Total Pageviews

Thursday, 12 January 2017

Cerpen- Hidayah Dia (Part 8, FINAL)

Catatan penulis: Assalamualaikum, semua. It's Thursday! So, as always, sambungan untuk cerita Hidayah Dia. AMARAN: Post kali ini adalah PANJANG (17 ms) sama panjang dengan part 7. Saya memang dah niat nak habiskan dalam satu posting saja, sebab tulah jadi panjang. Kalau tak sepatutnya saya split lagi tu untuk 2 update berasingan. Tapi biarlah. Memang nak habiskan cerita ni cepat. Hehe. So, selamat membaca. Dan buat yang follow cerita ni dari update pertama sampai yang kelapan ni, terima kasih banyak2. Mohon tinggalkan komen korang ye? Terima kasih, ^_^.




            Aku paling tak boleh tahan apabila aku dapat baca segala komen yang orang lain beri. Dahlah dapat likes sampai tujuh ribu guna gambar suami dan anak aku. Lepas tu orang lain pun cakap tahniah sebab kahwin dengan Zach, tahniah sebab ada anak, teruja sebab anak aku tu comel. Dan dengan bangganya dia komen, thank you, look who’s the mum.

            Blergh! Memanglah anak aku tu comel. Dah nama pun anak aku. Aku sepak juga perempuan ni kalau aku jumpa dia. Menyampahnya aku!

            Masa hati tengah marah nilah tiba-tiba telefon keluarkan lagu Open Your Eyes nyanyian Maher Zain. Insaf sekejap aku. Perlahan-lahan aku menutur istighfar. Panggilan daripada Dina yang masuk itu aku abaikan. Bukannya apa, aku takut termengadu dekat Dina saja. Dahlah Dina tengah sarat mengandung anak pertama dia. Tak fasal-fasal dia terberanak dengar masalah aku nanti.

            Selepas nada dering itu tamat, baru sahaja aku mula bertenang, keluar lagi suara Maher Zain. Kali ni lagu For The Rest of My Life. Dan kali ini, tak sampai sebaris pun Maher Zain menyanyi, aku terus tolak panggilan tersebut. Sungguh, inilah pertama kali selama dua tahun lebih aku dah kahwin, aku tak bagi peluang Maher Zain menyanyi lagu tu.

            Nombor telefon Dr Dave aku dail. Tak tunggu lama, panggilan terus bersambung.

            I need three days leave. Please.

            Okay. But...

            Aku terus matikan talian tanpa memberi peluang untuk dia bercakap. Selepas itu, telefon terus sahaja aku matikan. Sebab aku yakin suami aku akan call selagi tak dapat bercakap dengan aku.

           
            AKIBAT bengang dengan bunyi telefon rumah yang tak henti-henti berdering sejak pukul tiga tadi sampailah dah nak dekat pukul enam sekarang ni, maka aku ambil telefon itu dan aku masukkan ke dalam almari baju Aryan, pada bahagian bawah sekali dalam banyak-banyak baju Aryan yang berlipat.

            Mentang-mentanglah dah dua hari aku matikan telefon, Ihsan target telefon rumah pula. Pandai. Memang pandai. Ihsan ni pun, dia tak tidur ke apa dekat Malaysia tu?

            Setakat ini, aku dah berjaya habiskan dua bekas 5 liter aiskrim berperisa vanila dengan cip coklat dan satu bekas 5 liter aiskrim berperisa coklat. Semuanya buatan sendiri. Memang satu-satunya benda yang boleh buat aku lega 24 jam dalam sehari sekarang ini ialah aiskrim. Walaupun sekarang ni winter.

            Sekarang ni juga, aku perintahkan darurat untuk diri aku sendiri. Aku tak keluar rumah dan tak ada sesiapa boleh masuk dalam rumah aku. Ketuklah pintu tu macam nak roboh pun, aku takkan buka. Walaupun yang datang tu nenek Ihsan sendiri, aku takkan bersimpati langsung. Dan memang semalam nenek Ihsan datang pun. Tapi aku tutup segala benda yang boleh menghasilkan bunyi dan aku sendiri pun diam sahaja supaya nenek Ihsan berputus asa dengan cubaannya untuk bertemu dengan aku. Dr Dave ada datang juga. Adik Ihsan, Cecelia pun ada datang juga, jiran sebelah rumah aku pun datang juga tapi semua orang aku kecewakan. Sebab aku tahu, semua orang yang datang tu, semuanya bawa mesej daripada Ihsan. Tak kuasa aku nak bertoleransi sekarang ni. Upah orang bersihkan salji pun aku selitkan bawah pintu saja sekarang ni. Tak main dah jumpa depan-depan.

            Semua gambar yang ada di dalam rumah aku turunkan dan terbalikkan sebab kalau aku tengok mana-mana gambar pun, mesti aku terbayangkan muka Samantha psiko tu.

            Sambil mata pandang tv, tangan kanan yang memegang sudu menyuap aiskrim coklat ke dalam mulut. Kalau Ihsan nampak aku buat perangai lanun macam ni mesti dia peluk aku sambil membebel. Mana taknya, dua hari ni aku hidup dengan makan aiskrim saja. Tak ada dah makanan berkhasiat.

            Kalau Dina nampak aku macam ni mesti dia kata perangai aku macam budak-budak dan memang aku rasa perangai aku macam budak-budak pun sebab tak nak berbincang dengan Ihsan tapi nak buat macam mana sebab buat masa sekarang ni memang aku rasa macam nak berkabung saja. Tahu tak betapa teruknya emosi aku sekarang ni? Teruknya tahap emosi aku ni sampaikan kalau Ihsan ajak berbincang pun, mesti aku akan melenting saja walaupun aku tak pernah buat macam tu.

            Aku tahulah berdosa sebab buat Ihsan sakit hati sebab dia tak dapat tahu keadaan aku di sini apabila aku tak jawab panggilan dia. Aku tahu, tapi aku buat juga. Aku tahu aku patut berbincang dengan Ihsan, tapi aku tak buat. Kadang-kadang aku sendiri pun tak kenal dengan diri aku sekarang ni.

            Buat masa ni aku tak nak fikir apa-apa. Biarlah apa nak jadi pun.


            HABIS tiga hari cuti, aku hidupkan telefon aku. Tak perlulah aku nak gambarkan betapa banyaknya panggilan daripada Ihsan dan mesej yang berdesup-desup masuk. Satu pun aku tak buka.

            I’m sorry but I need another four days. Please. If you thought of firing me, just do it.

            Mesej itu kuhantar kepada Dr Dave.

            Tak lama menunggu, mesej berbalas.

            What happen?

            Something terrible. Just let Ihsan know that I’m alive and tell him to stop contacting me. He is wasting his time. Thank you so much.

            Mesej itu kuhantar kepada Dr Dave sebelum telefon aku matikan semula dan kuletakkan kembali di atas meja lampu tidur.

            “Huhhh... Astaghfirullahalazim.” Nafas kulepaskan perlahan.

            Al-Quran yang tertutup di atas rehal di hadapan, aku buka. Seperti biasa, aku menyambung bacaan aku pada bahagian yang aku berhenti semalam. Sesungguhnya, hati aku terlalu tenang apabila dekat kepada Allah begini.


            OLEH kerana tiada apa-apa yang boleh aku makan lagi pada hari kelima darurat aku, maka aku terpaksa tarik balik arahan darurat itu. Terpaksalah aku hadap muka orang yang ambil upah cuci salji dekat jalan masuk rumah aku tu. Tapi nampaknya dia belum sampai lagi, maka aku ambil keputusan untuk ke kedai dahulu.

            Tiga puluh minit membeli barang-barang keperluan, aku pulang semula ke rumah. Dapat aku lihat orang cuci salji aku dah sampai. Dia beri laluan untuk aku masuk dan parkir kereta aku ke dalam garaj. Bukan main lagi dia pandang aku macam nak sembelih. Tahulah dah lama tak nampak muka aku tapi tak payahlah pandang aku macam tu. Pelik juga dia hari ni. Kenapa dia pakai face mask? Selsema ke apa? Maklumlah, musim sejuk.

            Keluar sahaja daripada kereta, aku terus mendapatkan dia dengan duit di dalam tangan.

            “William.” Aku panggil dia dan dia berhenti daripada melakukan kerjanya. Kemudian dia berpaling memandang aku.

            Here’s your payment for today. Thank you.” Aku menghulurkan duit kepadanya. Dia menadah tapak tangannya. Eh? Biasanya William akan ambil sahaja daripada tangan aku. Tak adalah nak tunggu aku letak atas tapak tangan dia. Orang yang suka buat macam ni, Ihsan saja. Tiba-tiba aku rasa lain macam. Dengan face mask yang dia pakai, lagilah aku rasa William macam orang lain.

            Aku pandang mata William. Allah! Mata kelabu!

            Cepat-cepat aku buka langkah dan lari. Aku dengar bunyi shovel yang jatuh dihempas ke atas jalan tar dan kemudian bunyi langkah orang berlari. Entah kenapa aku dapat rasakan yang aku hampir ditangkap kalau tak kerana anjing jiran aku lari ke arah manusia yang tengah mengejar aku tu. Bagus Carl! Pergi bermesra dengan dia! Tulah! Siapa suruh pakai face mask. Carl sangat anti dengan pengunjung yang tak dikenali.

            Sempat aku masuk ke dalam kereta aku dan kemudian aku kunci kesemua pintunya. Kalau nak masuk dalam rumah memang tak sempatlah sebab nak buka kunci rumah tu lama juga.

            Tak sampai seminit, manusia yang aku ingatkan William tadi dah tiba di sebelah kereta aku dengan face mask yang dah hilang daripada muka dan hood kepala yang dah terbuka.  Tingkap kereta aku, dia ketuk berkali-kali. Aku akhirnya berpaling ke sebelah kiriku. Dia memberi isyarat supaya aku keluar daripada kereta. Jelas kulihat kerutan pada wajahnya tanda dia sangat bengang. Aku agak sajalah yang dia tengah bengang sebab muka macam ni dia tak pernah tunjuk pun pada aku mahupun Aryan.

            Get out now, Nuha!” Terjongket bahu aku dibuatnya. Garang juga Ihsan. Merah muka dia mungkin sebab bengang dengan aku.

            Aku hidupkan enjin kereta dan tingkap kereta aku buka separuh. Pandangan aku halakan ke depan.

            “Keluar, Nuha.” Tegas dia menutur dalam nada yang lebih lembut daripada tadi. Aku masih membatu sehinggalah tiba-tiba Ihsan memasukkan tangannya melalui tingkap dan pintu yang berkunci dia buka dari luar lantas pintu kereta dibukanya. Aku terkejut sampai tak sempat nak buat apa-apa. Sedar-sedar saja tangan dah kena tarik dengan Ihsan dan sedar-sedar sahaja aku dah berdiri di hadapan Ihsan dan dah selamat pun dipeluk Ihsan.

            If not because of the thick snow, I should have met you last four days,” tuturnya.

            “Kalau awak tak balik pun, saya lagi suka.”

            Selepas itu, pelukan terus sahaja dilerainya.

            How did you live without your phone?

            I can live without you. Apa sangatlah telefon tu.”

            Why didn’t you go out of the house?

            “Tak nak jumpa semua orang sebab saya dah tahu yang semua orang will talk about you.

            Why did you put all of our family photos down?

            “Saya tak nak tengok muka awak.”

            Semua jawapan aku setakat ini bertujuan untuk lukakan hati Ihsan sedalam-dalamnya. Biar dia rasa.

            Lahaaai, apa masalah perempuan ni! Bukan laki kau curang dengan kau pun! Samantha tu yang gila. Entah kenapa aku nak kutuk diri aku sendiri. Tapi aku rasa memang patut pun aku dikutuk begitu.

            Okay, tell me.” Ihsan masih tenang. Dia ni tak ada ke nak bagi ayat yang sakitkan hati aku ke. Kadang-kadang geram juga dapat suami baik macam ni.

            Aku pandang telefon aku yang berada di seat penumpang di bahagian belakang kemudian aku buka pintu kereta itu dan telefon tersebut aku ambil dan aku hidupkan. Sementara menunggu telefon hidup, aku sempat jeling pandang Ihsan yang tengah pandang aku. Macamlah muka aku ni lain sangat sampai macam tu sekali dia nak pandang aku. Kalau campur lima hari ni, baru hampir tiga minggu dia tak jumpa aku. Macamlah tak pernah berpisah sebulan dengan aku.

            Selepas telefon hidup, aku buka ruang Whatsapp dan kemudian mesej daripada contact number Sardin Mentah Psiko aku buka dan telefon kemudiannya aku hulur kepada Ihsan.

            “Mesti happy kan dapat reconcile dengan‘bestfriend’.” Sempat aku perli sedas sebelum aku keluarkan paper bag yang mengandungi barang-barang yang aku beli tadi dari bahagian yang sama aku ambil telefonku tadi. Langkah terus kuatur menuju ke pintu rumah.

            Ihsan masih kaku di sebelah kereta aku. Baguslah. Tenunglah semua gambar tu baik-baik. Aku menyambung langkahku ke dalam rumah. Kebetulan pula pintu tak berkunci. Yalah, sebab Ihsan dah terlebih dahulu masuk ke dalam rumah. Aku nampak Aryan tengah tidur di atas sofa di ruang tamu. Sejuk hati aku melihatnya.

            Selepas menyimpan barang di dapur, aku bergerak semula ke ruang tamu bagi mendapatkan Aryan. Pipi Aryan kukucup sayang. Rindunya aku dengan Aryan. Tak pernah lagi kami berpisah lama-lama begini.

            “Nuha.” Ihsan muncul dari pintu rumah kami. Aku pandang dia sekilas sahaja.

            For the first three days saya habiskan enam bekas aiskrim. Hanya aiskrim. Tak ada makanan berkhasiat. Tiga bekas aiskrim coklat dan tiga bekas aiskrim vanila dengan cip coklat. Habis aiskrim, semalam saya habiskan sebiji kek black forest. Hanya kek for the whole day. Hari ni ingat nak makan twisties campur-campur macam-macam perisa.” Aku macam dah boleh agak muka Ihsan macam mana sekarang ni.

            Ihsan dah duduk di atas lantai berhadapan dengan aku yang duduk di atas sofa ini.

            “Nuha, benda ni boleh bincang, kan? Dave ada bagitahu abang fasal Samantha dan gambar-gambar lama kitaorang. But Dave tak bagitahu about this.

            “Sebab Dave tak tahu. I bear this alone, tau? Boleh gila rasanya. Nasib baik sebab ada tv saja, saya masih belum gila.”

            Who are you angry at, actually? Me or Samantha?

            “Mula-mula saya tak marah awak, saya okey saja sebab saya tahu tu gambar lama dan memang dulu pun saya selalu nampak awak dengan perempuan tu. Tapi lepas dapat gambar screenshot Instagram tu, saya rasa macam tak boleh nak deal dengan awak dah. Lepas dapat gambar tu, elok pula timing awak call saya. Lagilah saya tak nak cakap dengan awak. Saya takut tersalah cakap. Saya sakit hati tau tengok gambar tu, baca caption tu. Macam awak semua perfect family sangat. Semua orang komen dekat situ, adore dia sebab ada perfect family padahal Aryan hak saya dan awak suami saya. Si Sardin Mentah tu suka hati dia saja nak cakap Aryan tu anak dia. Okey, saya akan bersangka baik dan anggap bahawa dia maksudkan Aryan tu macam anak dia. Tapi masalahnya, bila dia cakap Aryan comel sebab dia ialah mak Aryan dekat ruang komen tu, macam mana lagi saya nak fikir positif. Saya tak boleh terima semua tu. Saya menyampah, tau tak?” Aku luahkan semuanya dekat Ihsan. Tapi aku tak menangis.

            Nuha, believe me. Abang cuma terserempak saja dengan dia masa Aryan tengah main dan kami bercakap tak sampai lima minit pun before she leaves. Demi Allah, Nuha! Abang tak tahu macam mana dan bila masa dia ambil gambar ni tapi abang tak nafikan, memang macam ni keadaannya bila abang terserempak dengan dia. Memang dekat sebelah Aryanlah abang bercakap dengan dia. Gambar ni, abang akui memang betul. Tapi abang tak bagi izin pun untuk dia ambil gambar abang dan Aryan malah abang tak tahu pun masa bila ada orang tolong ambil gambar kami bertiga ni. Believe me, Nuha. Apa yang dia tulis dalam caption tu fake. Abang tak habiskan masa seharian pun dengan dia. Pagi tu abang ada meeting dengan BoD, malam tu abang ada dekat rumah ibu saja. Naufal pun ada balik. Abang pun. Kalau Nuha tak percayakan abang, tanya mereka, tanya Aryan.”

            Aku diam. Sebenarnya aku tak fikir yang bukan-bukan pun fasal Ihsan. Aku tak fikir pun yang dia keluar dengan Sardin Mentah tu ke apa ke... Sebenarnya, aku pun tak faham juga sebab apa aku kena perbesarkan benda kecil macam ni. Benda yang boleh dibawa berbincang macam ni.

            I don’t know, Ihsan. Everything seems to be wrong.” Aku mengeluh.

            I’ve talk to Samantha’s mum when you ignored my calls and when finally Dave told me about this. Samantha had lost her husband, son, and daughter in a car crash and turns out she had this mental disorder after that. Her mum said that she kept mentioning about me after the crash and tend to look at our old pictures but she didn’t expect that Samantha will turn out this way and she didn’t even know that Samantha went to Malaysia. So I told her to take a good care of Samantha and hoping that she’ll be happy like she uses too.

            Aku macam tak berapa nak terkejut sangat apabila dengar cerita Ihsan tu. Yalah daripada cara dia kacau aku pun dah nampak macam gila, maka aku tak peliklah. Apa yang aku rasa sekarang ni, aku bolehlah pertimbangkan untuk kurangkan menyampah aku dengan dia sebab kesianlah juga bila tahu yang dia dah hilang orang-orang yang dia sayang sekelip mata saja.

            How can you sure that she’ll not disturb us anymore?

            Well, I had introduce a child to her mum to be adopted and she should know what she must do after that. Besides, she have promised me that I will never look at Samantha’s face anymore after this.

            “Saya harap dia sembuh cepat-cepat supaya dia waras balik,” tuturku. Dan buat beberapa ketika, masing-masing senyap.

            Are we okay, now?” Ihsan tanya aku. Aku pandang dia dan aku jongket bahu.

            Tiba-tiba dia senyum pandang aku. Aku pula yang berkerut-kerut dahi pandang dia.

            “Nuha sedar tak Nuha dah tembam?” Sensitifnya pernyataan dia! Aku tembam pun bersebab, okey? Aku sekadar menjeling geram wajah dia.

            Dan beberapa ketika, kami diam lagi.

            “Kalau saya cakap, saya sebenarnya dah buat benda paling bodoh dalam dunia ni dan saya janji saya takkan buat lagi, awak jangan marah ya,” tuturku.

            “Apa dia?”

            “Saya tak nak bagi tahu tapi sungguh, saya bersyukur sangat-sangat sebab Allah masih sayangkan saya.”

            “Apa ni, Nuha? Nak bunuh diri, eh? Tak sayang abang ke?”

            “Bukanlah! Awak ni pun. Positiflah sikit.”

            “Habis tu?”

            “Saya kata dekat Dave kalau nak pecat saya pun saya tak kisah padahal saya kisah sebab tulah periuk nasi saya.” Ihsan terus tergelak selepas itu. Aku sekadar tersenyum mendengar tawanya.

            “Abang.” Itu panggilan buat Ihsan, tanda yang aku dah okey.

            “Ya?”

            I’m sorry sebab buat abang sakit hati.” Terus berubah muka Ihsan.

            “Kecewa abang bila tengok yang Nuha tak baca pun mesej yang abang hantar. Telefon rumah mana?”

            “Ada dekat dalam almari Aryan. Nuha minta maaf okey?”

            “Terkejut abang tau bila abang call Nuha tu, terus kena reject. Tak pernah-pernah buat macam tu. Dahlah semua call abang lepas tu tak berjawab. Abang risau tahu tak? Ingatkan kena culik ke apa.” Ihsan tarik nafas dalam-dalam. Alah, ni yang aku lemah ni. Dia ada tanda-tanda macam Aryan nak menangis saja. Oleh sebab itu, aku pun turunlah ke lantai dan lepas itu aku peluk Ihsan erat-erat.

            “Dahlah, I’m sorry, abang. I love you tau? Bila fikir-fikir balik, Nuha pun tak faham kenapa Nuha perbesarkan benda yang boleh dibawa berbincang macam ni. Nuha minta maaf, okey?” Ihsan balas pelukan aku. Setelah pernafasannya kembali tenang, aku meleraikan kembali pelukan aku pada tubuhnya. Kami duduk bersandar pada sofa. Sebelah-menyebelah.

            “Abang maafkan Nuha tak?” soalku.

            “Mula-mula macam tak nak sebab sakit hati ni Tuhan saja yang tahu tapi lepas Nuha peluk abang, okeylah.” 

            Thank you, abang.Nuha ada hadiah tau untuk abang.”

            “Apa dia?” Muka dia nampak macam tak sabar. Tapi tengoklah bila aku bagitahu dia nanti. Mesti dia tak boleh terima.

            “Adik Aryan.”

            Tahu pun ternganga.

            “Hah?”

            “Adik Aryan.” Aku ulang semula kata-kata aku tadi.

            “Haaa?” Kali ni dia macam kelam lagi.

            Baby faham, baby. Baby tu macam ni... Dia macam Aryan, tapi masa Aryan baru lahir. Faham tak?”

            “Haaaa? Tapi kan kita dah janji...”

            “Tak ada tapi-tapi, eh? Allah nak bagi ni, abang. Ni pun baru saja masuk enam belas minggu, barulah Nuha berani bagitahu abang. Tak nak bagitahu awal-awal sebab dulu dah miscarriage dua kali kan. Tak naklah kita kecewa lagi macam dulu.” Dulu aku keguguran pun masa kandungan aku berusia satu bulan dan satu lagi masa baru nak masuk dua bulan. Tapi tu pun sebab aku tak tahu yang aku mengandung. Aku pula bukan main rajin kerja sampai malam. Mana tak gugurnya sebab tak cukup rehat.

            “Patutlah emotional. Masa muntah-muntah dulu tu bukan sebab food poisoning lah?”

            Aku menggelengkan kepala.

            “Abang takkan tak perasan perut Nuha?” soalku.

            “Tak perasan, tapi bila nampak muka dah tembam tu, abang dah agak dah ada benda yang tak kena. Tapi tak adalah fikir yang Nuha pregnant.

            “Abang tak nak membebel ke sebab Nuha makan makanan tak berkhasiat semasa Nuha aware yang Nuha pregnant?

            “Makan sajalah. Abang boleh tolerate masa Nuha pregnant ni saja. Lain kali jangan buat.”

            Susah aku nak cari salah Ihsan sebenarnya. Apa-apa pun yang dia buat, buat aku makin sayang dekat dia. Walaupun sejujurnya masa tahun pertama kami berkahwin tu banyak benda yang tak kena sebab banyak benda nak kena tolerate apabila dua orang manusia yang tak pernah duduk sebumbung, sebilik, terpaksa berkongsi hampir segala benda. Dan kalau bergaduh pun tak boleh bergaduh lama-lama sebab balik-balik, muka orang tu yang akan jadi muka pertama yang aku akan nampak lepas bangun tidur. Dan disebabkan tolerate tulah, makin hari, makin tak ada benda yang rasa tak kena. Kiranya, apabila masing-masing dah boleh adapt dengan changes, things goes better lah.

            “Mana adik Aryan?” Ihsan pandang aku. Aku menyelak kardigan yang menutup bahagian hadapan bajuku. Barulah kelihatan perut aku yang dah ada bukit sikit.

            “Comelnya perut Nuha.”

            Automatik aku tergelak masa ni. Perut pun nak puji dah kenapa?

            “Ni, adik Aryan. Jangan tak percaya pula. Perut ni muncul bukan sebab gemuk eh, sebab ada baby.” Aku letak tangan aku di atas perut sendiri.

            “Rasa apa?”

            “Tak ada rasa apa-apa. Sebab dia kecil lagi. Kalau dia gerak pun, tak boleh rasa. Macam Aryan dulu, masa masuk enam bulan baru boleh rasa dia gerak.”

            “Sakit ke kalau dia gerak?”

            “Kalau masa Aryan dulu, makin dia besar, makin sakitlah bila dia gerak. Sebab ruang dalam rahim makin sempit sebab dia makin besar kan. Kalau dia gerak masa malam, langsung tak boleh tidur.”

            “Habis tu kena buat macam mana?”

            “Kadang-kadang sebab persekitaran ibu tu juga. Tidur dalam persekitaran panas pun tak boleh sebab baby tak selesa, jadi kena cari tempat sejuk.Dan kadang-kadang, buat-buat sajalah macam boleh tidur nanti automatik tertidur juga.”

            I’m sorry, Nuha that you have to bear that all by your own,” tutur Ihsan. Aku pandang Ihsan dan tersenyum.

            “Tak apa, lepas ni hari-hari Nuha mengadu dekat abang kalau Nuha sakit ke penat ke. Barulah boleh bear together kan?” Aku usik Ihsan. Ihsan pandang aku, tersenyum dan kemudian dia tarik hidung aku. Memang hidung aku ni dah selalu dah jadi mangsa dia.


            ArifihsanGreenAbdullah
            Mornin’. Maybe you don’t know about this, but this screenshot of the IG post from Samantha Green was a lie. Her name is actually Samantha Long. She was my friend when we were in the college. That kid is my son, not Samantha’s. And we didn’t spend a day long together. We met just for a few minutes, not more than five. And I don’t even know how and when is this picture taken. I just realized about this when my wife received this screenshot post. So please, to my friends, stop congratulating Samantha. I am not even his husband and my son is not even her’s. Hope you are all aware over this post. Thank you.

            ArifihsanGreenAbdullah
            Assalamualaikum and good morning. May you all have a great day. THIS IS AN IMPORTANT POST. Dear friends, followers, I am so glad knowing that you are all concern about me. It has been two months since my post about the IG post from Samantha Long. Since then, I received a lot of messages from Facebook, mentions in Twitter, comments in Instagram saying sorry, and a lot, I mean, so lot of messages asking me about is it true that I am already married? Well, today, alhamdulillah, I am going to share this picture of us. That lady with the purple scarf is my wife, Nuha Hayfa. And that boy is our son, Aryan. That lady with the blue scarf is our friend, Wardina and that guy beside her who is carrying a baby is her husband, Syamil Ramsey and that baby is their daughter. The green-scarfed lady is my mother-in-law and that handsome old man is my grandfather-in-law (he is Nuha’s wali when we got married). Please be notice that I am not trying to hide this matter from anyone. And please be notice that I am telling this to all of you to avoid any slander. Why didn’t I ever mention about them all this while? Well, orang yang bahagia, takkan tunjuk pun yang dia bahagia (translate it yourself). Thank you again for your concern. Keep smiling along your life journey.

            AKU tak pernah tahu pun yang suami aku ada Instagram dan Twitter dengan pengikut yang ramai. Macam artislah kiranya. Kalau bukan sebab Dina yang hantar screenshot ni pada aku, memang aku takkan tahulah.

           Aku dah buka Twitter dia tadi. Baca tweet dia sebelum ni. Kalau aku tak kenal siapa dia, mesti aku ingat dia pakar motivasi. Banyak betul kata-kata positif dia. Setiap hari, paling kurang pun satulah kata-kata dia bagi. Gambar profil dia, kalah gambar artis. Aku yang tengok ni pula rasa nak tergelak. Apalah kacak sangat dia dalam gambar tu. Ni mesti guna kamera 360 ni.

           Bersyukur aku bila ramai orang retweet tweet dia yang memaklumkan mengenai Samantha dan juga lebih ramai orang retweet tweet dia mengenai gambar keluarga kami. Nampaknya hampir semua orang menerima berita ini dengan positif walau aku tak nafikan haters tu tetap ada. Biasalah tu. Dalam ramai-ramai orang yang suka kita, mesti ada satu atau dua yang tak suka dan dalam ramai-ramai orang yang tak suka kita, mesti ada satu atau dua yang sukakan kita. Semua tu bergantung kepada pemikiran dan persepsi orang sebenarnya.

           “Apa yang suka sangat tu?”

           “Tengah tengok artis dekat Twitter dengan Instagram ni. Ramai juga followers dia. 573 ribu lebih,” tuturku.

            “Siapa?”

            “Entah, tak pernah nampak pun dia berlakon tapi Nuha macam kenallah.”

            “Siapa?”

            “Dia ni selalu bagi positive vibes dekat followers dia. Tak ada pun nampak negative messages daripada dia setakat ni.”

            “Sukalah?”

            “Lebih kuranglah. Rasa macam jatuh cinta semula.”

            “Amboi, ingat sikit ada anak dalam perut tu. Lagi dua bulan saja lagi nak keluar tu.”

            “Tak salah, ya? Dah dia memang charming dengan words dia. Muka pun boleh tahan tapi Nuha rasa dia guna kamera 360 lah.”

            “Siapa tu? Bagitahulah.”

            “Nama dia ada tiga patah perkataan. Perkataan pertama, mula dengan huruf A, kedua, huruf G, ketiga, huruf A.” Ihsan yang tengah belek baju dia yang tergantung di dalam almari terhenti daripada melakukannya. Dia berpaling memandang aku. Lepas tu terus sahaja dia tutup pintu almari dan mendapatkan aku di atas katil. Telefon di tanganku terus dirampasnya. Aku tergelak apabila nampak dia pandang aku macam nak telan.

            “Nak tau tak?” soalku. Dia pandang aku.

            “Apa?”

            “Masa Nuha nak cari kesalahan dan kelemahan abang, Nuha tak jumpa pun kelemahan tu tapi masa Nuha tak cari kelemahan abang, Nuha sendiri nampak kelemahan tu tapi masalahnya, masa tu, apa-apa kelemahan abang pun seems to be perfect. That’s why Nuha tak menyesal terima abang dan takkan menyesal.”

            “Terharunya abang dengar,” tutur Ihsan dan dia senyum mengusik pandang aku.

            “Ihsan! Ihsan!” Ihsan terus campak telefon pada tangan dia dan aku pula pantas mencapai tangan kirinya dan kuletakkan tangan kami bersama-sama pada sisi perutku. Masing-masing fokus pada perut aku sekarang ni.

            “Rasa tak?” Aku pandang Ihsan.

            “Tak ada pun.” Ihsan buat muka kecewa pandang aku.

            “Tekan kuat sikit.”

            “Tak apa ke tekan kuat?”

            “Tak apa. Abang ni gentle sangatlah, mana nak rasa kalau macam tu.” Aku menambahkan tekanan pada tangan Ihsan yang berada pada perutku.

            “Janganlah Nuha, abang takut Nuha sakit.” Ihsan terus mengeraskan tangannya.

            “Taklah, abang. Geram tau Nuha macam ni. Abang tak pernah lagi rasa dia gerak. Lagi dua bulan saja lagi dia nak keluar tau? Lepas ni tak boleh rasa dah. Kena tunggu baby lain pula. Tu pun entah berapa tahun lagi.” Aku menyuarakan rasa tak puas hati aku.

            “Yalah...” Ihsan akur juga. Dia melembutkan kembali tangannya.

            “Tunggu sekejap.” Beberapa minit berlalu, tangan kami masih di situ.

            “Ihsan! Rasa, rasa.” Kalau nak suruh Ihsan rasa pergerakan bayi kami di dalam perut, memang aku akan panggil Ihsan dengan nama dia supaya dia peka sikit.

            “MasyaAllah, dia geraklah, sayang.”

            “Haaa, best kan? Rugilah selama ni abang tak nak rasa.”

            Daddy! Ibu!” Serentak dengan panggilan itu, pintu bilik kami diketuk dari luar.

            Come in, Aryan,” ujar Ihsan. Aku pandang pintu bilik yang sedang terbuka itu. Aryan sedang melangkah masuk dengan Barney dalam pelukannya. Aku lihat wajahnya agak basah. Aryan menangis?

            I have a nightmare. Can I sleep with you?

            “Oh, sayang. Come here,” panggilku. Kasihan Aryan aku. Aryan memanjat katil dan kemudian dia mendapatkan kami sebelum dia merebahkan tubuhnya di tengah-tengah kami. Aku mengiringkan tubuh aku menghadap Aryan.

            What did you dream about?” soal Ihsan sambil tangannya bergerak meraup rambut Aryan yang menutupi dahi ke belakang.

            The green monster that we saw on the tv just now. He came to our house and he wants to step on me, ibu,” cerita Aryan dengan mata yang terpejam. Tangannya bergerak memeluk aku. Aku tersenyum mendengar ceritanya. Walhal dia yang nak sangat tengok cerita Hulk tu. Aku pun layan sajalah.

            Then what did you do?” soalku.

            I don’t know. Aryan lega sangat sebab Aryan terjaga sebelum dia sempat pijak Aryan. Aryan takut tak dapat jumpa ibu dengan daddy dengan adik. I love you so much, ibu, daddy, adik,” tutur Aryan. Dia usap-usap perut aku seperti yang selalu dia buat apabila dia bercakap dengan adik dia dekat dalam ni.

            Your adik and I love you too, Aryan,” ucapku lantas dahinya kukucup.

            I love you too, Aryan, more than ibu loves you,” kata Ihsan.

            “Hei, tak acilah, abang.”

            “Aci, okey? Fact, dalam rumah ni kasih sayang abang yang paling banyak sekali untuk ahli keluarga kita. Biiznillah, setiap hari kasih sayang tu semakin bertambah,” tutur Ihsan dengan senyuman. Aku yang mendengarnya terasa agak terharu. Betullah tu, Ihsanlah yang paling banyak kasih sayang dalam rumah ni dan dia tak kedekut pun untuk berkongsi kasih sayangnya itu.

            That’s why we love you so much. Alhamdulillah,” tuturku dengan senyum manis pada bibirku. Ihsan membalas senyumku lantas dia tunduk mengucup dahi Aryan dan kemudian dahi aku. Dengan hidayah Allah, apa-apa pun tak mustahil. Beruntunglah kita yang dipilih Allah. Sungguh aku bersyukur.
 

3 comments:

  1. Cerita ni mmg best setiap hari saya tunggu..gaya penulisan penulis pon best nampak mcm real sgt emosi setiap org tu bila baca...wargg dh habis :3

    ReplyDelete
  2. Subhanallah.... Best.. Best.. Sangat... I am one of the lucky readers who can find this great story. I like all the story u made. Almost every day I check out the next chapter... And I love it. Congratulations writer... Keep writing please...

    ReplyDelete