MAJALAH di atas riba terus kucapai dan
kubuka supaya menutup wajah sebaik mungkin. Dalam fikiran, dah terbayang-bayang
wajah Leena. Atau mungkin... Dalila? Yalah, Dalila tu pun terlalu petah
bercakap. Rahsia dengan dia, sikit pun tak boleh simpan. Walhal umurnya baru
menginjak tiga tahun pada tahun ini.
Tiba-tiba
terdetik secebis rasa ingin mengesahkan apa yang mata ini ternampak sebentar
tadi. Perlahan-lahan aku menjenguk pada sisi majalah, memerhati susuk tubuh itu
yang sedang berjalan dengan seorang wanita di sisinya. Tampak mesra lagak
mereka membuatkan hatiku berasa tenang. Bibir terlarik senyum nipis. Tanpa
dipinta, aku tersentak sedikit saat dia berpaling ke arah ini dan entah
bagaimana, pandangan kami bersetentang seketika. Aku yang tadinya berasa tenang
diasak gelisah. Agak-agak aku mati tak hari ini? Melihat dirinya berpaling
barangkali untuk bercakap dengan wanita di sisinya, terus sahaja aku mencampak
majalah yang kupegang tadi ke atas meja dan membuat larian pecut ke arah tangga
hotel. Nasib baik aku jaguh berlari. Joging setiap pagi dah jadi rutin aku.
Jadi kalau nak berlari pecut ke, jarak jauh ke, tak jadi masalah.
Dah
lepas lima tingkat, aku terdengar bunyi derap langkah jauh nun di bawah. Kasut
kulit kan... Bukannya aku tak nampak pakaian formal dia tadi. Tapi aku tak kisah
pun, cuma larian kupercepatkan. Sampai sahaja di hadapan pintu bilik, aku
menarik nafas kelegaan sebelum tangan bergerak menyelongkar tote bag di tangan.
Puas
menggali, kad kunci yang dicari tidak ditemui. Aku mendesah geram. Terus sahaja
aku berlutut di hadapan pintu bilik sebelum mengeluarkan segala harta karun
yang berada di dalam beg itu. Sah! Memang tiada. Barang-barang yang
berselerakan di atas lantai kukutip dan kumasukkan semula ke tempat asalnya.
Fikiran sibuk mengimbas kembali kedudukan kad kunci bilik penginapan yang
kuhuni ini. Sedarlah aku, kad kunci itu ternyata sedang berada di bawah,
selamat dalam simpanan kaunter penyambut tetamu. Sudah menjadi kelaziman aku
untuk menyerahkan kad kunci hotel kepada kaunter sebelum aku keluar bagi
mengelakkan sebarang kes kehilangan. Kecuaian aku ni, bukannya boleh dijangka.
“Looking
for this?” Sapaan itu nyata mengejutkan aku. Aku mendongak, dengan mata
yang sedikit membulat. Terus sahaja mata terpandangkan kad kunci pada tangannya
yang sengaja dia tayangkan kepadaku. Perlahan-lahan aku bangkit daripada
dudukku. Tangan memeluk tubuh dengan tubuh kusandarkan pada dinding.
“Mulut
siapa yang becok sangat? Leena, Lila?” ujarku, bernada dingin. Hanya hujung
mata yang bergerak memerhatikan tingkahnya yang membuka pintu bilik penginapan
yang terkunci. Setelah pintu dibuka, tangannya dihalakan ke dalam bilik,
sebagai isyarat menyuruh aku masuk. Memikirkan aku tidak mahu berbalah dan aku
sedang kepenatan, maka kuturut sahaja. Dalam fikiran sudah terbayangkan katil
yang empuk. Aku cuma mahu berehat dan bersenang-lenang di atas katil.
Masuk
sahaja ke dalam bilik, tote bag aku letakkan di atas meja sebelum tubuh
kurebahkan di atas katil. Comforter sempat kutarik menutupi kepala. Aku
tidak mahu memandang dan dipandang. Jadi, cara menyelubungkan diri begini,
sangat efektif.
“Tired?”
Soalannya menerjah gegendang telingaku.
“Exhausted.”
“Happy?”
“Not
really.”
“Healthy?”
“Alhamdulillah.”
“Mad?”
“Quite.”
“Hate?”
“A
bit.”
“Love?”
“None.”
“Thanks?”
“You’re
not even welcomed.”
Tepat
dan jitu jawapan aku. Harap-harap mengenalah dekat hati dia.
“Arrogant.”
“I’m
not.”
“Juvenile.”
“It’s
you!”
“Rebellious.”
“As
you can see.”
“Be
my wife?”
Otak
tiba-tiba terasa lambat nak memproses. Maka, comforter terus kubuka.
Pandangan kuangkat sebelum memandangnya yang sedang duduk bersilang kaki di
atas kerusi empuk dengan sepasang matanya sedang tertala lurus ke arahku.
“Huh?
I am!”
“Oh,
really?” Kening sebelah kanannya terjungkit. Lagak sinikal. Terlalu
sinikal. Dan reaksinya itu membuatkan hatiku bergetar cuak. Tiba-tiba terasa
berdosa. Lidiya! Apa masalah kau ni?
“Not
anymore if you’re willing to divorce me.”
Sejurus
selepas bicaraku itu, dia terus bangkit, berjalan dengan tangan memeluk tubuh,
menghadap tingkap yang dapat dilihat kabur-kabur suasana di luar melalui
langsir putih bersifat lutcahaya.
“Don’t
ever mention about divorce, Hamraa’. Stop killing my soul. I can’t live without
my soul even if my body is still fit and healthy,” tuturnya. Aku tidak ada
hati hendak mendengar bicaranya.
“I
can’t help you to live. Find someone else,” balasku.
“Stop
pushing me. This is not about you. This is not about me. This is about us. Our
marriage. Our life. Our little family that we’re about to build. Saya
perlukan awak dalam pernikahan ini, Lidiya. Awak perlukan saya dalam pernikahan
ini. Tak boleh ke, walau sekali, atau mungkin sesaat, awak fikirkan mengenai
pernikahan kita? Mengenai kita? Salah ke kalau saya nak tebus balik kesilapan
saya? Saya nak bina balik apa yang tertangguh dulu? Saya nak sambung balik
ikatan janji yang terputus dulu? Bukan awak sahaja yang menahan sakit, Lidiya.
Bukan awak saja yang sakit. Saya pun sakit. Terlalu sakit. Untuk mencari yang
lain, saya tak ada hati, tak ada rasa walau saya tahu jalannya mudah. Untuk
mendapatkan awak, saya ada kemahuan, saya ada rasa walau saya tahu jalannya
terlalu sukar. Permintaan awak selama tiga tahun ini, saya tak dapat tunaikan.
Tak mampu. Maafkan saya, kalau sekali lagi, saya menjadi punca awak marah dan
awak benci.” Entah mengapa, bicaranya merusuhkan jiwaku. Aku tenggelam sendiri.
Larut dalam bicara hati yang bertepikan emosi. Memori yang tertanam di dalam
fikiran, perlahan-lahan muncul semula. Rasa amarah dan dendam dahulu
seakan-akan muncul kembali memaksa aku beristighfar perlahan.
“Saya
tak akan bertanggungjawab kalau awak tewas dengan kemahuan awak sendiri.” Masih
tegas pendirianku, tidak mahu beralah dengan bicaranya. Zohor itu, solat kami
tunaikan berjemaah. Dia yang mengajak. Aku pula mengikut. Sementelah, berjemaah
itu kan lebih baik. Terselit sedikit rasa kagum, dia menjaga solatnya. Ya,
tidak seperti dahulu.
Mungkin
benar, awak tiada dalam ingatan saya. Tetapi hati saya masih merasai kehadiran
awak. Rasa sepi, yang Khalisah sendiri tidak mampu menjawab apabila saya
bertanya. Rasa kosong, seolah-olah keceriaan yang saya kongsi dengan Khalisah
tidak setanding dengan keceriaan yang kita kongsi bersama-sama. Kerana itu,
saya katakan 6 tahun telah awak membunuh jiwa saya. Biar awak tiada dalam
ingatan saya, tetapi kehadiran sepi awak menyakiti jiwa saya. Dalam awak
merasai sakit, dikhianati janji saya, saya merasa perit, kerana tidak diketahui
mengapa, apa dan siapa yang merusuhkan jiwa saya. Kerana itu saya katakan,
bukan awak saja yang sakit. Saya juga sakit, Hamraa’.
BARIS ayat
yang tertera pada kad kecil yang disisip di antara ikatan riben dan kotak itu
kubaca teliti. Kad yang ketiga puluh. Pada kad yang ketiga puluh ini, dia telah
menjawab satu persoalan penting yang bermain-main dalam benakku. Aku menghembus
nafas perlahan. Kami sama-sama menanggung rasa sakit? Benarkah begitu? Aku
kira, jika benar, pastilah sakitnya lebih menyakitkan. Dengan keadaan
mentalnya, ditambah pula dengan tekanan emosi, pastilah dia lebih sakit.
Sekurang-kurangnya aku tahu, marahku kepada siapa, rinduku kepada siapa. Tetapi
dia tidak. Dia tidak tahu.
Kotak
kecil pada tangan kubuka.
Lunch?
Sebuah patung lembut berbentuk penyu terisi di dalam
kotak itu. Aku tersenyum kecil. Comel juga penyu ini. Ke mana dia kali ini?
Terengganu, mungkin. Patung penyu itu kuletakkan sebaris dengan teman-teman
seperjuangannya. Menjadikan angkatan mereka bertambah kepada tiga puluh satu
anggota. Pelbagai jenis haiwan dan bunga telah menjadi anggota angkatan itu
sehinggakan aku selalu tidak sabar menunggu hari esok untuk menambah bilangan
anggota.
Telefon
pintar kucapai sebelum mesej kutaip untuk dihantar kepadanya. Pertama kali aku
menyahut keinginannya. Pertama kali aku menghantar mesej kepadanya, menyatakan
respons.
Love
that cute green turtle. Muka turtle tu macam muka awak. Lunch? Tak kuasa.
Dinner, maybe? 7.00 pm. Datang sini.
Hahaha.
Lima pupu belah penyu, memanglah sama muka. Okay. 7.00 pm. Looking forward to
see you.
Usai
membaca balasan mesej daripadanya, aku terus bangun dengan niat untuk memulakan
kerja memasak. Berbaik ke aku dengan dia? Hmmm... Tak , mungkin. Dalam hati
terselit rasa syukur, awal pagi tadi, aku menerima berita, ibu sudah stabil dan
baik kesihatannya.
SEPI.
Sepatah perkataan itu cukup menggambarkan suasana pada ketika ini. Kekok.
Ya, itu aku. Dia? Entah, aku tidak dapat menebak apa yang dia rasa.
“Pak
ngah!!!”
Terus
terpusing kepalaku mendengar jeritan halus itu.
“Lila?
Kenapa tu?” Sambil bertanya, dia bangun daripada duduknya dan berlalu pergi
mendapatkan Dalila. Aku juga ikut bangun lambat-lambat menuruti langkahnya.
Kenapalah Leena dengan Dalila ‘baik’ sangat hari ni? Kalau setakat hendak
menjaga Dalila selama tiga hari, aku tidak ada masalah dengan permintaan Leena
itu. Tetapi, permintaan Dalila amat membebankan aku. Ada ke dia ugut aku,
selagi pak ngah dia tak ada dengan dia, dia tak nak makan, tak nak mandi, tak
nak tidur. Tak ke... Huh! Kalau ikutkan, aku bagi aje Dalila dekat Habib, habis
cerita. Tapi Leena mulalah nak membebel, kata yang dia tak nak minta tolong
dengan ipar, tak nak menyusahkan ipar. Apa guna kakak kalau ada tapi serupa tak
ada? Haih, sah! Perangai degil Leena memang menurun dekat Dalila.
Aku
menyandar tubuh pada dinding, sekadar memerhati sketsa di hadapan mata dari
jauh.
“Why,
Lila?” tanya Habib. Dalila yang sedari tadi asyik menunduk dan mengenggam
tangannya mula mengangkat wajah. Aku terkejut, melihat wajahnya yang basah
dengan air mata. Perlahan-lahan aku hampiri Dalila sebelum aku berlutut di
hadapannya.
“It
hurts, aunty...” rengek Dalila. Tangan kecilnya kucapai setelah kusyaki,
ada sesuatu yang tidak kena dengan tangannya itu. Sebaik sahaja genggaman
tangan itu terbuka, aku semakin terkejut melihat telapak tangan yang merah
dicemar darah.
“Lila,
what happened?”
Dalila
senyap, hanya esakan halusnya yang kedengaran. Habib di tepi sudah bangun dan
menghilang. Entah ke mana. Aku menarik Dalila ke ruang tamu sebelum
mendudukkannya di atas sofa.
“Tunggu
sini,” pesanku sebelum langkah kuatur bagi mendapatkan sebekas air suam dari
dapur dengan sehelai tuala bersih dari dalam almari di bilik.
Aku
duduk di sebelah Dalila. Bekas air suam tadi kuletakkan di atas meja sebelum
tuala kucelupkan ke dalam air suam itu dan kuperah. Tangan Dalila yang luka itu
kulap agar bersih daripada darah.
“Apa
yang dah jadi, Lila?” soalku. Setahuku, Lila tidak bermain jauh. Cukup sekadar
di halaman rumah.
“I
fell down. There’re some broken glasses. They cut my palm. It’s hurt...”
Dalila menjelaskan. Setelah itu, dia menyandarkan kepalanya pada tubuhku. Aku mengetap
bibir. Ya, aku tahu akan kehadiran kaca itu. Aduhai, mengapalah aku begitu
cuai? Terlupa pula untuk aku kemaskan botol kaca yang pecah semalam.
Habib
datang dengan bekas peti pertolongan cemas di tangan. Terus sahaja dia merawat
dan membalut luka Dalila. Dalila hanya senyap dengan kening dan dahi yang
sekali-sekala berkerut-kerut, barangkali menahan sakit.
Kepala
Dalila kuusap-usap perlahan sebelum perlahan-lahan kukucup beberapa kali.
“Lila,
I’m sorry. I’m really sorry, sayang. Aunty sepatutnya bersihkan kaca yang
pecah tu semalam. I’m sorry, Lila...” Ucapku tulus.
“It’s
my fault, aunty, for not being careful. It’s okay. I’m strong like pak ngah.
Right, pak ngah?” Habib angkat muka, pandang aku, sebelum pandang Dalila
dan dia mengangguk dengan senyum pada bibirnya.
“Hmmm...
So now that your pak ngah is already here, would you like to have your lunch?”
soalku, dengan jari-jemari yang masih bermain-main dengan rambut Dalila.
“Can
I have my favourite sandwich, pak ngah?” soal Dalila kepada Habib. Haih,
entah kenapa aku nak rasa cemburu dengan Habib? Sikit-sikit pak ngah. Berapa
banyak aje perkataan aunty dia dah sebut sejak Habib jejak kaki ke sini,
sejam yang lepas.
“Tak
boleh. Kita tak ada roti dalam rumah,” bidasku. Sempat aku menjeling wajah
Habib. Habib turut membalas pandanganku. Pandangan dia tu macam nak berlagak.
Sebab apa? Sebab Dalila lebih sayang dialah tu. Aku cebik bibir. Tak nak
kawanlah Dalila macam ni.
“Alaaa...
Tapi Dalila nak makan sandwich pak ngah.” Dalila dah mula merengek. Sah,
ni mesti mengantuk punya fasal. Tu yang sibuk nak minta macam-macam.
Mentang-mentanglah penat sebab cedera tadi.
“Aunty... Bolehlah, aunty. Lila nak makan sandwich
pak ngah.” Dalila masih merengek manja. Sudahnya aku main aci tenung mata
dengan Habib. Macamlah mata tu boleh bercakap. Sekejap-sekejap kerut dahi,
sekejap-sekejap angkat kening. Aku buat muka malas nak layan kerenah Dalila.
Sungguh, aku memang tak kuasa nak melayan kalau dalam bab budak-budak ni.
Haih... dah tiga puluh tahun pun, kau masih tak matang, Lidiya...
“If
there’s no bread, then I’ll cook something new for you. Is that okay?” soal
Habib dengan mata yang terarah pada Dalila. Dalila tarik sengih manja sebelum
dia mengangguk teruja.
“Yes.
I love your cooking,” kata Dalila.
Mata aku jegilkan kepada Habib. Aku dah masak,
kut? Membazirlah!
“Encik
Qadus, kalau you masak, siapa nak makan apa yang I masak atas
meja tu?” ujarku. Nampak tak aku tengah marah dan bengang sekarang ni? Habis
keluar segala I-you yang ada.
Boleh
Habib buat tak tahu aje dengan apa yang aku cakap? Ni yang aku stress ni. Tak
tunggu lama, aku terus bangun dengan bekas air suam dan tuala yang kubawa tadi
menuju ke dapur dan mendapatkan singki. Bekas plastik dan tuala itu kubasuh
bersih.
Tidak
semena-mena, hembusan hangat terasa menyapa kulit pipi.
“Marah
ke?” Serentak itu, soalannya menyapa pendengaran. Aku berganjak ke tepi. Ni apa
kes nak main tiup-tiup muka orang? Lagilah aku stress.
“Eh,
tak marah.... Suka. Tak nampak I tengah senyum ni?” balasku sambil
tangan kuat menyental tuala di singki.
“She’s
just a kid, Lidiya... Dahlah budak tu tengah sakit, so consider-lah
nak terima permintaan dia. Kalau dia tengah sihat, mengada-ngada nak minta,
memang kena fikir dua tiga kali lah sebelum terima permintaan dia. Awak ni pun
satulah kan... Nak kata muda lagi, menipu. Takkan sampai sekarang tak pandai
layan budak? Ayyas dengan adik-adik dia dekat London tu, takkan awak tak jaga?”
soal Habib.
“Ayyas
lelaki, Lila perempuan. Lain, tau? Ayyas tak mengada. Lila tu mengada sangat,”
bebelku.
“Jealous.
Ni baru dengan anak saudara umur tiga tahun. Kalau dengan perempuan lain, entah
tahap manalah cemburu tu, kan? Tu pun ada hati lagi tu nak suruh saya cari
lain,” tutur Habib. Huh? Cemburu? Tuhan! Masa bila?
“Dah!
You jangan nak perasan! You nak kahwin lain ke nak apa ke, I
tak kisah okey? Disebabkan Lila, I izinkan you tinggal sini. Tapi
kita buat hal sendiri. You tu jangan berani nak buat apa-apa.” Aku
memberi amaran.
“Apa-apa,
what?” Habib menyoal. Aku menoleh sekilas memandangnya yang sedang
berpeluk tubuh bersandar pada kaunter dan tersenyum nakal merenungku.
“Apa-apalah!
Apa-apa pun tak boleh,” tegasku.
“Kalau
nak buat jugak?”
“I saman.”
“You tak boleh saman I. I suami.”
“I lari.”
“Beranilah...”
“I lari tak balik terus.”
“Buatlah...”
“I lari tak minta izin sesiapa, tak
bagitahu sesiapa, tak akan dijumpai sesiapa.”
“Cubalah...”
“I la...” Belum sempat menamatkan kata,
tangan yang sedang kukeringkan dengan tuala terasa direntap kuat sehinggakan
tuala kering itu terlepas dari tangan. Semerta diri dah berada di dalam pelukan
dan dahi terasa hangat semacam.
“Habib...”
Suaraku menekan. Nafas terasa tersekat, tidak selesa dengan bau wangiannya dan
terlalu tidak suka dengan tingkahnya.
“Will you run away now?” soalnya selepas
dahiku bebas daripada bibirnya. Aku tarik tangan aku yang berada dalam
pegangannya dekat dengan dadanya beberapa kali, tanda memberontak. Namun tidak
dilepasnya.
“Lidiya...”
Suaranya lembut menyapa pendengaran memaksa aku mengangkat pandangan memandang
sepasang matanya. Tangan yang sedari tadi tergenggam erat terasa dilepas dan
wajah terasa geli disentuh jemari sejuk miliknya. Dapat aku rasakan jari
telunjuk dan ibu jarinya yang sejuk itu menyentuh tengah dahiku, turun
menyentuh kedua-dua belah keningku dengan ibu jarinya pada kening kananku, jari
telunjuknya pada kening kiriku, turun melalui pucuk hidung, turun mengusap-usap
kedua-dua belah pipi, dan bibirku. Sensitifnya kulit bibir sehingga pada
sentuhan pertamanya sahaja sudah aku tarik kepalaku ke belakang dek rasa
terkejut yang melampau.
“Lidiya
Hamraa’... You’re my wife, sayang...” Dan entah kenapa, seakan-akan
dirasuk, mataku tetap tidak beralih daripada memerhati sepasang matanya. Hangat
nafasnya terasa menyentuh kulit wajahku, membuktikan betapa dekatnya kedudukan
kami kini.
“Lidiya
Hamraa’, abang minta maaf atas segala apa yang telah abang lakukan pada Hamraa’
sama ada ketika abang sedar atau tidak. Percayalah, Hamraa’, bukan niat abang
meninggalkan Hamraa’ begitu saja. Bukan niat abang melupakan janji abang. Bukan
keinginan abang melupakan Hamraa’. Bukan pinta abang, menyakiti hati Hamraa’.
Hamraa’ kecewa dan marahkan abang, tapi abang gusar dan tidak tahu kepada siapa
harus abang marah. Kita sama-sama mangsa, Hamraa’. Kita sama-sama rasa sakit
kerana pertemuan pertama itu. Pertemuan pertama yang bukan biasa. Pertemuan
pertama yang istimewa. Pertama kali mengenali sayang, I know that you’re the pearl. Mutiara yang abang cari selama ini. But it’s my health condition. It kills us.
I’m sorry, sayang. I’m sorry to dissappoint you. To dissapoint us,”
bicaranya. Aku lemas. Keliru dengan bicara hati.
“I’m
sorry, Qadus... I can’t,” tuturku perlahan. Pandangan sudah kualih,
memandang ke arah periuk nasi di belakangnya.
“Don’t
make things hard, Hamraa’. Don’t make things complicated. Can’t we just settle
this down? Can’t we just think about our future?” katanya. Aku diam
beberapa ketika. Berfikir soal masa depan? Masa depan apa? Masa depan yang
bagaimana?
“It’s you who’re making things complicated,
Qadus. We didn’t belong a future together. We didn’t belong to each other. I
will not repeat the same big mistake again. Wanna know what is it? My biggest
mistake is trusting you and loving you. Yes. Trust and love. You’ve ruined my
trust, you’ve ruined my love. How can I trust you again, if you’ve broke my
trust before? How can I love you again, if you’ve broke my love before? I’ve lost trust and love, Qadus. I can’t
trust and love anymore,” tegasku menutur. Ya, aku tidak hidup dengan
kepercayaan, tidak hidup dengan cinta selepas dikhianati dia.
Dia
tersenyum selepas rangkulannya pada pinggangku dilepas. Senyum sinikal. Senyum
yang membuatkan hatiku terasa panas dan tercabar. Mengapa dia senyum?
“Oh...
I see. Awak tidak lagi mempercayai? Tidak lagi mencintai? Jadi bagaimana
dengan Allah? Bukankah perlunya percaya dan cinta itu kepada Allah? Apakah
mungkin, kerana tidak mahu percaya, dan tidak mahu mencintai, awak belakangkan
jodoh yang Allah dah tetapkan? Secara tidak langsung, awak nafikan apa yang
telah Allah tetapkan untuk kita. Jangan kerana nafsu, iman awak jatuh. Saya
kenal Lidiya Hamraa’ enam tahun dulu, seorang gadis yang bebas laku. Islam
bukan cara hidupnya meskipun saya tahu dia seorang Islam. Saya kenal Lidiya
Hamraa’ empat tahun lalu, seorang gadis yang begitu teguh mempertahankan
prinsipnya, mempertahankan dirinya sebagai seorang Muslimah. Dan nyata, iman
saya tergugat pada hari itu. Melihat petahnya bicara seorang wanita mengenai
Islam, memaksa saya mengejek diri, lemah dan lembiknya seorang Muslim sebagai
pemimpin. Dan kerana bicara awak pada hari itu, saya seakan-akan baru terjaga
daripada mimpi. Baru tersedar yang saya seorang Muslim. Hari ini, saya
mengenali seorang Lidiya Hamraa’ yang terlalu rapuh hanya kerana sekali dia dikecewakan
tanpa sengaja...” Tangan kanannya naik mengusap-usap pipi kiriku, memaksa aku
kembali merenung sepasang matanya yang kelihatan bening. Entah mengapa, bebola
matanya kelihatan semakin lama semakin bening. Berair sedikit, dan semakin
banyak... Dia menangis?
“Hamraa’,
kadang saya penat. Terlalu penat memikirkan apakah saya terlalu memaksa awak
untuk bersama-sama saya... Apakah hanya saya yang setia dengan cinta walau
berkali-kali dilukai dengan penolakan dan penafian seorang isteri yang saya
cintai? Apakah hanya saya yang bersungguh? Untuk melepaskan awak, itu tidak
mungkin terjadi, Hamraa’. Saya terlalu kasihkan awak, terlalu mencintai
awak...” tuturnya dengan setitis air mata yang jatuh daripada tubir mata
kanannya. Aku terkedu. Terkesan sekali dengan air matanya. Dan entah atas sebab
apa, terketar-ketar tanganku naik mengesat air mata itu dan merenungnya sebelum
aku menjatuhkan tanganku, menundukkan pandangan dan melangkah pergi dari ruang
dapur itu. Air matanya... Hatiku kacau kerana air matanya.
RAMBUT
yang basah kulap dengan tuala di tangan. Akhirnya, bebas juga rambut aku
ni. Seharian bertudung di dalam rumah sendiri, memang memeritkan jiwa.
Telefon
di atas katil kucapai dan kuhidupkan. Aplikasi telegram kubuka, membaca
mesej-mesej yang kuterima.
Mata
terpaku pada satu mesej yang diterima tiga puluh minit yang lalu. Sekali baca,
aku kelam. Dua kali, masih kelam. Tiga kali, masih kelam. Kali yang keenam,
tubir mataku terasa basah. Pandangan sudah kabur semacam sebelum setitis demi
setitis air mataku jatuh menimpa skrin telefon.
Salam,
Lidiya. Farah dah meninggal. Dia tak dapat diselamatkan lepas lahirkan anak
dia. Tabah, ya...
Tabah?
Disuruh aku tabah?
“Allah...”
Separuh menjerit bicaraku terlepas. Mulut kukatup dengan tangan kiri yang memegang
tuala, menahan esakan. Farah... Sahabat baik aku. Masakan... Ya Allah, mengapa
begitu cepat?
“Aku
takut aku tak sempat aje nak tengok kau bahagia. Bukannya aku tak tahu, jauh
dalam hati kau tu, kau mesti ada rasa jugak nak bahagia dengan dia. Tipu kalau
cinta kau kepada dia tu dah tak ada. Kau hanya takut dikecewakan sekali lagi
aje, Lid. Kau takut dikecewakan lagi, sebab tu kau mengelak daripada dia. Lid,
tu baru sebahagian kecil aje ujian yang Allah hulur kat kau. Uji sekecil itu,
kau dah melatah. Cubalah kalau kau berada di tempat aku... Bersyukurlah, Lid.
Pergi kepada dia yang Allah pinjamkan. Kecap bahagia tu. Aku teringin sangat
nak tengok kawan baik aku ni bahagia...”
Bagai
terdengar-dengar bicaranya itu menyapa gegendang telingaku. Bertambah kuat aku
mengesak. Bertambah deras air mataku. Saat ini, fikiran terbayang akan si kecil
yang baru sahaja lahir. Si kecil yang Farah nantikan dengan sabar. Si kecil
yang Farah nantikan sebagai peneman buat dirinya. Tetapi kini si kecil itu
lahir tanpa peneman. Siapa sahaja waris yang Farah punya? Dia sendiri membesar
di rumah anak-anak yatim. Arwah suaminya juga begitu.
Aku
bangkit berdiri. Serasa diri tidak boleh lemah. Serasa diri punya tanggungjawab
yang begitu besar terhadap Farah dan anaknya. Kalau bukan aku, siapa lagi?
Usai
berpakaian ringkas yang menutup aurat, aku keluar dengan beg tanganku. Air mata
masih berjuraian jatuh. Sedih ini terasa tidak mampu dikawal.
Terserempak
dengan Habib di pertengahan jalan menuruni tangga bukanlah kebetulan yang aku
inginkan kini. Melihatnya, menambahkan lagi deras air mata. Hati terasa lembut
yang teramat, seperti tisu basah yang menanti dikoyak.
“Hamraa’,
what’s going on? Where are you going?”
“Farah...
Dia... Farah... Meninggal... Boleh saya... Saya nak keluar.” Terputus-putus
bicaraku terkeluar daripada bibir. Air mata yang membasahi pipi kukesat laju.
“Abang
tak izinkan. You can’t drive in this condition. I’ll drive you,”
katanya. Aku diam, dengan mata menekur anak tangga. Kepala memang terasa berat
akibat menangis. Mampukah aku memandu sendiri dalam keadaan begini?
“Okey...”
tuturku perlahan. Ya, aku tidak mampu memandu sendiri. Habib kulihat sudah
melangkah naik. Beberapa ketika kemudian, dia turun semula dengan Dalila yang
masih menggosok-gosok mata di sisinya.
“Where’re
we going?” soal Dalila. Kasihan, Lila... Terganggu lenanya.
“Come,
we’ll wait in the car,” ujarku. Dalila berjalan ke arahku sebelum aku
memaut tangannya dan kami berjalan beriringan keluar dari rumah. Tanpa berfikir
panjang, terus sahaja Lila kumasukkan ke dalam perut kereta Toyota Camry milik
Habib. Dalila terus berbaring di ruang belakang itu, menyambung kembali
lenanya. Aku menanti di ruang hadapan, di sebelah pemandu. Pandangan kuatur,
merenung kosong tingkah Habib yang sedang mengunci pagar rumah. Fikiran masih
terlalu kacau memikirkan sahabatku. Tuhan, permudahkanlah urusannya...
No comments:
Post a Comment