“Umur
Huzair berapa ya?” tanyaku.
“Tiga
tahun, tiga bulan.”
“Tiga
tahun?”
Adakah...
Ya
Tuhan!
Aku
tak sanggup nak bayangkan apa-apa!
COMFORTER
pada tubuh Huzair aku kemaskan. Masuk sahaja ke dalam rumah tadi,
Huzair terus cakap yang dia penat dan hendak tidur. Aku ikutkan sahaja apa
kehendaknya.
Aku
rasa, mungkin inilah keputusan dan situasi yang Hazzar maksudkan pada aku malam
semalam. Dia memutuskan untuk menduakan aku dan situasinya kini ialah dia ada
anak dengan isteri dia yang lain.
Adakah
aku boleh menerimanya?
Tidak.
Sumpah tidak.
Meskipun
hubungan kami tidak ada penambahbaikannya tetapi hati isteri mana yang tak
sakit apabila mengetahui bahawa suaminya berkahwin dengan wanita lain tanpa
memberitahunya terlebih dahulu?
Bagi
aku, situasi pada ketika ini merupakan salah satu alasan yang mengukuhkan lagi
rasionalnya kami perlu bercerai.
Biarlah
aku yang mengalah. Entah apa agaknya perasaan Ixora jika dia tahu bahawa dia
merupakan isteri kedua Hazzar? Ada baiknya aku tarik diri daripada pernikahan
ini. Tak guna sekiranya semua ini diteruskan lagi. Hazzar lebih sayangkan Ixora
berbanding aku. Jadi kalau diberi pilihan untuk melepaskan aku atau Ixora, aku
yakin dia pilih Ixora.
Malas
untuk menyerabutkan fikiran, aku terus turun ke dapur untuk memasak. Walaupun
aku tak sukakan kehadiran Huzair, tetapi tetap juga aku perlu layan dia dengan
baik. Cukuplah aku anggap diri aku sebagai seorang dewasa yang perlu menyempurnakan
hak seorang kanak-kanak.
SEBAIK
sahaja Huzair bangun daripada tidurnya, aku bantu dia untuk mandi. Selepas
itu, aku sediakan spaghetti yang aku dah masakkan untuk dia. Huzair pandai
makan sendiri. Tapi masalahnya apabila dia makan, dia ambil pasta spaghetti tu
pakai tangan. Disebabkan aku tak nak dia comot, maka aku suapkan dia.
“Sedap
tak?” soalku kepada Huzair. Huzair tersenyum dan mengangguk laju.
“Aunty
tinggal dengan papa ke dekat sini?” tanya Huzair.
“Errr...”
Teragak-agak aku hendak menjawab.
“Aunty
nak tanya boleh?” Aku mengubah topik bicara.
“Apa?”
“Kenapa
mummy tak duduk dengan papa sekali?” soalku.
“Mummy
kata papa dah tak boleh tinggal dalam rumah kita. Mummy kata mummy
dengan papa dah tak kahwin.”
Kening
aku berkerut, “Dah tak kahwin?”
“Haah.
Mummy dengan papa dah tak kahwin, sebab tu tak boleh duduk satu rumah
lagi.”
“Dah
berapa lama mummy dengan papa tak kahwin?” soalku.
“Masa
umur Huzair dua tahun.”
Aku garu kening yang tak
gatal. Apa ni? Takkanlah dua tahun sahaja mereka berkahwin kemudian mereka
bercerai?
“Nama
penuh Huzair apa?” Tiba-tiba sahaja aku terfikir untuk bertanya soalan itu.
“Huzair
Halawah bin Muhammad Hafiz.”
“Muhammad
Hafiz? Bukan nama papa, kan?” tanyaku.
“Papa
bukan ayah betul Huzair pun.”
Oh,
jadi apa yang aku fikir tadi tak betullah? Dan kalaulah Huzair ini anak luar
nikah sekalipun, nama Huzair sepatutnya dibinkan dengan Abdullah. Aduhai... Tak
fasal-fasal aku kena minta maaf dekat Hazzar sebab dah fikir benda yang
bukan-bukan tentang dia tadi.
“Huzair
nak lagi tak?” soalku. Mangkuk yang aku pegang sudah pun kosong.
Huzair
menggeleng, “Huzair dah kenyang.”
“Aunty
pergi basuh mangkuk ni ya?”
Setelah
menerima anggukan Huzair, aku terus berlalu ke dapur. Usai kerja mencuci,
sewaktu sedang mengelap tangan, aku terpandangkan cincin pada jari manis tangan
kananku. Tidak perlu berfikir panjang, cincin tersebut terus aku tanggalkan dan
entah di mana silapnya, cincin tersebut terpelanting.
Ting!
Cincin itu mendarat.
Tetapi
di mana?
Puas
aku tertunduk-tunduk, merangkak-rangkak, terbongkok-bongkok, tertilik-tilik
untuk mencari sebentuk cincin yang
hilang di dapur itu. Tak jumpa! Setengah jam jugalah aku belek semua celah
dekat dapur tu. Sampai berpeluh-peluh badan.
“Are
you looking for this?”
Terus
kepala aku menegak mendengar suara itu. Tubuh aku tegakkan semula setelah
menyedari kedudukannya yang berada di belakang aku. Tak senonoh betul gaya aku
tadi.
Aku
terus memusingkan tubuh menghadap Hazzar. Khusyuk sangat agaknya aku cari
cincin tadi sampai aku tak dengar bunyi motosikal Hazzar.
Hazzar
sedang memegang cincin yang terpelanting tadi. Macam mana dia boleh jumpa?
Takkanlah aku boleh terlepas pandang sedangkan aku dah belek setiap inci ruang
atas lantai tu.
Terus
sahaja aku bangkit daripada posisi melutut aku di atas lantai.
“Kalau
belum makan, ada spaghetti dekat atas counter tu, saya masak untuk
Huzair tadi.” Sempat aku titipkan pesan sebelum aku membuka langkah untuk
meninggalkan ruang dapur itu.
“Zaira.”
Hazzar tarik tangan aku untuk menghentikan langkah aku.
Segera
aku rentap tangan aku daripada terus digenggam oleh Hazzar seraya aku menutur, “I
bet you can take the spaghetti by yourself.”
Sejurus
menutur, terus sahaja aku meninggalkan Hazzar sendirian di situ. Biarlah dia
fikir apa dosa dia pada aku.
SEDANG
aku khusyuk memotong kuku tangan kiri Huzair sementara dia menonton
televisyen dan minum susu botol, Hazzar datang menyertai kami di ruang tamu.
“Huzair
tengok cerita apa?” Hazzar melabuhkan duduknya di atas sofa. Kepala Huzair
diriba di atas pangkuannya.
“Oggy,”
jawab Huzair.
“Hari
tu Huzair cakap dekat papa dah tak nak minum susu botol? Ni apa ni?”
“Biarlah
dia. Belum pun empat tahun lagi,” tuturku dengan mata yang masih melekat pada
tangan Huzair.
“Malam
ni tak payah masak. Kita makan dekat luar.”
“Nak
celebrate ke sebab berjaya prank isteri?” Aku mengerling sekilas
wajah Hazzar.
“Prank
apanya?”
Aku
diam. Buat-buat tak tahu pula dia ni.
“Okey,
dah siap dah. Lain kali kalau kuku panjang terus bagitau mummy tau, minta
mummy potongkan. Ni, tengok muka Huzair ni dah calar dah sebab garu
dengan kuku panjang tu,” bebelku. Mak-mak sangat gayanya.
“Thank
you, aunty. Mummy tak ada masa lah nak potong kuku Huzair, aunty. Mummy
sibuk.”
Aku
terdiam. Kasihan pula aku mendengar bicara Huzair itu. Baru umur tiga tahun
tiga bulan, dia sudah perlu menelan pedihnya hakikat ‘mummy sibuk’.
“Nanti
kalau Huzair nak potong kuku, datang rumah aunty okey? Suruh papa bawa Huzair
datang sini,” ujarku dengan senyum pada bibir.
Huzair
mengangguk laju.
Aku
terus bangkit daripada dudukku.
“Aunty
nak pergi mana?”
“Nak
mandi. Panas betul hati ni hari ni.” Aku terus buka langkah ke tingkat atas.
Mohon terasa, Hazzar.
SIBUK
aku mencari baju ‘berkabung’ aku dalam almari. Baju yang aku akan pakai
setiap kali aku keluar dengan Fayyadh di Dublin dulu, masa aku tengah down,
stres atau bad mood. Contohnya, kalau aku kena hadap assignment
yang bertimbun-timbun dan nak dijadikan masalah, semua dateline
dekat-dekat. Mana tak tertekannya aku? Jadi, baju ‘berkabung’ aku sebenarnya
baju yang paling selesa untuk aku pakai masa tu.
“We
need to settle this now.” Sebaik sahaja baju yang aku cari berjaya aku
temui, terus sahaja suara itu menjamah pendengaranku.
Aku
pandang Hazzar, dia sudah menutup rapat pintu bilik itu.
“Nak
settle apa? Ada benda berbelit-belit yang awak belitkan belakang saya
ke?” soalku.
“Stop
the sarcasm. It hurts me like hell.”
“And
stop pretending like you’re concern about this relationship. Your attitude is
driving me sick.”
“I’m
not pretending, Zaira! I’m really concern about our marriage.”
“Oh,
ya? How? By marrying Ixora without my knowledge, is it? By having a child with
her? That’s how you show that you’re concern about this marriage, am I right?”
“Okay,
I know that I am wrong.”
“I’m
glad that you know.”
“But
I have to, Zaira. Aku kahwin dengan Ixora bukan sebab aku sayangkan dia.”
“Yeah,
right. Kahwin sebab tak sayang konon. Ingat ni apa? Cerita Syurga yang Tak
Dirindukan?” tempelakku.
“Sort
of,” jawab Hazzar.
“Hidup
sir ni memang macam tu kan? Kena kahwin dengan orang yang sir tak
sayang. Sedih betul hidup,” ujarku, sengaja ingin menambahkan pedih dalam
jiwanya.
“Dan
yang lebih menyedihkan lagi, kahwin baru dua tahun, tup-tup bercerai. Dan
kemudian kahwin baru enam tahun, tup-tup bercerai lagi. Ya Allah, sedihnya
hidup sir!” Sengaja aku memprovok lagi.
“Isteri
tak ada, anak pun tak ada, harta saja yang bertambah,” ujarku lagi.
“Dan
yang lebih menyakitkan hati lagi, isteri yang bakal diceraikan pula dah ada
orang yang tunggu,” kataku.
“Stop
it, Zaira.”
Aku
geleng dan mencerlung mata aku merenungnya, “It’s you who have to stop this.
Stop this marriage. You have Ixora and Huzair. This marriage is not working and
will never work!”
Terus
sahaja aku melangkah untuk keluar dari bilik itu. Hazzar cuba untuk menghalang
namun laju sahaja aku menolak tubuhnya supaya menjauhiku.
PADA
asalnya memang aku buat tak tahu saja bila Hazzar ketuk pintu bilik untuk
ajak aku keluar. Tapi bila Huzair yang bersuara mengajak aku keluar dan
‘melobi’ aku dengan mengatakan bahawa keluar dengan papa saja tak best,
maka aku mengalah juga.
Aku
membontoti langkah Huzair dan Hazzar. Eleh, keluar dengan papa saja tak best
konon. Aku ni dah serupa bodyguard mereka saja. Dari tadi ke hulu ke
hilir, aku yang di belakang mereka.
Aku
perhati saja tepuk tampar dua orang manusia di hadapan aku ini. Yalah, aku
sedar siapa aku ni. Aku bukannya ibu Huzair dan aku tak ada tempat pun dalam
hati Hazzar. Mustahillah aku mampu tandingi Ixora kan?
Ni
kalau aku balik rumah jalan kaki pun mesti dua orang manusia tu tak perasan.
Apabila
mata aku terpandang akan kedai coklat di sebelah kanan kami, terus sahaja aku
mengatur langkahku masuk ke dalam kedai itu tanpa memaklumkan kepada Hazzar
terlebih dahulu. Alah, tak kisahlah. Aku bukannya budak kecil lagi yang akan
tersesat di dalam mall ini.
Sibuk
aku teliti segala jenis coklat dan makanan-makanan manis yang ada di dalam
kedai itu. Cakap saja nak coklat apa, jenis apa, rasa macam mana, semua ada.
“Any
of them will suit you well.”
Terus
sahaja aku menegakkan kepalaku sebaik sahaja aku terdengar bicara itu.
“Because
the first thought that they bring into my mind when I look at them is just the
same as the first thought that you bring into my mind when I first saw you.
Sweet.” Sepasang mata lelaki itu merenung tepat ke dalam mata aku.
Senyumnya terbias cantik pada wajahnya.
Aku
mengukir senyum kecil lantas aku larikan semula mata aku menatap coklat yang
tersusun kemas pada rak jualan.
“Thank
you for the compliment... But you better beware sir because if you look at them
carefully, some of them might be bitter,” kataku.
“Is
it?” ujar lelaki itu.
“Well,
yes. And I am one of them,” balasku.
“That’s
not a problem. Be it sweet or bitter, I will always love you.”
Aku
ketawa mendengar tuturnya, “So cheezy.”
Dia
turut ketawa.
“You
look sad and lonely. Perhaps, is it because you miss me badly?” soal lelaki
itu.
“Tak
ada maknanya.”
“I
can see it in your eyes.”
“Kenapa
kau ada dekat sini eh? Menyibuk saja.”
“Jodoh
kita terlalu kuat, Iva.”
Aku
mencebik, “Carilah orang lain, Fayyadh.”
“Bila
ni aku boleh meminang kau?” soal Fayyadh.
“Tak
payah nak beranganlah.”
“Aku
rasa macam nak terbang cari Sir Hazzar, terus terang dengan dia yang aku
nak kahwin dengan kau.”
“Fayyadh,
please lah. Dah sejuta kali aku ulang benda yang sama kan? Jangan
berangan nak kahwin dengan aku. Cari perempuan lain.”
“Nonsense
lah, kau ni, Iva. Kau bukannya isteri orang pun sampaikan aku tak boleh simpan cita-cita nak kahwin dengan kau.”
Tersentap
hati aku mendengar kata-kata Fayyadh itu.
“Kalau
aku betul-betul isteri orang macam mana?” duga aku.
Air
muka Fayyadh berubah keruh.
“Kau
ni, main-main apa?” Fayyadh bersuara dengan nada tidak puas hati.
“Seriuslah.”
“Muka
kau ni aku dah hafal tau macam mana gaya kau kalau nak menipu aku. Jangan eh,
Iva?”
“Muka
aku macam menipu ke sekarang ni?” soalku.
“Bukti
mana bukti? Cincin mana?” soal Fayyadh.
Aku
ukir senyum, “Okeylah, okey. Suka hati kaulah nak percaya ke tak. Kau dah lama
kenal aku dan dah cukup kenal aku, mesti kau faham aku macam mana.”
“Okey,
kalau betul pun yang kau dah kahwin, siapa yang bertuah sangat jadi suami kau
tu?” tanya Fayyadh.
“Suami
akulah.” Aku mengerling wajah Fayyadh dengan hujung mata.
“Muka
tak confident. Nampak sangat menipu.”
“Suka
hati kaulah, Fayyadh... Nak percaya ke tak. Yang penting, kau kena ingat satu
benda ni sampai bila-bila. Sejak dari hari pertama kita kenal, sampai sekarang
ni, aku tak pernah suka kau, tau?” jelasku, jujur.
Fayyadh
senyum, “Cukuplah aku seorang yang sayang kau. Kau tak sayang pun tak apa.”
Eh
Fayyadh ni. Apalah keras hati sangat? Dia tak kisah ke kalau aku tak sayang
dia?
“Abang
Fayyadh!”
“Haish...
Dia datang lagi...” Fayyadh berdesis perlahan. Tertoleh-toleh aku mencari suara
yang menegur Fayyadh tadi.
“Hai,
Abang Fayyadh!” Seorang gadis tersenyum manis sambil melambai-lambai ke arah
Fayyadh.
“Eh,
Syira!” Nada suara Fayyadh tu nampak sangat macam dia berpura-pura teruja.
“Siapa
tu?” bisikku.
“Cousin
aku yang senget sikit.”
“Asal?”
“Kau
baca statement aku ni. Ingat sampai mati.” Fayyadh hela nafas dalam,
“Abang Fayyadh cepatlah sikit masuk meminang Syira.”
Tawa
kecil aku terlepas, “Dia gilakan kau?” tanyaku.
“Terima
kasih sebab faham.”
“Abang
Fayyadh buat apa dekat sini?” soal Syira apabila dia sudah berada hampir dengan
aku.
“Dating.”
Selamba Fayyadh menjawab. Aku menyiku Fayyadh. Fayyadh siku aku balik. Suruh
aku back up dia lah tu.
“Alah,
Abang Fayyadh ni sampai hati kan... Kenapa tak cakap awal-awal yang Abang Fayyadh
dah ada girlfriend? Tak acilah Abang Fayyadh ni...”
Aku
mengukir senyum mendengar bicara Syira itu, “Nak menipu pun agak-agaklah,
Fayyadh,” getusku, cukup sekadar untuk kami dengar sahaja.
Fayyadh
hulur sejenis pandangan yang menyampaikan maksud, ‘Cover me.’
Aku
senyum separa ikhlas pada Fayyadh sebelum aku memandang Syira, “Haah, saja ajak
dia teman hari ni. Nak cari hadiah birthday untuk adik saya.”
Sejak
bila aku ada adik pun tak tahulah.
Senyum
Syira berubah lebar secara tiba-tiba, “Bukanlah dating maknanya kan? Dah
agak dah... Abang Fayyadh mesti sayang Syira kan? Sebab tulah Abang Fayyadh tak
mainkan Syira.”
“Syira
ni keluar malam-malam macam ni kenapa? Tak elok tau?” Fayyadh tukar topik
perbualan.
“Eee,
abang ingat Syira ni macam abang ke keluar dengan perempuan berdua, malam-malam
pula tu!” Syira mengerling wajah aku. Cis! Tak fasal-fasal aku pula yang
dipandang serong.
“Syira
keluar dengan mama, okey? Tu ha mama.” Lurus jari Syira mengarah kepada seorang
wanita separuh usia yang sedang sibuk meneliti coklat-coklat yang tersusun pada
rak.
“Ha,
eloklah. Jangan jadi macam abang, tau? Jom, sayang.” Fayyadh tarik siku aku.
Hendak tidak hendak, aku atur juga langkah aku mengikut langkah Fayyadh.
“Kalau
menyampah sangat pun at least pergilah salam ibu saudara kau tu,”
kataku.
Fayyadh
mencebik, “Iva, rumah dia sebelah rumah aku saja, tau? Kau jangan banyak cakap
kalau tak tahu apa-apa.”
Baru
sahaja ingin membalas semula bicara Fayyadh, mata aku terpandangkan kelibat
Hazzar di luar kedai. Huzair berada dalam dukungannya. Tertoleh-toleh kepala
Hazzar bergerak seolah-olah sedang mencari sesuatu.
Apabila
mata kami berpapasan, Hazzar menapak laju ke mari. Apabila dia semakin hampir
dengan lokasi aku dan Fayyadh kini, aku nampak matanya bergerak turun memandang
tangan Fayyadh yang masih kemas memaut siku aku.
Aku
pandang Fayyadh yang sedang sibuk membebel perihal sikap Syira yang
menjengkelkan baginya.
Aku
menarik tangan aku daripada terus digenggam oleh Fayyadh, “Kau kalau tak suka,
terus terang aje. Tak adalah Syira tu berharap, kau tahu?” tuturku.
“Masalahnya
Syira tu ialah sejenis manusia yang takkan mengalah selagi tak ada bukti. Kalau
aku sekadar cakap yang aku tak suka dia dan aku suka orang lain, dia takkan
percaya. Selagi aku tak bawa manusia yang aku suka tu ke depan mata dia, selagi
tu dia akan ganggu hidup aku,” kata Fayyadh.
Aku
mengerling ke arah Hazzar yang sudah berdiri di suatu sudut. Sudut yang aku
percaya takkan disedari oleh Fayyadh.
“Semoga
berjaya, Fayyadh. Aku nak balik. Bye.” Aku melangkah menjauhi Fayyadh.
“Iva!”
Aku
menoleh.
“If
that’s your stand... Then, when you ask me to find someone else, do I really
have to?” tanya Fayyadh.
Aku
menjawab dengan segaris senyum sebelum aku berpaling ke hadapan semula dan meneruskan
langkah aku.
“So,
dah berjanji belakang suami?” Tersentap hati aku mendengar soalan Hazzar itu.
Lama aku menatap wajahnya yang tidak sedikit pun memandang aku. Air mataku mula
bergenang pada pelupuk mata.
“Whatever,
Hazzar. Whatever.” Aku terus menapak pergi sambil mengesat air mata yang sudah jatuh.
Hazzar
yang sedang bersalah terhadap aku kini. Namun pada ketika ini, boleh pula dia
mencari kesalahan aku.
“Zaira!”
Aku pekakkan telinga. Sempat aku toleh ke kiri dan kanan untuk memastikan tiada
kereta sebelum aku melintas jalan dan masuk ke kawasan parkir kereta.
Lenganku
tiba-tiba sahaja diraih dari belakang, “Zaira...”
Aku
memaksa diriku untuk berhenti melangkah, “How can you accuse me like that,
Hazzar? It’s not me who plan the dinner tonight. And I don’t even want to join
you and Huzair at first. How can I know that I will meet Fayyadh here tonight?
How can I know?”
“I’m
sorry.”
Aku
merentap lenganku daripada terus dipegang oleh Hazzar. Segera aku menoleh memandangnya.
“Benda
ni tak boleh diselesaikan dengan maaf, Hazzar. Saya rasa lebih baik jika kita
berpisah.”
Sreettt!
Buk!
Pantas
aku menoleh ke arah punca datangnya bunyi tersebut. Ada kemalangan yang baru
sahaja berlaku.
“Huzair!”
Hazzar terus berlari ke tempat kejadian.
Aku
terpinga-pinga seketika.
Barulah
aku sedar sesuatu. Huzair tidak ada bersama-sama Hazzar di sini tadi. Hazzar
tinggalkan Huzair di sana untuk mengejar langkah aku. Ya Allah, takkanlah yang
dilanggar itu Huzair?
Aku
menyusul langkah Hazzar. Mataku terpaku pada wajah Huzair yang sudah terpejam
matanya. Kepalanya sedang dipangku oleh Hazzar. Jalan tar itu sudah dicemari dengan
tompokan darah. Melingas mataku bergerak mencari pemandu kereta. Barangkali
wanita yang sudah pucat wajahnya itu ialah pemandu kereta ini. Apa alasan
wanita itu memandu sebegitu laju di dalam kawasan pusat membeli-belah begini?
Hazzar
sudah mencempung tubuh Huzair. Wanita yang wajahnya pucat sebentar tadi
menawarkan diri untuk menghantar Huzair ke hospital.
Hazzar
tidak mengendahkan tawaran itu. Dia menapak ke keretanya. Aku mengikut
langkahnya dari belakang.
“Zaira,
ambil kunci dalam poket sebelah kanan.”
Aku
menurut tanpa banyak bicara. Usai mendapatkan kunci kereta, aku terus menekan alarm
untuk membolehkan kereta diakses. Pintu tempat duduk pemandu di belakang terus
sahaja aku buka.
“Masuk
dulu,” ujar Hazzar. Aku patuh.
Sebaik
sahaja aku berada di tempat duduk belakang, Hazzar memasukkan tubuh Huzair
pula. Aku membantu Hazzar untuk mendapatkan Huzair kemudian kunci kereta aku serahkan
kepada Hazzar.
Kereta
mula bergerak. Walaupun Huzair bukanlah sesiapa dengan aku, tapi aku harap
Huzair selamat.
AKU
pandang Hazzar.
Sejak
tadi lelaki itu diam.
Dia
baru sahaja mendapat berita tentang Ixora. Wanita itu terlibat dalam kemalangan
dan meninggal dunia di tempat kejadian. Pada hari yang sama, masa yang hampir
sama, Huzair dan Ixora terlibat dalam kemalangan.
Doktor
dari dalam bilik pembedahan sudah keluar.
Segera
aku bangkit mendapatkan doktor tersebut. Hazzar masih kaku di tempat duduknya.
Barangkali dia memerlukan sedikit masa untuk bertenang.
“Ibu
Huzair?” tanya doktor tersebut. Aku mengangguk sahaja.
“Macam
mana dengan Huzair?” soalku.
“Alhamdulillah,
pembedahan kecil pada bahagian kepalanya berjaya dilakukan. He’ll make it
through, insyaAllah. Doa banyak-banyak.”
“Alhamdulillah,
terima kasih banyak-banyak, doktor.”
“Sama-sama.”
Aku
terus mendapatkan Hazzar. Lambat-lambat aku melabuhkan duduk di sebelahnya.
“Hazzar...”
tutur aku perlahan.
“Huzair
akan okey. InsyaAllah,” ujarku.
“Are
you okay?” soalku. Tak betah rasanya melihat Hazzar yang terus-terusan
berdiam diri sejak dari tadi.
“Leave
me alone.” Dingin jawapan Hazzar.
Aku
bangkit daripada dudukku lantas aku berjalan menjauhi Hazzar.
Boleh
saja aku menyalahkan diri sendiri kini atas apa yang telah terjadi kepada
Huzair. Kalau bukan kerana aku ikutkan sakit hati aku, Hazzar takkan tinggalkan
Huzair di sebelah sana jalan untuk mengejar langkah aku.
Tapi
aku tahu bahawa adalah tidak wajar untuk aku menyalahkan diri sendiri.
Menyalahkan diri sendiri itu tidak ada bezanya dengan menzalimi diri sendiri.
Apa
yang penting kini ialah Huzair mampu bertahan. Syukur, ya Allah.
AKU
memandang Hazzar dari jarak ini. Daripada cara dia berteleku di hadapan
kubur itu, aku nampak betapa dia sangat sedih dengan pemergian Ixora. Aku tahu,
Ixora itu ada nilainya di dalam hidup dia.
Entah
bagaimana penerimaan Huzair nanti apabila dia mengetahui bahawa mummy-nya
sudah tidak dapat dia temui lagi. Ah! Tidak dapat aku hendak bayangkan
reaksinya.
Siapa
yang akan menjaga Huzair nanti?
Ixora
itu anak yatim piatu dan Hazzar bukanlah bapa kandung Huzair. Bagaimana dengan
bapa Huzair yang tidak aku tahu sama ada dia masih hidup atau sudah meninggal
dunia? Jika bapa Huzair masih hidup, maka Huzair akan dijaga oleh bapanya.
Jika
tiada waris yang layak untuk menjaga Huzair, adakah Huzair akan menetap dengan
Hazzar? Mahu ke Huzair? Dan mampu ke Hazzar menjaga Huzair nanti? Yalah,
sepatutnya minggu hadapan kami akan bercerai. Jadi mustahillah aku ada untuk
jaga Huzair nanti.
“Iva,
cepatlah. Kau tunggu apa lagi tu? Kata tadi nak terus ke hospital?” Bicara Huda
memaksa aku berkalih pandang ke arahnya.
“Hazzar?”
soalku.
“Tak
apa, nanti aku datang balik ambil dia. Bukannya jauh. Bagilah dia masa
sekejap.”
“Yalah.”
Aku akur seraya aku terus masuk ke dalam kereta di bahagian pemandu di sebelah
Huda.
“Aku
tak tahu pun arwah Ixora tu bekas isteri dia.” Huda menutur saat kereta yang
dipandu olehnya sudah mula bergerak.
Aku
membuang pandang ke luar, “Mungkin dia ada sebab untuk berkahwin dengan Ixora.
Siapa tahu?” ujarku.
“Tapi
bukan dengan merahsiakannya daripada pengetahuan kau, Iva,” keluh Huda.
“Tak
apalah, Huda. Benda dah berlaku dah pun dan Ixora pun dah tak ada. Aku dah
reda,” balasku.
“Aku
kesian dekat kau je, Iva. Kau punyalah setia masa dekat Dublin dulu sebab kau
sedar walau macam mana pun status kau tu masih lagi isteri orang. Cuma Fayyadh
tu sajalah yang tak habis-habis dengan sayang dia dekat kau. Tapi aku tak
faham, asal eh angah sanggup mainkan kau macam ni? Aku fahamlah yang dia dengan
kau tak sehaluan, tapi sekurang-kurangnya kalau dia nak kahwin dengan Ixora
sekalipun, dia sepatutnya bagitahu kau dulu.”
“Mungkin
kalau masa tu aku tahu, aku lebih sakit, kan?” Aku cuba memandang sesuatu dari
sudut yang positif.
“Kau
ni, cubalah marah sikit. Angin sikit. Takkanlah tu pun aku nak kena ajar?” ujar
Huda.
“Aku
dah pernah buat macam tu, Huda. Dan hasilnya tak adalah bagus mana pun,”
kataku, merujuk kepada apa yang telah berlaku kepada Huzair.
Huda
diam selepas itu. Tidak mahu mengulas apa-apa lagi.
BELAS
aku mendengar tangisannya itu.
“Mummy!”
Huzair meraung kuat. Tertunduk-tunduk dia menangis.
Aku
memandang Hazzar yang berdiri kaku. Barangkali dia tidak tahu apa yang patut
dia lakukan terhadap anak kecil itu.
Aku
terus bangkit daripada dudukku dan melabuhkan duduk di sisi katil yang
menempatkan Huzair. Tubuhnya terus sahaja aku bawa ke dalam dakapan lantas
ubun-ubunnya aku kucup dengan penuh kelembutan.
“Huzair...”
bisikku perlahan.
“Sayang,
it’s okay. It’s okay. Aunty akan jaga Huzair...”
“Mummy
dah tak ada, aunty... Mummy pergi macam ayah Huzair juga...” Huzair
mengesak lagi.
Aku
mengetap bibir, tidak pasti apa yang harus aku katakan. Sesungguhnya pada usia
sekecil ini, Huzair sudah faham apa ertinya meninggal dunia itu. Apa yang dia
rasa kini tidak ada bezanya saat aku mulai faham bahawasanya arwah ibu bapaku
meninggal dunia serentak, meninggalkan aku terkontang-kanting dalam keadaan aku
tidak tahu bagaimana rupanya masa hadapan aku. Tapi aku beruntung punya bapa
saudara yang begitu mengambil berat soal kebajikan aku sebagai anak yatim. Dia
menguruskan harta peninggalan arwah ibu bapaku kepada aku dengan baik.
Tetapi,
Huzair... Anak ini, bagaimana nasibnya?
Pelukan
pada tubuhnya aku kemaskan lagi. Aku kucup ubun-ubunnya beberapa kali diselangi
dengan usapan lembut pada kepalanya.
“Huzair
ada papa, ada aunty... Kami akan jaga Huzair. Yang penting sekarang ni,
Huzair kena cepat sembuh. Bila Huzair dah baik nanti, Huzair boleh pergi kubur
arwah mummy,” ujarku.
Esak
tangis Huzair semakin perlahan. Dia memusingkan tubuhnya menghadap aku.
Tidak
semena-mena, tubuhku dipeluk oleh Huzair.
“Huzair
nak tinggal dengan aunty boleh tak?”
Terkejut
aku mendengar permintaan Huzair itu. Tidak tahu apa jawapan terbaik yang patut
aku berikan kini.
Sepasang
matanya yang kuyu merenung tepat ke dalam mataku kini, menyampaikan kepadaku
gelora apa yang sedang membadai jiwanya.
Aku
mengukir senyum, “Hanya kalau Huzair betul-betul nak.”
“Nak...”
Huzair mengangguk-angguk.
“Boleh,
Huzair boleh tinggal dengan aunty,” ujarku memberikan persetujuan.
Jadi
jika aku dan Hazzar berpisah, akukah orangnya yang akan menjaga Huzair?
JARI-JEMARIKU
bergerak menyentuh anak rambut Huzair. Meskipun aku masih belum merasai
bagaimana sukarnya melahirkan, menyusukan, mengasuh serta mendidik, tetapi
kasih aku sudah tumpah buat anak ini.
Barangkali
percaturan hidupnya yang persis dengan percaturan hidup aku membuatkan kami
sangat serasi bersama. Cuma ada sesuatu yang membezakan kami. Ibu arwah ayah
Huzair tidak mahu menjaga Huzair. Menurutnya, arwah ayah Huzair dan Ixora
berkahwin tanpa restu daripadanya jadi masakan mungkin dia mahu menerima Huzair
di dalam hidupnya?
Ah!
Kejam sungguh wanita itu. Meskipun sudah satu minggu berlalu sejak kami pertama
kali bertemu, aku masih tidak dapat membuang wajahnya daripada ingatanku. Pedih
hatiku saat terbayangkan wajah wanita itu. Tidak adakah walau sejuring pun rasa
simpati dia buat Huzair?
Ketukan
pada pintu bilik memaksa fikiranku kembali fokus kepada apa yang sedang berlaku
di alam nyata.
Baru
sahaja aku ingin bangkit daripada pembaringanku, Huzair mengemaskan lagi
pelukannya pada tubuhku. Serba salah jadinya aku ingin bergerak.
“Masuklah.
Tak kunci pun.” Aku menarik selimut menutup kepala. Meskipun keadaan sekeliling
adalah gelap, tetapi aku tetap ingin berhati-hati.
“Zaira...”
“Hmmm...”
“We
need to talk.”
“About?”
Aku
dapat mendengar keluhan yang datang daripada Hazzar sebelum dia menghulur soalan,
“Hari ni dah genap enam tahun, kan?”
Aku
sudah dapat mengagak apa yang ingin dibicarakan oleh Hazzar.
“You’re
still with your decision that our problems can only be solved by divorce?”
tanya Hazzar.
Aku
diam, tidak tahu apa yang patut aku jawab. Kalau seminggu yang lalu, sebelum
Huzair mengalami kemalangan, memang itu ialah tekad aku. Tetapi kini, rasa yang
ada di dalam hati aku seminggu yang lalu sudah tidak ada lagi.
Aku
tidak sampai hati untuk meninggalkan Hazzar sendiri dalam menjaga Huzair. Apatah
lagi aku pernah berjanji dengan Huzair bahawasanya dia boleh tinggal
bersama-sama dengan aku. Sekiranya aku dan Hazzar bercerai, mustahil aku akan
membawa Huzair bersama-sama aku dan meninggalkan Hazzar sendiri. Sudahlah
lelaki itu belum habis sedihnya lantaran kehilangan Ixora. Takkanlah aku mahu
menambahkan lagi sedih dia sekiranya dia kehilangan Huzair nanti?
“Just
for the time being, let’s not talk about this. Kasihan dekat Huzair,”
kataku.
“Sampai
bila kita nak macam ni?” soal Hazzar.
“Macam
ni, macam mana?” tanya aku pula.
“We’re
not talking, Zaira. This is not how husband and wife should be.”
“Bukan
semalam saya baru bercakap dengan sir ke?” Aku meloyar buruk. Memang
semalam aku bercakap dengan dia sebab aku hendak meminta izin daripada dia untuk
ke pasar raya bagi membeli barang-barang dapur.
“Come
on, Zaira. You know what I mean.”
“Tidurlah,
sir. Tak guna bercakap dengan orang yang masih marah, kan?” kataku.
Hazzar
mengeluh buat kesekian kalinya, “I can’t sleep.”
Aku
tahu Hazzar tidak menipu dengan apa yang dikatakannya. Bukannya aku tidak tahu,
sejak Huzair mengalami kemalangan dan sejak arwah Ixora meninggal dunia, Hazzar
memang sukar untuk tidur malam. Entah kenapa tiba-tiba lelaki itu diserang
insomnia.
Selama
satu minggu ini, aku selalu terjaga jam 3 pagi dan aku mendapati Hazzar
tertidur di atas sofa dengan televisyen yang masih terbuka dan menayangkan
rancangan sukan. Hanya itu sahaja terapi yang membolehkan dia tidur barangkali.
“Jadi,
sir nak suruh saya buat apa? Dodoikan sir macam saya dodoikan
Huzair?” soalku. Aku menyelak sedikit selimut pada bahagian hidung untuk
bernafas dengan lebih selesa.
“Boleh
juga.”
“Hmmm...”
Aku tak terkejut mendengar permintaan Hazzar itu. Orang lelaki kalau dah sakit,
kalau dah sedang bersedih, memang manja.
“Nak
zikir apa?” Aku menyoal.
“Hah?”
Hazzar seperti terkejut.
“Yalah,
saya tidurkan Huzair guna zikirlah. Ingat saya nyanyi lagu lullabye ke
apa? Jadi, sir nak zikir apa?” ujarku.
“I
thought you were joking.”
“Nak
ke tak nak? Kalau nak, baring sebelah Huzair tu.”
“Wait,
what?”
“Sekarang
ni bukan masanya untuk tanya banyak benda, sir. It’s either yes or no.”
“Okey.”
Aku
dapat mendengar bunyi pintu yang ditutup. Tidak lama selepas itu, tilam di
sebelah kanan aku terasa memberat. Huzair juga bergerak semakin rapat dengan
aku seakan-akan tahu bahawa ada yang menyelit di sebelahnya.
Selimut
aku turunkan semula kerana yakin bahawasanya bilik ini sudah gelap sepenuhnya.
Aku sedang mengiring menghadap Huzair dan Hazzar kini. Seorang anak yang
tiba-tiba hadir dalam hidup aku sebagai anak angkat dan seorang lagi lelaki
yang pada asalnya sepupu aku dan kini sudah genap enam tahun dia bergelar
suamiku.
Selama
dua minit, masing-masing senyap.
Aku
tak pasti sama ada Hazzar masih berjaga atau sudah lena.
“Are
you asleep yet?” soalku.
“Waiting...”
Aku
terdiam mendengar balasannya. Patut tak aku ‘dodoikan’ saja dia dengan zikir
lailahaillallah? Zikir yang selalu digunakan untuk mendodoikan budak-budak?
“I’m
sure that it won’t take long before you fall asleep.” Sempat aku menutur.
Aku
dapat mendengar tawa kecil Hazzar. Dah lama aku tak dengar dia ketawa.
“La
ila ha illallah. La ila ha illallah. La ila ha illallah muhamma
durrasulullah...” Zikir itu aku alunkan dengan nada yang lembut, dengan harapan
agar Hazzar bisa lena dengan mudah pada malam ini.
Sepuluh
minit mengulang tutur bait-bait zikir yang sama, sampai tekak aku terasa
kering, dan mata aku hampir terpejam, akhirnya aku dapat mendengar dengkuran
halus yang datang daripada Hazzar. Apabila dia dah berdengkur, tandanya dia
sudah lama terlelap dan kini tidurnya semakin lena. Macam mana aku tahu? Sudah
tentulah sebab aku selalu perhati Hazzar tidur.
Aku
menghela nafas dalam seraya aku terus menghanyutkan diri aku yang sememangnya
sudah separa hanyut dalam lena.
Nota kaki: Alhamdulillah, :). Habis part 4. Apakah solusi untuk hubungan yang carca marba ini? Macam mana dengan perasaan Fayyadh? Marilah kita berfikir2 sementara menunggu part 5. Part 5 hari Jumaat, ya. InsyaAllah. Terima kasih sudi baca, ^_^.
oh mcm tue...tp still nk tau gak penjelasan hazzar...
ReplyDeleteKnp ye hazzar kawin ngan ixora...
ReplyDeletekena eri penjelasan kenapa ixora meninggal dan kenapa hazzar kahwin dgn ixora sedangkan ixora dah kawin dgn bapa huzair. keliru ni. tak sabar nak baca next n3.
ReplyDelete