikiran saya, saya tetap tak mampu,” luah Rezqan.
Kedua-dua belah tangan Yura dicapai dan digenggam kemas.
“Yura,
Rezqan Ferdaus cintakan Yura Zahrah. Rezqan Ferdaus harap, Yura Zahrah sudi
menerima cinta Rezqan Ferdaus. Rezqan Ferdaus harap, Yura Zahrah mahu membina
cinta Rezqan Ferdaus dan cinta Yura Zahrah bersama-sama kerana Allah,” ujar
Rezqan bersama-sama senyuman yang manis di bibirnya. Yura turut tersenyum,
tetapi hanya seketika.
“Maaf...”
Yura berhenti seketika. Dia memandang wajah Rezqan. Anak mata Rezqan ditenung
sedalam-dalamnya. Mencari-cari sesuatu yang amat bernilai harganya.
“Tak
mungkin hanya dalam sekelip mata kan? Tak mungkin. Saya dapat rasakan ada
sesuatu yang tak kena. Apa niat awak sebenarnya, Rezqan?” soal Yura, meragui
pengakuan Rezqan. Rezqan mengeratkan lagi genggaman tangannya.
“Apa
yang tak kena tu? Apa yang Yura dapat rasakan?” soal Rezqan. Yura menggigit
bibirnya.
“Mustahil,
secepat ini awak boleh luahkan perasaan awak. Mustahil secepat ini... awak
berubah menjadi Rezqan yang belum pernah saya kenal,” kata Yura. Rezqan
melepaskan keluhan kecil sebelum menyatakan jawapannya.
“Memang
sebelum ini Yura lihat saya seorang yang ego, kejam, tak berhati perut, busuk
hati, dan segala-gala yang buruk ada pada saya. Ya, saya akui semua tu dan saya
dah katakan kepada Yura, saya berperangai seperti itu hanya kerana saya takut
untuk jatuh cinta. Takut untuk jatuh cinta dengan Yura. Tapi tindakan saya tak
pernah mendatangkan kebaikan kepada saya. Malah, bertimbun-timbun keburukan
yang jatuh pada Yura.
Tak
pernah pun saya rasa meluat dan bencikan Yura. Malah semakin hari, saya semakin
sukakan Yura. Halanglah dengan hinaan apa pun, cinta tu tetap terbit dalam hati
saya. Cinta itu buat Yura, isteri saya. Kalau sehari saya tak bercakap dengan
Yura, tak dengar suara Yura, rasa kosong sangat. Andaikata hari-hari saya tak
bercakap dengan Yura, tak dengar suara Yura, saya akan berkemungkinan untuk menjadi
gila. Pengakuan ikhlas daripada saya, sejak akhir-akhir ni saya kerapkali
rindukan Yura. Kalau tak disebabkan saya tak nampak batang hidung Yura malam
semalam, tak mungkin saya akan rempuh pintu bilik Yura.
Yura,
maafkanlah saya yang sudah banyak melukakan hati Yura. Bukan calang-calang
luka. Bukannya luka setakat calar balar, tetapi luka yang sangat dalam. Luka
yang memerlukan tempoh masa yang lama untuk pulih semula. Sebenarnya sayalah
yang tidak layak untuk Yura, bukannya Yura yang tidak layak untuk saya. Yura
layak untuk memiliki yang lebih baik. Yura Zahrah, from my deepest heart, I
hope for your forgiveness. I’m sorry. I’m sorry for my mistakes. I’m sorry for
what I have done to you. Please, forgive me,” kata Rezqan. Tangan Yura
masih kuat digenggamnya. Yura menangis.
“Jangan
jatuhkan martabat awak sebagai seorang suami. Jangan meminta maaf sampai macam
tu sekali. Tolonglah jangan. Saya maafkan awak Rezqan. Dulu, kini dan
selamanya. Saya harap, awak turut maafkan saya. Bukannya saya tak pernah kutuk
awak. Bukannya saya tak pernah termarahkan awak. Saya minta maaf atas
keterlanjuran sikap saya sebelum ni,” tutur Yura. Tangan Rezqan dicium penuh
taat.
“Yura
sekali lagi saya ulang pernyataan eksklusif saya. Yura, Rezqan Ferdaus cintakan
Yura Zahrah. Rezqan Ferdaus harap, Yura Zahrah sudi menerima cinta Rezqan
Ferdaus. Rezqan Ferdaus harap, Yura Zahrah mahu membina cinta Rezqan Ferdaus
dan cinta Yura Zahrah bersama-sama kerana Allah,” ujar Rezqan lembut. Yura
tersenyum. Tangan Rezqan turut digenggamnya.
“Yura
Zahrah sudi menerima cinta Rezqan Ferdaus. Cinta yang dibina adalah kerana
Allah, dan semoga cinta Rezqan Ferdaus dan Yura Zahrah sentiasa diredhai Allah.
Moga cinta kita mendapat tempat di syurga nanti,” tutur Yura. Rezqan mengucup
tangan kanan Yura. Yura nampak keikhlasan pada wajah Rezqan. Dia nampak sinar
mata Rezqan itu. Sinar mata yang sama sepertimana yang dilihatnya ketika dia
jatuh dari tangga semalam. Sinar mata yang mempamerkan perasaan sayang.
“Abang
akan pastikan, hanya manis yang seperti madu sahaja yang akan Yura rasakan
tanpa pahit yang seperti peria. Abang akan pastikan, magisnya cinta kita
sehinggakan fobia yang ada pada abang mampu hilang,” tutur Rezqan. Yura ketawa
kecil mendengarnya. Tampak ayu wajahnya meskipun kulitnya yang cerah masih
kemerah-merahan. Matanya juga kelihatan sembab akibat daripada menangis tadi.
“Abang
akan pastikan, bunga-bunga cinta yang ada dalam taman hati Yura akan terus
mekar disirami dengan cinta abang. Takkan pernah layu lagi kerana disirami
racun kata-kata abang,” tokok Rezqan. Yura memandang wajah Rezqan dengan dahi
yang berkerut. Sesekali kening sebelah kanannya terangkat-angkat.
“Awak...
Awak...” Yura berbicara dengan nada geram. Rezqan meletakkan jari telunjuknya
pada bibir Yura. Setelah itu pipi Yura diusapnya.
“Call
me abang please?” Rezqan mempamerkan wajah comelnya. Yura sudah menjegilkan
matanya.
“Abang,
abang bukak balang kaca Yura ya?” soal Yura, geram. Bibirnya diketap rapat.
“Yup.
Tak sengaja,” jawab Rezqan. Dia menghamburkan tawanya. Geli hati melihat wajah
Yura yang sudah memerah.
“Jahatnya
abang! Terbongkar rahsia hati Yura,” ujar Yura. Jari telunjuknya mencucuk-cucuk
pinggang Rezqan. Rezqan masih dengan tawanya. Tangannya ligat menangkap
pergerakan tangan Yura.
“Yalah,
abang tak sengaja. Abang ingat sayang ni dah buang tebiat ke apa ke, simpan
kertas dalam balang kaca. Kertas kecil-kecil pulak tu. Tu yang abang bukak tu. Sayang,
please take it positive. Ada hikmahnya jugak bila abang baca kertas-kertas
tu. Baca isi hati Yura. Tahu kesedihan yang Yura alami disebalik wajah comel
ni. Wajah yang sentiasa tersenyum ni. Wajah yang menahan geram bila abang
dengan bodohnya menghina dia.
Wajah
yang sentiasa comel di mata abang. Wajah yang tersimpan kemas dalam fikiran
abang. Wajah yang memiliki sekeping hati yang begitu baik dan lembut. Sekeping
hati yang sabar dan wajah ini memiliki semangat yang cekal. Tabah dalam
menjalani kehidupannya tanpa ibu dan bapanya. Pemilik wajah dan hati inilah
yang telah berjaya memikat hati abang. Menjadikan abang sungguh bertuah untuk
memiliki dia sebagai seorang isteri,” tutur Rezqan. Yura sudah tersentuh
mendengarnya. Hatinya diusik pelbagai rasa. Rasa gembira, sebak, bersyukur,
datang bergilir-gilir mengetuk pintu hatinya.
Mutiara
jernih menitis lagi di pipi Yura. Pantas Rezqan menyeka air mata itu.
“Hey,
what’s wrong? Did I done something wrong? Did I said something that hurts you?”
soal Rezqan. Tidak sanggup rasanya untuk melihat air mata Yura jatuh kerananya
buat kesekian kalinya. Yura tersenyum sambil menggeleng.
“Abang
buat Yura feeling terlebihlah pagi-pagi buta ni. Aduh, sembab mata Yura!
Kata-kata abang buat Yura sebak, tu sebab Yura menangis,” akui Yura. Rezqan
tersenyum. Rezqan mengusap lembut pipi kiri Yura. Dahi Yura dikucupnya lama.
Bagaikan ingin memindahkan rasa kasihnya terhadap Yura. Yura memejamkan matanya
buat seketika. Memanjatkan rasa syukur ke hadrat Ilahi.
“Lepas
ni bakar tau kertas-kertas tu?” pinta Rezqan setelah menjarakkan bibirnya
daripada dahi Yura. Pantas Yura menggeleng. Rezqan mempamerkan riak tidak
berpuas hatinya. Yura mencapai tangan Rezqan dan digenggam erat. Mata Rezqan
ditenung penuh kasih.
“Yura
nak simpan sebagai kenangan kita. Kertas-kertas tu mempunyai cerita tersendiri.
Cerita-cerita tentang abang. Cerita yang membawa kita ke kesudahan ini.
Kesudahan yang Yura tak pernah jangkakan. Yura simpan ya abang?” tutur Yura.
Rezqan tersenyum lantas dia mengangguk, menyatakan persetujuannya.
“Abang
ada surprise untuk Yura hari ini. We will recieve a guest today. Just
get ready,” kata Rezqan. Yura menyandarkan kepalanya di sisi lengan Rezqan.
Doanya, moga bahagia akan terus menjadi milik mereka. Penat rasanya menderita
selama ini. Penat menahan rasa sakit selama ini. InsyaAllah, moga bahagia
menjadi milik mereka.
“YURA
rasa tak percaya. Semuanya berlaku dalam sekelip mata. Janji Allah itu
pasti. Walau sepahit mana pun dugaan yang diterima, pasti akan ada kemanisan
pada akhirnya,” tutur Yura, cermat. Zamir tersenyum memandang Yura.
“Happy-lah
ni?” soal Zamir. Yura tersenyum dan mengangguk. Ya, dia gembira dan bersyukur.
“Nasib
baik kita betul-betul adik-beradik. Kalau tak sia-sia aje abang dapat dosa
percuma sebab tengok rambut Yura masa merawat Yura minggu lepas,” kata Zamir.
Rezqan menjeling ke arah Zamir di sebelahnya.
“Bukan
setakat tengok, siap pegang dan ambil lagi. Kalaulah Yura bukan adik abang,
memang teruklah saya kerjakan abang,” ujar Rezqan. Yura sudah tersenyum-senyum
di belakang. Rezqan yang sedang memandang ke arah cermin pandang belakang
ternampak akan senyuman isterinya itu.
“Adalah
tu dalam otak dia,” kata Rezqan. Yura memandang suaminya. Dia memperlihatkan
air muka comelnya.
“Tak
adalah, cuma kelakarlah abang panggil Abang Zamir dengan panggilan abang.
Yalah, abang lagi tua daripada Yura lima tahun. Abang Zamir kan kembar Yura,”
jelas Yura sambil ketawa perlahan.
“Tak
apa, unik,” jawab Rezqan. Pada mulanya, dia turut merasakan perkara itu
kelakar. Masakan tidak, usianya adalah 29 tahun manakala usia Yura adalah 24
tahun. Baginya, Zamir yang lebih muda daripadanya mesti dipanggil abang kerana
Zamir itu adalah abang iparnya.
“Okey,
dah sampai,” ujar Zamir. Rezqan memberhentikan keretanya lantas enjin kereta
dimatikan. Mereka melangkah keluar daripada kereta.
“Abang,
seriously?” soal Yura kepada Zamir. Matanya masih tertancap pada sebuah
rumah banglo yang tersergam indah di hadapannya. Pandangannya jatuh pula pada
insan-insan yang sedang berdiri di muka pintu rumah itu. Rezqan sudah
mendapatkan mereka. Dia memang sudah kenal dengan ibu bapa Zamir memandangkan
Zamir itu sahabat baiknya.
“Yes,
kerja keras abah membuahkan hasil yang lumayan,” jawab Zamir. Yura
mengetap bibirnya. Semewah inikah keluarga kandungnya?
“Kami
dah cuba cari Yura di rumah anak-anak yatim tu. Tapi pada hari tu, ketika umur
abang masih sembilan belas tahun, Yura baru sahaja keluar daripada rumah itu.
Kita kembar tapi nasib kita berbeza, Yura. Abang dapat belajar tinggi-tinggi
tapi abang kesal sebab Yura tak dapat lakukan perkara yang sama.
When
I was eighteen, abang rasa teruja sangat bila dapat keputusan SPM dan abang
kesal sebab abang tak dapat kongsikan keterujaan abang bersama dengan kembar
abang, Yura. Abang tak dapat tanya apa keputusan Yura. Because on that day,
abang tak pernah diberitahu yang abang ada kembar,” jelas Zamir.
“Macam
mana abang tahu tentang Yura akhirnya?” soal Yura. Zamir tersenyum.
“Kebetulan
masa tu cuti, abang baliklah rumah. Secara tak sengaja, abang terdengar
perbualan mak, abah, kakak, dengan along. Tentang Yura. Perang dingin jugaklah
selama dua hari masa tu. Sampai mogok makan,” kata Zamir bersama ketawa kecil.
Lucu apabila terkenangkan kisah dahulu. Puas sudah emak dan kakaknya memujuknya
namun dia masih tetap dengan protesnya. Selama dua hari itu, dia hanya makan di
luar sahaja sehinggalah dia sangat teringin untuk menikmati air tangan emaknya.
Yura yang mendengar kata-kata Zamir tersenyum hambar.
“Walau
apa-apa pun, Yura takkan salahkan mak dengan abah. Yura takkan salahkan
mereka,” kata Yura. Air matanya menitis.
“Dahlah,
jangan menangis. Kata nak jumpa mak dengan abah? Jom,” ajak Zamir. Tangan Yura
dicapai. Yura hanya menuruti langkah kaki abang kembarnya itu.
“Assalamualaikum,”
ucap Zamir. Mereka yang berada di muka pintu itu menjawab salamnya. Yura
menjadi perhatian mereka.
“Mak,
abah, kakak, dan along, ni Yura Zahrah,” ujar Zamir memperkenalkan Yura. Puan Zarina
menerpa ke arah Yura. Dipeluk erat tubuh anaknya itu. Bagai melepaskan rindu
yang dipendam selama 24 tahun. Mengalir air matanya membasahi pipi.
“Mak
minta maaf Yura. Mak terpaksa buat Yura macam tu. Mak sayangkan Yura.
Sangat-sangat sayangkan Yura,” kata Puan Zarina sebak. Yura membalas pelukan
emaknya.
“Yura
tak pernah salahkan sesiapa atas apa yang telah terjadi terhadap Yura. Yura
anggap ni aturan Allah untuk Yura. Sekurang-kurangnya, Yura dapat tahu siapa
keluarga kandung Yura. Yura dapat tahu siapa ibu yang bersusah payah
mengandungkan dan melahirkan Yura dengan Abang Zamir. Bukan senang nak
kandungkan kembar dan bukan senang nak lahirkan kembar,” tutur Yura. Puan
Zarina meleraikan pelukannya. Yura mencapai tangan emaknya lantas dicium penuh
hormat. Puan Zahrah mencium dahi dan kedua-dua belah pipi anaknya.
“Abah.”
Yura memandang wajah Encik Yusri di hadapannya. Encik Yusri tersenyum. Air mata
seorang lelaki yang bergelar bapa menitis jua. Rindu buat anak bongsunya itu
terasa tidak tertanggung lagi. Yura mencapai tangan abahnya lantas dicium penuh
hormat. Tubuh abahnya turut dipeluk. Encik Yusri membalas pelukan itu.
“Bukan
niat abah untuk meninggalkan Yura. Tapi keadaan yang memaksa abah. Abah minta
maaf Yura,” tutur Encik Yusri. Yura mengangguk sambil meleraikan pelukannya.
“Yura
tak salahkan sesiapa. Tapi Yura mohon, jangan tinggalkan Yura lagi. Berilah
peluang untuk Yura merasai kasih sayang seorang ibu juga bapa kandung. Berilah
peluang untuk Yura menikmati hidup dengan sebuah keluarga kandung,” luah Yura.
Puan Zarina dan Encik Yusri mengangguk-angguk.
“Kami
takkan tinggalkan Yura lagi. Kakak pun rindukan Yura,” ujar Yusma. Zaidi yang
berada di sebelah Yusma mengangguk, mengiakan kata-kata adiknya.
“Kakak.
Terimalah Yura dalam keluarga ini kembali,” kata Yura sambil mencium tangan
Yusma. Yusma mengangguk. Tubuh Yura didakapnya buat seketika.
“Sepatutnya
along yang mak tinggalkan, bukannya Yura. Maafkan along Yura,” bicara Zaidi.
Yura menggeleng setelah menyalami tangan Zaidi.
“Allah
tentukan jalan hidup Yura begini. Jadi Yura sebagai hambaNya yang lemah,
perlulah akur. Yura tak kisah along. Perjalanan hidup Yura menyingkap pelbagai
pengalaman. Pengalaman mengajar Yura erti kehidupan. Pengalaman mengajar Yura
untuk menjadi lebih dewasa. Pengalaman mengajar Yura untuk tidak mengulangi
kesilapan lalu. Pengalaman menjadikan Yura seorang yang kuat dalam menjalani
liku-liku kehidupan,” kata Yura.
“Memang
sebijik macam Zamir perangai Yura. Suka sangat cipta ayat berbunga-bunga,” kata
Zaidi. Zamir sudah mempamerkan sengihnya.
“Kembar
sejati. Walaupun lahiriah kami terpisah selama mana usia kami, tapi hati kami
tetap bersama. Sehati dan sejiwa,” tutur Zamir. Yura sudah tergelak
mendengarnya. Ada-ada sajalah abang kembarnya itu!
“Tambah
satu lagi, Mir. Sehati, sejiwa, dan serupa,” tokok Rezqan yang sedari tadi
hanya menjadi pemerhati. Yura memandang sekilas wajah suaminya.
“Muka
kita sama ke?” soal Yura. Dia memandang wajah Zamir. Zamir bergerak mendekati
Yura bersama dengan senyuman lebar di bibirnya.
“Memang
sama,” balas mereka yang lain serentak. Zamir mengangkat-angkat keningnya.
“Biasalah,
kembar sehati, sejiwa, dan serupa. Mana nak cari? Sikit je tau dalam dunia ni,”
kata Zamir. Yura menyiku pinggang abang kembarnya itu.
“Eleh,
poyolah Abang Zamir ni!” ujar Yura. Zamir masih lagi mengangkat-angkat
keningnya walaupun pinggangnya masih sakit akibat disiku oleh Yura. Semoga
kebahagiaan dan kemesraan yang terjalin akan terus berkekalan dan dirahmati
Allah.
“ASSALAMUALAIKUM
ibu dan anak ayah. Buat apa tu?” Rezqan mengusap perut isterinya yang
sedikit membukit dari belakang. Dagunya diletakkan di atas bahu Yura.
“Waalaikumussalam.
Agak-agak kalau pegang pisau ni tengah buat apa?” soal Yura. Pisau yang
dipegang diletakkan lantas tangannya dibasuh dan dilap sehingga kering. Setelah
itu dia berpaling dan mencapai tangan Rezqan seraya dicium penuh taat. Rezqan
mengucup dahi isterinya.
“Bunuh
orang,” jawab Rezqan selamba. Yura sudah memalingkan kembali tubuhnya bagi
meneruskan kerjanya. Rezqan masih berada di belakang isterinya.
“Abang...
apa bunuh-bunuh ni? Berdosa tu. Berdosa
besar.” Yura menyatakan rasa tidak senangnya. Rezqan ketawa perlahan.
“Guraulah
sayang. Nak abang tolong tak?” soal Rezqan sambil mengemaskan rambut Yura yang
melepasi bahu.
“Tak
apa, Yura boleh buat,” balas Yura. Rezqan memeluk pinggang Yura dan pipi
isterinya dicium.
“Abang
nak tolong jugak. Takkan tak ada apa-apa kot? At least bagilah abang
potong sayur ke, potong bawang ke,” kata Rezqan. Yura tersenyum lantas membuka
langkahnya. Kalau suaminya sudah mahu membantu, apa salahnya?
“Okey,
abang potong sayur, Yura potong ikan. Pastikan, abang buat kerja abang
diam-diam. Jangan kacau Yura macam selalu. Bahaya tau bergurau dekat dapur ni,”
pesan Yura.
“Okey
bos!” Rezqan mengambil tempatnya dan melaksanakan tugasnya.
“Sayang...”
Hah, dah agak dah. Tak boleh diam langsung! Tak sampai dua minit pun lagi,
desis Yura di dalam hatinya.
“Ya
abang...” sahut Yura manja. Dia memandang Rezqan yang sedang memandang dirinya.
Wajah Rezqan dihiasi dengan seukir senyuman.
“Abang
rasa fobia abang dah tak ada. Cinta memang ada magisnya yang tersendiri,” kata
Rezqan. Yura tersenyum. Oh, ingatkan kenapalah tadi, kata Yura di dalam
hatinya.
“Setiap
perempuan itu lain sikapnya abang dan cinta itu memang ada magisnya. Magisnya
cinta bila Yura mampu bertemu dengan keluarga Yura kembali. Magisnya cinta bila
cinta itu mampu mengubah suami Yura ni. Magisnya cinta bila ditemani kesabaran
kerana cinta itu akan lebih bernilai untuk dirasai,” tokok Yura. Rezqan
mengangguk tanda setuju. Yura meneruskan kerjanya kembali.
“Sayang...
I am the luckiest man on the earth for having you as my wife. A wife who could
understand me. A wife who had a high level of patience. Seorang
isteri yang sentiasa ada untuk abang. Terima kasih Yura Zahrah, kerana sudi
melengkapkan hidup Rezqan Ferdaus. Rezqan Ferdaus cintakan Yura Zahrah,” ucap
Rezqan sambil memeluk pinggang Yura dari arah belakang. Dagunya diletakkan di
atas bahu Yura. Tugas memotong sayurnya sudah selesai. Jadi tugasnya sekarang
adalah menganggu ketenteraman Yura. Yura tersenyum bahagia. Bersyukur kerana
miliki seorang suami seperti Rezqan.
“And
I am the luckiest woman on the earth for having you as my husband. Why? Because
you love me. Because you’re kind and hardworking. Because you could understand
me. Because you are so sweet. Because...” Yura berhenti seketika. Rezqan
masih menanti ayat Yura yang seterusnya.
“Because?
Apa lagi?” soal Rezqan. Yura memalingkan tubuhnya menghadap Rezqan. Dia
tersenyum. Tampak cantik dan comel wajahnya dengan senyuman itu. Tangannya melingkari
leher Rezqan.
“Abang, terlalu banyak alasan kenapa Yura rasa
bertuah sebab memiliki abang sebagai suami Yura. Terima kasih abang kerana
menerima Yura dalam hidup abang. Terima kasih atas cinta abang buat Yura. Yura
Zahrah loves Rezqan Ferdaus more. Kadang-kadang, cinta Yura kepada abang
takkan mampu diungkapkan dengan kata-kata tetapi mampu dilahirkan dengan
perbuatan. Pengakuan setulus hati daripada isterimu,” tutur Yura. Senyumannya
tampak semakin mekar dan menawan. Rezqan tersenyum bahagia. Bahagia
mendengarkan ungkapan isterinya itu. Bahagia memiliki isteri seperti Yura
Zahrah. Dahi Yura dikucup kasih. Moga bahagia terus menjadi milik mereka. Moga
cinta yang dibina mampu dibawa hingga ke syurga.
Pesanan penaja: Assalamualaikum readers! Apa khabar? Harap korang sihat-sihat sahaja. Musim beraya ni wajib jaga kesihatan. Okey, cerpen ni tak tahulah okey ke tak. Macam mengarut pun ada. Tapi apa-apa pun, saya tetap berharap agar pembaca semua sudi tinggalkan komen ya? Berikan komen kalian tentang cerpen ni. Harap korang suka. Terima kasih! Sayang korang! ^_^ May Allah bless us. *Cerpen ni special kat blog. Saya tak masukkan dalam ILHAM. Hehe, :)*
:) bez cerpen ni, tp keliru ckit masa kt dapur yg yura pecahkan brg tu, tu jam 2 pagi or dh pagi benar
ReplyDelete@Nur Eza, terima kasih sudi baca dan komen ya? Masa Yura pecahkan barang tu pukul 2 pagi. Hehe, maaf ya sebab buat awak keliru. Jemput singgah ke sini lagi untuk baca karya-karya saya pada masa akan datang. Sekali lagi, terima kasih, :).
Deleteaslmkm..best sgt ! Sbnrnya bnyk lgi pengisian yg perlu d masukkn..mcm ada yg ksong.. apapun congrat sbb dh buat air mata saya mengalir..hehe..sya mmg pminat cerpen pndek..so cerpen pendek online mmg plhn sya..jln crita biasa tpi menarik..part zamir jumpa yura tu klau ada pengisian mood teruja dn terkjut yg best tntu lgi mnarik..anyway best ! Perbnykkn karya .. gud luck.
ReplyDelete:):D;)8-):*:>:odaebak!!!
ReplyDeleteBest.!
ReplyDeleteBestnya...dh hbis tisu duk bwat lap ayaq mata.. sedih, romantik sume cukup. Kalau bwat novel ni mesti lgy best n brtmbah kotak tisu jwbnye. Ada tisu x? Haha. Btw..
ReplyDeletejmputlh jngh ke blog sye gurlzisme.blogspot.com. truskan brkarya!!
Layan....
ReplyDeleteBest ....
ReplyDeleteGila punya wallpaper,boleh jadi rabun arnab.
ReplyDeleteCool and I have a keen present: Whole House Remodel Cost entire home renovations
ReplyDelete