Total Pageviews

FIRST BABY

Saturday 13 May 2017

Cerpen- Jujurlah Mencintai Aku (Part 3)

Nota kepala: Assalamualaikum, :). *Grrrr, apa ni, Nasha? Kata Jumaat. Apa ni? Apa ni?* Yaaaa, I know, I know. Silalah marah berjemaah. Huhu. Sebelum ni saya kata, kalau saya rajin buka blog, saya bagi entry untuk part 3 lebih awal kan dan kalau tidak, hari Jumaat saya bagi, kan? Tapi, manusia hanya mampu merancang, Tuhan yang menentukan. Sesiapa yang follow saya di Instagram mesti tahu tentang sakit yang tiba-tiba menyerang saya hari Rabu lepas. Alhamdulillah, sekarang ni saya dalam proses nak sembuh. Huuu~ Confidence level nak keluar rumah rasa macam dah drop sampai 15% aje lepas kena serang penyakit ni. Hukhukhuk. Mohon maaf semua, dua tiga hari ni memang tak sihat. Mampu belek fon, baca buku je. Nak belek laptop, tulis manuskrip baru memang tak terdaya.  Jadi saya bagi extra panjang sikit untuk part 3 ni. Selamat membaca, :).




            Kereta yang kami naiki berpapasan dengan Hazzar dan Ixora yang sedang berjalan. Ixora memaut lengan Hazzar mesra.

            Okey, aku faham.

            Tu bini kedua dia. Sebab tu Hazzar bagi Ixora pegang macam tu saja.

            Besides, arwah pak long tak pernah kata apa-apa tentang Hazzar tak boleh kahwin dua, tiga atau empat, kan?


            HARI keputusan.

            Aku pakai baju kurung dengan selendang cuma hari ini. Wajah tidak berias apa-apa. Walau sekadar bedak atau pelembap bibir. Biasa sahaja.

            Aku ke sekolah berjalan kaki. Tak jauh mana pun sebenarnya. Sebelum ni aku sengaja menggedik pakai motosikal.

            Sampai sahaja di hadapan pagar sekolah, aku nampak Fayyadh sudah tunggu di pondok jaga. Aku nampak juga Hazzar yang sedang berjalan. Barangkali untuk ke dewan. Tapi dia tak nampak aku.

            Morning, sunshine.” Fayyadh sapa aku.

            Morning,” ucapku.

            “Nah.” Fayyadh keluarkan sejambak bunga ros merah dari belakang dia.

            Spontan aku tersenyum.

            “Cantiknya...” Tanpa segan silu, aku terus ambil bunga tersebut lalu menghidunya.

            “Berapa gaji kau habis?” soalku. Fayyadh ketawa.

            “Boleh tahanlah.”

            “Mak abah mana?” soalku.

            “Dalam dewan dah. Jom, sayang.”

            Aku julingkan mata ke atas. Dah lali dah sikap dengan Fayyadh yang tak faham bahasa melayu tu.

            “Kenapa bagi bunga? Aku tak ada apa-apa pun untuk kau,” ujarku dalam perjalanan kami ke dewan.

            “Sebab aku sayang kau. Kau tak bagi apa-apa kat aku pun tak apa. Dapat tengok muka kau hari ni pun kira macam hadiah paling best.

            Serba salah aku jadinya lepas mendengar bicara Fayyadh itu.

            Kami melangkah masuk ke dalam dewan bersama-sama. Aku duduk di sebelah mak Fayyadh. Fayyadh duduk di sebelah abah dia.

            “Iva rasa macam mana?” soal mak. Aku memang panggil dia mak pun.

            Nervous juga, mak.”

            “InsyaAllah, boleh tu.”

            “Kau punya record kan tak pernah buruk, Iva.” Fayyadh menyampuk.

            “Aku tak pergi sekolah tiga bulan, kau sedar tak?” Sempat lagi aku bergaduh dengan Fayyadh.

            Majlis bermula tidak lama selepas itu.

            Pelajar-pelajar yang mendapat keputusan semua A diumumkan dan dijemput naik ke pentas.

            Dah sepuluh nama yang disebut. Tak ada nama aku pun? Purata setiap tahun pelajar yang dapat semua A untuk sekolah ni biasanya 15 sahaja.

            Aku dah mula cuak. Dalam fikiran dah terbayang ke mana harus aku campak impian nak ke Dublin itu.

            “Muhammad Fayyadh bin Fauzi, 8A+1A.”

            Aku tepuk tangan dalam duka. Fayyadh pergi sorang-soranglah nampaknya. Jangan mimpilah nak aku ikut sama.

            “Satu-satunya student sains agama yang dapat straight A’s...”

            Aku dah cuak. Aku ambil sains agama. Fayyadh tak.

            “Adiva Zaira binti Zahid dengan keputusan 9A+2A.”

            Aku terbeku sekejap dekat tempat duduk aku.

            Nama aku ke tadi tu?

            “Iva, bangunlah. Nama Iva tu.” Mak menggesa aku.

            Pantas aku bangkit daripada tempat duduk aku.

            Bila dah naik atas pentas, aku rasa kekok bila ramai orang tepuk tangan.

            Aku nampak Hazzar di salah satu pintu dewan sedang berpeluk tubuh. Dia hulur senyum, cuma aku tak pasti buat siapa.

            “Cantiklah, Iva. Dublin lah kita.” Fayyadh di sebelah dah menyiku.

            “InsyaAllah...” Aku angguk sahaja.

            Selesai bergambar, ambil keputusan dan semuanya, aku terus turun dari pentas. Aku perhati semua orang. Masing-masing ada mak dan ayah mereka.

            Aku?

            Sekadar ditemani bunga yang Fayyadh bagi dekat aku. Fayyadh sedang gembira berbual dengan mak dan abah. Takkanlah aku nak masuk campur hal anak beranak, kan?

            Aku bangun untuk menapak keluar dari dewan. Jambangan bunga yang Fayyadh bagi kepada aku, aku bawa dengan tangan kanan. Sewaktu sudah hampir dengan pintu dewan, mata aku berpapasan dengan mata Hazzar.

            Ada sejambak bunga ros kuning dalam tangannya. Subhanallah, cantiknya.

            “Iva! Mak ajak ambil gambar. Kau nak pergi mana tu?” Suara Fayyadh melaung nama aku.

            Tiba-tiba, Hazzar menukar haluannya. Dia berpaling semula ke belakang. Tak jadi nak masuk ke dewan ni.

            Aku terus menapak mendapatkan Hazzar.

            Sir.” Aku panggil dia.

            Hazzar berhenti melangkah.

            “Bunga tu, untuk saya ke?” soalku.

            It was, at first. But maybe not now.

            “Kenapa?”

            You have one better in your hand.

            Aku terus bergerak ke hadapan Hazzar.

            It’s okay. I can give this to Ixora,” kata Hazzar.

            Aku ketap bibir lantas bunga yang dipegangnya aku ambil. Hazzar kelihatan terkejut dengan tingkahku.

            “Saya suka yang kuning lebih lagi.”

            Sir beli yang barulah untuk Ixora,” tokokku lagi seraya aku terus melangkah mendapatkan Fayyadh.

            “Zaira.”

            Yes?” Aku berpaling pandang Hazzar.

            I’m proud of you.

            Aku senyum, “I know.
           

            SIBUK aku menyemak senarai barang-barang untuk ke Dublin. Takut kalau ada apa-apa yang tertinggal.

            “Iva.”

            Aku angkat muka pandang Huda di muka pintu.

            “Kau nak pergi jauh-jauh tinggal aku ke?” Tercebik-cebik dia menyoal. 

            “Habis tu? Takkan selama-lamanya aku nak duduk bawah ketiak kau?” balasku.

            “Ketiak aku wangi apa? Kau tak nak duduk bawah ketiak aku lagi ke?”

            “Aku pergi sebab nak belajar. Nanti aku baliklah semula. 5 or 6 tahun macam tu je. Chill lah.”

            “Nanti ada orang rindu kau.”

            “Eleh, kau ingat ni zaman 80-an? Kalau rindu Skype lah, apa susah?”

            “Kau tak takut ke kalau angah pasang dua tiga belakang kau?”

            “Nak takut apa? Aku pun boleh buat kalau dia buat.”

            “Amboi. Ingat sikit yang perempuan tak ada kuota.”

            Spare part nanti kalau dia ceraikan aku.” Selamba aku jawab.

            “Kau confident aje kan yang dia akan ceraikan kau? Kalau dia tak ceraikan kau macam mana? Mana kau nak campak hati Fayyadh tu? Jujurlah dengan dia, cakap yang kau dah kahwin. Kesian aku tengok dia tau? Asyik sayang, sayang. Walhal kau tu bini orang!”

            Aku senyap.

            “Kau ni, aku cakap buat tak tahu je kan?” Huda bersuara.

            “Dah tu? Kau nak aku cakap apa? Aku pun tak tahu apa status perkahwinan ni tau? Too complicated!

            “Angah tu pun bodoh semacam pergi setuju dengan wasiat arwah ayah.”

            “Kaulah! Aku harapkan kau aje nak bangkang masa tu. Kenapa kau tak bangkang?”

            “Aku dapat part aku senang-senang aje weh, takkanlah aku nak bangkang tiba-tiba?” Huda balas.

            “Tulah kau, duit lagi penting dari adik kau ni kan. Tak guna betul aku dapat abang macam ni.”

            “Malang gila nasib kau kan.”

            “Malang kuasa tiga.”

            “Aku tak boleh hantar kau tau esok, ada hal kecemasan tiba-tiba.” Serius wajah Huda tatkala dia menutur bicara itu.

            Melingas mata aku pandang Huda.

            “Weh, kau dah janji!” Aku marah. Betul-betul marah.

            Huda ketawa, “Tipu aje.”

            “Huda Rahman!” Aku baling bantal ke muka dia. Entah apa-apalah perangai Huda ni.


            “ZAIRA!”

            Aku terhenti. Toleh ke belakang. Satu aje manusia dalam dunia ni yang panggil aku Zaira. Tapi bukan ke dia kerja hari ni?

            Fayyadh di sebelah turut berhenti melangkah.

            Aku nampak Hazzar sedang berlari ke arah kami.

            “Apa masalah sir tu?” Fayyadh bersuara.

            Aku diam.

            Setelah agak hampir, Hazzar menyambung langkahnya dengan berjalan seperti biasa. Dia akhirnya berhenti di hadapan aku dan Fayyadh.

            Can we talk?” soal Hazzar.

            “Cakaplah.”

            I mean, just both of us.” Hazzar pandang Fayyadh.

            “Aku pergi dululah, Iva.” Fayyadh mengalah.

            Aku mengangguk lantas aku pandang Hazzar semula.

            “Nak cakap apa?” soalku.

            “Dah fikir habis ke nak ke Dublin?”

            Aku kerut kening.

            Are you going to stop me now, sir?” soalku.

            No, I’m just asking.

            Why?

            “Takut kau rindu aku.”

            Aku jeling wajah Hazzar.

            “Tak ada masa lah saya, sir.

            “Jaga diri elok-elok.”

            “Ya, Fayyadh kan ada?”

            “Buat-buatlah jeling kad nikah tu selalu.”

            “Ala, buat stock apa salahnya? Nanti sir ceraikan saya juga, kan?” Aku terus pusing dan berjalan pergi.

            “Zaira!” Hazzar macam bengang.

            Bye, sir!” Aku angkat tangan kanan dan melambai-lambai kepada Hazzar.


            ENTAH kenapa tiba-tiba bila dah sampai tahun terakhir aku di Dublin, dan aku tak dapat pulang ke Malaysia untuk berhari raya, aku rasa sedih sangat. Rasa sedih tu bukan setakat sepi dalam hati. Tapi aku siap menangis macam anak yang kena marah dengan ayah. Lengkap dengan segala jenis sedu.

            “Iva.”

            Aku angkat kepala dari katil.

            “Jomlah, kata nak pergi?”

            “Tak naklah. Tahun ni aku nak raya sorang-sorang.”

            “Kau ni tak pernah-pernah homesick, ni tiba-tiba homesick ni kenapa?”

            “Mana tahu aku homesick?

            “Tu mata tu bengkak macam apa entah. Rindu laki ke apa kau ni? Teruk benar nangisnya. Nak kata rindu mak ayah, mak ayah dah tak ada. Kau balik Malaysia pun nak sambut raya dengan siapa? Adik beradik pun tak ada.”

            “Kau ni nak kutuk pun pandang-pandanglah. Makin bengkak hati aku, tau? Dahlah pagi tadi baru minta maaf kat aku. Tak guna betul.”

            “Yalah, yalah. Sorry.

            “Pergi sana.” Aku halau Yusma.

            Bye, babe. Selamat hari raya.”

            Aku diam. Tak ada hati nak menjawab. Fayyadh balik ke Malaysia tahun ni. Alah, Fayyadh setiap kali cuti musim panas pun dia balik Malaysia. Orang kaya tak apalah. Kalau aku pujuk dia dengan bunga, barulah dia batalkan niat dia nak balik Malaysia tu. Nak jaga hati kekasih lah kononnya.

            Sedang bermuram durja, loceng rumah berbunyi.

            Ni mesti Yusma. Suka tertinggal barang. Suka tertinggal kunci rumah.

            Segera aku bangkit daripada pembaringanku lantas shawl aku capai dan aku lilit ke kepala ala kadar. Sweater aku ambil dan kepala yang berlapik dengan selendang aku tutup dengan hood.

            Loceng ditekan untuk kali yang ketiga.

            “Sekejap!” Suaraku meninggi sambil kaki laju melangkah.

            Pintu terus kubuka.

            Terkesima sejenak apabila sejambak bunga ros kuning terpampang di hadapan mata.  Bunga tersebut diturunkan perlahan-lahan.

            Dan entah atas alasan apa, tiba-tiba saja jiwaku disapa perasaan gembira yang amat.

            “Huda!” Aku terus menerkam tubuhnya dengan pelukan.

            “Woaaa!” Huda seakan-akan terkejut dengan tingkahku.

            Sorry!” Aku cepat-cepat melepaskan pelukan pada tubuhnya sebaik sahaja aku menyedari keterlanjuranku.

            “Banyak mana rindu?” Huda ukir senyum mengusik.

            “Banyak gilaaa! Kau dah tua!” Sempat aku kutuk rupa parasnya yang berjambang.

            “Kureng!” Huda terus melangkah masuk ke dalam rumah sewa yang aku kongsi bersama-sama Yusma, Ririn dan Layn.

            “Bunga tu untuk aku?” soalku sebaik sahaja pintu rumah aku tutup.

            “Angah suruh bagi dekat kau. Gigih aku cari bunga turun dari flight tadi tau?” Huda hulur bunga itu kepada aku.

            Aku menyambut hulurannya.

            “Angah suruh bagi?” Berkerut kening aku. Bunga ros tersebut kubawa rapat ke hidung. Wangi, memang wangi. Bunga ros kuning tak pernah tak wangi bagi aku.

            “Haaa, lah.” Huda sudah melabuhkan duduknya di atas sofa.

            “Kenapa?”

            “Aku rasa sebab dia nak kahwin dengan Ixora kut?”

            What?!” Terus hilang segala bau wangi yang aku hidu tadi.

            “Bunga tu untuk bodek hati kaulah kiranya.”

            “Dia nak kahwin dengan Ixora? Like seriously?

            “Kau tahu tak, lima tahun kau dekat sini, dia dengan Ixora lah. Ke hulu ke hilir dengan minah tu. Mata aku yang semak tengok.”

            “Kira dia nak ceraikan aku lah ni?” soalku.

            Huda menjongket bahu.

            “Mana aku tahu dia. Kau dah tak sabar ke apa?”

            “Mana ada.”

            Aku melabuhkan duduk di sebelah Huda.

            “Sikit lagi kau nak habis belajar, kan?” soal Huda.

            Aku mengangguk.

            “Fayyadh dah tahu kau dah kahwin?” soal Huda.

            Aku geleng.

            “Sampai bila kau nak berahsia, Iva?”

            “Kalau aku bagitahu pun, tak ada apa-apa yang berubah, kan? Sikit masa saja lagi, aku akan bercerai dengan angah. So, tak kisahlah.”

            “Kalau angah tak nak ceraikan kau macam mana? Kau nak tuntut fasakh pun macam tak ada sebab yang rasional sebab nafkah dia tetap bagi dekat kau. Dan situation korang yang tak ngam tu memang satu situation yang korang persetujui bersama. Aku rasa kalau bawa kes ni ke mahkamah, hakim tak bagi kau bercerai, tahu?”

            Aku pandang wajah Huda, “Dia dah ada Ixora kan, Huda?” soalku.

            Huda diam.    

            So, aku akan pastikan dia ceraikan aku walau macam mana pun caranya. Aku rasa, tak wajar untuk pernikahan ni diteruskan since aku dengan dia, sama-sama tak bahagia. Dia ada Ixora yang tunggu dia. Aku...” Aku berjeda seketika.

            “Ada Fayyadh.” Meskipun selama ini aku menganggap Fayyadh cukup sekadar seorang sahabat semata-mata.

            Masing-masing senyap selepas itu.

            “Kau kena make sure betul-betul yang kau memang tak bahagia dengan dia. Jangan nanti kau menyesal,” kata Huda.

            Entahlah, Huda. Hidup serumah selama dua hari sebagai suami isteri pun tak pernah. Macam mana aku nak pastikan sama ada aku bahagia atau tak dengan dia?


            “ZAIRA.”

            Aku menoleh ke belakang apabila bahuku terasa disentuh. Wajah Hazzar yang sudah jauh berbeza sejak kali terakhir kami bersemuka dahulu mengisi ruang mataku.

            “Hazzar.” Sepatah namanya meluncur keluar daripada bibirku. Tak pernah-pernah aku panggil dia Hazzar, ni tiba-tiba aku panggil dia macam tu. Adakah mungkin sebab aku terlalu terkejut?

            Hazzar mengukir senyum.

            “Buat apa datang sini?” Aku terus menyoal. Hazzar sudah mengambil tempat di hadapanku. Dia duduk di atas kerusi kosong yang ditinggalkan oleh Fayyadh untuk ke tandas.

            “Sihat?” soal Hazzar.

            “Rasa-rasa?” soalku.

            “Kau sihat dan kau rindu aku.”

            “Amboi, boleh tilik hati ke?”

            “Tak payah tilik hati. Tengok mata saja pun dah boleh tahu.”

            Aku capai kaca mata hitam di atas meja seraya kaca mata hitam itu kusarungkan.  

            “Dah tak nampak, kan?”

            Bertambah lebar senyum Hazzar setelah mendengar bicaraku itu.

            “Jom balik.”

            “Balik mana?”

            “Rumah kitalah.”

            “Rumah arwah pak long?”

            No, rumah kita.”

            “Asrama?”

            “Dah tiga tahun dah aku tak jadi warden, Zaira.”

            “Habis tu kita nak balik rumah mana ni?”

            “Rumah kitalah.”

            Since when saya ada rumah dengan sir?” soalku.

            Stop addressing me as sir, can you?

            Why not? You were my teacher anyway.

            I was your teacher but I am your husband.

            “Tak payahlah nak beria-ia. Kita akan bercerai juga, kan? So, tak payah nak ubah panggilan tu.”

            Says who yang kita akan bercerai?” 

            “Ixora mana?”

            Air muka Hazzar berubah keruh.

            “Fayyadh mana?” Hazzar pula menyoal.

            “Cemburu?” Aku menyoal dengan kening yang terjongket.

            “Sejak 6 tahun lepas.”

            “Tak sayang, tapi cemburu. Jangan rasa benda pelik-pelik boleh tak?”

            “Normal lah kan, suami cemburu kalau ada lelaki lain panggil isteri dia sayang. Sedangkan dia sendiri pun tak panggil isteri dia macam tu.”

            Aku mengerling wajah Hazzar dengan hujung mata, “Cari penyakit sendiri. Sir yang tak panggil saya macam tu, lepas tu nak cemburu dengan orang lain yang panggil saya sayang, buat apa? Cuba kalau sir panggil saya macam tu, mesti sir tak cemburu dengan Fayyadh.”

            “Cabar aku?”

            “Tak pun. Saya cakap benda yang betul.”

            “Aku tak bolehlah nak panggil kau sayang dulu. Kau juga yang suruh aku rahsiakan tentang status kau, kan?”

            “Sepanjang saya dekat Dublin, tak pernah langsung sir call or text saya. Macam manalah saya tak fikir yang this marriage is not working?

            “Kau pun tak pernah contact aku. Nak balik ni pun kau bagitahu Huda je.”

            Today’s Tuesday and you’re working. I don’t want to disturb you.

            “Tak kisahlah aku kerja ke tak. Apa-apa pun bagitahulah aku, kalau aku tak boleh jemput kau, aku hantar orang.”

            “Ambil cuti hari ni untuk saya ke?” soalku.

            You have no idea how much I miss you.

            “Yalah tu. Ixora nak campak mana?”

            “Jom balik.”

            “Kenapa mengelak?”

            What?” Hazzar tayang muka selamba.

            “Setiap kali saya sebut nama Ixora, kenapa mengelak?”

            “Takkanlah aku nak sebut nama Ixora depan isteri aku, kan?”

            “Yalah, dekat depan tak sebut. Dekat belakang, sikit-sikit Ixora sampai nama Zaira tu dah hilang dari radar.”

            “Cemburu?”

            Why not?” tukasku.

            Hazzar mengukir senyum, “Jom balik.”

            Dia terus bangkit daripada duduknya dan mencapai tangan kananku.

            “Tapi saya dah janji nak balik dengan Fayyadh.”

            Text dia dan cakap yang kau selamat dalam jagaan suami kau.”

            Aku terpaksa bangkit daripada dudukku dan mengatur langkah mengikuti langkah kaki Hazzar. Dan aku tidak tahu apa yang ada di fikiran Hazzar tatkala dia menyelati ruang kosong antara jari-jemari tangan kananku dengan jari-jemari tangan kirinya.

            Sir ingat saya ni Ixora ke?” soalku dengan mata yang terarah pada tangan kami.

            Better. You’re my wife.

            “Ixora tu pun sir boleh pegang juga, kan? Tak ada bezanya dengan saya.” Aku masih ingat kes aku terserempak dengan dia dan Ixora di tempat kerja aku dulu.

            “Ada nak singgah mana-mana tak?” soal Hazzar.

            Aku tak beri apa-apa jawapan. Sakit betul hati bila Hazzar mengelak tiap kali aku sebut nama Ixora. Betullah agaknya tu yang dia nak kahwin dengan Ixora. Dahlah nak kahwin dengan Ixora, lepas tu sibuk nak jaga hati aku. Aku tak tahu apa yang dia cuba lakukan, tapi mimpilah aku akan terjerat dalam permainan dia.


            SEMENTARA menunggu surat penempatan untuk bekerja, bolehlah aku rehatkan minda dulu. Belajar pun penat. Bekerja nanti lagilah penat gamaknya. Sekarang ini aku dan Hazzar tinggal serumah. Menurut Hazzar, dia beli rumah ini sebaik sahaja aku ke Dublin dulu. Semua barang aku Hazzar dah pindahkan ke sini semasa aku di Dublin. Dan yang paling seronoknya, dia sumbat semua barang aku dalam bilik dia. Ah! Memang aku tak nampak di mana tanda-tanda untuk kami bercerai.

            Maka dari kelmarin sampai hari ni, aku bergaduh dengan Hazzar dek isu lokasi barang yang tidak menemui jalan penyelesaiannya.

            Hazzar tak kisah aku tidur dekat bilik lain. Tapi yang jadi isunya sekarang ni, takkanlah setiap kali aku nak mandi, aku kena masuk bilik dia untuk ambil baju? Tak ke buat kerja bodoh namanya tu?

            Tapi bila difikirkan balik, berbanding kena tidur sebilik dengan dia, kena ambil baju dekat bilik dia setiap kali aku nak mandi tu kira okeylah.

            Hazzar dah pandai makan masakan aku sekarang ni. Aku rasa mungkin sebab dia dah malas nak masak makanan sendiri. Umur pun dah 34 tahun. Dah penat kot nak memasak? Mujurlah skil memasak aku dah ditajamkan semasa aku duduk di Dublin dulu. Yalah, kalau hari-hari makan luar, rabak dompet aku.

            Hazzar keluar untuk ke sekolah seawal pukul 6.50 pagi. Maknanya pukul 5 pagi aku dah kena bangun untuk masak sarapan. Nampak tak ciri-ciri isteri mithali aku tu? Walhal boleh saja Hazzar sarapan dekat sekolah dan Hazzar sendiri pun tak pernah suruh aku masak. Tapi apa yang aku buat ni, sama saja macam apa yang arwah mak long pernah buat. Aku ingat lagi dulu betapa arwah mak long gigih bangun awal pagi untuk masak sarapan pagi supaya arwah pak long tidak ke kerja dengan perut yang lapar.

            Dah dua hari dia makan sarapan yang aku buat dan hari ini dia bawa bekal untuk minum pagi. Jimat katanya.

            Aku tak masak untuk makan tengahari sebab Hazzar balik petang. Ada aktiviti kokurikulum. Kalau ikutkan boleh saja dia nak balik untuk makan tengahari. Tapi dia kata membazir. Minyak dah mahal sekarang. Apa-apalah. Duit dia, kan?

            Sedang aku sibuk mengemop lantai rumah pada pukul 3 petang itu, tiba-tiba sahaja bunyi motosikal Hazzar kedengaran. Terkocoh-kocoh aku berlari ke tingkat atas untuk ambil tudung. Jangan mimpilah aku nak buka tudung depan dia.

            Selepas tudung disarung, aku turun ke bawah semula. Hazzar sedang buka kasut di luar.

            “Kata ada koko hari ni?” soalku.

            Hazzar terus masuk ke dalam rumah setelah kasutnya dibuka. Dia melabuhkan duduknya di atas sofa seraya tubuhnya direbahkan. Matanya terus sahaja dipejamkan.

            Sir, kenapa ni?” Berkerut kening aku melihat Hazzar yang lain macam.

            Hazzar diam sahaja. Dia tidak menjawab apa-apa.

            Aku mendekati tubuh Hazzar yang sedang berbaring lantas aku duduk melutut di sebelah sofa. Teragak-agak aku gerakkan tangan kanan aku untuk menyentuh pipinya.

            Sebaik sahaja kulit kami bersentuhan, mata Hazzar terbuka. Kami saling berbalas pandang. Daripada menyentuh pipi, aku sentuh pula dahinya.

            “Demam?” soalku.

            Hazzar pejam semula matanya, “Lepas rehat tadi pening kepala sikit. Makin lama makin berat. Tu yang minta excuse untuk petang ni. I just need some rest.

            “Okey.” Aku bangkit daripada dudukku dan meninggalkan Hazzar sendirian.

            Sepuluh minit kemudian aku datang semula dengan sebesen air asam jawa, tuala bersih, baju T milik Hazzar dan selimut.

            Hazzar dah lena.

            Aku bergerak ke kakinya. Kedua-dua belah stokin yang masih tersarung pada kakinya aku tanggalkan. Selepas itu, aku melutut di sisi bahagian atas tubuhnya pula. Tali leher yang masih terikat kemas pada lehernya aku tanggalkan. Sejenis cikgu yang jaga penampilan memang macam ni. Dah habis waktu sekolah pun gigih pakai tali leher lagi. Suami siapalah ni.

            Butang baju kemejanya aku buka satu per satu. Cuak juga nak buka baju orang sebenarnya. Aku saja yang nampak macam mana teruknya jari aku menggeletar. Mujur Hazzar pakai baju T putih dekat dalam. Tak adalah aku perlu berhadapan dengan risiko pitam.

            Usai membuka kesemua butang bajunya, aku capai tuala bersih lantas tuala itu aku celupkan ke dalam air asam jawa. Tuala aku perah kemudian aku lapkan tuala itu pada rambutnya, sekitar wajahnya dan leher. Beberapa kali aku ulang perbuatan tersebut dan akhirnya tuala tersebut aku lekapkan pada dahinya.

            “Jangan, Zaira...” Berkerut-kerut kening Hazzar tatkala menutur nama aku.

            Mengigau ke apa Hazzar ni?

            “Sayang.”

            Siapa yang dia panggil sayang tu agaknya ya?

            Dan tiba-tiba, Hazzar tersenyum.

            “Mesti Ixora.” Apa yang terlintas dalam fikiran, terluah pada bibir. Entah kenapa jiwa diselubung rasa cemburu yang melampau-lampau. Kenapa aku perlu cemburu sedangkan aku tak sayangkan dia? Apakah mungkin semuanya kerana status dia sebagai suami aku dan aku ialah isterinya?

            Malas untuk menyerabutkan fikiran, maka aku bangkit lantas selimut aku capai. Tubuh Hazzar aku selimutkan sebelum aku berlalu pergi dari ruang tamu itu.


            SETIAP 15 minit aku akan ke ruang tamu untuk basahkan tuala yang aku letak pada dahi Hazzar. Dari pukul 3 petang sampailah sekarang ni dah hampir 6.30 petang, itulah rutin aku. Bila aku ke ruang tamu untuk sesi ke-14, aku perasan mata Hazzar dah terbuka. Mulalah aku keliru sama ada aku patut teruskan langkah aku atau tidak.

            Tapi aku risau Hazzar pening kepala dan tak boleh bangun.

            Maka aku melangkah jua mendekatinya dan aku duduk melutut di sisi sofa.

            “Hazzar...” Perlahan aku menutur namanya.

            Mata Hazzar yang tadinya galak merenung ke atas kini berhenti pada wajahku.

            Tangan kanan aku gerakkan menyentuh pipinya. Tak kurang lagi panasnya.

            What’s the time?” soal Hazzar.

            “Enam setengah.” Aku alihkan tuala pada dahi Hazzar.

            “Dah solat?” soal Hazzar.

            “Dah.”

            Hazzar menyelak selimut pada tubuhnya lantas dia bangkit daripada pembaringannya. Baju kemejanya ditanggalkan.

            “Nak solat ke?” soalku.

            Hazzar mengangguk.

            “Pening kepala lagi?”

            Hazzar mengangguk lagi.

            “Solat dekat bilik bawah sajalah kalau macam tu.”

            “Okey.”

            “Nak mandi?”

            “Baju dekat atas.”

            “Tak apa, saya bawa turun.”

            Hazzar terus berdiri dengan tangan kanan masih menggenggam baju kemejanya. Langkahnya dibuka.

            Aku tak sampai hati pula tengok Hazzar yang susah-payah berjalan dengan sebelah tangan yang kosong berpaut pada dinding.

            Keluh perlahan aku lepaskan. Kenapa aku baik sangat macam ni eh?

            Aku bangkit dan terus mendapatkan Hazzar. Baju yang dipegangnya bertukar tangan lantas aku pegang tangannya untuk membantu dia berjalan.

            Sampai sahaja di bilik dan dia sudah melabuhkan duduknya di atas katil, aku terus naik ke tingkat atas dan mengambil tuala serta pakaiannya.

            Kemudian aku turun semula dan letakkan tuala dan pakaian dia di atas katil.

            “Saya nak masak ni. Sir nak makan apa?” soalku.

            “Tak ada rasa nak makan pun.” Hazzar menjawab sambil tangannya bergerak mencapai tuala.

            Aku tak membalas apa-apa. Kalau dah namanya orang sakit, tak payahlah habiskan air liur mempertikai soal selera makan.

            Terus sahaja aku keluar dari bilik dan masuk ke dapur.

            Agak-agak dia makan bubur tak?


            “ADUH!” Aku terus menegakkan kepala dan menggosok laju dahi yang terhantuk pada dinding. Macam mana aku boleh tersengguk macam ni?

            Mata yang terpejam terus aku buka. Wajah Hazzar yang sedang tersenyum mengisi ruang mataku.

            “Apa pandang-pandang?” soalku dengan tangan yang masih ligat menggosok dahi.

            Here.” Hazzar menepuk-nepuk ruang kosong di sisinya.

            “Tak ada kerjalah saya...”

            “Nanti terhantuk lagi dekat dinding tu. Tujuh jam lagi nak subuh ni.”

            “Tidurlah, sir.

            “Aku tak boleh tidur bila tengok kau macam tu.”

            Aku terus bangkit daripada dudukku seraya aku letakkan bantal di atas lantai bilik dan tubuh kurebahkan di atas lantai itu.

            “Dah, sir boleh tidur sekarang.”

            Aku pejamkan mata.

            “Lagi sebulan, kan?” soalku.

            “Apa?”

            “Genap enam tahun.”

            So?

            “Jangan lupa ceraikan saya selepas sir dah dapat bahagian sir.

            What nonsense are you talking about, Zaira?

            “Saya tak merepek. Saya cakap benda yang betul. Sir kahwin dengan saya sebab sir nak bahagian sir, kan? So that’s it. Lepas dah dapat bahagian sir, ceraikan saya. Lagipun, perkahwinan ni memang dari awal lagi tak berfungsi, kan? And even though almost six years passes by, our relationship status is still the same. Unknown. Too complicated.

            “Saya tak pernah kata yang saya kahwin dengan awak sebab saya nak bahagian saya. Awak dengan sikap awak lima tahun lepas yang suka assume tu masih sama lagi. Tak terfikir nak berubah ke?” Nada suara Hazzar menampakkan betapa dia benar-benar kecewa dengan aku. Tapi kenapa dia nak kecewa? Bukankah kami sama-sama faham tentang hakikat penceraian yang pasti itu?

            Sir tak boleh terus-terusan dera perasaan Ixora dan rasanya tak adil juga untuk saya berbuat begitu kepada Fayyadh. Sejak enam tahun yang lepas, saya tak pernah jujur dengan dia. Saya tak nak kecewakan dia bila satu hari nanti dia tahu yang selama ini saya dah kahwin.”

            I’ll die if I keep putting other’s feelings first and mine last.” Hazzar menggumam perlahan.

            I thought you never have one,” tuturku.

            Ask yourself why you haven’t seen it.

            Dan masing-masing bisu selepas itu.

            Kenapa aku tak pernah nampak perasaan dia?

            Kenapa ya?


            AKU renung Hazzar yang macam tak bermaya nak tegakkan kepala. Waktu solat subuh tadi elok sahaja dia solat duduk, ni bila jam dah menunjukkan pukul 7 pagi, dia dah layu semula atas katil.

            “Hari ni kan sekolah.”

            “Hmmm...” Itu sahaja balasan Hazzar.

            Nak tak nak aku terpaksa ambil telefon Hazzar dan dail nombor pengetua.

            “Assalamualaikum.” Aku beri salam sebaik sahaja panggilan berjawab.

            “Waalaikumussalam. Cikgu Hazzar?”

            “Saya isteri dia.”

            “Isteri?”

            “Ehhh.” Aku dah tersasul. Tiba-tiba telefon dalam peganganku ditarik oleh Hazzar.

            “Cikgu...” Hazzar menutur. Dia memusingkan tubuh membelakangkan aku.

            “Ha’ah, isteri.” Selamba Hazzar mengakui statusnya yang sudah berkahwin kepada tuan pengetua.

            “Dah lama dah.” Mesti tuan pengetua tanya sejak bila Hazzar berkahwin. Aku berani jamin memang itulah soalannya.

            “Terima kasih, cikgu.”

            Hazzar hulur telefonnya kepada aku. Telefon bertukar tangan.

            “Nasib baik dia tak tanya siapa nama isteri.” Terus Hazzar tarik selimut menutup kepalanya.

            “Kalau dia tanya, cakap sajalah, Adiva Zaira.”

            “Biasanya kalau orang dah tak sabar nak bercerai, dia dah tak sudi mengaku status dia.”

            “Bukan saya yang tak sabar nak bercerai. Awak yang dah ada Ixora, kan?” Usai menutur bicara itu, aku terus berlalu meninggalkan bilik itu. 
           

ADA sepupu Hazzar sebelah ibunya yang datang ke rumah hari ini.

            Aku kira, mungkin sepupu yang ini rapat dengan Hazzar. Tengoklah saja dua orang anak saudara sepupu Hazzar yang sedari tadi asyik beriba dengan Hazzar. Manja betul gayanya. Sikit-sikit pak ngah. Mak ngah mereka tak pula mereka cari.

            Dan bila dah sampai masa mereka nak pulang, boleh pula sepupu Hazzar tu bertanya, “Zaira mengandung ke? Aku tengok budak-budak ni melekat saja dengan kau.”

            Hazzar pandang aku sekilas.

            “Taklah. Rindu pak ngah agaknya tu.” Hazzar ukir senyum.

            Ridhwan, sepupu Hazzar itu kemudiannya pandang aku, “Dah habis belajar kan?” soal Ridhwan.

            Aku angguk.

            “Janganlah tunggu lama-lama sangat, kesian dekat Hazzar tu. Dia dah 34 tahun, tau? Sepatutnya dah dapat tiga orang anak dah.”

            Nasib baik aku bukan tengah minum air sekarang ni. Kalau tak dah tentu ada yang tersalah masuk ke dalam salur pernafasan.

            Aku tarik sengih, “Haaa, yalah.” Anggukan serba salah aku hulur.

            Dan tak fasal-fasal selepas mereka dah beredar, Hazzar pandang aku.

            “Apa pandang-pandang?”

            Hazzar ukir senyum. Senyum yang lain warnanya.

            Seriously?

            “Apa?”

            “Anak?”

            “Mimpilah.” Aku petik jari banyak kali depan wajah Hazzar supaya dia sedar.

            “Minta dekat Ixora.” Sempat lagi aku tembak dia sambil kaki melangkah masuk ke dalam rumah.


            HARI Sabtu.

            Aku dah mula bekerja pada awal minggu ini dan hari ini aku bercuti. Hazzar pula yang perlu ke sekolah kerana ada sekolah ganti.

            Tinggal seminggu sahaja lagi untuk usia pernikahan kami genap enam tahun. Hazzar pula semakin hari semakin baik layanannya terhadap aku. Namun sampai ke hari ini aku masih tak tahu apa hala tuju dia dalam pernikahan ini. Apabila aku sebut soal cerai dan nama Ixora, mulalah dia tukar topik perbualan ke benda lain. Suka sangat mengelak.

            Aku pun keliru sekarang ni, dia nak ceraikan aku ke tak? Tapi kalau dia tak nak ceraikan aku, apa alasan dia? Sayangkan aku? Kenapa dia tak pernah cakap dekat aku kalau betul dia sayang?

            Aku sudah mula berfikir-fikir untuk beritahu kepada Fayyadh tentang status perkahwinan aku. Tapi bagaimana nanti kalau tak lama selepas Fayyadh tahu yang aku dah kahwin, tiba-tiba sahaja aku diceraikan?

            Cincin yang Hazzar sarungkan pada jari manis tangan kanan aku malam semalam aku perhatikan. Ni cincin nikah kami enam tahun yang lepas. Sebaik sahaja selepas habis majlis aku terus tanggalkan cincin tu dan sumbat cincin tu masuk ke dalam beg dia. Tak sangka pula aku yang Hazzar boleh jumpa benda kecil macam tu di dalam beg dia yang besar tu. Aku ingatkan cincin tu dah hilang ke mana dah.

            Dan tiba-tiba malam semalam semasa aku tengah sibuk gosok baju kemeja dia, dia datang dari arah belakang aku dan dia minta aku tunjukkan tangan kanan aku kepadanya. Tanpa banyak tanya, aku buat juga. Dan selepas itu, dia sarungkan cincin itu pada jari manis tangan kanan aku sambil berkata, “I have done my best to respect your decision and situation back then and now, I hope you could do the same too. Please respect my decision and situation now.

            What decision and what situation?” soalku.

            Hazzar sekadar senyum sebelum dia berlalu meninggalkan aku.

            Sampai ke hari ini aku masih berfikir tentang keputusan apa yang Hazzar buat. Apa tandanya dia mengembalikan cincin ini kepada aku? Adakah dia tidak akan menceraikan aku? Tetapi kenapa? Apa perlunya aku di dalam hidupnya?

            Sedang fikiran diasak dengan pelbagai persoalan yang tidak aku temui di mana jawapannya, perhatianku diganggu oleh suara orang yang memberi salam. Usai menutup auratku, aku terus menjengah ke luar rumah untuk melihat gerangan yang hadir.

            “Waalaikumussalam,” jawabku sambil aku sarungkan selipar pada kaki. Sebaik sahaja aku semakin hampir dengan pagar rumah, mulalah aku terkesima dengan wajah yang mengisi ruang mataku.

            “Ixora.” Aku menegurnya. Patutlah aku tak cam wajah dia dari jauh tadi. Dia dah bertudung. Malah pakaiannya sempurna menutup aurat.

            “Eh, Iva? You buat apa dekat rumah Hazzar?” soal Ixora.

            “Saja datang. Huda pun ada sekali,” ujarku, temberang.

            “Ohhh, Hazzar ada tak?” tanya Ixora.

            “Tak, hari ni ada sekolah ganti.”

            “Oh, ya ke? Dia tak cakap pula.”

            “Kenapa nak jumpa dia?” soalku.

            “Taklah, actually I kena pergi Johor sampai Sabtu minggu depan. Hazzar dah janji untuk jaga anak sementara I dekat Johor.”

            Kening aku berkerut, “Anak siapa?” soalku.

            Ixora ketawa, “You dah lima tahun tak ada dekat Malaysia. So I bet yang you tak tahu langsung about us.

            “Apa yang saya tak tahu?”

            We’re married.

            Terasa kering darah pada muka saat ini. Jantung berdegup laju bagai nak gila.

            “Tiga tahun lepas,” kata Ixora lagi.

            Aku ketap bibir serapat yang mungkin.

            “Boleh tak kalau I titipkan anak kami dekat you since you saja yang ada sekarang ni? I dah lambat sebenarnya ni.”

            “Okey.” Itu sahaja yang mampu aku jawab.

            Ixora terus sahaja bergerak ke tempat duduk penumpang di sebelah pemandu. Pintu dibuka dan seorang kanak-kanak lelaki keluar dari situ. Ixora turut mengambil beg pakaian di tempat duduk belakang untuk dibawa bersama-sama.

            “Salam aunty,” tutur Ixora kepada kanak-kanak lelaki itu. Kanak-kanak lelaki itu patuh. Aku sambut hulurannya acuh tak acuh sahaja.

            Ixora memang betul-betul bagi Hazzar anak. Itulah, Adiva Zaira. Kata-kata itu satu doa. Sekarang ni siapa yang makan hati?

            “Nama siapa ni?” soalku.

            “Huzair,” jawab kanak-kanak itu.

            Sweet kan? Sama dengan nama papa dia. Huruf H.”

            Sweet kepala otak hang!

            “Okeylah, Iva. I pergi tau? Thank you.” Beg pakaian pada tangan Ixora kini sudah berada dalam pegangan aku.

            Mummy pergi dulu, Huzair. Jangan nakal-nakal dengan papa dan aunty, okey?” pesan Ixora kepada Huzair sebelum dia masuk ke dalam keretanya dan berlalu pergi meninggalkan kami.

            Aku pandang Huzair.

            “Jom, masuk,” ajakku.

            Huzair membatu sahaja sambil merenung wajah aku.

            “Kenapa pandang aunty macam tu?” soalku.

            “Huzair pernah nampak muka aunty,” kata kanak-kanak itu. Pelik juga aku akan kepetahan Huzair dalam berbicara. Kalau Ixora dengan Hazzar dah berkahwin tiga tahun yang lepas, maknanya paling awal pun umur Huzair baru dua tahun lebih. Tapi Huzair bercakap tak ada pelat, pun?

            “Pernah nampak? Dekat mana?”

            “Dekat telefon papa. Huzair nampak papa tengok muka aunty dekat telefon,” kata Huzair. Kalau sebelum aku kenal Huzair mungkin hati aku akan tersentuh apabila aku dengar cerita Huzair itu. Tapi sayangnya, sekarang ni aku tak rasa apa-apa. Makin menyampah adalah. Apa ertinya tenung gambar aku kalau belakang aku dia menduakan aku? Siap ada anak lagi!

            “Umur Huzair berapa ya?” tanyaku.

            “Tiga tahun, tiga bulan.”

            “Tiga tahun?”

            Adakah...

            Ya Tuhan!

            Aku tak sanggup nak bayangkan apa-apa!


Nota kaki: Tamat part 3. Nanti bila2, saya sambung ya. Mungkin Selasa, insyaAllah. Lepas dah baca part 3 ni, korang menyampah dengan siapa agak-agaknya? Hazzar yang sangat sesuatu atau Zaira yang tak habis-habis bercakap soal cerai? Do share your thoughts! And thank you for all the comments yang baru masuk dalam inbox saya. Walaupun saya tak balas, saya baca semuanya, tau? Terharu sangat dapat support yang tak berbelah bahagi daripada korang. Esp, to the reader yang back up saya tu. Thank you so much for being supportive dan bukan menjatuhkan. Janganlah korang fikir yang saya ni 'palau' komen2 korang tu. Walaupun saya tak balas, tapi saya baca. SENTIASA baca, :). Terima kasih semua, :). Spread the love, ^_^.

6 comments:

  1. Bile next entry and bile nak habis? Hahahah sakit jiwa baca ni, please kasi sir dgn iva bersatu. Xnak dgn ixora

    ReplyDelete
  2. Apsal kawin ngan ixora plak ni..haissh

    ReplyDelete
  3. Lack of 2 ways communication. Masing2 naj tegakkan ego. Tapi yg paling besar ego is Hazzar. Dah sah2 kahwin dgn budak sekolah, at least explain things.

    ReplyDelete
  4. Apsal kawin ngan ixora plak ni..haissh

    ReplyDelete
  5. ok sakit jiwa..apa jd nie.. blur...

    ReplyDelete