NAWAR MUSYIRAH membelek wajahnya pada cermin. Lipatan
tudungnya dikemaskan. Setelah itu, dia melangkah keluar bagi menyambung
kerjanya. Dulang yang berisi minuman yang telah disediakan diangkat untuk
diserahkan kepada pelanggannya.
Keluar
sahaja daripada ruang memasak itu, matanya menangkap satu wajah yang cukup
dikenalinya. Musyirah mendengus geram. Macam tak ada kedai lain aje nak pergi!
Gerutunya di dalam hati. Langkahnya tetap diatur menuju ke meja yang telah
memesan minuman tersebut.
Dalam
sekelip mata, terasa seperti tubuhnya dilayangkan oleh angin. Pantas matanya
cuba untuk mengesan siapa yang telah melanggarnya itu. Sempat lagi suspek
tersenyum kepadanya. Musyirah menjeling tajam.
“What
the?! Hei, kau buat kerja macam mana ni?” jerkah satu suara. Pantas
Musyirah memandang ke arah lelaki yang berada di hadapannya itu. Ternganga sedikit
mulutnya melihat kot lelaki itu yang sudah basah terkena air. Semua yang
memandang keadaan lelaki itu tersenyum-senyum.
“Ya
Allah! Maaf. My mistake,” ucap Musyirah. Dulang serta cawan yang jatuh
di atas lantai dikutip dengan pantas. Kurang asam kau Fizah. Kau yang langgar
dulang ni, aku jugak yang kena tanggung, kutuk Musyirah di dalam hatinya.
Telinganya sudah ditebalkan untuk mendengar bebelan lelaki di hadapannya itu.
Macamlah dia tidak kenal perangai homosapien yang satu itu.
“Hei,
kalau tak pandai buat kerja tu, baik tak payah kerjalah! Duduk rumah diam-diam
sudah!” herdik lelaki itu. Kot yang sudah basah itu dibuka dengan kasar. Wah, lebih
pulak dia ni! Diam sudahlah. Aku dah minta maaf pun, gumam Musyirah sekadar di
dalam hati.
“Nawar,
kenapa ni?” soal Darwis. Dulang yang berada di tangan Musyirah diambil. Musyirah
sekadar tersenyum. Ni lagi seorang manusia yang sangat menyakitkan hati.
Buat-buatlah dalam sehari tu kau duduk diam-diam, bebel Musyirah. Tidak berani
pula dia membebel secara siaran langsung. Biarlah dia membebel secara siaran
tertutup sahaja.
“Encik,
saya minta maaf. Memang silap saya. Kalau encik minta bayaran ganti rugi untuk
kot encik yang dah kena air manis ni, saya rasa saya tak mampu. Jadi, encik nak
saya buat apa?” soal Musyirah sambil matanya memandang wajah lelaki itu.
Puaslah dia harus mendongak memandangkan ketinggiannya hanya separas bahu
lelaki itu sahaja.
“Quit
your job,” tutur lelaki itu. Musyirah membesarkan matanya. Gila! Memanglah
kadang-kadang aku ni troublemaker, tapi takkanlah sampai nak suruh aku
berhenti kerja. Tak adil! Gerutu Musyirah di dalam hatinya.
“Takkanlah
sampai nak suruh Nawar berhenti kerja, encik? Dia cuma tertumpahkan air sahaja.
Tu pun dia tak sengaja,” kata Darwis, mempertahankan Musyirah. Musyirah sudah
membuat isyarat kepada Darwis supaya mendiamkan diri.
“So,
kalau kau tak nak dia berhenti, kau bayar ganti rugi untuk kot ni,” kata lelaki
itu. Musyirah mempamerkan muka meluatnya. Tak ada seorang pun staf restoran ni
yang mampu nak bayar ganti rugi kot tu. Bajet betullah dia ni! Kutuk Musyirah
di dalam hati.
“Encik
Nazhirin Syahran, I quit,” kata Musyirah. Apron yang tersarung pada
tubuhnya dibuka dan disangkut pada bahu Darwis.
“Good.
Take this coat and wash it. Make sure it is clean and smells good. You know how
to pass it to me,” kata Nazhirin. Kotnya dihulurkan kepada Musyirah.
Musyirah mengambil jua kot itu walaupun hatinya tidak pernah merelakan.
“Nawar,
awak tak boleh berhenti!” kata Darwis. Musyirah memekakkan telinganya. Kalau
hendak dibandingkan Darwis dengan Nazhirin, dia lebih rela mendengar bebelan
Nazhirin berbanding mendengar kata-kata tidak berfaedah Darwis itu. Wajah
Nazhirin sempat dijeling tajam sebelum Musyirah mengatur langkah laju keluar
daripada restoran itu.
“And
make sure I won’t see you in this restaurant anymore!” Nazhirin memberi
peringatan kepada Musyirah. Musyirah mengetap bibir menahan sebal. Kureng!
Tak apa, ada ubi ada batas. Ada hari, aku yang di atas, tutur Musyirah sekadar
di dalam hatinya. Kot Nazhirin yang berada dalam pegangannya terasa bagai ingin
dikoyak-koyakkan. Mujurlah dia masih sedar diri.
MUSYIRAH
menjeling sekilas pada kereta yang meluncur masuk ke dalam pekarangan rumah
itu. Pokok-pokok bunga masih tekun disiramnya. Bibirnya mengikut rentak lagu
yang didengarinya melalui ear plug yang dipasang pada telinganya.
“Syira!”
Nazhirin melaungkan nama Musyirah. Namun Musyirah tidak dapat mendengarnya.
Pantas dia mengatur langkah mendekati Musyirah. Bahu Musyirah dicuit. Musyirah
sedikit tersentak.
Secara
automatik dia berpaling bersama-sama dengan hos yang dipegangnya. Air yang
mengalir daripada hos itu membasahi Nazhirin. Musyirah melepaskan hos yang
dipegangnya. Wajah Nazhirin yang merah dipandang sambil tangannya mencabut ear
plug yang menghalang pendengarannya.
Pili
air ditutup sebelum dia mencapai tangan Nazhirin dan menarik Nazhirin untuk
masuk ke dalam rumah. Nazhirin yang baru sahaja hendak memulakan bicaranya sedikit
tersentak. Namun langkahnya tetap diatur menurut langkah Musyirah.
“Diam
okey? Saya tahu saya ni Miss Troublemaker dan awaklah manusia yang
paling malang sebab kena hidup dengan saya. Tunggu saya lap muka awak dulu,
barulah awak boleh membebel,” ujar Musyirah lantas berlari naik ke tingkat
atas. Tidak sampai dua minit, dia sudah berada di hadapan Nazhirin.
“Wait,
stop! Tuala siapa ni?” soal Nazhirin. Musyirah mengeluh perlahan.
“Jangan
berkira okey? Diam!” kata Musyirah sambil mengelap wajah Nazhirin dengan
cermat. Rambut suaminya yang basah turut dilap. Nazhirin hanya mendiamkan
dirinya sambil matanya merenung setiap inci wajah Musyirah.
“Okey,
dah siap. Maaflah,” tutur Musyirah sambil mengemaskan rambut Nazhirin yang
sudah kusut. Setelah itu, tuala yang dipegangnya disidai di atas kerusi. Dia
berpaling menghadap Nazhirin semula.
“Awak
boleh mula sekarang. Cakaplah apa-apa yang awak nak cakap,” kata Musyirah. Nazhirin
berdehem beberapa kali. Surut sudah kemarahannya. Lidahnya seakan-akan kelu.
Bagaikan tiada lagi aksara yang tinggal dalam kotak fikirannya.
“Cakaplah,”
tutur Musyirah lembut. Nazhirin mendengus kasar, memarahi dirinya sendiri.
Pantas langkahnya diatur ke tingkat atas. Kau tak boleh kalah dengan dia Naz,
tak boleh! Gumamnya di dalam hati. Musyirah sudah terkebil-kebil. Terserlah
riak kebingungannya.
“Pelik,”
desis Musyirah sambil jari telunjuknya diletakkan pada bibir. Dahinya berkerut
seketika seraya bahunya dijongket. Pintu rumahnya ditutup dan dikunci lantas
langkahnya diatur ke dapur untuk ‘bertukang’. Andai bukan dirinya yang memasak,
siapa lagi yang akan melakukan tugas itu? Kalau hendak diharapkan suaminya,
memang tidak mungkinlah. Tidak pernah walau sekalipun dia melihat dengan mata
kepalanya sendiri Nazhirin turun padang untuk memasak.
“DAH
solat Maghrib ke belum?” soal Nazhirin. Musyirah menggeleng sambil
memandang suaminya yang berdiri di muka pintu.
“Kenapa?
Nak jadi imam saya ke hari ni?” soal Musyirah. Nazhirin mengangkat keningnya. Why
not? Soal akalnya. No! Jangan kalah dengan dia! Tegah hatinya.
“Kan
lagi afdal bila berjemaah. Pahalanya dua puluh tujuh kali ganda. Saya bimbang
awak tak nak. Kalau awak tak sudi, tak apalah,” tutur Musyirah. Sikat yang
dipegang diletakkan di atas meja dan langkahnya diatur ke rak yang menyidai
telekung serta sejadahnya.
Baru
sahaja dia mencapai telekungnya, Nazhirin sudah bersuara.
“Tak
salah kalau nak berjemaah, tapi dalam bilik solat, okey?” soal Nazhirin.
Musyirah berpaling memandang suaminya itu. Segaris senyuman terbit di bibirnya
bersama-sama anggukan. Nazhirin membalas senyuman itu seadanya sebelum
melangkah ke bilik solat. Tangannya memegang dadanya buat sejenak. What is
going on now? Please, slow down! Gumamnya di dalam hati. Wajahnya diraup dengan
kedua-dua belah tangan kemudian terbit keluhan kecil daripada bibirnya.
“You
will not fall in love with her. Will not! Remember that Nazhirin, you will not
fall in love with her. You can’t love her, and you must never love her!”
Nazhirin berbicara seorang diri.
“Siapa
perempuan tu?” soal Musyirah. Pantas Nazhirin berpaling.
“Since
when you’re standing there?” soal Nazhirin. Musyirah mengambil dua helai
sejadah dan membentangkan sejadah-sejadah tersebut menghala ke arah kiblat.
“Cukup
untuk saya dengar you can’t love her and you must never love her. Awak
bercakap dengan siapa? Atau awak cuma bermonolog? Siapa perempuan tu? I
guess she is me. Sebab nasib dia macam hampir sama dengan nasib saya,”
tutur Musyirah.
“Look,
just forget about what you have heard. My words have nothing to do with you.
Come, let’s perform our prayer,” kata Nazhirin. Musyirah sekadar tersenyum.
Dia menjadi makmum mengikut Nazhirin sebagai imam.
Usai
menunaikan solat, Musyirah bergerak ke sudut bilik itu. Dia mengambil senaskhah
al-quran lantas dibuka bahagian terakhir yang dibacanya. Baru sahaja dia ingin
memulakan pembacaannya, Nazhirin memanggil namanya.
“Syira.”
Musyirah mengangkat pandangannya. Wajah Nazhirin dipandang.
“Kenapa?”
soal Musyirah. Nazhirin membuat isyarat supaya Musyirah duduk di hadapannya.
Musyirah hanya menurut.
“Aku
nak dengar pembacaan kau. As I am your husband jadi, aku kena didik kau.
Nak bagi nafkah batin... tak salah kan?” kata Nazhirin. Musyirah yang
mendengarnya sudah terkedu. Nazhirin kah lelaki di hadapannya itu? Ataupun dia
yang tersalah dengar?
“Saya
salah dengar atau memang awak yang cakap tadi tu?” soal Musyirah. Nazhirin
tersenyum. Bertambah terkedu Musyirah dibuatnya.
“You
have no sound trouble and yes, I had just said that I am your husband. So it is
my responsibility to guide you,” jawab Nazhirin. Musyirah menggigit
bibirnya seketika.
“You
know what? You’re acting weird,” ujar Musyirah. Nazhirin meraup wajahnya
dengan tangan kanannya.
“If
you realized about that, just ignore it. It is nothing to do with you. You may
start now,” kata Nazhirin. Musyirah buat tidak dengar. Takkanlah hendak
buat tidak tahu sahaja apabila ada yang tidak kena pada suaminya itu? Walaupun
‘kepelikan’ sikap suaminya itu tiada kena mengena dengan dirinya, dia tetap
ingin mengambil tahu juga. Itu tekadnya. Musyirah memulakan pembacaan al-quran
dengan penuh tartil sambil didengari oleh Nazhirin. Sesekali, Nazhirin menegur
kesalahan pembacaan Musyirah.
Pesanan penaja: Assalamualaikum, :). *salam kedua untuk hari yang sama. hehe, ^^* Okey, ini cerpen yang saya katakan tu. Saya masukkan ikut part-lah ya? Sebab rasa macam panjang sangat kalau masukkan semua sekali. Harap semua sudi baca dan tinggalkan komen. Tunggu sambungannya hujung minggu depan ya? Kalau ada request nak esok, mungkin saya boleh bagi. Tapi request mesti dinyatakan sebelum pukul 10 pagi esok, okey? Maklumlah, masih ada tanggungjawab lain, ^_^. Terima kasih, semua! Jazakumullahukhairan. Barakallahufiikum, ^^.
Nextbplease
ReplyDelete@ice_coolz: Terima kasih sudi baca dan request. Okey, InsyaAllah, akan dimasukkan part 2 hari ini. Terima kasih sekali lagi, ^_^.
DeleteTertanya2 plk mcne lah diorg ni blh kawin,
ReplyDeletebez.menarik
@Nur Eza: Terima kasih sudi baca dan komen. Dkt part 2 ada diberitahu mcm mna mereka bleh kahwin, ^_^.
Deletelike loveeeeee
ReplyDeletemantap sangat lh cerpen ni gan..
ReplyDeletesaya sangat suka bacaa nya...
mantap dah blog ni gan..