Total Pageviews

FIRST BABY

Thursday 16 May 2013

Nervous!

Assalamualaikum!

Tajuk entry macam tak boleh bla aje. Haha! Okey, serius saya nervous sangat! First, nervous sebab esok dah start mid year exam. Giler kau?! Dah lama kot tak hadap kertas periksa. Anak-anak PBS lah katakan. Nak exam tapi sempat lagi update blog kan? Macam apa je, -_-. Waduh, lupa suda macam mana rupa kertas periksa, :3. Teruk betul perangai.

Macam mana tak lupa kalau kali terakhir jawab exam waktu awal tahun lepas? Haish! Ingatkan anak-anak PBS tak ada PMR dah. Rupanya ada juga. Tapi tak tahulah format macam mana. Aiseh! Apa yang diberitahu, 40% ambil daripada PBS manakala lagi 60% daripada PMR. *yeke? ke terbalik? lantaklah! kalau terbalik maaflah, :)*

Okey, second saya nervous sebab saya menantikan sesuatu. Hurm, pihak ILHAM Karangkraf ada buat projek Antologi Cerpen Orang Berdosa. 25 cerpen terbaik genre Islamik akan dipilih dan dikompilasikan menjadi senaskhah buku. Wah, agak-agak cerpen saya terpilih tak? Nervous ni! Kata Cik Ilham, pengendali laman ILHAM ni, esok akan diumumkan cerpen-cerpen yang terpilih. Haru biru hidupku. Alamak, tak boleh fikirlah... kalau fikir nanti tak fokus jawab exam. Dahlah subjek Bahasa Melayu. Malu aje kalau fail. Yalah, kata nak jadi penulis kan?

Then, apa lagi yang buat saya nervous? Hurm, okey! This one. Saya ada hantar esei untuk satu pertandingan iaitu Pertandingan Menulis Esei Antartika Lestari anjuran Universiti Sains Malaysia. Esei yang bertajuk Ancaman Terhadap Antartika dan Hidupannya. Haha, jangan main-main, Antartika tu! Serius, banyak perkara yang dikaji dan banyak perkara yang diperoleh. Mengikut jadual, pemenang akan diumumkan dalam bulan 6. Sudah dekat tau? Weee... agak-agak esei saya terpilih tak?

Saya mengaku, lepas hantar, saya semak balik... penggunaan adalah dan ialah salah! Totally salah. Sepatutnya adalah, saya letak ialah. Memang silap saya sebab salah faham. Haa, tulah siapa suruh tak bagi cikgu BM semak dulu? Adalah lebih kurang lapan kesalahan penggunaan ialah dan adalah tu. Selain tu, ada satu perenggan ni, saya mengaku, ayat dia ter'terbalik'. *kewujudan ter menunjukkan saya tak sengaja* Jadi, agak tunggang langgang sikit ayat dalam perenggan tu. Hadoi... apalah nasib esei tu ya? Peluang nak memang memang besar sebab tak ramai yang join. Tapi mampukah? Haha! InsyaAllah!

Okey, saya rasa perkara last yang buat saya nervous adalah pertandingan menulis cerpen sekolah menengah, anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka. Haa~ Yang ini saya tak hantar lagi. Walhal tarikh tutup 31 Mei 2013. Target, malam ni nak siapkan dan esok hantar kepada cikgu BM saya. Haha! Malam ni study dengan cara menulis la... -_-. *Eh? Komsas kan kena baca?* Yelah... lepas siap tulis, saya bacalah buku. Takkan terabai pelajaran saya meski saya menjalankan kegiatan menulis. :)

Well, hope nervous yang melanda ini boleh dikurangkan. Esok nak jawab exam dalam keadaan tenang! Huk aloh! Meja tak susun lagilah! Lupa! Sambutan Hari Guru punya pasallah ni! Grrr! Okey, steady Nasha. Readers, kawan-kawan, sahabat handai, saudara-mara, harap kalian dapat doakan untuk saya ya?

Semoga saya dapat jawab exam dengan tenang dan lancar seterusnya memperoleh keputusan yang cemerlang; Semoga cerpen saya terpilih untuk projek Antologi Cerpen Orang Berdosa dan seterusnya cerpen itu dapat memberi manfaat baik kepada diri saya juga para pembaca; Semoga esei saya terpilih sebagai pemenang dalam pertandingan esei Antartika Lestari anjuran Universiti Sains Malaysia tu;
Semoga saya diberi ilham untuk menulis pada malam ini; Semoga proses penghantaran cerpen untuk pertandingan menulis cerpen anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka tu lancar serta diredhai Allah dan seterusnya semoga cerpen-cerpen saya tu dapat menambat hati para juri, ^_^. Ameen!

Terima kasih atas sokongan, dorongan, dan doanya! Semoga kalian diberkati Allah SWT. Saya nak ambil kesempatan ni untuk ucapkan SELAMAT HARI GURU buat insan yang bergelar pendidik. Terutamanya kepada insan-insan yang telah mendidik saya daripada saya kecil, tidak tahu apa-apa sehinggalah kini, saya sudah mempunyai cita-cita dan matlamat hidup untuk berjaya di akhirat dan tidak dilupakan juga kejayaan di dunia yang sementara ini. Semoga insan-insan yang bergelar pendidik, termasuk diri saya sendiri, terus komited dalam menjalankan tanggungjawab untuk mendidik insan-insan lain. Saling mendidiklah antara satu sama lain ke arah kebaikan. InsyaAllah! Jazakumullahukhairan! May Allah bless us! ^_^

Salam ukhwah dan salam sayang,
Nasha Hadzir Othman.
  

2 comments: