Total Pageviews

Sunday, 4 September 2016

Cerpen- Siapa Aku Pada Kamu? (Part 5) -FINALE-

Titipan penulis: Assalamualaikum, :). Terima kasih buat yang sudi baca cerpen ni dari Part 1 sampai Part 5. Sorry for any flaws. Do leave your comment, guys, :). Jujur eh, jujur. Kalau cerita macam over sangat ke apa ke, cakaplah eh? Thank you so much, guys, :). *Ni last bersiaran. Jumpa lagi Disember nanti.*



MATA merenung langkah kakinya yang sibuk diatur ke sana ke mari. Sekejap dia ke dapur, sekejap dia naik ke tingkat atas... Aku yang sememangnya sedang stress, bertambah stress melihat kesungguhannya itu.

            Can I ask you something?” Akhirnya kusuarakan juga rasa tidak puas di dalam hati. Langkahnya terhenti, betul-betul di hadapanku. Seraya itu pandangan kuangkat, membalas pandangannya.

            What?” soalnya.

            Aku gigit bibir bawah sebelum menunduk. Tak tahu hendak minta bagaimana, tapi sesungguhnya semangatku sedang rapuh kini. Dengan Alisya dan Hadeef yang masih merah... Aku bimbang tidak mampu menjaga mereka sendiri.

            Will...” Aku masih teragak-agak.

Yes, I’m hearing,” tuturnya, mungkin sedang bersabar menanti bicaraku.

Can...            

Say something, Lidiya. I won’t leave if you don’t want me to.” Itu bicaranya setelah beberapa ketika aku diam, menarik dan menghembus nafasku.

Hmmm... So, don’t.” Itu jawapan pantas yang terpacul keluar daripada bibir tanpa pintaku.

Come again?

Will you stay?” ujarku, berterus terang juga akhirnya, tidak mahu bermain tarik tali lagi.

            “Bukanlah saya nak sangat awak duduk sini, tapi... Lisya dengan Hadeef, saya tak rasa mampu jaga mereka sendiri. Memandangkan awak izinkan saya untuk ambil mereka sebagai anak angkat... Jadi sebab awak yang bersungguh-sungguh sangat nak menjadi suami saya, apa kata kalau awak jaga mereka sama-sama dengan saya?” Ayat aku pun semacam tidak betul susunannya. Aku harap sangat Habib faham, tanpa perlu kuulang permintaanku.            “Tak takut ke saya duduk serumah dengan awak? Yalah, mana tahu saya buat ‘apa-apa’...”

            “Nak tengok saya lari, buatlah. Awak jaga Lisya dengan Hadeef sorang-sorang,” ugutku. Belajar daripada Dalila lah ni.

            “Amboi, minta tolong bukan main lagi, aura baik dia tu. Bila marah, hati orang pun tak tahu nak jaga.” Habib perli aku atau apa? Aku buat muka kosong, tak ambil tahu bicaranya itu.

            “Ehek, ehek... Uwekkk! Uwekkk!” Aku menoleh ke sebelah kiri, memandang bayi di dalam baby cot. Hmmm, baru dua hari mereka berada di dalam jagaanku. Aku masih tidak dapat membaca kemahuan mereka.

            “Heee... Ehek, ehek... Uwekkk!” Tetapi fi’il yang satu ini, aku dah faham. Salah seorang menangis aje, mesti yang seorang lagi akan ikut menangis. Tu yang aku tak berapa menang tangan nak uruskan dua-dua. Sejujurnya, Habib yang banyak buat kerja urus anak-anak arwah Farah. Yalah, aku sendiri pun terlalu kekok dengan bayi.

            Aku pandang Habib yang sedang mengendong Alisya dan Hadeef. Elok aje senyap bila dapat rasa ada orang dukung. Rasa selamatlah agaknya tu.

            Habib melabuh duduk di sebelah aku. Terasa kasihan dan prihatin, maka aku ambil Alisya dari tangan Habib dan kudodoikan dalam kendonganku.

            “Hamraa’.” Sepatah namaku diserunya.

            “Ya?” sahutku, tanpa memandangnya.

            “Tak terasa nak jadikan Hadeef mahram?” soal Habib. Mahram? Maksudnya? Nak suruh aku susukan Hadeef?

            Mataku membulat, terkejut. Terus kualihkan pandanganku merenung wajahnya yang sedang memandangku.           

            “Awak nak suruh saya menyusukan budak-budak ni ke apa?” soalku menginginkan kepastian. Habib menganggukkan kepalanya. Yakin sekali wajahnya.

            “Tak kuasalah saya... Guna pil ke, suntikan ke, tak semua orang berjaya hasilkan susu badan, tau?” bidasku. Habib menjulingkan matanya ke atas.

            I’m not talking about taking pils or injections. Lagipun, kalau buat cara tu, awak fikir Alisya akan jadi mahram saya? Kalau awak susukan mereka dengan cara ni, memang Alisya dan Hadeef akan jadi mahram awak, tapi bukan saya. Awak tak fikir ke soal mahram dan bukan mahram ni akan menyusahkan mereka satu hari nanti?” kata Habib.

            “Susu formula kan ada. Susah-susah kenapa? Ya, saya tahulah hal mahram bukan mahram tu penting, tapi kan... Kita akan stay together selamanya ke? Penting ke Alisya tu jadi mahram awak?” kataku. Habib kulihat sedang mengetap bibirnya.

            Lid, we will stay together forever, as long as Allah wills it. Muktamad. Sebarang perbincangan dan memujuk rayu adalah tidak diterima sama sekali. Dengan nama Allah, saya nak bahagiakan awak, lillahita’alaa. Izinkan saya bahagiakan awak. Kalau awak tak izinkan pun, saya tetap mahu. Dah terlalu lama saya beri masa kepada awak, kini giliran awak pula untuk memberi masa kepada saya. About Hadeef and Alisya, we will bond them as our mahram. And I hope you know what is the only way. Or should I clear you up?

            Aku terpana mendengar bicaranya. Mulut ternganga sedikit. Otak seakan berkarat. Lambat semacam nak memproses bicaranya. Saat otak sudah berjaya memproses tiga ayat terakhirnya, lagilah luas mulutku terbuka.

            Don’t you ever dream about it!” Aku berbisik keras dan tegas. Muka aku garangkan. Alih-alih, dia sengih pandang aku. Pinggang tiba-tiba ditarik ke hadapan memaksa aku terjerit kecil. Tubuhku sudah rapat dengan tubuhnya. Mata seolah-olah digam kukuh untuk memandang wajahnya. Aku tersentak sekali lagi saat dia mengenyit mata dan bibirnya melarik senyum nakal. Mak! Nak gugur jantung sebab terkejut. Alisya dah hilang dari kendongan. Ditarik Habib dengan selambanya sebentar tadi kemudian diletakkan di atas sofa, bersebelahan dengan Hadeef.

            Lidiya Hamraa’, I’ll make you fall in love with me again...” Dia berbisik di telingaku. Geli perut, jangan cakaplah! Aku dah lama tak bermesra dengan lelaki sebegini rupa. Oh, Tuhan! Geli kali ini, terlalu menggelikan!

Each night you’ll dream about me...” Jari-jemarinya tangan kanannya terasa menyentuh bahu kiriku, diikuti bahu kananku.

You’ll miss me like crazy when I’m not around...” Suaranya masih berbisik menyapa pendengaranku sambil jari-jemarinya bergerak di bawah daguku. Dan aku seperti patung kaku. Terpukau dengan sesuatu yang tidak pasti apa.

You’ll miss the way I flirt you...” Leher terasa sejuk selepas sehelai kain terasa ditarik menjauhi kulit dan kepala terasa berangin. Sanggul di belakang kepala sudah hilang entah ke mana.

You’ll miss the way I treat you...” Aku sekadar memerhatikan wajahnya yang sedang leka memandangku. Atau aku yang sedang leka memandangnya? Entah, apa yang aku pasti, aku seronok melihatnya sebegini.

Rambutku terasa disentuh, diambil sedikit, ditarik lembut ke hidungnya. Seperti yang pernah dia lakukan dulu.

You’ll miss the way I love you...” Pipi terasa diusap lembut oleh jemari yang sejuk. Jemari itu beralih ke telinga dan turun ke leher. Tingkahnya terasa lembut dan menyenangkan. Yang ini, dia tidak pernah buat. Aku aje yang nakal, pernah berimaginasi sebegini dulu. Nauzubillahiminzaalik! Astaghfirullah! Teruknya perangai aku!

You’ll seriously...” Jari jemari sejuknya naik menyentuh pucuk hidungku. Mata kupejamkan sebelum dapat kurasakan dahinya bertemu dengan dahiku serta pucuk hidungnya bertamu pada pucuk hidungku.

You’ll miss the way I...” Nafas yang dihelanya kedengaran kian memberat. Dan secara tidak langsung, rentak nafasnya itu juga mempengaruhi rentak nafasku.

Kiss you...” Bibir terasa dipagut lembut dan tak tahu kenapa, dalam tak suka, dalam tak keruan, dalam nak memarahi, aku sebenarnya sangat menyenangi kelembutannya. Dan benarlah, aku terpukau lagi dan lagi oleh sesuatu yang tidak kupasti apa.


            AKU makan hati melihat apa yang terpapar pada skrin. Aku telan liur lagi dan lagi. Ini kes yang amat-amat terlalu amat sangat berat. Nampak tak betapa beratnya kes aku tu? Keluhan aku lepaskan buat kesekian kalinya.

            Sejak peristiwa aku ‘terpukau’ tu, maka dengan senang hatinya aku lari ke rumah abang di London. Apa yang bagusnya, Habib tak cari aku kerana dia memberi izin untuk aku ke London. Heh, beri izin lepas aku dah jejak London-lah.

            Tapi hal tu, aku tak kisah sangat. Yalah, Habib pun setiap hari Skype, tanya khabar. Aku pun layan, sebab nak tengok muka Alisya dengan Hadeef yang makin tembam. Dan Habib juga tak pernah serik nak minta maaf sebab dah ‘memukau’ aku. Dia tetap tak percayakan yang aku dah maafkan dia, selagi aku tak balik Malaysia semula. Huh? Aku tak kisah. Bukan aku yang kena bayar kredit dia pun untuk dia meminta maaf daripada aku.

            Rambut aku simpul-simpul dengan hujung jari. Bibir bawah aku gigit berulang-ulang kali. Mulut asyik berdecit dan mengeluh. Dan akhirnya, aku mengusutkan rambut sebelum merebahkan tubuh di atas tilam.

            “Tak boleh ni...”

            “Apa pulak? Bukan berdosa pun! Halal apa!”

            “Ish, kalau buat tu lagilah berdosa!”

            Aku membebel sendiri di atas katil. Sekejap aku mengiring ke kiri, sekejap aku mengiring ke kanan.

            “Ya Allah! Apa yang patut aku buat ni?!” Aku menjerit sekuat hati. Mujur abang dah pergi pejabat. Kalau tak, tak sampai seminit, dia dah robohkan pintu bilik aku.

            “Deya?” Suara kakak iparku kedengaran dari luar.

            I’m fine!” sahutku. Namun setelah menjawab, terus sahaja aku bangkit dari pembaringanku.

            “Kak Pina!!!” Aku menjerit sekali lagi. Maka, terus sahaja pintu bilik yang tidak berkunci diterjah dari luar.

            “Kenapa ni?” Kak Pina nampak cemas. Aku tarik sengih tak berdosa.

            “Tipu akak eh?” Kak Pina tak puas hati dengan aku. Aku tarik sengih makin lebar.

            “Kak Pina, nak minta something boleh tak?” ujarku. Kak Pina angkat kening memandangku.

            “Apa?” tanyanya. Aku turun dari katil, berjalan terkedek-kedek ke arahnya dan terus sahaja membisikkan keinginanku.

            What?! Nak buat apa?!” Kak Pina tampak berangin setelah mendengar permintaanku. Lah, salah ke aku minta? Sekali lagi, aku berbisik kepada Kak Pina.

            “Abang tak boleh tahu lah ni?” soal Kak Pina menginginkan kepastian. Aku tersenyum manja dan mengangguk-angguk tanda mengeyakan.

            “Kalau kantoi?”

            “Cakaplah akak yang punya. Bukan tak biasa... Dah tiga...”

            “Amboi, mulut! Banyaklah! Hish, bila nak?”

            “Kalau boleh hari ni... Please?” Aku buat muka secomel yang boleh.

            “Tengoklah. Kalau tidak, esok.” Aku dah tayang muka gembira dan puas hati.

            “Tapi ingat tau, jangan bagitahu abang. Nanti habis dia menyelongkar semua benda. Pinky promise?” Aku hulur jari kelingking kepada Kak Pina. Kak Pina pandang aku semacam sebelum dia menyahut huluran jari aku. Moga-moga, Kak Pina dapatlah apa yang aku minta tu. 


             SAH!

           Memang tak boleh disangkal lagi. Maka dengan segala hormatnya, aku ditendang keluar dari rumah abang. Dia paksa aku balik Malaysia hanya semata-mata kerana benda Allah yang dia terjumpa. Kak Pina pun tak pandai nak tutup kesalahan aku. Habis terbongkar segala jenayah yang aku komplot dengan Kak Pina.

           Huh! Tak ada hati perut punya abang.

            Mujur juga kali ini abang, Kak Pina dengan anak-anak mereka ikut sama. Kalau tak, lagilah aku berduka cita.

            “Habib tahu tak?”

            Aku buat muka kosong sambil sedut air kelapa.

            “Buatlah, buat. Abang ambil air kelapa tu baru tahu.”

            “Hish! Membebel mengalahkan perempuan. Tengok Kak Pina, relaks aje. Orang stress karang, baru tahu!” Nampak tak aku punya manja dan merajuk yang semacam tu? Okey, aku masih terasa sebab abang tendang aku balik Malaysia. Jangan jejak kaki ke London selagi belum cukup dua belas bulan Lid duduk di Malaysia. Itu arahan mandatori abang.

            “Mengugut memang juara. Report dekat Habib nanti, barulah dia nak merayu,” perli abang. Aku cebik bibir. Tak kuasa nak layan abang.

            “Macam mana boleh jadi?” soal abang. Aku jegil mata pandang abang. Apalah bagus punya soalan?

            “Dah dia nak jadi, jadilah! Nak buat macam mana? Dah tertulis saat itu, minit itu, jam itu, hari itu, bulan itu, tahun itu, dia nak jadi, maka dia jadilah. Takkanlah Lid nak kena cerita satu persatu detail macam mana dia boleh terjadi,” bebelku lantas menyedut lagi air kelapa di tangan. Yalah, kan... Logik akal sikit... Takkanlah perlu aku cerita bagaimana perkara itu boleh terjadi. Macamlah abang tak ada pengalaman!

            “Masalahnya, Lid tu bukan ke hati kental sangat? Macam mana boleh terbabas?!” Abang macam dah terdesak sangat nak tahu. Aku tarik muncung dua depa.

            “Dah Lid ni pun manusia jugak. Dah tertulis Lid terbabas pada ketika itu, nak buat macam mana? Kalau dah nak terbabas, mana sempat nak masuk balik jalan yang lurus,” jawabku.

            “Hish! Menjawab! Kenan karang baru tahu!” Abang memberi amaran. Aku jeling hujung mata pandang abang dengan rasa tak puas hati dalam jiwa. Menyesal aku tak bakar benda Allah tu.


            PIJAK saja lantai rumah, aku terdengar suara perempuan yang sedang tertawa. Macam manja saja tawa dia tu. Huh? Habib dah ada isteri lain ke? Tak semena-mena aku tersedak di pintu masuk rumah itu.

            Kalau aku tahu macam ni, baik tak payah balik. Stress sungguh!

            Memikirkan tubuh yang masih lesu dengan jet lag, maka aku naik sahaja ke atas dan masuk ke dalam bilikku bagi membersihkan diri dan berehat.

            Tubuh dah selamat di atas katil. Mata kupejam, dengan fikiran dan jiwa yang kacau-bilau. Kalau Habib ada perempuan lain pun... Hati terasa hangat semacam. Apa salahnya... Bibir dah bergetar. Dah itu yang aku nak dulu... Mata dah panas. Jadi bila sekarang dia dah ada calon, aku kena redha... Dan air sungai pun mengalir deras disertai esak tangis dan sedu sedan.


            KEPALA hendak diangkat, tetapi terasa berat. Tekak hendak dibersihkan, tetapi terasa perit. Tubuh hendak duduk, tetapi pinggang terasa kaku. Bergerak sedikit, sakitnya melampau.

            Telefon kuletak di atas meja kerja tadi. Habib tidak tahu aku sudah pulang. Hendak menjerit, suaraku tiada. Tuhan! Kasihanilah aku.

            Mata beralih memerhati jam pada dinding. Empat. Mataku membulat saat menyedari bahawa bilik yang kuhuni itu sedang menerima cahaya dari luar. Ini bukan pagi, tetapi petang. Bukankah aku tidur pada pukul lima petang sebelum ini? Apakah sudah seharian aku tidak menyedarkan diri?

            Barangkali ya, memandangkan tubuhku sendiri keras dan kaku.

            Doaku seakan terjawab saat pintu bilik terdengar dibuka dari luar. Sekejapan, wajah abang dah terhidang depan mata. Ni yang aku tak berkenan ni. Kenapa mesti abang?

            “Lid, apa yang Lid buat ni?!” Tanpa salam dan kata alu-aluan, terus sahaja dia menyergah aku. Terkejut aku dibuatnya.

            “Buat apa?” Aku menahan perit saat menutur bicara itu. Suaraku kedengaran seperti berbisik ketika berbicara.

            “Habib tak tahu yang Lid balik. So, what do you think you have done?” Abang dah berjalan ke meja kerjaku, mendapatkan telefonku.

            “Fon pun Lid matikan. Ingat abang tak risau, ke?!” Abang meninggikan suara lagi. Ni yang aku tak tahan ni. Mata dah panas dan berair semacam.

            “Mana nak tahu fon mati... Lid tidur,” jawabku. Air mata dah meleleh.

            “Dah berapa lama Lid tidur?”

            “Hari ni berapa hari bulan?”

            “2 Julai.”

            “23 jam.”

            What?! And you’re still on your bed?!” Abang menyinga lagi. Aku ketap bibir.

            “Lid tak boleh bangun. I woke up just now and realized that I can’t lift up my body,” jelasku. Abang menghela nafas perlahan.

            “Sayang!” Abang memanggil isterinya, Kak Pina. Sekelip mata, Kak Pina dah masuk ke dalam bilik.

            She said that she’ve been sleeping for twenty three hours and she can’t lift her body up, now,” tutur abang kepada Kak Pina. Berkerut dahi Kak Pina memandangku. Lama dia begitu.

            Silly! Pergi menangis tu buat apa? Stress sangatlah tu sampai pitam!” Kak Pina pula yang membebel dekat aku. Huh! Mesti mata aku sembap. Sejak zaman universiti lagi Kak Pina kenal aku, manalah aku ni boleh tipu dia. Lainlah abang.
 
            “Mana orang nak tahu...” desisku. Haih... Manalah Habib ni... Mesti dia tengah seronok dengan isteri baru dia kan? Ni yang aku rasa nak tumbuk aje perut sendiri!

            “Abang tolong dudukkan dia.” Kak Pina meminta pertolongan abang. Abang datang kepada aku dan membantuku untuk bangun. Kedua-dua belah tanganku dicapai sebelum ditarik perlahan-lahan.

            “Auwww!” Aku mula mengaduh sakit. Sungguh, terlalu sakit pinggangku kini.

            “Sakit mana?” Kak Pina bertanya.

            “Pinggang.”

            “Sakit sangat?”

            “Terlalu.”

            Slowly, bangun.” Kak Pina mengarah. Abang meneruskan kerja yang tergendala. Menarik aku lagi.

            “Sakitlah, abang!!!” Aku menjerit dengan tekak yang perit. Lagilah banyak air mata yang keluar.

            “Tahanlah. Apasal lembik sangat ni?” Abang macam marah aku. Aku pejamkan mata, sesungguh hati dan akhirnya abang melepaskan tangan kiriku dan meninggikan bantal di belakangku, sebagai tempat untuk aku bersandar sebelum dia melepaskan tangan kananku.

            “Habib pergi Kuantan lepas Asar semalam, malam ni baru dia balik. Kalau bukan sebab Habib call abang tanya kenapa Lid tak angkat fon, abang takkan tahu yang Habib tak tahu Lid dah balik Malaysia. Risau abang tahu? Nasib baik Ayyas pandai, suruh abang cari dekat rumah dulu,” kata abang. Kak Pina sibuk memeriksa aku. Yalah, aku sedia maklum yang Kak Pina ni doktor, ada klinik keluarga di London.

            “Abang, dahlah... Her blood pressure is not stable... Dia pitam sekali lagi, nanti...” Kak Pina berdesis perlahan.

            “Nak suruh jaga diri sendiri pun tak pandai!” Abang membebel lagi. Aku tarik muncung satu depa.

            “Dah nak jadi, nak buat macam mana? Manalah Lid tahu yang Lid stress sangat...”

            “Hah, yang menangis sampai mata jadi macam panda tu kenapa? Apa yang menekan sangat tu?” soal Kak Pina.

            “Tak payah tahulah! Semua pun tak sayang Lid kan, Habib tak sayang Hamraa’, abang tak sayang Lid, Kak Pina pun tak sayang Deya... Dari tadi asyik nak membebel, nak marah orang!” Aku dah mula melalut. Bukannya aku tak tahu, mereka marah sebab risaukan aku.

            “Datang dah, angin monsun dia tu. Cuba bertenang, Lid. Abang risaukan adik abang ni, tahu tak? Abang mana yang tak risau kalau dia tak tahu dekat mana adik dia berada. Selamatkah adik dia...” Abang seakan-akan hendak memujuk.                                              

            Aunty... Kalau ayah tak sayang, Ayyas sayang...” Entah bila Ayyas dah berada di dalam bilik aku. Dia panjat katil, dan datang kepadaku, sebelum memeluk tubuhku. Lama, sehingga aku rasa syahdu yang teramat.

            I love you too, Ayyas.” Sahlah, aku tak berapa nak betul. Sekejap marah orang, sekejap sayang orang... Ish! Apa kena dengan aku ni sebenarnya?

            Aunty, ibu cakap aunty mana boleh stress... Nanti kesian dekat adik. Adik kan kecil lagi...” Ayyas dah berpesan. Aku tarik senyum. Comel betul Ayyas ni. Macam muka Kak Pina.

            Aunty tak stress lah. Aunty cuma tak kuasa nak melayan ayah Ayyas tu. Ayyas ni risaukan aunty ke adik?” soalku. Ayyas tarik sengih.

            “Dua-dualah. Ayyas sayang dua-dua...”

            “Tamaknya... Tak boleh, Ayyas kena pilih salah satu.”

            Ayyas kerut dahi. Lama dia berfikir.

            “Okeylah, Ayyas pilih aunty. Sebab kalau pilih aunty, dapat adik sekali. Sebab adik dekat dalam aunty. Kalau pilih adik, nanti adik kena keluar, tak dapat aunty sekali,” kata Ayyas. Keningku terangkat. Pandai pulak Ayyas ni dalam bab memilih.

            “Amboi, bijaknya dia!” Aku cucuk pinggang Ayyas berkali-kali sebelum menggeletek dia yang akhirnya terbaring kegelian di atas katil. Alhamdulillah, kurang sikit stress aku melihat keletah Ayyas.


            KAK PINA memang sangat baik orangnya. Dia yang membantu aku setakat ini, bagi menguruskan diri aku. Dan setakat dua jam berlalu sejak aku sedar tadi, aku masih tidak mahu menjamah apa-apa.

            “Lid! Boleh tak jangan buat perangai? Kalau dah tak nak sangat makan apa yang ada dekat sini, cuba bagitahu abang, apa yang Lid nak makan?” Abang dah mula membebel lagi. Aku pekakkan telinga. Kalaulah aku tak kena perli lepas aku bagitahu apa yang aku nak makan, memang dah lama aku bagitahu. Tapi disebabkan aku tahu bahawa abang akan memerli aku selepas aku menyuarakan permintaan ini, maka aku diamkan saja.

            “Lid tak nak makan. Tak lapar, tau tak?” Aku menekan di hujung ayat. Ya, aku tipu. Semalam pun aku sempat minum air kelapa aje. Memang tipulah aku tak lapar.

            “Sekejap lagi Habib balik, Lid jawab dengan Habib pulak. Abang dah penat asyik mengulang benda sama lebih dua puluh kali,” kata abang, berputus asa juga akhirnya.

            Tak lama lepas tu, kata-kata abang seakan-akan benar apabila aku terdengar bunyi kereta masuk ke dalam pekarangan rumah. Aku dah mula memuncung. Entah kenapa, gelak tawa perempuan semalam masih terngiang-ngiang di hujung telinga. Ish! Kau kena terima, Lid! Walau apa pun hakikatnya nanti.

            “Assalamualaikum.”

            Aku dah bergerak mengiring membelakangkan pintu bilik. Mujur juga sakit pada pinggang sedikit berkurang. Itu pun masih terasa seksa walaupun sekadar hendak mengubah posisi daripada menelentang kepada mengiring.

            “Waalaikumussalam.” Jawapan serentak daripada Kak Pina dan abang.

            “Sampai juga Habib... Abang dah puas dah pujuk dia makan, tapi dia tak nak. Wish you could do something. Kami turun bawah dulu. Kalau ada apa-apa, panggil.” Abang bersuara. Mendengar pamitan itu, lagilah aku keraskan badan. Tak kuasa nak menghadap Habib buat masa ini. Dia yang menyebabkan aku sakit sebegini.

            Tak lama selepas itu, aku dengar bunyi pintu bilik tertutup. Maknanya, abang dengan Kak Pina dah meninggalkan aku dan Habib berdua di dalam bilik ini.

            Tak semena-mena, Habib dah berdiri di hadapanku, mengisi ruang pandanganku. Menyedari kehadirannya, terus sahaja aku ingin bergerak lagi, hendak beralih daripada memandangnya.

            “Auuwww! Sakitnya!!!” Sakit, sakit yang teramat sampaikan aku tak jadi nak ubah posisi pembaringan aku.

            How could this happen?” Habib dah melabuh duduk di ruang kosong pada sisi kiri aku.

            “Dah nak jadi, jadilah.” Aku malas nak jawab panjang-panjang.

            And why didn’t you tell me yang I kurung you dalam rumah ni?” Habib marah. Marah sangatlah tu. Tak pernah-pernah lagi dia guna I-you apabila bercakap dengan aku.

            “Manalah nak tahu you nak pergi Kuantan.” Aku pun rasa macam nak marah, bila dia macam marah aku.

            And why did you ever think to not to tell me that you’re back?

            “Perlu ke?”

            For God’s sake, Lidiya Hamraa’! I’m your husband!” Mak! Terkejut perut aku! Terus perut terasa kejang semacam. Kalau apa-apa jadi, ni salah Habib. Nak marah pun, kawallah sikit suara tu. Tak pernah lagi suara dia meninggi setinggi ini.

            Muka aku dah berubah kelat. Pertama, sebab tahan rasa perut yang kejang. Kedua, sebab aku tak suka lihat muka dia yang merah bila marah.

            “Buatlah... Buat muka macam tu. Ni pun nasib baik I pergi Kuantan satu malam aje and nasib baik I tried to reach you tapi tak dapat. Cuba kalau tiga malam, I tak call you, dan you tak boleh bangun from your bed for the whole four days! Fikirlah! Fikir what will happen to you!

            “Dahlah, tak payahlah marah lagi. Now that everything is okay, tak ada benda lagi nak dirisaukan,” tuturku perlahan.

            I’m saying this for your own good sake Hamraa’. I don’t want things like this to happen again. Think before you act. Don’t bring troubles to others. And don’t you ever bring trouble to yourself.” Cara dia cakap tu, macam nak marah aku... Macam prihatin dengan keadaan aku... Entahlah, aku tak faham apa yang dia nak sebenarnya.

            “Awak tu pun, takkan tak perasan saya balik? Saya tahulah awak seronok layan tetamu tu kan sampai saya balik pun tak sedar, sampai kasut saya terpampang jelas lagi nyata dekat depan pintu rumah tu pun awak tak sedar. Yalah kan, khusyuk sangat perhatikan muka tetamu tu sampai lupa nak tengok kawasan sekeliling sebelum tinggalkan rumah,” perliku. Terus kukeluarkan rasa tak puas di dalam hati. Tangan bergerak mengusap-ngusap perut, berharap kejang tadi akan berkurangan.

            “Abang terkejar-kejar semalam. Rania pun sampai dah tengah hari, ambil masa nak tunggu dia kemas-kemas barang dia. Lepas tu dia sibuk nak ikut ke Kuantan atas alasan dia boleh jagakan Hadeef dengan Lisya. So memang tak sempat sangat nak perhati kawasan sekeliling,” kata Habib. Dah surutlah tu, marah dia...

            “Oh, Rania?” desisku.

            “Ya, Rania. My sister. Kenapa?”

            Bulat mataku mendengarnya.

            Sister? Since when?

            Since my mum lahirkan dia sebagai adik abang. Why? Tulah, menyombong sangat dengan abang sampai segala adik beradik abang pun tak kenal,” kata Habib. Aku menjulingkan mataku ke atas. Menyampah.

            I thought Harith aje adik awak?”

            He’s the adopted one. I have another adopted younger brother, adopted younger sister, a blood related elder brother, and two blood related elder sisters. Does that clear you up?” Aku terkesima. Ramainya!

            “Kenapa ramai sangat? Kenapa saya tak pernah jumpa mereka?” Kejang di perut sudah terasa berkurangan. Syukur.

            Habib jongket bahu.

            “Dah Allah aturkan ramai macam tu. Hamraa’ tak pernah jumpa mereka sebab hanya Harith dengan abang aje yang ada dekat Malaysia. Dua-dua adik angkat abang tu pun, mungkin dua bulan lagi baru mereka balik lepas mereka grad. Along dengan kakak-kakak abang semua duduk dekat luar negara,” jelas Habib. Oh, alkisahnya... Barulah aku tahu bahawa adik beradik Habib seramai lapan orang semuanya.

            “Patutlah awak tak keberatan nak ambil anak angkat,” tuturku perlahan. Habib mengangguk.

            “Yaaa... Tapi disebabkan abang belajar daripada pengalaman jugak, abang nak mereka disusukan supaya hal mahram dan bukan mahram takkan menjadi isu nanti,” kata Habib.

            “Yalah, tahulah...”

            Keadaan sunyi seketika. 

            So now that you’re back, guess that you’ve forgave me, ain’t you?

            Aku mengangkat wajah memandangnya.

            “Saya tak kata macam tu pun, kan saya dah maafkan. Awak tu aje yang tak percaya. Saya balik Malaysia ni pun sebab abang tu halau saya, tak bagi saya duduk dengan dia lagi,” kataku.

            “Baguslah kalau macam tu. Means that Hamraa’ tak boleh ugut abang nak lari London lagi lepas ni,” kata Habib. Aku cebik bibir.

            “Sukalah?” soalku. Habib tarik senyum sebelum mengangguk perlahan.

            So what did really happen to you sampai pitam dan tak boleh bangun macam ni? Nak kata penat naik flight menipu sangat. Sakit sangat ke pinggang tu?” soal Habib.

            “Sakit. Sakit dia macam kalau kita bergerak, dia ada risiko nak patah. Walhal, tak adalah nak patah pun, tapi sakit dia macam tulah... Oh, awak tak tahulah ni apa sebabnya saya beria sakit pitam macam ni? Kalau tak tahu, tak apalah... Tak payah tahu lagi bagus,” kataku. Kenapalah tak abang aje yang berterus-terang? Aku terlalu malu dengan jenayah yang telah aku lakukan dengan Kak Pina.

            “Hamraa’...” Habib bersuara amaran. Pipiku terus menjadi mangsanya.

            “Aduh... Sakitlah...” Bibir dah memuncung semacam. Pipi yang pijar kuusap-usap lembut.

            “Padanlah, sakit tu. Kita ni risaukan dia sampai sanggup batalkan meeting sebab nak balik awal, dia boleh pulak buat tak tahu. Cuba bagitahu sakit apa? Ni yang sampai tak nak makan segala, kenapa? Dah pergi London, bila balik Malaysia semula, tak boleh telan makanan Malaysia ke apa?” soal Habib.

            “Awak ni macam abanglah. Membebel aje kerja. Sakit saya ni sebab awak tau? Jangan tambahkan lagi sakit saya ni dengan bebelan awak. Cuba kalau awak masakkan saya spagetti kan... Bolehlah jugak saya makan. Sihatlah sikit saya ni,” kataku. Habib menjegilkan matanya.

            “Sebab abang pulak?”

            Aku angguk. Tiba-tiba, dia sengih nakal.

            “Rindu, eh?”

            Membulat mataku mendengarnya.

            “Tak kuasa!” bidasku. Tak mainlah rindu-rindu ni.

            “Habis tu? Takkan balik Malaysia sebab kena halau aje? Entah-entah kena halau tu alasan sampingan aje. Yang sebenarnya Hamraa’ rindu abang, kan?” tebaknya lagi.

            “Rindu Lisya dengan Hadeef lagi baiklah... Oh, ya...” Aku berura-ura ingin menyuarakan bicara hati. Sebelum itu, aku cuba untuk bangkit duduk.

            “Tolong saya duduk?” pintaku. Habib membantu. Ya, aku lebih suka cara Habib yang lebih lembut. Tak macam abang. Abang kan ada darah yang sama dengan darah aku. Darah kekasaran. Tengoklah aku dulu, tak ke kasar? 

            “Ni, saya nak cakap about susukan Lisya dengan Hadeef...” kataku. Tubuh sudah tersandar selesa pada bantal. Mata merenung wajah Habib. Habib mengangkat kening, menanti bicaraku.

            “Saya setuju. InsyaAllah, lebih kurang lapan bulan akan datang, kita boleh langsungkan. For now, kita latih mereka dulu,” tuturku. Habib kerut dahi.         

            “Okey, abang setuju... Tapi... Kenapa...” Dia diam sebentar, seperti sedang berfikir.

            Tak semena-mena, tubuhku dah selamat ditarik ke dalam pelukan.

            MasyaAllah! Isn’t it a miracle?” Dia berbisik lembut di telingaku. Aku akhirnya tersenyum akur. Perlahan-lahan, aku membalas pelukannya.

            Alhamdulillah, it is,” bisikku kembali.

            Thanks for completing me. Uhibbukifillah. Anything as a reward?

            Aku tarik sengih jahat.

            Thanks for guiding me, thanks for realizing me about us. Love you too, lillahitaala. Fettucini carbonara would be.” Aku dengar dia gelak perlahan. Dan aku ikut gelak sama. Bahagia. Ya, bahagia.

             Fettucini carbonara yang aku dan dia masak sama-sama untuk Dalila pada hari Dalila luka. Aku tahu, tidak perlu aku tanya kepada dia, “Siapa aku pada kamu?”. Kerana aku sendiri tahu jawapannya melalui setiap tingkah, bicara, dan lirik matanya. Apa yang perlu selalu aku persoalkan ialah, “Siapa dia pada aku?”, supaya aku selalu bisa ingat bahawa dia ialah suamiku yang perlu aku hormati dan pelihara maruahnya.   
 

5 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  3. Very nice story, jalan cerita yg sama sekali tak boleh ditebak..keep it up Writer...!!! Ditunggu kisah sselanjutnye...

    ReplyDelete