Tak
semena-mena, lengan kiriku ditarik. Langkah terpaksa aku hentikan.
“Look
at me.”
Aku
berpaling juga. Akur. Air mata aku seka sebersih-bersihnya. Lengan yang masih
berada dalam genggamannya kupandang.
“Look
at me.” Sekali lagi, dia mengulangi bicaranya. Pandangan aku alihkan kepada
wajahnya. Tapi dia tak katakan apa-apa. Aku tak tahu apa yang dia nak buat.
Tapi tangan kirinya bergerak menyentuh rambutnya dan dia menarik rambutnya ke
tepi dan menyisirkan rambut itu rapi. Nyata, berbeza betul rupanya apabila gaya
rambutnya diubah.
Kemudian
tangannya itu beralih memegang kaca matanya sebelum kaca mata itu dia tarik dan
pegang. Aku tersentak. Bertambah terkejut apabila sepasang matanya menikam
tepat anak mataku. Barangkali refleks spontan, terus sahaja aku menyentap
lenganku daripada genggamannya.
“Z...
Zach.”
Dan
aku tak tahu aku waras atau tak apabila tiba-tiba Ihsan tu aku samakan dengan
Zach. Astaghfirullahalazim... Aku berundur beberapa tapak ke belakang. Tapi
memanglah tu Zach, kan? Lalu terus aku berpaling dan berjalan tanpa menoleh
lagi. Ihsan itu... Zach?
MAKNANYA
suara mereka yang sama itu bukan suatu kebetulan? Dan selama ini Ihsan
sengaja memakai cermin mata tanpa kuasa ini untuk menghalang warna matanya
dilihat jelas? Ya, baru aku perasan dua hari lepas. Ihsan memiliki iris mata
berwarna kelabu. Sama seperti Zach. Benarlah Ihsan itu Zach?
Kaca
mata dalam peganganku ini aku letakkan kembali di atas meja. Sejak dia dah buka
cermin mata dia tempoh hari, tak pernah dah dia pakai semula selepas itu. Semua
orang sibuk bertanya dan dia jawab dia dah tak perlukan cermin mata tu lagi.
Yalah,
memanglah dia tak perlukan cermin mata ni lagi sebab semuanya dah terbongkar
sekarang ni. Sebab dia dah dedahkan identiti dia kepada aku.
Dua
hari yang dah berlalu ini, tak sepatah pun aku bercakap dengan dia. Bilik pun
asing-asing. Yalah, dia pun faham agaknya. Pandailah dia pergi cari John, tidur
satu bilik dengan John.
Bunyi
tombol pintu yang dipulas benar-benar menyentakkan aku. Cermin mata di atas
meja tanpa sengaja telah aku tolak. Astaghfirullahalazim! Pecah!
Hatiku
berbelah bahagi. Antara cermin mata ataupun pintu bilik yang sedang terbuka.
Baru lima belas minit tadi John dan Ihsan keluar. Takkan dah balik? Aku terus
bergerak ke almari dan memboloskan diri ke dalam almari pakaian itu.
Melalui
lubang kecil di antara pintu almari itu, aku dapat melihat susuk tubuh Ihsan
yang sedang berjalan mendekati meja tadi. Dia mengambil dompet di atas meja dan
dompet itu dia buka dan dia memerhatikan sesuatu sebelum dompet itu ditutup
kembali dan dimasukkan ke dalam poket seluarnya.
Dia
kelihatan seperti ingin beredar dari situ tetapi tiba-tiba dia duduk melutut.
Aduh! Barangkali dia sudah nampak akan cermin mata yang pecah itu. Aku
menggigit bibir akibat rasa bersalah. Mujur juga cermin itu tidak berkuasa.
Maknanya dia tak perlukan sangat cermin mata tu.
Ihsan
mengangkat pandangannya dan dia memandang sekeliling bilik ini. Dia ni ada
firasat detektif ke apa? Dan tiba-tiba tubuhku mengeras apabila matanya
terhenti pada almari ini. Seakan-akan dia tahu bahawa aku berada di dalam
almari ini. Begitu tajam matanya memerhati ke arah ini menyebabkan aku kecut
perut.
Dia
kemudiannya menunduk semula dan cermin mata yang pecah itu dia kutip.
Serpihan-serpihan kaca yang terdapat di atas lantai itu juga turut dia kutip.
Selepas itu, dia berlalu menuju ke pintu bilik. Tak pasti sama ada dia dah
keluar ke belum, sebab pandangan dari dalam almari ini agak terhad. Maka
apabila aku mendengar bunyi pintu bilik yang sudah ditutup, aku terus melangkah
keluar dari dalam almari ini. Fuh! Panasnya!
“So
you’re the culprit?” Bulat mata aku mendengar suara itu. Astaghfirullah!
Aku tak nak berpaling. Tak nak pandang pun muka dia.
Terkocoh-kocoh
aku berlari dengan kepala yang menunduk menuju ke arah pintu bilik dan terus
sahaja aku mendapatkan bilik aku di tingkat atas. Menyesalnya aku buat kerja
bodoh tadi. Aku sumpah, lepas ni aku taubat tak nak buka tudung dah selagi ada
orang bukan mahram dalam rumah ni. Dan ya, aku anggap Ihsan orang asing yang
tak layak nak tengok aurat aku.
AKU
dah buat keputusan untuk tetap pulang ke UK tapi aku tak bagitahu Ihsan
pun. Cuma aku ajak John pulang bersama-sama aku. Tapi John menolak sebab dia
ada urusan yang perlu diselesaikan berkaitan dengan Wardina. Jadi aku tidak
kisah. Pulang berdua dengan Aryan pun aku tak kisah.
Tapi
masalahnya, Aryan tu... Nak ke dia pulang tanpa Ihsan? Aryan tu pun sejak Ihsan
dah jadi penghuni tetap rumah ini, aku pun dia pandang sebelah mata. Tu pun nak
tak nak saja. Solat dengan Ihsan, belajar mengaji dengan Ihsan, pergi masjid
dengan Ihsan, makan dengan Ihsan, mandi dengan Ihsan, main dengan Ihsan, tidur
pun dengan Ihsan. Apa saja yang dengan aku? Bila dia sakit dan nak mengadu,
barulah nak cari aku. Ibu, tolong garu. Ibu, pedih mata. Ibu, I had a cut
because of the rose torn!
Waktu
tu pandailah dia cari aku.
Kadang-kadang,
aku sakit hati dengan Ihsan. Ah! Bukan kadang-kadang! Memang aku sentiasa
bengang dengan dia. Sebab semua perkara yang membahagiakan aku dia nak rampas.
Tengok sajalah sekarang ni, ahli keluarga aku bukan main rapat lagi dengan dia.
Kalaulah suatu hari nanti mereka tahu siapa Ihsan, akan sayang lagikah mereka
kepada Ihsan?
Tapi
aku tak sampai hati. Tak sampai hati nak rampas kebahagiaan Aryan. Bagi aku,
tak kisahlah kebahagiaan aku berkurang pun, yang penting Aryan gembira. Ya,
yang penting Aryan tahu bagaimana rasanya mempunyai seorang ayah. Dan ayah itu
ialah ayahnya yang sebenar-benarnya.
Dah
seminggu pun berlalu sejak Ihsan ubah rupa dia kepada Zachary. Adakah aku masih
dalam mood silent apabila dengan dia? Ya, aku masih tidak mahu bercakap
dengannya. Dan dia pun nampak macam tak kisah. Maknanya kami okeylah.
“Awak
nak balik UK?”
Astaghfirullahalazim!
Cepat-cepat aku berpaling memandang ke belakang. Ihsan rupanya.
Aku
diam. Tak menjawab soalannya.
“Saya
teman awak balik. Lagipun memang kebetulan saya nak balik UK juga.”
“Awak
boleh berhenti cakap Melayu tak?” Aku geram. Telinga ni dah penat dengar dia
berbahasa Melayu. Bagaimana dia boleh begitu cekap berbahasa Melayu begini?
Sedangkan dia bukannya orang Malaysia pun!
“Kenapa?
Tak suka?”
“Berapa
lama awak belajar bahasa Melayu?”
“Sejak
kecil.” Huh? Biar betul?
“My
mum... Dia dibesarkan di Malaysia. So she knows Malay very well. Our
second language dekat rumah,” sambungnya. Aku mengangguk faham. Patutlah
tak ada pelat langsung. Terasa bersalah pula kerana memarahinya tadi.
“Your
parents, are they staying in UK?”
“No.
They’ve passed away since I was fifteen. Dekat UK tu cuma ada nenek saya,
abang saya dan adik perempuan saya.”
“I’m
sorry.”
Dan
masing-masing diam. Aku tak nampak di mana dia berada. Tak tahu berapa jauh
jarak kami. Yang pasti dia di belakang aku.
“Saya
pelik. Kenapa awak khianati perkenalan kita?” Aku terhenti di situ. Aku terlalu
malu dan hatiku terlalu sakit untuk membuka cerita lama.
“Kenapa
awak sanggup buat saya macam tu? Kenapa awak khianati saya sedangkan awak tahu
saya seorang Islam? Apa yang awak nampak pada saya sedangkan saya begitu
menjaga diri saya? Dan saya paling tak boleh terima apabila awak hilang selepas
apa yang awak dah buat kepada saya. Graduation day pun awak tak datang.
Begitu bersungguh-sungguhnya awak nak lari daripada kesalahan yang awak buat.
Awak tak tahu bagaimana keadaan saya di sana. Bagaimana terseksanya saya untuk
buat piihan yang tepat. Bagaimana saya berperang dengan jiwa saya untuk
menerima Aryan. Awak tak tahu semua tu...”
Telingaku
menangkap keluhan berat yang keluar daripada bibirnya. Beberapa ketika dia
diam.
“I’m sorry for what I’ve done to you.
Really, really sorry. Bukan salah awak pun, Nuha. Salah saya. Semuanya
salah saya.” Dia diam.
“Tapi
kenapa saya, Ihsan? Dalam banyak-banyak perempuan lain? Dan kenapa selepas tu,
awak macam tak pernah wujud depan mata saya?”
“Because
I’m so jealous of you.”
“What?!”
Berkerut-kerut dahi aku sebab cuba nak faham apa kaitan cemburu dengan apa yang
dia dah buat dekat aku.
“Yes,
I’m so jealous of you. You have that laugh, that smile, that expression...
These things that I had never have. You have been so calm all the time. That’s
what make me really jealous of you. I’ve been trying to know you, to know what is
exactly makes you who you are, that calm person that I’ve always saw. But you
kept trying to avoid me. Each time.Nama pun sampai Dina yang kena beritahu.
You’re very arrogant that time...”
“Habis
tu? Takkan sebab tu awak tak puas hati dengan saya? Takkan hanya semata-mata
sebab tu awak buat saya macam tu?”
“Tak,
saya cuma berniat untuk mengajar awak saja. Ajar untuk tak sombong dengan orang
lain. But things get worser then when your hair slipped out of your scarf...”
Terus aku jadi sensitif dah nak dengar lepas tu. Dan nasib baik Ihsan tak cakap
apa-apa dah.
“And
then you left.”
“Not
after a month. I’ve been spying on you. I knew that you’re pregnant.”
“And
then you just left?”
“Because
I felt guilty and I’ve finally found out about things that calm you down. You
can still stay strong and happy in front of others even after what I’ve done
because of your faith. So then I flew to Malaysia. Met Naufal and he helped me
met Allah. Three months learning and observing, and then only I decided to
embrace Islam.”
Aku
diam. Berfikir mengenai jalan ceritanya.
“I
know about you and Aryan through my brother. He’s helping me to take care of
you.”
“What
do you mean?”
“Dr
Dave.”
“Huh?”
“He’s
my brother.”
MasyaAllah!
Terkejutnya aku.
“But
he never told me that you’re married. So I thought that you’re still single and
I’m preparing myself for us. But then we met earlier than what I’ve planned and
quite suprised knowing that you’re married. I asked my brother about this but
he said that he don’t know about that. I thought that you just lied to me until
the day at the airport, I met John. Whether I want it or not, I have to accept
that you’ve already married. So that’s why I kept myself away from you. Because
I know it’s a sin for loving a married woman.”
Dia
berhenti di situ.
“Is
it Naufal who told you everything? That I’m actually not married yet and John
is not actually my husband?”
“Yup.
Because he knew my previous name was Zachary. He asks me whether I had anything
to do with you but I didn’t tell him about what had happened until a week
passed while you were in your coma. I told your family about us, about my
feelings. Everything. I know, they are frustrated over that story. Including
Naufal himself. About an hour later, atuk called me to see him. He asks me to
marry you if I wanted to. So I did.”
“But
you would not expect me to accept you after what you have done in the past,
right? This relationship will never work if not because of Aryan.”
“Forgive
me. Forgive me for what I’ve done before, Nuha. It’s hard living with guilty
feelings over the person that you love.”
“Not
now.” Dan aku terus bangkit daripada dudukku seraya berjalan
meninggalkannya. Kardigan labuh pada tubuh aku kemaskan. Kedua-dua belah tangan
memeluk tubuh. Hati aku sakit. Sakit sangat. Perlahan-lahan aku melepaskan
tangisku. Kepala aku tundukkan dan tangan kananku naik menekup mulut bagi
menahan esakan daripada terkeluar. Ihsan, kalaulah... Kalaulah awak bukan
Zachary.
MASUK
sahaja ke dalam ruang tamu rumah, pandanganku dihidangkan dengan suatu
keadaan yang aku tak pernah nampak seumur hidup aku. Tapi automatik bibirku
mengukir senyuman. Ya Allah, comelnya...
Penat
sikit aku hari ni sebab terpaksa bekerja sampai malam. Kalau tak, Doktor Dave
atau aku boleh panggil dia abang ipar aku, yang selalu kerja waktu malam. Tapi
disebabkan dia bercuti hari ni untuk ke luar negara, maka aku perlu ambil alih
tempatnya. Tapi tak kisahlah, selama ni berhari-hari aku cuti dan dia ambil
alih tempat aku, dia tak pernah mengadu pun.
Kaki
terus melangkah ke bilik di tingkat atas bagi membersihkan diri. Usai
menunaikan solat, aku turun kembali ke bawah dengan dua helai comforter.
Sofa
yang telah dibuka menjadi katil di ruang tamu itu aku dekati, kemudian aku
melabuhkan duduk pada ruang kosong yang ada. Patung dinasour lembut berwarna
ungu atau lebih dikenali dengan nama Barney yang berada di sisi kepala Ihsan
aku alihkan. Barney itu merupakan kegemaran Aryan sejak dia kecil lagi, hadiah
daripada Wardina.
Sehelai
comforter pada tangan aku gunakan untuk menyelimuti Ihsan dan Aryan yang
sedang lena. Nampak yang Aryan sangat manja dengan Ihsan apabila Aryan tidur
meniarap di atas tubuh Ihsan begitu dengan tangan kanan Ihsan memeluk tubuh
Aryan.
Tubuh
terus aku rebahkan di sebelah mereka. Dah sebulan pun kami di UK dan aku tak
kisah kalau tidur satu katil dengan Ihsan sebab di mana ada Ihsan, di situ ada
Aryan. Aku pandang wajah Aryan dan kemudian wajah Ihsan.
“Kalaulah
awak bukan Zachary...” Saya yakin yang kita takkan ambil masa yang lama pun
untuk semua orang bahagia.
Salah
tak kalau aku cakap aku sayangkan Ihsan? Ya, aku sayangkan Ihsan. Sejak kami
putus hubungan dulu, sebenarnya aku rasa apa yang Aryan rasa. Aku tak boleh
lari daripada memikirkan dia. Tapi hakikatnya sekarang, apabila aku tahu dia
ialah Zachary, susah untuk aku terima bahawa aku sedang menyayangi orang yang
pernah suramkan hidup aku dulu.
Pernah,
pernah aku terfikir untuk melarikan diri daripada dia. Tapi, aku tak sanggup.
Tak sanggup nak berpisah dengan dia walaupun aku tahu dia pernah khianati aku dulu
sebab Aryan dah terlalu rapat dengan dia. Dan aku tak tahu betul ke tak apa
yang aku rasa ni, tapi aku rasa Ihsan mampu untuk besarkan Aryan dengan baik.
Entahlah,
kadang-kadang aku pun keliru dengan fikiran dan hati aku...
Aku terima dia. Aku tak kisah siapa dia pada masa silam dia. Yang penting sekarang, dia merupakan seorang hamba yang taat kepada Tuhannya. Kau tahu kan yang hidayah itu hak mutlak Allah? Dan kau sedar kan betapa John, grandpa dan Zachary tu bertuah sangat-sangat sebab Allah pilih mereka. Dan kau sedar tak betapa bertuahnya kita apabila Allah pilih kita untuk bersama-sama mereka? Aku percaya pada kasih sayang Allah. Aku percaya Allah pilih mereka dan kita bukan atas sebab yang sia-sia. And I trust Syamil. Kau sepatutnya lebih tahu yang sebaik sahaja mereka masuk Islam, mereka sesuci bayi yang baru lahir. Jadi bukan hak aku untuk pertikai apa yang dia dah buat dulu, sewaktu dia tidak tahu. Bukan hak aku.“Say to those who have disbelieved [that] if they cease, what has previously occurred will be forgiven for them. But if they return [to hostility] - then the precedent of the former [rebellious] peoples has already taken place.” (Surah al-Anfal, 8:38)
DINA.
Manusia yang aku tak tahulah baik dia tahap
apa. Waktu senang dia ada, waktu susah dia ada. Kadang-kadang aku fikir, she’s
just too perfect to be my friend.
Dia
dengan aku, bagai langit dengan bumi. Senang cakap, dialah yang sentiasa
tenang, yang sentiasa ceria, yang aku tak pernah nampak pun bermasalah.
Selalunya akulah yang bermasalah dan dialah yang banyak ingatkan aku kepada
Allah.
Pernahlah
juga aku nampak Dina bermasalah, tapi dia selalu tahu untuk cari Allah. Bukannya
macam aku. Selalu nak kena diingatkan. Dan aku tahu, apa yang aku dah baca dari
skrin telefon tadi, merupakan salah satu peringatan Dina buat aku.
Nak
suruh aku berbaik dengan Ihsanlah tu.
Tapi
dalam diam, aku akui, ada benarnya kata-kata Dina.
Walaupun
Ihsan pernah menyakiti aku dulu, adil ke untuk Ihsan jika aku mengungkit mengenai
siapa dia semasa namanya Zachary dulu? Semasa dia kafir dulu? Adil ke untuk
dia?
Tak,
aku tahu tak adil jika aku ungkit siapa dia ketika dia kafir dahulu. Aku tahu,
apabila dia memilih Islam, maka dia memilih untuk menjadi lebih baik. Aku yakin
Allah tahu Ihsan mampu.
Dan
mungkin, aku perlu tolak tepi soal dendam. Ya, dendam lama itu. Dendam yang aku
kata kalau aku jumpa dia, aku akan kerat lapan belas badan dia.
Aku
mungkin perlu pandang ke depan, sebab aku tahu, dalam hati aku ada sayang. Sebab
aku tahu, Aryan terlalu sayangkan Ihsan.
Benarlah
kata Wardina. Bukan hak aku untuk hukum dia apabila Islam sendiri telah
menyempurnakan dia. Aku perlu yakin. Yakin akan ketentuan Allah. Dan yakin akan
Arifihsan.
No comments:
Post a Comment