KELAM
kabut aku menyeberang jalan apabila ternampak kakak yang menjual biskut
tadi melambai-lambai kepada aku. Huzair sudah aku pastikan selamat masuk ke
dalam kereta terlebih dahulu.
Oh,
aku terlupa ambil duit baki rupa-rupanya. Manalah aku nak perasan. Ramai sangat
orang tadi dengan Huzair yang dah mula meragam pula.
Selepas
duit baki bertukar tangan dan ucapan terima kasih dihulur, segera aku melihat
keadaan trafik sebelum melintas jalan. Beberapa orang lain turut sama melintas.
Tidak
semena-mena selepas itu, aku dapat mendengar bunyi jeritan yang datang dari
arah belakang dan sekelip mata sahaja tubuhku terasa seperti dirempuh oleh
suatu beban yang amat berat. Tubuhku terhempas di atas jalan tar.
Nafas
terasa berat dan payah untuk dihela. Segenap tubuh terasa bagai tidak mampu
untuk digerakkan. Pandanganku mulai kabur.
“Hu...
Huzair...” bisikku perlahan sebelum duniaku terasa gelap.
“KAU
buat apalah, angah?” Suara Huda menampar gegendang telingaku.
“Benda
dah nak jadi. Kau nak marah-marah aku pun, aku bukannya ada dekat situ.” Suara
Hazzar pula membalas. Tenang sahaja dia menutur.
“Siapa
yang buat?”
“Kau
tahulah.”
“Siapa?”
“Dia
dah bebas.”
“Gilalah!
Kau tahu yang dia dah bebas tapi kau tak jaga Iva elok-elok. Apa ni?” Huda
kedengaran marah.
“Ya
Allah, kau ingat aku nak ke benda macam ni jadi dekat dia? Dia isteri aku, kau
faham tak? Isteri aku! Hancur hati kau tengok keadaan dia, hancur lagi hati
aku! Dia tak bagitahu aku pun yang dia nak pergi pasar... Kau tahu tak jantung
aku rasa macam nak gugur bila dapat call bagitahu fasal dia kemalangan?”
Penuh beremosi Hazzar meluah.
“Sorry-lah,
ngah. Aku sakit tengok dia macam ni,” kata Huda dengan suara yang sudah
mengendur.
“Tak
apalah. Aku faham.”
“Huzair
macam mana?”
“Macam
tulah. Tidur malam asyik tersentak lepas tu menangis cari ummi dia. Puaslah nak
pujuk dia bagi tidur semula. Kalau hujung minggu bolehlah aku bawa dia ke sini,
tidur dengan ummi dia.”
“Trauma
lagi ke budak tu?”
“Yalah.
Dia nampak dengan mata dia sendiri ummi dia kena langgar, Huda. Aku tak boleh
bayang apa yang dia rasa,” kata Hazzar.
“Nanti
aku bawa dia balik kampung. Kesian juga tengok kau nak fikir Huzair lagi, nak
jaga Iva lagi.”
“Kau
cuti? Kau baru balik dari London kut.”
“Aku
sambung cuti aku. Kau?”
“Cutilah.
Isteri aku macam ni, nak kerja pun tak boleh.”
“Eloklah.”
“Kau
nak tahu tak?” Suara Hazzar memecah kesunyian.
“Apa
dia?”
“Patutlah
aku rasa berat hati sangat nak lepaskan dia pagi Isnin tu. Rasa macam susah
sangat nak pergi kerja... Dan kau tahu... Pagi tu dia lain sangat dengan aku.
Pagi tu Huzair lain sangat dengan dia. Aku dah rasa ada sesuatu akan jadi. Tapi
tak sangka sesuatu itu seteruk ini,” luah Hazzar.
“Sabarlah,
angah. Allah uji kita. Allah uji dia.”
SEJAK
tersedar dari koma tempoh hari, aku dah belajar untuk menerima takdir. Aku
tahu bahawa aku takkan saja-saja koma selama empat minggu kalau bukan sebab
kemalangan yang aku alami itu sangat teruk.
Kata
doktor, aku perlu menjalani fisioterapi untuk membolehkan aku berjalan semula.
Dan wajah aku sudah tidak seperti dahulu lagi kini. Ada parut luka yang
memanjang pada pipi kananku dengan kesan berjahit. Rambutku pula terpaksa
dicukur pada bahagian tertentu untuk menjahit luka pada kepala.
Memang,
aku sedih dan terlalu kecewa dengan keadaan aku kini. Siapa sahaja yang tidak
lemah apabila tiba-tiba sahaja nikmat untuk berjalan yang selama ini
jarang-jarang disyukuri direntap dalam sekelip mata?
“Sayang...”
Tangan lelaki itu menyentuh lembut bahuku.
“Kita
balik,” ujarnya.
Aku
mengangguk dan sebelum sempat dia menolak kerusi roda yang aku huni, aku
menutur, “Saya tolak sendiri.”
“Tapi...”
“Biar
saya tolak sendiri.” Aku bertegas. Sudah dua minggu aku terlalu bergantung pada Hazzar. Serba-serbi aku tidak boleh lakukan. Sungguh aku rasa seperti diri ini
tidak berguna.
Hazzar
menapak perlahan-lahan di sisiku, seiring dengan pergerakan kerusi rodaku.
Sebelum
keluar ke kawasan terbuka, aku menarik mafla pada leher yang terlindung dengan
tudung untuk menutup separuh wajah. Aku tahu akan ada mata yang tidak selesa
apabila ternampak parut pada pipiku.
“Huzair
dah balik dengan Huda. Nanti kita jumpa dia, ya?” tutur Hazzar.
Aku
menghela nafas dalam.
“Tak
nak,” ujarku senafas.
“Zaira...”
“Saya
kata tak nak, tak naklah! Awak faham tak? Jangan paksa saya!” Aku meninggikan
suaraku.
Tersedar
ketelanjuranku, pantas aku mengetap rapat bibir. Kalaulah aku boleh telan
semula apa yang aku luahkan tadi. Tuhan, entah kenapa sejak sedar dari koma
tempoh hari bicaraku asyik sahaja mendahulukan emosi berbanding akal.
“Dia
rindu ummi dia...” tutur Hazzar.
“Saya
tak rindu dia.” Keras aku menutur.
Ada
sebab mengapa aku berbuat begini. Aku cuma tak mahu Huzair melihat aku begini
seperti mana aku tidak mahu Hazzar melihat aku begini. Masih jelas dalam
ingatan aku bagaimana aku begitu tega menghalau Hazzar keluar sebaik sahaja aku
sedar dari koma dahulu. Namun apabila menyedari bahawa hanya dia yang dapat
membantu aku, maka aku benarkan juga dia masuk dan berjumpa dengan aku
akhirnya.
Aku
tidak suka melihat mata-mata yang memandang aku dengan penuh simpati. Aku tidak
suka bergantung harap dengan sesiapa. Sukar sungguh rasanya untuk aku menerima
keadaan aku yang sebegini meskipun benar aku reda dengan takdir. Semoga Allah
dapat menyisipkan kekuatan buatku.
AKU
menahan perit dalam dada mendengar tangisan dari luar bilik. Wajah aku
tundukkan merenung tangan yang saling bertautan di atas riba. Air mataku sudah
mengalir membasahi pipi.
“Huzair
nak jumpa ummi! Nak jumpa ummi! Huzair rindu ummi! Huzair nak peluk ummi!”
Tinggi suaranya melaung disertai dengan ketukan pada pintu bilik. Tombol pintu
juga dipulasnya tanpa jemu meskipun dia sedia maklum bahawa tombol pintu itu
berkunci.
“Nantilah,
bagi ummi rehat dulu.” Tenang suara Hazzar memujuk.
“Tak
nak! Huzair nak ummi! Nak ummi!”
Setiap
raungannya mengguris luka dalam jiwa aku. Seandainya aku masih sama seperti
dulu, bisa berjalan, wajahku serupa dulu, rambutku seperti sediakala, sudah
pasti aku akan berlari keluar dan memeluk Huzair. Cuma pada ketika ini
keadaannya jauh berbeza. Aku bukan ummi yang sama yang dikenalinya dahulu. Aku
terlalu takut sekiranya Huzair takut melihat aku kini.
“Huzair
nak ummi! Ummi! Ummi tak nak jumpa Huzair ke?” Tidak penat dia melaung supaya
aku mendengar bicaranya.
Ummi
nak, sayang. Ummi nak sangat. Tapi ummi tak kuat untuk melihat reaksi Huzair
nanti. Sebagaimana ummi tak kuat untuk melihat reaksi papa Huzair dahulu.
Tidak
berapa lama kemudian, tangisan Huzair semakin perlahan. Barangkali Hazzar
berjaya menenangkannya.
Aku
merebahkan kepala di atas bantal. Air mata menderu laju keluar dari tempatnya.
“Maafkan
ummi, sayang...” bisikku perlahan.
AKU
langsung tidak mampu untuk lena malam ini. Tangisan Huzair siang tadi
benar-benar menganggu aku. Ah, kejamnya aku sebagai seorang ibu... Membiarkan
dia menangis semata-mata untuk menagih kasih daripadaku.
Perlahan-lahan
aku bangun daripada pembaringanku. Kerusi roda aku capai dengan tangan lantas
aku beralih duduk dari tilam ke kerusi roda. Sudah banyak kali aku berlatih,
aku sudah semakin cekap mengendalikan segala sesuatu dengan upaya yang masih
bersisa pada aku kini.
Mafela
yang tersangkut pada kepala katil aku capai lantas aku letakkan di atas kepala
dan aku lilitkan di leher. Mafela aku tarik sedikit supaya menutup wajah. Aku
tak mahu Huzair terkejut melihat rambut dan wajah aku nanti.
Kerusi
roda aku tolak menuju ke pintu. Setelah berjaya keluar dari bilik, aku menolak
kerusi roda ke bilik yang dahulunya menjadi bilik tidur aku, Hazzar dan Huzair
bersama-sama. Kini aku yang memilih untuk memisahkan diri aku daripada mereka.
Dengan keadaan aku yang sebegini, aku tidak rasa bahawa aku masih layak untuk
tidur bersama-sama mereka. Aku cuma... Aku sudah lain.
Pintu
bilik itu aku tolak. Dengan bantuan cahaya daripada lampu meja, aku nampak
Huzair yang sedang tidur dalam dakapan Hazzar. Sayu terasa hatiku.
Ya
Tuhan, kejamkah aku?
Aku
terlalu ikutkan perasaan aku sehinggakan aku mengabaikan perasaan dua orang
manusia di hadapanku ini. Masih lagi aku ingat bagaimana Hazzar begitu sabar
melayan kerenahku selama dua minggu aku berada di hospital selepas aku sedar
dari koma tempoh hari. Bukan aku sahaja yang mengalami saat-saat sukar kini.
Hazzar juga mengalami saat-saat sukar kerana dalam sekelip mata, dia harus
menguruskan rumah sendiri sekali lagi, ditambah pula dengan kerenah aku yang
memeningkan kepala. Huzair juga sedang mengalami masa-masa sukarnya apabila
selama ini ummi yang memanjakan dia hilang begitu sahaja daripada hidupnya dan
kini aku menyukarkan lagi hidup dia dengan cara tidak mahu menemuinya.
Aku
menolak kerusi roda menghampiri katil itu.
Sebelum
sempat kerusi roda aku berhenti, aku nampak kepala Huzair bergerak-gerak.
Saat
kerusi roda aku sudah terhenti, telingaku pula dapat mendengar esakan yang
berbunyi perlahan. Sesekali esakan itu diselangi sedu-sedan.
Allah...
Huzair kah itu?
Aku
menjengukkan kepala untuk melihat wajah Huzair.
Jelas
telinganya yang kemerah-merahan. Terpejam-pejam matanya menahan tangis.
Tuhan,
aku tak sanggup melihat dia bersedih sebegitu.
“Huzair...”
bisikku perlahan.
Serta-merta,
esakan itu terhenti.
Huzair
membuka matanya yang terpejam lantas dia mengangkat kepalanya.
Pandangannya
menyapa sepasang mataku. Jelas riak wajahnya menampakkan air muka tidak
percaya.
“Ummi?”
soal Huzair. Posisinya sudah berubah kepada duduk.
Aku
mengukir senyum. Senyum di sebalik mafela yang mustahil untuk Huzair nampak.
“Ummi...”
Bibir Huzair sudah mula mencebik, ingin menangis.
“Jangan
nangis...” pujukku.
Huzair
senyap, tidak jadi untuk menangis. Tetapi aku dapat melihat matanya yang
kembali bergenang. Dia sedang menahan dirinya daripada menangis.
“Ummi
dah tak sayang Huzair lagi, ya?” tanya Huzair.
Laju
aku menggeleng.
“Ummi
sayang, Huzair. Ummi sayang, Huzair. Ummi rindu sangat dekat anak ummi.”
Air
mata Huzair sudah jatuh, tetapi dia tidak mengesak, cuma sesekali dia tersedu.
“Ummi
kenapa tak nak jumpa Huzair?”
Terus
sahaja dia meraung. Terpejam rapat matanya. Air matanya merembes keluar dengan
laju.
“Sayang
ummi... Sini.” Aku menggamit Huzair supaya dia datang kepadaku.
Dalam
tangisnya, Huzair tetap menolak tangan Hazzar seraya dia bangun dan turun dari
katil. Laju dia berlari mendekati aku yang duduk di atas kerusi roda yang
terletak di hujung katil.
Bersusah
payah dia ingin memeluk aku.
Aku
mendukung tubuhnya dan membiarkan dia duduk di atas ribaanku. Ah, bukannya aku
rasa sangat pun beban apa yang menghempap kakiku.
Erat
sekali Huzair memeluk tubuhku. Wajahnya disembunyikan pada dada aku. Tangisan
yang tadinya kuat semakin lama semakin perlahan.
Aku
turut memeluk tubuhnya erat. Ya Allah, rindunya aku dengan dia. Entah bagaimana
dia menjalani hidupnya dalam keadaan sedar selama sebulan tanpa aku. Aku ni
yang tidak sedar selama sebulan pun boleh jadi terlalu rindu sebegini. Sungguh
tidak dapat aku bayangkan bagaimana perasaan Huzair.
Ubun-ubunnya
aku kucup berkali-kali diselangi ucapan maaf.
“Sayang
ummi...” bisikku dan ubun-ubunnya kukucup lagi untuk ke sekian kalinya.
Huzair
sudah mula bertenang. Dia mendongak memandang aku.
Aku
kesat bersih air matanya.
“Huzair
rindu baaanyak sangat dekat ummi...” Bergetar suara Huzair tatkala menutur.
“Ummi
pun rindu baaanyak sangat dekat anak ummi...” ucapku.
“Kenapa
ummi tutup kepala dengan muka ummi?” tanya Huzair.
Aku
terdiam.
Tangan
kecil Huzair bergerak naik dan menurunkan mafela yang melindungi kepala dan menarik
mafela yang menutupi wajahku, “Huzair dah selalu tengok dah, ummi. Huzair tak
takut. Huzair kan sayang ummi,” kata Huzair dengan senyuman manisnya.
Ya
Allah, senyum manisnya ibarat pahitnya ubat yang menyembuh segala luka dan
kecewa dalam jiwaku.
“Ummi
takut Huzair takut dengan ummi...” bisikku perlahan. Aku seboleh-bolehnya tidak
mahu mengganggu lena Hazzar. Biarlah dia beristirehat. Sudah banyak yang dia
lakukan sepanjang ketiadaan aku.
“Huzair
tak takut. Huzair sayang ummi...” kata Huzair.
“Kepala
Huzair pun pernah botak macam kepala ummi, tapi ummi sayang Huzair juga. Jadi
takkanlah sebab kepala ummi botak dan pipi ummi ada ni, Huzair tak nak sayang
ummi dah?” tokok Huzair.
Aku
mengukir senyum. Buat pertama kali selepas aku terjaga daripada koma, aku bisa
tersenyum semula!
“Huzair
nak ummi peluk Huzair sampai Huzair tidur. Boleh tak?” pinta Huzair.
“Sayang
ummi dulu,” ujarku.
Tidak
perlu menunggu lama, kucupan Huzair singgah pada pipiku.
“Satu...”
“Dua...”
“Tiga...”
“Empat...”
“Lima...”
“Enam...”
Setelah
enam kali dia mengucup pipiku, barulah Huzair berhenti.
“Kenapa
enam?”
“Sebab
Huzair rindu ummi enam minggu,” kata Huzair.
Tersengih
aku mendengar balasannya. Huzair merindui aku selama enam minggu. Aku
merinduinya hanya selama dua minggu. Kejamnya kau, Zaira. Mengabaikan perasaan
anak kau yang begitu sarat dengan luka kerana tidak mampu mendengar suara
umminya selama enam minggu. Sedangkan kau? Selama empat minggu kau tidak
sedarkan diri, kau boleh mendengar suara anak kau setiap kali dia datang, boleh
mendengar segala-galanya tentang dia, sebagai pengubat rindu kau.
Malangnya
aku, sebenarnya tidak semalang dia. Dan tingkah aku sebenarnya, yang membuatkan
dia lebih malang berbanding aku.
DUA
minggu berlalu dan aku sudah tidak memerlukan kerusi roda lagi. Aku sudah
boleh menapak menggunakan tongkat sebagai sokongan. Hazzar juga tidak jemu
untuk membantu aku menapak. Setiap petang dia akan membawa aku ke halaman rumah
dan membantu aku berjalan bukan menggunakan tongkat, sebaliknya menggunakan
kedua-dua belah tangannya. Dia akan berdiri di hadapan aku dan memegang erat
kedua-dua belah tanganku sambil dia berjalan secara mengundur ke belakang
sementara aku pula menapak ke hadapan.
Ada
ketika saat aku ingin terjatuh kerana kaki yang tiba-tiba sahaja terasa lemah,
dia akan terus menyambut tubuhku dan mendukung aku.
Sungguh,
aku terharu dengan kesungguhan Hazzar. Dia tidak pernah penat membantu aku
untuk pulih. Dia juga tahu tentang masalah aku dengan parut pada bahagian
wajahku yang menyebabkan aku berasa kurang yakin terhadap diri sendiri. Huzair
punya kerjalah yang menceritakan segala-galanya kepada Hazzar. Lantas pelbagai
ubat-ubatan Hazzar beli dari farmasi dan kedai herba untuk aku cuba.
Setakat
ini sudah ada satu ubat yang serasi dengan aku. Parut pada wajah sudah semakin
mengecut. Tidaklah terlalu menonjol apabila dilihat dari jauh.
Hazzar
masih lagi bercuti. Katanya, selagi aku belum sembuh, dia juga takkan bekerja
semula. Ada juga aku mempersoalkan tentang bagaimana dengan gajinya?
Kata
Hazzar, pendapatan yang diperoleh melalui jualan hasil dari ladang-ladang yang
dimilikinya masih masuk ke dalam akaun banknya setiap minggu. Lagipun, dia
mempunyai wang simpanan yang mencukupi setakat untuk hidup bertiga selama
sepuluh tahun lagi tanpa perlu bekerja.
Hazzar
kan memang suka merancang kewangan orangnya.
Aku
melabuhkan duduk di sebelah Hazzar yang sedang membaca buku. Khusyuk benar dia
membaca sampaikan sedikit pun dia tidak menjeling memandang aku.
“Hazzar...”
Lembut aku memanggil namanya.
Dia
mengerling sekilas kepadaku.
“Nak
ikut?” pintaku.
Kening
Hazzar berkerut.
“Pergi
mana?”
“Beli
barang dapur...” Aku menarik sengih.
Hazzar
terus menutup buku di tangannya setelah menanda pada halaman terakhir
bacaannya.
“Boleh.”
Hazzar memberikan persetujuan. Aku dah tersenyum gembira.
“Tapi...”
“Tapi?”
tanyaku.
“Kalau
tak larat, bagitahu.”
“Ya,
mesti punya.”
“Kalau
penat, cakap.”
“Ya.”
“Kalau
dah rasa tak nak jalan, nak dukung pula, bagitahu.”
Aku
terus memuncung. Lengannya aku pukul perlahan, “Ada pulak macam tu!”
Hazzar
ketawa manja. Ya Allah, rindunya aku nak dengar tawa dia yang begini. Dah
berminggu-minggu berlalu, aku asyik nampak dia ketawa di hadapan Huzair sahaja.
Di hadapan aku, haram nak ketawa. Senyum sahaja!
Mungkin
sebab aku yang tak ada usaha untuk bergurau dengan dia kut?
Salah
aku juga.
“Saya
nak pergi tukar baju.” Aku terus mencapai tongkat dan bangun daripada dudukku.
Aku
angkat tongkat dan bawa ke hadapan.
Entah
di mana silapnya, belum sempat aku menapak, tangan tiba-tiba sahaja tergelincir
daripada memegang tongkat. Tubuh terus sahaja hilang keseimbangan dan sebelum
tubuhku tersembam ke hadapan, pinggangku terasa direngkuh dari belakang
menyebabkan aku terus jatuh terduduk di atas sofa.
Huh?
Bukan!
Bukan di atas sofa!
Terkelip-kelip
mataku memandang mata Hazzar. Degupan jantung terasa laju yang teramat
sehinggakan setiap degupnya terdengar jelas pada telinga. Adakah sebab aku
bimbang aku akan terjatuh tadi? Atau sebab aku sedang menatap mata Hazzar ini?
Atau sebab wangian Hazzar yang tiba-tiba mengasak ruang pernafasanku ini?
Ya
Tuhan!
Mata
Hazzar pun macam dah melekat dengan mata aku. Tak beralih langsung.
Tet!
Salah!
Mata
Hazzar bergerak! Bergerak dan berhenti pada bibir aku yang sedikit terbuka.
Pantas
aku katup rapat bibir aku.
“Jangan
pandang!” Aku menggetus. Wajah sudah terasa hangat semacam.
Hazzar
mengalihkan matanya kepada mata aku semula.
“Kenapa
tak boleh?” tanya Hazzar dengan nada yang tidak pernah aku dengar sebelum ini.
Ni macam nada menggoda dalam drama-drama Korea tu aje! Tiba-tiba sahaja tubuhku
yang sedari tadi dipeluknya dibaringkan oleh Hazzar di atas sofa.
“Argh!”
Aku menutup wajah dengan kedua-dua belah tangan. Kecut perut aku melihat wajah
Hazzar yang semakin mendekat. Amboi! Sejak bilalah sofa ni luas sangat
sampaikan dua orang manusia boleh berbaring serentak? Hazzar yang mengiring di
sebelah menghadap aku, dan aku yang dipaksa berbaring sebegini.
“Apa
ni? Mana aci buat macam ni!” Aku terus mengemaskan lagi tekupan tangan pada
wajah. Kalau aku boleh bangun dengan pantas, dah lama aku buat. Tapi masalahnya
aku bukannya boleh berlari pun.
Tiba-tiba
sahaja aku dapat merasakan tangan Hazzar bergerak melingkari pinggangku.
Aku
turunkan sedikit tangan daripada terus menutup mata. Wajah Hazzar sudah tidak
lagi di hadapan wajahku.
“I
miss you...” Bisikan perlahan itu disertai dengan hembusan nafas hangat
yang mengenai leherku. Meremang terasa bulu roma pada tengkuk.
Aku
mengerling memandang Hazzar yang sudah terpejam matanya. Seenak rasa sahaja dia
bernafas dekat leher aku! Geli tahu tak, geli?
“Wangi...
My favourite scent now.”
Eh,
eh... Sengaja nak ambil hati akulah tu.
Entah
mengapa, tiba-tiba sahaja terlintas satu idea nakal di kepala apabila aku
teringat bagaimana reaksi Hazzar saat aku mengucup dagunya dahulu.
“Betul
ke rindu saya?” soalku.
“Terlalu.”
“Hazzar,”
tuturku.
“Yes?”
“Look
at me, please?”
Hazzar
terus mengubah posisi kepalanya dan dia memandang aku. Tangannya masih juga
melekat pada pinggangku sementara tangan kirinya menopang kepalanya.
“What?”
Tidak
perlu menunggu lama, terus sahaja aku memautkan kedua-dua belah tangan pada
lehernya dan sebuah kucupan pantas aku daratkan pada dagunya.
Yes!
Aku
sembunyi senyum melihat air muka Hazzar itu.
Mata
Hazzar merenung ke dalam mataku.
“Zaira...”
Bergetar suara Hazzar menutur.
“Yes?”
“Do
you know what was that?” tanya Hazzar.
“No.”
Sengaja aku bermain tarik tali. Tangan aku masih juga berpaut di lehernya.
Sempat pula tu jari jemari aku bergerak bermain-main dengan rambutnya. Huh!
Ingat lelaki sahaja ke yang boleh buat perempuan takut?
“My
wife’s lips and you know what?” tanya Hazzar lagi.
“What?”
“I’ve
promised to myself that the next time you did that to me, I’m not going to let
you go.”
“Huh?”
Terkebil-kebil aku memandang Hazzar.
“Uhuh.”
Hazzar mengangguk yakin. Tiba-tiba sahaja dia sudah berada di atas aku dan
tangannya bergerak menyeluk ke bawah pinggangku seraya tubuhku ditolak ke atas
sedikit.
Lama
mata aku berbalas pandang dengan mata Hazzar.
Tiba-tiba
sahaja lelaki itu tersenyum mengusik, “Gotcha.”
“Hazzar!”
Aku menepuk lengannya. Geram benar dengan usikan melampaunya! Hazzar ketawa
sekali lagi.
Kucupan
pantas daripada Hazzar singgah pada dahiku sebelum dia bangkit untuk menapak
pergi.
Namun
sebelum sempat dia berlalu, segera aku mencapai tangannya.
“Hazzar,”
panggilku.
Hazzar
berpaling.
“I
love you.”
“Huh?”
Hazzar seakan-akan tidak percaya dengan bicaraku.
“Saranghae.
Saya cinta akan awak.” Senyum bergula aku hadiahkan buat suamiku itu.
Hazzar
tersenyum akhirnya. Dia mencuit pucuk hidungku dengan tangannya yang masih aku
pegang.
“I
love you too,” kata Hazzar.
Jari
telunjuknya kemudian bergerak turun menyentuh bibirku.
“Malam
nanti suami awak ni tuntut,” ujar Hazzar.
“Mana
boleh!”
“Eh,
dah jatuh cinta pun tak boleh lagi?” tanya Hazzar.
“Tak
boleh.” Aku menggeleng.
“Nak
apa?” tanya Hazzar.
Aku
sudah tersengih.
“Brownies.”
“Dah,
siap cepat.”
Hazzar
terus membawa tubuhku ke dalam kendongannya. Aku menyandarkan kepalaku pada
dadanya dengan tangan yang berpaut pada lehernya. Terasa seperti segala beban
sudah dilepaskan dari dalam dada setelah ucapan itu aku tuturkan. Sungguh, aku
jujur dan ikhlas mengucapkan kata-kata itu, sebagaimana dia jujur dan ikhlas
mencintai aku.
“SEBAB
tulah, Hazzar! Sebab tu akak layan dia macam tu! Sebab tulah akak layan dia
hendak tak hendak saja! Sampai mati pun akak tak boleh buang rasa bersalah
dalam jiwa akak ni terhadap dia! Kau ingat senang ke akak nak tuntut fasakh
daripada mahkamah? Kau ingat akak saja-saja, suka-suka, naik turun mahkamah
untuk pastikan yang akak betul-betul dah tak ada hubungan dengan bekas suami
akak tu? Kau tahu tak Hazzar, akak lebih rela hilang suami yang tak ada
pertalian darah dengan akak daripada hilang adik sepupu yang sekarang ni dah
jadi adik ipar akak sendiri! Akak sayang dia, kau tahu? Akak sayang Iva macam
adik sendiri. Sebab sayang itulah akak sanggup buang suami akak dari hidup
akak.”
Tersentap
jantungku mendengar suara Kak Hayfa.
Ya
Allah, apa yang sudah berlaku? Mengapa namaku disebut agaknya?
“Sejak
tahun pertama akak berkahwin akak dah tahu tentang dia, Hazzar. Sejak tahun
pertama. Sebab tu akak tak fikir panjang untuk bercerai dengan dia. Sebab tu
akak sanggup keluarkan duit, sanggup bersusah-payah untuk bercerai dengan dia.
Akak lebih sanggup tengok dia mati daripada tengok Iva yang menjadi mangsa.”
Perlahan-lahan
aku menapak masuk ke dalam rumah yang tidak bertutup pintunya. Ah, kalaulah aku
ke rumah Maysa dulu tadi, sudah tentu aku tidak berpeluang untuk mendengar
semua ini. Memang aku ada beritahu kepada Hazzar bahawa aku akan singgah di
rumah Maysa lebih kurang satu jam sebelum ke rumah arwah pak long yang dihuni
oleh Kak Hayfa. Tetapi oleh kerana Maysa kini berada di Pahang, di rumah ibu
bapanya, aku batalkan rancangan pertama aku tadi dan terus sahaja aku ke rumah
arwah pak long.
“Ummi...
Kenapa mak long tu?” tanya Huzair.
“Syhhh...”
Aku meminta Huzair senyap.
“Ya,
memang. Kemalangan arwah mak ngah dulu, yang arwah pak ngah langgar, ibu bapa
Arman.”
Aku
terlalu terkejut pada saat ini. Tangan kanan secara automatik naik menekup
mulut.
“Ya,
Hazzar! Sebab itulah dia kahwin dengan aku, untuk hancurkan hidup Iva!”
Ya
Allah! Lutut aku benar-benar terasa lemah pada saat ini. Aku jatuh terduduk di
situ juga. Segala-galanya yang pernah aku lupakan kembali jelas dalam
ingatanku. Wajah yang disuluh dengan cahaya itu! Suara itu! Aku ingat
segalanya!
“Ummi!”
Huzair
yang sudah menarik-narik tanganku tidak aku pedulikan.
“Ummi
bangun, ummi!”
Aku
nampak wajah Kak Hayfa muncul di hadapanku.
Kak
Hayfa... Dia tahu segala-galanya.
Begitu
juga dengan Hazzar! Selama ini lelaki itu senyap, tidak menceritakan apa-apa
langsung kepada aku! Tidak membuka mulut saat aku bertanya lama dahulu!
Tanpa
mempedulikan panggilan Kak Hayfa, aku terus bangun daripada dudukku. Tubuh
terasa melayang sejenak. Perlahan-lahan aku menapak untuk mendapatkan kereta
dengan tangan kanan yang berpaut pada apa yang mampu aku capai.
Masuk
sahaja ke dalam kereta, setelah menghidupkan enjin, aku terus memulakan
pemanduan. Aku nampak Huzair yang menangis-nangis dalam pelukan Kak Hayfa,
tetapi aku mengabaikan semua itu.
Aku
mahu lari daripada hubungan yang dibina dengan bunga-bunga penipuan ini. Hazzar
tidak jujur mencintai aku.
Nota kaki: Terima kasih sudi baca, ^_^.
Marilah kita bertabah dengan perangai Zaira. Next entry is the last entry, :).
Dan lepas tu no more entries dalam blog except for teasers, as promised. Sebab
saya dah nak kena sambung belajar, -_-'.
And BTW, saya promise teaser sebulan 1, kan?
If I miss out any, contohnya saya tak up teaser bulan Jun dan bulan Jun dah
berlalu, please be noted that the next update on July, saya letak 2 teaser
terus.
OR, kalau dua bulan saya tak up teaser, exp,
June and July, and then on August, there will be 3 teasers.
OR, contohnya, Jun, July, August, Sep, Oct,
Nov, saya tak up teaser, then on Dec saya akan bagi 7 terus.
OR, worst case. Sampai Dec saya tak update
apa-apa, the next time I get the chance to open this blogger dashboard tak
kisahlah masa tu dah 2018 ke kan... Then, I'll up all 7 teasers yang berbaki
tu.
NOTA PENTING: Like what I've told you before
in my previous post, teaser akan dihentikan SEKIRANYA RUN telah terbit ATAU
sekiranya tahun 2017 tamat (mana2 yang datang dahulu). For an example, if RUN
is published on September, then there'll be 4 teasers only. No more teasers for
Oct, Nov, Dec. AND, kalau RUN tak terbit tahun 2017, teasers are only available
until Dec 2017. No more teasers for Jan 2018. Please, take note.
Sebab apa saya pesan ni? Sebab saya nak
bagitahu awal-awal yang buat masa ni saya tak bawa laptop ke campus. So, yeah.
Kalau nak guna komputer dalam bilik komputer mungkin susah dengan jadual study
yang packed. Mohon sangat korang faham yang saya akan sambung asasi. So kalau
blog ni krik-krik silalah faham yang saya tengah gigih study. Hahaha.
Thank you, guys, :). Oh, any good news, will surely
update on Facebook and Instagram first. Sebab sesibuk mana pun, impossible saya
tak buka Facebook. Hahaha. Tu benda wajib jenguk setiap hari.
Oh zaira
ReplyDelete