Assalamualaikum, readers.
Posting ini mengandungi cerita yang sangat-sangat menyayat hati dan menyebalkan hati. Mohon baca dengan mata hati yaa. Tak mahu ada yang mengalami ketidakstabilan emosi pula selepas membaca.
Semalam saya buka FB, news feed penuh dengan kawan-kawan penulis punya posting tentang isu copy paste di Beetalk. Istilah plagiat digunakan jika individu yang melakukan plagiat itu mendapatkan keuntungan daripada hasil peniruan mereka itu. Tapi hat yang copy paste novel penulis Malaysia ni, tepek dekat Beetalk tu, tak tahulah apa yang hangpa dapat. Nak fofular ke apa? Kira kalau hangpa dapat keuntungan dari segi kefofularan tu, kira plagiat lah juga, dak?
Saya tak nak tulis banyak tentang isu hak cipta. Budak sekolah rendah pun kalau baca muka surat depan sekali SEMUA novel yang diterbitkan either dalam bentuk hard copy atau soft copy (e-novel/ Wattpad) boleh faham ayat 'Hak cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mana-mana bahagian daripada terbitan ini diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran, atau ditukar dalam bentuk atau dengan alat apa jua pun, kecuali setelah mendapat kebenaran bertulis daripada PIHAK PENERBIT.'
Hangpa ni spesies yang mental lagi cetek dari budak sekolah rendah ka? Ke memang sejenis manusia yang tak appreciate buku? Buku dah mahal-mahal beli tu, pandai-pandailah belek dari kulit ke kulit.
Yang aku paling tak boleh brain ni, hangpa ni memang dah takdak kerja sangat ke dalam dunia ni sampai rajin sangat TAIP SEMULA hasil kerja orang lain tu? Aku ni pun nak taip balik blurb belakang novel orang lain sebab nak tengok berapa panjang blurb dia pun pikir sepuluh kali nak buat (aku nak tengok berapa panjang blurb tu sebagai rujukan nak buat blurb aku sendiri). Leceh hang tau dak? (guna aku sebab trlalu menyampah)
Tapi tak tahulah hangpa ni spesies advance sikit kot. Guna scanner ke kan. Buat kerja senang, fofular cepat. Followers siap beribu-ribu dowh! Kalah penulis sebenar novel tu. Uish, mudah hidup gitu~
Posting ni bukan dibuat sebab nak bagi ceramah ke perosak industri tu. Posting ni dibuat sebab nak bagi maklumat kepada umum.
Empat tahun lebih dalam bidang ni, saya rasa saya layak cakap tentang ini. Apatah lagi sifu-sifu, senior-senior lain dalam bidang penulisan. Mereka LAGILAH layak.
Menjadi seorang penulis, bukan kerja mudah. Dah empat tahun dalam bidang ni, saya kadang-kadang persoalkan, kenapa saya PILIH untuk jadi penulis?
SUMPAH susah!
Kau kena berhadapan dengan laptop berjam-jam, menghadap risiko rabun. Setiap tahun power cermin mata kau naik sebab asyik hadap benda tu. Disebabkan hari-hari kau menaip, maka kau kena hadap risiko Carpal Tunnel Syndrome. Sakit wooo, gua cakap lu. Tak kira lagi punggung kebas sebab duduk lama sangat. Tak kira lagi bab bila penyakit writer's block kau datang, kau duduk depan laptop tu, tenung skrin putih tu berjam-jam, satu perkataan pun tak muncul dalam kepala kau. Tak kira lagi bab kau tulis 100 muka surat pastu kau rasa tak best, pastu kau kena rombak, tulis semula.
Belum kira bab idea yang kena cari. Idea bukannya mai sendiri. Idea kena CARI! Mula2 awal2 kau menulis memanglah idea tu mai sendiri. Tapi kalau kau dah nak tulis 20 buku lagi, kau rasa semua idea untuk 20 buku tu mai sendiri ke? Tak dak makna!
Belum tambah duit yang dah dihabiskan untuk travel sana-sini, kutip pengalaman untuk dimuatnaik dalam buku, bagi hangpa yang baca ni semua experience secara membaca bagaimana berada di negara orang. Then, buat research. Contact orang itu ini, baca blog sana sini sebab nak dapatkan MAKLUMAT untuk menulis. Tu SEMUA tu PAKAI DUIT. Kredit, data, elektrik nak hidupkan laptop, cas fon, tablet. Hang ingat semua tu free ka? Bayar pakai air liur?
Pastu hangpa nak komplen penulis-penulis yang suruh hangpa delete thread novel depa tu GILA DUIT. Weh, ofkos lah depa gila duit. Depa dah belanja banyak kot untuk menulis sesuatu yang bagus. Yang berilmiah. Yang terbaik untuk pembaca2 depa.
Sampai hati kan hangpa kata penulis-penulis tu gila duit. Example dia ginilah ye, kau kerja potong rumput hari-hari, hadap cuaca panas, udara berhabuk, kereta lalu lalang, (ni pun belum kerja hardcore aku bagi ni). Kau bayanglaa kau buat kerja susah payah tahap macam tu, then bos kau tak bayar gaji kau. Kau tak dapat duit hasil daripada penat lelah kau. Kau tak rasa hangin ke? Kau tak rasa ke selama ni kau buat kerja bodoh, hadapi semua kesusahan tu, untuk kesenangan orang lain (which is, rumput yg panjang tk menyemakkan mata orang lain and dalam kes penulis ni, buat cerita yang best2 untuk pembacaan orang lain), kau tak dapat apa-apa pun untuk itu. Habis tu, kalau itu sajalah satu-satunya punca pendapatan kau, kau nak makan apa untuk hidup? Rumput?
Bayangkanlah, kalau apa yang hangpa buat tu, dah menutup periuk nasi seorang penulis dengan anak-anak yang seramai enam orang. Dengan menulis sajalah depa cari makan. Hang tau dak berdosa menganiayai hidup orang lain. Hang sedar dak?
Lagi satu, hang ingat penulis ni kaya ka? Harga novel mahal2 tu, penulis dapat 7% (bergantung kepada kontrak) je tau daripada harga tu. Paling2 tinggi pun 10% laa. Kalau satu novel harga RM 20, penulis dapat RM 2 saja tau. Tak kaya, beb. Tak kaya.
Pastu hangpa sesuka hati copy paste karya depa, up dekat mana2 tempat lain bagi orang lain baca. Pastu tak lakulah buku depa. Dahlah satu buku depa dapat RM 2 je. Hangpa yang buat kerja tak semenggah ni pun mak bapak bagi duit belanja gi sekolah RM5 sehari. Simpan lah seminggu RM5/hari dapat kutip RM25. Kalau hangpa simpan semua duit belanja hangpa tu, hangpa lagi kaya daripada penulis tau?
Okeylah, korang sebagai pembaca mungkin tak tahu semua kesusahan ini.
Tapi adanya posting saya hari ini, untuk memberitahu. Itu ialah benda2 klise yang penulis alami.
Jadi penulis, bukannya popular beb. Kau tengok je life dorang best sebab ada peminat semua, ada orang minta initial depa. TENGOK JE BEST. Kau tak tahu apa jerih-perih depa nak sampai tahap penulis tu. Nak hasilkan sesebuah karya bestseller.
Jadi penulis ni, lagi kena kecam, lagi kena hentam adalah. Kau tengok sajalah berapa ramai masyarakat Malaysia yang asyik nak menghentam novel tempatan. Bak kata peribahasa, kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Sebab satu novel yang dihentam teruk kerana content tak bagus, habis novel2 lain dikait sama. Sebab seorang penulis, habis penulis2 lain dikondem sama. Walhal mereka lupa, semua manusia lain-lain. Adik beradik kembar pun ada perangai yang lain-lain, inikan pula yang tak ada ikatan darah langsung. Jadi semua novel berbeza-beza. Pembaca je yang tahu jenis yang mana nak dibaca, yang kena dengan jiwa.
Belum kira bab royalti tak bayar, manuskrip yang kena tunggu empat bulan untuk dinilai then kena tolak, novel kena kritik teruk. Menangis weh, menangis.
So kat sini, senang cakap, jadi PENULIS ni, tak senang. TAK SENANG LANGSUNG.
Jadi tak payahlah ye nak susahkan lagi hidup penulis ni.
Patutlah industri buku negara kita tak maju. Ketinggalan daripada negara Indonesia berpuluh2 tahun ke belakang. Sedih. Cukup sedih.
Salah satu sebab industri buku tak maju, sebab ada manusia2 malas membaca dan hadam ni lah. Hat muka surat depan sekali, part hak cipta tu pun susah nak baca dan hadam. Inikan pula nak suruh baca buku tebal-tebal. Mimpilah.
Saja nak cakap satu benda tambahan. Wahai pembaca2 ku yang baik hati sekalian, mohon kalian semak bahan bacaan kalian ya. Janganlah terlibat dengan bahan bacaan plagiat, cetak rompak (biasa berlaku dengan novel2 murah), copy paste ni. Kalau nak baca, teringin sangat nak baca novel tu, mohon keluarkan duit dan beli. Kalau tak mampu, pergi pinjam dekat library. Kalau nak mudah pergi dekat penulisan2u, bacalah cerita2 free dekat sana. At least, kau membaca benda yang halal. Benda yang sahih sumbernya. Janganlah sama-sama terlibat menutup periuk nasi orang dengan menggalakkan orang lain copy paste karya orang.
Ada beza copy paste dengan 'dapat-ilham-daripada'. Ada beza. Copy paste ni, walaupun kau sekadar tukar nama watak dengan latar tempat, latar masa, benda tetap copy paste. Jalan cerita sebiji2 sama. Agak2la. Orang tu penat2 menulis, hangpa sesuka hati cilok KARYA (bukan idea) depa. 'Dapat-ilham-daripada' ni, kau baca buku, kau tengok drama, then kau rasa ada something yang bagus (a few point/ilmu/scene tertentu) then kau guna point/ilmu/scene tu untuk menulis cerita dengan GAYA kau, dengan DIALOG dan NARATIF kau sendiri. Dengan jalan cerita kau. Beza tu, sayang. BEZA.
Apa yang dah berlaku ni, benda yang kami nampak. Benda yang boleh diakses RAMAI orang.
Apa yang sedang berlaku di belakang kami, kami tak tahu. Mungkin ada grup Telegram, grup Whatsapp untuk buat benda2 haram ni. Siapa tahu, kan?
Apa-apa pun geng, kau nak buat apa-apa sekalipun dalam dunia ni, benda pertama yang kau kena fikir, tanggungjawab apa yang kau kena pikul dekat akhirat sana. Semua manusia dipertanggungjawab atas perbuatannya di dunia. Walau sebesar zarah pun dikira. Kau bayanglah, kalau penulis-penulis ni tak maafkan kau. Pandai-pandailah cari depa dekat sana nanti. Selagi dosa kau dengan manusia tergantung, selagi tu Tuhan tak ampunkan kau. Pandai-pandailah ya.
Dan pembaca2 yang baik hati, kalau korang tahu ada kegiatan haram macam ni sedang berlaku melibatkan penulis kesayangan korang, roger2 lah. Sama-sama kita bangunkan industri buku. Industri buku takkan maju kalau tak ada pembaca. Pembaca ialah orang yang penting sebenarnya.
Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.
Sekian.
Tamat bebelan panjang lebar.
No comments:
Post a Comment