Assalamualaikum!
Apa khabar readers? Harap semuanya sihat. Okey, tajuk entry kali ni sangat melegakan. Exam dah habis, maknanya peperangan dah tamat. Namun, perjuangan takkan pernah berakhir. Paper last hari ni Math dan KH. Wah, memang tak tahu nak cakap apalah! Math PAPER 2 saya memang lost gila. Especially LINEAR, memang tak ingat formula langsung. Jadi, kebiasannya, bila dah tak ingat tu memang hentam ajela. Asalkan JANGAN TINGGAL KOSONG. Haha.
Math PAPER 1, okey! Alhamdulillah, saya boleh jawab dengan baik. Yakin aje. Adalah dua tiga soalan yang saya kira dah tak sempat nak fikir lama-lama memandangkan masa pun dah nak tamat, saya pilih ajelah A ke B ke C ke D ke. Yang penting, siap. Hehe.
KH pulak? Well, soalan objektif semua boleh jawab sebab ada pilihan. Tapi bila dah sampai soalan subjektif... sorry to say lah. Huh! Saya tulis aje apa-apa yang terlintas dalam FIKIRAN. Okey, moral of the story, untuk MATH, BUAT LATIHAN BANYAK-BANYAK SAMPAI MAHIR okey! Untuk KH, BACA BUKU TEKS, JANGAN BACA NOTA RINGKAS YANG DIBUAT DENGAN SANGAT RINGKAS TU.
Okey, tentang projek Antolongi Orang Berdosa, cerpen saya TIDAK TERPILIH. Tapi NEVER GIVE UP! Ambil contoh, JK Rowling, ramai orang kata cerita Harry Potter mengarut. Tapi dia tetap cekal. Terus berusaha dan tidak mengalah. Novel dia, meletup! Siap diadaptasi jadi filem lagi! So, JANGAN BERPUTUS ASA, USAHA, USAHA, USAHA, USAHA DAN TERUSKAN BERUSAHA. Jangan lupa, DOA dan TAWAKKAL kepada Allah.
Oh, lupa nak share TARGET RESULT EXAM saya. Okey, like this:
BAHASA MELAYU= A
ENGLISH= A
BAHASA ARAB= A
GEOGRAFI= A
SAINS= A
MATEMATIK= B
KEMAHIRAN HIDUP= B
PENDIDIKAN ISLAM =B
SEJARAH= B
Dear readers, kalau korang nak tahu, exam last year yang awal tahun tu saya dapat 7A2B. B ialah Sains dan Bahasa Arab. Ni gara-gara tak study sebab sepupu saya datang malam sebelum ambil paper Sains dan Bahasa Arab tu.
Korang jangan pelik sebab apa target saya kali ni 5A4B. Hal ini kerana, saya akui, saya sedikit lembab setelah lama tidak mengambil peperiksaan. Abang saya kata, JANGAN JADIKAN TU SEBAGAI ALASAN! NI MENAMPAKKAN YANG KAMU TIDAK BERSEDIA UNTUK MENGHADAPI MASA HADAPAN. *adalah sikit-sikit saya reka, tapi memang lebih kurang macam nilah yang dia cakap* Apa yang penting, saya TAK NAK C. Walaupun saya rasa ada subjek yang nyawa-nyawa ikan macam PENDIDIKAN ISLAM, SEJARAH, dan MATEMATIK tu. Andaikata format soalan PENDIDIKAN ISLAM sama macam dulu, memang target saya A. Tapi bila format dia macam sekarang, siap dengan peta mindanya, 6 helai kertas bercetak depan belakang. Bayangkanlah berapa banyak tempat kosong nak kena isi tu, memang saya tak boleh nak target A. Huh! Saya rasa ustaz mesti gelak bila baca jawapan saya yang mengarut.
BTW, waktu sehari sebelum nak ambil exam Sains, saya excited gila. Tak sabar nak jawab Sains. Gini ceritanya:
Saya: Yeah! Esok Sains, tak sabarnya! *siap terlompat-lompat lagi. tapi tak over lah*
Nadiah (Kawan saya): Kau okeylah, pandai Sains.
Dalam hati saya: Ya ke pandai? Tahun lepas dapat B.
Tiba-tiba, ada pulak orang menyampuk.
Tini (Kawan saya kelas lain): Orang nak periksa Sains risau. Dia ni boleh pulak gembira.
Nadiah: Tahu dia ni. Entah apa-apalah.
Saya pun sengih ajela. Haha. Memang saya dapat jawab Sains dengan lancar, Alhamdulillah. :)
Readers, doakan saya lulus semua mata pelajaran dengan cemerlang sedaya saya. Terima kasih readers, semoga Allah merahmati korang, ^_^. Ameen! Alhamdulillah, SUCH A RELIEF. Sekian saja dari saya. See yah!
Salam sayang dan salam ukhwah,
Nasha Hadzir Othman
No comments:
Post a Comment