Total Pageviews

FIRST BABY

Saturday 18 June 2016

Rasa Teringin Nak Update Blog...

Fuhhh! Fuhhh! (Tiup2 habuk dan sawang dalam blog ni)

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Salam Ramadhan. Moga2 readers semua berasa syukur selalu atas nikmat kasih sayangNya.

Dah setahun tak buka dan update blog sendiri. Tapi selalu nampak komen readers masuk melalui emel dalam fon. Terima kasih banyak2 for those yang tak jemu2 jengah blog ni. Sampai sekarang masih ada yang rajin menjengah walaupun blog ni macam harem aje.

Tapi nak cerita juga ni. Tiba2 satu hari tu daku buka emel dalam fon, daku ternampak komen seorang hamba Allah ni. Pertama sekali, terima kasih untuk orang yang komen tu. Tapi sejujurnya, komenmu benar2 membuatkan daku sentap. Janganlah jujur sangat awak, terang lagi nyata awak komen yang saya tak sesuai jadi penulis. Hoho. Daku sentap gila2 masa baca ni. Tapi daku hanya mampu gelak sajalah.

FYI, utk orang yang komen tu, awaklah insan pertama yang menyatakan saya tak sesuai jadi penulis. Selama empat tahun saya merangkak, bertatih, dan berjalan dalam dunia penulisan ni, tak ada lagi yang kata saya tak sesuai jadi penulis. Saya boleh terima kalau awak kata cerita saya tak best. Tapi agak melampau kut apabila awak kata yang saya tak sesuai jadi penulis.

Tapi tak apalah. I'll take it positively. Saya akan anggap, bahawa awak tengah bagi nasihat dekat saya so that I'll work harder. So that I can prove to you, that I can be a writer and people will know me as a writer one day. Terima kasih ya, awak.

Memanglah, dah 4 tahun saya berada di dalam dunia penulisan dan sampai sekarang saya masih belum keluarkan buku saya sendiri. But, benda baik datangnya lewat, kan? Selama empat tahun ni, saya masih dalam proses belajar.

Seriously, guys. Terima kasih untuk support yang tak henti2. You guys memang terbaekkk. Pendorong utama saya. Terima kasih banyak-banyak.

So, tahun ni merupakan tahun yang penting. Salah satu sebab saya tak jenguk blog ni. Sibuk dengan dunia menuntut ilmu. Dunia utama saya sebelum dunia penulisan. Dunia di mana saya mulai kenal erti jatuh bangun.

Tapi seriously, sikit pun saya tak tinggalkan dunia penulisan. Writing is my passion. Walaupun ada niat nak lari sekejap dan fokus pada pelajaran, tapi semua tu tak pernah menjadi. Keyboard lappy mesti memanggil2 bila time2 idea datang mencurah2.

Lagipun, to be a good writer, you can't stop. Paling kurang pun, setiap minggu mesti menaip. Kerana jika tidak, skill tu akan tumpul.

The reason why, I update my blog is, saya nak readers tahu, yang alhamdulillah saya masih bernafas. Saya nak readers tahu yang alhamdulillah, saya masih menulis biiznillah.

Beberapa cerpen yang saya peram dalam lappy akan saya keluarkan. Utk sesiapa yang rindu (ceh, ada ke yang rindu), bolehlah baca.

Jangan tunggu good news daripada saya. Tapi mohon readers semua doakan yang terbaik. Jika ada, adalah. Saya harap, tahun kelima saya berada di dalam dunia penulisan, saya dapat hadiahkan sesuatu. Buat keluarga, juga buat readers. Buat keluarga, ingin saya buktikan, berdirinya saya di dalam bidang penulisan, bukanlah sesuatu yang sia-sia. Buat readers, ingin saya sampaikan betapa saya berterima kasih atas sokongan kalian.

Buat masa ni, saya hanya mampu hulur cerpen. Sebab saya tak boleh jenguk blog selalu. InsyaAllah, lepas habis peperiksaan penting saya hujung tahun ni, barulah saya boleh hulur novel untuk tatapan semua. Sebab masa tu, saya ada banyak sangat masa untuk update blog.

Ohhh, korang mesti perasan blog dah brtukar rupa. Harap2 okeylah, ya? Background by: Motoki

Check out lah website tu. Berlambak background cantik2.

Terima kasih sekali lagi semua. Terima kasih banyak2.

Yang benar,
Nasha Hadzir Othman.  

No comments:

Post a Comment