ENTAH
sudah berapa lama aku merenung skrin telefon bimbitku ini. Mesej ini
kuterima daripada Wardina.
Sweetest
family photo I’ve ever seen. I hope you’ll take time staring at him like what
he did to both of you. He loves you. Really. (Sorry sebab lambat hantar gambar
ni. Dah seminggu pun birthday Aryan berlalu)
Paparan pada skrin telefon bimbitku kini
menunjukkan gambar Aryan yang sedang mengucup pipiku dan kami menjadi perhatian
mata Ihsan.Gambar ini diambil ketika sambutan hari lahir Aryan minggu lepas. Aku
tak pernah sedar pun bahawa Ihsan yang sedang ralit berborak tu sebenarnya
sedang memandang ke arah aku dan Aryan.
“What
are you looking at?”
Suara
itu kedengaran benar-benar dekat dengan telingaku lantas pantas tanganku
bergerak menerbalikkan telefonku supaya skrinnya menghadap ke bawah.
“Hmmm?”
Aku buat-buat macam tak dengar akan apa yang ditanya Ihsan sebentar tadi.
“Apa
benda yang buatkan awak khusyuk sangat tenung telefon tu?” Ihsan memandang
telefon yang berada di atas ribaku.
“Kenapa
nak tahu?”
“Manalah
tahu tengah tenung muka saya...” Ya Allah, perasan juga dia ni!
“Dah,
dah. Cepat, gate dah buka pun.” Aku terus memegang telefon bimbit di
atas riba dan bangun daripada dudukku. Mata merenung Ihsan yang tak ada
tanda-tanda untuk bangun daripada duduknya.
“I
don’t feel like going to Malaysia without you guys...” Ihsan memejamkan
matanya dan kemudian wajahnya diraup dengan kedua-dua belah tangannya. Kasihan
pula aku melihat wajahnya pada ketika ini. Namun Ihsan bangkit juga dalam
keengganannya.
“Ihsan...”
Aku mendongak dan memandangnya.
“Kalaulah
saya tak kerja, saya akan ikut awak tau?Tapi saya tak sampai hati untuk
tinggalkan Dr Dave macam tu saja walaupun dia suruh saya ikut awak.”’
“Never
mind. Dua minggu saja pun.” Ihsan mengukir senyum. Dua minggu saja? Dia
ingat sekejap ke dua minggu tu? Aku mengalihkan pandanganku ke bawah.
“Emmm,
take care. Nanti dah sampai sana, call saya.” Itu pesanku
buatnya.
“Nuha.”
Pandangan
aku angkat kembali membalas pandangannya.
“Hmmm?”
“Will
you miss me?” Riak wajah Ihsan sukar untuk aku tafsirkan. Tetapi aku ada
jawapan untuk persoalannya.
Badly,
Ihsan. Badly.
“Tak tahu.” Aku angkat bahu. Agak-agak jadi
tak aku berlakon ni?
Ihsan
mengukirkan senyumannya.
“I
know you will. Just take care of yourself and Aryan, okay?” Aku mengangguk.
“I
love you. Both of you,” sambung Ihsan lagi.
“Dah,
better awak gerak sekarang.” Tangan kanan Ihsan kucapai sejurus selepas
aku menutur bicara itu. Belakang tangannya itu kukucup. Memang aku sengaja
hendak lari dari topik hati dan perasaan begini.
“Nice
starting.” Ihsan senyum pandang aku selepas tangannya aku lepaskan.
“Baik
awak pergi cepat. Kalau tak nak, biar saya yang pergi dulu.”
“Okay,
you go first.” Nampaknya Ihsan bersetuju dengan cadangan aku sebentar tadi.
Oleh kerana tak tahan berada dalam keadaan yang menggugat hati dan perasaan
sebegini, maka aku ambil keputusan untuk pulang dahulu.
Langkah
terus kuatur menuju ke luar lapangan terbang ini. Sikit pun aku tidak menoleh
ke belakang. Sebab aku tak mahu jika tiba-tiba aku menjadi emosional.
Hati
sebenarnya sejak tadi lagi terasa gusar semacam. Takkanlah tak sampai lima
minit berjauhan kau dah rindu, Nuha? Sedarlah sikit.
Semakin
jauh aku melangkah, semakin hatiku terasa tidak selesa. Lambat-lambat aku
memusingkan kembali tubuhku.Mata cepat sahaja mengesan susuk tubuh Ihsan yang
sedang berjalan semakin jauh meninggalkanku.
Kaki
melangkah. Pada mulanya agak perlahan kerana aku masih ragu-ragu. Namun semakin
lama semakin laju sehinggakan aku tidak sedar bahawa aku sedang berlari di
dalam lapangan terbang itu.
Tubuh
Ihsan terus kuterpa dengan pelukan erat dari arah belakang. Langkah kakinya
terus terhenti.
“I
forgot to tell you something...”
“Nuha?”
Nada suara Ihsan kedengaran seperti dia sedang terkejut. Tanganku yang sedang
merangkul pinggangnya, disentuhnya.
“I
will miss you, Ihsan. Badly.” Pelukan pada tubuh Ihsan aku eratkan lagi. Mata
dah terasa panas. Kenapalah lama sangat aku seksa diri aku? Seksa Ihsan?
“Sorry?”
Suara Ihsan lebih kepada nada ingin menyakat pada ketika ini. Tawaku terlepas.
Air mata sudah jatuh dari tubir mataku.
“I
will miss you, Ihsan. Really, really miss you.I can’t hate you the same way I
hate Zachary. I’ve tried but I can’t deny these feelings that had always been
in here for you, since the first day I
saw you. I’ve been missing you the same way Aryan miss you when you were
avoiding me. I can’t even answer the question why can’t I stop thinking and
worrying about you, Ihsan. I hate Zachary, but I love you, Ihsan. I love who
you are when you have your faith with you. I love you so much, Ihsan.”
Pelukanku
pada tubuhnya, dia leraikan. Kemudian, dia berpaling menghadap aku. Aku
mendongak memandangnya apabila tangan kanannya menyentuh pipiku lalu mengesat
pipiku yang basah. Bibir yang tadinya aku kebam erat perlahan-lahan menarik
senyum kecil membalas senyumnya.
“I
hate it to tell you that I’ve been torturing us since the first time I saw you
from my room, through the window,” tuturku perlahan. Tanpa berkata apa-apa,
Ihsan terus menarik aku ke dalam pelukannya dan aku dengar betapa dalamnya
nafas yang dia hela.
“Thank
you, Nuha. Thank you so much.” Suaranya kedengaran berat sekali.
Seakan-akan dia sedang menanggung sebak. Pelukannya aku balas dengan harapan
agar air matanya tidak jatuh.
Lama
kami begitu. Aku dapat mendengar rentak pernafasannya yang semakin normal,
tanda dia semakin tenang.
“You
should go now, Ihsan,” bisikku perlahan.
“I
will miss you and Aryan.” Pelukan dia leraikan setelah menutur bicara itu.
“So
do us. Go, now.”
“Take
care.” Hujung hidungku dicuit Ihsan. Aku tersenyum.
“You
too.” Ihsan menarik bagasinya dan berlalu pergi. Aku sekadar menghantar
dengan pandangan mata. Tuhan, aku pasti merinduinya.
Hai
awak!
BIBIRKU
mengulum senyum melihat mesej yang kuhantar melalui Whatsapp. Sekejap
sahaja, sudah dibaca oleh orang di sana.
Awak
nampak handsome sangat hari ni! Awak rindu saya tak? Saya rindu awak
sangat-sangat!
Dan tak perlu tunggu lama, tanda tick berwarna
biru muncul.
Budak
niii...
Aku tersengih membaca balasan mesejnya.
Disebabkan
saya tengah rindu awak sangat-sangat ni, jom kita date? Dapat makan Magnum best
jugak ni.
Aku menghantar lagi mesej kepadanya. Pandangan
kuangkat daripada skrin lantas aku memandang gerak-geri manusia berbaju T biru
lembut dan berkardigan lengan panjang biru gelap yang duduk sejauh dua puluh
meter daripadaku. Dapat kulihat bibirnya mengulum senyum dan kemudian dia
mengubah posisi duduknya daripada bersandar kepada menegak dan kedua-dua belah
tangannya yang sedang memegang telefon diletakkan di atas meja di hadapannya.
Matanya masih khusyuk menatap telefon.
Aku
memandang kembali telefonku apabila bunyi burung bersiul kedengaran.
Magnum
apa sejuk-sejuk kat sana tu?
Tak cair langsung ke dengan ucapan rindu aku?
Haish, tak boleh jadi ni.
Skrin
kusentuh bagi merakam suaraku.
“Awak,
saya rindu awak ni. Rindu sangat-sangat. Tak nak ke date dengan saya?”
Rakaman
itu terus kuhantar.
Pandangan
kualih lagi ke arah manusia itu. Dia ketawa. Ahhh, rindunya aku nak dengar
gelak dia!
Dah,
pergi buat kerja tu. Suruh Dave potong gaji baru tahu.
Ada
hati nak pengaruh abang dia? Pengaruh aku kepada Doktor Dave tu lagi kuatlah.
Kuat sikitlah.
Yalah,
awak.... Betul tak nak Magnum ni? Tak menyesal?
Aku memberikan balasan lagi.
Budak
ni kannn...
Aku ketawa membaca balasannya lantas telefon
kusimpan ke dalam beg tanganku dan aku bangun daripada dudukku. Manusia
berkardigan biru gelap itu terus kudekati dari arah belakangnya. Kalau ini
bukan Malaysia, dah lama aku peluk dia dari belakang.
Jadi,
disebabkan aku di Malaysia, maka tanganku bergerak merampas telefonnya dari
belakang disusuli dengan bicara, “Tak sangka awak tak sudi nak date
dengan saya... Harap muka saja handsome, tapi awak sombong!”
Dia
berpaling ke belakang dan aku tidak tahu bagaimana harus aku tafsir air mukanya
sekarang. Dia terus bangkit berdiri dan tangan kanannya terus bergerak
merangkul pinggangku dan terus sahaja dia menarik aku pergi dari situ. Mataku
tidak dapat lepas daripada memandang senyum pada bibirnya yang cantik.
“Nakal!”
Perkataan pertama yang tercetus keluar daripada bibirnya setelah hampir tiga
minit masing-masing senyap. Bicara itu disertai dengan pandangannya yang
singgah pada wajahku. Aku tak dapat nak tafsir jenis pandangannya yang ini.
Aku
menarik sengih, “Kata tadi tak nak date? Kalau dah cakap, mana boleh
tarik balik. Saya saja datang tegur awak tadi, nak cakap goodbye.”
Tangan
kirinya naik menarik lembut hidungku, “Rezeki bila dah sampai depan mata, tak
elok tolak tau, anak-anak?”
Aku
ketawa.
“Habis
tu sekarang ni macam mana?”
“Disebabkan
tawaran date awak dah tutup, saya pulak nak ajak awak date sebab
rindu awak pada saya tak setanding rindu saya pada awak yang dah bertahun-tahun
saya pendam ni. Awak sudi tak date dengan saya?”
“Orang
tua niii, ingatkan keras hati sangat. Nak Magnum.” Ihsan ketawa setelah
mendengar permintaanku itu.
“This
one is more than Magnum.”
“Apa?”
“Tengoklah
nanti. Nak date tak ni?” Laju aku mengangguk.
“So,
follow me. And by the way, thank you sebab awak rindu saya sangat-sangat
dan datang ke Malaysia untuk mengubat rindu saya.”
“Yalah,
hati orang tua ni kena pandai jaga,” tuturku. Dia sekadar tersenyum.
“Aryan
mana?”
“Dengan
abang. Abang tu rindu sangat dengan dia. Aryan pun okey saja bila kena tinggal
dengan abang. Sebab tu boleh keluar macam ni. Kalau tak, Nuha ingat nak bawa
Aryan sekali. Tak best tau kalau
pergi mana-mana tak bawa anak.”
“You have that mommy-like sound now.”
Ihsan ketawa perlahan selepas menutur bicara itu. Aku mengerling memandangnya
sekilas.
“Of course-lah. Takkanlah daddy-like sound pula...”
“HMMM?”
“Hmmm...”
“Betul-betullah.”
“Siapa yang main-main?”
“Masalahnya kan benda ni untuk
budak-budak.”
Tanpa berkata apa-apa pun, dia terus
menarik aku dan mendudukkan aku di atas buaian tersebut. Tak sempat aku nak
bangun atau berbuat apa-apa, aku mula melayang ke udara. Mulut mulalah nak
menjerit sebab aku rasa dah lebih sepuluh tahun aku tak naik benda Allah ini.
“Ihsan! Ihsan!”
Ihsan boleh selamba mentertawakan
aku. Ya Allah. Aku dah separuh nyawa kena tolak dengan dia laju-laju macam ni,
dia boleh buat selamba saja? Aduhh, boleh terkeluar balik segala Magnum yang
aku makan tadi.
“Dahlah, awak. Malulah saya orang
tengok. Please...”
“Kalah takut budak-budak bila naik
buai...”
“Saya dah lebih sepuluh tahun tak
naik buaian ni, tau? Mana tak rasa nak tercabut jantung? Awak nampak tak uncle
tu pandang saya macam nak penggal kepala saya?”
“Langkah mayat saya dulu tau, nak
penggal kepala awak.”
“Ewww, romantiknya! Cepat-cepat,
hentikan semua ni. Kalau awak tak hentikan buaian ni, saya lompat,” ugutku.
“Berani ke?” Oh, tak percaya. Nanti
aku lompat, dia yang menangis. Maka, dalam rasa gementar yang melangit, aku
bersedia untuk melompat apabila tiba masa yang sesuai. Dah tiga kali agaknya
aku terlepas sebab aku takut salah mendarat.
Akhirnya setelah empat kali
terlepas, barulah aku melompat. Aku tak tahu waras atau tak tindakan aku ni.
Tapi dapatlah jugak merasa macam mana rasanya bergolek atas rumput tu.
“Aiyooo! Adik, adik okey
kaaa?” Aku dapat mendengar suara seorang pak cik melaung dari jauh. Automatik
selepas itu aku terus bangun dan duduk daripada kedudukan memalukan aku. Hei,
aku rasa semua orang tengah pandang aku. Salah Ihsanlah ni.
Aku pandang ke sebelah kanan. Nampak
uncle yang merenung aku macam nak penggal kepala aku tadi sudah semakin
dekat kepada aku. Dialah yang melaung kepada aku tadi.
“Adik, adik okey kaaa?” soal uncle
berbangsa India dan berkulit cerah seperti Melayu itu. Aku dapat tahu dia
berbangsa India, sudah tentulah kerana pelat bicaranya.
“Saya saja nak practice jumping
skill saya, uncle.” Tak semena-mena aku terdengar tawa kecil
terletus dari sisi kiri aku dan aku kenal sangat-sangat tawa itu milik siapa.
“Aiyoyo. Sikit lagi golek, masuk itu
tasik. Susah saya nanti.”
“Tak apa, uncle. Tak masuk
tasik lagi ni. Uncle jangan risau. Saya okey.” Okeylah sangat. Badan
sebenarnya rasa pedih-pedih macam baru lepas bergolek atas jalan tar.
“Jaga diri baik-baik, adik. Nanti
masuk hospital susah.”
“Ya, uncle. Thank you, uncle.”
Aku mengukir senyum kepada pak cik itu.
“Mr Green.” Dan aku pelik
yang teramat apabila melihat dia memandang Ihsan di sebelah kiri aku dan tunduk
sedikit sebelum menyapa Ihsan. Dahlah panggil Ihsan, Mr Green.
Tiba-tiba belakang tubuhku dan
bahuku sudah ditutupi kardigan biru gelap. Ni aku menyampah ni. Bila aku nak
merajuk saja, mesti tak menjadi sebab ada saja perkara baik yang dia buat.
“My wife, Uncle Raja.” Air
muka pak cik itu berubah seratus peratus.
“Your wife? Oh, Mr Green buli
isteri sendiri. Aiyooo, kesian sama dialah, Mr Green.”
“Tak apa, dia memang suka
lompat-lompat macam tu.” Banyaklah Ihsan punya suka!
“Okeylah, Mr Green. Saya sambung kerja
saya.”
“Okey, Uncle Raja.” Pak Cik
Raja terus berlalu. Oh, barulah aku tahu bahawa Pak Cik Raja itu bekerja di
sini.
“Best tak bergolek?”
“Best sangat-sangat. Nak try?”
“Dah, bangun.” Aku bangun juga
akhirnya. Dia tarik aku dan kami membuka langkah berjalan bersama-sama. Aku
sempat membelek siku tangan kanan yang terasa pedih semacam. Patutlah, baju aku
dah terkoyak pun dekat bahagian siku.
“Ihsan...” Aku berhenti melangkah
dan aku buat muka sedih sambil tunjuk siku aku pada dia. Adalah juga luka
sebesar duit sepuluh sen. Tak fasal-fasal berparut siku aku nanti.
Ihsan juga ikut berhenti dan
memandang luka aku sebelum tangan kanannya naik menyentuh luka itu. Rumput dan
pasir yang melekat di situ dia bersihkan dengan tangannya.
Aku tahu banyak mata yang memandang
kami. Yalah, logik tak bila berhenti tengah-tengah jalan macam tu lepas tu
sibuk nak pegang-pegang. Ni Malaysia, kot! Tapi aku tak kisah pun, mata orang
biarlah dia orang nak pandang pun. Yang penting aku tak buat dosa. Dan bukannya
orang lain boleh nampak pun siku aku yang terdedah sikit ni dan bukannya orang
lain nak sangat pun tengok siku aku yang dah buruk ni.
“Lain kali jangan nak berani sangat
buat macam tu. Masuk tasik tu saya tak tolong tau?” Ihsan tarik senyum. Aku
mencebik.
“Tak ada lain kali dah, eh? Serik
dah, serik.” Kami menyambung kembali langkah kami setelah selesai urusan dia
dengan luka aku.
“Awak takut apa sebenarnya naik buai
tu?”
“Bukan takut, eh? Dia macam lebih
kepada nervous sebab dah lama tak naik buai.”
Ihsan memaut bahuku dengan tangan
kirinya.
“Marah ke?”
“Ingat nak mogok tadi. Boleh pula
awak gelakkan saya masa saya tengah cakap dengan uncle tu. Jahat tau?”
Ihsan ketawa.
“That excuse sounds cute
lah.”
“Yalah tu.” Aku tarik kardigan milik
Ihsan pada tubuhku itu agar menutup bahagian hadapan tubuhku. Kotor juga baju
aku rupanya.
Aku memandang Ihsan di sebelah
lantas tersenyum walaupun dia tak pandang aku, “Thank you for this cardigan.
Lepas dapat kardigan ni terus tak jadi nak mogok dah.”
Ihsan senyum tanpa memandang aku.
AKU
tak pernah jangka pun yang benda macam ni akan terjadi. Tapi tak adalah aku
tak pernah fikir yang benda macam ni akan jadi. Tapi masa aku fikir tu tak adalah
aku anggap benda ni akan betul-betul jadi. Hish, entah apa-apanyalah ayat aku
ni.
Tipulah kalau aku cakap aku tak
sakit hati. Jujur, aku menyampah sangat bila hari-hari benda dengan tujuan yang
sama masuk ke dalam telefonku. Si psiko ni pun satu. Tak ada kerja agaknya nak
buat aku menyampah dengan dia. Profile picture pun letak gambar
tengkorak. Padan sangatlah dengan perangai.
Tapi walau apa-apapun usaha yang si
psiko ni dah buat, aku masih hidup macam biasa. Maknanya, usaha si psiko itu
tak menjejaskan kehidupan aku lagi buat masa ni, hanya hati aku sajalah yang
dah berjaya si psiko tu usik.
Disebabkan frust yang aku dah
tahan selama seminggu ni, maka aku merajinkan diri untuk bangun daripada
dudukku dan mendapatkan abang ipar aku di bilik rawatan sebelah.
“Can I talk to you, before you
leave?” Aku tarik muka simpati kepada Dr Dave yang sedang khusyuk dengan
komputer di atas mejanya.
“Come in.”
Aku terus masuk dan duduk di kerusi
yang tersedia, bertentangan dengan Dr Dave. Tak menunggu lama, telefon aku
letakkan di atas meja dan aku tolak ke hadapan Dr Dave. Wajah aku topangkan
dengan kedua-dua belah tangan di atas meja Dr Dave. Disebabkan dia dah lama
jadi abang ipar aku, selamba sahajalah aku dengan dia.
“Do you know this woman?”
soalku. Wajah aku, memang dapat aku rasakan betul-betul tak bermaya kini.
Memanglah aku pernah nampak muka perempuan tu dulu, tapi aku tak kenal siapa
perempuan tu.
Dr Dave mengambil telefonku dan
kemudian dia memerhatikan skrin telefonku itu.
“Nuha, this is my brother back
then. When he was in the university. It was a long time ago.”
“I know. I’m not questioning
Ihsan. We dah married for two and a half years kot. I am just
wondering who the psycho is.”
“She’s Samantha Long. She was
close to Ihsan in the college, but just as a friend. As far as I knew, Ihsan
had a few girlfriends when he was a kid, when he was in high school but Ihsan
had no one special in his life when he was in the university except you.”
Okeylah, cerita ni aku dah tahu.
Ihsan sendiri dah bagitahu kat aku. Tapi aku tak berapa boleh nak hadam macam
mana perhubungan kawan antara Samantha dengan Zachary aka Arifihsanni
membolehkan mereka rapat macam kekasih. Tiba-tiba pula aku menyampah dengan
suami sendiri lepas dah tengok gambar-gambar tadi. Teruk betul kau ni Nuha.
Tadi kata tak nak pertikai fasal Ihsan.
“Why is she sending me this
pictures?”
“I don’t know. But she is not
supposed to know about you since you guys got married in Malaysia. How did she
get your number?”
“Urgh. I feel like vomiting now.”
Kepala terus aku daratkan di atas meja. Memang ketara tanda-tanda stress aku
sekarang ni.
“Have you told Ihsan about this?”
“No. He’s in Malaysia with Aryan.”
“So when will you tell him? Or do
you want me to tell him?”
“No, I’ll tell him myself, maybe
later, when he is back.”
“Okay. Just don’t think about
this too much, okay?” Dr Dave menolak kembali telefon milikku kepadaku.
“I’ll try not to. Thanks, big
brother.” Telefon kuambil semula dan aku terus bangkit daripada dudukku.
“Anytime, Nuha.”
Setelah itu aku terus berlalu keluar
dari klinik sementelah waktu bekerja pun dah tamat. Hati dahlah tengah sakit.
Kalau ada Aryan bolehlah terubat sikit walaupun Aryan sekarang ni dah pandai
buat geng dengan daddy dia.
Sebelum memulakan pemanduan untuk
pulang ke rumah, sempat aku periksa lagi telefon aku. Mesej baru daripada si
psiko. Aku rasa dia ni mesti bersusah payah selongkar gambar-gambar lama dia
dengan Ihsan sebab nak sakitkan hati aku kan? Gila betul. Entah apa-apa
perangai.
Aku nak tengok apa lagi permainan si
psiko ni.
Mata memerhatikan gambar screenshot
daripada laman instagram milik samanthagreen yang dia hantar kepadaku. Samantha
Green lah sangat! Geli tekak aku. Samantha Long tu, Long saja la.
Mata aku terbeliak sekejap bila
nampak gambar si psiko dan Ihsan sedang layan Aryan bermain di taman. Taman aku
dengan Ihsan pula tu! Dapat aku lihat post instagram itu tertulis, “Met
my loved ones today in Malaysia. We spent a lot of quality time together, all this
day. Thank you, sweetheart for this date. You are amazing as always. And our
son is cute, just like me.”
Lepas sahaja aku baca caption
tu aku tak tahulah aku nak menangis ke nak menjerit ke nak terkebil-kebil ke.
Tapi rasa macam aku pun dah nak jadi gila macam perempuan tu. Aku yang lahirkan
Aryan, suka hati dia yang busuk tu saja cakap tu anak dia! Dahlah samakan muka
Aryan dengan dia. Perempuan ni meroyan ke apa? Kemaruk sangat nak anak?
Aku paling tak boleh tahan apabila
aku dapat baca segala komen yang orang lain beri. Dahlah dapat likes
sampai tujuh ribu guna gambar suami dan anak aku. Lepas tu orang lain pun cakap
tahniah sebab kahwin dengan Zach, tahniah sebab ada anak, teruja sebab anak aku
tu comel. Dan dengan bangganya dia komen, thank you, look who’s the mum.
Blergh! Memanglah anak aku tu comel.
Dah nama pun anak aku. Aku sepak juga perempuan ni kalau aku jumpa dia.
Menyampahnya aku!
Masa hati tengah marah nilah tiba-tiba
telefon keluarkan lagu Open Your Eyes nyanyian Maher Zain. Insaf sekejap
aku. Perlahan-lahan aku menutur istighfar. Panggilan daripada Dina yang masuk
itu aku abaikan. Bukannya apa, aku takut termengadu dekat Dina saja. Dahlah
Dina tengah sarat mengandung anak pertama dia. Tak fasal-fasal dia terberanak
dengar masalah aku nanti.
Selepas nada dering itu tamat, baru
sahaja aku mula bertenang, keluar lagi suara Maher Zain. Kali ni lagu For
The Rest of My Life. Dan kali ini, tak sampai sebaris pun Maher Zain
menyanyi, aku terus tolak panggilan tersebut. Sungguh, inilah pertama kali
selama dua tahun lebih aku dah kahwin, aku tak bagi peluang Maher Zain menyanyi
lagu tu.
Nombor telefon Dr Dave aku dail. Tak
tunggu lama, panggilan terus bersambung.
“I need three days leave. Please.”
“Okay. But...”
Aku terus matikan talian tanpa
memberi peluang untuk dia bercakap. Selepas itu, telefon terus sahaja aku
matikan. Sebab aku yakin suami aku akan call selagi tak dapat bercakap
dengan aku.
No comments:
Post a Comment