Total Pageviews

Monday, 29 May 2017

Teaser RUN -RANDOM, Bab? Unknown-

Nota kepala: Assalamualaikum, :). Ni teaser RUN untuk bulan Mei. Selamat membaca. 



            “Bang Izzat!” Jedi sempat memanggil Atan dan dia memberikan sokongan dengan isyarat tangan. Atan sudah melabuhkan duduknya. Apabila dia sudah duduk, aku rasa dia sangat sesuai untuk berada di situ. Dengan tuksedo hitam yang dia pakai, dan piano yang berwarna putih. Dia nampak lebih menonjol dan segak. 

            Assalamualaikum and good evening.” Dapat aku dengar suaranya yang bercakap dengan mikrofon dari sini. Bunga memandang aku.

            “Awak denda dia, eh?” Bunga memang pandai mengagak. Aku tersenyum bangga dan mengangguk.

            “Macam mana? Tak cerita pun dekat saya?” Bunga nampak berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut bagaimana aku boleh memberi arahan denda untuk Atan.

            “Nanti saya cerita.” Aku senyum lagi.

            I will be replacing Kak Flynn tonight. But I will only perform two songs. And then, Kak Flynn will continue her duty back.” Mata Atan bergerak memandang semua orang dan kemudian matanya berhenti pada aku.

            I would like to dedicate these songs to Fakhrun Nisa Nasrin. Thank you for giving me a chance to perform and, you know what? You look different tonight.” Nasib baik aku tak mengunyah apa-apa sekarang ni. Kalau tak aku dah tercekik dah agaknya. Nak puji aku tiba-tiba ni kenapa?

            Aku rasa semua orang tengah pandang aku sekarang ni sebab lagu yang bakal Atan mainkan dia dedikasikan untuk aku. Tak tahu kenapa aku rasa bukan aku yang kenakan Atan sekarang ni, tapi Atan yang kenakan aku.

            Runnisa, All of Me and Writing’s on The Wall just for you.

            Jarinya mula bergerak menekan papan kekunci dan aku dapat dengar betapa dia memang pandai memainkan alat muzik yang satu itu. Aku yang pandang rendah terhadap dia selama ini. Banyak lagi yang aku tak tahu fasal dia sebenarnya.

            Apabila dia mula menyanyi, semua orang tepuk tangan kecuali aku dan Bunga. Cikgu-cikgu pun belasah juga tepuk tangan sama-sama. Aku rasa pelik. Bunga pandang aku. Takkanlah Bunga pun rasa apa yang aku rasa?

            “Saya rasa dia salah lagulah nak tuju dekat awak, Nisa.”

            Kan? Saya pun rasa yang sama, Bunga.

            Aku rasa lebih pelik apabila sepanjang masa dia menyanyi, mata dia banyak fokus pada aku.

            “Muka saya biru tak, Bunga?” Aku pandang Bunga. Tergelak dia mendengar soalan aku itu.

            “Merah, Nisa. Merah gila. Awak malu ke apa?” soal Bunga.

            Aku tak tahu sebenarnya apa yang aku rasa sekarang ni. Apatah lagi apabila mata Atan wajib pandang aku setiap kali dia nyanyi baris, cause all of me, loves all of you. Kalau kau jadi aku, apa yang kau rasa?

No comments:

Post a Comment