“ARYAN,
salam.” Pada waktu muka ibu dan abang sedang kelam itulah aku menyuruh
Aryan menyalami mereka. Tadi, ibu dan abang kelihatan gembira apabila melihat
wajahku. Namun sebaik sahaja kehadiran Aryan disedari, terus berubah riak wajah
mereka.
“Siapa
ni, Nuha?” Abang terus sahaja melontar soalan itu kepadaku.
“Something
happened last three years, abang... Tahun yang Nuha tolak pinangan Naufal.”
Ada
kerutan yang muncul pada wajah abang. Aku tersenyum nipis. Aryan yang sedang
berdiri kubawa ke dalam dukungan.
“Kita
cakap dekat dalam? Bukan di depan Aryan. Dalam Bahasa Melayu.”
Abang
masih kaku merenungku dan Aryan.
“Marilah
masuk dulu.”
Setelah
ibu bersuara, barulah abang ada ura-ura untuk bergerak dan memberiku laluan
untuk masuk ke dalam rumah. Wajah ibu tampak tenang dan aku berharap akan kekal
begitu. Aryan aku biarkan bermain dengan anak-anak abang di bawah pengawasan
kakak iparku. Walaupun berlainan bahasa komunikasi mereka, namun Aryan tidak
nampak kekok. Alhamdulillah.
Kepada
ibu dan abang, aku ceritakan segala-galanya, dari awal hingga akhir. Aku tidak
menangis. Ya, tidak. Kerana sungguh, air mataku sudah terlalu banyak dibazirkan
untuk kesilapan yang bukannya berpunca daripada aku. Ibu yang banyak menangis
dan abang pula kelihatan bengang. Dia seakan-akan ingin menyalahkan aku di
dalam hal ini. Dia begitu bijak mengeluarkan soalan dan memutar belitkan
soalannya supaya aku keliru. Mentang-mentanglah dia merupakan seorang peguam.
“And
finally you decided to keep him and take care of him?” Abang akhirnya
bangun daripada duduknya setelah agak lama mendengar ceritaku.
“He’s
my responsibilty, abang. Dia anak Nuha.”
“Anak
apa kalau tak ada ayahnya, Nuha?!” Suara abang mula meninggi dengan pandangan
mata yang menikam tepat sepasang mataku. Aku tertunduk seketika.
“Dia
tetap lahir dari rahim Nuha, abang. Siapa bapanya boleh dipersoal, tetapi siapa
ibunya tidak boleh dipersoal. Dia milik Allah dan dia juga yang Allah pinjamkan
untuk menjadi milik Nuha. Abang tak tahu betapa susahnya Nuha untuk buat
keputusan yang tepat selepas dia lahir. Menjaga dia bukan pilihan kerana Nuha tahu
beginilah penerimaan keluarga Nuha dan membuang dia juga bukan pilihan kerana
Nuha tahu erti tanggungjawab dan dosa pahala.”
“Why
didn’t you make a police report about this? He raped you!”
Aku
diam. Aku tak pernah terfikir pun nak buat laporan polis. Yang aku fikir, aku
sendiri nak balas perbuatan lelaki itu.
“Abang
rasa kalau dia dah hilang macam ni, ada guna ke Nuha buat laporan polis pun?”
“I
doubted you. Betul ke dia buat semua tu tanpa kerelaan Nuha?”
Aku
menarik nafas dalam-dalam. Kalau abang sendiri pun dah meragui aku sehingga
tahap ini, apatah lagi orang yang tidak mengenaliku. Pastilah aku akan dihukum
dan diadili tanpa mendengar penjelasan daripadaku.
“Nuha
berani bersumpah, abang, ibu. Nuha tak pernah redha dan tak pernah pasrah
dengan apa yang dah berlaku. Nuha tak pernah merelakan semua benda ni jadi. Ya,
walaupun Nuha sedar masa tu, tapi kudrat Nuha tak ada. Nuha t.,ak mampu untuk
gerakkan tubuh sendiri pun. Nak bersuara pun Nuha tak mampu.”
Abang
dan ibu hanya mendiamkan diri mereka.
“Abang,
ibu... Tolonglah terima Aryan. Dia tak salah pun dalam hal ni. Dia tak minta
pun untuk dilahirkan dengan status begini. Tolonglah, jangan hukum Aryan. Dia
layak disayangi sebagaimana ibu sayang anak-anak abang dan abang sayang
anak-anak abang. Kalau nak menghukum pun, hukumlah Nuha. Mungkin dalam tak
sedar, Nuha yang salah. Mungkin ada silap perbuatan Nuha di mana-mana yang
menyebabkan benda ni berlaku. Terimalah Aryan, ibu, abang.”
Tiada
sebarang respons yang aku terima. Hanya pandangan mereka yang menjelmakan rasa.
Perlahan-lahan ibu bangkit dan keluar dari bilik itu diikuti abang. Aku
bungkam. Terdiam. Dan sekarang, lelaki itulah juga puncanya keluargaku jadi
begini.
SUDAH
dua minggu aku menghabiskan masa di rumah ibu. Dan setiap kali hujung
minggu abang pulang ke rumah ini, tak pernah pun dia nak tegur aku. Pandang aku
pun dia tak ingin. Tapi dengan Aryan, elok pula dia layan. Entah apa-apalah dia
tu. Malas aku nak fikir.
Mujurlah
ibu tidak buat perangai seperti abang. Adalah juga seminggu selepas aku buat
pengakuan tempoh hari ibu tidak mahu bercakap dengan aku. Tetapi kini, ibu
sudah mula bercakap denganku, walaupun sikit-sikit.
Kadang-kadang,
rasa macam orang asing di dalam rumah sendiri. Dan agaknya, memang aku orang
asing pun sampaikan adik perempuan aku nak bertunang pun aku tak tahu apa-apa.
Adik aku tu bukannya ada di sini. Dia di Australia. Esok atau lusa dia baliklah.
Dan yang paling aku rasa susah nak terima ialah orang yang bakal menjadi tunang
adikku itu ialah orang yang pernah meminangku tiga tahun yang lalu.
Macam
tak ada perempuan lain dalam dunia ni sampai orang yang satu darah dengan aku
juga yang dia pilih.
USAI
menunaikan solat zohor, tudung kusarungkan kembali pada kepala. Kaki
melangkah ke arah tingkap dengan niat untuk melihat kelibat Aryan. Langsir
kuselak. Ramai pula orang yang datang kenduri kesyukuran ni. Susahlah aku nak
kesan kedudukan Aryan. Tapi apabila aku dah nampak abang yang segak berbaju
melayu hijau emerald, automatik aku nampak Aryan yang sedang berjalan sambil
tangannya dipegang abang. Alahai, comel saja. Abang ni baik sebenarnya, tapi
dengan aku saja dia tak baik-baik lagi.
Lama
aku memerhatikan tingkah abang dengan Aryan. Sekejap-sekejap abang bertinggung
dan berbual dengan Aryan. Sekejap-sekejap Aryan didukungnya. Aryan tu dah jadi
macam anak dia dah. Yalah, tiga orang anak abang pun yang paling kecil sudah
berusia lima tahun. Dah pandaiberjalan dengan abang-abang dia. Jadi, bolehlah
abang melayan kerenah Aryan.
Aryan
pasti suka apabila abang hadir dalam hidup dia. Sebab selama ini Aryan tak
pernah tahu pun bagaimana rasanya memiliki seorang ayah. Di UK dulu pun, jiran
aku yang dah berusia 75 tahun tulah yang banyak jadi atuk Aryan dan cucu dia,
John yang selalu juga habiskan masa dengan Aryan.
Dari
jendela ini, aku lihat abang didekati dua orang lelaki. Yang seorang itu aku
kenal. Yalah, aku kan pernah ada rasa suka dekat dia dulu. Tapi itu dululah.
Sejak aku putuskan untuk tolak pinangan dia, maka aku sudah buang jauh-jauh
rasa suka itu. Biarlah dia bahagia dengan adik aku. Aku dah ada Aryan dalam
hidup aku. Tak ada apa-apa yang lebih penting daripada Aryan.
Abang
kelihatan rancak berborak dengan mereka. Siap bergelak tawa lagi. Dan Aryan pun
tak kurang juga menjadi perhatian dua orang lelaki itu. Naufal tak adalah
nampak ramah sangat dengan Aryan sebab aku tahu dia memang kekok dengan
budak-budak. Cuma lelaki yang datang dengan dia tadi yang nampak suka sangat
berbual-bual dengan Aryan. Aku nampak mulut kecil Aryan tersenyum dan berbicara
sesuatu. Alahai, sejak bilalah anak aku tu petah sangat bercakap?
Tak
tahu kenapa, tapi hati aku terdetik untuk tahu siapa gerangan lelaki yang
datang bersama-sama Naufal tadi. Aku tidak dapat mengecam wajahnya. Lagipun dia
bersongkok. Agak mustahil untuk aku melihat wajahnya melainkan dia mendongak.
Bagaikan
ada yang mendengar suara hatiku, lelaki itu mendongak ke atas ketika abang dan
Naufal sedang rancak berbual. Hmmm, tak pula aku kenal. Mungkin kawan baru
abang? Atau mungkin kawan Naufal? Seminit. Dua minit. Tak tahu kenapa, lelaki
tu macam nampak sesuatu yang pelik dari pekarangan rumah tu. Tak lepas-lepas
dia memandang ke arah ini. Tak tahulah dia pandang tingkap bilik aku ke tingkap
bilik adik aku ke.
Aku
menoleh ke belakang. Yalah, manalah tahu ada apa-apa yang tak kena ke. Tapi tak
ada apa-apa pun. Aku memandang ke luar kembali. Dan lelaki itu masih seperti
tadi sehinggalah Naufal menepuk bahunya beberapa kali, barulah dia berpaling
dan memandang Naufal. Naufal pula yang memandang ke arah ini dan sepantas itu
langsir kutarik kembali untuk menutup tingkap.
Aku
masih tak bersedia untuk berjumpa dengan Naufal. Tetapi aku tak tipu bab aku
dah tak ada perasaan kepada dia. Sungguh.
SUDAH
lama aku tidak menghabiskan masa dengan Aryan dan Wardina bertiga begini.
Aryan sejak dah pandai berbahasa Melayu ni, apa-apa yang dia nampak, mesti nak
tanya aku apa perkataan bahasa Melayu bagi benda itu. Tapi tak kisahlah, aku
lagi suka bila Aryan sendiri yang nak belajar bahasa Melayu. Aku tak naklah
bila besar nanti dia cakap bahasa Melayu serupa orang putih cakap bahasa
Melayu. Dahlah ibu Aryan ni Melayu. Tak malu ke?
Sementara
menunggu Wardina ke tandas bersama-sama Aryan, aku merenung tablet di
hadapan mata. Agak-agak apa Dr Dave buat dekat klinik dia eh? Yalah, aku kan
tak ada nak tolong dia. Mesti serabut alam yang amat. Kesian pula dekat dia
sebab aku ambil cuti lama-lama. Tapi Dr Dave baik sangat. Macam isteri dia.
Rindu pula dekat manusia-manusia baik yang sayangkan aku dan Aryan di UK tu.
Pandangan
kuangkat seketika, manalah tahu kalau-kalau Wardina dan Aryan dah balik dari
tandas. Ternyata keputusanku untuk mengangkat pandangan itu merupakan suatu
tindakan yang tidak baik. Elok saja aku terpandang muka Naufal yang turut
sedang memandangku. Dia duduk selang dua meja di hadapan aku. Cepat-cepat aku
tundukkan muka. Harap sangat dia tak kenal aku.
Tak
sampai pun seminit aku pandang tablet di hadapan mata, telinga menangkap
suara garaunya memberi salam kepadaku. Aku menghela nafas perlahan.
“Waalaikumussalam.”
Kujawab juga salam itu dalam terpaksa. Dah nama pun bakal adik ipar aku. Nanti
dia kata aku kakak ipar sombong pula.
“Nuha,
kan?”
Aku
akhirnya mengangkat pandanganku dan memandangnya.
“Hmmm,
duduklah.”
“Seorang
ke?” Naufal sudah mengambil tempat di hadapanku.
“Taklah,
tengah tunggu orang. Awak?”
“Samalah.
Bila awak balik Malaysia?”
“Adalah
tiga minggu macam tu. Tapi saya tak lama dekat sini. Nanti nak balik UK semula.
Ada kerja dekat sana.”
“Doktor?”
“Ya.
Kerja klinik orang.”
“Hari
tu awak tak ada ke masa saya dengan Trisya tunang?” Trisya? Oh, Husna Batrisya,
adik aku lah tu. Pelik pula dengar panggilan Trisya tu sebab aku panggil adik
aku Husna.
“Ada.”
Aku mengangguk-angguk.
“Tu
yang langsir bilik awak berolak tu?” Naufal senyum mengusik terhadapku.
“Saya
tengok Aryan, bukan awak.”
“Aryan?
Yaaa, that kid. Anak abang kan?” soal Naufal. Abang ni pun... Nak menipu
orang pun agak-agaklah. Muka Aryan tu bapak gila mat sallehnya. Tak ada rupa
dia langsung. Pulak tu Aryan tu kalau kena panas mulalah memerah kulit dia.
“Mine.
Awak ni logik sikitlah. Muka Aryan tu tak ada muka abang pun. Senangnyalah
awak percaya cakap abang.” Naufal tampak terkejut.
“You’re
married?” Aku angguk. Bohong sunat. Hahaha. Aduh... Mana ada istilah bohong
sunat. Berdosa kau, Nuha! Tapi takkan aku nak buka aib aku pada orang asing?
Gila ke apa?
“Dengan
orang sana? Sebab tu muka Aryan macam tu?” Aku angguk.
“Sebab
tu saya tak terima pinangan awak. And now I’m happy that awak dah move
on. Terima kasih sebab tak berdendam dengan saya.”
“Buat
apa nak berdendam. Kalau bukan sebab awak agaknya saya tak jumpa adik awak.”
Aku
senyum.
“Husband
awak mana?”
“UK.”
“Tak
ikut balik Malaysia?”
“Keluarga
dia ada masalah sikit. Tu yang dia suruh saya balik Malaysia.” Amboi Nuha, kau
punya ayat putar belit macam apa entah.
“Ohhh...
Aryan mana?”
“Toilet,
kawan saya bawakan.” Pelik juga aku. Dah agak lama Wardina dan Aryan ke tandas.
Tak pulang-pulang lagi.
Sejurus
itu, telefon bimbitku yang berada di atas meja berbunyi. Panggilan daripada
Wardina. Terus kujawab panggilan itu.
“Nuha!!!”
Suara Wardina separuh menjerit.
“Kenapa?”
“Aryan
hilang!”
“Hah?!”
“Aryan
hilang!”
“Seriuslah!”
“Aku
seriuslah ni. Buat apa nak tipu? Benda bukan main-main kot? Ingat aku saja-saja
nak tempah maut daripada kau?”
“Macam
mana boleh hilang?”
“Tak
tahu. Aku masuk toilet tadi. Dah pesan dekat dia, jangan jalan
mana-mana. Duduk sini, tunggu mama datang. Aku keluar toilet, tak sempat
nak tengok cermin pun, aku tengok dia dah tak ada. Basuh tangan dekat sinki pun
tak sempat tau? Macam mana aku nak cari dia dalam Suria KLCC ni weh? Budak tu
dahlah tak reti cakap Melayu. Dahlah comel dia tu lain dengan budak Malaysia.
Aduh, risau aku ni.”
Aku
dah mula menangis. Siapa tak risau? Anak hilang kot! Naufal di hadapan, aku
tidak hirau lagi.
“Kau
ni Dina! Kau datang sini, Dina. Kita cari sama-sama. Anak aku tu Dina!”
“Yalah,
memang aku nak datang dekat kau pun. Kau tunggu situ.”
Terus
talian dimatikan. Aku dah cuak. Aryan tak pernah hilang sebab aku sangat teliti
menjaga dia. Aku selalu pesan dekat dia jangan ikut orang lain kalau kita tak
kenal. Kalau orang tu bagi apa-apa pun jangan ambil. Hafal nombor ibu. Aku
harap Aryan dah hafal nombor aku di Malaysia ni. Ya Allah, risaunya aku!
“Aryan
hilang?” Naufal juga tampak risau. Aku angguk. Air mata dah meleleh-leleh
basahkan muka. Aku tak hirau orang pandang dah. Aku cuma nak Aryan aku balik.
“Jom,
saya tolong cari.”
“Tunggu
kawan saya datang.”
Tepat-tepat
aku habis bercakap, Wardina datang. Terus sahaja dia meluru dan memelukku.
“Jom,
cepat.” Tanganku ditariknya selepas pelukan dilerai. Kami berbincang untuk
mengagihkan tugas pencarian dan terus berpecah. Dah sepuluh minit aku berlari
dan sibuk memusingkan kepalaku di dalam ini macam orang gila. Sikit pun bayang
Aryan aku tak nampak. Sedihnya aku. Tolonglah ya Allah, aku mahukan Aryanku.
Langkah
kuteruskan lagi. Aku takkan berputus asa sebegini awal. Aku siap tanya dekat concierge
lagi. Mana tahu ternampak Aryan. Ataupun kalau-kalau ada orang report
fasal budak hilang ke. Aku sangat bersyukur apabila pihak concierge sudi
nak tolong aku cari Aryan. Lega sangat. Maka gambar Aryan di dalam telefon
bimbit aku tunjukkan kepada mereka siap dengan maklumat pakaian Aryan pada hari
ini. Selepas itu aku melilau lagi mencari Aryan. Ya Allah, tolonglah.
Tolonglah.
Telefon
bimbitku yang berada di dalam genggaman berbunyi. Manalah tahu Wardina atau
Naufal dah jumpa Aryan. Panggilan yang masuk terus kuterima sambil kaki terus
melangkah.
“Dina!”
“Errr...
Assalamualaikum.” Aku terkesima. Siapa ni? Skrin kuperhati. Patutlah. Nombor
yang tak kukenal.
“Waalaikumussalam.”
“Ibu
Aryan?”
“Saya.”
“Saya
Ihsan. Aryan ada dengan saya. Kami dekat depan Kinokuniya.”
“Seriously?”
“Yes.
Come and take him. I found him crying just now. But he’s okay now. Luckily he
remembered his mum’s number.”
“Thank
you so much!” Talian terus aku matikan dan aku bergerak ke concierge
semula untuk memaklumkan bahawa Aryan telah ditemui. Aku juga tidak lupa untuk
mengucapkan terima kasih kepada mereka atas kesanggupan mereka menghulur
bantuan tadi.
Aku
turut memaklumkan kepada Wardina dan Naufal mengenai Aryan sementara aku
berjalan menuju ke Kinokuniya. Dari jauh aku dah nampak Aryan yang sedang
menikmati aiskrim di tangan. Dia kelihatan sedang bergurau senda dengan lelaki
yang memperkenalkan dirinya sebagai Ihsan itu tadi. Nampak gembira sangat dia
apabila bersama-sama dengan lelaki itu. Macam dah pernah kenal.
“Assalamualaikum.”
Aku
menghulur ucapan salam. Lelaki yang membelakangiku terus berpaling sambil
menjawab salamku. Wajahnya yang pada asalnya sedang tersenyum kelihatan
mengeruh apabila melihatku.
Aryan
dah meluru ke arahku apabila melihat aku dan aku melutut untuk memeluknya. Ya
Allah, Aryan!
“Where
did you go, Aryan?” Aku terus mengucup pipinya bertalu-talu. Sungguh aku
terhutang budi dengan Ihsan.
“Mama
took a very long time to do her business in the toilet. I thought of finding my
own way to get to you but I lost, ibu.”
“Don’t
you ever repeat this mistake again, Aryan.”
“I’m
sorry.”
“Okay.
Come.” Tubuh Aryan terus kudukung. Langkah kuatur mendekati Ihsan.
“Ihsan?”
soalku kepadanya. Dia mengangguk.
“Arifihsan.”
“Saya
Nuha, ibu Aryan.”
“Ohhh,
Naim’s wife?” Mataku sedikit membulat mendengar bicara itu.
“No!
No! He’s my brother. You’re the one...” Aku diam. Patutlah macam pernah
nampak. Ihsan ni bukan ke kawan Naufal?
“I
knew Aryan from Naufal’s engagement day.I thought Aryan is Naim’s child?” Pekatnya
slanga British Ihsan ni. Dia belajar dekat UK juga ke?
“No,
Aryan is his nephew. Aryan is mine.”
“Oh,
I see. How old Aryan is?”
“Two
years, six months.”
“And
he is fluently speaking in English?”
Aku
senyum.
“He
was born and grown up in UK.”
“Where’s
his father?”
“UK.
He didn’t follows us back. By the way, thank you so much, Ihsan. I owe you one.
What could I do for you?” Aku membohong lagi. Haishhh, teruknya perangai.
“A
day out with Aryan again will do.” Aku terkesima. Dia ni biar betul.
“He
speaks English more than Malay...”
“So
do I.”
“Wouldn’t that be a problem?”
“Not
at all.”
“But
I can’t let Aryan go out with you without me.”
“Then
join us. Bring your friend along.” Jari telunjuknya menghala ke sebelahku.
Wardina. Sejak bila dia berdiri di sebelahku?
“Ohhh,
no. I’m sorry Ihsan. But I’ll go back to UK in two days time.”
“Nice.
Same flight as mine.”
“What?”
Dia ni biar betul?
“AirAsia?”
“Yup.”
Aku
terdiam. Tak tahu nak cakap apa dah. Mata macam tak boleh nak beralih daripada
pandang wajah milik Ihsan yang berkopiah, berkaca mata dan berjanggut sejemput
itu.
“Okay...
Look like we’re going back to UK with Uncle Ihsan, Aryan.”
“That’s
great then!” Aryan pula yang suka. Aduh. Haish.
“Zach!”
Eh, bukan suara Naufal ke tu? Huh? Siapa Zach ni? Dahlah sebut nama yang aku
tak suka.
“Hei,
Aryan!” Naufal tegur Aryan yang masih dengan aiskrimnya.
“Hai,
Uncle Naufal.”
“Ihsan,
kau jumpa Aryan?” Ihsan angguk.
“Jadi
korang dah kenal ke ni?” Naufal pandang aku dan Ihsan bergilir-gilir.
“Dah
lama dah.” Aku pandang Ihsan yang tengah alih pandangan dia ke lantai dan
kemudian ke muka Naufal. Kenapa cara dia bercakap macam tu? Seram pula aku
dengar.
“Hmmm, Ihsan
this is my bakal tunang tak jadi yang aku cerita dulu.” Ihsan beralih
pandang kepadaku sekilas sebelum memandang Naufal kembali.
“Hei,
saya tolak sebab saya dah kahwinlah. Tengah mengandungkan Aryan ni ha masa tu.
Gila apa nak jadi tunang orang?” tuturku. Naufal ketawa mendengarnya.
“You’re
married?” Ihsan pandang aku dengan mata yang tampak terkejut. Aku angguk
teragak-agak. Kenapa dengan Ihsan ni sebenarnya? Bukan ke aku dah cakap yang
ayah Aryan ada di UK? Takkan dia tak percaya pembohongan aku tadi?
“Yalah,
asal? Kau nak try isteri orang ke?”
Isk!
Entah apa-apalah Naufal ni. Nasib baik aku tak jadi bertunang dengan dia.
“Apa
yang kau mengarut sangat sampai ke topik luar alam ni?” Ihsan tampak bengang.
Dia pandang Aryan dalam dukunganku kemudian dia menjeling wajahku sebelum dia
berlalu dari situ. Aku yang terkesima. Dia jeling wajah aku ke tadi? Dia jeling
geram ke tadi?
“Maaflah
Nuha. Dia tu memang. Period lah kot tu. Saya pergi dulu, ya?” Dan Naufal
terus berlalu. Aku yang terkaku di situ. Tak berapa faham dengan apa yang baru
terjadi.
“Something’s
fishy...” Wardina yang sedari tadi diam akhirnya bersuara juga. Entah apa
yang berbau ikan pun aku tak dapat kesan.
best!!
ReplyDelete-Cik Na
Best
ReplyDeleteIhsan tu ke yg dulu rape Nuha? He is Aryan's father?
ReplyDelete