ANAK murid kahwin dengan cikgu?
Selama ni aku asyik ternampak berita macam itu
lalu-lalang depan mata aku dalam laman sosial. Tak pernah pula aku sibuk nak
baca macam mana anak murid tu boleh bercinta dengan cikgu sendiri.
Tak pelik ke?
Memikirkan hakikat bahawa cikgu yang ajar kau sebenarnya
ada hati dekat kau. Tak geli ke?
Dalam pada aku yakin yang situasi macam ni takkan jadi
dekat aku, entah macam manalah apa yang aku yakinkan itulah sebenarnya yang
menggagalkan aku. Kadang-kadang dalam hidup ni, benda yang kita paling tak nak
itulah yang kita dapat, yang kena dekat batang hidung sendiri. Yang kita nak
beria-ia, selalunya mimpilah nak dapat.
Tapi itulah, dalam Quran pun ada sebut, boleh jadi apa
yang kita tak suka tu yang terbaik untuk kita, kan?
Sebab itulah, aku terpaksa telan semua benda yang pahit
ni.
Ya, aku merupakan isteri kepada cikgu aku sendiri.
Untuk seorang manusia yang tak percaya dengan cerita
cikgu boleh kahwin dengan anak murid... Apa yang jadi dekat aku ni... Pahit,
kan?
TAK, bukan sebab suka.
Sayang apatah lagi.
Cinta jauh sekali.
Jadi sebab apa?
Wasiat jawapannya.
Kerana wasiat entah apa-apa tu, hidup aku rasa macam kena
cemar dengan racun.
Nak cakap banyak pun tak guna sebab orang yang tulis
wasiat tu pun dah meninggal dunia. Bukannya dia boleh dengar segala ulasan aku
tentang wasiat tak guna dia. Dan bukannya apa yang dah jadi ni boleh dibatalkan
semula, kan?
Mentang-mentanglah aku ni anak yatim piatu yang arwah dah
bela sejak umur 4 tahun, maka bolehlah dia tentukan hidup aku
sewenang-wenangnya. Seolah-olah aku ni marionette yang boleh
diperlakukan sesuka hati.
Bukanlah aku nak kata aku ni dilayan macam Cinderella.
Tak, jangan salah faham. Arwah tatang aku macam minyak yang penuh. Yalah, dia
bapa saudara aku. Takkanlah dia nak dera aku pula?
Tapi dalam bab wasiat ni, memang aku tak jumpa celah mana
keadilannya untuk aku. Dahlah pak long suruh aku kahwin dengan Hazzar tu. Kalau
dengan adik dia yang kamceng dengan aku tu tahanlah sikit. Ni Hazzar
kot!
Hazzar.
Sir Hazzar Rafaat.
Cikgu paling handsome, tapi paling mulut puaka.
Cikgu yang tak pernah tak kena cakap belakang.
Cikgu yang boleh buat murid-murid dia bengang dan suka
dalam masa yang sama. Bengang sebab garang tak bertempat, suka sebab muka dan
gaya dia itulah.
Dan yang paling penting, Hazzar yang tak pernah sekepala
dengan aku! Dari aku kecil sampailah aku besar, ada saja benda yang tak kena
tentang aku pada mata dia. Kadang-kadang tu, aku nak pergi main buai dekat
taman pun boleh jadi isu besar sampai satu rumah bergegar dengan suara dia. Tu
belum kira lagi masa aku kecil-kecil dulu kalau mulut aku comot sebab makan
coklat pun dia nak membebel. Kalau tolong lapkan tak apa juga. Ni membebel
macam tak kenal apa itu noktah. Entah perangai siapa dia ikut.
Mujur adik dia, Huda selalu defend aku. Huda ni
lelaki. Huda Rahman. Jangan salah sangka dengan nama keperempuanan itu.
Hakikatnya, Huda sangat-sangat kelelakian. Tak lembut langsung. Lebih gentleman
daripada abang dia.
Berbalik semula kepada isu wasiat, soal kenapa aku pun
tak berapa bijak sebab bersetuju untuk patuh dengan wasiat itu...
Aku rasa kasihan sebenarnya.
Dalam wasiat itu, arwah pak long menyatakan bahawa untuk
Hazzar Rafaat mendapatkan bahagiannya, Hazzar Rafaat perlu berkahwin dengan
Adiva Zaira dan perkahwinan tersebut haruslah dipastikan bertahan selama 6
tahun ATAU Hazzar Rafaat harus menunggu selama 10 tahun bermula daripada tahun
arwah pak long meninggal.
Maknanya dekat sini, kalau Hazzar Rafaat tak berkahwin
dengan Adiva Zaira iaitu aku, maka dia takkan dapat bahagian dia melainkan dia
tunggu selama 10 tahun lah.
Benda ni sebenarnya takkan jadi isu kalau Hazzar tak
bersetuju dengan wasiat tersebut. Kalau salah seorang waris tidak bersetuju
dengan wasiat arwah pak long yang pak long tulis untuk warisnya, wasiat
tersebut takkan diguna pakai.
Mungkin pembahagian harta akan dibuat secara faraidh
sahaja.
Bukankah lebih mudah kalau Hazzar tidak menyatakan
persetujuannya? Fikirlah, kalau dia kena kahwin dengan aku, bukannya sehari
kahwin dia dah dapat duit tu. 6 tahun kena tunggu kot! Kalau pembahagian harta
dilakukan secara faraidh, tak perlu beria-ia dia nak tunggu sampai 6 tahun atau
10 tahun. Buang masa!
Bila aku tanya Hazzar, kenapa dia setuju dengan wasiat
tu, jawapan dia ialah, “Aku tak nak membujang sampai tua.”
Cara dia beri jawapan tu, macamlah selama ni aku tak
kenal siapa Ayra, Balqis, Camelia, Dahlia, Erica, Fazura, Ghania, Haniyyah,
Ixora, Juwita, Kiyanah, Luna, Maya, Nora, Omaya, Puteri, Qalesya, Rasyeeda,
Saleha, Tania, Umaira, Violet dan Wahida. Tinggal huruf Z aje lagi aku tak
jumpa. Entah mana entah sesat kekasih dia yang huruf Z tu. Ke bulan agaknya. Atau
mungkin kekasih dia yang huruf Z ni lah jodoh sebenar dia. Mungkinlah. Mungkin.
Aku rasa Hazzar ni dah hilang teruna kot. Tu yang dia
setuju nak kahwin dengan aku tu. Paling-paling pun, kalau kantoi, dia ada
isteri. Tak gitu?
Gila tak hipotesis aku?
Ni kalau Hazzar tahu aku mengumpat dia ni, tak mustahil
aku kena bebel dari Selat Melaka sampai Selat Tebrau.
DAH kahwin satu hal.
Nak sorokkan yang aku dah kahwin pun satu hal juga.
Buatnya kawan-kawan aku atau cikgu-cikgu dekat sekolah tu
tahu yang aku dengan Sir Hazzar tu suami isteri... Tak payahlah semua.
Buatnya seorang manusia dekat sekolah tu tahu tentang hubungan aku dengan
Hazzar, tak sampai satu hari... Satu sekolah kecoh!
Yalah, Sir Hazzar yang hot letops ala-ala
alpha male tu kahwin dengan budak nerd, ulat buku, tak suka bersosial,
tak suka tenung telefon untuk lihat benda yang tak berfaedah macam aku ni. Mana
ada manusia nak senyap kalau tahu? Maklumlah, spesies manusia yang sibuk
tentukan hidup orang lain makin ramai sekarang ni. Suka hati saja nak label
suami dia hodoh tapi bini lawa kemain. Bini rendah, suami tinggi, langsung tak match.
Dah tu kalau semua orang tinggi kahwin dengan orang
tinggi, semua orang rendah kahwin dengan orang rendah, anak-anak pun tara itu
jugalah. Mana nak ada variasi ketinggian berbeza-beza?
Gara-gara nak sorokkan perkahwinan punya fasal,
masing-masing sanggup meredah perjalanan berjam-jam dari Melaka ke Perlis untuk
melangsungkan pernikahan di sana. Kampung aku dan Hazzar. Kiranya, rumah ibu
bapa kepada arwah pak long dan arwah mama aku.
Pernikahan aku pun bukannya gempak mana. Cukup akad nikah
dengan kenduri kecil-kecilan. Suku kampung saja agaknya yang dijemput. Sumpah
aku rasa macam terpaksa kahwin disebabkan tangkap basah. Baju pun aci pakai
baju kurung dengan baju melayu yang sama warna. Make-up pun kakak si
Hazzar yang conteng muka aku. Bersanding? Mimpilah.
Lepas tu, dek sibuk dengan aturcara perkahwinan yang
dilaksanakan dalam tempoh seminggu cuti pertengahan penggal kedua persekolahan,
kerja sekolah aku entah dah melayang ke mana. Bila nak buat, ada saja
saudara-mara jauh yang datang. Habis tu takkan aku nak memerapkan diri aku di
dalam bilik dengan alasan aku nak buat kerja sekolah? Sudahlah saudara-mara
yang datang tu sebab nak jumpa aku dengan Hazzar. Cukuplah yang lelaki dah buat
perangai tak semenggah macam tu. Malu babe bila mak cik-mak cik aku
tanya mana laki aku. Kalau aku tahu ke mana dia pergi tak apalah juga. Ni sikit
pun aku tak tahu. Maka mulalah aku terkulat-kulat seorang diri melayan mereka.
Nasib baik ada Huda dan tok wan teman aku.
Hari Sabtu barulah kami jejak Melaka semula.
Terkejar-kejar aku nak siapkan semua kerja sekolah yang bertimbun-timbun tu.
Apa yang pasti, kerja daripada Hazzar aku save for the last sebab Hazzar
sepatutnya memahami atas alasan apa kerja aku tidak sempat untuk
disiapkan.Harap-harap dia tak mintalah kerja sekolah yang dia bagi tu. Kalau
dia minta lepas tu dapat tahu yang aku tak siapkan kerja dia kemudian dia gatal
nak denda aku, memang minta kakilah namanya tu.
Usah persoalkan tentang ketaatan aku kepada dia sekiranya
Hazzar sendiri pun tidak pernah pandang aku sebagai seorang isteri. Bak kata
orang, kalau kau nak orang hormat kau, kau perlu terlebih dahulu hormat orang
lain. Sejak aku kahwin dengan Hazzar, tak pernah sekalipun dia bercakap dengan
aku. Nak pandang muka pun gaya macam susah sangat. Jadi disebabkan dia tak nak
bercakap dengan aku, maka jangan mimpilah aku terhegeh-hegeh nak bercakap
dengan dia pula. Pigidah! Ingat aku kemaruk ke nak kahwin? Aku setuju ni pun
sebab kasihan saja. Nasib baiklah aku dah kira siap-siap. Selepas enam tahun
kami berkahwin, Hazzar pasti akan ceraikan aku sebab dia kan memang tak suka
aku. Tapi aku tak kisah sebab masa tu umur aku baru 23 tahun. Enam tahun tu
lama manalah sangat. Lepas sahaja habis SPM, aku akan sambung belajar di luar
negara. Tak perlu beria-ia nak fikir soal Hazzar. Mudah begitu.
Lepas bercerai, bolehlah aku cari cinta sejati aku. Tak
gitu?
AKU angkat muka aku untuk pandang dia yang sedang
tayang muka tak bersalah. Dasar manusia tak berhati perut!
“Sir, Iva baru sekali ni saja tak siapkan kerja,
kut? Dah dua tahun dia belajar dengan sir, sir tahu kan yang dia tak
pernah tak siapkan kerja. Mesti dia ada alasan yang tersendiri kenapa dia tak
siapkan kerja dia. Kalau denda sir untuk dia sama macam student
lain, tak apalah juga. Ni kenapa tiba-tiba dia kena duduk bersila dekat luar
kelas pula? Sir tak pernah denda orang macam tu, kan?” Beria-ia Fayyadh backing
aku.
“Siapa cikgu sekarang ni?” Hazzar mempergunakan pangkat untuk
menang.
“Saya tahulah. Tapi masalahnya mana keadilan sir?
Student lain yang tak siap kerja, sir setakat suruh bersila dekat
belakang kelas tu kan? Dahlah dia orang tu selalu tak siap. Iva ni baru sekali
ni saja tak siapkan kerja tapi sir suruh dia duduk dekat luar. Tak adil,
tau?”
“Okay, class. Kita sambung topik baru hari ni...”
Boleh Hazzar buat tak tahu saja dengan luahan Fayyadh?
Aku nampak Fayyadh bangun daripada duduknya dan bawa
bersama-sama semua buku dan alat tulisnya lantas dia berjalan keluar dari
makmal dan mendekati aku. Dari sini aku nampak betapa tajamnya mata Hazzar
menjeling Fayyadh.
“Kau ni, kenapa datang sini?” Aku marah Fayyadh.
“Teman kaulah. Apasal eh sir tu? Angin apa yang
merasuk dia sampai dia buat kau macam ni. Kau ada gaduh dengan dia ke apa dekat
rumah tu?” tanya Fayyadh sambil melabuhkan duduknya di sebelah aku. Fayyadh
memang sedia maklum bahawasanya aku dengan Hazzar merupakan sepupu dan sejak
kecil lagi aku sudah menetap dengan keluarga Hazzar.
“Mana ada, kau ni. Entah dia tu. Kau tahu kan dari aku
kecil sampailah besar, apa saja yang aku buat, semuanya tak kena di mata dia.
Entah apa yang dia dengki dengan aku pun tak tahu.”
“Tapi tak adillah, weh. Budak-budak lain tak siap kerja
setakat duduk dekat atas lantai belakang kelas saja. Kau ni sampai kena duduk
luar lagi. Dia nak jatuhkan maruah kau ke apa? Yalah, top scorer sekolah
kena denda duduk bersila dekat luar makmal sebab tak siapkan kerja sekolah.
Satu sekolah boleh kecoh kalau nampak kau macam ni, tau?” kata Fayyadh.
“Alah, biarlah. Salah aku juga ni tak siapkan kerja dia
bagi.”
“Kau ni pun satu. Kenapa tiba-tiba boleh tak siap kerja
pula ni?” tanya Fayyadh.
“Aku sibuklah. Balik kampung, sepupu aku kahwin. Pastu
kau tahulah kerja sekolah kita banyak macam mana. Aku siapkan yang lain dulu.
Tapi ni kerja sir aku dah buat separuh semalam sampai pukul 2 pagi lepas
tu entah macam mana terlelap. Bila aku bangun saja dah pukul 6.30. Buku rujukan
tebal tu jadi bantal aku kau tahu?” beritahu aku.
“Kau ni, lain kali buatlah kerja dia dulu. Kau tahu kan
dia tu berangin sikit. Harap muka saja handsome. Attitude tak cantik
langsung.”
“Kau tak payahlah sibuk-sibuk sini. Tak fasal-fasal kau
dah miss class macam ni. Ni kelas Kimia tau? Bukan Bahasa Melayu.”
“Untuk kau, gagal pun aku tak fikir dah.”
“Eleh, gagal. Walhal taip-tiap kali exam A+ manjang,”
ujarku.
“Yalah, aku kawan dengan orang cerdik kut? Tu yang dapat
tempias sikit-sikit,” balas Fayyadh.
“Bodek. Tulah kerja kau dari dulu.”
“Taklah. Serius ni. Aku nak cemerlang macam kau juga.
Boleh sambung belajar sama-sama dekat overseas nanti.”
“Haaa, cun juga idea kau tu kan? Untung aku ada orang
sado macam kau untuk tengok-tengokkan aku.”
“Tahu tak apa.”
Dan itulah alkisahnya aku dengan kerja sekolah Hazzar
yang aku tak buat. Tak fasal-fasal petang itu aku dengan Fayyadh kena belajar
sendiri topik redoks. Mujurlah bila dua kepala bergabung, masing-masing senang
nak faham. Kalau aku belajar seorang diri, alamatnya berapa banyak kekeliruan
yang muncul dalam kepala otak aku ni pun, aku tak tahu.
ANTARA benda yang paling aku bersyukur sekarang ni
ialah walaupun Hazzar tu suami aku, tapi aku tak duduk sebumbung dengan dia
memandangkan Hazzar ialah warden asrama. Maka selamatlah kehidupan seharian aku
daripada diganggu makhluk Allah yang satu itu. Yalah, kalau dia balik ke rumah
pun, bukannya nak pandang aku. Sibuk buat hal dia. Masak pun asing-asing. Aku
masak makanan aku, kau masak makanan kau. Jangan haraplah dia nak makan apa
yang aku masak. Mungkin dia takut kalau-kalau aku letak racun dalam makanan dia
ke kan?
Rumah arwah pak long ni pun bukannya ada sesiapa. Hanya
aku, pembantu rumah yang sekali sekala datang mengemas dan kakak Hazzar, si
Hayfa.
Huda tak ada. Masih belum tiba masanya dia bercuti
semester. Kalau dia ada, adalah juga peneman aku memandangkan dengan Kak Hayfa
pun aku tak berapa ngam.
Kak Hayfa pernah berkahwin dulu. Tapi selepas 2 tahun,
dia bercerai dengan suaminya. Sejak itu, mood Kak Hayfa memang tak
pernah baik. Ada saja benda yang tak kena di mata dia. Jadi aku pun malaslah
nak bersosial dengan dia. Nanti karang tak fasal-fasal aku kena tengking.
Hari ini tiba-tiba sahaja Kak Hayfa menegur aku selepas
aku ‘merempit’ dari sekolah ke rumah dan sebelum aku naik ke bahagian atas
rumah.
“Akak tak ada sampai hari Selasa tau? Malam ni akak dah
naik flight.”
Aku terkejut. Bukan terkejut sikit-sikit. Boleh dikatakan
darah aku dari kaki terus naik sampai ke kepala, “Akak nak pergi mana?”
“Beijing.” Sepatah Kak Hayfa menjawab.
“Habis tu Iva tinggal sorang lah ni?” tanyaku. Untuk
sesiapa yang tak tahu macam mana nak sebut Iva, huruf ‘i’ tidak disebut seperti
ingin menyebut ‘ikan’, tetapi disebut seperti ingin menyebut huruf ‘i’. Iva.
“Yalah, siapa lagi nak teman Iva dalam rumah ni?” balas
Kak Hayfa.
“Kalau takut sangat, pergilah rumah Hazzar dekat asrama
sana,” tokok Kak Hayfa lagi.
“Tapi kan ni hujung minggu. Kak Hayfa buat apa pergi
Beijing?” Aku masih tak puas hati dengan keputusan Kak Hayfa.
“Saja, jalan-jalan,” jawab Kak Hayfa selamba.
“Tapi takkanlah Iva nak duduk dengan Hazzar?” soalku.
“Yang tu, Iva fikir sendiri. Akak tak nak masuk campur
langsung.”
Aku terus mengetap bibirku. Cakap lebih-lebih nanti ada
juga yang naik angin.
Langkah terus aku atur ke tingkat atas rumah. Kenapa Kak
Hayfa nak tinggalkan aku sedangkan Kak Hayfa tahu bahawasanya aku ni penakut
gila nak mati? Dengar bunyi barang jatuh dekat belakang aku pun, aku dah
tersentak.
Takkanlah aku nak tinggal seorang diri sampai hari Selasa
ni?
Tapi berbanding terpaksa tinggal dengan Hazzar, aku rasa
tinggal seorang diri ialah pilihan yang terbaik.
Takkanlah tiba-tiba aku nak ke rumah Fayyadh pula? Yalah,
Fayyadh tu satu-satunya kawan aku dekat sekolah tu. Budak-budak perempuan acah-acah
hot mana nak pandang aku ni. Adalah juga Maysa, kawan aku. Tapi masalahnya
dia duduk asrama. Rumah dia jauh nun di Pahang.
Tak apalah, apa-apa jadi pun redah saja.
“UNTUK menjadikan Malaysia sebuah negara yang...”
Tap!
Terus hilang segala patah perkataan dalam kepala otak
aku. Sejak tadi aku asyik bercakap seorang diri sambil menulis karangan supaya
keadaan di sekelililing aku tidak terlalu sunyi, tapi tak adalah aku terfikir
yang keadaan di sekeliling aku akan menjadi gelap sebegini!
Aku teringin nak menjerit tapi bila aku fikir yang
jeritan aku takkan menyumbangkan apa-apa faedah pun, maka aku ketap bibir
serapat-rapatnya. Pen di tangan sudah aku campak entah ke mana sebaik sahaja
keadaan menjadi gelap tadi.
Teraba-raba tangan aku bergerak mencari seketul objek di
atas lantai. Kalau tak silap aku, aku ada letak telefon aku berdekatan
buku-buku di sini tadi selepas sahaja aku menjawab Whatsapp daripada
Fayyadh yang bertanyakan tentang kerja Fizik.
Sewaktu tangan berjaya memegang objek yang aku percaya
merupakan telefon aku, tiba-tiba sahaja telingaku terdengar suatu bunyi seperti
besi yang terjatuh ke atas lantai. Kuat pula tu!
Tangan aku sudah menggeletar bagai nak gila.
Tubuh yang sedang meniarap terus sahaja berubah posisinya
kepada berdiri dengan telefon di tangan. Telefon aku hidupkan supaya skrinnya
bercahaya.
Aku melangkah ke arah tingkap bilik. Langsir aku selak.
Terkesima sekejap aku apabila melihat rumah-rumah lain yang terang benderang.
Hanya rumah aku dan rumah jiran di kiri dan kanan rumah aku yang gelap. Kalau
tak silap aku, memang tadi jiran-jiran aku tu keluar pun. Maklumlah, pengecut.
Beria-ia perhati pergerakan keluar masuk jiran sebab takut kena tinggal seorang
diri.
Jadi rumah aku ni boleh tak ada elektrik tiba-tiba
kenapa?
Peluh sudah mula merenik di dahi. Dalam kepala aku dah
berpusing-pusing kisah pencuri yang masuk ke dalam rumah jiran aku yang aku
baru sahaja tulis dalam karangan bahasa inggeris tadi. Takkanlah pencuri ni salah
masuk rumah kot?
Tanpa berfikir panjang, aku terus sahaja bergerak
mendekati katil dan menyuluh ke bahagian bawah katil. Sebilah parang yang
tersimpan di dalam sarungnya terus sahaja aku capai. Arwah pak long memang
sangat teliti soal keselamatan. Setiap bilik yang berpenghuni di rumah ini
pasti dilengkapi dengan sebilah parang.
Sambil berlutut di atas lantai bilik ini, aku
mengeluarkan parang tersebut dari dalam sarungnya. Sementara itu, tangan kiri
bergerak menyentuh skrin telefon. Nama Huda aku cari. Entah kenapa dalam
banyak-banyak nama aku boleh terfikir nak call Huda.
Telefon aku bawa ke telinga. Tak perlu tunggu lama pun,
panggilan sudah berjawab.
“Huda.” Dua ulas bibir terasa berlaga-laga. Bergetar
bukan main.
“Iva. Kau kenapa?”
“Huda, Kak Hayfa pergi Beijing.”
“Dah tu, kau tinggal sorang ke apa kat rumah ni?” soal
Huda.
“Haaa lah.”
“Pastu kenapa call? Nak suruh aku balik pulak ke
apa?”
“Rumah tiba-tiba black out lah. Padahal aku tengok
luar, rumah orang lain elok je.”
“Serius ke kau ni?”
“Kau dengar tak suara aku bergetar ni? Ingat aku
main-main ke apa?”
“Dah tu kau nak suruh aku buat apa? Aku dekat UKM tau,
bukan UTeM. Kalau aku dekat UTeM, sempatlah aku nak rempit sampai rumah.”
“Kau rasa aku patut duduk dalam bilik diam-diam dan kunci
pintu ke apa ni? Aku tak tahu.”
“Jangan lupa menyorok bawah katil sekali,” pesan Huda.
“Ha.”
“Kau call angah tak ni?”
“Bye.” Talian terus aku matikan sebaik sahaja aku
terdengar bunyi tapak kaki di luar bilik. Tak sempat aku nak jawab soalan Huda
tadi. Pantas aku hidupkan mode senyap dan malapkan skrin telefon seraya
aku menyelinap di bawah katil. Mujurlah aku ni rajin kemas bilik. Tak adalah
bahagian bawah katil tu berhabuk.
Aku dengar bunyi pintu bilik yang tertutup. Satu lagi.
Dan lagi.
Klack!
Pintu bilik aku!
Aku berani jamin, ni bukan kerja seorang manusia sahaja.
Ini kerja ramai.
Dengan bantuan cahaya yang datang daripada lampu suluh si
penjenayah, aku dapat melihat bayang batang kaki yang melangkah mendekati
almari.
Setiap pintu dibukanya dan semua baju aku ditolak keluar
dari almari.
Penjenayah tersebut kemudiannya duduk melutut untuk
membuka laci. Aku terus sahaja bertindak menarik salah satu selendang aku yang
sudah dicampak keluar tadi. Aku bergerak senyap untuk keluar dari tempat
persembunyian aku dengan selendang yang sudah aku tarik kedua-dua hujungnya
agar selendang itu tegang.
Sebaik sahaja aku berdiri agak hampir dengan penjenayah
tersebut, aku terus melilitkan selendang itu pada leher si penjenayah seraya
aku silangkan selendang itu di belakang kepalanya. Tidak mahu berbelas ihsan,
aku menarik kuat selendang itu dan tubuh penjenayah itu sudah jatuh terlentang.
Aku menarik sekuat hati agar tekanan selendang pada leher si penjenayah
bertambah. Meronta-ronta penjenayah itu dek ketidakcukupan nafas.
Mujur suaranya tidak keluar, jika tidak pasti
kawan-kawannya sudah datang menjenguk.
Apabila aku pasti bahawa penjenayah itu tidak lagi
meronta, aku terus melepaskan pegangan aku. Aku mendekati penjenayah tersebut.
Lampu suluh miliknya yang sudah terlepas aku ambil lantas wajahnya aku suluh.
Sempat aku periksa nadinya. Nasib baik tak mati lagi, kalau tak puas aku nak
jawab dengan pihak polis.
Segera aku menarik tubuhnya dan mengikat tangannya pada
kaki katil dan kakinya pada kaki katil yang satu lagi. Biar tak boleh bergerak.
Aku sudah bersedia di belakang pintu bilik kalau-kalau member
dia yang lain jenguk ke dalam bilik ini untuk cari dia. Kali ini, aku pegang
pasu yang ada di dalam bilik aku ini. Dan tiba-tiba, pintu bilik dibuka dari
luar. Sebaik sahaja pintu tertutup dan si penjenayah kedua seakan-akan tersedar
akan keadaan kawannya, terus aku hayunkan pasu tersebut mengenai bahagian
tengkuk lelaki berkenaan. Melentik ke belakang tubuhnya barangkali akibat
kesakitan yang amat sangat sebelum tubuhnya rebah menyembah bumi.
Serpihan-serpihan kaca yang pecah mengenai lantai menghasilkan bunyi yang mampu
menggamit perhatian penjenayah-penjenayah lain.
“Hoi, kau jangan buat benda bisinglah!” Aku dapat
mendengar amaran dari luar.
Kau tu yang jangan masuk rumah orang! Tak guna!
Tubuh si penjenayah kedua aku heret dan aku ikat
tangannya pada kaki katil yang menempatkan tangan penjenayah pertama. Kakinya
aku ikat pada kaki katil yang kosong.
“Korang berdua ni apa yang lembab sangat?!” Aku dapat
mendengar suara yang menjerkah di luar.
Terus sahaja aku capai satu lagi pasu yang ada di dalam
bilik. Mujur bilik aku ni mewah dengan pasu walau pasu tu sekadar untuk letak
batu berwarna-warni dan guli sahaja.
Aku bersembunyi di tempat yang sama seperti tadi.
Pintu bilik dibuka. Penjenayah ketiga masuk dan sekali
lagi aku hayunkan pasu dengan halaju yang tinggi mengenai belakang tengkuknya.
Sama saja refleks tubuhnya seperti apa yang berlaku kepada penjenayah kedua
tadi. Dia rebah akhirnya. Tapi aku nampak dia masih lagi bergerak, maka aku
terus tendang mukanya sekuat hati. Biarlah walau tulang hidung dia nak patah
ke, aku dah tak kisah dah.
Aku heret tubuh penjenayah ketiga dan kakinya aku ikat
pada kaki katil yang menempatkan sepasang kaki penjenayah pertama. Tangannya
pula aku ikat pada kaki katil yang kosong. Penuh setiap sisi katil aku dengan
badan manusia-manusia tak berguna kini.
Baru sahaja aku berniat untuk mencapai parang di atas
katil, pintu bilik terbuka dari luar. Suluhan cahaya tepat-tepat mengenai wajah
aku. Tidak mahu fikir apa-apa lagi dah, terus sahaja aku berlari ke arah pintu
bilik itu dengan parang pada tangan yang sudah bersedia untuk dihayunkan.
Namun entah di mana silapnya, serangan aku berjaya
ditepis penjenayah keempat lalu parang aku tercampak entah ke mana. Aku dah
cuak bagai nak gila. Lampu suluh ditalakan pada wajahnya sendiri. Mata kami
saling bertentang seketika sebelum dia memadamkan lampu suluh itu.
“Ada hati kau nak lawan aku, ya?” Gelak sinis menyusul
bicaranya.
Aku terus berlari untuk mencapai pasu ketiga yang ada di
dalam bilik aku. Walaupun gelap, aku dapat mengagak di mana kedudukan pasu itu.
Tak sempat berpaling, tubuh aku dirangkul erat dari belakang. Kedua-dua belah
tanganku dikunci kemas. Aku cuba untuk meronta tetapi tidak mampu.
“Kau tu, perempuan.”
Bicaranya kedengaran begitu dekat pada telingaku. Dapat
aku rasakan desahan nafasnya yang menyebabkan helaian rambutku bergerak-gerak.
Aku memejamkan mataku rapat. Pasu di tangan aku hayunkan
ke belakang pada sebelah kanan dengan harapan agar pasu itu mengenai wajah
lelaki itu. Namun harapan aku musnah apabila bunyi kaca yang pecah di atas
lantai menyapa pendengaranku.
“Kau takkan boleh...” Semakin kemas dia mengunci
tanganku.
Desahan nafas lelaki itu kedengaran semakin memberat
begitu juga dengan jiwaku.
Tuhan, tolonglah. Tolonglah aku.
“Tak sangka, aku nak cari duit tapi aku jumpa benda yang
lagi best daripada duit.”
Serta-merta tubuh terasa melayang dan terdampar di atas
tilam. Aku cuba untuk bangkit sepantas mungkin kerana aku tahu bahawa katil
bukan tempat yang selamat untuk maruah aku. Tak sempat aku ingin berdiri,
kedua-dua belah kakiku ditindih seraya tubuhku ditolak kembali ke atas tilam.
Sedaya upaya aku cuba menolak wajah lelaki itu yang begitu dekat dengan wajah
aku.
Desahan nafasnya bertambah berat dan berat membuatkan aku
bertambah menggeletar. Ketar bagai nak gila. Aku lebih sanggup mati daripada
harus berhadapan dengan situasi begini.
Tiba-tiba sahaja lelaki durjana itu mencapai kedua-dua
belah tanganku lantas dia cuba untuk mengikat kedua-dua belah tanganku. Aku
menjerit dan meronta bagai orang hilang akal. Aku cuba larikan tangan aku
sejauh-jauhnya daripada gapaian dia, tetapi aku tidak berjaya. Mustahil akan
berjaya selagi separuh daripada tubuhku ditindih sebegini.
Kedua-dua belah tanganku sudah terikat pada kepala katil
kini. Hina sungguh rasanya diri aku. Aku cuba untuk menarik tangan aku meskipun
setiap pergerakan aku akan menyebabkan tangan aku melecet. Aku tak kisah,
asalkan aku dapat melepaskan diri pada ketika ini.
Sedaya upaya aku palingkan wajah aku ke sebelah kiri
apabila lelaki tak guna itu merapatkan wajahnya dengan wajahku. Lelaki itu
menghamburkan ketawa suka tatkala bibirnya sudah galak menjamah pipi dan
leherku.
Tuhan, tolonglah! Tolonglah! Tolonglah!
Air mataku sudah menitis keluar dan jatuh membasahi
sarung bantal.
“Kau takkan terlepas...” gerutu aku.
Lelaki itu tidak menghiraukan tuturku. Tangannya sudah
meraih leher bajuku.
Cukup sekali rentapan, dua biji butang pijama aku pada
bahagian atas tertanggal dan terpelanting entah ke mana. Air mataku sudah jatuh
berjurai-jurai.
“Aku dah lama teringin nak rasa tubuh kau...” bisik
lelaki itu betul-betul pada telingaku sebelum bibirnya menyentuh kulit
telingaku. Aku menghantukkan kepalaku pada kepalanya. Biarlah walau aku sakit
sekalipun. Asal dia tahu bahawa aku bukan bodoh untuk membiarkan maruah aku
direntap sebegitu sahaja.
“Kau memang kuat melawan, kan?! Tak guna betul!”
Pipiku dilempang kuat. Sejurus itu, tangannya bergerak
mencengkam rahangku membuatkan aku tidak mampu menggerakkan kepalaku. Dia sudah
merapatkan wajahnya dengan wajahku. Aku mengetap bibir rapat, serapat-rapatnya.
Tidak sesekali aku akan membuka peluang. Tidak!
Mata aku pejamkan erat. Esakan demi esakan daripada aku
bergema-gema di dalam bilik itu. Aku terlalu takut, ya Allah...
Entah apa yang berlaku, tidak sempat sesaat pun bibirnya
singgah pada kulitku, segala beban yang terhimpap di atas tubuhku hilang entah
ke mana.
“You fucking bastard!”
Hazzar!
Itu suara Hazzar!
Aku tidak nampak apa yang sedang berlaku kini. Aku tidak
tahu apa yang sedang Hazzar lakukan kini.
“T... Tolong saya...” rayuku perlahan.
“Kau takkan selamat tak guna! Kalau tidak di dunia, di
akhirat sana nanti!” Suara Hazzar singgah pada pendengaranku.
“Zaira, are you alright?” Suara Hazzar menyoal.
“Tangan saya...”
Aku menyentap tanganku beberapa kali dan sentapan itu
menghasilkan bunyi katil yang bergoyang. Aku dapat merasakan bahagian kanan
tilam yang memberat. Apabila ada kulit yang menyentuh kulitku, entah atas
alasan apa, aku tersentak bagai terkena renjatan elektrik. Sampai bergoyang
katil dibuatnya.
“Hey, it’s me,” tutur Hazzar dengan nada tenang.
Aku diam. Air mata masih belum berhenti mengalir. Sebaik sahaja kedua-dua belah
pergelangan tangan terasa lega, pantas aku menarik tangan aku dan menegakkan
tubuh aku. Bahagian hadapan baju yang terdedah aku satukan setiap belahnya
dengan menggenggam bahagian tengahnya.
“Did you hurt anywhere?” tanya Hazzar. Dia
mendekatkan tubuhnya dengan aku.
“Go away, Hazzar. Just go.” Aku mengengsot untuk
menjauhi Hazzar.
“No. I’m not going to leave you just like that.”
“Awak tak pernah ada bersama-sama saya, maka tak ada
istilah awak tinggalkan saya. You should have come earlier, sebelum saya
berada di posisi tidak selamat saya lagi,” jawabku. Kaki terus aku turunkan
daripada katil seraya aku berdiri. Entah kenapa, kedua-dua belah kaki jelas
terasa getarnya. Tak sampai tiga langkah aku menapak, aku jatuh tersungkur.
Tangis aku pecah di atas lantai itu. Pecah
semahu-mahunya. Esak aku semakin kuat setiap kali bertambahnya detik. Air mata
aku semakin banyak setiap kali bertambahnya masa. Jiwa aku hancur. Musnah
seteruk-teruknya.
Aku berlagak kuat tadi.
Kini naluri keperempuanan aku menunjukkan belang
sebenarnya.
Aku hancur.
Terlalu hancur.
Di dalam.
Nota kaki: Uuu~ Kejam tak saya hentikan Part 1 setakat itu? Haha. Jadi korang rasa, apa jadi lepas ni? Marilah kita buat ramalan secara berjemaah. Saya suka untuk membaca pendapat korang, :). Good news, you don't need to wait until the next Friday for the next part! Mungkin Isnin atau Selasa saya dah masukkan Part 2. Suka tak? Suka tak?
Thank you for reading, guys!
Yooow. Hazzar asyik cakap nanti kene ketuk ngan penceroboh tu plak.
ReplyDeleteYooow. Hazzar asyik cakap nanti kene ketuk ngan penceroboh tu plak.
ReplyDeletealahai ingt cerpen penuh... rupanya ad part 2 lg... huhu
ReplyDeleteBest²�� Tak sabar nk tggu next part. Cerpen ni ada brpa part nasha?
ReplyDeletenice intro
ReplyDelete