Total Pageviews

FIRST BABY

Saturday 29 June 2013

Ceritera Selama Diri Ini Menyepi

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Apa khabar readers? Semoga semuanya berada dalam limpahan rahmat-Nya. Adess, lama tak update blog ni. Okey, banyak kisah yang nak diceritakan. Tapi yang paling penting, saya nak share result exam saya. Sadis betul. Haha. Okey, alhamdulillah, tak ada subjek yang gagal. Saya dapat 6A2B1C. Berikut adalah keputusan secara lebih terperinci:

Bahasa Melayu: B= 74%
English: A= 88%
Bahasa Arab: A= 88%
Pendidikan Islam: A= 92%
Sains: A= 87% Ditambah dengan 7 markah hasil kerja folio jadi= 94%
Matematik: C= 56%
Sejarah: B= 76%
Geografi: A= 86%
Kemahiran hidup: A= 84%

Macam mana BM boleh dapat B ni? Haha. Lemah bahagian ringkasan. Saya dapat 11/20 bahagian ringkasan. Bahagian lain semua okey. Karangan umum, saya TERpilih soalan perangkap. Huh! Alhamdulillah, dapat 35/40. Balik rumah, mak cakap ni nak panjangkan cerita pandai, bila nak ringkaskan tak boleh pulak. Hehehe. Tak ada apa-apa nak cerita tentang English. Bahasa Arab last year dapat B kali ni dapat A. Yalah, soalannya pun boleh tahan senang. Hehe. Okey, macam mana Pendidikan Islam yang saya sangat yakin tak dapat A boleh dapat A dengan markah yang tinggi? Ni kes ustaz baik hati. Haha. Tak adalah. Kata ustaz, soalan mid year Pendidikan Islam kali ni kita boleh jawab ikut pemikiran kita. Alhamdulillah, tak sangka boleh dapat A.

Sains? Alhamdulillah. From B boleh achieve A. Sebelum exam cikgu bagi tugasan folio yg boleh membantu menambah markah kami jadi dapatlah 94% tu. Alhamdulillah. Matematik??? Haih. Adesss, berapa kali dah saya mengeluh ni? Huhu. Balik aje rumah, terus kena brainwash. Basah lantai dengan air mata. Tapi tak apa. Ayah buat macam tu bersebab. Dia nak anak dia berjaya. Saya pun akan ambil iktibar. Mak cakap kena banyak buat latihan. Math needs practice. Kalau duduk dalam kelas tu, tercongok je dengar cikgu mengajar, memang takkan dapat apa-apa.

Practice, practice, practice itu adalah main point untuk berjaya dalam Matematik. Take note tau! Kena buat latihan. At least satu soalan everyday. Okay, I admit saya pun malas nak buat. But kalau nak berjaya we need afford right? So, make a wise choice dear. Kita kena korbankan dan kerahkan otak kita untuk Matematik. Kalau dari menengah rendah pun dah tak boleh bawak, memang parah. Totally parah bila naik menengah atas nanti. Jangan cakap saya tak ingatkan ya? You must take note dear. Ambil perhatian apa yang cikgu ajar, buat latihan Math banyak-banyak. Kalau dah habis buku latihan tu beli buku baru. Kalau tak faham something, even small thing yang korang anggap tak penting, korang kena tanya jugak. Jangan sisihkan perkara tu. Okey dear? Kita boleh buat untuk Matematik!

Sejarah dapat B? Okey, nothing to explain. Saya memang tak sangka boleh dapat B. I thought that I will go for C or lower than that. But, Alhamdulillah, we deserves for what we have done for. Geografi pulak? Hurm, okey, yang ni pun saya sukar nak ramal yang saya akan dapat A atau B. Sebab masa saya ambil paper ni, macam ada virus yang serang saya menyebabkan mata saya berair. Macam kena alahan. Merah mata, hidung pun berair. Saya memang ada alahan. Apa-apa yang saya tahu, saya alah dengan bulu kucing dan habuk. Walaupun saya suka kucing, saya tetap tak boleh main dengan kucing. Nanti mulalah gatal tekak, mata berair dan merah, hidung pun berair. Kalau dengan habuk, bersin memanjang semasa mengemas tu lepas tu perkara yang sama jugak yang jadi, gatal tekak, mata berair dan hidung pun berair.

Aduh, jauhnya melalut. Okey, untuk KH, alhamdulillah, dapat A. Tak expect but Alhamdulillah, :). Hurm, tu sajalah kot untuk cerita tentang exam ni. For all the days lepas ambil result, ada pra sukan. Saya tak ambil bahagian as I'm not good in sports. Tapi perbarisan tu bolehlah. Haha.

Oh ya! Semalam dan hari ni ada Hari Koperasi Sekolah. Memang banyak gerai yang bukak. Meriah! Well, hari ni saya buat persembahan untuk Apresiasi Polipuisi Komsas. Tak tahulah macam mana rupanya. Hehe. Take a look at this picture.

Pelajar-pelajar yang menyertai Apresiasi Polipuisi Komsas dengan bimbingan guru Bahasa Melayu kami Puan Hajah Nornimas Yaakob. Dari kiri belakang: Kak Alia Shafiqqa (Tingkatan 3KAA), Sofri (Yang ini bukan peserta, tetapi dia ada buat persembahan. Sofri ni pandai bersilat. Tingkatan 4SN2), Ariff Zamri (Tingkatan 3RK1), Amirul Asrul (Tingkatan 3RK1), Alif Haikal (Tingkatan 3RK1), Million Wong (Tingkatan 3RK1), Faiz (Tingkatan 3RK1), Saya (Tingkatan 2KAA). Dari kiri hadapan: Siti Nurfitriyatul Izzati, (Tingkatan 2KAA), Kak Juwita Adawiyah (Tingkatan 3KAA), Puan Hajah Nornimas Yaakob (Guru pembimbing kami) dan Puteri Balqis (Tingkatan 2KAA).

Habis sesi beramah mesra dengan gambar tu. Kot kalau ada yang nak suruh sampaikan salam ke, bolehlah kirim dekat saya. Haha, gurau je. Okey, just nak inform, cikgu kami tu ada blog. Simple saja blognya tapi isinya bermanfaat, sesiapa yang nak baca jemput singgah dan sudi-sudilah tinggalkan komen :). Klik sini untuk ke blog cikgu kami. Okey. Dah tak ada apa-apa kot nak cerita. Next time saya up bab 29. Tak kisahlah tak ada request pun. Hehe. Thanks sudi baca readers! May Allah bless us! Jazakumullahukhairan!

Salam sayang dan salam ukhwah,
Nasha Hadzir Othman