Nota kepala: Sebenarnya saya pun tak tahu sama ada wajar atau pun tidak saya gelar kisah JMA ni sebagai cerpen. Sbb panjang. Hahahaha >.<. Jadi harap maaflah nanti kalau sampai part 8 ke kan. Tapi jangan risau, untuk JMA, korang tak perlu tunggu seminggu untuk entry next part (sepertimana entry2 novel dan cerpen sebelum ni). Sebab apa? Nanti saya dah nak sambung belajar takut tak ada masa nak buka blog. Jadi saya habiskan siap2 JMA untuk korang sebelum pergi sambung belajar, :). Selamat membaca part 2, :).
Aku
berlagak kuat tadi.
Kini
naluri keperempuanan aku menunjukkan belang sebenarnya.
Aku
hancur.
Terlalu
hancur.
Di
dalam.
PAGI.
Sebaik sahaja aku sedar, aku masih lagi berada
di posisi semalam. Tertiarap di atas lantai seperti manusia yang tiada harapan
dan daya untuk hidup.
Aku
menegakkan tubuhku. Kepala terasa pening yang amat. Leher, pergelangan tangan,
dan kedua-dua belah kaki terasa amat sengal.
Aku
pandang setiap bahagian kaki katil. Tiada lagi tubuh mana-mana penjenayah.
Bilik aku seperti baru lepas dilanda ribut taufan. Dengan buku sekolah aku yang
dah terkoyak halamannya mungkin akibat disepak seseorang, dengan kaca yang
pecah di merata-rata. Dengan tompokan darah bersepah-sepah.
Mata
aku automatik berhenti pada katil.
Segala
apa yang berlaku pada malam semalam terimbas semula dalam ruang kepala.
Air
mata yang ingin keluar cepat-cepat aku tahan.
Segera
aku bangkit daripada dudukku dan mengambil tualaku pada rak penyidai seraya aku
melangkah ke dalam bilik air.
Aku
menatap pantulan wajahku pada cermin bilik air. Rambutku berserabai seperti
orang tidak terurus. Kesan-kesan air mata yang mengering jelas pada kulit wajahku.
Pipi kananku yang dilempang bengkak sedikit.
Rahangku
berbekas dengan kesan lebam akibat dicengkam terlalu kuat. Dan leher aku...
Aku
tak sanggup nak sebut lagi.
Sudahlah.
Semua
ini terlalu perit untuk aku.
Aku
terus membersihkan diri serta mengambil wuduk untuk menenangkan hati yang
gundah-gulana.
Selepas
berpakaian, aku sarungkan telekung dan qada’ solat subuh yang tertinggal.
Kemudian aku habiskan masa satu jam hanya dengan mengaji sehingga suaraku
bertukar serak. Beberapa kali air mata aku mengalir, tetapi aku kuatkan semula
jiwa aku.
“Sadaqallahulazim...”
Aku membawa naskhah al-Quran ke bibir dan kukucup sekali sebelum naskhah
al-Quran itu aku letakkan di dalam rak.
Sebaik
sahaja aku kembali untuk mengambil sejadah, mata terpandangkan Hazzar di muka
pintu bilik.
“Zaira.”
Sepatah Hazzar menutur.
Aku
diam. Langkah terus aku sambung ke rak penyidai dan sejadah terus aku sidai di
situ. Kain telekung aku buka dan letakkan pada tempat asalnya.
“Zaira.”
Sekali lagi Hazzar menutur.
Aku
diam lagi sambil melangkah ke arah timbunan pakaian aku di atas lantai. Segera
aku capai sehelai tudung lalu aku sarungkan tudung itu di sebalik telekung yang
aku pakai. Usai, aku tanggalkan telekung dan telekung itu aku sidai pada rak
penyidai tadi.
“Zaira.”
Hazzar masih sabar menutur.
“Yes,
sir? Anything?” Aku pandang Hazzar sekilas sebelum aku sibukkan diri aku
mengemas barang-barang di atas meja solek yang dah terjatuh ke lantai.
“I
have a doctor with me to check on you,” kata Hazzar.
Panas
hati aku mendengar kenyataan Hazzar, “I don’t need a doctor!” ujarku.
“But
you need to go through a check up to make sure that...”
“That
what?!” Aku pantas memotong. Tajam mataku merenung wajahnya.
“That
he didn’t rape you.”
“Rubbish!”
Aku baling botol bedak mengenai dadanya.
“Saya
tahu apa yang dia dah buat pada saya, sir. Sir tak perlu sibuk. Whether
I am still a virgin or not, it is none of your business.”
“It
is my business.”
“Since
when? Since you become my husband?” soalku.
“Yes.”
“I
don’t think that you need me to be a virgin, right? It doesn’t matter for you
because in this marriage, that thing is not going to happen.”
“What
thing?” tanya Hazzar.
Aku
jeling tajam wajah Hazzar.
“You
know better since you’re 28 this year,” balasku.
“Says
who that ‘that thing’ is not going to happen?” tanya Hazzar.
“Says
me and you, through your body language,” jawabku.
“Okey.
Macam nilah. Aku cuma kesian dekat sesiapa yang nak dekat kau lepas ni. Jadi
sebab itu, kau kena check.”
“I’m
not a kid, sir. I know how to define rape. I know what virginity is.”
“Then,
just let the doctor check your external injury.”
“No.
I’m okay.”
“Bruises
are everywhere on your face. No, you’re not okay.” Hazzar terus melangkah
mendekati aku seraya dia meraih tangan kananku.
Entah
kenapa, perasaan takut menyerbu jiwa aku serta merta sebaik sahaja Hazzar
berbuat begitu.
“Don’t
touch me!” Aku menengking.
Terlepas
terus genggaman Hazzar pada tanganku. Barangkali dia terkejut dengan nada
suaraku yang meninggi.
Hazzar
pandang aku.
Aku
pandang Hazzar.
“Saya
ikut tapi jangan sentuh saya langsung.” Aku memberi amaran seraya langkah terus
aku buka.
Hazzar
menyaingi langkahku dan membawa aku ke biliknya. Seorang doktor perempuan sudah
setia menunggu di situ.
“Hey,
Naina. Thank you sudi datang hari Sabtu macam ni.”
“Tanggungjawab,
Hazzar,” jawab perempuan yang dipanggil Naina itu.
“Ni,
adik sepupu I, Zaira. And please, external only.”
“I’m
so sorry for what has happened,” tutur Naina kepada aku.
Aku
sekadar tersenyum pahit.
“Come,
let me check on you.” Naina terus menarik tangan aku dan menyuruh aku duduk
di atas katil. Manakala Naina pula duduk di atas kerusi beroda berhadapan
dengan aku.
“Nampak
teruk ni lebam dekat rahang you. Can you take of your tudung?” soal
Naina. Mata aku terus bergerak pandang Hazzar yang sudah duduk di atas kerusi
meja solek. Manalah aku pernah buka tudung aku di depan Hazzar. Masa kecil
belum baligh tu tak payah kiralah. Tapi lepas baligh Hazzar tak pernah langsung
tengok aurat aku. Malam semalam pun mujurlah sebab gelap jadi Hazzar tak nampak
apa-apa.
“Hazzar
tak boleh ada ke?” Naina menyoal seraya dia memandang Hazzar. Aku rasa Naina ni
bukan Muslim sebab dia tidak bertudung pun.
“If
I am just her cousin, then I can’t. But if I am her husband too, so I can,”
ujar Hazzar.
“OMG!
You suami Zaira ke, Hazzar?” tanya Naina dengan riak wajah terkejut yang
amat sangat.
“Yes,
but please keep it as a secret.”
Tang
nak tengok aurat aku, mulalah mengaku suami. Kalau tak, nak mengelak saja
kerjanya! Dasar lelaki!
“Saya
boleh buka, tapi dengan syarat, apa yang doktor nampak ialah rahsia antara saya
dengan doktor semata-mata. Jangan cerita kepada sesiapa pun tentang apa yang
doktor nampak di sebalik hijab ini, boleh?” ujarku memandangkan aku tahu bahawa
Naina bukan seorang Muslim.
“Yes,
I know the rules, Zaira,” ujar Naina dengan senyuman.
Teragak-agak
aku pegang bahagian hujung tudung aku. Sempat aku lafazkan basmallah di dalam
hati sebelum aku buka tudung aku.
Tudung
sarung itu aku letakkan di atas katil.
Tangan
Naina sudah menyentuh rahangku. Aku mengaduh sedikit akibat sentuhannya yang
agak kasar.
“Sorry,”
ucap Naina.
Kepalaku
didongakkan. Teliti betul matanya bergerak memerhatikan kawasan leherku sampai
ke anak telinga.
“Are
you sure that he didn’t rape you, Zaira?” tanya Naina selepas dia
meleraikan pegangannya pada rahangku.
Mata
aku bergerak memandang Hazzar. Lama dia perhati leher aku. Tak puas hati apa
lelaki tu?
“He
didn’t,” kataku.
“Wow,
he does spend most of his time with those love bites.”
Hei,
rasa macam nak tepuk-tepuk aje mulut doktor seorang ni. Love bite kepala
lutut hang! Ni rape bite nama dia, tahu? Tak ada istilah cintalah kalau
dah terpaksa menyerah.
“Rape
bite lebih sesuai, kot?” balasku. Naina ketawa. Dia sedang memerhatikan
pergelangan tanganku.
“Benda
ni takkan jadi pun kalau dia sentiasa ada dengan saya,” tokokku lagi. Aku
pandang Hazzar. Kenapa hujung telinga Hazzar tu merah semacam? Marah ke dengan
kenyataan aku?
“So,
you ada rasa sakit dekat mana-mana lagi tak?” tanya Naina.
“Tadi
dah check masa mandi. Paha dengan perut saya lebam sikit.”
“Seriously?”
“Yes,
because kena tindih semalam plus saya meronta-ronta macam orang
hilang akal,” kataku.
“Sakit
sangat ke perut you? Boleh tak kalau you lie down sekejap sebab part
perut ni tak boleh main-main. Takut ada internal injuries ke kita tak
tahu. Setakat paha tu tak apalah.”
Aku
terpaksa akur dengan arahan Naina. Segera aku merebahkan tubuh aku. Naina
menyelak baju aku setelah meminta kebenaran. Ditekan-tekan kawasan sekitar
perut aku sambil dia menyoal, “Sakit tak?”
Agaknya
kalau sakit tu ada kecederaan dalaman lah kot?
“Hmmm,
setakat check luaran macam ni, tak ada apa-apalah. Maybe bruises
biasa saja. But I suggest kalau you nak lebih kepastian, pergi
hospital,” kata Naina sambil menarik semula baju aku.
Aku
segera bangun daripada dudukku.
“You
tak ada serious injuries pun. I akan bagi cream untuk
tangan yang melecet tu and ubat tahan sakit if your bruises
berdenyut-denyut sangat ke apa ke.”
“Okey,”
ujarku.
“Banyakkan
berehat, okey?” pesan Naina.
Aku
mengangguk akur.
Selesai
segala urusan rawatan, Hazzar menghantar Naina ke luar rumah sementara aku
kembali ke bilik aku untuk membersihkan apa-apa yang patut. Semua baju aku
lipat semula dan masukkan ke dalam almari.
Cadar
yang mengalas tilam aku cabut dan aku buang ke dalam tong sampah. Tak boleh dah
rasanya untuk aku tengok cadar tu. Setiap kali aku tengok, pasti aku akan
teringat.
Susun
atur perabot juga aku ingin ubah supaya aku tidak ingat lagi semua perkara yang
dah berlaku.
Baru
sahaja berniat untuk mengutip semua serpihan kaca, pintu bilik dikuak dari
luar.
“Zaira.”
Aku
menoleh memandang Hazzar.
“Makan,”
tutur Hazzar.
“Tak
nak.”
“Tak
adillah if you torture yourself macam ni. Apa-apa jadi pun dalam dunia
ni, jangan zalimi diri sendirilah. Tuhan dah pinjamkan anggota badan tu
elok-elok, jagalah elok-elok. Cuba bersyukur sikit dengan apa yang Tuhan dah
bagi?”
Senyap
terus aku dibuatnya.
Terus
aku letak semula kaca yang aku dah pegang. Langkah aku atur untuk keluar dari
bilik. Sempat aku langgar tubuh Hazzar. Bengang semalam sebab dia datang lambat
tak habis lagi.
Nak
habiskan satu pinggan mi goreng pun aku ambil masa satu jam. Nampak tak macam
mana setiap suapan aku tu disulami dengan air mata sebab teringat-ingat apa
yang dah jadi semalam. Tak senonoh betul perangai.
Sedap
juga masakan Hazzar ni sebenarnya. Tapi sebab aku tak ada selera, maka tak
adalah aku nak menambah-nambah.
Macam
mana aku tahu dia masak? Tengoklah dapur yang bersepah-sepah tu. Kerja dialah
tu. Dah masak, tapi tak reti kemas. Maka sudahnya, aku juga yang basuh semua
benda di dalam sinki tu.
Selesai
tugas cuci-mencuci, aku terus naik ke atas semula. Sebaik sahaja masuk ke dalam
bilik, aku nampak Hazzar yang tengah sibuk menolak almari pakaian aku. Ehhh,
bilik aku dah berubah wajahlah!
“Sir
buat apa ni?” Aku menyoal.
Hazzar
pandang aku sekilas, “I’m trying to make sure that you are not going to live
with the past anymore. Do you like it?”
“Well,
I just thought of doing it. Tak sangka sir dah buat dulu. Sebiji
pula tu dengan apa yang saya bayangkan.”
“You’re
welcome,” balas Hazzar.
“Tak
cakap thank you pun?” ujarku.
“Sebab
tahu kau takkan cakap.”
“Sir,
I’m sorry,” ucapku.
Hazzar
pandang aku, “For what?”
“For
blaming you. I put the fault on you for what has happened to me.”
“Kenapa
tak call aku dulu?”
“Because
you might not answer a call from someone that you don’t like.”
“Have
I ever said that I don’t like you?”
“Your
antics said so.”
“Don’t
judge my feelings based on my antics. That’s not fair.”
“Tapi
orang kata, kalau dalam baik, luar pun mestilah baik.”
“Habis
tu kalau dalam jahat, luar pun kena jahatlah? Tak tahu ke orang sekarang
bermuka-muka?” balas Hazzar.
“Sorry.”
“Okay.”
“Lepas
ni balik asrama?” tanyaku.
“Why?”
“Nak
ikut?” pintaku.
“Malam
boleh. Kalau pergi siang, nanti orang nampak, kau juga yang susah. Aku tak
apa.”
“Okey.”
“Huda
risau betul dengan kau.”
“Haaa
lah. Abang saya tu, sir.”
“Jangan
nak abang-abang sangat. Abang sepupu je.”
“Abanglah
jugak.”
“Aku
ni tak pernah pulak kau panggil abang?”
“Gaduh
24/7, celah mananya nak panggil abang?”
“Tak
pernah panggil. Cuba kalau panggil?”
“Macamlah
kalau panggil sir abang boleh jadi lain pula cerita hidup kita?”
“Mana
tahu?”
“Tak
mungkin.”
“Sebab
apa?”
“Sir
kan memang tak suka saya. Denda saya pun sampai suruh duduk luar kelas. Nasib
baik ada Fayyadh teman.”
“Fayyadh
tahu ke ni?”
“Apa?”
“Apa
yang jadi dekat kau nilah.”
“Tahu.
Tadi dia call lepas Naina balik. Saya cerita. Dia kata nak datang, tapi
saya kata tak payah. Takut kalau sir dah balik nanti tinggal saya dengan
dia berdua saja.”
“Okay.”
Hazzar sibuk mengemas katil.
Aku
mendekati meja belajar aku. Buku karangan Bahasa Melayu semalam aku selak.
Koyak dua helai. Penat-penat aku tulis 600 patah perkataan, hilang macam tu
saja.
“Siapa?”
soalku.
“Siapa
apa?” Hazzar menyoal semula.
Aku
menoleh memandang Hazzar, “Yang buat semua ni. Siapa?” tanyaku.
Hazzar
diam. Pandangannya dialih ke katil semula.
“Siapa,
sir?” Aku menyoal lagi, lebih kepada mendesak Hazzar untuk memberi
jawapan. Meskipun semalam, wajah itu jelas. Tapi entah kenapa hari ini wajah
itu tiada dalam memori aku. Aku cuma ingat bicaranya sahaja. Bicara yang tak
mungkin aku akan lupa.
“Kau
tak perlu tahu.”
“Saya
perlu tahu. Saya yakin dia kenal saya. Saya yakin sangat,” tuturku.
“Dia
cakap apa pada kau?”
Senyap.
Aku tak mampu nak ulang semula apa yang telah manusia tak guna itu katakan
kepada aku. Jijik rasanya kalau diingat semula.
“Zaira,
apa yang dia kata pada kau?” Hazzar menyoal dengan sepasang mata yang tepat
merenung ke dalam mata aku.
“Nothing.”
Aku terus bawa buku-buku kerja aku dan alat tulis untuk keluar dari bilik.
Langkah
aku tergendala apabila Hazzar mencapai lengan aku, “Zaira. Tell me.”
Aku
merentap lenganku daripada pegangan Hazzar lantas aku menoleh dan merenung
tajam wajahnya.
“Stupid!
Nothing!” Aku menengking lantas terus sahaja langkah aku atur laju ke
tingkat atas rumah. Aku nak bersendirian. Aku tak mahu diganggu.
“ZAIRA.”
Aku senyap.
“Aku
nak balik hostel. Kau?”
“Just
go. Leave. Leave me alone.” Memang siang tadi aku kata yang aku nak ikut
dia. Tapi dek emosi aku yang masih bercelaru, maka itu yang keluar dari mulut
aku.
“Aku
memang kena balik, Zaira. Hostel tu...”
“Leave,
Hazzar Rafaat! Go! Just go away!” Suara aku meninggi dengan renungan mata
yang menyampaikan mesej, “Kalau sir bercakap lagi, memang sengaja
menempah mautlah namanya tu.”
Hazzar
senyap.
Dia
berpaling.
Aku
harap dia tidak buka langkahnya itu. Aku harap dia pandang aku semula dan
katakan yang dia takkan tinggalkan aku. Buktikan yang dia suami aku. Jaga aku.
Tapi
tak.
Hazzar
dah melangkah.
Tak
menoleh langsung pandang aku. Hati aku retak.
Aku
tarik kedua-dua belah kaki rapat ke tubuh lantas kedua-dua belah kaki aku
peluk. Wajah kusembamkan. Air mata terus mengalir keluar. Laju.
Luka
itu di dalam dan sememangnya dalam. Dia memang tidak pernah sayangkan aku,
walau cuma sebagai seorang sepupu sekalipun.
BERBULAN-BULAN
aku tidak ke sekolah. Menurut apa yang Fayyadh cerita kepada aku, satu
sekolah dah tahu tentang apa yang terjadi kepada aku. Baguslah kalau macam tu.
Sekurang-kurangnya mereka boleh memandang aku dengan pandangan skeptikal.
Apa-apa
borang yang perlukan tandatangan aku, aku gunakan Fayyadh sebagai perantara.
Mujur Fayyadh rajin membantu. Fayyadh pun selalu datang ke rumah aku untuk
mengajar aku apa-apa yang aku tidak faham dan mengulang kaji bersama-sama aku.
Hazzar
pun dah lama aku tak nampak. Sejak dia balik ke asrama dulu, dia tak pernah
lagi pulang ke rumah. Baguslah. Tak adalah hati aku sakit bila aku ingat balik
macam mana dia sanggup tinggalkan isteri dia yang tengah tak waras tu macam tu
saja. Kalau dia tak anggap aku ni isteri dia sekalipun, sepatutnya dia sebagai
satu-satunya ahli keluarga terdekat yang aku ada, dia sepatutnya bersama-sama
dengan aku. Bantu aku. Pujuk jiwa aku.
Tapi
tak.
Dia
tak buat semua itu.
Mujur
ada Fayyadh. Fayyadh tetap seorang penyelamat bagi aku.
Hanya
pada waktu peperiksaan SPM bermula, barulah aku mula ke sekolah.
Sewaktu
semua calon berkumpul untuk bacaan doa, mulalah ada suara-suara sumbang
sebut-sebut nama aku. Aku buat tak tahu sahaja. Lantaklah nak cakap apa pun,
yang penting mereka tak lupa yang sekejap lagi mereka nak masuk ke dalam dewan.
Sewaktu
doa sedang dibaca oleh Fayyadh, Hazzar datang dengan motosikalnya.
Kami
berbalas pandang.
Tapi
tak lama.
Aku
terus tunduk pandang telapak tangan yang sedang ditadah.
Usai
doa dibaca, kami bersalaman. Pelajar perempuan dengan guru perempuan, pelajar
lelaki dengan guru lelaki.
Aku
jadi orang yang terakhir meninggalkan medan himpunan itu. Hazzar yang sudah
berada di sisi motosikalnya aku dekati. Sempat aku pandang sekeliling sebelum
aku berhenti betul-betul di hadapan Hazzar.
Hazzar
kelihatan terkejut apabila melihat aku di hadapannya.
Aku
menghela nafas, “Saya dah tak ada ibu bapa. Mustahil untuk saya dapat reda
daripada ibu bapa. Tapi saya ada suami. Dan reda suami tu penting. Saya mohon maaf
atas salah silap saya, sir. Doakan saya.”
Hazzar
ambil masa seminit dua sebelum dia mengangguk.
Selepas
terima anggukan daripada Hazzar, aku terus buka langkah untuk ke dewan.
“Zaira.”
Aku
pegun.
“Buat
yang terbaik.”
Senyap.
Aku tak balas apa-apa.
Dan
beberapa ketika berlalu selepas itu, barulah aku buka langkah ke dewan. Aku
harap, dengan ilmu yang aku kutip secara kendiri dengan bantuan Fayyadh,
dapatlah digunakan untuk menjawab semua soalan dengan baik. Aku akan berusaha,
di samping menyerahkan segala sesuatu keputusannya kepada Allah SWT.
AKU
perhati jumlah duit yang baru masuk untuk bulan ini. Aku terpaksa akui, Hazzar
tak pernah lewat bab bagi nafkah. Ada saja yang masuk setiap bulan.
Yalah,
dia mungkin terpaksa buat semua itu.
Kata
nak perkahwinan bertahan selama 6 tahun, kan?
Sementara
menunggu keputusan SPM, aku bekerja di tempat yang sama dengan Fayyadh. Kalau
ikutkan aku nak ajak Maysa sekali. Tapi masalahnya dia tinggal di Pahang. Maka
berdua sahajalah aku dengan Fayyadh bekerja di kedai pakaian tu.
“Weh.”
“Hmmm...”
“Dublin?”
“Haah.”
“Sure
dengan aku?”
“Yes.”
“That’s
why I love you.”
“I
know.” Aku balas dengan senyuman.
Dan
tiba-tiba senyum aku terus mati apabila aku terpandangkan sesuatu.
“Iva.”
“Ya?”
“Sir
kan tu?”
Tak
sangka, Fayyadh pun sedang memandang ke arah yang sama.
“Seksi
bak hang awek dia,” ulas Fayyadh.
“Lelaki
sukalah kan macam tu? Boleh cuci mata selalu. Boleh pegang sana, pegang sini,
kan?” tuturku. Mata masih perhati Hazzar yang seronok bergelak tawa dengan
teman wanitanya. Kalau tak silap aku, tu Ixora. Bunga jarum. Memang aku rasa
macam kena cucuk dengan jarum pun sekarang ni. Entah kenapa rasa sakit bila
nampak suami yang aku tak sayang tu bergembira dengan perempuan lain.
“Amboi,
main kasar nampak?”
“Aku
cakap benda betul.” Ixora sedang ketawa sambil pukul lengan Hazzar. Manja benar gayanya.
“Aku
bukan macam tu, okey? Pernah ke aku ambil kesempatan dekat kau?”
Aku
diam.
“Tak
pernah, kan?”
Diam
lagi.
“Perempuan
seksi ni buat member aje bolehlah. Kalau nak buat bini, kau fikir ada ke
lelaki yang nak bini dia dah kena sentuh dengan lelaki lain?”
Tersentap hati
aku dibuatnya mendengar bicara Fayyadh itu. Terus sahaja aku bangkit daripada
dudukku. Jam sudah menunjukkan pukul lima. Habis masa kerja kami.
Aku
capai beg dan punch card. Kemudian aku terus melangkah pergi tanpa
menunggu Fayyadh seperti selalu.
“Iva!”
Fayyadh melaung nama aku kuat.
“Adiva
Zaira! Tunggulah!”
“Hish!”
Aku terus berhenti dan berpaling.
Terkejar-kejar
Fayyadh mendapatkan aku.
“Kau
nak apa?!” Aku menyoal kasar.
“Ya
Allah, sorry-lah, Iva. Aku terlepas cakap. Aku lupa. Aku tak maksudkan
kau pun. Kau lain. Aku sayang kau.”
“Sentap
aku, kau tau tak? Yalah, aku tahulah aku ni tak layak nak dibuat isteri, kan?
Dah pernah kena sentuh.” Aku mencebik.
“Sumpah,
Iva. Aku tak maksudkan kau. Kau punya kes lain. Aku yang salah. Mulut aku ni
tak guna. Aku minta maaf.”
Aku
diam dan palingkan semula tubuh.
“Iva,
kau ialah orang yang aku paling nak dalam hidup ni, tau tak?”
Terkejut
aku dibuatnya setelah mendengar bicara Fayyadh itu. Terus sahaja aku pandang
dia semula dan aku tarik tangan dia. Sempat aku jeling Hazzar yang tidak jauh
dari kami. Dia sedang memandang kami kini. Serba salah aku jadinya. Aku harap
Hazzar tidak mendengar apa yang Fayyadh katakan itu. Entah kenapa aku tak mahu
Hazzar mendengar tutur Fayyadh itu.
Pantas
aku tarik Fayyadh agar kami cepat-cepat pergi dari situ. Mujur juga baju T
kerja kami lengan panjang.
“Kau
ni, apa cakap macam tu tadi?” soalku sebaik sahaja kami sampai ke kereta milik
Fayyadh. Ihsan mak ayah dia. Tangan Fayyadh sudah aku lepaskan.
“Aku
cakap benda betul. Aku nak jadikan kau isteri aku. Tapi bukan sekaranglah, since
aku tak mampu nak tanggung hidup kita lagi.”
“Fayyadh,
just forget about it okay? Mungkin enam tahun akan datang barulah aku
izinkan kau fikirkan semula tentang itu.”
“Ya,
ya, aku tahu aku tak ada duit.”
“It’s
not about money. Cuma keadaan sekarang tak sesuai,” ujarku. Aku ni isteri
orang.
“Okey,
sayang. Aku tak fikir.”
“Syhhh!
Don’t you ever call me that again.”
“Ya,
sayang.” Fayyadh ukir senyum mengusik.
“Again!”
Aku beri amaran.
Fayyadh
buat tak layan dan dia terus masuk ke dalam kereta.
“Fayyadh!
Ingat eh?” Aku pesan lagi.
“Ya,
sayang.” Fayyadh balas dengan gerak mulut.
Aku
tayang muka menyampah sebelum terpaksa juga aku masuk ke dalam kereta. Kalau
bukan dengan Fayyadh, dengan siapa lagi aku nak balik?
“Macam
best pula panggil kau sayang.”
Aku
jeling tajam wajah Fayyadh.
“Okeylah.
Taklah. Aku gurau. Okey, gurau? Aku simpan sayang aku ni bila kau dah jadi
isteri aku nanti.”
“Banyaklah
kau punya isteri.”
Fayyadh
ketawa sambil dia mula mengundurkan kereta ke belakang. Selepas itu, kereta
terus dipandu.
Kereta
yang kami naiki berpapasan dengan Hazzar dan Ixora yang sedang berjalan. Ixora
memaut lenggan Hazzar mesra.
Okey,
aku faham.
Tu
bini kedua dia. Sebab tu Hazzar bagi Ixora pegang macam tu saja.
Besides,
arwah pak long tak pernah kata apa-apa tentang Hazzar tak boleh kahwin dua,
tiga atau empat, kan?
Nota kaki: So, dah habis part 2. Perangai siapa lebih annoying, Adiva Zaira atau Hazzar Rafaat? Jadi agak2 korang, apa jadi dekat si Fayyadh yang ada hati dekat Iva? Dan apa status hubungan Hazzar dengan si bunga jarum tu? Haha. Tunggu next entry, :). InsyaAllah, jumaat ni. Kalau saya rajin nak buka blog, saya bagi awal sikit, ya? Kesian korang selalu kena tunggu, ^_^'
x puas hati ngan hazzar..apasal dia mcm tu...x bertanggungjawab..
ReplyDelete