Assalamualaikum!
Ehem, okey, over sikit hari ni.
Tadi, entry pasal novel. Sekarang, saya buat entry tentang agama.
Tentulah agama Islam ya, sahabatku semua! Tajuk ni, saya suka
sangat-sangat. Tak tahulah kenapa, tapi saya suka. Hehe, :) Aurat wanita
ni bukan sahaja kaum Hawa yang perlu take note. Kaum Adam pun kena ya?
Kaum
Adam ni besar tanggungjawabnya. Kaum Adam harus melindungi kaum Hawa
dan menegur jika ada kesalahan. Ya tak? Kaum Adam kena jaga mak dia,
isteri dia, anak-anak perempuan dia, dan saudara perempuan dia. Fuh!
Susahnya... kan? Tapi, itulah hakikatnya. Kaum Hawa, memang mudah nak
masuk syurga. Kalau mudah nak masuk syurga, maknanya mudah jugalah nak
masuk neraka kan? Eh? Hehe, betullah! Bukannya main-main. Take it
serious dear Adam and Hawa!
Okey, okey. Balik semula
kepada topik kita, tentang aurat. Jadi, aurat wanita dengan lelaki yang bukan mahramnya dan wanita bukan Islam adalah seluruh
anggota badan kecuali muka dan tapak tangan. Nampak tak tu? SELURUH
ANGGOTA BADAN kecuali MUKA DAN TAPAK TANGAN. So, kenapa perlu didedahkan
anggota yang sepatutnya tertutup itu? Aurat wanita Islam dengan wanita Islam dan lelaki yang merupakan mahramnya adalah antara pusat hingga lutut. Tapi, fikirlah logik sikit, tak perlulah nak pakai baju yang tak beretika. Hehe, ^_^. Sedikit penambahan, aurat lelaki dengan sesiapa pun sama aje iaitu dari pusat sehingga lutut.
Okey, apa-apa
yang penting dalam menutup aurat ini, pakaiannya tidak boleh ketat dan
jarang. Jadi, kalau agak-agak kain pasang yang dibeli tu jarang,
pilihlah kain yang lebih tebal. Kalau pakai inner pun, tetap nampak
bentuk tubuh kan? Inner tu bukankah ketat? Legging dan inner merupakan
pakaian yang ketat ya kawan-kawan. Jadi, ianya tidak sesuai dipakai
begitu sahaja. Adalah sangat baik jika ia menjadi pakaian yang dipakai
pada sebelah dalam sahaja. Maksud saya, janganlah mempertontonkan dirimu
dengan berpakaian sedemikian.
Ehem, hand sock korang
tahu? Alah sarung lengan tu. Okey, jadi apa yang saya nak perincikan,
hand sock juga tidak boleh dipakai begitu sahaja*macam ayat iklan roti*.
Misal kata, lengan baju korang pendek, lepas tu korang pakai hand sock
supaya tak nampak lengan korang tu. Jangan lupa ya, tak nampak lengan
tapi bentuknya tetap nampak kan? Jadi kawan-kawan, hand sock pun hanya
untuk pemakaian dalaman SAHAJA tahu?
Okey, tentang
tudung pula. Pada era globalisasi kini*ayat karangan*, tudung dah
macam-macam fesyen dah. Aduhai, naik pening kepala saya melihatnya! Ada
sesetengah orang yang suka dan ada yang tidak. Almaklumlah, setiap
manusia ada cita rasa mereka yang tersendiri. Jadi daripada pemerhatian
saya, tudung-tudung zaman sekarang ni, ada yang dah nak serupa dengan
rambut. Yalah, tak boleh cara tu, syaitan hasut buat cara ni kan?
Korang, apa-apa yang nak dekat sama dengan rambut tu, kiranya macam
rambutlah juga. Ada faham? Hehe, :)
Para pembaca yang dirahmati Allah sekalian,
Pabila
bertudung itu, biarlah menepati syariat. Bertudung biarlah labuh
melepasi dada. Bertudung biarlah yang tidak jarang. Bertudung biarlah
yang tidak berlebih-lebihan. Kita memang tidak dapat dipaksa untuk terus
memakai tudung labuh. Pabila kita sudah ada tekad seperti, 'Satu hari
nanti, aku akan pakai tudung labuh, InsyaAllah' itu sudah cukup baik.
Melalui
pemerhatian saya lagi, ada sesetengah pihak yang suka menyingsing
lengan bajunya yang sudah panjang dan tindakan ini sekaligus menampakkan
auratnya. Awak, awak, awak, aurat kita yang terdedah itulah yang akan
disantap oleh api neraka terlebih dahulu. Sebenarnya, apa motif kita nak
singsing lengan baju sampai macam tu? Panaskah? Tidak kan korang?
Kerana satu hal yang perlu sentiasa diingati, di neraka itu, panasnya
berlipat kali ganda, sahabat! Berlipat kali ganda. Jadi korang, tak
payahlah singsing lengan baju tu. Kalau singsing pun, lengan tu bukannya
bertambah putih ya tak?
Tentang pemakaian stokin atau
sarung kaki. Kaki juga merupakan aurat wanita. Korang ingat kan? SELURUH
ANGGOTA BADAN kecuali MUKA DAN TAPAK TANGAN. Jadi, pembaca-pembaca
sekalian, kaki seorang wanita itu pun adalah aurat. Pakailah sarung kaki
ataupun stokin. Tak semestinya kita kena pakai stokin yang berwarna
coklat ataupun hitam itu. Sebagai seorang remaja, saya yakin bahawa
ramai remaja yang suka bergaya. Jadi, bolehlah kalau korang nak pakai
stokin warna-warni macam pelangi ke apa ke... Apa-apa yang penting,
sahabat, coraknya janganlah berlebihan sampai boleh menarik perhatian
kaum Adam. Stokin juga tak boleh jarang tahu? Panas ke pakai stoking ni?
Eh? Tidak pun kan? Masa sekolah tu boleh aje pakai? Haaa... apa lagi ya
alasannya, sayangku? Kalau nak kata korang pakai sliper, boleh juga kan
pakai stoking? Saya pernah buat macam tu. Bukannya pelik sangat pun.
Biasa aje. Tapi, kalau dah rasa macam orang pandang kita semacam je,
pakailah sandal. Pakailah stokin, tak susah untuk mengikuti peraturan
yang telah Allah tetapkan. Hasutan syaitan yang menjadikannya susah.
Jadi, jangan dok dengar sangat bisikan-bisikan itu.
Mulai
saat ini, kita pasang tekad dalam diri kita untuk menjadi seorang
Muslim mahupun Muslimah yang lebih baik. Setiap hari, kita mesti menjadi
lebih baik daripada yang sebelumnya. Sebagai seorang Muslim juga
Muslimah, kita mestilah mendalami ilmu agama Islam. Siapa lagi yang akan
mendalami ilmu agama Islam ini jika bukan diri kita sendiri?
"Barangsiapa
yang hari ini, dia LEBIH BAIK dari semalam, maka dia dari kalangan
mereka yang BERUNTUNG. Barangsiapa yang hari ini, dia SAMA seperti
semalam, maka dia dari kalangan yang RUGI. Barangsiapa yang hari ini,
dia lebih TERUK dari semalam, maka dia dari kalangan orang yang CELAKA."
Mafhum Hadith Rasulullah SAW.
Kita ubah diri kita
menjadi lebih baik daripada hari ke hari. InsyaAllah, dengan azam serta
usaha dan doa yang bersungguh-sungguh, kita mampu untuk menjadi lebih
baik ya sahabat? Berubahlah kerana Allah, bukan kerana manusia. Berubah
kerana Allah itu lebih banyak berkatnya. Sama-samalah kita memperingati
diri kita sendiri serta orang yang berada di sekeliling kita, Ingat,
Amar Makruf, Nahi Mungkar adalah tanggungjawab setiap umat Islam yang
wajib dilaksanakan! Mengajak kepada perkara kebaikan dan mencegah
perkara kemungkaran! Sekian, jazakumullahuhairan! Assalamualaikum!
Salam Sayang,
Nasha Hadzir Othman
No comments:
Post a Comment