“SHE’S
about to marry someone else.”
Aku tercengang. Satu saat. Dua saat. Tiga saat. Empat saat. Saat kelima, mulut
kututup rapat. Wajah Harith kupandang dengan kening yang terjongket.
“So?” soalku, seperti tiada perasaan.
“So Encik Habib frust-lah! Orang tengah sakit macam tu, tahu kekasih hati nak
kahwin dengan orang lain. Tak ke lagi down
orang yang sakit tu?”
“So why are you telling me this?You
datang jumpa I sebab nak cerita
tentang Habib saja ke? I ingat you nak sampaikan apa-apa tentang rekaan
yang I usulkan last week,” bidasku. Harith kelihatan meraup wajahnya dengan
kedua-dua belah tangannya.
“How am I going to say this...” bisik
lelaki itu perlahan.
“Cakap
ajelah, guna mulut. Apa yang susah sangat Encik Harith?” ujarku lagi. Sudah dua
minggu berlalu sejak peristiwa ‘kantoi’ dengan ayah. Dua minggu juga aku tidak
berjumpa dengan ‘dia’. Senang cakap, Habiblah.
Hari
ini, tiba-tiba Harith menjengah ke dalam pejabatku, meluahkan perasaannya. Siap
diceritakan lagi soal kekasih hati Habib yang ingin berkahwin dengan orang
lain. Heh... Ada aku kisah? Kan aku dah melupakan dan membuang Habib yang
langsung tidak mengingati aku!
“You pernah kenal Habib tak before this?” Soalan itu nyata
menyentakkan aku. Aku terkedu. Lama aku memandang wajah Harith sebelum aku
berdehem dan menundukkan pandanganku.
“Why did you ask me that silly question? Of
course I didn’t!” tegasku. Tegas, memang betul-betul tegas sampai aku
terbangun daripada kerusi dan berpaling memandang ke luar tingkap dengan
kedua-dua belah tangan memeluk tubuh.
“Why did you look scared?” soal Harith.
“I’m not,” nafiku. Ya, bukannya aku
takut. Buat apa aku nak takut?
“You tahu tak siapa girlfriend Mister Habib?” ujar Harith, tiba-tiba. Aku diam. Tak
beri apa-apa reaksi.
“Doctor Khalisah. Khalisah is his girlfriend,
that is about to engage and marry someone else,” kata Harith. Sepantas
kilat aku berpaling memandang Harith. Tangan aku jatuhkan daripada terus
memeluk tubuh.
“Shut up, Harith! Why are you telling me all
this nonsense? Why?! I’m not even related to your boss! I don’t give a damn
with what your boss are doing!” bentakku. Sakit hati punya fasal, siap
dengan tangan aku angkat, macam orang nak bersyarah. Lagak terlampau
marah.
Harith
bangun daripada duduknya.
“You sakit hati, Lidiya? You’re hurt because he didn’t remember you?
You’re hurt because he didn’t remember who you are at all? How about me? Don’t
you remember me? I’m the one who waits for Habib to fetch him. I saw you. I saw
how Habib treats you nicely. But I don’t even know about his promise to you. I
don’t even know. For your info, Miss Lidiya, that was our last day in London. We
were there to have same medical treatments on Habib. About a month after that,
he’s fully recovered. We haven’t went back there for these two years. If it
wasn’t Khalisah who told me about this, I don’t even remember who you are. As
you’re now hijabbed. If it wasn’t Khalisah who told me about this, I don’t even
know why did Habib’s health condition turns out bad these days... So, Lid... I
really hope that you could show up at our house. I’ll leave the address here,”
kata Harith. Aku terpempan... Habib sakit apa sebenarnya?
Harith
yang baru sahaja ingin beredar, segera kutahan dengan bicaraku.
“Encik
Qadus... Dia sakit apa?” soalku. Langkah Harith terhenti. Dia berpaling sekilas
memandangku sebelum dia kembali memandang ke hadapan.
“Datang
rumah, kalau you nak tahu,” kata
Harith sebelum dia berjalan keluar. Aku terpempan lagi. Aku kena datang rumah
dia?! Hish! Memang taklah!
Lidiya,
yang kau beria-ia sangat nak tahu fasal lelaki itu kenapa? Bukankah kau sudah
berjanji dengan diri sendiri bahawa kau akan melupakan dia? Dia yang langsung
tidak mengenali dan mengingati kau? Berpijak di bumi yang nyata, Lidiya.
LEENA melabuhkan duduknya di sisi aku.
Tidak fasal-fasal pula dia merebahkan kepalanya di atas ribaku.
“Kau
kenapa Leena? Tak fasal-fasal nak bermanja dengan akak?” soalku kepada Leena.
Leena mengerling ke arahku sekilas.
“Aku nak
kau kahwin. Cepat-cepat sikit,” balas Leena. Mataku membulat mendengarnya. Tak
pernah Leena meminta sesuatu semengarut ini. Kenapa dengan Leena sebenarnya?
“Leena,
kau ni kenapa? Tak ada angin, tak ada ribut, tiba-tiba nak suruh akak kahwin?”
bidasku. Bengang juga mendengar permintaan Leena.
“Memanglah
tak ada angin, ribut lagilah jauh sekali. Kalau tak, mahu tercabut atap rumah
ni. Masalahnya sekarang, Leena nak kau kahwin sebab Leena tak nak langkah
bendul. Kau tu bukannya boleh percaya sangat, kak. Nanti kalau Leena langkah
bendul, kau minta satu apartment. Tak
fasal-fasal muflis bakal adik ipar kau,” kata Leena selamba. Panas hatiku
mendengarnya. Apa dia ingat aku ni kejam sangat ke kalau dia nak langkah bendul
sekalipun? Setakat satu beg Michael Kros dengan tiga pasang kasut Jimmy Choo
yang terkini, cukuplah.
“Kau nak
langkah bendul pun, ada akak kisah? Langkah ajelah. Kalau kau dah tak sabar
sangat nak membina mahligai indah tu kan... Kau kahwin ajelah. Akak ni sampai
tua pun tak kahwin, akak tak kisah. Akak lagi suka hidup sorang-sorang daripada
kena hidup dengan lelaki yang jenis tak pegang janji. Kau cakap ajelah dengan
abah yang kau nak kahwin. Tapi akak minta bakal adik ipar akak tu bagilah akak ni
satu beg Michael Kros dengan dua pasang kasut Jimmy Choo. Tu ajelah,” bidasku.
Bertambah panas hatiku memikirkan soal hamba Allah yang pernah mengikat janji
denganku lebih dua tahun yang lalu. Haih... Memikirkan soal penyakit
misterinya, tiba-tiba hatiku menjadi tidak senang pula. “Amboi, demand! Kau ni
kan, kak... Membohong memang juara! Kau memang sanggup nak menjadi andartu?
Hei, geram pulak Leena. Jangan sebab mamat yang tak pernah kau tahu namanya tu,
kau sanggup nak hidup sorang sampai kau tua. Wake up-lah, kak! Bukannya dia sorang aje lelaki dalam dunia ni.
Bulan lepas, anak kawan ibu datang merisik kau, tapi kau yang jual mahal
melampau. Bukannya tak ada orang nak dekat akak dari dulu lagi. Sekarang ni kau
dah berubah, lagilah aset tu naik. Lagilah ramai yang beratur nakkan kau. Kau
tu aje yang masih asyik nak berpaling ke belakang. Apa susah sangat ke nak
merancang dan memandang yang di hadapan tanpa berpaling ke belakang?” Tegas
Leena bersuara. Aku mendesah perlahan sebelum bibir kuketap rapat. Kening yang
tidak gatal kugaru-garu perlahan.
“Dalam
merancang dan memandang yang di hadapan, kadang kala kita perlu berpaling ke
belakang untuk melihat jika ada sesuatu yang perlu kita ambil untuk dijadikan
teladan dan sempadan. Dan bukan semua kenangan boleh dicampak begitu saja. Ada
yang memakan masa seumur hidup untuk dilupakan, Leena...” tuturku.
“Dahlah,
akak nak naik atas,” sambungku setelah agak lama aku dan Leena berdiam. Leena
mengangkat kepalanya daripada ribaku sebelum aku berdiri tegak. Dua tapak melangkah,
Leena bersuara mengingatkanku,
“Abang
balik Malaysia esok. Dia singgah rumah kawan dulu sebelum balik sini.”
Aku
mengangguk sahaja sebelum bergerak ke tingkat atas. Aku sudah sedia maklum
mengenai kepulangan abang sejak kelmarin lagi.
Mengingat
kembali mengenai permintaan Leena, aku mengeluh perlahan. Dan entah mengapa,
hatiku berasa tidak enak, sesak dan sebu yang teramat. Mata sudah terasa pijar
dan panas. Air mata mula bergenang pada tubir mata. Setitis demi setitis ia jatuh.
Aku pernah meletakkan janji kamu sebagai perkara utama dalam hidupku. Dan aku
pernah meletakkan diri kamu sebagai seseorang yang penting di dalam hidupku.
Dan kini, aku terlampau ingin untuk bertanya... Terlalu ingin untuk bertanya...
Siapa sebenarnya aku pada kamu?
PAGAR rumah yang tinggi itu kurenung
lama. Berulang-ulang kali bebola mataku bergerak melatari pagar itu. Sekejap
memandang ke atas, sekejap turun ke bawah. Dari bawah, naik ke atas semula.
Adalah jugak lima minit aku berdiri di tengah-tengah panas ni hanya untuk
merenung pagar. Subhanallah! Tinggi betul! Nak kata pagar istana, mustahil!
“Assalamualaikum,
boleh saya bantu?” Sapaan itu memaksa aku menurunkan pandangan memandang ke
hadapan. Pagar kecil yang membolehkan manusia bergerak keluar masuk pada pagar
besar itu kelihatan sudah terbuka. Seraut wajah pada pertengahan usia mencuri
ruang dalam mataku. Aku mengukir sebaris senyum membalas senyum yang terhias
pada riak seriusnya.
“Waalaikumussalam.
Boleh saya tahu, ni rumah...” Aku terdiam seketika. Tiba-tiba fikiran
seakan-akan kembali waras. Kenapa aku berdiri di hadapan rumah ini ketika ini?
“Cik
cari apa?” soal pak cik yang berpakaian seragam pengawal putih itu. Aku
mengukir senyum tawar.
“Ni
rumah Encik Harith ke?” soalku, menyatakan suara hati.
“Harith?
Emmm... Yalah tu. Tapi bukan Encik Harith yang punya rumah ini. Encik Harith tu
adik angkat merangkap setiausaha majikan saya, Encik Habib Al-Qadus,” jelas pak
cik pengawal itu. Aku tertunduk sesaat dua.
“Boleh
saya berjumpa dengan Encik Harith?” ujarku, sopan. Pak cik di hadapanku ini
mengerutkan dahinya.
“Beginilah,
cik masuk ke dalam dahulu memandangkan hari pun panas terik ni. Lagipun, Encik
Habib dan adiknya sedang menerima tetamu hari ini. Nanti saya tanyakan, sama
ada Encik Harith mahu menerima kedatangan cik atau tidak. Mari, kita masuk,”
kata pak cik itu sebelum dia mula mengorak langkahnya. Aku senyum selembut yang
mungkin seraya langkah yang diatur pak cik itu kuturut masuk ke dalam
pekarangan rumah itu. Seketika, mulutku ternganga. Pekarangan rumah yang
terlalu besar itu kupandang sekilas. Oh, Tuhan! Kau yang silap, Lidiya! Ini
memang istana! Rumah agam!
“Boleh
cik beritahu nama cik? Nama yang dikenali Encik Harith,” soal pak cik pengawal
itu. Aku tersedar dari khayalanku seraya pandangan yang tertebar ke arah
pekarangan rumah agam itu tadi kualihkan semula ke arah wajah pengawal itu. Tak
sedar pula yang aku sudah selamat berteduh di bawah atap pondok pengawal ini.
“Katakan
kepada dia, Lidiya Hamraa’ yang datang. InsyaAllah, dia akan menerima kehadiran
saya,” ujarku, sedikit berkeyakinan. Yalah, lagipun Harith yang
bersungguh-sungguh ingin aku hadir ke sini. Pak cik pengawal itu tersenyum
sebelum dia memulakan tugasnya menghubungi Harith. Aku buat-buat tidak dengar
sahaja saat perbualan itu berlangsung. Sibuk aku memerhatikan pekarangan rumah
agam yang luas itu. Macam rumah abang dekat London. Cuma suasana di rumah abang
lebih terasa ceria berbanding di sini. Suram lain macam.
Saat
pandanganku khusyuk terpaku pada pintu rumah agam yang kelihatan kecil dari
jarak ini, tiba-tiba pintu itu dibuka dari arah dalamnya. Aku terpinga-pinga
memerhati seorang wanita lewat lima puluhan yang manis bertudung berjalan sopan
menuju ke arah pondok pengawal ini. Semakin dia mendekat, semakin jelas saiz
tubuhnya yang kelihatan agak gempal dan ketinggiannya yang sedang-sedang
sahaja. Bibirnya yang berona merah jambu merekahkan senyum mesra yang tidak
mampu kutolak untuk dibalas.
“Cik
Lidiya Hamraa’?” Sapaan itu memaksa aku mengangguk perlahan dengan senyum
malu-malu. Enak pula didengar apabila dua ulas bibir wanita itu menuturkan nama
yang diberi ibu dan ayah buatku itu.
“Mari,
Encik Harith minta saya jemput cik untuk masuk ke dalam. Langkah kanan betul
Cik Lidiya hari ini. Kebetulan, memang Ibu Muna masak yang enak-enak hari ini
memandangkan kita sedang menerima tetamu istimewa,” kata wanita yang
menggelarkan dirinya Ibu Muna.
“Eh,
tetamu yang datang tu istimewa ke? Emmm, kalau macam tu, tak apalah. Saya
pulang dulu. Mungkin esok atau lusa, saya datang balik, insyaAllah,” tuturku.
Tidak pula aku tahu tetamu yang Harith terima pada hari ini merupakan tetamu
yang istimewa. Kalau aku tahu, memang tidak mungkin aku akan berjalan melepasi
pagar tinggi itu tadi. Ibu Muna tersenyum manis.
“Tak
mengapalah. Cik Lidiya pun tetamu istimewa kami juga. Tetamu itu harus diraikan
sesuai dengan kemampuan. Tetamu itu membawa rezeki. Mari, masuk ke dalam. Tak
elok kita biarkan yang di dalam tu menunggu kedatangan kita,” kata Ibu Muna.
Kadang aku dengar, cara bicaranya seperti bahasa klasik gitu. Sampai-sampai aku
pun hampir terpengaruh dengan cara percakapannya. Lembut ala-ala gadis Melayu
terakhir.
“Kalau
macam tu, baiklah,” jawabku. Kan, aku dah kata... Bahasa aku pun dah jadi
klasik.
“Terima
kasih, pak cik,” ucapku, berbudi bahasa pada pak cik pengawal yang telah
berbaik hati menjemput aku untuk masuk ke dalam. Pak cik pengawal itu sekadar
tersenyum sahaja sebelum mengangguk. Kali ini wajahnya lebih mesra. Kurang
sedikit riak seriusnya. Tidak seperti ketika di awal pertemuan kami tadi.
Langkah
Ibu Muna yang menghala ke arah pintu masuk rumah agam itu kuturuti
perlahan-lahan. Semakin aku dekat dengan rumah itu, semakin kecil pula aku
rasakan tubuhku ini. Aduhai, rumah! Mengapalah rumah ini terlalu besar?
“Ibu Muna
dah lama bekerja di sini?” soalku, beramah mesra. Tidaklah aku mahu kami
terlampau kekok.
“Sejak
budak berdua tu kecil lagi. Pertama kali Ibu Muna jejak kaki di sini, masa tu
umur Habib lapan tahun. Sekarang dah tiga puluh umurnya. Kamu kiralah sendiri.
Lagipun arwah ibu bapa Habib itu baik sangat orangnya, Cik Lidiya,” kata Ibu
Muna. Aku senyum teragak-agak.
“Tak
perlu bercik puan dengan saya, Ibu Muna. Panggil saya Lidiya atau Hamraa’
saja,” tuturku. Tidak enak pula rasanya mendengar namaku ditutur dengan
panggilan cik oleh Ibu Muna. Rasa sangat tak beradab.
“Manis
orangnya Lidiya ni. Kenapalah Ibu Muna rasa seperti pernah melihat wajah kamu,”
desis Ibu Muna. Aku terpempan seketika. Haih... Dejavu juga ya Ibu Muna ini.
“Lidiya
tahu Ibu Muna pernah lihat wajah Lidiya di mana. Barangkali Ibu Muna pernah
melihat wajah Lidiya pada kaca TV. Yalah, kata orang wajah Lidiya mirip Siti
Saleha,” kataku. Amboi, Hamraa’... Klasik habis bahasa kau. Ibu Muna tertawa
mendengarnya.
“Aduhai,
sayang! Ibu Muna tak pernah menonton TV.
Ibu Muna ni, dari dulu, sampailah sekarang, cintanya kepada radio saja.
Jarang-jarang sangat Ibu Muna menonton TV.
Kalau menonton pun, sekali sekala sahaja, buat meneman si Harith,” tutur Ibu
Muna. Aku tertawa perlahan. Langkah kuatur mengikut rentak langkah Ibu Muna
mendaki sepuluh anak tangga sebelum menyusul masuk ke dalam rumah itu. Kasut
kubuka sebaik sahaja tiba di dalam rumah, meninggalkan stokin menutup kaki.
Dapat kurasakan sejuk pada tapak kaki yang memijak lantai meski stokin menjadi
penghalang antara kedua-duanya.
“Jemputlah
masuk, sayang...” ujar Ibu Muna seusai dia menyusun kasutnya di atas rak. Dia
ingin mencapai sandalku namun pantas aku bergerak mengambil sepasang sandalku
sebelum meletakkannya di atas rak kasut yang tersedia.
“Lidiya
mahu ke mana?” soal Ibu Muna. Aku tercengang sesaat dua. Maksud Ibu Muna?
Langkah kuatur mendaki dua anak tangga kecil.
“Maksud
Ibu Muna?” soalku, tidak mengerti dengan pertanyaan Ibu Muna tadi.
“Lidiya
boleh pergi ke mana-mana saja yang Lidiya mahu, sementara Harith masih sibuk
dengan tetamunya,” jelas Ibu Muna. Aku menyeringai. Sempat aku berpapasan
dengan ruang tamu saat kaki masih melangkah menyusul langkah Ibu Muna melewati
lorong yang sepi dan bercahaya. Sesekali mataku mengerling melihat
bingkai-bingkai yang tergantung pada dinding. Ayat-ayat al-Quran dan nama-nama
Allah dipilih sebagai hiasan. Kagum seketika melihat hasil seni khat yang
begitu indah terbentuk.
“Habib
yang tulis khat tu. Tapi dah hampir tiga tahun dia tak buat... Dan dia tak
ingat langsung yang dia mahir menulis khat,” kata Ibu Muna. Aku terkesima
mendengarnya. Benarkah begitu? Mengapa Habib tidak mengingati akan kemahirannya
menulis seni yang indah itu?
“Tapi...
Kenapa?” soalku teragak-agak. Ibu Muna sekadar tersenyum sebagai jawapan kepada
soalanku. Dia mahu berahsia denganku. Maka aku senyum kembali tanda menghormati
kerahsiannya.
“Lidiya,
mahu ke mana?” Ibu Muna bertanya kepadaku setelah beberapa ketika ruang bicara
antara kami sepi. Aku tersentak sedikit sebelum tersengih.
“Ikut
Ibu Muna ajelah,” jawabku. Tak mahulah nanti aku tersesat pula.
“Kalau
begitu, kita ke dapur,” ujar Ibu Muna. Aku mengangguk sahaja. Hendak masuk ke
dalam dapur, pintu harus dibuka dahulu. Aku menurut sahaja. Satu rumah agam ini
berpendingin hawa atau bagaimana? Sejuk sahaja sepanjang laluan aku berjalan
tadi.
Saat
melangkah masuk ke dalam dapur, aku terpempan sesaat dua. Kaki terasa kaku
hendak melangkah. Melihat susuk tubuh yang membelakangiku itu, hati jadi
berdebar-debar. Tingkahnya yang sedang meneguk air kuperhatikan. Benarlah, itu
dia...
Sekejapan,
dia sudah berpaling merenungku. Seketika, keningnya berkerut. Matanya bergerak
memerhatiku dari atas hingga bawah sebelum teragak-agak dia tersenyum.
“So this is your friend’s house?” ujarku
dengan kening sebelah kanan yang sengaja kujongketkan. Aku berjalan
merapatinya. Beg tangan sempat kuletakkan di atas kaunter pulau yang bersih.
“Yes, this is. But, what are you doing here?”
balasnya. Mendengar jawapannya, aku jadi panas hati tiba-tiba. Jadi selama
ini... Selama lebih dua tahun ini... Dia mengenali ‘dia’? Dia mengenali lelaki
yang telah mengikat janji palsu denganku itu?
“You knew the owner of this house?”
soalku sedikit sinikal nadanya. Aku kini sudah berada betul-betul di
hadapannya. Wajah kudongakkan sedikit, merenung sepasang mata perang miliknya. Dia
kelihatan serba salah untuk menjawab. Keningnya berkerut sedikit. Anak matanya
dapat kulihat sekejap membesar dan kemudian mengecil. Pastilah ada sesuatu yang
mengganggu di dalam benaknya.
“Yes, Habib... I knew him... Knew him really
well. We have been friends for about eight years,” kata lelaki itu. Aku
terpana mendengarnya. Mata terasa pijar dan pedih tiba-tiba. Hati terhimpit dan
terasa sebu. Aku ingin bersuara, tetapi entah mengapa, suaraku seakan-akan
tersekat pada kerongkong. Aku menelan liur yang terasa kesat. Mata sudah
digenangi air jernih membuatkan aku terus menekur kaki yang bersarung stokin
hitam. Aku ketap bibir serapat yang mungkin, menahan esakan yang mungkin kan
timbul pada bila-bila masa sahaja.
“You’ve knew him all this time and I knew
nothing about it?” Tersekat-sekat dan terketar-ketar bicara yang keluar
daripada bibirku. Nafas kuhela berat. Air mata tidak dapat kutahan daripada
menitis. Jatuh terus menimpa lantai.
“Don’t tell me...” Lelaki itu terdiam
sesaat dua sebelum tiba-tiba terasa tubuhku didakap erat. Saat diladeni begitu,
hati menjadi semakin tidak keruan. Bertambah lemah hatiku merintih lantas
membuatkan arus esakan yang cuba kubendung sedari tadi akhirnya melimpah keluar
dengan deras. Segala bicara daripada bibirku kedengaran tidak jelas pada
pendengaranku. Tidak terkeluar segala perkataanku. Terasa seakan-akan ingin
terjelopok di situ juga. Aku tewas dengan amukan perasaan di dalam jiwa yang
selama ini kusimpan rapi dan kupendam sendiri.
“It is really a big test for me...”
tuturku perlahan, dengan esak tangis yang tertahan-tahan. Kepala yang berlapik
dengan tudung terasa diusap-usap lembut membuatkanku semakin tenang.
“How can you found him?” Soalan abang
menerjah pendengaranku membuatkan aku memejam mata serapat yang mungkin dan kugeleng
perlahan kepalaku. Sebolehnya, aku tidak mahu bercerita tentang dia yang
langsung tidak mengenali dan mengingatiku.
“He’s sick, Lid... You can’t blame one
hundred percent on him for not fulfilling his promises. He don’t remember
anything about you as he got back his memories after he lost one. He’s sick
when you guys met. He’s on the state of recovery when you guys met that makes
he does not remember anything about his promises towards you when he got his
memories back,” kata abang. Aku terpempan mendengarnya. Jadi aku bertemu
dengan seorang Habib yang kehilangan memori ketika itu? Habib yang sedang
sakit? Apakah alasan itu cukup kukuh untuk dia melupakan aku? Tidakkah janjinya
kepadaku itu penting sehinggakan apabila dia mendapat kembali ingatannya, dia
bisa melupakanku begitu sahaja?
“It’s not fair! Oh God! I hate him so much!
If his promises towards me is something important for him, then he should
remember his promises even if he got his memories back. That shows how I’m not
important towards him. I don’t ever live in his life!” bentakku dengan
suara yang perlahan.
“Lidiya, you can’t blame on him. Why don’t
you ask him the truth before you blame on him? Remember Lid, if Allah wants it
to happen, it’ll happen,” kata abang.
“I’m hurt. Too much. It’s not easy, abang...
Remembering he had a girlfriend... It hurts too much. Khalisah left him because
she knew about me. She felt sorry for me. Lid tak kejam sampai sanggup
bunuh cinta orang lain. Lid pernah rasa bagaimana sakitnya kecewa kerana cinta.
Lid tak nak Khalisah kecewa. Lelaki itu bukan untuk Lid, abang. Walaupun
mungkin dia ada alasan kukuh mengapa dia tidak memenuhi janjinya, namun dia
bukan untuk Lid. Lid tak mungkin boleh menerima dia. Lid tak mahu menerima
dia,” tuturku. Majoriti suara hati bersuara begitu. Ya, aku tidak mahu ada hati
lain yang turut merasa kecewa. Cukuplah aku. Walau aku terlampau teringin
bertanya kepada dia, siapa sebenarnya aku pada kamu. Namun kini terpaksa
kukuburkan persoalan itu jauh di dasar hati. Dia bukan takdirku. Jauh sekali
jodohku.
Pelukan
pada tubuh abang kuleraikan segera. Mata yang basah kukesat bersih.
“Lid
balik dulu. Jumpa abang dekat rumah nanti,” tuturku sebelum berjalan laju
mencapai beg tanganku dan meninggalkan ruang dapur itu. Tidak pun sempat aku
berpamitan dengan Ibu Muna. Tidak kelihatan kelibatnya pada pandangan mataku.
Jadi aku menonong sahaja berjalan menuju ke pintu rumah. Saat menyarung sandal
pada kaki, telinga menangkap suatu suara menegur.
“Lidiya,
awak nak ke mana? You just arrived,
aren’t you? What about Habib?” Soalan itu mengasak gegendang telingaku
satu-persatu. Aku mengeluh perlahan sambil membetulkan tali sandal pada kaki.
“Just who am I to him? Kawan pun bukan,
isteri jauh sekali. Dia nak sakit ke nak pengsan ke, perlu saya kisah? Dua
tahun dulu, sakit pening saya, kisah ke dia?” tuturku sebelum laju aku berjalan
membuka pintu rumah itu sebelum keluar. Kedengaran derap langkah tapak kasut
berjalan laju seakan-akan cuba mengejar langkahku.
“But he needs you!” Harith meninggikan
suaranya. Aku tidak peduli. Apa perlunya dia akanku? Bukannya aku pernah
berjanji hendak menjadi ‘sesiapa’ kepada dia pun.
“I don’t need him! I don’t ever promise him
anything. Besides, I’m about to marry someone else. And someone else needs him
more than he needs me. Ask him to wake up and live his life to the fullest.
There’s no function of loving someone’s wife. It’s a sin,” tegasku seraya
pintu pagar tinggi rumah itu kubuka sendiri sebelum aku melangkah keluar. Terpaksa aku berbohong perihal kahwin itu. Usai
memboloskan diri ke dalam kereta, aku terus menghidupkan enjin dan memulakan
pemanduan laju meninggalkan Harith dan pak cik pengawal tercegat di hadapan
pintu pagar rumah dengan pandangan yang dibuang ke arah keretaku yang
barangkali semakin jauh dari pandangan mereka. Air mata yang ditahan sedari tadi
gugur semula. Aku mengesak perlahan. Tanganku mengurut perlahan dadaku. Tuhan,
sakitnya rasa ini...
AKU menghela nafas perlahan.
Perlahan-lahan bibir yang tadinya hanya lurus mula ternaik pada kedua-dua belah
hujungnya membentuk senyum. Lekuk pada pipi kanan terasa membentuk. Pipi terasa
menegang. Aduhai, Malaysia! Rindunya aku. Sungguh, pada tanah ini.
Aku
menoleh ke sisi kanan, merenung wajah segaknya. Dia turut memandangku dengan
senyum pada bibirnya. Senyum yang lain warnanya, yang tandanya memberi semangat
kepadaku.
Senyum
pada bibirku berubah tawar. Aku mengalihkan pandangan, menekur lantai jalan.
Sebelum perlahan-lahan terasa bahuku dipeluk. Aku senyum segaris, mengangkat
pandangan merenungnya sebelum dia menjatuhkan tangannya. Semangat dikumpul.
Bukan buat dirinya, tetapi semangat buat aku. Hampir empat tahun telah aku
tinggalkan bumi Malaysia. Hanya sekali aku pulang. Tiga tahun yang lalu.
Kepulangan yang pada hakikatnya memeritkan jiwaku lantas memaksa aku menetapkan
beberapa syarat jika benar dirinya benar-benar kesal atas kesalahan yang aku
tahu tidak pernah dirinya niatkan untuk lakukan.
Langkah
kami buka bersama-sama. Berjalan seiringan sebelum tiba-tiba telefon bimbitnya
berbunyi. Aku terhenti melangkah.
“Lid,
sekejap. Three minutes. Your sister
in-law calls me.”
Aku
mengangguk patuh dengan senyum pudar pada bibir sebelum pandanganku menyoroti
langkah kakinya menjauhiku. Heh, seronok jadi abang. Ada isteri telefon. Aku
apa ada?
Yang kau
membebel sangat kenapa Lidiya? Kau sendiri yang tetapkan syarat untuk dirinya
tidak menghubungi kau. Hanya kau yang boleh menghubungi dia. Itu pun kalau ada
hal penting dan kalau ibu yang paksa. Selagi kau tak hubungi dia, ibu akan
asyik menghantui talian telefon kau.
Aku
melepaskan nafas perlahan. Tubuh kusandarkan pada salah satu tiang di luar KLIA
2 ini, sementara menunggu abang yang masih bercakap di telefon, jauh nun di
sana. Telefon dari dalam beg tangan kukeluarkan sebelum kutatap skrinnya. Satu
panggilan tidak berjawab daripada Leena. Leena sajalah yang prihatin dengan
aku. Allah... Hati tiba-tiba terasa sayu.
Apa yang
sebenarnya kau inginkan, Lidiya?! Aku membentak sendiri di dalam hati. Telefon
kumasukkan semula ke dalam beg tangan. Belum pun sempat pandangan kuangkat,
tubuh terasa tertolak dari arah hadapan dan semerta, nafas terasa tersekat
apabila tubuh terasa seperti tersepit dan nafas semakin terganggu dengan bau
wangian yang...
Mataku
membulat semerta. Hati bergetar hebat. Dada berdebar kencang dan nafas semakin
tersekat. Bau wangian itu sesungguhnya memaksa aku menggali semula sesuatu yang
sudah aku kuburkan. Tuhan... Mengapa semakin aku mahu, semakin Engkau jauhkan
dan mengapa apabila semakin aku menolak, semakin Engkau dekatkan?
“I’m suffocating...” desisku perlahan
lantas aku terbatuk-batuk perlahan kerana sesungguhnya benar nafasku sedang
tersekat kini. Rangkulan pada tubuh semakin terlerai menyebabkan aku terasa
lega. Namun masih aku tidak selesa kerana sesungguhnya dia tidak benar-benar
meleraikan rangkulannya. Kedua-dua belah tangannya masih berada pada
pinggangku. Ah! Mujur tidak ramai yang mengarahkan pandangan mereka ke arah
ini. Sungguh tidak manis dipandang sekiranya ada yang melihat. Biar benar
hakikatnya, tiada batas menghalang kami. Dan mengenali siapa orangnya makhluk
Allah di hadapanku ini, tidak sedikitpun aku mampu bermimpi supaya dia
melepaskan aku.
“You’re killing me slowly.” Bisikan itu
singgah lembut pada pendengaranku. Aku masih keras kaku. Tidak bergerak. Hanya
nafas yang terus dihela dan dilepas. Biar ada keinginan jauh di dasar hati
untuk melihat wajahnya, namun kependamkan sahaja. Aku masih belum sempat
meneliti wajahnya. Sementelah kepalanya masih elok mendarat pada bahuku.
“You’re killing my soul, Hamraa’... For these
six years...” bisiknya lagi. Aku mendesah perlahan. Tangan sudah bergerak
ke belakang, meleraikan tangannya daripada pinggangku. Dia degil. Sangat degil.
Lantas memaksa aku untuk berkasar. Aku tidak suka begini.
“Lima
saat lagi awak masih begini, saya tempah tiket pulang ke London dengan syarat
yang masih sama sebagaimana sebelum ini. Kalau dah jumpa pengganti saya, syukur
alhamdulillah. Lepaskan saya, pergi kepadanya,” tuturku tegas. Tetap
pendirianku, sama seperti dahulu. Sebelum menamatkan perbualan di talian
dengannya, pasti ayat terakhir itu menjadi ayat penutup. Ya, aku tidak mahu
hidup di sampingnya. Sementelah aku berkahwin dengannya kerana terpaksa. Atas
rasa ihsan. Aku tidak mahu sakitnya semakin memburuk kerana aku. Aku tidak
mahu, aku menjadi punca seorang makhluk Allah, hidupnya tiada menentu. Aku
tidak mahu, aku menjadi punca.
“I’m your husband, Lidiya Hamraa’. Don’t deny
my rights as a husband even if really you agreed to marry me because of
sympathy. I’m still your husband. A legal one. I’m not going to let you go this
time. If you really want to do so, then do it. If only you will be glad with
the title nusyuz,” bicaranya dengan rangkulan yang masih tidak dileraikan.
Aku tersentak mendengarnya. Nusyuz?! Beraninya dia menghukum aku! Beraninya
dia! Allah... Nafilah, Lidiya. Nafilah. Nafi selama mana engkau mahu, biar
sebenarnya, hakikatnya, penafian itu sampai bila-bila pun tiada gunanya. Sekali
dilafazkan akad nikah, sekali disahkan dua orang saksi, maka terikatlah kau
dengan dirinya dalam ikatan berdasarkan syariat. Di mana pada tapaknya masih
terdapat hukum-hakam. Dia suami kau, Lidiya Hamraa’. Suami yang melafazkan akad
untuk menikahi kau. Selama tiga tahun ini, dia mengizinkan engkau pergi. Tetapi
selepas ini? Jangan kau lupa Lidiya, pernah dia berjanji, sekali sahaja, cukup
sekali kau jejak kaki ke Malaysia setelah kau ke London, dia tidak akan
melepaskan kau lagi.
Tetapi
kepulanganku pada hari ini, bukan atas kehendakku pun. Adilkah begitu? Kalau
diikutkan, sampai tua aku tidak akan pulang. Tetapi ada yang mendesak. Dan
desakan itu juga nyatalah suatu perancangan Ilahi untuk mendekatkanku dengan
dirinya. Itu kata abang. Ya, abang yang beria-ia memujukku untuk pulang.
Sementelah, hatiku tidak mampu menolak permintaan ibu. Ibu begitu rindu. Rindu
yang menyakitinya. Yang merusuhkan keadaan kesihatannya.
“Leave me alone!” bentakku sedikit keras.Tangan
sudah naik menolak dadanya. Aku tidak selesa, sungguh tidak. Barangkali dia
akur. Mengalah sedikit, dia melepaskan rangkulannya. Namun sekejap sahaja.
Tangannya naik memegang kedua-dua belah bahuku. Aku terkejut seraya mendongak
sedikit. Sekali lagi, aku terpempan saat raut wajahnya mencuri ruang dalam
mataku.
Pandangan
kutundukkan setelah menyedari bahawa aku telah terlanjur membalas renungannya.
“Please, Qadus... I’m not used to this. It’s
not easy for me. Leave me. Let me live my life,” tuturku perlahan. Dapat
kudengar keluh perlahan terbebas keluar daripada bibirnya.
“Your live is destinied to be with me,
Lidiya. You can’t deny that. It’ve been six years, Lidiya. You’re killing me.”
Aku tidak mengerti. Mengapa enam tahun? Bukankah dua tahun pertama itu, diriku
langsung tidak wujud di dalam ingatannya? Masakan bisa aku membunuhnya selama
enam tahun ini? Allah... Aku tidak mengerti!
“Great
then. And you’ll die soon if you’re still with me. Better find another woman as
your wife and let free of me. If you don’t want to divorce me, then it’s okay.
Just let me free from the responsibilty of a wife. Find another woman, who can
be your wife.” Tegas pendirianku, masih tidak tercalar. Tangannya pada
bahuku kutolak kasar sebelum beg pakaian kucapai dan terus berjalan laju
mendapatkan teksi yang sedia menanti. Kalau dah susah sangat, kahwin aje dengan
perempuan lain. Nak sangat isteri, kan?
Masuk
sahaja ke dalam teksi, aku terus menyatakan hala tujuku. Cermin kereta itu
diketuk dari luar namun tidak aku peduli.
“Lelaki
tu dengan anak ke?” Pak cik pemandu menyoal. Aku mengerling sekilas ke sisi
sebelum menggeleng.
“Saya
tak kenal dia. Kita gerak sekarang, pak cik.” Tegas aku bersuara. Dan sebaik
kereta bergerak, ketukan terakhirnya pada cermin kereta kedengaran sangat kuat.
Tahulah aku, dia marah. Ah! Aku tidak mahu kisah.
“KAU ni kan, sengal tau?!” Suaranya
yang meninggi tatkala berbicara itu tidak aku endahkan. Selamba kusuap sesudu
aiskrim yang sudah kucampur dengan strawberi, kiwi dan pisang ke dalam mulut. Rambut
yang menutup sebelah mata kusebakkan ke belakang telinga sebelum rambut itu
kembali jatuh menutup mata. Aku main aci renung dengan Dalila, anak saudara
aku. Anak Leena, senang cakap. Aku tahu Dalila tak berapa layan tengok muka aku kalau tak bertudung. Kata
Leena, sebab muka aku ganas nak mati. Heh... Yalah tu.
“Dah
tau, kenapa kau cakap lagi? Akak nak sengal ke nak apa ke, akak punya sukalah.
Kau, kalau datang sini nak membebel suruh akak balik rumah, baik kau lupakan
hasrat kau tu. Lagi satu, kau jangan nak buat bijak sangat pergi bagitahu orang-orang
yang berkenaan yang akak ada dekat sini. Kalau kau buat, tahulah akak nak buat
apa dekat kau nanti,” bebelku kepadanya.
“Ish!
Buat habis air liur ajelah bercakap dengan akak ni. Kau memang suka kan, nak
jadi isteri derhaka. Kau tahu tak suami kau tu tak pernah lepas dari
tanggungjawab dia? Kau tahu tak makan pakai kau dekat London tu semuanya dia
yang tanggung? Gaji kau kerja dengan abang tu membohong aje. Enam ribu dari
gaji kau tiap-tiap bulan, dia yang bagi. Yang selebihnya, itu nilai sebenar
gaji kau. Semua orang tak bagitahu hal sebenar dekat kau sebab angah tak bagi.
Tapi sebab aku sendiri dah hilang sabar dengan kedegilan kau, aku terpaksa
bagitahu jugak. Kau ni entah bila nak tahu erti syukur pun aku tak tahulah,
kak.” Bicara Leena itu ternyata mengejutkan aku. Terus terhenti tangan yang nak
menyuap aiskrim. Huh? Aku tengah makan duit dia ke ni? Parah!
“Dahlah,
aku balik dulu. Kalau kau rasa yang diri kau tu dah tak larat nak tanggung dosa
kau, baik kau balik. Ibu pun... Aku tak tahu berapa lama lagi dia perlu tunggu
untuk jumpa kau. Takut ibu tak mampu menunggu saja lagi,” tutur Leena. Perit hatiku
mendengar kata-kata Leena itu. Tuhan! Adakah aku selalu bertindak mengikut kata
hati? Adakah aku selalu bertindak mengikut rentak hati? Sehinggakan setiap
tindakanku bisa melukakan hati pihak lain yang terpaksa menahan hati dengan
kedegilanku?
Leena
mendekati aku. Tanganku disalam dan diciumnya sebelum dia memeluk aku. “Baliklah, kak, untuk ibu, kerana
Allah,” bisik Leena pada telingaku. Hatiku tersayat pilu. Usai Dalila menyalami
aku, aku menghantar mereka ke pintu hotel. Hati berdilema sendiri. Bakal menyesalkah
aku jika kedegilanku ini menenggelamkan aku, memaksa aku untuk menatap wajah
ibu kala nafasnya sudah tiada dapat dihela lagi di atas muka bumi ini?
No comments:
Post a Comment