Total Pageviews

FIRST BABY

Friday 16 August 2013

Cerpen- Magisnya Cinta


            USAI menunaikan solat Isyak, Yura duduk bersila di atas katilnya. Dia menekup wajahnya dengan bantal lantas dia menjerit bagi melepaskan geram. Setelah puas Yura menjerit, bantal yang berada dalam pegangannya dicampak ke dinding. Yura melihat waktu yang tertera pada jam locengnya. Jam tersebut menunjukkan pukul 9 malam. Yura mengeluh kecil. Sungguh, jika hari-hari dia harus hidup seperti ini, pasti dia akan menjadi gila. Peristiwa tadi kembali menerjah fikirannya.
            “Kalau dah menumpang tu buat gaya menumpang, tak payah nak selesa sangatlah!” Suara Rezqan memecahkan kesunyian yang menemani Yura. Apa lagi kesalahan yang sudah dia lakukan agaknya? Takkanlah dia termenung pun salah? Bukannya dia mempunyai tugasan lain pun.
            “Apa masalah awak ni? Apa maksud awak dengan menumpang? Saya ni isteri awak tahu?” kata Yura, tidak berpuas hati. Elok sahaja dia bersendirian sedari tadi, tiba-tiba pula Rezqan menjadi pengganggu hidupnya.
            “Kau? Kau isteri aku? Hei, kau cermin balik diri kau tu! Layak ke kau nak berdamping dengan aku? Please-lah Yura, mati hidup balik sejuta kali pun aku tak nak mengaku yang kau tu isteri aku di hadapan orang lain,” kata Rezqan. Berdesing telinga Yura mendengarnya.
            “Kalau macam tu, kenapa awak lafazkan akad nikah? Kenapa Rezqan?! Kalau awak tak sudi untuk mengaku yang saya ni isteri awak di hadapan orang lain, adalah lebih baik untuk awak tak jadikan saya ni isteri awak kan? Kalau awak ingat saya ni terhegeh-hegeh nak jadi isteri awak, awak memang silap. Silap besar, Rezqan. Saya tak nak pun,” balas Yura. Rezqan tersenyum sinis.
            “Hei, aku kalau boleh memang tak nak pun kahwin dengan kau. Kalau tak disebabkan aku sayangkan mama, memang tak tercapailah hajat kau untuk kahwin dengan aku. Well, biasalah kan, orang miskin macam kau ni bila nampak orang kaya mestilah terhegeh-hegeh. Tak pernah tengok duitlah katakan. Dahlah anak pungut pulak tu,” kata Rezqan. Ya Allah! Kejamnya lelaki ini. Yura sudah panas punggung. Dia bangun daripada duduknya. Tajam matanya memanah anak mata Rezqan.
            “Rezqan! Meskipun saya ni miskin, awak tak layak untuk hina saya. Tidak bermakna seorang miskin itu tiada maruah dan tidak bermakna seorang kaya itu bermaruah. Kadangkala maruah seorang miskin itu boleh jadi lebih tinggi daripada maruah seorang kaya. Awak tak layak untuk merendahkan dan menghakimi saya. Awak tak layak untuk mempertikaikan kebendaan saya. Tu semua hanya sementara. Apa yang dibawa nanti adalah amalan, bukannya harta.
            Mudahnya awak mengatakan saya ni anak pungut kan? Awak tak tahu kisah sebenar, Rezqan! Awak tak tahu kenapa ibu bapa saya tinggalkan saya. Jangan terus menghakimi tanpa sebab dan bukti yang kukuh.” Yura mempertahankan dirinya seraya berjalan laju ke biliknya. Walaupun bilik yang diberikan oleh Rezqan hanyalah sekadar bilik pembantu rumah, namun bagi Yura itu sudah memadai. Bukannya dia tidak biasa tinggal dalam bilik sebesar itu. Sebelum dia menjadi isteri kepada Rezqan Ferdaus, dia hanyalah seorang pembantu rumah di rumah mama dan papa Rezqan.
            Yura bukanlah seorang anak pungut sepertimana yang dikatakan Rezqan. Menurut Puan Sumaiyyah, pengurus rumah anak-anak yatim yang pernah menjadi tempat tinggal Yura, dia ditinggalkan oleh ibu bapanya kerana desakan kewangan pada ketika itu. Kata Puan Sumaiyyah lagi, kelahiran Yura ke atas muka bumi ini adalah bersama dengan seorang kembar. Maka dengan itu ibu bapa Yura harus memilih di antara Yura ataupun kembarnya. Sungguh, Yura tidak menyalahkan ibu bapanya meski dia tidak kenal siapa ibu dan bapanya.
                                                                                                           
            KETUKAN yang bertalu-talu pada pintu biliknya mengejutkan Yura daripada lena. Dia tertidur setelah puas menangis tadi. Yura membuka matanya buat seketika lantas dipejamkan kembali setelah melihat waktu yang tertera pada jam locengnya. Hampir sejam juga dia tertidur. Daripada membuang masa menghadap muka lelaki yang menyakitkan hatinya itu, adalah lebih baik untuk dia tidur.
            “Yura, kau buat apa dekat dalam tu?” soal Rezqan. Yura hanya mendiamkan dirinya. Telinganya ditekup dengan bantal.
            “Yura,” panggil Rezqan sekali lagi. Pintu bilik Yura diketuk lagi.
            “Kau jangan nak menyakitkan hati aku boleh tak? Jangan nak menyusahkan aku!” marah Rezqan. Yura mengetap bibirnya. Siapa yang sakitkan hati siapa sebenarnya? Siapa yang susahkan siapa sebenarnya? Tak sedar diri! Kutuk Yura di dalam hatinya. Terasa hilang rasa hormatnya terhadap Rezqan yang bergelar suaminya itu.
            “Buka pintu ni Yura!” Ketukan pada pintu bilik Yura semakin kuat seiring dengan suara Rezqan yang semakin lantang. Yura masih beku di atas katilnya.
            Rezqan sudah hilang sabar. Hendak dibuka pintu itu dengan menggunakan kunci, kunci itu berada pada Yura pula. Terpaksalah dia merempuh pintu itu. Mahu tidak mahu, pintu bilik itu tetap perlu dibuka. Manalah tahu kalau-kalau Yura sudah tidak bernyawa di dalam bilik itu. Apa tidaknya, selalunya Yura akan menonton televisyen sehingga lewat malam. Malam ini, jangankan menonton, televisyen pun tidak dibuka oleh Yura. Rezqan pula terasa agak pelik kerana batang hidung Yura pun tidak dilihatnya.
            Rezqan yakin Yura terkesan dengan hinannya tadi. Tapi apakan daya? Mulut Rezqan memang berbisa pun. Racunnya kata-kata yang keluar daripada bibir merahnya itu mampu mematikan hati dan semangat seseorang. Namun, manisnya kata-kata yang keluar daripada bibir yang sama, mampu menghidupkan hati dan semangat seseorang. Rezqan Ferdaus, orang yang sangat sukar dijangka sikapnya. He is too complicated!   
            Kau ni ambil berat jugak dekat dia kan? Perli otak Rezqan. Rezqan tersenyum sinis. Aku nak ambil berat tentang dia? Sorry-lah, jangan mimpilah dia nak rasa aku caring dekat dia. Tak ingin aku nak ambil berat tentang dia, balas hati Rezqan.
            Dah tu buat apa kau susah-susah berazam nak rempuh pintu bilik dia? Otak Rezqan sengaja menduga tuannya.Rezqan berdecit. Marah dengan soalan otaknya itu. Lantak akulah nak buat apa pun. Isteri aku jugak! Bangkang hati Rezqan.
            Isterilah sangat kan? Tadi kau yang beria kata, mati hidup balik sejuta kali pun kau tak nak mengaku yang dia tu isteri kau. Tak sedar diri punya manusia! Kutuk otak Rezqan. Eh, eh, diamlah kau! Memekak aje. Tadi tu aku cakap di hadapan orang lain. Jelas tak? Aku tak nak mengaku yang dia tu isteri aku di hadapan orang lain. Sekarang ni mana ada orang lain. Aku dengan dia aje manusia dalam rumah ni. Banyak cakap pulak kau ni! Marah Rezqan di dalam hatinya.
            Dasar manusia ego! Pentingkan diri! Kejam! Tak berhati perut! Busuk hati! Pendendam! Dan satu lagi, kau ni gilalah, kutuk otak Rezqan lagi. Rezqan meramas rambutnya. Ada otak pun kutuk tuan sendiri. Bagus betul, desis Rezqan di dalam hatinya. Rezqan mengambil lajaknya lantas bibirnya menuturkan lafaz basmallah. Pintu bilik Yura selamat dirempuh olehnya.
            Yura yang baru sahaja berkira-kira hendak membuka pintu terkejut beruk melihatnya. Dia turut menjadi mangsa rempuhan Rezqan. Terasa sakit badannya akibat jatuh terlentang. Kepalanya juga terhentak sedikit di atas lantai. Sudahlah Rezqan menghempap tubuhnya, ditambah pula dengan pening kepalanya yang baru sahaja bertandang.
­­            Rezqan masih mengusap lengannya yang sakit manakala Yura masih mengusap belakang kepalanya. Setelah menyedari betapa dekatnya dirinya dengan Rezqan, pantas Yura menolak tubuh Rezqan ke tepi dengan sekuat tenaganya. Ya Allah, sesak nafas aku! Punyalah berat suami aku ni. Cantik aje landing atas aku, gumam Yura di dalam hatinya.  
            “Kau buat apa dekat dalam bilik ni? Dah pekak ke?! Tak dengar aku panggil?” soal Rezqan. Bersama lengan yang masih sakit, dia bangun jua dan duduk di hadapan Yura. Sesekali sisi lengan kanannya digosok. Yura sudah duduk bersila bertentangan dengan Rezqan. Kepalanya dipangku dengan kedua-dua belah tangannya. Pandangannya hanya tertala pada kakinya.
            “Yang kau tak jawab ni kenapa? Dah bisu pulak?” soal Rezqan kasar. Yura terus-terusan berdiam diri.
            “Perlu ke awak rempuh pintu bilik saya?” soal Yura. Meski sakitnya tidak tertanggung, soalan itulah yang ingin dia ajukan dari tadi.
            “Kalau bercakap boleh pandang aku tak?” soal Rezqan tidak berpuas hati dengan cara Yura bercakap dengannya.
            “Tak perlu rasanya,” jawab Yura perlahan. Rezqan mendengus kasar.
­­            “Tak salah kot kalau aku buat macam tu. Kau tu bukannya sesiapa, isteri aku jugak,” balas Rezqan. Ketawa sinis terbit daripada mulut Yura.
            “Isteri? Tak jijik ke tuturkan ayat tu? Maklumlah, saya tak layak untuk awak kan?” perli Yura. Panas telinga Rezqan mendengarnya. Tangan Rezqan menolak tangan Yura yang setia memangku kepalanya. Yura sedikit terkejut dengan tindakan Rezqan. Aku sakit kepala ni tau tak? Jangan nak menambahkan sakit tu lagi, marah Yura dalam hatinya. Dia merebahkan tubuhnya ke atas lantai lantas dia mengiring membelakangi Rezqan. Matanya dipejamkan bagi menahan sakitnya.
            “Kau ni kenapa Yura?” soal Rezqan. Pelik dengan sikap Yura yang tiba-tiba berubah itu. Selalunya tidak pernah Yura bercakap dengannya tanpa memandang dirinya.
            “Tak ada apa-apa. Tak perlu pun rasanya untuk awak tahu. Jangan ganggu saya,” kata Yura. Rezqan bergerak merapati Yura. Dipandang wajah Yura yang tampak pucat. Secara spontan tangannya melekap pada dahi Yura. Kemudian bergerak ke kedua-dua belah pipi Yura dan setelah itu tangannya mendarat pula di leher Yura. Yura tidak pula menepis. Dia hanya membiarkan sahaja.
            “Kau demam?” soal Rezqan sambil menarik kembali tangannya. Entah mengapa tidak senang pula dia melihat keadaan Yura yang tidak sihat itu. Wajah Yura memang sudah pucat lesi. Dahi, pipi, dan leher Yura juga terasa panas. Dia yakin Yura demam.
            “Tak,” jawab Yura. Rezqan tersenyum mengejek.
            “Tak payah nak bohonglah Yura, aku tak bodoh,” kata Rezqan.
            So what kalau saya demam pun? Ada awak nak bawak saya ke klink? Tak kan? Jadi jangan ganggu saya! Kalau awak tak mampu nak bawak saya ke klinik, jangan tambahkan lagi sakit kepala saya. Awak takkan mampu nak laksanakan tanggungjawab awak sebagai seorang suami dengan baik,” balas Yura. Sebagai seorang lelaki yang bergelar suami, Rezqan Ferdaus rasa tercabar. Kata-kata Yura seolah-olah sudah menjatuhkan martabat dan egonya.
            Meski perkahwinannya dengan Yura atas permintaan mamanya, Rezqan tetap tidak dapat menafikan bahawa dia ialah suami kepada Yura dan Yura ialah isterinya.
            Rezqan mencempung tubuh Yura dan membawa Yura ke biliknya yang terletak di tingkat atas. Yura masih sempat meronta-ronta namun hanya buat seketika. Khuatir yang dia akan terjatuh, dia terpaksa memaut leher Rezqan.
            “Apa awak buat ni Rezqan?” soal Yura sebaik sahaja dia sudah diletakkan di atas katil Rezqan. Rezqan mengambil telefon bimbitnya yang diletakkan di atas meja lampu tidur. Usai mengambil telefonnya, Rezqan membuat satu panggilan.
            “Kau jangan nak pergi mana-mana. Duduk situ diam-diam. Selangkah kau berjalan, siap kau!” Sempat lagi Rezqan memberi amaran sementara menunggu panggilannya berjawab. Dia melabuhkan duduknya di atas sofa.
            “Assalamualaikum. Yup, Rezqan is here. Could you come here now? I mean, come to my house. Yura is having a fever.” Rezqan diam sebentar. Terpamer riak hampa pada wajahnya.
            Oh, I see... Never mind then. Okay, thanks.” Rezqan mematikan panggilan tersebut. Yura sudah bangun daripada pembaringannya. Baru sahaja dia ingin melangkah, suara keras Rezqan menyapa gegendang telinganya.
            I have warn you Yura,” ujar Rezqan mengingatkan Yura. Yura mematikan tindakannya. Kakinya ditarik kembali lantas dia berbaring semula di atas katil itu. Tidak mampu rasanya untuk terus berdiri mahupun duduk dalam keadaan sekarang.
            “Saya benci awak Rezqan, saya benci awak,” desis Yura dengan mata yang terpejam. Pelupuk matanya berair, menangisi nasibnya sebagai seorang isteri kepada Rezqan Ferdaus. Dalam Yura tidak sedar, Rezqan dapat mendengar bicara Yura itu. Ayat itulah yang terus-terusan meniti di bibir Yura sehinggalah Yura lena.
            ‘Saya benci awak Rezqan.’ Meski ungkapan yang terbit daripada bibir Yura itu cukup perlahan, dengan suara yang cukup lemah, namun hati Rezqan terasa sakit. Sukar untuk dia bayangkan andai ungkapan itu terbit daripada bibir Yura dengan suara yang cukup lantang.
            Perlukah dia terus menyakiti Yura hanya semata-mata perasaan takut yang menghantuinya? Takut untuk mencintai seorang wanita. Tetapi Yura bukanlah wanita itu. Yura tidak seperti Dahlia. Yura Zahrah ialah Yura Zahrah dan Dahlia ialah Dahlia. Rezqan takut kisah dahulu terjadi lagi. Peristiwa hitam itu masih utuh dalam ingatannya. Perisitiwa di mana dia hampir dibunuh oleh Dahlia, wanita yang pernah bergelar tunangannya sendiri.
            “Kau akan mati Rezqan, malam ni jugak! Kau akan menyesal sebab tak bagi apa yang aku mahukan!” Kata-kata Dahlia bertandang di gegendang telinga Rezqan. Belakang kepala Rezqan terasa sakit akibat dipukul. Seingatnya, sewaktu dia tiba di bangunan terbengkalai ini, kepalanya dipukul dengan benda yang keras sehinggakan dia rebah dan tidak menyedarkan diri.  
            “Kau gila Dahlia! Kau gila!” marah Rezqan. Dahlia memang sudah gila. Ternyata Dahlia memang bijak berlakon. Memang patut Dahlia diberi anugerah pelakon wanita terbaik. Memang patut pun Rezqan memutuskan hubungan pertunangan di antara mereka. Dahlia menyatakan bahawa dia ingin bertemu dengannya di bangunan ini buat terakhir kalinya. Namun ini hanyalah helah Dahlia. Helah untuk membunuhnya.
            Ternyata, benar kata mamanya. Dahlia ialah seorang wanita yang bijak bermain helah untuk mempergunakan lelaki. Mempergunakan lelaki bagi memuaskan nafsunya. Mujurlah dia tidak menjadi mangsa. Biarpun lahiriah Dahlia kelihatan manis dan lemah lembut namun Dahlia mempunyai sisi dalaman yang tiada sesiapa pun yang akan jangka kecuali Datin Yusmira, mama Rezqan. Hanya Datin Yusmira yang mengenali Dahlia sepenuhnya.
            Kedengaran hilai tawa Dahlia yang semakin perlahan seiring dengan langkahnya yang menjauhi Rezqan. Pintu bilik yang sudah usang itu dihempas kuat. Rezqan menjerit sekuat hatinya. Tangannya yang diikat ke belakang masih ligat bergerak. Namun ikatan itu masih tidak terlerai. Dalam hatinya, tidak henti-henti dia meminta pertolongan daripada Allah SWT. Tatkala dia sedang runsing, matanya terpandangkan sebilah pisau lipat yang kelihatan masih baru. Pantas dia mengengsot bagi mendapatkan pisau tersebut.
            ‘Bodohlah kau Dahlia tinggalkan pisau lipat yang masih baru ni dekat sini,’ gerutu Rezqan di dalam hatinya. Namun, bagaikan terdengar-dengar suara lain berbicara.
            ‘Bersyukurlah dan anggaplah kehadiran pisau lipat itu adalah salah satu bentuk pertolongan daripada Allah SWT,’ kata suara itu. Pantas Rezqan beristighfar, menyedari kekhilafannya. 
            Tali setebal 5 milimeter itu berjaya dipotong oleh Rezqan seraya lafaz syukur dipanjatkan. Tali yang melilit tangannya itu dibuka. Setelah itu, Rezqan membuka pula tali yang mengikat kakinya. Pisau lipat tadi dimasukkan ke dalam sakunya. Pintu usang itu dibuka dengan mudahnya lantas Rezqan membuka langkahnya keluar daripada bangunan terbengkalai itu.
            Rezqan memboloskan dirinya ke dalam keretanya. Mujurlah keretanya masih ada. Baru sahaja dia ingin menghidupkan enjin kereta, kedengaran suara Dahlia menjerit memanggil namanya. Enjin kereta dihidupkan lantas dia memecut laju. Geseren yang terhasil di antara tayar keretanya dengan jalan tar menghasilkan bunyi yang bingit.
            Rezqan sedar bahawa Dahlia mengekorinya. Pandangan Rezqan terhala pada cermin pandang belakang seraya dia menekan pedal minyak untuk memecut.
            Segala-galanya berlaku dalam sekelip mata. Kemalangan yang menimpa diri Rezqan adalah kerana Dahlia. Masih segar dalam ingatan Rezqan kata-kata Dahlia pada malam itu.
            “Matilah kau. Tak payah susah-susah aku nak bunuh kau!” Itulah yang sempat dia dengar sebelum dia sudah tidak menyedarkan dirinya. Masih jelas di matanya bagaimana Dahlia tersenyum sinis ke arahnya walaupun pandangannya pada ketika itu agak kabur. Kemalangan itu menyebabkan dirinya mengalami koma selama tiga bulan.
            Sedar sahaja daripada koma, dia dimaklumkan bahawa Dahlia sedang sakit. Wanita itu disahkan menghidapi penyakit AIDS. Dia juga dimaklumkan bahawa Dahlia ingin meminta maaf daripadanya. Rezqan sekadar memaafkan daripada jauh. Tidak mahu lagi bertemu dengan wanita itu.
            Satu minggu selepas itu, Dahlia dijemput Ilahi. Rezqan dan keluarganya dijemput untuk menghadiri kenduri tahlil buat arwah Dahlia namun Rezqan tidak memenuhi jemputan itu. Hanya keluarganya sahaja yang hadir. Peristiwa itu telah merubah kehidupan Rezqan. Peristiwa itulah yang telah membuka lembaran baru dalam hidup Rezqan. Lembaran baru yang dipenuhi dengan fobia.
            Dahlia lain dan Yura lain Rezqan. Seringkali Rezqan cuba memujuk hatinya. Namun dia tetap tidak mampu. Sukar untuknya meletakkan sebarang kepercayaan dan harapan pada insan yang bergelar wanita kecuali pada mama dan adik perempuannya, Yasmin Hanni. Pintu hatinya seolah-olah sudah tertutup untuk wanita.
            Rezqan memandang Yura tatkala dia terdengarkan erangan daripada wanita itu. Rezqan mengeluh perlahan kemudian wajahnya diraup dengan menggunakan kedua-dua belah tangannya. Lampu biliknya ditutup lantas dia merebahkan tubuhnya di atas katil bersebelahan dengan Yura.
            Yura yang tersedar akan tindakan Rezqan itu segera bangun daripada pembaringannya. Laju dan cemas langkahnya menuju ke biliknya yang berada di tingkat bawah. Rezqan mengejar langkah Yura. Sudahlah Yura sedang pening, mahu tersungkur perempuan itu ketika menuruni tangga.
            Tatkala menuruni anak tangga, Yura tersilap melangkah. Dia rebah jua. Mujurlah hanya beberapa anak tangga yang tinggal sebelum mencecah lantai tingkat bawah.
            “Yura!” Pantas Rezqan mendapatkan Yura. Kepala Yura dipangkunya. Yura memandang wajah Rezqan. Dia nampak sinar mata Rezqan yang kelihatan berbeza daripada kebiasaan. Sinar mata yang tidak mampu Yura gambarkan kerana ini baru pertama kali dia melihatnya.
            “Biarkan saya Rezqan. Jangan jadikan saya bebanan awak,” tutur Yura sebelum dia memejamkan matanya.
            “Yura! Yura!” Rezqan menepuk perlahan pipi Yura. Pergelangan tangan Yura dicapai. Denyutan nadi Yura dicari. Nadinya masih berdenyut lemah.
            “Kau degil Yura!” marah Rezqan lantas tubuh Yura dicempung dan dibawa ke biliknya kembali. Usai meletakkan Yura di atas katil, Rezqan mengambil telefonnya kemudian dia membuat satu panggilan.
            Yes. I don’t care okay? You must come here now! Hei, apa function kau sebagai doktor  kalau bukan untuk merawat orang? She’s gonna be dead if you’re late! Nadi dia lemah kau tahu?! Dia jatuh tangga tadi. And yes! This is an emergency call!” tegas Rezqan. Berkerut dahinya menahan amarah.
            “Okay, kalau kau lambat siaplah! Kau tunggu aje apa yang akan jadi dekat kau nanti.” Rezqan memberi amaran. Talian dimatikan. Rezqan bergerak ke tingkat bawah bagi menanti kedatangan sahabatnya, Zamir yang merupakan seorang doktor.
            Zamir memarkir keretanya di perkarangan rumah Rezqan. Pantas dia mengatur langkah mendapatkan Rezqan. Tangan kanannya menggenggam beg bimbit yang mengandungi peralatan perubatannya. Wajah Rezqan memang berbeza. Tidak pernah dia melihat wajah Rezqan sekusut itu. Pasti keadaan isterinya merunsingkan dirinya. Zamir sempat tersenyum. Kau cintakan Yura Rez, desis Zamir di dalam hatinya.
            “Assalamualaikum. Where’s Yura?” soal Zamir. Rezqan mengetap bibirnya.
            “Waalaikumussalam. Hish, masa ni jugaklah isteri kau tu tak sihat kan? Terpaksalah aku suruh kau yang datang. Jom, ikut aku,” tutur Rezqan. Zamir tersengih sambil menuruti langkah Rezqan.
            “Baik pulak kau dengan dia,” ujar Zamir sambil memakai sarung tangan. Zamir tersenyum memandang wajah Rezqan yang kosong tanpa sebarang riak wajah. Rezqan hanya mendiamkan dirinya.
            “Magisnya cinta sampaikan mampu mengubah seorang lelaki yang benci terhadap semua wanita. Magisnya cinta sampaikan mampu membuatkan lelaki itu berbuat baik kepada seorang wanita. Kau dah jatuh cinta dengan Yura, Rez. Aku nampak cinta tu dalam mata kau,” kata Zamir selamba.
            “Dahlah, jangan nak buat ayat sastera kau tu. Mengarut je lebih, Mir. Kalau bukan aku yang panggilkan doktor, siapa lagi? Macamlah ada orang lain dalam rumah ni,” balas Rezqan. Zamir mengangkat keningnya. Pergelangan tangan Yura dicapai. Hatinya berdetak hebat tatkala terpandangkan gelang yang dipakai oleh Yura.
            “Rez, gelang ni...” Zamir memandang wajah Rezqan. Rezqan memandang wajah Zamir sekilas lantas pandangannya jatuh pada gelang yang dimaksudkan oleh Zamir. Mata Zamir sedikit bergenang. Wajah Yura diamatinya.
            “Takkan kau tak sedar selama ni, Rez? Kau tahu kan dah lama aku cari dia? Patutlah mama kau dengan Yasmin kata muka aku dengan Yura ada banyak iras,” ujar Zamir tidak berpuas hati. Air matanya sempat diseka. Betapa bersyukurnya dia kini. Dalam pada itu, dia masih memeriksa keadaan Yura.
            “Manalah aku tahu. Pegang dia pun aku tak pernah, macam mana aku nak tahu yang gelang tu ada pada dia. Aku tak pernah perasan pun. Apa yang aku tahu, dia memang ada pakai gelang, tapi aku tak tahu pulak gelang yang dia pakai sama dengan yang kau cari. Pertama kali aku pegang dia waktu akad nikah hari tu masa batalkan air sembahyang. Yang kedua, hari ni sebab aku kena angkat dia.” Jujur Rezqan berkata-kata. Zamir tersenyum sinis.
            “Gilalah kau, Rez. Macam mana kau boleh tahan hidup dengan dia selama tiga bulan ni? Apa kau tak ada nafsu ke?” soal Zamir. Rezqan menumbuk perlahan bahu Zamir yang sedang membuka sarung tangannya.
            “Wei, agak-agaklah bro. Soalan tu biarlah bertauliah sikit. Kau faham kan aku ni ada masalah? Aku ada fobia dengan perempuan,” balas Rezqan. Zamir ketawa perlahan.
            “Fobia kau tu sangat teruk sampaikan mampu mengatasi nafsu kau?” duga Zamir. Rezqan mengangguk.
            So what? Unik apa?” kata Rezqan dengan muka selambanya.
            “Parah betul kau ni. Memang kau patut dengar cakap aku dulu. Kau kena jumpa pakar psikiatri,” kata Zamir. Pantas Rezqan menggeleng.
            “Dah, tukar topik. So, kau dah jumpa dia. Apa yang kau nak buat?” soal Rezqan. Zamir memandang wajah Yura.
            “Kalau aku kata aku nak bawak dia balik, apa kata kau?” duga Zamir. Rezqan berdehem. Dia cuba mengawal air mukanya agak tidak terlalu nampak yang dia sangat tidak bersetuju dengan keputusan Zamir itu.
            “Kau jangan main-main. Walaupun dia ni kembar kau, aku masih suami dia tau?” ujar Rezqan tidak berpuas hati. Zamir menghamburkan tawanya melihatkan reaksi Rezqan.
            See, aku dah cakap yang kau cintakan dia. Rez, Yura Zahrah ditakdirkan untuk kau bro. Please-lah Rez, Yura bukan Dahlia. Kau kenal aku kan? Aku kan baik, of course-lah adik aku pun baik,” kata Zamir. Rezqan mengangkat keningnya.
            “Kau baik ke Mir?” perli Rezqan. Zamir tersenyum nipis.
            “Walaupun aku tak kenal adik aku sedalam-dalamnya, tapi aku yakin dia baik, Rez. Dahlia lain, Yura lain,” kata Zamir. Rezqan mengetap bibirnya.
            “Dahlah, aku nak balik. Yura okey aje. Badan dia lemah. Mungkin dia terlampau tertekan sampaikan boleh demam. Ambil ubat ni. Esok aku datang lagi untuk soal siasat Yura. Jaga Yura baik-baik. Kalau aku tahu dia menangis sebab kau, nahas kau aku kerjakan, Rez,” kata Zamir. Dia mengemaskan peralatannya lantas pandangannya jatuh pada Yura. Zamir mengambil sedikit rambut Yura.
            “Kau nak buat apa dengan rambut Yura, Mir? Gelang dengan tanda lahir tu dah cukup nak buktikan dia kembar kau kan? Muka pun ada iras,” ujar Rezqan. Zamir tersenyum. Rambut tadi dimasukkan ke dalam plastik ubat yang masih kosong.
            “Untuk kepastian dan aku nak keputusan yang lebih tepat. Aku nak buat ujian DNA,” kata Zamir sambil mengatur langkah meninggalkan bilik itu.
            “Suka hati kaulah,” balas Rezqan. Langkah Zamir diekorinya.
            Setelah pasti yang Zamir telah meninggalkan rumahnya, Rezqan masuk semua ke dalam rumahnya. Dia menapak ke bilik Yura. Keadaan bilik itu diamatinya. Meski bilik itu kecil, namun bilik itu cukup bersih dan kemas. Pandangan Rezqan jatuh pada sebuah balang kaca yang mengandungi kertas-kertas yang dilipat menjadi kecil. Balang kaca itu diambil lantas dibuka penutupnya. Kertas-kertas itu dikeluarkan dan dibaca setiap bait kata-kata yang tertulis.
            Inikah cinta? Kejamnya.
            Berdosakah aku mencintainya?
            Tidak layakkah aku untuknya?
            Hina sungguhkah aku sehinggakan aku digelar anak pungut?
            Aku sendiri pun kurang pasti. Mengapa mesti hadirnya benci dalam cinta?
            Dialah insan yang paling kejam yang pernah aku jumpa.
            Betapa indahnya jika aku dapat melihat wajah ibu dan bapaku. Aku rindukan mereka.
            Siapakah aku di hatinya? Isterinya? Atau pembantu rumahnya? Atau hanya teman biasa? Atau musuh yang sengaja dia cari? Ataupun, satu kemungkinan yang amat besar, aku tidak pernah wujud dan muncul walau sedetik pun di dalam hatinya.
            Aku masih tidak faham dia. Sukar untuk aku faham dia. Mungkinkah aku tidak mampu untuk fahami dia?
            Sebatang kara aku di dunia ini. Meniti liku-liku duka yang dicipta suami sendiri.
            Cinta aku mampu menipis Rezqan. Mampu menipis dengan sikap kau.
            Cinta ini akan berganti dengan benci. Maafkan aku.
            Bukan harta yang aku dambakan. Cuma kasih sayang seorang suami yang aku perlukan.
            Kenapa tidak dia ceraikan aku jika dia tidak mampu sediakan satu ruang di hatinya untukku?
            Luka yang kau ciptakan dalam hati aku amat dalam Rezqan. Sehinggakan, bunga-bunga cinta yang ada dalam taman hatiku mampu mati dek racun kata-kata kau. Jangan kau salahkan aku andai suatu hari nanti, tiada satu pun bunga-bunga cinta yang masih mekar untuk kau.
            Mampukah aku untuk pergi darinya?
            Magisnya cinta sehinggakan aku boleh merasai manis yang seperti madu dalam pahitnya peria yang aku telan.
            Magisnya cinta sehinggakan mampu untuk aku mendengar caciannya setiap hari.
            Magisnya cinta sehinggakan aku mampu membina empangan untuk menakung kata-katanya yang jelas tiada satu pun yang berguna.
            Magisnya cinta sehinggakan aku mampu membina tembok kesabaran yang utuh hanya kerana dia.
              Tangan Rezqan berhenti bergerak. Balang kaca itu diletakkan ke tepi lantas kertas-kertas yang telah dibuka lipatannya dilipat semula dan dimasukkan ke dalam balang kaca itu. Tidak sanggup rasanya untuk membaca kesemua kertas yang tersimpan di dalam balang kaca itu. Hampir kesemuanya tentang dia. Tentang dia yang melakarkan episod-episod duka dalam diri Yura.
            Terasa menggunung rasa bersalahnya terhadap Yura. Mahu meminta maaf, tetapi ego menghalang keras. Mahu meluahkan rasa, tetapi fobia masih menghalang. Mahu menghentikan kekejaman, tetapi takut untuk melihat masa hadapan yang mampu dibina bersama-sama Yura. Takut untuk menerima kemungkinan yang tidak indah. Terlalu takut untuk membuka lembaran baru bersama-sama Yura. Isterinya yang dinikahi secara sah. 
            “Ya Allah, maafkan aku. Mengapa tidak mampu diusir rasa takut ini? Benarkah tiada ruang di dalam hati ini buat Yura? Ya Allah, bantulah aku mengusir rasa takut ini ya Allah,” tutur Rezqan. Dia meraup wajahnya dengan kedua-dua belah tangannya. Nafasnya ditarik dengan perlahan bagai cuba merungkaikan kekusutan.
 
            REZQAN terjaga daripada lenanya saat terdengar bunyi kaca pecah dari dapur. Pantas dia bangun daripada pembaringannya. Tidak sedar pula bagaimana dia boleh tertidur di dalam bilik Yura. Dipandangnya jam loceng milik Yura. Baru pukul dua pagi, desisnya. Rezqan mengatur langkah ke dapur. Kelihatan Yura sedang mengemas lantai yang dipenuhi dengan kaca pecah.
            “Yura,” panggil Rezqan. Yura mengangkat pandangannya. Terserlah riak terkejutnya. Terus berubah cemas wajahnya.
            “Maaf Rezqan, saya tak sengaja. Saya tahu saya tak mampu nak ganti balik. Tapi tolonglah maafkan saya. Saya tak sengaja,” ucap Yura sambil tangannya ligat bergerak mengutip kaca-kaca yang bertaburan.
            “Yura,” panggil Rezqan sekali lagi. Yura memandang Rezqan sekilas.
            “Saya tak sengaja. Maafkan saya. Saya minta maaf,” kata Yura. Rezqan menggeleng perlahan. Apa sangatlah yang telah Yura lakukan jika hendak dibandingkan dengan kekejaman dirinya terhadap Yura?
            Stop. Stop begging for forgiveness from me. You don’t make anything wrong. Tak payah kemas. It would be better if you have your rest,” ujar Rezqan. Yura menggeleng.
            “Tak apa, tinggal sikit aje lagi. Lagipun, saya dah sihat,” balas Yura. Rezqan merapati Yura lantas dia mencapai tangan Yura. Tangan Yura ditarik memaksa Yura untuk berdiri.
            For the first time, I’m begging you, please have your rest,” ujar Rezqan. Yura mengetap bibirnya. Air matanya menitis. Pertama kali mendengar Rezqan berbicara selembut itu. Yura tidak memberikan sebarang balasan namun langkahnya tetap diatur menjauhi Rezqan.
            Yura, make sure that I’ll found you resting in my room, not yours,” pesan Rezqan. Yura meneruskan langkahnya. Apa yang Rezqan mahukan sebenarnya? Kenapa Rezqan berubah menjadi Rezqan yang belum pernah dikenalinya?
            Yura melangkah laju ke biliknya lantas almari pakaiannya dibuka. Beg pakaian yang tersedia dikeluarkan. Pakaian-pakaian serta barang-barang yang diperlukannya dimasukkan ke dalam beg tersebut dengan pantas. Dia harus pergi!
            “Yura!” Kedengaran suara Rezqan memanggil namanya. Tersentak sedikit Yura dibuatnya.
            “Ya! Saya tengah cari barang ni,” balas Yura. Makin laju tangannya bergerak. Tanpa disangkanya, lengannya digenggam kejap. Semakin lama semakin kejap.
            Don’t you ever lie to me. I hate it,” bisik Rezqan rapat di telinga Yura. Lengan Yura dilepaskan dan tubuh Yura dipusingkan supaya menghadapnya.
            Where are you going?” soal Rezqan. Yura menundukkan wajahnya. Dia membisukan dirinya.
            Answer me! Where are you going Yura?! Are you leaving me?!” soal Rezqan. Yura menggosok perlahan dahinya. Terasa sakit kepalanya dengan sikap Rezqan yang tiba-tiba berubah itu.
            Yes Rezqan. No matter what is going on, I am leaving you. I can’t understand you. And I just realized that I’ll never understand you,” balas Yura. Dia berkalih daripada memandang Rezqan.
            But I’m your husband. You can’t make your own decision like this,” bangkang Rezqan. Pergelangan tangan Yura dicapainya. Pantas Yura merentap kasar tangannya. Dia menghadap Rezqan semula dengan mata yang sudah bergenang.
            Husband? All this while, awak tak pernah sekalipun nak mengaku yang awak tu suami saya. Yes, I admit, memang awak yang lafazkan akad nikah untuk menikahi saya. Tapi Rezqan, pernahkah awak laksanakan tanggungjawab awak sebagai seorang suami dengan baik? Pernah? Tiga bulan usia perkahwinan kita. Tiga bulan saya tadah telinga saya. Tiga bulan awak tak henti-henti melukakan hati saya dan jelas luka tu tak mampu diubati, Rezqan. Saya tak faham awak. Rezqan, saya tak mampu nak faham awak.
            Today, I woke up, saya nampak awak dengan sisi yang berbeza. Saya tak tahu apa yang awak mahukan. Saya tak pasti cacian apa lagi yang akan saya terima. Saya tak pasti berapa dalam lagi luka yang akan awak ciptakan kali ini. Apa yang saya pasti, luka itu takkan pernah awak ubati dan cinta saya takkan pernah terbalas,” luah Yura. Basah pipinya dengan air mata.
            “Jujur saya katakan, awaklah manusia yang paling kejam yang pernah saya kenal. Kadang-kadang, saya tertanya-tanya, mengapa harus ada cinta buat awak? Mengapa harus ada cinta buat manusia sekejam awak? Salahkah saya untuk mencintai orang yang darjatnya jauh lebih tinggi daripada saya di mata manusia sehinggakan seringkali saya dihina?
            Meski jawapan bagi persoalan itu sudah lama ada pada saya, tetapi saya cuba untuk tidak menemuinya. Saya cuba untuk tidak tahu apa jawapannya kerana cinta yang ada sukar untuk terhapus begitu sahaja. Saya tak tahulah awak ni buta hati ke buta mata, but I want you to know something Rezqan. All this while, bila saja awak melafazkan akad nikah, cinta saya terletak pada awak. Selepas cinta saya kepada Allah dan rasul.
            Saya cintakan awak Rezqan, meski saya sedar betapa jauhnya perbezaan darjat kita di mata manusia...” Yura berhenti seketika. Tepat matanya memandang mata Rezqan. Pandangan yang mentafsir seribu makna. Pandangan yang mampu menyampaikan rahsia hati.
            Rezqan turut membalas pandangan Yura. Ditatap sepasang mata yang indah lagi jernih itu. Mata yang menyimpan seribu kelukaan dan kedukaan di sebalik keindahannya. Nyata, kelukaan dan kedukaan itu diciptakan oleh dirinya. Diciptakan oleh diri Rezqan sendiri. Perasaan bersalah semakin mengasak hatinya. Bersalah atas tindakannya terhadap Yura selama ini.     
            “Tapi tak mustahil, cinta tu boleh berubah menjadi benci kan? Cinta saya semakin terhakis dengan sikap awak, Rezqan. Makin terhakis dengan kebencian awak terhadap saya. Makin terhakis dengan cacian awak terhadap saya. Makin terhakis dengan hinaan awak terhadap saya. Semakin lama, cinta saya buat awak semakin tipis.
            Tapi entahlah... saya tak tahu, bila cinta ini akan hilang. Kerana apabila saya cuba untuk membenci awak sepenuh hati saya, sebagaimana bencinya awak terhadap saya, saya tak boleh. Saya tak boleh nak bencikan awak kerana adanya cinta di dalam hati ini.” Yura menundukkan pandangannya. Air mata yang membasahi pipinya diseka bersih.
            I don’t really hate you,” ujar Rezqan. Yura memandang wajah Rezqan, cuba mentafsir apa yang ingin disampaikan oleh Rezqan.
            “Apa maksud awak?” soal Yura. Rezqan melepaskan keluhan kecil.
            First of all, I’m sorry for what I have done to you all this while. Saya terpaksa Yura, saya terpaksa hina Yura. Saya terpaksa maki dan caci Yura. Saya terpaksa tinggalkan luka yang paling dalam di dalam hati Yura. Saya terpaksa tinggalkan luka yang paling dalam buat insan yang bergelar wanita. Kecuali pada mama dan Yasmin. Saya takut Yura, saya takut saya akan cintakan Yura. Saya takut untuk jatuh cinta lagi, Yura,” luah Rezqan. Yura sudah melabuhkan duduk di atas katilnya. Rezqan turut mengambil tempat di sebelah Yura.
            “Takut? Takut untuk jatuh cinta?” soal Yura. Wajah Rezqan dipandang bagai menanti jawapan. Rezqan mengangguk lantas diceritakan peristiwa yang telah terjadi kepada dirinya. Tentang siapa itu Dahlia. Tentang kemalangan yang dihadapinya. Tentang fobia yang dialaminya selepas peristiwa itu. Cerita Rezqan menyebabkan Yura tersenyum nipis pada akhirnya.
            “Saya bukan Dahlia. Saya Yura, Rezqan. Yura Zahrah binti Abdullah. Saya Yura yang langsung tidak mengenali siapa ibu bapa saya. Sepeninggalan mereka hanyalah seutas gelang ini. Itu sahaja. Saya tak tahu, sihatkah mereka, atau sakitkah mereka kini. Kemungkinan yang tidak mudah untuk saya terima, adalah jika mereka sudah tiada.” Sayu sahaja nada suara Yura. Air matanya menitis lagi. Rezqan memeluk bahu Yura lantas diusap lembut.
            InsyaAllah, you will meet them, sooner or later,” kata Rezqan.
            “Jangan bagi saya harapan Rezqan. Terlalu banyak harapan saya yang punah,” balas Yura sambil mengelap pipinya. Rezqan memegang bahu Yura lantas tubuh Yura dipalingkan supaya berhadapan dengannya. Dagu Yura dicapai lantas wajah Yura didongakkan supaya memandangnya.  
            Yura, you will meet them. Tidak di dunia, di akhirat nanti. Allah itu Maha Adil, Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Yura, saya minta maaf atas sikap saya selama ni. Saya minta maaf atas perbuatan saya terhadap Yura. Saya ingat tindakan saya betul, tapi saya salah, Yura. Walau bagaimana teruk pun saya lukakan perasaan Yura, saya tetap tak mampu untuk halang hati saya daripada mencintai Yura. Bahkan, cinta itu semakin subur di dalam hati saya. Beberapa kali saya cuba untuk menghalang, saya tetap tidak mampu. Beberapa kali saya cuba membuang wajah Yura daripada kotak fikiran saya, saya tetap tak mampu,” luah Rezqan. Kedua-dua belah tangan Yura dicapai dan digenggam kemas.
            “Yura, Rezqan Ferdaus cintakan Yura Zahrah. Rezqan Ferdaus harap, Yura Zahrah sudi menerima cinta Rezqan Ferdaus. Rezqan Ferdaus harap, Yura Zahrah mahu membina cinta Rezqan Ferdaus dan cinta Yura Zahrah bersama-sama kerana Allah,” ujar Rezqan bersama-sama senyuman yang manis di bibirnya. Yura turut tersenyum, tetapi hanya seketika.
            “Maaf...” Yura berhenti seketika. Dia memandang wajah Rezqan. Anak mata Rezqan ditenung sedalam-dalamnya. Mencari-cari sesuatu yang amat bernilai harganya.
            “Tak mungkin hanya dalam sekelip mata kan? Tak mungkin. Saya dapat rasakan ada sesuatu yang tak kena. Apa niat awak sebenarnya, Rezqan?” soal Yura, meragui pengakuan Rezqan. Rezqan mengeratkan lagi genggaman tangannya.
            “Apa yang tak kena tu? Apa yang Yura dapat rasakan?” soal Rezqan. Yura menggigit bibirnya.
            “Mustahil, secepat ini awak boleh luahkan perasaan awak. Mustahil secepat ini... awak berubah menjadi Rezqan yang belum pernah saya kenal,” kata Yura. Rezqan melepaskan keluhan kecil sebelum menyatakan jawapannya.
            “Memang sebelum ini Yura lihat saya seorang yang ego, kejam, tak berhati perut, busuk hati, dan segala-gala yang buruk ada pada saya. Ya, saya akui semua tu dan saya dah katakan kepada Yura, saya berperangai seperti itu hanya kerana saya takut untuk jatuh cinta. Takut untuk jatuh cinta dengan Yura. Tapi tindakan saya tak pernah mendatangkan kebaikan kepada saya. Malah, bertimbun-timbun keburukan yang jatuh pada Yura.
            Tak pernah pun saya rasa meluat dan bencikan Yura. Malah semakin hari, saya semakin sukakan Yura. Halanglah dengan hinaan apa pun, cinta tu tetap terbit dalam hati saya. Cinta itu buat Yura, isteri saya. Kalau sehari saya tak bercakap dengan Yura, tak dengar suara Yura, rasa kosong sangat. Andaikata hari-hari saya tak bercakap dengan Yura, tak dengar suara Yura, saya akan berkemungkinan untuk menjadi gila. Pengakuan ikhlas daripada saya, sejak akhir-akhir ni saya kerapkali rindukan Yura. Kalau tak disebabkan saya tak nampak batang hidung Yura malam semalam, tak mungkin saya akan rempuh pintu bilik Yura.
            Yura, maafkanlah saya yang sudah banyak melukakan hati Yura. Bukan calang-calang luka. Bukannya luka setakat calar balar, tetapi luka yang sangat dalam. Luka yang memerlukan tempoh masa yang lama untuk pulih semula. Sebenarnya sayalah yang tidak layak untuk Yura, bukannya Yura yang tidak layak untuk saya. Yura layak untuk memiliki yang lebih baik. Yura Zahrah, from my deepest heart, I hope for your forgiveness. I’m sorry. I’m sorry for my mistakes. I’m sorry for what I have done to you. Please, forgive me,” kata Rezqan. Tangan Yura masih kuat digenggamnya. Yura menangis.
            “Jangan jatuhkan martabat awak sebagai seorang suami. Jangan meminta maaf sampai macam tu sekali. Tolonglah jangan. Saya maafkan awak Rezqan. Dulu, kini dan selamanya. Saya harap, awak turut maafkan saya. Bukannya saya tak pernah kutuk awak. Bukannya saya tak pernah termarahkan awak. Saya minta maaf atas keterlanjuran sikap saya sebelum ni,” tutur Yura. Tangan Rezqan dicium penuh taat.
            “Yura sekali lagi saya ulang pernyataan eksklusif saya. Yura, Rezqan Ferdaus cintakan Yura Zahrah. Rezqan Ferdaus harap, Yura Zahrah sudi menerima cinta Rezqan Ferdaus. Rezqan Ferdaus harap, Yura Zahrah mahu membina cinta Rezqan Ferdaus dan cinta Yura Zahrah bersama-sama kerana Allah,” ujar Rezqan lembut. Yura tersenyum. Tangan Rezqan turut digenggamnya.  
            “Yura Zahrah sudi menerima cinta Rezqan Ferdaus. Cinta yang dibina adalah kerana Allah, dan semoga cinta Rezqan Ferdaus dan Yura Zahrah sentiasa diredhai Allah. Moga cinta kita mendapat tempat di syurga nanti,” tutur Yura. Rezqan mengucup tangan kanan Yura. Yura nampak keikhlasan pada wajah Rezqan. Dia nampak sinar mata Rezqan itu. Sinar mata yang sama sepertimana yang dilihatnya ketika dia jatuh dari tangga semalam. Sinar mata yang mempamerkan perasaan sayang.
            “Abang akan pastikan, hanya manis yang seperti madu sahaja yang akan Yura rasakan tanpa pahit yang seperti peria. Abang akan pastikan, magisnya cinta kita sehinggakan fobia yang ada pada abang mampu hilang,” tutur Rezqan. Yura ketawa kecil mendengarnya. Tampak ayu wajahnya meskipun kulitnya yang cerah masih kemerah-merahan. Matanya juga kelihatan sembab akibat daripada menangis tadi.
            “Abang akan pastikan, bunga-bunga cinta yang ada dalam taman hati Yura akan terus mekar disirami dengan cinta abang. Takkan pernah layu lagi kerana disirami racun kata-kata abang,” tokok Rezqan. Yura memandang wajah Rezqan dengan dahi yang berkerut. Sesekali kening sebelah kanannya terangkat-angkat.
            “Awak... Awak...” Yura berbicara dengan nada geram. Rezqan meletakkan jari telunjuknya pada bibir Yura. Setelah itu pipi Yura diusapnya.
            Call me abang please?” Rezqan mempamerkan wajah comelnya. Yura sudah menjegilkan matanya.
            “Abang, abang bukak balang kaca Yura ya?” soal Yura, geram. Bibirnya diketap rapat.
            Yup. Tak sengaja,” jawab Rezqan. Dia menghamburkan tawanya. Geli hati melihat wajah Yura yang sudah memerah.
            “Jahatnya abang! Terbongkar rahsia hati Yura,” ujar Yura. Jari telunjuknya mencucuk-cucuk pinggang Rezqan. Rezqan masih dengan tawanya. Tangannya ligat menangkap pergerakan tangan Yura.
            “Yalah, abang tak sengaja. Abang ingat sayang ni dah buang tebiat ke apa ke, simpan kertas dalam balang kaca. Kertas kecil-kecil pulak tu. Tu yang abang bukak tu. Sayang, please take it positive. Ada hikmahnya jugak bila abang baca kertas-kertas tu. Baca isi hati Yura. Tahu kesedihan yang Yura alami disebalik wajah comel ni. Wajah yang sentiasa tersenyum ni. Wajah yang menahan geram bila abang dengan bodohnya menghina dia.
            Wajah yang sentiasa comel di mata abang. Wajah yang tersimpan kemas dalam fikiran abang. Wajah yang memiliki sekeping hati yang begitu baik dan lembut. Sekeping hati yang sabar dan wajah ini memiliki semangat yang cekal. Tabah dalam menjalani kehidupannya tanpa ibu dan bapanya. Pemilik wajah dan hati inilah yang telah berjaya memikat hati abang. Menjadikan abang sungguh bertuah untuk memiliki dia sebagai seorang isteri,” tutur Rezqan. Yura sudah tersentuh mendengarnya. Hatinya diusik pelbagai rasa. Rasa gembira, sebak, bersyukur, datang bergilir-gilir mengetuk pintu hatinya.
            Mutiara jernih menitis lagi di pipi Yura. Pantas Rezqan menyeka air mata itu.
            Hey, what’s wrong? Did I done something wrong? Did I said something that hurts you?” soal Rezqan. Tidak sanggup rasanya untuk melihat air mata Yura jatuh kerananya buat kesekian kalinya. Yura tersenyum sambil menggeleng.
            “Abang buat Yura feeling terlebihlah pagi-pagi buta ni. Aduh, sembab mata Yura! Kata-kata abang buat Yura sebak, tu sebab Yura menangis,” akui Yura. Rezqan tersenyum. Rezqan mengusap lembut pipi kiri Yura. Dahi Yura dikucupnya lama. Bagaikan ingin memindahkan rasa kasihnya terhadap Yura. Yura memejamkan matanya buat seketika. Memanjatkan rasa syukur ke hadrat Ilahi.     
            “Lepas ni bakar tau kertas-kertas tu?” pinta Rezqan setelah menjarakkan bibirnya daripada dahi Yura. Pantas Yura menggeleng. Rezqan mempamerkan riak tidak berpuas hatinya. Yura mencapai tangan Rezqan dan digenggam erat. Mata Rezqan ditenung penuh kasih.
            “Yura nak simpan sebagai kenangan kita. Kertas-kertas tu mempunyai cerita tersendiri. Cerita-cerita tentang abang. Cerita yang membawa kita ke kesudahan ini. Kesudahan yang Yura tak pernah jangkakan. Yura simpan ya abang?” tutur Yura. Rezqan tersenyum lantas dia mengangguk, menyatakan persetujuannya.
            “Abang ada surprise untuk Yura hari ini. We will recieve a guest today. Just get ready,” kata Rezqan. Yura menyandarkan kepalanya di sisi lengan Rezqan. Doanya, moga bahagia akan terus menjadi milik mereka. Penat rasanya menderita selama ini. Penat menahan rasa sakit selama ini. InsyaAllah, moga bahagia menjadi milik mereka.
 
            “YURA rasa tak percaya. Semuanya berlaku dalam sekelip mata. Janji Allah itu pasti. Walau sepahit mana pun dugaan yang diterima, pasti akan ada kemanisan pada akhirnya,” tutur Yura, cermat. Zamir tersenyum memandang Yura.
            Happy-lah ni?” soal Zamir. Yura tersenyum dan mengangguk. Ya, dia gembira dan bersyukur.
            “Nasib baik kita betul-betul adik-beradik. Kalau tak sia-sia aje abang dapat dosa percuma sebab tengok rambut Yura masa merawat Yura minggu lepas,” kata Zamir. Rezqan menjeling ke arah Zamir di sebelahnya.
            “Bukan setakat tengok, siap pegang dan ambil lagi. Kalaulah Yura bukan adik abang, memang teruklah saya kerjakan abang,” ujar Rezqan. Yura sudah tersenyum-senyum di belakang. Rezqan yang sedang memandang ke arah cermin pandang belakang ternampak akan senyuman isterinya itu.
            “Adalah tu dalam otak dia,” kata Rezqan. Yura memandang suaminya. Dia memperlihatkan air muka comelnya.
            “Tak adalah, cuma kelakarlah abang panggil Abang Zamir dengan panggilan abang. Yalah, abang lagi tua daripada Yura lima tahun. Abang Zamir kan kembar Yura,” jelas Yura sambil ketawa perlahan.
            “Tak apa, unik,” jawab Rezqan. Pada mulanya, dia turut merasakan perkara itu kelakar. Masakan tidak, usianya adalah 29 tahun manakala usia Yura adalah 24 tahun. Baginya, Zamir yang lebih muda daripadanya mesti dipanggil abang kerana Zamir itu adalah abang iparnya.
            “Okey, dah sampai,” ujar Zamir. Rezqan memberhentikan keretanya lantas enjin kereta dimatikan. Mereka melangkah keluar daripada kereta.  
            Abang, seriously?” soal Yura kepada Zamir. Matanya masih tertancap pada sebuah rumah banglo yang tersergam indah di hadapannya. Pandangannya jatuh pula pada insan-insan yang sedang berdiri di muka pintu rumah itu. Rezqan sudah mendapatkan mereka. Dia memang sudah kenal dengan ibu bapa Zamir memandangkan Zamir itu sahabat baiknya.
            Yes, kerja keras abah membuahkan hasil yang lumayan,” jawab Zamir. Yura mengetap bibirnya. Semewah inikah keluarga kandungnya?
            “Kami dah cuba cari Yura di rumah anak-anak yatim tu. Tapi pada hari tu, ketika umur abang masih sembilan belas tahun, Yura baru sahaja keluar daripada rumah itu. Kita kembar tapi nasib kita berbeza, Yura. Abang dapat belajar tinggi-tinggi tapi abang kesal sebab Yura tak dapat lakukan perkara yang sama.
            When I was eighteen, abang rasa teruja sangat bila dapat keputusan SPM dan abang kesal sebab abang tak dapat kongsikan keterujaan abang bersama dengan kembar abang, Yura. Abang tak dapat tanya apa keputusan Yura. Because on that day, abang tak pernah diberitahu yang abang ada kembar,” jelas Zamir.
            “Macam mana abang tahu tentang Yura akhirnya?” soal Yura. Zamir tersenyum.
            “Kebetulan masa tu cuti, abang baliklah rumah. Secara tak sengaja, abang terdengar perbualan mak, abah, kakak, dengan along. Tentang Yura. Perang dingin jugaklah selama dua hari masa tu. Sampai mogok makan,” kata Zamir bersama ketawa kecil. Lucu apabila terkenangkan kisah dahulu. Puas sudah emak dan kakaknya memujuknya namun dia masih tetap dengan protesnya. Selama dua hari itu, dia hanya makan di luar sahaja sehinggalah dia sangat teringin untuk menikmati air tangan emaknya. Yura yang mendengar kata-kata Zamir tersenyum hambar.
            “Walau apa-apa pun, Yura takkan salahkan mak dengan abah. Yura takkan salahkan mereka,” kata Yura. Air matanya menitis.
            “Dahlah, jangan menangis. Kata nak jumpa mak dengan abah? Jom,” ajak Zamir. Tangan Yura dicapai. Yura hanya menuruti langkah kaki abang kembarnya itu.
            “Assalamualaikum,” ucap Zamir. Mereka yang berada di muka pintu itu menjawab salamnya. Yura menjadi perhatian mereka.
            “Mak, abah, kakak, dan along, ni Yura Zahrah,” ujar Zamir memperkenalkan Yura. Puan Zarina menerpa ke arah Yura. Dipeluk erat tubuh anaknya itu. Bagai melepaskan rindu yang dipendam selama 24 tahun. Mengalir air matanya membasahi pipi.
            “Mak minta maaf Yura. Mak terpaksa buat Yura macam tu. Mak sayangkan Yura. Sangat-sangat sayangkan Yura,” kata Puan Zarina sebak. Yura membalas pelukan emaknya.
            “Yura tak pernah salahkan sesiapa atas apa yang telah terjadi terhadap Yura. Yura anggap ni aturan Allah untuk Yura. Sekurang-kurangnya, Yura dapat tahu siapa keluarga kandung Yura. Yura dapat tahu siapa ibu yang bersusah payah mengandungkan dan melahirkan Yura dengan Abang Zamir. Bukan senang nak kandungkan kembar dan bukan senang nak lahirkan kembar,” tutur Yura. Puan Zarina meleraikan pelukannya. Yura mencapai tangan emaknya lantas dicium penuh hormat. Puan Zahrah mencium dahi dan kedua-dua belah pipi anaknya.
            “Abah.” Yura memandang wajah Encik Yusri di hadapannya. Encik Yusri tersenyum. Air mata seorang lelaki yang bergelar bapa menitis jua. Rindu buat anak bongsunya itu terasa tidak tertanggung lagi. Yura mencapai tangan abahnya lantas dicium penuh hormat. Tubuh abahnya turut dipeluk. Encik Yusri membalas pelukan itu.
            “Bukan niat abah untuk meninggalkan Yura. Tapi keadaan yang memaksa abah. Abah minta maaf Yura,” tutur Encik Yusri. Yura mengangguk sambil meleraikan pelukannya.
            “Yura tak salahkan sesiapa. Tapi Yura mohon, jangan tinggalkan Yura lagi. Berilah peluang untuk Yura merasai kasih sayang seorang ibu juga bapa kandung. Berilah peluang untuk Yura menikmati hidup dengan sebuah keluarga kandung,” luah Yura. Puan Zarina dan Encik Yusri mengangguk-angguk.
            “Kami takkan tinggalkan Yura lagi. Kakak pun rindukan Yura,” ujar Yusma. Zaidi yang berada di sebelah Yusma mengangguk, mengiakan kata-kata adiknya.
            “Kakak. Terimalah Yura dalam keluarga ini kembali,” kata Yura sambil mencium tangan Yusma. Yusma mengangguk. Tubuh Yura didakapnya buat seketika.
            “Sepatutnya along yang mak tinggalkan, bukannya Yura. Maafkan along Yura,” bicara Zaidi. Yura menggeleng setelah menyalami tangan Zaidi.
            “Allah tentukan jalan hidup Yura begini. Jadi Yura sebagai hambaNya yang lemah, perlulah akur. Yura tak kisah along. Perjalanan hidup Yura menyingkap pelbagai pengalaman. Pengalaman mengajar Yura erti kehidupan. Pengalaman mengajar Yura untuk menjadi lebih dewasa. Pengalaman mengajar Yura untuk tidak mengulangi kesilapan lalu. Pengalaman menjadikan Yura seorang yang kuat dalam menjalani liku-liku kehidupan,” kata Yura.
            “Memang sebijik macam Zamir perangai Yura. Suka sangat cipta ayat berbunga-bunga,” kata Zaidi. Zamir sudah mempamerkan sengihnya.
            “Kembar sejati. Walaupun lahiriah kami terpisah selama mana usia kami, tapi hati kami tetap bersama. Sehati dan sejiwa,” tutur Zamir. Yura sudah tergelak mendengarnya. Ada-ada sajalah abang kembarnya itu!
            “Tambah satu lagi, Mir. Sehati, sejiwa, dan serupa,” tokok Rezqan yang sedari tadi hanya menjadi pemerhati. Yura memandang sekilas wajah suaminya.
            “Muka kita sama ke?” soal Yura. Dia memandang wajah Zamir. Zamir bergerak mendekati Yura bersama dengan senyuman lebar di bibirnya.
            “Memang sama,” balas mereka yang lain serentak. Zamir mengangkat-angkat keningnya.
            “Biasalah, kembar sehati, sejiwa, dan serupa. Mana nak cari? Sikit je tau dalam dunia ni,” kata Zamir. Yura menyiku pinggang abang kembarnya itu.
            “Eleh, poyolah Abang Zamir ni!” ujar Yura. Zamir masih lagi mengangkat-angkat keningnya walaupun pinggangnya masih sakit akibat disiku oleh Yura. Semoga kebahagiaan dan kemesraan yang terjalin akan terus berkekalan dan dirahmati Allah.
 
            “ASSALAMUALAIKUM ibu dan anak ayah. Buat apa tu?” Rezqan mengusap perut isterinya yang sedikit membukit dari belakang. Dagunya diletakkan di atas bahu Yura. 
            “Waalaikumussalam. Agak-agak kalau pegang pisau ni tengah buat apa?” soal Yura. Pisau yang dipegang diletakkan lantas tangannya dibasuh dan dilap sehingga kering. Setelah itu dia berpaling dan mencapai tangan Rezqan seraya dicium penuh taat. Rezqan mengucup dahi isterinya.
            “Bunuh orang,” jawab Rezqan selamba. Yura sudah memalingkan kembali tubuhnya bagi meneruskan kerjanya. Rezqan masih berada di belakang isterinya.
            “Abang... apa bunuh-bunuh ni? Berdosa  tu. Berdosa besar.” Yura menyatakan rasa tidak senangnya. Rezqan ketawa perlahan.
            “Guraulah sayang. Nak abang tolong tak?” soal Rezqan sambil mengemaskan rambut Yura yang melepasi bahu.
            “Tak apa, Yura boleh buat,” balas Yura. Rezqan memeluk pinggang Yura dan pipi isterinya dicium.
            “Abang nak tolong jugak. Takkan tak ada apa-apa kot? At least bagilah abang potong sayur ke, potong bawang ke,” kata Rezqan. Yura tersenyum lantas membuka langkahnya. Kalau suaminya sudah mahu membantu, apa salahnya?
            “Okey, abang potong sayur, Yura potong ikan. Pastikan, abang buat kerja abang diam-diam. Jangan kacau Yura macam selalu. Bahaya tau bergurau dekat dapur ni,” pesan Yura.
            “Okey bos!” Rezqan mengambil tempatnya dan melaksanakan tugasnya.
            “Sayang...” Hah, dah agak dah. Tak boleh diam langsung! Tak sampai dua minit pun lagi, desis Yura di dalam hatinya.
            “Ya abang...” sahut Yura manja. Dia memandang Rezqan yang sedang memandang dirinya. Wajah Rezqan dihiasi dengan seukir senyuman.
            “Abang rasa fobia abang dah tak ada. Cinta memang ada magisnya yang tersendiri,” kata Rezqan. Yura tersenyum. Oh, ingatkan kenapalah tadi, kata Yura di dalam hatinya.
            “Setiap perempuan itu lain sikapnya abang dan cinta itu memang ada magisnya. Magisnya cinta bila Yura mampu bertemu dengan keluarga Yura kembali. Magisnya cinta bila cinta itu mampu mengubah suami Yura ni. Magisnya cinta bila ditemani kesabaran kerana cinta itu akan lebih bernilai untuk dirasai,” tokok Yura. Rezqan mengangguk tanda setuju. Yura meneruskan kerjanya kembali.
            Sayang... I am the luckiest man on the earth for having you as my wife. A wife who could understand me. A wife who had a high level of patience. Seorang isteri yang sentiasa ada untuk abang. Terima kasih Yura Zahrah, kerana sudi melengkapkan hidup Rezqan Ferdaus. Rezqan Ferdaus cintakan Yura Zahrah,” ucap Rezqan sambil memeluk pinggang Yura dari arah belakang. Dagunya diletakkan di atas bahu Yura. Tugas memotong sayurnya sudah selesai. Jadi tugasnya sekarang adalah menganggu ketenteraman Yura. Yura tersenyum bahagia. Bersyukur kerana miliki seorang suami seperti Rezqan.
            And I am the luckiest woman on the earth for having you as my husband. Why? Because you love me. Because you’re kind and hardworking. Because you could understand me. Because you are so sweet. Because...” Yura berhenti seketika. Rezqan masih menanti ayat Yura yang seterusnya.
            Because? Apa lagi?” soal Rezqan. Yura memalingkan tubuhnya menghadap Rezqan. Dia tersenyum. Tampak cantik dan comel wajahnya dengan senyuman itu. Tangannya melingkari leher Rezqan.  
            “Abang, terlalu banyak alasan kenapa Yura rasa bertuah sebab memiliki abang sebagai suami Yura. Terima kasih abang kerana menerima Yura dalam hidup abang. Terima kasih atas cinta abang buat Yura. Yura Zahrah loves Rezqan Ferdaus more. Kadang-kadang, cinta Yura kepada abang takkan mampu diungkapkan dengan kata-kata tetapi mampu dilahirkan dengan perbuatan. Pengakuan setulus hati daripada isterimu,” tutur Yura. Senyumannya tampak semakin mekar dan menawan. Rezqan tersenyum bahagia. Bahagia mendengarkan ungkapan isterinya itu. Bahagia memiliki isteri seperti Yura Zahrah. Dahi Yura dikucup kasih. Moga bahagia terus menjadi milik mereka. Moga cinta yang dibina mampu dibawa hingga ke syurga.
 
Pesanan penaja: Assalamualaikum readers! Apa khabar? Harap korang sihat-sihat sahaja. Musim beraya ni wajib jaga kesihatan. Okey, cerpen ni tak tahulah okey ke tak. Macam mengarut pun ada. Tapi apa-apa pun, saya tetap berharap agar pembaca semua sudi tinggalkan komen ya? Berikan komen kalian tentang cerpen ni. Harap korang suka. Terima kasih! Sayang korang! ^_^ May Allah bless us. *Cerpen ni special kat blog. Saya tak masukkan dalam ILHAM. Hehe, :)*             

9 comments:

  1. :) bez cerpen ni, tp keliru ckit masa kt dapur yg yura pecahkan brg tu, tu jam 2 pagi or dh pagi benar

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Nur Eza, terima kasih sudi baca dan komen ya? Masa Yura pecahkan barang tu pukul 2 pagi. Hehe, maaf ya sebab buat awak keliru. Jemput singgah ke sini lagi untuk baca karya-karya saya pada masa akan datang. Sekali lagi, terima kasih, :).

      Delete
  2. aslmkm..best sgt ! Sbnrnya bnyk lgi pengisian yg perlu d masukkn..mcm ada yg ksong.. apapun congrat sbb dh buat air mata saya mengalir..hehe..sya mmg pminat cerpen pndek..so cerpen pendek online mmg plhn sya..jln crita biasa tpi menarik..part zamir jumpa yura tu klau ada pengisian mood teruja dn terkjut yg best tntu lgi mnarik..anyway best ! Perbnykkn karya .. gud luck.

    ReplyDelete
  3. :):D;)8-):*:>:odaebak!!!

    ReplyDelete
  4. Bestnya...dh hbis tisu duk bwat lap ayaq mata.. sedih, romantik sume cukup. Kalau bwat novel ni mesti lgy best n brtmbah kotak tisu jwbnye. Ada tisu x? Haha. Btw..
    jmputlh jngh ke blog sye gurlzisme.blogspot.com. truskan brkarya!!

    ReplyDelete
  5. Gila punya wallpaper,boleh jadi rabun arnab.

    ReplyDelete