Kereta
yang kami naiki berpapasan dengan Hazzar dan Ixora yang sedang berjalan. Ixora
memaut lengan Hazzar mesra.
Okey,
aku faham.
Tu
bini kedua dia. Sebab tu Hazzar bagi Ixora pegang macam tu saja.
Besides,
arwah pak long tak pernah kata apa-apa tentang Hazzar tak boleh kahwin dua,
tiga atau empat, kan?
HARI
keputusan.
Aku
pakai baju kurung dengan selendang cuma hari ini. Wajah tidak berias apa-apa.
Walau sekadar bedak atau pelembap bibir. Biasa sahaja.
Aku
ke sekolah berjalan kaki. Tak jauh mana pun sebenarnya. Sebelum ni aku sengaja
menggedik pakai motosikal.
Sampai
sahaja di hadapan pagar sekolah, aku nampak Fayyadh sudah tunggu di pondok
jaga. Aku nampak juga Hazzar yang sedang berjalan. Barangkali untuk ke dewan.
Tapi dia tak nampak aku.
“Morning,
sunshine.” Fayyadh sapa aku.
“Morning,”
ucapku.
“Nah.”
Fayyadh keluarkan sejambak bunga ros merah dari belakang dia.
Spontan
aku tersenyum.
“Cantiknya...”
Tanpa segan silu, aku terus ambil bunga tersebut lalu menghidunya.
“Berapa
gaji kau habis?” soalku. Fayyadh ketawa.
“Boleh
tahanlah.”
“Mak
abah mana?” soalku.
“Dalam
dewan dah. Jom, sayang.”
Aku
julingkan mata ke atas. Dah lali dah sikap dengan Fayyadh yang tak faham bahasa
melayu tu.
“Kenapa
bagi bunga? Aku tak ada apa-apa pun untuk kau,” ujarku dalam perjalanan kami ke
dewan.
“Sebab
aku sayang kau. Kau tak bagi apa-apa kat aku pun tak apa. Dapat tengok muka kau
hari ni pun kira macam hadiah paling best.”
Serba
salah aku jadinya lepas mendengar bicara Fayyadh itu.
Kami
melangkah masuk ke dalam dewan bersama-sama. Aku duduk di sebelah mak Fayyadh.
Fayyadh duduk di sebelah abah dia.
“Iva
rasa macam mana?” soal mak. Aku memang panggil dia mak pun.
“Nervous
juga, mak.”
“InsyaAllah,
boleh tu.”
“Kau
punya record kan tak pernah buruk, Iva.” Fayyadh menyampuk.
“Aku
tak pergi sekolah tiga bulan, kau sedar tak?” Sempat lagi aku bergaduh dengan
Fayyadh.
Majlis
bermula tidak lama selepas itu.
Pelajar-pelajar
yang mendapat keputusan semua A diumumkan dan dijemput naik ke pentas.
Dah
sepuluh nama yang disebut. Tak ada nama aku pun? Purata setiap tahun pelajar
yang dapat semua A untuk sekolah ni biasanya 15 sahaja.
Aku
dah mula cuak. Dalam fikiran dah terbayang ke mana harus aku campak impian nak
ke Dublin itu.
“Muhammad
Fayyadh bin Fauzi, 8A+1A.”
Aku
tepuk tangan dalam duka. Fayyadh pergi sorang-soranglah nampaknya. Jangan
mimpilah nak aku ikut sama.
“Satu-satunya
student sains agama yang dapat straight A’s...”
Aku
dah cuak. Aku ambil sains agama. Fayyadh tak.
“Adiva
Zaira binti Zahid dengan keputusan 9A+2A.”
Aku
terbeku sekejap dekat tempat duduk aku.
Nama
aku ke tadi tu?
“Iva,
bangunlah. Nama Iva tu.” Mak menggesa aku.
Pantas
aku bangkit daripada tempat duduk aku.
Bila
dah naik atas pentas, aku rasa kekok bila ramai orang tepuk tangan.
Aku
nampak Hazzar di salah satu pintu dewan sedang berpeluk tubuh. Dia hulur
senyum, cuma aku tak pasti buat siapa.
“Cantiklah,
Iva. Dublin lah kita.” Fayyadh di sebelah dah menyiku.
“InsyaAllah...”
Aku angguk sahaja.
Selesai
bergambar, ambil keputusan dan semuanya, aku terus turun dari pentas. Aku
perhati semua orang. Masing-masing ada mak dan ayah mereka.
Aku?
Sekadar
ditemani bunga yang Fayyadh bagi dekat aku. Fayyadh sedang gembira berbual
dengan mak dan abah. Takkanlah aku nak masuk campur hal anak beranak, kan?
Aku
bangun untuk menapak keluar dari dewan. Jambangan bunga yang Fayyadh bagi
kepada aku, aku bawa dengan tangan kanan. Sewaktu sudah hampir dengan pintu
dewan, mata aku berpapasan dengan mata Hazzar.
Ada
sejambak bunga ros kuning dalam tangannya. Subhanallah, cantiknya.
“Iva!
Mak ajak ambil gambar. Kau nak pergi mana tu?” Suara Fayyadh melaung nama aku.
Tiba-tiba,
Hazzar menukar haluannya. Dia berpaling semula ke belakang. Tak jadi nak masuk
ke dewan ni.
Aku
terus menapak mendapatkan Hazzar.
“Sir.”
Aku panggil dia.
Hazzar
berhenti melangkah.
“Bunga
tu, untuk saya ke?” soalku.
“It
was, at first. But maybe not now.”
“Kenapa?”
“You
have one better in your hand.”
Aku
terus bergerak ke hadapan Hazzar.
“It’s
okay. I can give this to Ixora,” kata Hazzar.
Aku
ketap bibir lantas bunga yang dipegangnya aku ambil. Hazzar kelihatan terkejut
dengan tingkahku.
“Saya
suka yang kuning lebih lagi.”
“Sir
beli yang barulah untuk Ixora,” tokokku lagi seraya aku terus melangkah
mendapatkan Fayyadh.
“Zaira.”
“Yes?”
Aku berpaling pandang Hazzar.
“I’m
proud of you.”
Aku
senyum, “I know.”
SIBUK
aku menyemak senarai barang-barang untuk ke Dublin. Takut kalau ada apa-apa
yang tertinggal.
“Iva.”
Aku
angkat muka pandang Huda di muka pintu.
“Kau
nak pergi jauh-jauh tinggal aku ke?” Tercebik-cebik dia menyoal.
“Habis
tu? Takkan selama-lamanya aku nak duduk bawah ketiak kau?” balasku.
“Ketiak
aku wangi apa? Kau tak nak duduk bawah ketiak aku lagi ke?”
“Aku
pergi sebab nak belajar. Nanti aku baliklah semula. 5 or 6 tahun macam
tu je. Chill lah.”
“Nanti
ada orang rindu kau.”
“Eleh,
kau ingat ni zaman 80-an? Kalau rindu Skype lah, apa susah?”
“Kau
tak takut ke kalau angah pasang dua tiga belakang kau?”
“Nak
takut apa? Aku pun boleh buat kalau dia buat.”
“Amboi.
Ingat sikit yang perempuan tak ada kuota.”
“Spare
part nanti kalau dia ceraikan aku.” Selamba aku jawab.
“Kau
confident aje kan yang dia akan ceraikan kau? Kalau dia tak ceraikan kau
macam mana? Mana kau nak campak hati Fayyadh tu? Jujurlah dengan dia, cakap
yang kau dah kahwin. Kesian aku tengok dia tau? Asyik sayang, sayang. Walhal
kau tu bini orang!”
Aku
senyap.
“Kau
ni, aku cakap buat tak tahu je kan?” Huda bersuara.
“Dah
tu? Kau nak aku cakap apa? Aku pun tak tahu apa status perkahwinan ni tau? Too
complicated!”
“Angah
tu pun bodoh semacam pergi setuju dengan wasiat arwah ayah.”
“Kaulah!
Aku harapkan kau aje nak bangkang masa tu. Kenapa kau tak bangkang?”
“Aku
dapat part aku senang-senang aje weh, takkanlah aku nak bangkang
tiba-tiba?” Huda balas.
“Tulah
kau, duit lagi penting dari adik kau ni kan. Tak guna betul aku dapat abang
macam ni.”
“Malang
gila nasib kau kan.”
“Malang
kuasa tiga.”
“Aku
tak boleh hantar kau tau esok, ada hal kecemasan tiba-tiba.” Serius wajah Huda
tatkala dia menutur bicara itu.
Melingas
mata aku pandang Huda.
“Weh,
kau dah janji!” Aku marah. Betul-betul marah.
Huda
ketawa, “Tipu aje.”
“Huda
Rahman!” Aku baling bantal ke muka dia. Entah apa-apalah perangai Huda ni.
“ZAIRA!”
Aku terhenti. Toleh ke belakang. Satu aje
manusia dalam dunia ni yang panggil aku Zaira. Tapi bukan ke dia kerja hari ni?
Fayyadh
di sebelah turut berhenti melangkah.
Aku
nampak Hazzar sedang berlari ke arah kami.
“Apa
masalah sir tu?” Fayyadh bersuara.
Aku
diam.
Setelah
agak hampir, Hazzar menyambung langkahnya dengan berjalan seperti biasa. Dia
akhirnya berhenti di hadapan aku dan Fayyadh.
“Can
we talk?” soal Hazzar.
“Cakaplah.”
“I
mean, just both of us.” Hazzar pandang Fayyadh.
“Aku
pergi dululah, Iva.” Fayyadh mengalah.
Aku
mengangguk lantas aku pandang Hazzar semula.
“Nak
cakap apa?” soalku.
“Dah
fikir habis ke nak ke Dublin?”
Aku
kerut kening.
“Are
you going to stop me now, sir?” soalku.
“No,
I’m just asking.”
“Why?”
“Takut
kau rindu aku.”
Aku
jeling wajah Hazzar.
“Tak
ada masa lah saya, sir.”
“Jaga
diri elok-elok.”
“Ya,
Fayyadh kan ada?”
“Buat-buatlah
jeling kad nikah tu selalu.”
“Ala,
buat stock apa salahnya? Nanti sir ceraikan saya juga, kan?” Aku
terus pusing dan berjalan pergi.
“Zaira!”
Hazzar macam bengang.
“Bye,
sir!” Aku angkat tangan kanan dan melambai-lambai kepada Hazzar.
ENTAH
kenapa tiba-tiba bila dah sampai tahun terakhir aku di Dublin, dan aku tak
dapat pulang ke Malaysia untuk berhari raya, aku rasa sedih sangat. Rasa sedih
tu bukan setakat sepi dalam hati. Tapi aku siap menangis macam anak yang kena
marah dengan ayah. Lengkap dengan segala jenis sedu.
“Iva.”
Aku
angkat kepala dari katil.
“Jomlah,
kata nak pergi?”
“Tak
naklah. Tahun ni aku nak raya sorang-sorang.”
“Kau
ni tak pernah-pernah homesick, ni tiba-tiba homesick ni kenapa?”
“Mana
tahu aku homesick?”
“Tu
mata tu bengkak macam apa entah. Rindu laki ke apa kau ni? Teruk benar
nangisnya. Nak kata rindu mak ayah, mak ayah dah tak ada. Kau balik Malaysia
pun nak sambut raya dengan siapa? Adik beradik pun tak ada.”
“Kau
ni nak kutuk pun pandang-pandanglah. Makin bengkak hati aku, tau? Dahlah pagi tadi baru minta maaf kat aku. Tak guna betul.”
“Yalah,
yalah. Sorry.”
“Pergi
sana.” Aku halau Yusma.
“Bye,
babe. Selamat hari raya.”
Aku
diam. Tak ada hati nak menjawab. Fayyadh balik ke Malaysia tahun ni. Alah,
Fayyadh setiap kali cuti musim panas pun dia balik Malaysia. Orang kaya tak
apalah. Kalau aku pujuk dia dengan bunga, barulah dia batalkan niat dia nak
balik Malaysia tu. Nak jaga hati kekasih lah kononnya.
Sedang
bermuram durja, loceng rumah berbunyi.
Ni
mesti Yusma. Suka tertinggal barang. Suka tertinggal kunci rumah.
Segera
aku bangkit daripada pembaringanku lantas shawl aku capai dan aku lilit
ke kepala ala kadar. Sweater aku ambil dan kepala yang berlapik dengan
selendang aku tutup dengan hood.
Loceng
ditekan untuk kali yang ketiga.
“Sekejap!”
Suaraku meninggi sambil kaki laju melangkah.
Pintu
terus kubuka.
Terkesima
sejenak apabila sejambak bunga ros kuning terpampang di hadapan mata. Bunga tersebut diturunkan perlahan-lahan.
Dan
entah atas alasan apa, tiba-tiba saja jiwaku disapa perasaan gembira yang amat.
“Huda!”
Aku terus menerkam tubuhnya dengan pelukan.
“Woaaa!”
Huda seakan-akan terkejut dengan tingkahku.
“Sorry!”
Aku cepat-cepat melepaskan pelukan pada tubuhnya sebaik sahaja aku menyedari
keterlanjuranku.
“Banyak
mana rindu?” Huda ukir senyum mengusik.
“Banyak
gilaaa! Kau dah tua!” Sempat aku kutuk rupa parasnya yang berjambang.
“Kureng!”
Huda terus melangkah masuk ke dalam rumah sewa yang aku kongsi bersama-sama
Yusma, Ririn dan Layn.
“Bunga
tu untuk aku?” soalku sebaik sahaja pintu rumah aku tutup.
“Angah
suruh bagi dekat kau. Gigih aku cari bunga turun dari flight tadi tau?”
Huda hulur bunga itu kepada aku.
Aku
menyambut hulurannya.
“Angah
suruh bagi?” Berkerut kening aku. Bunga ros tersebut kubawa rapat ke hidung.
Wangi, memang wangi. Bunga ros kuning tak pernah tak wangi bagi aku.
“Haaa,
lah.” Huda sudah melabuhkan duduknya di atas sofa.
“Kenapa?”
“Aku
rasa sebab dia nak kahwin dengan Ixora kut?”
“What?!”
Terus hilang segala bau wangi yang aku hidu tadi.
“Bunga
tu untuk bodek hati kaulah kiranya.”
“Dia
nak kahwin dengan Ixora? Like seriously?”
“Kau
tahu tak, lima tahun kau dekat sini, dia dengan Ixora lah. Ke hulu ke hilir
dengan minah tu. Mata aku yang semak tengok.”
“Kira
dia nak ceraikan aku lah ni?” soalku.
Huda
menjongket bahu.
“Mana
aku tahu dia. Kau dah tak sabar ke apa?”
“Mana
ada.”
Aku
melabuhkan duduk di sebelah Huda.
“Sikit
lagi kau nak habis belajar, kan?” soal Huda.
Aku
mengangguk.
“Fayyadh
dah tahu kau dah kahwin?” soal Huda.
Aku
geleng.
“Sampai
bila kau nak berahsia, Iva?”
“Kalau
aku bagitahu pun, tak ada apa-apa yang berubah, kan? Sikit masa saja lagi, aku
akan bercerai dengan angah. So, tak kisahlah.”
“Kalau
angah tak nak ceraikan kau macam mana? Kau nak tuntut fasakh pun macam tak ada
sebab yang rasional sebab nafkah dia tetap bagi dekat kau. Dan situation
korang yang tak ngam tu memang satu situation yang korang persetujui
bersama. Aku rasa kalau bawa kes ni ke mahkamah, hakim tak bagi kau bercerai,
tahu?”
Aku
pandang wajah Huda, “Dia dah ada Ixora kan, Huda?” soalku.
Huda
diam.
“So,
aku akan pastikan dia ceraikan aku walau macam mana pun caranya. Aku rasa, tak
wajar untuk pernikahan ni diteruskan since aku dengan dia, sama-sama tak
bahagia. Dia ada Ixora yang tunggu dia. Aku...” Aku berjeda seketika.
“Ada
Fayyadh.” Meskipun selama ini aku menganggap Fayyadh cukup sekadar seorang
sahabat semata-mata.
Masing-masing
senyap selepas itu.
“Kau
kena make sure betul-betul yang kau memang tak bahagia dengan dia.
Jangan nanti kau menyesal,” kata Huda.
Entahlah,
Huda. Hidup serumah selama dua hari sebagai suami isteri pun tak pernah. Macam
mana aku nak pastikan sama ada aku bahagia atau tak dengan dia?
“ZAIRA.”
Aku menoleh ke belakang apabila bahuku terasa disentuh.
Wajah Hazzar yang sudah jauh berbeza sejak kali terakhir kami bersemuka dahulu
mengisi ruang mataku.
“Hazzar.”
Sepatah namanya meluncur keluar daripada bibirku. Tak pernah-pernah aku panggil
dia Hazzar, ni tiba-tiba aku panggil dia macam tu. Adakah mungkin sebab aku
terlalu terkejut?
Hazzar
mengukir senyum.
“Buat
apa datang sini?” Aku terus menyoal. Hazzar sudah mengambil tempat di
hadapanku. Dia duduk di atas kerusi kosong yang ditinggalkan oleh Fayyadh untuk
ke tandas.
“Sihat?”
soal Hazzar.
“Rasa-rasa?”
soalku.
“Kau
sihat dan kau rindu aku.”
“Amboi,
boleh tilik hati ke?”
“Tak
payah tilik hati. Tengok mata saja pun dah boleh tahu.”
Aku
capai kaca mata hitam di atas meja seraya kaca mata hitam itu kusarungkan.
“Dah
tak nampak, kan?”
Bertambah
lebar senyum Hazzar setelah mendengar bicaraku itu.
“Jom
balik.”
“Balik
mana?”
“Rumah
kitalah.”
“Rumah
arwah pak long?”
“No,
rumah kita.”
“Asrama?”
“Dah
tiga tahun dah aku tak jadi warden, Zaira.”
“Habis
tu kita nak balik rumah mana ni?”
“Rumah
kitalah.”
“Since
when saya ada rumah dengan sir?” soalku.
“Stop
addressing me as sir, can you?”
“Why
not? You were my teacher anyway.”
“I
was your teacher but I am your husband.”
“Tak
payahlah nak beria-ia. Kita akan bercerai juga, kan? So, tak payah nak
ubah panggilan tu.”
“Says
who yang kita akan bercerai?”
“Ixora
mana?”
Air
muka Hazzar berubah keruh.
“Fayyadh
mana?” Hazzar pula menyoal.
“Cemburu?”
Aku menyoal dengan kening yang terjongket.
“Sejak
6 tahun lepas.”
“Tak
sayang, tapi cemburu. Jangan rasa benda pelik-pelik boleh tak?”
“Normal
lah kan, suami cemburu kalau ada lelaki lain panggil isteri dia sayang.
Sedangkan dia sendiri pun tak panggil isteri dia macam tu.”
Aku
mengerling wajah Hazzar dengan hujung mata, “Cari penyakit sendiri. Sir
yang tak panggil saya macam tu, lepas tu nak cemburu dengan orang lain yang
panggil saya sayang, buat apa? Cuba kalau sir panggil saya macam tu,
mesti sir tak cemburu dengan Fayyadh.”
“Cabar
aku?”
“Tak
pun. Saya cakap benda yang betul.”
“Aku
tak bolehlah nak panggil kau sayang dulu. Kau juga yang suruh aku rahsiakan
tentang status kau, kan?”
“Sepanjang
saya dekat Dublin, tak pernah langsung sir call or text saya. Macam
manalah saya tak fikir yang this marriage is not working?”
“Kau
pun tak pernah contact aku. Nak balik ni pun kau bagitahu Huda je.”
“Today’s
Tuesday and you’re working. I don’t want to disturb you.”
“Tak
kisahlah aku kerja ke tak. Apa-apa pun bagitahulah aku, kalau aku tak boleh
jemput kau, aku hantar orang.”
“Ambil
cuti hari ni untuk saya ke?” soalku.
“You
have no idea how much I miss you.”
“Yalah
tu. Ixora nak campak mana?”
“Jom
balik.”
“Kenapa
mengelak?”
“What?”
Hazzar tayang muka selamba.
“Setiap
kali saya sebut nama Ixora, kenapa mengelak?”
“Takkanlah
aku nak sebut nama Ixora depan isteri aku, kan?”
“Yalah,
dekat depan tak sebut. Dekat belakang, sikit-sikit Ixora sampai nama Zaira tu
dah hilang dari radar.”
“Cemburu?”
“Why
not?” tukasku.
Hazzar
mengukir senyum, “Jom balik.”
Dia
terus bangkit daripada duduknya dan mencapai tangan kananku.
“Tapi
saya dah janji nak balik dengan Fayyadh.”
“Text
dia dan cakap yang kau selamat dalam jagaan suami kau.”
Aku
terpaksa bangkit daripada dudukku dan mengatur langkah mengikuti langkah kaki
Hazzar. Dan aku tidak tahu apa yang ada di fikiran Hazzar tatkala dia menyelati
ruang kosong antara jari-jemari tangan kananku dengan jari-jemari tangan
kirinya.
“Sir
ingat saya ni Ixora ke?” soalku dengan mata yang terarah pada tangan kami.
“Better.
You’re my wife.”
“Ixora
tu pun sir boleh pegang juga, kan? Tak ada bezanya dengan saya.” Aku
masih ingat kes aku terserempak dengan dia dan Ixora di tempat kerja aku dulu.
“Ada
nak singgah mana-mana tak?” soal Hazzar.
Aku
tak beri apa-apa jawapan. Sakit betul hati bila Hazzar mengelak tiap kali aku
sebut nama Ixora. Betullah agaknya tu yang dia nak kahwin dengan Ixora. Dahlah
nak kahwin dengan Ixora, lepas tu sibuk nak jaga hati aku. Aku tak tahu apa
yang dia cuba lakukan, tapi mimpilah aku akan terjerat dalam permainan dia.
SEMENTARA
menunggu surat penempatan untuk bekerja, bolehlah aku rehatkan minda dulu.
Belajar pun penat. Bekerja nanti lagilah penat gamaknya. Sekarang ini aku dan
Hazzar tinggal serumah. Menurut Hazzar, dia beli rumah ini sebaik sahaja aku ke
Dublin dulu. Semua barang aku Hazzar dah pindahkan ke sini semasa aku di
Dublin. Dan yang paling seronoknya, dia sumbat semua barang aku dalam bilik
dia. Ah! Memang aku tak nampak di mana tanda-tanda untuk kami bercerai.
Maka
dari kelmarin sampai hari ni, aku bergaduh dengan Hazzar dek isu lokasi barang
yang tidak menemui jalan penyelesaiannya.
Hazzar
tak kisah aku tidur dekat bilik lain. Tapi yang jadi isunya sekarang ni,
takkanlah setiap kali aku nak mandi, aku kena masuk bilik dia untuk ambil baju?
Tak ke buat kerja bodoh namanya tu?
Tapi
bila difikirkan balik, berbanding kena tidur sebilik dengan dia, kena ambil
baju dekat bilik dia setiap kali aku nak mandi tu kira okeylah.
Hazzar
dah pandai makan masakan aku sekarang ni. Aku rasa mungkin sebab dia dah malas
nak masak makanan sendiri. Umur pun dah 34 tahun. Dah penat kot nak memasak?
Mujurlah skil memasak aku dah ditajamkan semasa aku duduk di Dublin dulu.
Yalah, kalau hari-hari makan luar, rabak dompet aku.
Hazzar
keluar untuk ke sekolah seawal pukul 6.50 pagi. Maknanya pukul 5 pagi aku dah
kena bangun untuk masak sarapan. Nampak tak ciri-ciri isteri mithali aku tu?
Walhal boleh saja Hazzar sarapan dekat sekolah dan Hazzar sendiri pun tak
pernah suruh aku masak. Tapi apa yang aku buat ni, sama saja macam apa yang
arwah mak long pernah buat. Aku ingat lagi dulu betapa arwah mak long gigih
bangun awal pagi untuk masak sarapan pagi supaya arwah pak long tidak ke kerja
dengan perut yang lapar.
Dah
dua hari dia makan sarapan yang aku buat dan hari ini dia bawa bekal untuk
minum pagi. Jimat katanya.
Aku
tak masak untuk makan tengahari sebab Hazzar balik petang. Ada aktiviti
kokurikulum. Kalau ikutkan boleh saja dia nak balik untuk makan tengahari. Tapi
dia kata membazir. Minyak dah mahal sekarang. Apa-apalah. Duit dia, kan?
Sedang
aku sibuk mengemop lantai rumah pada pukul 3 petang itu, tiba-tiba sahaja bunyi
motosikal Hazzar kedengaran. Terkocoh-kocoh aku berlari ke tingkat atas untuk
ambil tudung. Jangan mimpilah aku nak buka tudung depan dia.
Selepas
tudung disarung, aku turun ke bawah semula. Hazzar sedang buka kasut di luar.
“Kata
ada koko hari ni?” soalku.
Hazzar
terus masuk ke dalam rumah setelah kasutnya dibuka. Dia melabuhkan duduknya di
atas sofa seraya tubuhnya direbahkan. Matanya terus sahaja dipejamkan.
“Sir,
kenapa ni?” Berkerut kening aku melihat Hazzar yang lain macam.
Hazzar
diam sahaja. Dia tidak menjawab apa-apa.
Aku
mendekati tubuh Hazzar yang sedang berbaring lantas aku duduk melutut di
sebelah sofa. Teragak-agak aku gerakkan tangan kanan aku untuk menyentuh
pipinya.
Sebaik
sahaja kulit kami bersentuhan, mata Hazzar terbuka. Kami saling berbalas
pandang. Daripada menyentuh pipi, aku sentuh pula dahinya.
“Demam?”
soalku.
Hazzar
pejam semula matanya, “Lepas rehat tadi pening kepala sikit. Makin lama makin
berat. Tu yang minta excuse untuk petang ni. I just need some rest.”
“Okey.”
Aku bangkit daripada dudukku dan meninggalkan Hazzar sendirian.
Sepuluh
minit kemudian aku datang semula dengan sebesen air asam jawa, tuala bersih,
baju T milik Hazzar dan selimut.
Hazzar
dah lena.
Aku
bergerak ke kakinya. Kedua-dua belah stokin yang masih tersarung pada kakinya
aku tanggalkan. Selepas itu, aku melutut di sisi bahagian atas tubuhnya pula.
Tali leher yang masih terikat kemas pada lehernya aku tanggalkan. Sejenis cikgu
yang jaga penampilan memang macam ni. Dah habis waktu sekolah pun gigih pakai
tali leher lagi. Suami siapalah ni.
Butang
baju kemejanya aku buka satu per satu. Cuak juga nak buka baju orang
sebenarnya. Aku saja yang nampak macam mana teruknya jari aku menggeletar.
Mujur Hazzar pakai baju T putih dekat dalam. Tak adalah aku perlu berhadapan
dengan risiko pitam.
Usai
membuka kesemua butang bajunya, aku capai tuala bersih lantas tuala itu aku
celupkan ke dalam air asam jawa. Tuala aku perah kemudian aku lapkan tuala itu
pada rambutnya, sekitar wajahnya dan leher. Beberapa kali aku ulang perbuatan
tersebut dan akhirnya tuala tersebut aku lekapkan pada dahinya.
“Jangan,
Zaira...” Berkerut-kerut kening Hazzar tatkala menutur nama aku.
Mengigau
ke apa Hazzar ni?
“Sayang.”
Siapa
yang dia panggil sayang tu agaknya ya?
Dan
tiba-tiba, Hazzar tersenyum.
“Mesti
Ixora.” Apa yang terlintas dalam fikiran, terluah pada bibir. Entah kenapa jiwa
diselubung rasa cemburu yang melampau-lampau. Kenapa aku perlu cemburu
sedangkan aku tak sayangkan dia? Apakah mungkin semuanya kerana status dia
sebagai suami aku dan aku ialah isterinya?
Malas
untuk menyerabutkan fikiran, maka aku bangkit lantas selimut aku capai. Tubuh
Hazzar aku selimutkan sebelum aku berlalu pergi dari ruang tamu itu.
SETIAP
15 minit aku akan ke ruang tamu untuk basahkan tuala yang aku letak pada
dahi Hazzar. Dari pukul 3 petang sampailah sekarang ni dah hampir 6.30 petang,
itulah rutin aku. Bila aku ke ruang tamu untuk sesi ke-14, aku perasan mata
Hazzar dah terbuka. Mulalah aku keliru sama ada aku patut teruskan langkah aku
atau tidak.
Tapi
aku risau Hazzar pening kepala dan tak boleh bangun.
Maka
aku melangkah jua mendekatinya dan aku duduk melutut di sisi sofa.
“Hazzar...”
Perlahan aku menutur namanya.
Mata
Hazzar yang tadinya galak merenung ke atas kini berhenti pada wajahku.
Tangan
kanan aku gerakkan menyentuh pipinya. Tak kurang lagi panasnya.
“What’s
the time?” soal Hazzar.
“Enam
setengah.” Aku alihkan tuala pada dahi Hazzar.
“Dah
solat?” soal Hazzar.
“Dah.”
Hazzar
menyelak selimut pada tubuhnya lantas dia bangkit daripada pembaringannya. Baju
kemejanya ditanggalkan.
“Nak
solat ke?” soalku.
Hazzar
mengangguk.
“Pening
kepala lagi?”
Hazzar
mengangguk lagi.
“Solat
dekat bilik bawah sajalah kalau macam tu.”
“Okey.”
“Nak
mandi?”
“Baju
dekat atas.”
“Tak
apa, saya bawa turun.”
Hazzar
terus berdiri dengan tangan kanan masih menggenggam baju kemejanya. Langkahnya
dibuka.
Aku
tak sampai hati pula tengok Hazzar yang susah-payah berjalan dengan sebelah
tangan yang kosong berpaut pada dinding.
Keluh
perlahan aku lepaskan. Kenapa aku baik sangat macam ni eh?
Aku
bangkit dan terus mendapatkan Hazzar. Baju yang dipegangnya bertukar tangan
lantas aku pegang tangannya untuk membantu dia berjalan.
Sampai
sahaja di bilik dan dia sudah melabuhkan duduknya di atas katil, aku terus naik
ke tingkat atas dan mengambil tuala serta pakaiannya.
Kemudian
aku turun semula dan letakkan tuala dan pakaian dia di atas katil.
“Saya
nak masak ni. Sir nak makan apa?” soalku.
“Tak
ada rasa nak makan pun.” Hazzar menjawab sambil tangannya bergerak mencapai
tuala.
Aku
tak membalas apa-apa. Kalau dah namanya orang sakit, tak payahlah habiskan air
liur mempertikai soal selera makan.
Terus
sahaja aku keluar dari bilik dan masuk ke dapur.
Agak-agak
dia makan bubur tak?
“ADUH!”
Aku terus menegakkan kepala dan menggosok laju dahi yang terhantuk pada
dinding. Macam mana aku boleh tersengguk macam ni?
Mata
yang terpejam terus aku buka. Wajah Hazzar yang sedang tersenyum mengisi ruang
mataku.
“Apa
pandang-pandang?” soalku dengan tangan yang masih ligat menggosok dahi.
“Here.”
Hazzar menepuk-nepuk ruang kosong di sisinya.
“Tak
ada kerjalah saya...”
“Nanti
terhantuk lagi dekat dinding tu. Tujuh jam lagi nak subuh ni.”
“Tidurlah,
sir.”
“Aku
tak boleh tidur bila tengok kau macam tu.”
Aku
terus bangkit daripada dudukku seraya aku letakkan bantal di atas lantai bilik
dan tubuh kurebahkan di atas lantai itu.
“Dah,
sir boleh tidur sekarang.”
Aku
pejamkan mata.
“Lagi
sebulan, kan?” soalku.
“Apa?”
“Genap
enam tahun.”
“So?”
“Jangan
lupa ceraikan saya selepas sir dah dapat bahagian sir.”
“What
nonsense are you talking about, Zaira?”
“Saya
tak merepek. Saya cakap benda yang betul. Sir kahwin dengan saya sebab sir
nak bahagian sir, kan? So that’s it. Lepas dah dapat bahagian sir,
ceraikan saya. Lagipun, perkahwinan ni memang dari awal lagi tak berfungsi,
kan? And even though almost six years passes by, our relationship status is still
the same. Unknown. Too complicated.”
“Saya
tak pernah kata yang saya kahwin dengan awak sebab saya nak bahagian saya. Awak
dengan sikap awak lima tahun lepas yang suka assume tu masih sama lagi.
Tak terfikir nak berubah ke?” Nada suara Hazzar menampakkan betapa dia
benar-benar kecewa dengan aku. Tapi kenapa dia nak kecewa? Bukankah kami
sama-sama faham tentang hakikat penceraian yang pasti itu?
“Sir
tak boleh terus-terusan dera perasaan Ixora dan rasanya tak adil juga untuk
saya berbuat begitu kepada Fayyadh. Sejak enam tahun yang lepas, saya tak
pernah jujur dengan dia. Saya tak nak kecewakan dia bila satu hari nanti dia
tahu yang selama ini saya dah kahwin.”
“I’ll
die if I keep putting other’s feelings first and mine last.” Hazzar
menggumam perlahan.
“I
thought you never have one,” tuturku.
“Ask
yourself why you haven’t seen it.”
Dan
masing-masing bisu selepas itu.
Kenapa
aku tak pernah nampak perasaan dia?
Kenapa
ya?
AKU
renung Hazzar yang macam tak bermaya nak tegakkan kepala. Waktu solat subuh
tadi elok sahaja dia solat duduk, ni bila jam dah menunjukkan pukul 7 pagi, dia
dah layu semula atas katil.
“Hari
ni kan sekolah.”
“Hmmm...”
Itu sahaja balasan Hazzar.
Nak
tak nak aku terpaksa ambil telefon Hazzar dan dail nombor pengetua.
“Assalamualaikum.”
Aku beri salam sebaik sahaja panggilan berjawab.
“Waalaikumussalam.
Cikgu Hazzar?”
“Saya
isteri dia.”
“Isteri?”
“Ehhh.”
Aku dah tersasul. Tiba-tiba telefon dalam peganganku ditarik oleh Hazzar.
“Cikgu...”
Hazzar menutur. Dia memusingkan tubuh membelakangkan aku.
“Ha’ah,
isteri.” Selamba Hazzar mengakui statusnya yang sudah berkahwin kepada tuan pengetua.
“Dah
lama dah.” Mesti tuan pengetua tanya sejak bila Hazzar berkahwin. Aku berani jamin memang itulah soalannya.
“Terima
kasih, cikgu.”
Hazzar
hulur telefonnya kepada aku. Telefon bertukar tangan.
“Nasib
baik dia tak tanya siapa nama isteri.” Terus Hazzar tarik selimut menutup
kepalanya.
“Kalau
dia tanya, cakap sajalah, Adiva Zaira.”
“Biasanya
kalau orang dah tak sabar nak bercerai, dia dah tak sudi mengaku status dia.”
“Bukan
saya yang tak sabar nak bercerai. Awak yang dah ada Ixora, kan?” Usai menutur
bicara itu, aku terus berlalu meninggalkan bilik itu.
ADA sepupu Hazzar sebelah ibunya yang datang ke rumah hari
ini.
Aku
kira, mungkin sepupu yang ini rapat dengan Hazzar. Tengoklah saja dua orang
anak saudara sepupu Hazzar yang sedari tadi asyik beriba dengan Hazzar. Manja
betul gayanya. Sikit-sikit pak ngah. Mak ngah mereka tak pula mereka cari.
Dan
bila dah sampai masa mereka nak pulang, boleh pula sepupu Hazzar tu bertanya,
“Zaira mengandung ke? Aku tengok budak-budak ni melekat saja dengan kau.”
Hazzar
pandang aku sekilas.
“Taklah.
Rindu pak ngah agaknya tu.” Hazzar ukir senyum.
Ridhwan,
sepupu Hazzar itu kemudiannya pandang aku, “Dah habis belajar kan?” soal
Ridhwan.
Aku
angguk.
“Janganlah
tunggu lama-lama sangat, kesian dekat Hazzar tu. Dia dah 34 tahun, tau?
Sepatutnya dah dapat tiga orang anak dah.”
Nasib
baik aku bukan tengah minum air sekarang ni. Kalau tak dah tentu ada yang
tersalah masuk ke dalam salur pernafasan.
Aku
tarik sengih, “Haaa, yalah.” Anggukan serba salah aku hulur.
Dan
tak fasal-fasal selepas mereka dah beredar, Hazzar pandang aku.
“Apa
pandang-pandang?”
Hazzar
ukir senyum. Senyum yang lain warnanya.
“Seriously?”
“Apa?”
“Anak?”
“Mimpilah.”
Aku petik jari banyak kali depan wajah Hazzar supaya dia sedar.
“Minta
dekat Ixora.” Sempat lagi aku tembak dia sambil kaki melangkah masuk ke dalam
rumah.
HARI
Sabtu.
Aku
dah mula bekerja pada awal minggu ini dan hari ini aku bercuti. Hazzar pula
yang perlu ke sekolah kerana ada sekolah ganti.
Tinggal
seminggu sahaja lagi untuk usia pernikahan kami genap enam tahun. Hazzar pula
semakin hari semakin baik layanannya terhadap aku. Namun sampai ke hari ini aku
masih tak tahu apa hala tuju dia dalam pernikahan ini. Apabila aku sebut soal
cerai dan nama Ixora, mulalah dia tukar topik perbualan ke benda lain. Suka
sangat mengelak.
Aku
pun keliru sekarang ni, dia nak ceraikan aku ke tak? Tapi kalau dia tak nak
ceraikan aku, apa alasan dia? Sayangkan aku? Kenapa dia tak pernah cakap dekat
aku kalau betul dia sayang?
Aku
sudah mula berfikir-fikir untuk beritahu kepada Fayyadh tentang status
perkahwinan aku. Tapi bagaimana nanti kalau tak lama selepas Fayyadh tahu yang
aku dah kahwin, tiba-tiba sahaja aku diceraikan?
Cincin
yang Hazzar sarungkan pada jari manis tangan kanan aku malam semalam aku
perhatikan. Ni cincin nikah kami enam tahun yang lepas. Sebaik sahaja selepas
habis majlis aku terus tanggalkan cincin tu dan sumbat cincin tu masuk ke dalam
beg dia. Tak sangka pula aku yang Hazzar boleh jumpa benda kecil macam tu di
dalam beg dia yang besar tu. Aku ingatkan cincin tu dah hilang ke mana dah.
Dan
tiba-tiba malam semalam semasa aku tengah sibuk gosok baju kemeja dia, dia
datang dari arah belakang aku dan dia minta aku tunjukkan tangan kanan aku
kepadanya. Tanpa banyak tanya, aku buat juga. Dan selepas itu, dia sarungkan
cincin itu pada jari manis tangan kanan aku sambil berkata, “I have done my
best to respect your decision and situation back then and now, I hope you could
do the same too. Please respect my decision and situation now.”
“What
decision and what situation?” soalku.
Hazzar
sekadar senyum sebelum dia berlalu meninggalkan aku.
Sampai
ke hari ini aku masih berfikir tentang keputusan apa yang Hazzar buat. Apa
tandanya dia mengembalikan cincin ini kepada aku? Adakah dia tidak akan
menceraikan aku? Tetapi kenapa? Apa perlunya aku di dalam hidupnya?
Sedang
fikiran diasak dengan pelbagai persoalan yang tidak aku temui di mana jawapannya,
perhatianku diganggu oleh suara orang yang memberi salam. Usai menutup auratku,
aku terus menjengah ke luar rumah untuk melihat gerangan yang hadir.
“Waalaikumussalam,”
jawabku sambil aku sarungkan selipar pada kaki. Sebaik sahaja aku semakin
hampir dengan pagar rumah, mulalah aku terkesima dengan wajah yang mengisi
ruang mataku.
“Ixora.”
Aku menegurnya. Patutlah aku tak cam wajah dia dari jauh tadi. Dia dah
bertudung. Malah pakaiannya sempurna menutup aurat.
“Eh,
Iva? You buat apa dekat rumah Hazzar?” soal Ixora.
“Saja
datang. Huda pun ada sekali,” ujarku, temberang.
“Ohhh,
Hazzar ada tak?” tanya Ixora.
“Tak,
hari ni ada sekolah ganti.”
“Oh,
ya ke? Dia tak cakap pula.”
“Kenapa
nak jumpa dia?” soalku.
“Taklah,
actually I kena pergi Johor sampai Sabtu minggu depan. Hazzar dah janji
untuk jaga anak sementara I dekat Johor.”
Kening
aku berkerut, “Anak siapa?” soalku.
Ixora
ketawa, “You dah lima tahun tak ada dekat Malaysia. So I bet yang
you tak tahu langsung about us.”
“Apa
yang saya tak tahu?”
“We’re
married.”
Terasa
kering darah pada muka saat ini. Jantung berdegup laju bagai nak gila.
“Tiga
tahun lepas,” kata Ixora lagi.
Aku
ketap bibir serapat yang mungkin.
“Boleh
tak kalau I titipkan anak kami dekat you since you saja yang ada
sekarang ni? I dah lambat sebenarnya ni.”
“Okey.”
Itu sahaja yang mampu aku jawab.
Ixora
terus sahaja bergerak ke tempat duduk penumpang di sebelah pemandu. Pintu
dibuka dan seorang kanak-kanak lelaki keluar dari situ. Ixora turut mengambil
beg pakaian di tempat duduk belakang untuk dibawa bersama-sama.
“Salam
aunty,” tutur Ixora kepada kanak-kanak lelaki itu. Kanak-kanak lelaki
itu patuh. Aku sambut hulurannya acuh tak acuh sahaja.
Ixora
memang betul-betul bagi Hazzar anak. Itulah, Adiva Zaira. Kata-kata itu satu
doa. Sekarang ni siapa yang makan hati?
“Nama
siapa ni?” soalku.
“Huzair,”
jawab kanak-kanak itu.
“Sweet
kan? Sama dengan nama papa dia. Huruf H.”
Sweet
kepala otak hang!
“Okeylah,
Iva. I pergi tau? Thank you.” Beg pakaian pada tangan Ixora kini
sudah berada dalam pegangan aku.
“Mummy
pergi dulu, Huzair. Jangan nakal-nakal dengan papa dan aunty, okey?”
pesan Ixora kepada Huzair sebelum dia masuk ke dalam keretanya dan berlalu
pergi meninggalkan kami.
Aku
pandang Huzair.
“Jom,
masuk,” ajakku.
Huzair
membatu sahaja sambil merenung wajah aku.
“Kenapa
pandang aunty macam tu?” soalku.
“Huzair
pernah nampak muka aunty,” kata kanak-kanak itu. Pelik juga aku akan
kepetahan Huzair dalam berbicara. Kalau Ixora dengan Hazzar dah berkahwin tiga
tahun yang lepas, maknanya paling awal pun umur Huzair baru dua tahun lebih.
Tapi Huzair bercakap tak ada pelat, pun?
“Pernah
nampak? Dekat mana?”
“Dekat
telefon papa. Huzair nampak papa tengok muka aunty dekat telefon,” kata
Huzair. Kalau sebelum aku kenal Huzair mungkin hati aku akan tersentuh apabila
aku dengar cerita Huzair itu. Tapi sayangnya, sekarang ni aku tak rasa apa-apa.
Makin menyampah adalah. Apa ertinya tenung gambar aku kalau belakang aku dia
menduakan aku? Siap ada anak lagi!
“Umur
Huzair berapa ya?” tanyaku.
“Tiga
tahun, tiga bulan.”
“Tiga
tahun?”
Adakah...
Ya
Tuhan!
Aku
tak sanggup nak bayangkan apa-apa!
Nota kaki: Tamat part 3. Nanti bila2, saya sambung ya. Mungkin Selasa, insyaAllah. Lepas dah baca part 3 ni, korang menyampah dengan siapa agak-agaknya? Hazzar yang sangat sesuatu atau Zaira yang tak habis-habis bercakap soal cerai? Do share your thoughts! And thank you for all the comments yang baru masuk dalam inbox saya. Walaupun saya tak balas, saya baca semuanya, tau? Terharu sangat dapat support yang tak berbelah bahagi daripada korang. Esp, to the reader yang back up saya tu. Thank you so much for being supportive dan bukan menjatuhkan. Janganlah korang fikir yang saya ni 'palau' komen2 korang tu. Walaupun saya tak balas, tapi saya baca. SENTIASA baca, :). Terima kasih semua, :). Spread the love, ^_^.
Bile next entry and bile nak habis? Hahahah sakit jiwa baca ni, please kasi sir dgn iva bersatu. Xnak dgn ixora
ReplyDeleteApsal kawin ngan ixora plak ni..haissh
ReplyDeleteLack of 2 ways communication. Masing2 naj tegakkan ego. Tapi yg paling besar ego is Hazzar. Dah sah2 kahwin dgn budak sekolah, at least explain things.
ReplyDeleteApsal kawin ngan ixora plak ni..haissh
ReplyDeleteAigoo.. Hazzar....
ReplyDeleteok sakit jiwa..apa jd nie.. blur...
ReplyDelete