Total Pageviews

FIRST BABY

Thursday 8 December 2016

Cerpen- Hidayah Dia (Part 2)

Pesan penulis: Assalamualaikum, :). Selamat membaca. Maaf atas segala kekurangan.



            “ARYAN, salam.” Pada waktu muka ibu dan abang sedang kelam itulah aku menyuruh Aryan menyalami mereka. Tadi, ibu dan abang kelihatan gembira apabila melihat wajahku. Namun sebaik sahaja kehadiran Aryan disedari, terus berubah riak wajah mereka.

            “Siapa ni, Nuha?” Abang terus sahaja melontar soalan itu kepadaku.

            Something happened last three years, abang... Tahun yang Nuha tolak pinangan Naufal.”

            Ada kerutan yang muncul pada wajah abang. Aku tersenyum nipis. Aryan yang sedang berdiri kubawa ke dalam dukungan.

            “Kita cakap dekat dalam? Bukan di depan Aryan. Dalam Bahasa Melayu.”

            Abang masih kaku merenungku dan Aryan.

            “Marilah masuk dulu.”

            Setelah ibu bersuara, barulah abang ada ura-ura untuk bergerak dan memberiku laluan untuk masuk ke dalam rumah. Wajah ibu tampak tenang dan aku berharap akan kekal begitu. Aryan aku biarkan bermain dengan anak-anak abang di bawah pengawasan kakak iparku. Walaupun berlainan bahasa komunikasi mereka, namun Aryan tidak nampak kekok. Alhamdulillah.

            Kepada ibu dan abang, aku ceritakan segala-galanya, dari awal hingga akhir. Aku tidak menangis. Ya, tidak. Kerana sungguh, air mataku sudah terlalu banyak dibazirkan untuk kesilapan yang bukannya berpunca daripada aku. Ibu yang banyak menangis dan abang pula kelihatan bengang. Dia seakan-akan ingin menyalahkan aku di dalam hal ini. Dia begitu bijak mengeluarkan soalan dan memutar belitkan soalannya supaya aku keliru. Mentang-mentanglah dia merupakan seorang peguam.

            And finally you decided to keep him and take care of him?” Abang akhirnya bangun daripada duduknya setelah agak lama mendengar ceritaku.

            He’s my responsibilty, abang. Dia anak Nuha.”

            “Anak apa kalau tak ada ayahnya, Nuha?!” Suara abang mula meninggi dengan pandangan mata yang menikam tepat sepasang mataku. Aku tertunduk seketika.

            “Dia tetap lahir dari rahim Nuha, abang. Siapa bapanya boleh dipersoal, tetapi siapa ibunya tidak boleh dipersoal. Dia milik Allah dan dia juga yang Allah pinjamkan untuk menjadi milik Nuha. Abang tak tahu betapa susahnya Nuha untuk buat keputusan yang tepat selepas dia lahir. Menjaga dia bukan pilihan kerana Nuha tahu beginilah penerimaan keluarga Nuha dan membuang dia juga bukan pilihan kerana Nuha tahu erti tanggungjawab dan dosa pahala.”

            Why didn’t you make a police report about this? He raped you!

            Aku diam. Aku tak pernah terfikir pun nak buat laporan polis. Yang aku fikir, aku sendiri nak balas perbuatan lelaki itu.

            “Abang rasa kalau dia dah hilang macam ni, ada guna ke Nuha buat laporan polis pun?”

            I doubted you. Betul ke dia buat semua tu tanpa kerelaan Nuha?”

            Aku menarik nafas dalam-dalam. Kalau abang sendiri pun dah meragui aku sehingga tahap ini, apatah lagi orang yang tidak mengenaliku. Pastilah aku akan dihukum dan diadili tanpa mendengar penjelasan daripadaku.

            “Nuha berani bersumpah, abang, ibu. Nuha tak pernah redha dan tak pernah pasrah dengan apa yang dah berlaku. Nuha tak pernah merelakan semua benda ni jadi. Ya, walaupun Nuha sedar masa tu, tapi kudrat Nuha tak ada. Nuha t.,ak mampu untuk gerakkan tubuh sendiri pun. Nak bersuara pun Nuha tak mampu.”

            Abang dan ibu hanya mendiamkan diri mereka.

            “Abang, ibu... Tolonglah terima Aryan. Dia tak salah pun dalam hal ni. Dia tak minta pun untuk dilahirkan dengan status begini. Tolonglah, jangan hukum Aryan. Dia layak disayangi sebagaimana ibu sayang anak-anak abang dan abang sayang anak-anak abang. Kalau nak menghukum pun, hukumlah Nuha. Mungkin dalam tak sedar, Nuha yang salah. Mungkin ada silap perbuatan Nuha di mana-mana yang menyebabkan benda ni berlaku. Terimalah Aryan, ibu, abang.”

            Tiada sebarang respons yang aku terima. Hanya pandangan mereka yang menjelmakan rasa. Perlahan-lahan ibu bangkit dan keluar dari bilik itu diikuti abang. Aku bungkam. Terdiam. Dan sekarang, lelaki itulah juga puncanya keluargaku jadi begini.


            SUDAH dua minggu aku menghabiskan masa di rumah ibu. Dan setiap kali hujung minggu abang pulang ke rumah ini, tak pernah pun dia nak tegur aku. Pandang aku pun dia tak ingin. Tapi dengan Aryan, elok pula dia layan. Entah apa-apalah dia tu. Malas aku nak fikir.

            Mujurlah ibu tidak buat perangai seperti abang. Adalah juga seminggu selepas aku buat pengakuan tempoh hari ibu tidak mahu bercakap dengan aku. Tetapi kini, ibu sudah mula bercakap denganku, walaupun sikit-sikit.

            Kadang-kadang, rasa macam orang asing di dalam rumah sendiri. Dan agaknya, memang aku orang asing pun sampaikan adik perempuan aku nak bertunang pun aku tak tahu apa-apa. Adik aku tu bukannya ada di sini. Dia di Australia. Esok atau lusa dia baliklah. Dan yang paling aku rasa susah nak terima ialah orang yang bakal menjadi tunang adikku itu ialah orang yang pernah meminangku tiga tahun yang lalu.

            Macam tak ada perempuan lain dalam dunia ni sampai orang yang satu darah dengan aku juga yang dia pilih.

           
            USAI menunaikan solat zohor, tudung kusarungkan kembali pada kepala. Kaki melangkah ke arah tingkap dengan niat untuk melihat kelibat Aryan. Langsir kuselak. Ramai pula orang yang datang kenduri kesyukuran ni. Susahlah aku nak kesan kedudukan Aryan. Tapi apabila aku dah nampak abang yang segak berbaju melayu hijau emerald, automatik aku nampak Aryan yang sedang berjalan sambil tangannya dipegang abang. Alahai, comel saja. Abang ni baik sebenarnya, tapi dengan aku saja dia tak baik-baik lagi.

            Lama aku memerhatikan tingkah abang dengan Aryan. Sekejap-sekejap abang bertinggung dan berbual dengan Aryan. Sekejap-sekejap Aryan didukungnya. Aryan tu dah jadi macam anak dia dah. Yalah, tiga orang anak abang pun yang paling kecil sudah berusia lima tahun. Dah pandaiberjalan dengan abang-abang dia. Jadi, bolehlah abang melayan kerenah Aryan.

            Aryan pasti suka apabila abang hadir dalam hidup dia. Sebab selama ini Aryan tak pernah tahu pun bagaimana rasanya memiliki seorang ayah. Di UK dulu pun, jiran aku yang dah berusia 75 tahun tulah yang banyak jadi atuk Aryan dan cucu dia, John yang selalu juga habiskan masa dengan Aryan.

            Dari jendela ini, aku lihat abang didekati dua orang lelaki. Yang seorang itu aku kenal. Yalah, aku kan pernah ada rasa suka dekat dia dulu. Tapi itu dululah. Sejak aku putuskan untuk tolak pinangan dia, maka aku sudah buang jauh-jauh rasa suka itu. Biarlah dia bahagia dengan adik aku. Aku dah ada Aryan dalam hidup aku. Tak ada apa-apa yang lebih penting daripada Aryan.

            Abang kelihatan rancak berborak dengan mereka. Siap bergelak tawa lagi. Dan Aryan pun tak kurang juga menjadi perhatian dua orang lelaki itu. Naufal tak adalah nampak ramah sangat dengan Aryan sebab aku tahu dia memang kekok dengan budak-budak. Cuma lelaki yang datang dengan dia tadi yang nampak suka sangat berbual-bual dengan Aryan. Aku nampak mulut kecil Aryan tersenyum dan berbicara sesuatu. Alahai, sejak bilalah anak aku tu petah sangat bercakap?

            Tak tahu kenapa, tapi hati aku terdetik untuk tahu siapa gerangan lelaki yang datang bersama-sama Naufal tadi. Aku tidak dapat mengecam wajahnya. Lagipun dia bersongkok. Agak mustahil untuk aku melihat wajahnya melainkan dia mendongak.

            Bagaikan ada yang mendengar suara hatiku, lelaki itu mendongak ke atas ketika abang dan Naufal sedang rancak berbual. Hmmm, tak pula aku kenal. Mungkin kawan baru abang? Atau mungkin kawan Naufal? Seminit. Dua minit. Tak tahu kenapa, lelaki tu macam nampak sesuatu yang pelik dari pekarangan rumah tu. Tak lepas-lepas dia memandang ke arah ini. Tak tahulah dia pandang tingkap bilik aku ke tingkap bilik adik aku ke.

            Aku menoleh ke belakang. Yalah, manalah tahu ada apa-apa yang tak kena ke. Tapi tak ada apa-apa pun. Aku memandang ke luar kembali. Dan lelaki itu masih seperti tadi sehinggalah Naufal menepuk bahunya beberapa kali, barulah dia berpaling dan memandang Naufal. Naufal pula yang memandang ke arah ini dan sepantas itu langsir kutarik kembali untuk menutup tingkap.

            Aku masih tak bersedia untuk berjumpa dengan Naufal. Tetapi aku tak tipu bab aku dah tak ada perasaan kepada dia. Sungguh.
           

            SUDAH lama aku tidak menghabiskan masa dengan Aryan dan Wardina bertiga begini. Aryan sejak dah pandai berbahasa Melayu ni, apa-apa yang dia nampak, mesti nak tanya aku apa perkataan bahasa Melayu bagi benda itu. Tapi tak kisahlah, aku lagi suka bila Aryan sendiri yang nak belajar bahasa Melayu. Aku tak naklah bila besar nanti dia cakap bahasa Melayu serupa orang putih cakap bahasa Melayu. Dahlah ibu Aryan ni Melayu. Tak malu ke?

            Sementara menunggu Wardina ke tandas bersama-sama Aryan, aku merenung tablet di hadapan mata. Agak-agak apa Dr Dave buat dekat klinik dia eh? Yalah, aku kan tak ada nak tolong dia. Mesti serabut alam yang amat. Kesian pula dekat dia sebab aku ambil cuti lama-lama. Tapi Dr Dave baik sangat. Macam isteri dia. Rindu pula dekat manusia-manusia baik yang sayangkan aku dan Aryan di UK tu.

            Pandangan kuangkat seketika, manalah tahu kalau-kalau Wardina dan Aryan dah balik dari tandas. Ternyata keputusanku untuk mengangkat pandangan itu merupakan suatu tindakan yang tidak baik. Elok saja aku terpandang muka Naufal yang turut sedang memandangku. Dia duduk selang dua meja di hadapan aku. Cepat-cepat aku tundukkan muka. Harap sangat dia tak kenal aku.

            Tak sampai pun seminit aku pandang tablet di hadapan mata, telinga menangkap suara garaunya memberi salam kepadaku. Aku menghela nafas perlahan.

            “Waalaikumussalam.” Kujawab juga salam itu dalam terpaksa. Dah nama pun bakal adik ipar aku. Nanti dia kata aku kakak ipar sombong pula.

            “Nuha, kan?”

            Aku akhirnya mengangkat pandanganku dan memandangnya.

            “Hmmm, duduklah.”

            “Seorang ke?” Naufal sudah mengambil tempat di hadapanku.

            “Taklah, tengah tunggu orang. Awak?”

            “Samalah. Bila awak balik Malaysia?”

            “Adalah tiga minggu macam tu. Tapi saya tak lama dekat sini. Nanti nak balik UK semula. Ada kerja dekat sana.”

            “Doktor?”

            “Ya. Kerja klinik orang.”

            “Hari tu awak tak ada ke masa saya dengan Trisya tunang?” Trisya? Oh, Husna Batrisya, adik aku lah tu. Pelik pula dengar panggilan Trisya tu sebab aku panggil adik aku Husna.

            “Ada.” Aku mengangguk-angguk.

            “Tu yang langsir bilik awak berolak tu?” Naufal senyum mengusik terhadapku.

            “Saya tengok Aryan, bukan awak.”

            “Aryan? Yaaa, that kid. Anak abang kan?” soal Naufal. Abang ni pun... Nak menipu orang pun agak-agaklah. Muka Aryan tu bapak gila mat sallehnya. Tak ada rupa dia langsung. Pulak tu Aryan tu kalau kena panas mulalah memerah kulit dia.

            Mine. Awak ni logik sikitlah. Muka Aryan tu tak ada muka abang pun. Senangnyalah awak percaya cakap abang.” Naufal tampak terkejut.

            You’re married?” Aku angguk. Bohong sunat. Hahaha. Aduh... Mana ada istilah bohong sunat. Berdosa kau, Nuha! Tapi takkan aku nak buka aib aku pada orang asing? Gila ke apa?

            “Dengan orang sana? Sebab tu muka Aryan macam tu?” Aku angguk.

            “Sebab tu saya tak terima pinangan awak. And now I’m happy that awak dah move on. Terima kasih sebab tak berdendam dengan saya.”

            “Buat apa nak berdendam. Kalau bukan sebab awak agaknya saya tak jumpa adik awak.”

            Aku senyum.

            Husband awak mana?”

            “UK.”

            “Tak ikut balik Malaysia?”

            “Keluarga dia ada masalah sikit. Tu yang dia suruh saya balik Malaysia.” Amboi Nuha, kau punya ayat putar belit macam apa entah.

            “Ohhh... Aryan mana?”

            Toilet, kawan saya bawakan.” Pelik juga aku. Dah agak lama Wardina dan Aryan ke tandas. Tak pulang-pulang lagi.

            Sejurus itu, telefon bimbitku yang berada di atas meja berbunyi. Panggilan daripada Wardina. Terus kujawab panggilan itu.

            “Nuha!!!” Suara Wardina separuh menjerit.

            “Kenapa?”

            “Aryan hilang!”

            “Hah?!”

            “Aryan hilang!”

            “Seriuslah!”

            “Aku seriuslah ni. Buat apa nak tipu? Benda bukan main-main kot? Ingat aku saja-saja nak tempah maut daripada kau?”

            “Macam mana boleh hilang?”

            “Tak tahu. Aku masuk toilet tadi. Dah pesan dekat dia, jangan jalan mana-mana. Duduk sini, tunggu mama datang. Aku keluar toilet, tak sempat nak tengok cermin pun, aku tengok dia dah tak ada. Basuh tangan dekat sinki pun tak sempat tau? Macam mana aku nak cari dia dalam Suria KLCC ni weh? Budak tu dahlah tak reti cakap Melayu. Dahlah comel dia tu lain dengan budak Malaysia. Aduh, risau aku ni.”

            Aku dah mula menangis. Siapa tak risau? Anak hilang kot! Naufal di hadapan, aku tidak hirau lagi.

            “Kau ni Dina! Kau datang sini, Dina. Kita cari sama-sama. Anak aku tu Dina!”

            “Yalah, memang aku nak datang dekat kau pun. Kau tunggu situ.”

            Terus talian dimatikan. Aku dah cuak. Aryan tak pernah hilang sebab aku sangat teliti menjaga dia. Aku selalu pesan dekat dia jangan ikut orang lain kalau kita tak kenal. Kalau orang tu bagi apa-apa pun jangan ambil. Hafal nombor ibu. Aku harap Aryan dah hafal nombor aku di Malaysia ni. Ya Allah, risaunya aku!

            “Aryan hilang?” Naufal juga tampak risau. Aku angguk. Air mata dah meleleh-leleh basahkan muka. Aku tak hirau orang pandang dah. Aku cuma nak Aryan aku balik.

            “Jom, saya tolong cari.”

            “Tunggu kawan saya datang.”

            Tepat-tepat aku habis bercakap, Wardina datang. Terus sahaja dia meluru dan memelukku.

            “Jom, cepat.” Tanganku ditariknya selepas pelukan dilerai. Kami berbincang untuk mengagihkan tugas pencarian dan terus berpecah. Dah sepuluh minit aku berlari dan sibuk memusingkan kepalaku di dalam ini macam orang gila. Sikit pun bayang Aryan aku tak nampak. Sedihnya aku. Tolonglah ya Allah, aku mahukan Aryanku.

            Langkah kuteruskan lagi. Aku takkan berputus asa sebegini awal. Aku siap tanya dekat concierge lagi. Mana tahu ternampak Aryan. Ataupun kalau-kalau ada orang report fasal budak hilang ke. Aku sangat bersyukur apabila pihak concierge sudi nak tolong aku cari Aryan. Lega sangat. Maka gambar Aryan di dalam telefon bimbit aku tunjukkan kepada mereka siap dengan maklumat pakaian Aryan pada hari ini. Selepas itu aku melilau lagi mencari Aryan. Ya Allah, tolonglah. Tolonglah.

            Telefon bimbitku yang berada di dalam genggaman berbunyi. Manalah tahu Wardina atau Naufal dah jumpa Aryan. Panggilan yang masuk terus kuterima sambil kaki terus melangkah.

            “Dina!”

            “Errr... Assalamualaikum.” Aku terkesima. Siapa ni? Skrin kuperhati. Patutlah. Nombor yang tak kukenal.

            “Waalaikumussalam.”

            “Ibu Aryan?”

            “Saya.”

            “Saya Ihsan. Aryan ada dengan saya. Kami dekat depan Kinokuniya.”

            Seriously?

            Yes. Come and take him. I found him crying just now. But he’s okay now. Luckily he remembered his mum’s number.

            Thank you so much!” Talian terus aku matikan dan aku bergerak ke concierge semula untuk memaklumkan bahawa Aryan telah ditemui. Aku juga tidak lupa untuk mengucapkan terima kasih kepada mereka atas kesanggupan mereka menghulur bantuan tadi.

            Aku turut memaklumkan kepada Wardina dan Naufal mengenai Aryan sementara aku berjalan menuju ke Kinokuniya. Dari jauh aku dah nampak Aryan yang sedang menikmati aiskrim di tangan. Dia kelihatan sedang bergurau senda dengan lelaki yang memperkenalkan dirinya sebagai Ihsan itu tadi. Nampak gembira sangat dia apabila bersama-sama dengan lelaki itu. Macam dah pernah kenal.

            “Assalamualaikum.”

            Aku menghulur ucapan salam. Lelaki yang membelakangiku terus berpaling sambil menjawab salamku. Wajahnya yang pada asalnya sedang tersenyum kelihatan mengeruh apabila melihatku.

            Aryan dah meluru ke arahku apabila melihat aku dan aku melutut untuk memeluknya. Ya Allah, Aryan!

            Where did you go, Aryan?” Aku terus mengucup pipinya bertalu-talu. Sungguh aku terhutang budi dengan Ihsan.

            Mama took a very long time to do her business in the toilet. I thought of finding my own way to get to you but I lost, ibu.

            Don’t you ever repeat this mistake again, Aryan.

            I’m sorry.

            Okay. Come.” Tubuh Aryan terus kudukung. Langkah kuatur mendekati Ihsan.

            “Ihsan?” soalku kepadanya. Dia mengangguk.

            “Arifihsan.”

            “Saya Nuha, ibu Aryan.”

            Ohhh, Naim’s wife?” Mataku sedikit membulat mendengar bicara itu.

            No! No! He’s my brother. You’re the one...” Aku diam. Patutlah macam pernah nampak. Ihsan ni bukan ke kawan Naufal?

            I knew Aryan from Naufal’s engagement day.I thought Aryan is Naim’s child?” Pekatnya slanga British Ihsan ni. Dia belajar dekat UK juga ke?

            No, Aryan is his nephew. Aryan is mine.

            Oh, I see. How old Aryan is?

            Two years, six months.

            And he is fluently speaking in English?

            Aku senyum.

            He was born and grown up in UK.

            Where’s his father?

            UK. He didn’t follows us back. By the way, thank you so much, Ihsan. I owe you one. What could I do for you?” Aku membohong lagi. Haishhh, teruknya perangai.

            A day out with Aryan again will do.” Aku terkesima. Dia ni biar betul.

            He speaks English more than Malay...

            So do I.

            Wouldn’t  that be a problem?

            Not at all.

            But I can’t let Aryan go out with you without me.

            Then join us. Bring your friend along.” Jari telunjuknya menghala ke sebelahku. Wardina. Sejak bila dia berdiri di sebelahku?

            Ohhh, no. I’m sorry Ihsan. But I’ll go back to UK in two days time.

            Nice. Same flight as mine.

            What?” Dia ni biar betul?

            AirAsia?

            Yup.

            Aku terdiam. Tak tahu nak cakap apa dah. Mata macam tak boleh nak beralih daripada pandang wajah milik Ihsan yang berkopiah, berkaca mata dan berjanggut sejemput itu.

            Okay... Look like we’re going back to UK with Uncle Ihsan, Aryan.

            That’s great then!” Aryan pula yang suka. Aduh. Haish.

            “Zach!” Eh, bukan suara Naufal ke tu? Huh? Siapa Zach ni? Dahlah sebut nama yang aku tak suka.

            “Hei, Aryan!” Naufal tegur Aryan yang masih dengan aiskrimnya.

            “Hai, Uncle Naufal.

            “Ihsan, kau jumpa Aryan?” Ihsan angguk.

            “Jadi korang dah kenal ke ni?” Naufal pandang aku dan Ihsan bergilir-gilir.

            “Dah lama dah.” Aku pandang Ihsan yang tengah alih pandangan dia ke lantai dan kemudian ke muka Naufal. Kenapa cara dia bercakap macam tu? Seram pula aku dengar.

            “Hmmm, Ihsan this is my bakal tunang tak jadi yang aku cerita dulu.” Ihsan beralih pandang kepadaku sekilas sebelum memandang Naufal kembali.

            “Hei, saya tolak sebab saya dah kahwinlah. Tengah mengandungkan Aryan ni ha masa tu. Gila apa nak jadi tunang orang?” tuturku. Naufal ketawa mendengarnya.

            You’re married?” Ihsan pandang aku dengan mata yang tampak terkejut. Aku angguk teragak-agak. Kenapa dengan Ihsan ni sebenarnya? Bukan ke aku dah cakap yang ayah Aryan ada di UK? Takkan dia tak percaya pembohongan aku tadi?

            “Yalah, asal? Kau nak try isteri orang ke?”

            Isk! Entah apa-apalah Naufal ni. Nasib baik aku tak jadi bertunang dengan dia.

            “Apa yang kau mengarut sangat sampai ke topik luar alam ni?” Ihsan tampak bengang. Dia pandang Aryan dalam dukunganku kemudian dia menjeling wajahku sebelum dia berlalu dari situ. Aku yang terkesima. Dia jeling wajah aku ke tadi? Dia jeling geram ke tadi?

            “Maaflah Nuha. Dia tu memang. Period lah kot tu. Saya pergi dulu, ya?” Dan Naufal terus berlalu. Aku yang terkaku di situ. Tak berapa faham dengan apa yang baru terjadi.

            Something’s fishy...” Wardina yang sedari tadi diam akhirnya bersuara juga. Entah apa yang berbau ikan pun aku tak dapat kesan.

3 comments: