Total Pageviews

FIRST BABY

Saturday 31 December 2016

Cerpen- Hidayah Dia (Part 6)

Pesan penulis: Assalamualaikum, :). New update of Hidayah Dia untuk menggantikan update RUN yang tak jadi (boleh baca posting Selamat Tahun Baru untuk tahu sebab RUN tidak diupdate). Just nak inform kepada sesiapa yang tertanya2 bila cerita ni nak tamat, saya akan letak perkataan FINALE pada tajuk posting yang terakhir seperti apa yang dah saya buat pada cerpen2 sebelum ni. Enjoy reading, :). Mohon maaf segala kekurangan. Ni memang tak ada edit2 balik. Raw je.





            Walaupun Ihsan pernah menyakiti aku dulu, adil ke untuk Ihsan jika aku mengungkit mengenai siapa dia semasa namanya Zachary dulu? Semasa dia kafir dulu? Adil ke untuk dia?

            Tak, aku tahu tak adil jika aku ungkit siapa dia ketika dia kafir dahulu. Aku tahu, apabila dia memilih Islam, maka dia memilih untuk menjadi lebih baik. Aku yakin Allah tahu Ihsan mampu.

            Dan mungkin, aku perlu tolak tepi soal dendam. Ya, dendam lama itu. Dendam yang aku kata kalau aku jumpa dia, aku akan kerat lapan belas badan dia.

            Aku mungkin perlu pandang ke depan, sebab aku tahu, dalam hati aku ada sayang. Sebab aku tahu, Aryan terlalu sayangkan Ihsan.

            Benarlah kata Wardina. Bukan hak aku untuk hukum dia apabila Islam sendiri telah menyempurnakan dia. Aku perlu yakin. Yakin akan ketentuan Allah. Dan yakin akan Arifihsan.




            Hari ni birthday your hubby. Don’t forget that! Naufal suruh pesan semalam lagi sebenarnya. Tapi terlupa. So sorry!

            TAK tahu apa perasaan aku sekarang ni. Mata terus pandang jam pada dinding bilik. Pukul 10 malam kut! Kedai mana yang buka masa-masa ni?

            Teruk punya adik! Boleh pula dia lupa nak bagitahu aku tentang ni semalam? Aduhai... Aku tak pernah pun ambil tahu fasal hari lahir Ihsan. Dan aku tak tahu pun hari lahir Ihsan begitu dekat dengan hari lahir Aryan. Agak-agaknya, boleh tak kalau hari lahir Ihsan aku sambut sekali dengan hari lahir Aryan esok?

            Tapi... Rasa tak seronok pula kalau aku tak bagi apa-apa kepada Ihsan. Apa yang aku nak bagi ya?

            Hai, kau dah terima dia ke, Nuha?

            Terima? Tak. Sayang? Ya. Tapi dia tak tahu dan aku harap dia takkan tahu.

            Aku terus membuka laci meja dan mengeluarkan satu plastik kertas warna. Aku ada masa kurang dua jam saja lagi sebelum tarikh berubah. Harap-haraplah sempat siap.


            11.45 MALAM.

            Aku mengemaskan ikatan riben berwarna merah jambu terang dan ungu lembut itu sebelum aku bangkit daripada dudukku. Kaki melangkah ke arah meja solek dan gincu berwarna merah terang aku capai dan aku oleskan pada bibir sepekat yang boleh.

            Usai, kaki terus melangkah mendapatkan meja kembali dan aku melekapkan bibirku pada halaman depan buku skrap itu.

            Perfect!

            Tak sangka cubaan kali pertama aku untuk hasilkan bentuk bibir yang cantik terus menjadi. Cayalah, Nuha!

            Sehelai kertas berwarna biru lembut aku capai dan pen berdakwat hitam aku gunakan untuk menulis sesuatu di atas kertas itu.

            Happy birthday, Arifihsan! I just knew at 10 pm just now that today is your birthday and I have nothing to buy as a present for you. So I thought of doing this. Hope you’ll like it. (I know that this is quite childish but this is all I can think to do)

            Oh ya! The birthday wish. Arifihsan Green bin Abdullah, hope that you had a really great day today and forever. I wish that you will have a thousand reasons to smile each day. And yaaa, may Allah bless you forever.

            This thing that I’ve always wanted to tell you.

            I forgive you. Let’s be friend, maybe?

            Hah? Apa yang aku mengarut ni?

            Cepat-cepat aku potong ayat ‘Let’s be friend, maybe?’ itu. Tak puas hati, aku capai liquid paper di atas meja dan aku menindih tulisan tadi dengan cecair putih itu. Terus sahaja aku bawa ke mulut dan aku tiup supaya cepat kering. Setelah kering, aku meletakkan gam pada sebahagian kecil halaman belakang helaian kertas itu dan aku gamkan pada buku skrap di atas meja. Sempat lagi mata menjeling jam pada dinding. 11.53.

            Mesin pencetak yang masih hidup aku matikan dan skrin komputer riba aku turunkan. Buku skrap di tangan terus kubawa bersama-sama untuk diserahkan kepada birthday guy hari ini.

            Aku terus ke bilik Aryan sebab aku tahu dia mesti ada dengan Aryan.

            Buka sahaja pintu bilik Aryan, aku terus memakukan pandangan ke arah katil. Namun katil itu hanya dihuni Aryan yang sedang nyenyak. Aduhai, dia dekat bawah ke? Harap-haraplah sempat sebelum tarikh berubah! Lalu terus sahaja aku berjalan laju ke tingkat bawah.

            Entah kenapa aku akan rasa terkilan sangat kalau lambat bagi hadiah ni kepada dia. Dada terasa sempit. Mata dah rasa panas semacam. Ya Allah, kenapa aku sensitif sangat ni?

            Sampai sahaja di dapur, aku tengok ruang dapur itu kosong. Ruang tamu pun tak ada manusia. Habis tu? Mana Ihsan?

            Mata sempat lagi menjeling jam pada dinding ruang tamu. 11.58. Tapi jarum jam saat tu dah nak sampai ke angka dua belas pun.

            Tak semena-mena air mata dah jatuh setitis semasa aku sedang berkejar ke tingkat atas. Aku pergi semula ke bilik Aryan. Buka sahaja pintu, aku dengar suara Ihsan baca surah al-Fatihah dan aku nampak dia sedang menunaikan solat.

            Sedihnya aku... Mata mengerling ke arah jam di atas meja lampu tidur di sisi katil Aryan. Dah pukul 12.01 dah pun. Dan aku tak tahu apa masalah emosi aku, tapi aku rasa nak sangat menangis bersungguh-sungguh.

            Maka, berkat emosi yang tak terkawal itu, automatik tubuh melorot jatuh dan aku menunduk memandang lantai sambil menangis macam orang putus asa. Kedua-dua belah kaki aku rapatkan pada tubuh dan kemudian aku peluk. Hanya aku dan Allah saja yang tahu betapa bersungguh-sungguhnya aku menangis pada ketika ini.

            Sedihnya aku... Ihsan baik sangat. Dan aku tak pernah nak ambil tahu fasal dia. Buruknyalah perangai aku ni... Tang manalah yang Ihsan nampak aku ni sempurna sangat? Ya Allah, entah apa-apanya aku ni. Nak bagi hadiah hari lahir dia pun tak sempat. Sedihnya aku.

            Bila mata tiba-tiba terpandang Ihsan yang sedang solat, lagilah kuat aku menangis. Esakan aku tak mampu untuk aku tahan daripada terkeluar walaupun mulut sudah aku tekup. Memang macam menangis masa kecil-kecil dulu. Siap tersedu-sedu sebab tak cukup oksigen.

            “Astaghfirullahalazim...”

            Aku angkat muka sedikit apabila mendengar suara itu. Nampak Ihsan tengah bangun daripada tikar sejadah dan melipat sejadah itu sebelum berjalan menghampiriku. Aku kacau Ihsan solat ke? Maka, air mata terus menderu-deru keluar.

            I did... didn’t... me... mean... to... to disturb... you. I’m... m sor... ry” Teruk betul sedu aku pada ketika ini. Langsung aku tak angkat muka pandang Ihsan yang aku tahu dah berada di hadapan aku.

            I didn’t say that you’re disturbing me. Why are you crying this hard at the middle of the night?” Lembut sahaja nada bicaranya yang kini sudah berada di sisiku, barangkali turut bersandar pada dinding sepertiku. Aku terus menggelengkan kepalaku, menjawab soalannya tadi. Takkan aku nak jawab bahawa aku menangis sebab dia terlalu baik?

            Okay, it’s okay. Easy. Calm down, Nuha.

            Makin dia suruh aku bertenang, lagilah aku rasa tak boleh bertenang. Aku takkan boleh bertenang selagi aku nampak kebaikan dia.

            Nuha...” Tegas bicara itu dalam lembut. Maknanya dia suruh aku berhenti menangislah. Macam masa aku suruh Aryan berhenti menangis. Dan selalunya aku akan peluk Aryan untuk tenangkan dia. Tapi Ihsan tak buat macam tu sebab aku tahu dia tak nak aku marah.

            Aku kesat air mata dengan tudung. Tak tahu dah macam apa rupa aku sekarang. Aku cuba untuk berhenti menangis, tapi susah sangat. Walaupun air mata dah kukesat hingga bersih, tetap ada lagi air mata yang keluar. Sedu masih tetap aktif, tanpa ada tanda-tanda hendak berkurang.

            Akhirnya aku menyandarkan kepala pada lengan Ihsan dan wajah kututup dengan tudung sebab aku tak nak Ihsan nampak muka aku yang aku dapat rasakan tak ada rupa aku. Tanpa aku sangka, Ihsan merangkul bahuku dan menarik aku rapat kepada tubuhnya. Aku selesa begini. Sungguh. Tangisku semakin berkurang dan akhirnya hanya sedu yang bersisa bersama esakan tanpa air mata.

            Tudung aku turunkan daripada wajah dan permaidani yang mengalas lantai bilik Aryanitu menjadi mangsa renunganku.

            You cry like Aryan did. Like a four years old child.” Aku tak boleh halang bibir aku daripada tersenyum apabila mendengar bicara itu.

            I’m... m sorry...” Sedu masih lagi bersisa. Oh, baru aku rasa malu nak pandang muka Ihsan!

            Why are you crying that hard?” Ihsan mengalihkan tangannya daripada bahuku seraya aku menegakkan kepalaku. Aku menggelengkan kepalaku, tak mahu beritahu alasanku.

            And why are you still awake at this hour?” Soalan itu aku biarkan sepi tanpa jawapan. Aku mahu seduku berhenti dahulu.

            Sebaik sahaja sedu telah berhenti, aku mengangkat pandanganku dan memandangnya. Kaki yang kupeluk rapat pada tubuh sebentar tadi, aku turunkan dan sila kupasang.

            Belated happy birthday...”tuturku perlahan. Tapi aku tengok muka Ihsan macam tengah tahan gelak.

            I’m sorry, Nuha. But...” Dan tiba-tiba dia mengangkat tangan kanannya dan tangan itu dia gerakkan menghampiri wajahku. Aku terkejut apabila jemarinya menyentuh bahagian hujung bibirku. Terus sahaja aku menarik kepalaku ke belakang.

            Why?” Cepat-cepat tangan memegang bibir sendiri. Ada apa-apa ke pada bibir aku? Aku tengok Ihsan memang bersungguh-sungguh tahan gelak dia. Beria-ia dia cuba sembunyikan senyum dia.

            Ihsan, why?” Aku betul-betul tak puas hati sekarang ni. Jari aku yang menyentuh bibir tadi memang tak ada apa-apa kesan pun.

            Come here. You got that...” Maka aku pasrah sahaja membiarkan dia menenyeh sesuatu pada bahagian bibirku. Aku rasa semua jari dia dah guna. Dan apabila dah selesai, dia angkat telapak tangan kanan dia dan regangkan jari-jari dia sebelum tunjuk kepada aku. Merah! Ya Allah! Baru aku ingat fasal gincu yang aku tak sempat lap semula tadi. Malunya! Mesti dah comot gila tadi. Patutlah Ihsan gelak.

            What did you do with this at this hour, Nuha?” Dia menggoyang-goyangkan tangannya dengan gelak kecil yang meletus daripada bibirnya. Aku rasa muka aku dah macam pakai blusher sekarang ni.

            Buku skrap yang berada di atas riba sedari tadi akhirnya aku ambil dan aku hulurkan kepadanya.

            Belated happy birthday. Sepatutnya saya sempat wish tanpa belated tadi kalau first attempt saya untuk jumpa awak dekat sini tadi tak gagal. I didn’t find you in here. I thought you were downstairs but you’re not there until I realized that I forgot to find you in the toilet,” tuturku.

            And that’s why you are crying?” soal Ihsan sambil menyambut huluranku.

            “Mana ada!” Mungkin refleks spontan, secara tidak sengaja aku terpukul lengannya. Aduh... Kau fikir Ihsan ni abang kau ke, Nuha? Tapi mujurlah Ihsan gelak sahaja.

            Aku perhati Ihsan yang sedang membaca tulisan aku pada helaian biru yang kutampal tadi. Haish... malu aku kalau dia nampak kesan liquid paper tu. Tapi dia tak banyak cakap, terus sahaja dia selak buku skrap itu. Harap-harap dia sukalah sebab aku nampak dia asyik senyum saja bila tengok isi kandungan buku skrap tu.

            That picture when I was pregnant, Dina yang ambil masa saya mengandung lapan bulan. The only one gambar mengandung yang saya ada. The only one gambar yang saya boleh tunjuk dekat Aryan and tell him that he is the one inside my womb.” Tiba-tiba aku bercerita sambil mata pandang gambar yang aku tampal pada buku skrap itu. Gambar itu pun, Dina ambil secara curi-curi semasa aku sedang tenggelam dengan bunga yang bersepah-sepah masa musim bunga.

            “Ni masa Aryan baru lahir. He’s still red. Mata dia buka sikit-sikit aje.When I looked into his eyes, I just felt that he knew that I’m his mother and I cried because I’m so scared that I can’t be a good mother to him.

            “Nuha...” Tiba-tiba Ihsan bersuara. Aku pandang Ihsan yang sedang pandang aku. Baru aku perasan, kedudukan kami amat dekat.

            “Siapa azankan Aryan?” Aku senyum dan pandangan aku tundukkan kembali memandang buku skrap pada tangan Ihsan.

            “Adik Dina, Hizam. Dia first year engineering masa tu.”

            “Hizam... Dia ada datang kan masa Husna nikah?” Aku angguk. Kemudian Ihsan meneruskan lagi pemerhatiannya pada buku skrap itu.

            This picture of his eyes... I took six days after his birth to really accept him. Tu pun lepas Dina ugut untuk bagi nama pada Aryan dan ambil Aryan daripada saya. Hari ketujuh, baru saya sedar, Aryan have your eyes on him. That grey coloured eyes.

            That I tried to hide from you.

            Using that fake spectacle?

            That you broke.” Aku ketawa. Ihsan pun sama.

            Can I ask you something?

            “Apa?”

            Why did it take you quite long to accept Aryan?

            Because of you. Saya banyak sangat berfikir masa tu. Mengenai agama Aryan, soalan-soalan yang akan dia tanya mengenai ayahnya apabila dia dah besar, persepsi keluarga saya... Banyak sangat perkara yang perlu saya pertimbangkan sebelum saya buat keputusan untuk terima Aryan. Dina dan Hizam banyak sangat tolong saya. Banyak sangat ingatkan saya pada Allah. Ingatkan saya bahawa Aryan tak ada dosa walau secalit pun. Dan mereka ingatkan saya bahawa seorang anak itu tidak pernah menjadi kafir, melainkan ibu bapanya yang mahukan dia menjadi kafir. Saya hidup dengan pegangan itu. Saya membesarkan Aryan dengan ajaran Islam kerana saya mahukan dia menjadi seorang Muslim yang kenal akan Tuhan-Nya dan sentiasa taat akan Tuhan-Nya.”

            “Nuha.”

            Aku pandang Ihsan.

            Thank you for doing the right thing,” ucap Ihsan.

            Aku tundukkan kembali pandangan aku.

            “Tengok gambar ni, muka Aryan masa first time makan. Saya bagi dia avocado puree. Dia suka tau. And this one, Aryan ada satu habit. Kalau dia penat sangat main dalam satu hari tu, dia cenderung untuk tidur masa tengah makan. And then dia akan menangis sebab saya rasa dia keliru antara makan dengan tidur, mana satu yang dia patut buat.” Aku dengar Ihsan ketawa.

            Here, Hizam yang ambil gambar ni. Masa ni Aryan baru dapat kaki. Penat tau saya nak kejar dia kalau dah bawa jalan-jalan tu.”

            “Keluar dengan Hizam aje ke?”

            “Taklah, John dengan Dina pun ada.”

            “Ni?” Jari Ihsan menunjukkan pada salah satu gambar Aryan yang sedang menangis.

            This one, Aryan tertidur masa tengah duduk. Dia bersandar pada dinding sambil tengok TV dengan tangan kanan dia ni, support badan dia. So then dia tertidur. Berpusing-pusing jugalah kepala dia sampai at one point, bila dia tegakkan kepala dia, kepala dia terhantuk pada dinding. Itu yang meraung tu.”

            And you sibuk ambil gambar dia?”

            “Ada video sekali okey?” Aku ketawa nakal. Dia juga ikut ketawa dengan kepala yang digeleng-geleng. Buku skrap itu terus kami selami bersama-sama. Ada kala aku yang sukarela bercerita mengenai gambar-gambar di dalam itu dan ada ketika dia yang bertanya.

            Habis sahaja menjelajah buku itu, aku duduk tegak kembali dengan tujuan menjauhkan muka aku dengan Ihsan. Buku skrap telah ditutup Ihsan dan dia kembali memandang muka hadapan buku skrap itu. Kertas berwarna biru lembut yang aku gamkan pada muka hadapan itu menjadi perhatian Ihsan.

            Sejurus itu dia pandang sekeliling bilik Aryan dan kemudian dia bangun daripada duduknya.

            “Nak pergi mana?” Entah apa-apanya aku punya soalan. Biarlah dia nak pergi mana pun.

            “Sekejap.” Selepas itu Ihsan terus berlalu ke tingkat bawah. Entah kenapa aku masih duduk dekat sini. Dah bagi tu, baliklah bilik semula. Kenapalah dengan kau ni Nuha.

            Aku terus bangun daripada dudukku dan mendapatkan Aryan yang sedang lena. Dahi Aryan kukucup sayang. Dah hampir seminggu aku tak dapat habiskan masa dengan Aryan sangat sebab kena gantikan tempat abang ipar aku yang tiba-tiba demam lepas balik dari luar negara hari tu. Tapi mujurlah Ihsan ada untuk jaga Aryan. Dia kerja dari rumah walaupun dia ada syarikat keluarga dekat Edinburgh. Lagipun dia sendiri cakap pada aku yang dia tak masuk campur banyak sangat dengan hal syarikat di sini sebab adik dia yang uruskan. Dia pula uruskan syarikat di Malaysia. Baguslah kalau macam tu, maknanya tak ada apa-apalah yang mengikat Ihsan di Aberdeen ni kecuali aku.

            Tapi aku pelik juga, dia punya ijazah perubatan tu dia campak ke mana? Ataupun dia ada ijazah business juga? Tapi kalau dia nak kerja dekat syarikat di Malaysia tu pun, tak perlu ijazah perniagaan pun dia boleh kerja. Dah nama pun syarikat keluarga dia.

            Eh, kenapa dengan otak aku ni? Asyik nak masuk fasal Ihsan aje.

            Aku terus bangkit daripada dudukku lantas langkah kuatur menuju ke bilikku. Baru sahaja nak tutup pintu bilik, suara Ihsan menghalang tingkahku.

            “Nuha, sekejap, sekejap.”

            “Ya?” Aku buka semula pintu yang hendak aku tutup tadi. Ihsan pandang aku. Aku pandang Ihsan. Adalah juga dalam dua minit dia tak cakap apa-apa.

            “Nak cakap tak? Kalau tak saya tutup.” Akhirnya aku yang bersuara bila tersedar yang aku dah tertenung muka dia.

            So sweet of you, Nuha.

            “Hmmm?” Aku tak faham. Tiba-tiba puji aku ni kenapa?

            I will remember this birthday for the rest of my life.

            Even without a birthday cake?” soalku. Ihsan senyum dan angguk.

            This scrap book is not childish. I love it so much. And the most precious thing is your forgive. Thank you so much, Nuha.

            “Baguslah kalau awak suka.”

            About that friendship thing... I agree.”Mata aku automatik membulat apabila mendengar bicara Ihsan itu. Wajah terasa panas.

            “Saya kikis.” Muka dia cool saja masa tengah cakap tu.

            “Ihsan!” Ihsan melepaskan tawanya.

            “Dah, go to bed.

            “Awak ingat saya ni Aryan ke?” Ihsan mengangguk.

            “Sebiji. Menangis pun macam Aryan.” Aku menarik senyum sebelum pintu bilik aku rapatkan perlahan-lahan dan aku kunci. Tuhan, aku tak ada rasa pedih pun apabila berbicara dengannya...