Salam sayang, readers semua. Moga kalian diberikan kesihatan yang baik oleh Allah SWT. Kalau tengah sakit, ingatlah bahawa sakit itu penghapus dosa, :).
Okey, ingat lagi post yang tertera di dalam gambar ini?
Kalau yang dah pernah baca tu mungkin ingatlah. Kalau tidak pernah tu, tak apa. Tak penting sangat pun untuk ingat.
Baiklah, saya sudah mengambil keputusan untuk repost cerpen ini.
Kenapa tiba-tiba saya decide untuk repost cerpen ini?
Baiklah, begini kisahnya. Cuti-cuti ni, rajinlah juga saya tengok-tengok masalah blog ni, manalah tahu ada cacat cela di mana-mana. Maka, saya bertemulah dengan satu masalah iaitu, link untuk cerpen atau novel ke ILHAM KARANGKRAF sangat lambat loadingnya.
Ehem, lambat tu, maksud saya, dengan line internet yang saya adalah. Bukanlah line internet yang 4G tu. Jadi, memikirkan keadaan yang tidak kondusif untuk kesemua readers yang line internet readers semua terdiri daripada bermacam-macam taraf, dan saya mahukan readers tidak frust untuk membaca, maka saya ambil keputusan untuk repost cerpen Mr Frost Face ini di dalam blog ini, secara FULL. Kiranya, readers tak perlu lagi nak klik link 'sini' yang berwarna pink tu.
Buat sakit hati saja kan tunggu lama-lama. Fed-up aku nak baca. Daripada ada mood nak baca terus tak ada mood.
Eheh. Haha.
Readers, mohon apa-apa yang tak puas hati fasal entry cerpen or novel, lontarkan ketidakpuasan hati tu pada chatbox. Manalah tahu tulisan entry kecil sangat, susah nak baca, tak boleh nak zoom. Sila-silakanlah buat aduan di chatbox tu. Heee, ada kelapangan nanti, saya akan adjust apa-apa yang patut. Jika ada kelapangan.
So this is it. Enjoy, tau? Sesiapa yang pernah frust tunggu lama-lama tu. Sila-silakanlah baca balik dengan hati yang lebih tenang. Saya minta maaf ya sebab pernah buat readers semua frust, :). Harap maafkan saya yang kurang prihatin ini. Dan maafkan saya juga kalau cerita ni tak best ataupun lapuk ke... Maklumlah kan, dah dua tahun lepas punya cerita. Hihi, faham-fahamlah, ya? So, enjoy it, :).
“HEI, lepaslah! Lepas! Apa ni?!” jerit Nurain. Puas dia
merentap tangannya daripada ditarik oleh seorang lelaki. Baginya lelaki yang
menariknya itu sangat pengecut. Apa tidaknya, lelaki itu menarik dirinya dari
arah belakang.
“Kau
diam boleh tak? Kalau kau tak nak apa-apa jadi dekat keluarga kau, kau ikut
aku!” ugut lelaki itu. Kedua-dua belah tangan Nurain diikat. Nurain mengetap
bibirnya.
“Kau nak
apa sebenarnya hah? Kau cakap ajelah!” jerit Nurain. Menyesal rasanya kerana
pulang lewat ke rumah pada hari ini. Tubuhnya ditolak masuk ke dalam sebuah
kereta.
“Kau nak
bawak aku pergi mana ni? Lepaskanlah aku!” Nurain tidak henti-henti menjerit.
Lelaki yang mempunyai segaris parut pada pipi kanannya itu menghentak stering
kereta.
"Kau
boleh diam tak?! Aku kata diam, diamlah! Tak faham bahasa agaknya kau ni!”
bentak lelaki itu keras. Terdiam Nurain dibuatnya. Nurain menyandar lesu pada seat
kereta tersebut. Saat kereta tersebut mulai bergerak, air mata Nurain turun
satu persatu membasahi pipinya. Terpejam jua matanya saat dia menangisi
nasibnya.
“DATO’,
ni gadis yang Dato’ minta saya cari,” kata Hamdan, lelaki yang ditugaskan
untuk mencari dan membawa Nurain. Tali yang mengikat tangan Nurain dileraikan.
Nurain memandang tajam wajah lelaki yang berada di hadapannya. Di dalam
benaknya, timbul pelbagai persoalan. Apa tujuan dirinya dicari?
“Siapa
nama kamu?” soal Dato’ Farid. Nurain diam tidak terkutik.
"Jawablah!
Dato’ tanya kau tu. Tadi boleh pulak kau terpekik-pekik kan?!” jerkah Hamdan.
Tersentak Nurain dibuatnya.
“Hamdan,
jangan berkasar.” Dato’ Farid mengingatkan Hamdan.
"Nurain.
Nurain Haidar binti Adrian,” jawab Nurain. Dia langsung tidak memandang wajah
Dato’ Farid. Banglo yang tersergam indah menjadi santapan matanya.
“Mari,
ikut saya,” ajak Dato’ Farid. Nurain menelan liur.
“Tak.
Tak semudah tu saya nak ikut orang yang saya langsung tak kenal! Sebenarnya,
apa niat Dato’ culik saya ni? Saya bukanlah anak jutawan. Kalau saya anak
jutawan pun, tak ada gunanya jugak Dato’ culik saya sebab Dato’ pun dah kaya
kan? Ke Dato’ ni bapak ayam? Dato’ memperdagangkan manusia eh?” Selamba badak
Nurain menyoal Dato’ Farid. Tergelak Dato’ Farid dibuatnya.
"Nurain,
kamu jangan risau. Dalam rumah ini, ada isteri dan anak-anak saya. Saya
bukanlah seperti yang kamu sangkakan. Mari, ikut saya masuk ke dalam rumah.
Dengan itu, kamu dapat tahu kenapa saya tugaskan Hamdan untuk mencari kamu,”
jelas Dato’ Farid. Berkerut-kerut dahi Nurain dibuatnya.
“Sekejap
Dato’, pinjam telefon sekejap. Saya nak telefon ibu saya. Risau dia nanti saya
tak balik,” ujar Nurain. Minah ni memang jenis selamba tak bertempat ke apa?
Hamdan sudah mengeluarkan telefon bimbitnya.
“Nahlah,
kau pakai telefon aku. Dato’ punya telefon dalam rumah,” kata Hamdan. Dia
menghulurkan telefonnya kepada Nurain. Pantas Nurain menyambut lantas nombor
telefon ibunya didail.
“Buat loudspeakear.
Bukannya boleh percaya kau ni. Entah-entah polis yang kau telefon,” kata
Hamdan. Nurain menjeling tajam.
“Yalah, kau ni sibuklah! Tak kuasa aku nak
telefon polis kalau dah sampai rumah banglo macam ni,” jawab Nurain. Amboi,
tadi bukan main lagi kau menangis ya Nurain?
“Assalamualaikum
ibu,” ucap Nurain sebaik sahaja talian berjawab.
“Waalaikumussalam,
Ain. Ain dekat mana ni sayang? Kenapa tak balik lagi? Risau ibu tahu?” Cemas
kedengaran nada suara Puan Hidayah.
“Ain
okeylah ibu. Ain tak tahu lagi Ain balik ke tidak sebab Ain ada hal ni. Tapi
ibu jangan risau, Ain boleh jaga keselamatan Ain. Ibu tidurlah dulu dengan
adik. Nanti kalau ada apa-apa Ain telefon ibu,” ujar Nurain.
“Ain ada
hal apa ni?” soal Puan Hidayah.
“Biasalah
ibu, kerja tak siap lagi,” jawab Nurain terpaksa berbohong. Takkanlah hendak beritahu
yang dia sudah diculik oleh seorang Dato’. Mahu terkena serangan jantung ibunya
nanti. Ish! Dia tidak sanggup kehilangan ibunya.
“Ermmm,
yalah. Ada apa-apa nanti telefon rumah tau? InsyaAllah, ibu jawab. Jaga diri
baik-baik Ain,” pesan Puan Hidayah.
“Ya ibu.
Ibu jangan risau. Ibu pun jaga diri, assalamualaikum,” ucap Nurain. Setelah
Puan Hidayah menjawab salamnya, Nurain mematikan talian.
“Nah,
terima kasih! Puas hati, dapat dengar suara ibu aku? Aku ni baik tau, tak
menipu. Kalau aku kata nak call ibu aku, aku call ibu akulah.
Buat apa call orang lain,” kata Nurain. Telefon Hamdan diserahkan
kembali kepada tuannya.
“Cepatlah
ikut Dato’ masuk dalam. Banyak cakap pulak kau ni,” kata Hamdan. Nurain
mencebikkan bibirnya.
“Yalah-yalah,
aku nak masuklah ni,” jawab Nurain lantas dia mengorak langkahnya masuk ke
dalam rumah banglo milik Dato’ Farid.
“Dato’,
kenapa Dato’ bawak saya ke bilik ni? Eiii, seramlah!” kata Nurain. Dia
memandang suasana ruang tamu tingkat atas yang suram.
“Baru
gelap sikit kamu dah kata seram. Sebenarnya Ain, saya nak minta tolong kamu.
Saya nak minta kamu tolong kami pulihkan Syazwan,” jelas Dato’ Farid. Terjegil
mata Nurain dibuatnya.
“Eiii,
anak Dato’ ni sakit apa? Saya bukannya doktor, Dato’. Mana boleh saya sembuhkan
orang sakit,” jawab Nurain.
“Kamu
tolonglah Syazwan. Dia mengalami kemurungan selepas kematian Wahidah. Tak
sampai sehari pun usia perkahwinan mereka, Wahidah dah dijemput Ilahi,” terang
Dato’ Farid. Nurain menggosok dahinya.
“Masalahnya
Dato’, kenapa saya pulak? Apa kaitannya saya dengan Si Syazwan? Apatah lagi,
arwah Wahidah. Saya tak kenal pun siapa mereka. Dato’ pun saya tak kenal!” kata
Nurain.
“Sebab
wajah kamu iras Wahidah. Iras sangat,” jujur Dato’ Farid. Dia menunjukkan
sekeping gambar arwah Wahidah yang sedari tadi dipegangnya. Terkedu Nurain
melihatnya. Ya, dia akui, wajah arwah Wahidah memang ada iras dengan wajahnya. Dia
berfikir seketika.
“Macam
mana Dato’ boleh kenal saya?” soal Nurain. Dato’ Farid tersenyum.
“Kamu
bekerja dekat FQ Holdings kan?” soal Dato’ Farid. Nurain mengangguk.
“Tu
syarikat saya. Saya ada fail yang mengandungi butiran diri kamu,” jelas Dato’
Farid. Nurain mencebikkan bibirnya. Tulah kau Nurain, tak ambil tahu lagi siapa
pemilik syarikat tempat kau kerja, kutuk otak Nurain. Suka hati akulah! Bentak
hati Nurain.
“Yalah,
saya tengok dulu macam mana keadaan Si Syazwan tu. Biar saya masuk,” jawab
Nurain.
“Kamu
jangan buat perkara yang dia tak suka sudahlah. Habis dia mengamuk nanti,”
pesan Dato’ Farid.
“Tahulah
Dato’. Dato’ duduk aje diam-diam. Biar saya uruskan. Kalau saya menjerit, Dato’
masuk okey? Manalah tahu dia nak buat tak baik dekat saya sebab ingat saya ni arwah
Wahidah kan?” ujar Nurain. Dia memulas tombol pintu dan melangkah masuk ke
dalam bilik Syazwan.
‘Perghhh!
Ni bilik ke tempat pembuangan sampah? Berapa bulan tak sembur pewangi?’ kutuk
Nurain di dalam hatinya. Meluru dia membuka tingkap bilik itu dengan luas.
Kepalanya dikeluarkan dari jendela supaya dia dapat menghirup udara segar.
‘Gelap
gila bilik ni. Macam dark room misteri aje aku tengok. Meh sini, Encik
Syazwan, Cik Nurain Haidar bukakan tingkap banyak-banyak. Membazir aje tau ada
tingkap tapi tak buka,’ kata Nurain di dalam hatinya.
Sinar
cahaya daripada lampu yang masuk apabila tingkap dibuka menyedarkan Syazwan
dari lenanya. Bengang pastinya dengan orang yang membuka tingkap biliknya.
“Tutuplah
tingkap tu mama. Syaz tak sukalah. Tutuplah mama,” kata Syazwan. Nurain sudah
tercebik-cebik di tepi tingkap.
‘Huh!
Kau ni gaya mayat hidup aje. Nak hidup buat cara nak hidup! Tak reti nak
bersyukur jadi manusia agaknya!’ kutuk Nurain lagi. Dia mencari-cari suis lampu
bilik Syazwan. Setelah menemuinya, dia tersengih lebar.
‘Kejutan
Encik Syazwan!’ kata Nurain di dalam hatinya. Serentak dengan itu, suis lampu
bilik Syazwan dibuka. Dia merapati katil yang menempatkan Syazwan. Pandangan
Nurain masih terpaku pada susuk tubuh Syazwan. Tidak sabar rasanya untuk
melihat reaksi lelaki itu.
“Ma apa
ni ma?!” marah Syazwan lalu bangun dari pembaringannya. Sebaik sahaja
terpandangkan wajah Nurain, terus sahaja dia terdiam.
“Apa
mama, mama? Sikit-sikit mama, sikit-sikit mama. Kau ni kan, jadi manusia memang
tak reti nak bersyukur eh? Kalau Allah dah beri nyawa untuk hidup tu hiduplah.
Yang kau pergi buat gaya mayat hidup ni kenapa? Kau tak pernah dengar ke? Yang
dah pergi tu biarlah. Kita yang hidup ni kena teruskan kehidupan. Sepatutnya,
kau doalah untuk arwah Wahidah tu supaya dia sentiasa berada dalam rahmatNya.
Ni
tidak, kau ni macam tak terima qada’ dan qadar je. Berdosa kau tau tak? Dahlah
kau menzalimi diri sendiri, tambah lagi dosa. Pulak tu, menyusahkan orang lain,
tambah lagi dosa. Lepas tu, hari-hari
kau marah orang, tambah lagi dosa. Selanjutnya, kau tak pergi sembahyang
Jumaat, kalau dah lebih tiga kali, tambah lagi dosa. Next, kau dah lama
tak sedekah dekat masjid. Alah, melepas pahala. Oh, yang paling penting, sebab
kaulah papa kau culik aku tau. Sia-sia je kau pun dapat saham dosa.
See,
kau jadi mayat hidup ni free-free aje kau dapat dosa. Pahala mana ada.
Cuba kau senaraikan dekat aku. Pahala apa yang kau dapat kalau kau jadi mayat
hidup. Nak jugak aku tahu. Hah, kau jadi mayat hidup ni kau solat tak? Kalau
kau tak solat, tambah lagi dosa. Tulah, aku dah kata, kau jadi mayat hidup buat
tambah dosa aje adalah,” tutur Nurain. Panjang lebar ceramahnya kepada Syazwan.
“Idah?”
duga Syazwan. Tangannya hampir sahaja menyentuh pipi mulus milik Nurain.
“Hei kau
ni. Aku bukan Idahlah! Aku Nurain! Nurain Haidar binti Adrian! Kau jangan nak
sentuh aku okey? Kita bukan mahram. Nak sentuh aku, kahwin dengan aku,” kata
Nurain.
‘Eiii,
nak ke aku kahwin dengan dia ni? Muka serabai macam apa je! Gelilah aku,’ desis
hati Nurain. Dia sudah membuat muka geli-gelemannya.
“Eh,
batal-batal. Tak inginlah aku kahwin dengan kau. Muka macam hutan belantara aje
aku tengok. Hensem ke tak tu aku tak kisah. Tapi muka kau ni tak ada aura
manusia langsung. Kalau nak dibandingkan kau dengan papa kau, sejuta kali aku
lebih rela kahwin dengan papa kau. Muka dia aura berseri-seri sikit. Tak macam
kau,” jujur Nurain. Selamba saja dikutuknya lelaki di hadapannya itu.
“Idah,
abang rindukan Idah,” ujar Syazwan. Dia cuba untuk menarik tangan Nurain.
Sepantas kilat Nurain melarikan tangannya. Air muka Syazwan berubah mendadak.
Nurain sudah menarik nafasnya dalam-dalam.
‘Ish!
Mamat ni, tak retilah aku nak cakap macam mana dekat dia ni kan? Adui, kalau
nak aku pulihkan dia kembali, kena ada contact. Sebab dia asyik ingat aku
ni arwah Idah aje. Sia-sia aje aku dapat dosa nanti. Macam mana nak buat ni?
Takkan aku kena kahwin dengan mamat ni kot? Ni kalau aku bagitahu ibu ni, confirm
ibu terkejut besar. Yalah, boyfriend pun tak ada tup-tup dah nak kahwin.
Mesti ibu ingat aku ada buat perkara tak senonoh dengan dia ni. Ish!
Nauzubillahiminzaalik!’ kata Nurain di dalam hatinya. Dia menapak ke pintu
bilik.
“Idah!
Idah nak pergi mana tu? Idah, tolonglah... jangan tinggalkan abang lagi,” rayu
Syazwan.
“Eiii,
bisinglah mamat ni. Aku nak jumpa papa kaulah!” marah Nurain. Dengan pantas dia
keluar daripada bilik itu. Kelihatan Dato’ Farid dengan isterinya sedang
menantikan khabar dengan wajah penuh pengharapan. Nurain mendapatkan isteri
Dato’ Farid. Tangan wanita itu dicium penuh hormat.
“Dato’,
prinsip saya berlandaskan agama saya. Agama Islam. Tiada sebarang hubungan yang
menghalalkan melainkan perkahwinan. Saya akan menerima sesiapa sahaja yang
sedia melafazkan akad nikah untuk menikahi saya. Sesiapa saja. Jadi Dato’ saya
tak boleh bantu dia. Sebab dia asyik ingat saya ni arwah Idah. Memang saya
dapat dosa percuma ajelah sebab dia asyik nak pegang saya aje. Saya bukan nak
ambil kesempatan Dato’, saya tahu saya ni miskin. Tapi kalau Dato’ nak saya
tolong dia, jika dia mahu dengan sepenuh kerelaannya, nikahilah saya dan saya
nak dia laksanakan tanggungjawab dia sebagai seorang suami. Saya juga akan
melakukan perkara yang sama, saya akan laksanakan tanggungjawab saya sebagai
seorang isteri,” jelas Nurain.
“Pa,
macam mana dengan Syaz?” soal seorang wanita yang baru tiba di tingkat atas.
Dia terpandangkan wajah Nurain. Terkaku dia sebentar.
“Pa,
siapa tu?” soal wanita itu lagi.
“Saya
Nurain, Nurain Haidar binti Adrian,” ujar Nurain.
“Nurain,
ni anak sulung saya, Doktor Syahirah,” kata Dato’ Farid memperkenalkan anaknya.
Nurain sekadar tersenyum.
“Nurain,
kamu tidur sini ya malam ni? Mama akan cakap dengan Syaz,” kata Datin Qamarina.
‘Mama?
Haih, memang semua orang ingat aku ni Wahidah agaknya,’ desis Nurain. Tanpa
banyak soal, Nurain terus bersetuju. Maklumlah, malam sudah larut. Dia meminta
kebenaran untuk menggunakan telefon rumah itu bagi menelefon ibunya untuk
memaklumkan khabar dirinya.
“AKU terima
nikahnya, Nurain Haidar binti Adrian dengan mas kahwin seratus lapan puluh ringgit
tunai,” lafaz Syazwan Hanif. Entah berapa kali dia diingatkan oleh mamanya
tentang nama Nurain. Mukanya kini jangan katalah, dah tak ada dah rupa hutan
belantaranya. Kacak sampaikan Nurain ternampak tadi boleh jatuh cinta.
“Sah?”
soal jurunikah.
“Sah!”
jawab saksi-saksi yang hadir. Lafaz syukur dipanjatkan dan doa dibaca. Kini,
dengan sekali lafaz, dan berwalikan Adam Asfar bin Adrian, Nurain Haidar binti
Adrian telah sah menjadi isteri kepada Syazwan Hanif bin Farid.
“AWAK
jangan panggil saya Idah ya? Kalau saya dengar awak panggil saya Idah,
sampai bila-bila awak takkan jumpa saya lagi dah!” jelas Nurain memperingatkan
suaminya.
“Nurain
Haidar, bukan Nur Wahidah!” tokok Nurain. Dia sudah melabuhkan duduk di hadapan
suaminya yang sedang bersila di atas lantai. Tangan Syazwan dicapai dan
digenggam erat. Dia memberanikan diri menentangkan matanya dengan mata Syazwan.
“Ain
tahu, abang terkesan sangat dengan pemergian arwah Wahidah. Kehadiran Ain
sebagai isteri abang, untuk memulihkan abang dan untuk melengkapi hidup abang.
Andai abang sudah terima qada’ dan qadar Allah bahawa arwah Wahidah sudah lama
meninggal dunia, Ain harap, jangan pernah abang abaikan Ain. Ain tahu, antara
kita, tiada cinta. Tapi cinta boleh dipupuk. Ain harap sangat, abang dah dapat
terima kenyataan sejak abang lafazkan akad nikah tadi. Kalau abang masih tak
dapat terima kenyataan, tak mungkin kita akan menjadi suami isteri sebab nama
Nurain Haidar binti Adrian, pasti akan abang gantikan dengan nama Nur Wahidah.
Abang,
jujur Ain katakan, Ain tidak pernah mencintai seorang lelaki yang bukan mahram
dengan Ain, seikhlas hati. Ain juga sudah lama tidak dicintai oleh seorang
lelaki, melainkan Asfar, adik Ain. Ain rindukan rasa dicintai oleh seorang
ayah. Bagi Ain, perkahwinan ini telah membuka satu peluang untuk Ain merasai
cinta daripada seorang ayah. Bagi Ain, perkahwinan ini telah membuka satu
peluang untuk Ain mencintai abang seikhlas dan setulus hati Ain. Ain harap
sangat, abang mampu untuk buat perkara yang sama kepada Ain,” luah Nurain.
Setitis demi setitis mutiara jernih jatuh membasahi pipinya. Apa yang
dilihatnya kini, wajah Syazwan beku, sebeku-bekunya.
Syazwan
menarik tangannya daripada terus digenggam oleh Nurain. Dia bangun lalu
merebahkan tubuhnya di atas katil. Selimut ditarik sehingga menutupi wajahnya.
Nurain memejamkan matanya bagai cuba mengumpul semangat. Kenapa Syazwan
melafazkan akad nikah jika dia tidak bersedia untuk menerima dirinya? Adakah
Syazwan dipaksa? Tapi tak mungkin!
Dengan
hati yang hiba, Nurain melangkah masuk ke dalam bilik air. Dia mengambil wuduk
bagi menenangkan perasaannya. Usai memakai telekung, Ain mengambil senaskhah
al-quran bersaiz kecil yang disimpan dalam beg tangannya.
“Tenanglah
Ain, tenangkan diri dengan kalam Allah. Menangislah Ain, kalau tangisan itu
boleh terus menghidupkan hati kau,” tutur Nurain sendiri. Setelah itu, dia mula
membaca sebaris demi sebaris kalam Allah itu. Sesekali, air mata yang jatuh
disekanya. Tabahlah Nurain!
“SYAZ
tak balik lagi?” soal Syahirah sambil melangkah masuk ke dalam rumah
adiknya itu. Wajah Nurain dipandang. Nurain sekadar menggeleng.
“Biasalah
balik lambat tu. Mungkin ada kerja kot? Kak long tidur sini kan?” soal Nurain.
Syahirah mengangguk.
“Ain,
dia selalu ke balik lambat?” duga Syahirah. Nurain diam lantas menggeleng.
Takkan hendak diberitahu hakikat sebenar? Takkan hendak dibuka cerita mengenai
rumah tangganya?
‘Bukan
setakat balik lambat, tak balik pun selalu! Aku hidup dah gaya tak ada laki
je,’ kata Nurain di dalam hatinya.
“Akak happy
sangat dia dah sembuh. Sebaik sahaja korang kahwin, memang dia dah tak buat
perangai lama dia dah meski dia sedar yang Ain bukan arwah Wahidah. Akak tahu,
dia dah dapat terima hakikat yang arwah Wahidah dah meninggal. Akak yakin, dia memang
bersedia untuk menjadi suami Ain. Dia memang ikhlas nikahi Ain. Jika tidak dia
takkan bersetuju,” ujar Syahirah. Nurain mendengar dengan teliti.
‘Kalau
betul dia memang rela dan dah bersedia, kenapa buat perangai macam tak ada bini
dekat rumah? Kenapa buat perangai macam aku ni tunggul?’ jerit hati Nurain.
Menangislah air mata darah sekalipun, kalau depan lelaki berwajah beku yang
bergelar suaminya itu, tetap tak dapat apa-apa! Dasar manusia tak ada perasaan!
“Okeylah,
akak naik dulu. Ain nak tunggu Syaz ke apa ni?” soal Syahirah. Nurain
mengangguk dengan hati yang tidak rela. Melihatkan reaksi Nurain, Syahirah naik
ke tingkat atas bersama begnya. Dia ke rumah Syazwan pun kerana rindukan
adiknya.
‘Buang
masa aje aku tunggu! Entah balik entah tidak! Tapi kalau aku nak tidur pun,
mesti kena masuk bilik dia. Mahu aku kena soal siasat oleh kak long nanti kalau
aku masuk bilik aku. Dia nilah, paksa aku tidur bilik lain. Eiii, dia ni macam
tak ikhlas aje kahwin dengan aku,’ kata Nurain di dalam hatinya. Dia merebahkan
tubuhnya di atas sofa seraya matanya dipejamkan. Tidur lagi bagus!
Syazwan
masuk ke dalam rumahnya. Seusai mengunci pintu, dia ke ruang tamu memandangkan
dia terdengar bunyi televisyen terpasang. Sesegera mungkin dia mencapai alat
kawalan jauh televisyen lantas mematikan televisyen tersebut.
“Ni
manusia tengok tv ke, tv tengok manusia ni? Membazir elektrik
aje,” kata Syazwan perlahan. Matanya terpaku pada Nurain yang sedang lena. Namun
wajahnya tetap sama, tetap beku, sebeku-bekunya. Dia ni memang jenis manusia
tak ada perasaan tambah tak ada hati nurani agaknya.
Syazwan
melutut di tepi sofa. Pandangannya jatuh pada wajah Nurain yang sedang lena.
Bibirnya mengukir senyum. Hai, pelik betul Mr Frost Face Nurain ni.
Sejak bila dia pandai tersenyum? Eh! Sejak bila pula Syazwan mendapat gelaran Mr
Frost Face? Kalau nak tahu, sejak Nurain dan Syazwan tinggal serumah ini,
Nurain menggelar Syazwan sebagai Mr Frost Face apabila dia berbicara
seorang diri. Kes sakit hatilah tu.
Jari
Syazwan bermain-main dengan anak rambut Nurain. Sesekali, jarinya mengelus
lembut pipi isterinya. Hai, dah panggil isteri nampak? Kau ni sebenarnya
sukakan Nurain kan? Tapi saja buat beku dekat dia, bidas otak Syazwan. Syazwan
mengetap giginya. Diamlah! Marah hatinya pula.
“Syaz,
baru balik?” soal Syahirah yang datang daripada dapur. Syazwan mengangkat
pandangannya seraya dia mengangguk. Dia tidak terkejut pun sebab kakaknya itu
ada memaklumkan tentang kehadiran dirinya ke rumah Syazwan. Syahirah
menghampiri adiknya lantas dia menghulurkan tangannya untuk disalam. Syazwan
menyambut huluran tangan kakaknya itu lantas tangan Syahirah dicium penuh hormat.
“Awak
selalu balik lambat Syaz?” soal Syahirah perlahan. Mereka sudah mengorak
langkah ke meja makan. Syazwan terdiam seketika. Dalam fikirannya ada saja
soalan yang berlegar-legar. Apa agaknya yang diberitahu oleh isterinya itu?
Syazwan mengangguk dalam terpaksa. Takkan hendak ditipu satu-satunya kakak yang
dia ada?
“Syaz,
kesian Ain tu. Sudahlah awak tak bagi dia bekerja, lepastu awak buat dia macam
tunggul aje. Ain tak ada cerita apa-apa pun dekat kakak. Tapi kakak dapat agak
sendiri. Kalau balik lambat pun selalu, mesti tak balik pun pernah kan? Syaz,
Ain tu isteri Syaz. Layanlah dia selayaknya. Mahu dia mati kebosanan duduk
dekat rumah ni,” kata Syahirah.
Syazwan
mengangguk tanda mengerti. Dia akui, kakaknya lebih mahir dalam hal rumah
tangga meski Syahirah masih belum berkahwin. Sebenarnya, perkahwinan kakaknya
sudah dirancang dan akan dilaksanakan dalam masa terdekat ini.
“Dahlah,
bawak Ain tu masuk bilik. Daripada tadi kakak tengok dia tertidur dekat situ.
Tunggu Syaz punya pasallah tu. Kesian dia,” ujar Syahirah. Syazwan mengangguk.
Dah macam pak turut dah Mr Frost Face ni bila dengan kakak dia.
Malam
itu, buat pertama kalinya Nurain dan Syazwan tidur sebilik, sekatil, dua bantal
dan seselimut. Syazwan ni hati batu betullah! Kalau dah sayang tu cakap
sajalah. Ini tidak, asyik dengan gaya muka bekunya sahaja 24 jam. Bukan main
lagi dipeluk isterinya pada malam itu.
NURAIN
terkejut besar sebaik sahaja terpandangkan wajah suaminya pada muka pintu
belakang rumah. Buat pertama kali dalam sejarah, dia nampak wajah suaminya yang
beku itu pada siang hari.
“Lain
pulak muka Mr Frost Face ni. Berseri-seri sikit waktu pagi. Kenapalah
dia balik time ni? Tak cukup ke dia buat aku terkejut beruk waktu bangun
pagi tadi?” gerutu Nurain. Bukan jenis biasa dia terkejut pada pagi tadi.
Sampai-sampai, dia sedar sahaja daripada tidur, terus melompat turun dari
katil. Terkejut sangatlah tu kiranya.
Sedang
khusyuk dia menyidai kain, suara jiran sebelah menegur. Nurain membuat muka
menyampah sebelum dia memaniskan kembali wajahnya. Dengan hati yang membengkak
dia memandang wajah Syahid Lukman Al-Hakim, jiran terhormatnya. Nama dah macam
orang Arab aje. Nasib baik muka ada ala-ala Arab, kalau tak siang-siang dah
kena kutuk. Yalah, manusia zaman sekarang, mana boleh tengok orang lain senang sikit.
Mulalah, nak dijadikan bahan kutukan, atau perlian.
“Waalaikumussalam
saudara Syahid Lukman Al-Hakim. Tak kerja ke?” Sehabis lembut dah kiranya dia
bercakap tu.
“Tak
Ain. Abang MC hari ni,” kata Syahid Lukman Al-Hakim.
“Oh, MC.
Sakit apa?” soal Nurain sengaja berbasa basi. Tak naklah dia dilabel sombong
nanti.
“Abang
demam,” jawab Syahid Lukman Al-Hakim. Nurain sekadar mengangguk.
“Tu
suami Ain tak marah ke berborak dengan abang ni?” soal Syahid Lukman Al-Hakim
apabila Ain tidak berkata-kata lagi. Dia memuncungkan bibirnya ke arah Syazwan
yang sedang duduk di atas sebuah kerusi. Bersilang kakinya macam gaya bos
tengah arahkan pekerja aje. Nurain memandang sekilas. Memang tajam mata
suaminya memandang ke arah sini.
“No
comment. Kalau dia marah, dah lama dia tarik saya,” kata Nurain. Syahid
Lukman Al-Hakim tersenyum panjang mendengarkan jawapan Nurain itu. Dia
menyambung lagi perbualannya dengan Nurain. Nurain terpaksalah melayan
memandangkan Syahid Lukman Al-Hakim itu ialah jirannya.
Syazwan
yang menjadi pemerhati sedari tadi sudah tidak senang duduk. Panas hatinya
kini. Sampai muka pun dah berwarna seperti ketam yang dah dimasak. Sebaik
sahaja melihat Nurain sudah melangkah meninggalkan Syahid Lukman Al-Hakim yang
setia merenung isterinya itu, Syazwan melangkah masuk ke dalam rumah. Dalam
hatinya, sudah berkilo-kilo sumpah seranah yang ditujukan untuk Syahid Lukman
Al-Hakim.
Usai
meletakkan bakul yang digunakan tadi di luar rumah, Nurain melangkah masuk ke
dalam rumah. Sekali lagi, dia terkejut beruk bila tangannya ditarik kuat oleh
Syazwan. Pintu belakang rumah itu ditutup rapat dan dikunci oleh Syazwan.
Bertambah terkejut bila Nurain tengok muka suaminya itu dah macam kena panas
aje. Merah semacam! Nurain ditarik sehingga ke ruang tamu.
“Kenapa
Ain cakap dengan Syahid tu?” soal Syazwan dengan muka bengisnya sebaik sahaja
Nurain sudah melabuhkan duduk di atas sofa.
“Dia kan
jiran kita, dah dia tegur tu, takkan Ain nak buat tak tahu aje? Nanti apa pulak
dia kata. Abang nak ke dia cakap bini Syazwan tu bodoh sombong berlagak nak
mampus, orang tegur buat tak tahu aje. Abang nak macam tu?” kata Nurain.
“Abang
balik Ain buat tak tahu aje kan?” soal Syazwan. Sengaja tukar topik ke apa Mr
Frost Face ni? Nurain dengan muka selambanya menyalami tangan suaminya itu.
Terkejut juga Syazwan dibuatnya.
“Ain kan
tengah sidai kain tadi. Abang nak Ain buat apa? Nak Ain pergi ucap selamat
datang dekat abang? Kalau abang approach Ain ke, Ain salamlah.
Tengah-tengah sidai kain tu pulak, Syahid tu tegur, Ain pun borak ajelah dengan
dia. Ain tahu abang bukan tunggul. Ain tak pernah pun abaikan abang. Tapi abang
jangan lupa, Ain pun bukan tunggul.
Abang
tinggalkan Ain dekat rumah ni sorang-sorang. Awal-awal pagi, abang pergi kerja.
Balik pulak lambat, sampaikan selalu sangat abang tak balik. Ain sebenarnya dah
fed up dah hidup macam ni. Tapi nak buat macam mana? Ain isteri, abang
suami. Selama sebulan tempoh perkahwinan kita, itu ajelah rutin harian kita.
Ain nak keluar beli barang pun abang tak bagi.
Ain rasa
macam banduan aje. Rasa macam kena kurung. Dah sebulan Ain tak keluar
kemana-mana. Mak dengan Asfar pun dah lama tak jumpa. Cakap dengan diaorang
melalui telefon je. Abang tak rasa semua tu. Sebab yang kena semua Ain. Kalau
abang ada dekat rumah, bukannya membantu pun. Sebab apa? Sebab Ain bosan sangat
tengok muka beku abang tu. Ain cakap apa-apa pun muka abang beku aje. Ain
ajelah orang yang ada perasaan dalam rumah ni.
Kadang-kadang,
Ain tertanya-tanya, betul ke kak long cakap abang ikhlas kahwin dengan Ain? Ain
yakin jawapannya tak. Lahiriah, memang abang nak kahwin dengan Ain. Tapi
dalaman? Abang tak ikhlas kan? Ain kecewa tau tak?” Panjang lebar Ain meluahkan
perasannya. Setelah itu, dia membuka langkah ke tingkat atas. Dia bukannya
macam perempuan lain. Kecewa sikit menangis. Dia tak menangis pun. Dah sebulan
hidup dengan Mr Frost Face, dia pun dapatlah tempias.
Syazwan
terduduk kaku di atas sofa. Mendengarkan segala luahan Nurain, dia jadi resah.
Adakah sikapnya yang beku membuatkan Nurain akan berpaling tadah? Tak, dia tak
sanggup kehilangan Nurain. Nurain Haidar ditakdirkan untuknya. Nurain Haidar
ditakdirkan untuk Syazwan Hanif. Bukan untuk orang lain.
Seharusnya,
dia tidak marah-marah. Tujuan dia pulang awal pada hari ini pun untuk memulakan
hubungan yang baik dengan isterinya. Tetapi hanya disebabkan Syahid Lukman
Al-Hakim tu, segala rancangan yang diatur musnah. Itulah, marah lagi! Marah
lagi! Macamlah tak boleh cakap baik-baik?
NURAIN
memang tidak ada rasa nak keluar dari bilik. Tidur lagi bagus! Itulah
Nurain, kalau rasa macam ada masalah saja, pasti tilam yang dia cari. Usai
solat Isyak, Nurain merebahkan tubuhnya di atas katil. Dia melihat jarum jam
dinding yang tergantung di biliknya. Jam tersebut menunjukkan pukul 9 malam.
Baru sahaja dia ingin memejamkan matanya, perutnya sudah membuat orkestra. Apa
tidaknya, daripada tengahari lagi dia tidak makan.
Berdecit-decit
mulut Nurain. Dalam hatinya, sudah berbakul-bakul nasihat ditujukan buat
perutnya. Protes punya pasal sampai tak nak masak dan tak nak makan. Sempat
lagi dia fikir, apalah yang menjadi santapan suaminya? Nurain Haidar, kau tak
masak buat pertama kalinya ni, tak ke namanya mengabaikan suami? Soal otaknya.
Nurain mengangguk. Memang pun, tapi aku macam dah malas dah nak masak untuk
dia. Setiap kali aku masak, bukannya dia nak balik. Aku jugak tukang makannya,
bidas hati Nurain.
“Ain,
bukak pintu ni,” kata Syazwan sambil mengetuk pintu bilik Nurain. Nurain buat
tidak dengar. Tidur lagi bagus! Nurain bangun daripada pembaringannya lantas
lampu bilik ditutup. Lantaklah dia nak fikir apa pun! Ada aku kisah? Selama ni
dia tak fikirkan perasaan aku, biarlah sekali ni aje aku tak fikirkan perasaan
dia, gerutu Nurain di dalam hatinya. Berdosa Ain, otak Nurain mengingatkan
tuannya.
Nurain
buat tidak dengar akan peringatan otaknya itu. Cepat-cepat dia merebahkan
tubuhnya di atas katil lantas tubuhnya diselubungkan dengan selimut.
“Ain,
Ain tak tidur lagi kan? Ain baru lepas tutup lampu kan? Bukak pintu Ain,” tutur
Syazwan lembut. Nurain, kalau sekali dia dah niat nak tidur mati, memang baring
saja dah tidur. Buang masa saja Syazwan cakap-cakap depan pintu kayu tu.
Syazwan
sudah mati kutu apabila hampir sepuluh minit dia bercakap di depan pintu bilik
Nurain tanpa sebarang balasan. Pantas dia ke biliknya dan mengambil kunci
rumahnya. Pintu bilik Nurain yang berkunci dibuka lantas dia bergegas masuk ke
dalam. Nampak lena betul Nurain tidur. Baru sahaja dia berniat untuk membiarkan
Nurain tidur, dia terdengar suatu bunyi. Berkali-kali dia cuba untuk mengecam,
bunyi apakah itu?
Tatkala
terpandangkan wajah Nurain yang berkerut seribu itu, barulah dia tahu bahawa
itu adalah bunyi perut Nurain. Memang sudah kelaparan tahap separa kronik dah
Nurain tu. Sebab itu berkerut-kerut wajahnya tika dalam lena. Agaknya dia
termimpikan makanan yang tidak dapat dicapai.
Syazwan
menggerakkan bahu isterinya. Pipi isterinya ditepuk perlahan.
“Ain,
bangun sayang,” kata Syazwan. Nurain masih tidak memberikan sebarang reaksi,
Cuma kerutan pada wajahnya semakin hilang. Nurain ni sebenarnya tak tidur mati
pun. Pura-pura lena saja sebenarnya tadi. Mana boleh tidur kalau perut merungut
minta diisi makanan.
“Jangan
kacaulah. Ain nak tidur,” kata Nurain dengan suara seraknya. Ni kes tak minum
air daripada tengahari tadi. Nak harapkan air liur, memang tak menjadilah.
Sampai kering bibir Nurain dibuatnya. Nurain mengiring membelakangi suaminya.
“Ain,
abang dah masak. Jom, makan,” ajak Syazwan. Nurain buat muka tidak kisah dengan
mata yang masih terpejam. Tak percayalah tu suami dia dah masak.
“Pandai
ke abang masak? Tak nak. Ain nak tidur,” kata Nurain.
“Jom,
makan. Jangan buat perangai. Kalau abang buat something jangan marah
pulak,” ugut Syazwan. Eleh, ingat Ain takut ke apa? Ain tak takutlah, desis
Nurain dalam hatinya.
“Tak
nak. Ain tak takutlah dengan something abang tu. Ain nak tidur,” tutur
Nurain. Sekali tengok macam kanak-kanak sahaja perangainya! Syazwan bertindak
menarik selimut yang menyelimuti tubuh Ain.
“Perut
kosong tak boleh tidur. Nanti masuk angin,” kata Syazwan seraya tubuh Nurain
dicempungnya dan dibawa ke bawah. Terjerit Nurain dibuatnya. Kalau dia tidak
berpaut pada leher suaminya itu, sudah pasti dia akan terjatuh. Tak guna!
Baguslah sangat idea ni, marah Nurain dalam hatinya.
Sebaik
sahaja kakinya sudah selamat memijak lantai ruang makan, matanya memandang
makanan yang terhidang di atas meja. Ada rupa, puji Nurain di dalam hatinya. Dia
menoleh ke tepi, mana pulak suaminya itu? Ah lantaklah! Aku dah lapar tahap
kronik dah ni, kata Nurain dalam hatinya.
Pantas
dia mengambil tempat di atas meja makan. Dia menyendukkan nasi ke dalam pinggannya.
Nasi untuk suami kau tak ada ke? Soal otak Nurain. Huh! Kisah apa aku? Kalau
aku senduk nasi untuk dia nanti, entah dia nak ke tidak makannya, bicara Nurain
dalam hatinya. Dia mengambil lauk-pauk yang dimasak oleh suaminya. Usai membaca
doa, Nurain menjamah sedikit makanannya. Sesekali, kelihatan dia
mengangguk-angguk. Macam juri pertandingan memasak pun ada gayanya.
Nurain
memandang lilin yang menyala di atas meja itu.
‘Lah,
ada guna jugak lilin ni. Aku ingat sekadar hiasan aje. Tapi tengah terang
benderang ni pun nak pakai lilin ke? Huh! Lantak kaulah labu...’ kata Nurain di
dalam hatinya. Dia meneruskan suapannya. Boleh tahan jugak Mr Frost Face
Nurain ni memasak kan? Yalah, kalau tak, takkan Si Nurain ni nak makan? Nurain
ni jenis memilih bab-bab makan. Masakan mak dia, adik dia, masakan dia, dan
masakan keluarga dia aje yang dia nak makan. Masakan orang lain macam tak ngam
dengan tekak dia. Kiranya Mr Frost Face ni dah sebahagian daripada
dialah ni?
‘Memang
aku dah lama anggap dia tu sebahagian daripada aku. Daripada mula-mula kahwin
lagi. Tapi dia tu... Ish! Malas aku nak ulang benda yang sama. Sejak aku nampak
muka dia yang dah handsome waktu hari akad nikah tu pun aku dah fall
in love. Tapi bila dah hari-hari tengok frost face dia, aku pun jadi
macam dah tak ada perasaan. Berjangkit dengan dialah ni,’ bicara Nurain dalam
hatinya. Sedang dia mencuci tangannya di singki, terdengar suara orang berdehem
lantas lampu ruang makan yang sedang terang benderang itu menjadi malap. Mujur
ada lilin yang menyala dengan terang. Nurain menoleh ke belakang. Apa tidak
seriaunya bila bahunya disentuh ketika dia sedang mengelap tangannya?
Hampir
nak terkeluar anak tekak Nurain gara-gara menjerit. Wajah suaminya yang sedang
tersenyum manis itu dipandang berkali-kali. Oh, inilah sebabnya Nurain menjerit
tadi? Terkejut tengok Mr Frost Face tersenyum kepada dia rupanya. Yalah,
pertama kalilah katakan. Nurain mengetap bibirnya.
Syazwan
sudah melutut di hadapan Nurain. Gayanya seperti lelaki yang hendak melamar
seorang wanita sahaja. Lagilah Nurain terkejut melihat tindakan Syazwan itu.
“Nurain
Haidar binti Adrian, sudikah kiranya Nurain menjadi isteri sehidup dan semati
kepada Syazwan Hanif bin Farid?” Nurain sudah terkedu. Terserlah riak wajah blur-nya.
Kalau tak disebabkan keadaan sedang malap sekarang, sudah pasti Syazwan nampak
warna wajah isterinya yang sudah merona merah.
“Dear
Mr Frost Face, Nurain Haidar nak cakap yang Nurain Haidar binti Adrian
infiniti kali sudi untuk menjadi isteri sehidup dan semati kepada Syazwan Hanif
bin Farid,” ujar Nurain sambil mencapai tangan Syazwan. Kiranya jawapan Nurain
tadi dah sehabis selambalah tu.
Syazwan
memeluk erat tubuh isterinya. Nurain tidak terkata apa. Perlahan-lahan pelukan
suaminya dibalas.
“Abang
minta maaf sayang. Abang minta maaf sebab abaikan Ain selama ni. Abang minta
maaf dengan sikap abang yang beku dengan Ain. Ain, abang ikhlas menikahi Ain.
Sejak Ain jumpa dengan abang dalam bilik abang, dengan segala apa yang Ain
katakan kepada abang, abang sedar, arwah Wahidah itu adalah masa silam abang,
tapi abang tak pernah lupakan dia. Dan Nurain, Ain adalah masa kini dan masa
depan abang. Jujur abang katakan, abang sayang dan cintakan Nurain. Maafkan
abang sayang dengan sikap abang selama ni,” tutur Syazwan. Nurain
mengangguk-angguk sambil melurut lembut belakang suaminya.
“Kenapa
Ain panggil abang Mr Frost Face?” soal Syazwan sebaik sahaja pelukan mereka
terlerai. Nurain tersengih-sengih.
“Abang
dah makan?” soal Nurain. Syazwan menjegilkan matanya. Geram dengan isterinya
yang sengaja mengubah topik perbualan.
“Dah.
Jawab Ain, jangan nak ubah topik,” ujar Syazwan. Nurain membuat muka sehabis
comel.
“Encik
Muka Beku!” jawab Nurain lalu berdekah-dekah dia ketawa. Syazwan menjegilkan
lagi matanya. Geram sungguh dengan jawapan isterinya itu.
“Ain!”
Nurain sudah membuka langkah seribu. Dia tahu, larilah macam mana sekalipun,
kalau dah bersaing dengan suaminya, dia takkan menang. Dahlah dia ni jenis
kecil molek. Berbeza sangat dengan suaminya itu. Moga bahagia terus menjadi
milik mereka.
NURAIN memandang wajah ibunya yang sedang tersenyum
gembira. Dia turut merasai kegembiraan itu. Asfar yang sedang melayani
tetamu-tetamu yang hadir ke kenduri kesyukuran itu dipandang sayang. Adiknya
kini sudah bergelar graduan. Oleh kerana itulah kenduri kesyukuran ini diakan.
Dalam pada itu, kenduri ini juga diadakan bersempena dengan dirinya yang kini
sedang hamil. Usia kandungannya sudah mencecah tiga bulan.
Alhamdulillah,
Mr Frost Face bukan lagi Encik Muka Beku yang dikenalinya. Suaminya itu
telah betul-betul berubah. Tiada lagi muka bekunya. Cuma, jika suaminya itu
sedang merajuk, muka bekulah penemannya.
“Kakak,
baik kakak pergi tengok abang tu. Dah gaya macam apa aje As tengok.
Harap-haraplah kalau isteri As mengandung nanti As tak kena macam abang,” ujar
Adam Asfar. Dia memuncungkan mulutnya ke arah abang iparnya itu. Nurain sudah
tersengih-sengih. Kasihan pula akan suaminya itu. Sejak dia hamil, segala
alahan ditanggung oleh suaminya.
“As,
awak tu tak kahwin pun lagi. Jangan nak mengada,” kata Nurain lantas
meninggalkan Asfar yang sedang tersenyum senget.
Nurain
memandang kak long dan mama yang sedang melurut lembut belakang suaminya yang
sedang memuntahkan segala isi perutnya ke dalam singki. Dia turut mendapatkan
suaminya itu. Alah, bukannya apa sangat yang keluar, air sahaja. Kalau dah
banyak kali muntah dan tidak masuk makanan, memang air sajalah yang
dikeluarkan.
“Abang
okey tak ni?” soal Nurain.
“Sayang
jangan duduk jauh-jauh boleh tak? Janganlah seksa abang,” rayu Syazwan setelah
dia mencuci mulutnya.
“Hah,
buatlah lagi frost face tu. Lagi abang buat, lagi jauh Ain duduk,” ugut
Nurain. Syazwan mengetap bibirnya menahan geram. Pipi isterinya itu dicubit.
“Yalah,
Ain takkan tinggalkan Mr Frost Face Ain ni,” kata Nurain. Syazwan
tersenyum bahagia. Tangan Syazwan melingkar pada pinggang isterinya. Dato’ Farid,
Datin Qamarina, Puan Hidayah, Syahirah,
dan Asfar yang sudah tercegat di hadapan kakaknya tersenyum gembira melihat
kebahagiaan yang dikecapi oleh insan-insan yang mereka sayangi. Moga bahagia
yang dirasai terus berkekalan selagi hayat dikandung badan.
P/S: Komenlah apa-apa pun dekat ruang komen yang ada. Rasa teringin pula nak baca komen readers ni. Haha, ;). Heee, gurau2. Tak apa. Tak komen pun tak apa. Jadi silent reader pun saya bersyukur dah. Saya ucapkan berbanyak-banyak terima kasih dekat korang. Dan yang komen pun, alhamdulillah, terima kasih juga sebab membantu saya untuk terus bersemangat dan bermotivasi, :).
best.
ReplyDeleteBest sangat cerita niy..jalan cerita dye ..karacter dye semua best2 .. , lawak pastu selamba n plus quite sweet .. Akak buat lagi plis cerita mcm niy ! Spectacular
ReplyDelete👍
ReplyDeleteTerbaik...santai.
ReplyDelete..
Best nye..����
ReplyDeleteSweet
ReplyDeleteSweet
ReplyDeleteSimple story yet touching❤
ReplyDeletebestttt
ReplyDelete