Total Pageviews

FIRST BABY

Tuesday 16 May 2017

Cerpen- Jujurlah Mencintai Aku (Part 4)

Nota kepala: Assalamualaikum, :). Seperti yang dijanjikan, hari Selasa entri baharu. Terima kasih untuk komen korang sebelum ni. Memang sakit hati sangat kan? >.< Hahaha. Rasa macam nak tenyeh2 muka Hazzar tu dekat dinding. Selamat membaca,  part 4.




            “Umur Huzair berapa ya?” tanyaku.

            “Tiga tahun, tiga bulan.”

            “Tiga tahun?”

            Adakah...

            Ya Tuhan!

            Aku tak sanggup nak bayangkan apa-apa!


            COMFORTER pada tubuh Huzair aku kemaskan. Masuk sahaja ke dalam rumah tadi, Huzair terus cakap yang dia penat dan hendak tidur. Aku ikutkan sahaja apa kehendaknya.

            Aku rasa, mungkin inilah keputusan dan situasi yang Hazzar maksudkan pada aku malam semalam. Dia memutuskan untuk menduakan aku dan situasinya kini ialah dia ada anak dengan isteri dia yang lain.

            Adakah aku boleh menerimanya?

            Tidak. Sumpah tidak.

            Meskipun hubungan kami tidak ada penambahbaikannya tetapi hati isteri mana yang tak sakit apabila mengetahui bahawa suaminya berkahwin dengan wanita lain tanpa memberitahunya terlebih dahulu?

            Bagi aku, situasi pada ketika ini merupakan salah satu alasan yang mengukuhkan lagi rasionalnya kami perlu bercerai.

            Biarlah aku yang mengalah. Entah apa agaknya perasaan Ixora jika dia tahu bahawa dia merupakan isteri kedua Hazzar? Ada baiknya aku tarik diri daripada pernikahan ini. Tak guna sekiranya semua ini diteruskan lagi. Hazzar lebih sayangkan Ixora berbanding aku. Jadi kalau diberi pilihan untuk melepaskan aku atau Ixora, aku yakin dia pilih Ixora.

            Malas untuk menyerabutkan fikiran, aku terus turun ke dapur untuk memasak. Walaupun aku tak sukakan kehadiran Huzair, tetapi tetap juga aku perlu layan dia dengan baik. Cukuplah aku anggap diri aku sebagai seorang dewasa yang perlu menyempurnakan hak seorang kanak-kanak.


            SEBAIK sahaja Huzair bangun daripada tidurnya, aku bantu dia untuk mandi. Selepas itu, aku sediakan spaghetti yang aku dah masakkan untuk dia. Huzair pandai makan sendiri. Tapi masalahnya apabila dia makan, dia ambil pasta spaghetti tu pakai tangan. Disebabkan aku tak nak dia comot, maka aku suapkan dia.

            “Sedap tak?” soalku kepada Huzair. Huzair tersenyum dan mengangguk laju.

            Aunty tinggal dengan papa ke dekat sini?” tanya Huzair.

            “Errr...” Teragak-agak aku hendak menjawab.

            Aunty nak tanya boleh?” Aku mengubah topik bicara.

            “Apa?”

            “Kenapa mummy tak duduk dengan papa sekali?” soalku.

            Mummy kata papa dah tak boleh tinggal dalam rumah kita. Mummy kata mummy dengan papa dah tak kahwin.”

            Kening aku berkerut, “Dah tak kahwin?”

            “Haah. Mummy dengan papa dah tak kahwin, sebab tu tak boleh duduk satu rumah lagi.”

            “Dah berapa lama mummy dengan papa tak kahwin?” soalku.

            “Masa umur Huzair dua tahun.”
 
            Aku garu kening yang tak gatal. Apa ni? Takkanlah dua tahun sahaja mereka berkahwin kemudian mereka bercerai?

            “Nama penuh Huzair apa?” Tiba-tiba sahaja aku terfikir untuk bertanya soalan itu.

            “Huzair Halawah bin Muhammad Hafiz.”

            “Muhammad Hafiz? Bukan nama papa, kan?” tanyaku.

            “Papa bukan ayah betul Huzair pun.”

            Oh, jadi apa yang aku fikir tadi tak betullah? Dan kalaulah Huzair ini anak luar nikah sekalipun, nama Huzair sepatutnya dibinkan dengan Abdullah. Aduhai... Tak fasal-fasal aku kena minta maaf dekat Hazzar sebab dah fikir benda yang bukan-bukan tentang dia tadi.

            “Huzair nak lagi tak?” soalku. Mangkuk yang aku pegang sudah pun kosong.

            Huzair menggeleng, “Huzair dah kenyang.”

            Aunty pergi basuh mangkuk ni ya?”

            Setelah menerima anggukan Huzair, aku terus berlalu ke dapur. Usai kerja mencuci, sewaktu sedang mengelap tangan, aku terpandangkan cincin pada jari manis tangan kananku. Tidak perlu berfikir panjang, cincin tersebut terus aku tanggalkan dan entah di mana silapnya, cincin tersebut terpelanting.

            Ting! Cincin itu mendarat.

            Tetapi di mana?

            Puas aku tertunduk-tunduk, merangkak-rangkak, terbongkok-bongkok, tertilik-tilik untuk  mencari sebentuk cincin yang hilang di dapur itu. Tak jumpa! Setengah jam jugalah aku belek semua celah dekat dapur tu. Sampai berpeluh-peluh badan.

            Are you looking for this?

            Terus kepala aku menegak mendengar suara itu. Tubuh aku tegakkan semula setelah menyedari kedudukannya yang berada di belakang aku. Tak senonoh betul gaya aku tadi.

            Aku terus memusingkan tubuh menghadap Hazzar. Khusyuk sangat agaknya aku cari cincin tadi sampai aku tak dengar bunyi motosikal Hazzar.

            Hazzar sedang memegang cincin yang terpelanting tadi. Macam mana dia boleh jumpa? Takkanlah aku boleh terlepas pandang sedangkan aku dah belek setiap inci ruang atas lantai tu.

            Terus sahaja aku bangkit daripada posisi melutut aku di atas lantai.

            “Kalau belum makan, ada spaghetti dekat atas counter tu, saya masak untuk Huzair tadi.” Sempat aku titipkan pesan sebelum aku membuka langkah untuk meninggalkan ruang dapur itu.

            “Zaira.” Hazzar tarik tangan aku untuk menghentikan langkah aku.

            Segera aku rentap tangan aku daripada terus digenggam oleh Hazzar seraya aku menutur, “I bet you can take the spaghetti by yourself.

            Sejurus menutur, terus sahaja aku meninggalkan Hazzar sendirian di situ. Biarlah dia fikir apa dosa dia pada aku.


            SEDANG aku khusyuk memotong kuku tangan kiri Huzair sementara dia menonton televisyen dan minum susu botol, Hazzar datang menyertai kami di ruang tamu.

             “Huzair tengok cerita apa?” Hazzar melabuhkan duduknya di atas sofa. Kepala Huzair diriba di atas pangkuannya.

           “Oggy,” jawab Huzair.

            “Hari tu Huzair cakap dekat papa dah tak nak minum susu botol? Ni apa ni?”

            “Biarlah dia. Belum pun empat tahun lagi,” tuturku dengan mata yang masih melekat pada tangan Huzair.           

            “Malam ni tak payah masak. Kita makan dekat luar.”

            “Nak celebrate ke sebab berjaya prank isteri?” Aku mengerling sekilas wajah Hazzar.

            Prank apanya?”

            Aku diam. Buat-buat tak tahu pula dia ni.

            “Okey, dah siap dah. Lain kali kalau kuku panjang terus bagitau mummy tau, minta mummy potongkan. Ni, tengok muka Huzair ni dah calar dah sebab garu dengan kuku panjang tu,” bebelku. Mak-mak sangat gayanya.

            Thank you, aunty. Mummy tak ada masa lah nak potong kuku Huzair, aunty. Mummy sibuk.”

            Aku terdiam. Kasihan pula aku mendengar bicara Huzair itu. Baru umur tiga tahun tiga bulan, dia sudah perlu menelan pedihnya hakikat ‘mummy sibuk’.

            “Nanti kalau Huzair nak potong kuku, datang rumah aunty okey? Suruh papa bawa Huzair datang sini,” ujarku dengan senyum pada bibir.

            Huzair mengangguk laju.

            Aku terus bangkit daripada dudukku.

            Aunty nak pergi mana?”

            “Nak mandi. Panas betul hati ni hari ni.” Aku terus buka langkah ke tingkat atas. Mohon terasa, Hazzar.


            SIBUK aku mencari baju ‘berkabung’ aku dalam almari. Baju yang aku akan pakai setiap kali aku keluar dengan Fayyadh di Dublin dulu, masa aku tengah down, stres atau bad mood. Contohnya, kalau aku kena hadap assignment yang bertimbun-timbun dan nak dijadikan masalah, semua dateline dekat-dekat. Mana tak tertekannya aku? Jadi, baju ‘berkabung’ aku sebenarnya baju yang paling selesa untuk aku pakai masa tu.

            We need to settle this now.” Sebaik sahaja baju yang aku cari berjaya aku temui, terus sahaja suara itu menjamah pendengaranku.

            Aku pandang Hazzar, dia sudah menutup rapat pintu bilik itu.

            “Nak settle apa? Ada benda berbelit-belit yang awak belitkan belakang saya ke?” soalku.

            Stop the sarcasm. It hurts me like hell.

           And stop pretending like you’re concern about this relationship. Your attitude is driving me sick.

           I’m not pretending, Zaira! I’m really concern about our marriage.

            Oh, ya? How? By marrying Ixora without my knowledge, is it? By having a child with her? That’s how you show that you’re concern about this marriage, am I right?

            Okay, I know that I am wrong.

            I’m glad that you know.

            But I have to, Zaira. Aku kahwin dengan Ixora bukan sebab aku sayangkan dia.”

            Yeah, right. Kahwin sebab tak sayang konon. Ingat ni apa? Cerita Syurga yang Tak Dirindukan?” tempelakku.

            Sort of,” jawab Hazzar.

            “Hidup sir ni memang macam tu kan? Kena kahwin dengan orang yang sir tak sayang. Sedih betul hidup,” ujarku, sengaja ingin menambahkan pedih dalam jiwanya.

            “Dan yang lebih menyedihkan lagi, kahwin baru dua tahun, tup-tup bercerai. Dan kemudian kahwin baru enam tahun, tup-tup bercerai lagi. Ya Allah, sedihnya hidup sir!” Sengaja aku memprovok lagi.

            “Isteri tak ada, anak pun tak ada, harta saja yang bertambah,” ujarku lagi.

            “Dan yang lebih menyakitkan hati lagi, isteri yang bakal diceraikan pula dah ada orang yang tunggu,” kataku.

            Stop it, Zaira.

            Aku geleng dan mencerlung mata aku merenungnya, “It’s you who have to stop this. Stop this marriage. You have Ixora and Huzair. This marriage is not working and will never work!

            Terus sahaja aku melangkah untuk keluar dari bilik itu. Hazzar cuba untuk menghalang namun laju sahaja aku menolak tubuhnya supaya menjauhiku.


            PADA asalnya memang aku buat tak tahu saja bila Hazzar ketuk pintu bilik untuk ajak aku keluar. Tapi bila Huzair yang bersuara mengajak aku keluar dan ‘melobi’ aku dengan mengatakan bahawa keluar dengan papa saja tak best, maka aku mengalah juga.

            Aku membontoti langkah Huzair dan Hazzar. Eleh, keluar dengan papa saja tak best konon. Aku ni dah serupa bodyguard mereka saja. Dari tadi ke hulu ke hilir, aku yang di belakang mereka.

            Aku perhati saja tepuk tampar dua orang manusia di hadapan aku ini. Yalah, aku sedar siapa aku ni. Aku bukannya ibu Huzair dan aku tak ada tempat pun dalam hati Hazzar. Mustahillah aku mampu tandingi Ixora kan?

            Ni kalau aku balik rumah jalan kaki pun mesti dua orang manusia tu tak perasan.

            Apabila mata aku terpandang akan kedai coklat di sebelah kanan kami, terus sahaja aku mengatur langkahku masuk ke dalam kedai itu tanpa memaklumkan kepada Hazzar terlebih dahulu. Alah, tak kisahlah. Aku bukannya budak kecil lagi yang akan tersesat di dalam mall ini.

            Sibuk aku teliti segala jenis coklat dan makanan-makanan manis yang ada di dalam kedai itu. Cakap saja nak coklat apa, jenis apa, rasa macam mana, semua ada.

            Any of them will suit you well.

            Terus sahaja aku menegakkan kepalaku sebaik sahaja aku terdengar bicara itu.

            Because the first thought that they bring into my mind when I look at them is just the same as the first thought that you bring into my mind when I first saw you. Sweet.” Sepasang mata lelaki itu merenung tepat ke dalam mata aku. Senyumnya terbias cantik pada wajahnya.

            Aku mengukir senyum kecil lantas aku larikan semula mata aku menatap coklat yang tersusun kemas pada rak jualan.

            Thank you for the compliment... But you better beware sir because if you look at them carefully, some of them might be bitter,” kataku.

            Is it?” ujar lelaki itu.

            Well, yes. And I am one of them,” balasku.

            That’s not a problem. Be it sweet or bitter, I will always love you.

            Aku ketawa mendengar tuturnya, “So cheezy.

            Dia turut ketawa.

            You look sad and lonely. Perhaps, is it because you miss me badly?” soal lelaki itu.

            “Tak ada maknanya.”

            I can see it in your eyes.

            “Kenapa kau ada dekat sini eh? Menyibuk saja.”

            “Jodoh kita terlalu kuat, Iva.”

            Aku mencebik, “Carilah orang lain, Fayyadh.”

            “Bila ni aku boleh meminang kau?” soal Fayyadh.

            “Tak payah nak beranganlah.”

            “Aku rasa macam nak terbang cari Sir Hazzar, terus terang dengan dia yang aku nak kahwin dengan kau.”

            “Fayyadh, please lah. Dah sejuta kali aku ulang benda yang sama kan? Jangan berangan nak kahwin dengan aku. Cari perempuan lain.”

            Nonsense lah, kau ni, Iva. Kau bukannya isteri orang pun sampaikan aku tak boleh simpan cita-cita nak kahwin dengan kau.”

            Tersentap hati aku mendengar kata-kata Fayyadh itu.

            “Kalau aku betul-betul isteri orang macam mana?” duga aku.

            Air muka Fayyadh berubah keruh.

            “Kau ni, main-main apa?” Fayyadh bersuara dengan nada tidak puas hati.

            “Seriuslah.”

            “Muka kau ni aku dah hafal tau macam mana gaya kau kalau nak menipu aku. Jangan eh, Iva?”

            “Muka aku macam menipu ke sekarang ni?” soalku.

            “Bukti mana bukti? Cincin mana?” soal Fayyadh.

            Aku ukir senyum, “Okeylah, okey. Suka hati kaulah nak percaya ke tak. Kau dah lama kenal aku dan dah cukup kenal aku, mesti kau faham aku macam mana.”

            “Okey, kalau betul pun yang kau dah kahwin, siapa yang bertuah sangat jadi suami kau tu?” tanya Fayyadh.

            “Suami akulah.” Aku mengerling wajah Fayyadh dengan hujung mata.

            “Muka tak confident. Nampak sangat menipu.”

            “Suka hati kaulah, Fayyadh... Nak percaya ke tak. Yang penting, kau kena ingat satu benda ni sampai bila-bila. Sejak dari hari pertama kita kenal, sampai sekarang ni, aku tak pernah suka kau, tau?” jelasku, jujur.

            Fayyadh senyum, “Cukuplah aku seorang yang sayang kau. Kau tak sayang pun tak apa.”

            Eh Fayyadh ni. Apalah keras hati sangat? Dia tak kisah ke kalau aku tak sayang dia?

            “Abang Fayyadh!”

            “Haish... Dia datang lagi...” Fayyadh berdesis perlahan. Tertoleh-toleh aku mencari suara yang menegur Fayyadh tadi.

            “Hai, Abang Fayyadh!” Seorang gadis tersenyum manis sambil melambai-lambai ke arah Fayyadh.

            “Eh, Syira!” Nada suara Fayyadh tu nampak sangat macam dia berpura-pura teruja.

            “Siapa tu?” bisikku.

            Cousin aku yang senget sikit.”

            “Asal?”

            “Kau baca statement aku ni. Ingat sampai mati.” Fayyadh hela nafas dalam, “Abang Fayyadh cepatlah sikit masuk meminang Syira.”

            Tawa kecil aku terlepas, “Dia gilakan kau?” tanyaku.

            “Terima kasih sebab faham.”

            “Abang Fayyadh buat apa dekat sini?” soal Syira apabila dia sudah berada hampir dengan aku.

            Dating.” Selamba Fayyadh menjawab. Aku menyiku Fayyadh. Fayyadh siku aku balik. Suruh aku back up dia lah tu.

            “Alah, Abang Fayyadh ni sampai hati kan... Kenapa tak cakap awal-awal yang Abang Fayyadh dah ada girlfriend? Tak acilah Abang Fayyadh ni...”

            Aku mengukir senyum mendengar bicara Syira itu, “Nak menipu pun agak-agaklah, Fayyadh,” getusku, cukup sekadar untuk kami dengar sahaja.

            Fayyadh hulur sejenis pandangan yang menyampaikan maksud, ‘Cover me.’

            Aku senyum separa ikhlas pada Fayyadh sebelum aku memandang Syira, “Haah, saja ajak dia teman hari ni. Nak cari hadiah birthday untuk adik saya.”

            Sejak bila aku ada adik pun tak tahulah.

            Senyum Syira berubah lebar secara tiba-tiba, “Bukanlah dating maknanya kan? Dah agak dah... Abang Fayyadh mesti sayang Syira kan? Sebab tulah Abang Fayyadh tak mainkan Syira.”

            “Syira ni keluar malam-malam macam ni kenapa? Tak elok tau?” Fayyadh tukar topik perbualan.

            “Eee, abang ingat Syira ni macam abang ke keluar dengan perempuan berdua, malam-malam pula tu!” Syira mengerling wajah aku. Cis! Tak fasal-fasal aku pula yang dipandang serong.

            “Syira keluar dengan mama, okey? Tu ha mama.” Lurus jari Syira mengarah kepada seorang wanita separuh usia yang sedang sibuk meneliti coklat-coklat yang tersusun pada rak.

            “Ha, eloklah. Jangan jadi macam abang, tau? Jom, sayang.” Fayyadh tarik siku aku. Hendak tidak hendak, aku atur juga langkah aku mengikut langkah Fayyadh.

            “Kalau menyampah sangat pun at least pergilah salam ibu saudara kau tu,” kataku.

            Fayyadh mencebik, “Iva, rumah dia sebelah rumah aku saja, tau? Kau jangan banyak cakap kalau tak tahu apa-apa.”

            Baru sahaja ingin membalas semula bicara Fayyadh, mata aku terpandangkan kelibat Hazzar di luar kedai. Huzair berada dalam dukungannya. Tertoleh-toleh kepala Hazzar bergerak seolah-olah sedang mencari sesuatu.

            Apabila mata kami berpapasan, Hazzar menapak laju ke mari. Apabila dia semakin hampir dengan lokasi aku dan Fayyadh kini, aku nampak matanya bergerak turun memandang tangan Fayyadh yang masih kemas memaut siku aku.

            Aku pandang Fayyadh yang sedang sibuk membebel perihal sikap Syira yang menjengkelkan baginya.

            Aku menarik tangan aku daripada terus digenggam oleh Fayyadh, “Kau kalau tak suka, terus terang aje. Tak adalah Syira tu berharap, kau tahu?” tuturku.

            “Masalahnya Syira tu ialah sejenis manusia yang takkan mengalah selagi tak ada bukti. Kalau aku sekadar cakap yang aku tak suka dia dan aku suka orang lain, dia takkan percaya. Selagi aku tak bawa manusia yang aku suka tu ke depan mata dia, selagi tu dia akan ganggu hidup aku,” kata Fayyadh.

            Aku mengerling ke arah Hazzar yang sudah berdiri di suatu sudut. Sudut yang aku percaya takkan disedari oleh Fayyadh.

            “Semoga berjaya, Fayyadh. Aku nak balik. Bye.” Aku melangkah menjauhi Fayyadh.

            “Iva!”

            Aku menoleh.

            If that’s your stand... Then, when you ask me to find someone else, do I really have to?” tanya Fayyadh.

            Aku menjawab dengan segaris senyum sebelum aku berpaling ke hadapan semula dan meneruskan langkah aku.

            So, dah berjanji belakang suami?” Tersentap hati aku mendengar soalan Hazzar itu. Lama aku menatap wajahnya yang tidak sedikit pun memandang aku. Air mataku mula bergenang pada pelupuk mata.

            Whatever, Hazzar. Whatever.” Aku terus menapak pergi sambil mengesat air mata yang sudah jatuh.

            Hazzar yang sedang bersalah terhadap aku kini. Namun pada ketika ini, boleh pula dia mencari kesalahan aku.

            “Zaira!” Aku pekakkan telinga. Sempat aku toleh ke kiri dan kanan untuk memastikan tiada kereta sebelum aku melintas jalan dan masuk ke kawasan parkir kereta.

            Lenganku tiba-tiba sahaja diraih dari belakang, “Zaira...”

            Aku memaksa diriku untuk berhenti melangkah, “How can you accuse me like that, Hazzar? It’s not me who plan the dinner tonight. And I don’t even want to join you and Huzair at first. How can I know that I will meet Fayyadh here tonight? How can I know?

            I’m sorry.

            Aku merentap lenganku daripada terus dipegang oleh Hazzar. Segera aku menoleh memandangnya.

            “Benda ni tak boleh diselesaikan dengan maaf, Hazzar. Saya rasa lebih baik jika kita berpisah.”

            Sreettt!

            Buk!

            Pantas aku menoleh ke arah punca datangnya bunyi tersebut. Ada kemalangan yang baru sahaja berlaku.

            “Huzair!” Hazzar terus berlari ke tempat kejadian.

            Aku terpinga-pinga seketika.

            Barulah aku sedar sesuatu. Huzair tidak ada bersama-sama Hazzar di sini tadi. Hazzar tinggalkan Huzair di sana untuk mengejar langkah aku. Ya Allah, takkanlah yang dilanggar itu Huzair?

            Aku menyusul langkah Hazzar. Mataku terpaku pada wajah Huzair yang sudah terpejam matanya. Kepalanya sedang dipangku oleh Hazzar. Jalan tar itu sudah dicemari dengan tompokan darah. Melingas mataku bergerak mencari pemandu kereta. Barangkali wanita yang sudah pucat wajahnya itu ialah pemandu kereta ini. Apa alasan wanita itu memandu sebegitu laju di dalam kawasan pusat membeli-belah begini?

            Hazzar sudah mencempung tubuh Huzair. Wanita yang wajahnya pucat sebentar tadi menawarkan diri untuk menghantar Huzair ke hospital.

            Hazzar tidak mengendahkan tawaran itu. Dia menapak ke keretanya. Aku mengikut langkahnya dari belakang.

            “Zaira, ambil kunci dalam poket sebelah kanan.”

            Aku menurut tanpa banyak bicara. Usai mendapatkan kunci kereta, aku terus menekan alarm untuk membolehkan kereta diakses. Pintu tempat duduk pemandu di belakang terus sahaja aku buka.

            “Masuk dulu,” ujar Hazzar. Aku patuh.

            Sebaik sahaja aku berada di tempat duduk belakang, Hazzar memasukkan tubuh Huzair pula. Aku membantu Hazzar untuk mendapatkan Huzair kemudian kunci kereta aku serahkan kepada Hazzar.

            Kereta mula bergerak. Walaupun Huzair bukanlah sesiapa dengan aku, tapi aku harap Huzair selamat.
           

            AKU pandang Hazzar.

            Sejak tadi lelaki itu diam.

            Dia baru sahaja mendapat berita tentang Ixora. Wanita itu terlibat dalam kemalangan dan meninggal dunia di tempat kejadian. Pada hari yang sama, masa yang hampir sama, Huzair dan Ixora terlibat dalam kemalangan.

            Doktor dari dalam bilik pembedahan sudah keluar.

            Segera aku bangkit mendapatkan doktor tersebut. Hazzar masih kaku di tempat duduknya. Barangkali dia memerlukan sedikit masa untuk bertenang.

            “Ibu Huzair?” tanya doktor tersebut. Aku mengangguk sahaja.

            “Macam mana dengan Huzair?” soalku.

            “Alhamdulillah, pembedahan kecil pada bahagian kepalanya berjaya dilakukan. He’ll make it through, insyaAllah. Doa banyak-banyak.”

            “Alhamdulillah, terima kasih banyak-banyak, doktor.”

            “Sama-sama.”

            Aku terus mendapatkan Hazzar. Lambat-lambat aku melabuhkan duduk di sebelahnya.

            “Hazzar...” tutur aku perlahan.

            “Huzair akan okey. InsyaAllah,” ujarku.

            Are you okay?” soalku. Tak betah rasanya melihat Hazzar yang terus-terusan berdiam diri sejak dari tadi.

            Leave me alone.” Dingin jawapan Hazzar.

            Aku bangkit daripada dudukku lantas aku berjalan menjauhi Hazzar.

            Boleh saja aku menyalahkan diri sendiri kini atas apa yang telah terjadi kepada Huzair. Kalau bukan kerana aku ikutkan sakit hati aku, Hazzar takkan tinggalkan Huzair di sebelah sana jalan untuk mengejar langkah aku.

            Tapi aku tahu bahawa adalah tidak wajar untuk aku menyalahkan diri sendiri. Menyalahkan diri sendiri itu tidak ada bezanya dengan menzalimi diri sendiri.

            Apa yang penting kini ialah Huzair mampu bertahan. Syukur, ya Allah.


            AKU memandang Hazzar dari jarak ini. Daripada cara dia berteleku di hadapan kubur itu, aku nampak betapa dia sangat sedih dengan pemergian Ixora. Aku tahu, Ixora itu ada nilainya di dalam hidup dia.

            Entah bagaimana penerimaan Huzair nanti apabila dia mengetahui bahawa mummy-nya sudah tidak dapat dia temui lagi. Ah! Tidak dapat aku hendak bayangkan reaksinya.

            Siapa yang akan menjaga Huzair nanti?

            Ixora itu anak yatim piatu dan Hazzar bukanlah bapa kandung Huzair. Bagaimana dengan bapa Huzair yang tidak aku tahu sama ada dia masih hidup atau sudah meninggal dunia? Jika bapa Huzair masih hidup, maka Huzair akan dijaga oleh bapanya.

            Jika tiada waris yang layak untuk menjaga Huzair, adakah Huzair akan menetap dengan Hazzar? Mahu ke Huzair? Dan mampu ke Hazzar menjaga Huzair nanti? Yalah, sepatutnya minggu hadapan kami akan bercerai. Jadi mustahillah aku ada untuk jaga Huzair nanti.

            “Iva, cepatlah. Kau tunggu apa lagi tu? Kata tadi nak terus ke hospital?” Bicara Huda memaksa aku berkalih pandang ke arahnya.

            “Hazzar?” soalku.

            “Tak apa, nanti aku datang balik ambil dia. Bukannya jauh. Bagilah dia masa sekejap.”

            “Yalah.” Aku akur seraya aku terus masuk ke dalam kereta di bahagian pemandu di sebelah Huda.

            “Aku tak tahu pun arwah Ixora tu bekas isteri dia.” Huda menutur saat kereta yang dipandu olehnya sudah mula bergerak.

            Aku membuang pandang ke luar, “Mungkin dia ada sebab untuk berkahwin dengan Ixora. Siapa tahu?” ujarku.

            “Tapi bukan dengan merahsiakannya daripada pengetahuan kau, Iva,” keluh Huda.

            “Tak apalah, Huda. Benda dah berlaku dah pun dan Ixora pun dah tak ada. Aku dah reda,” balasku.

            “Aku kesian dekat kau je, Iva. Kau punyalah setia masa dekat Dublin dulu sebab kau sedar walau macam mana pun status kau tu masih lagi isteri orang. Cuma Fayyadh tu sajalah yang tak habis-habis dengan sayang dia dekat kau. Tapi aku tak faham, asal eh angah sanggup mainkan kau macam ni? Aku fahamlah yang dia dengan kau tak sehaluan, tapi sekurang-kurangnya kalau dia nak kahwin dengan Ixora sekalipun, dia sepatutnya bagitahu kau dulu.”

            “Mungkin kalau masa tu aku tahu, aku lebih sakit, kan?” Aku cuba memandang sesuatu dari sudut yang positif.

            “Kau ni, cubalah marah sikit. Angin sikit. Takkanlah tu pun aku nak kena ajar?” ujar Huda.

            “Aku dah pernah buat macam tu, Huda. Dan hasilnya tak adalah bagus mana pun,” kataku, merujuk kepada apa yang telah berlaku kepada Huzair.

            Huda diam selepas itu. Tidak mahu mengulas apa-apa lagi.

           
            BELAS aku mendengar tangisannya itu.

            Mummy!” Huzair meraung kuat. Tertunduk-tunduk dia menangis.

            Aku memandang Hazzar yang berdiri kaku. Barangkali dia tidak tahu apa yang patut dia lakukan terhadap anak kecil itu.

            Aku terus bangkit daripada dudukku dan melabuhkan duduk di sisi katil yang menempatkan Huzair. Tubuhnya terus sahaja aku bawa ke dalam dakapan lantas ubun-ubunnya aku kucup dengan penuh kelembutan.

            “Huzair...” bisikku perlahan.

            Sayang, it’s okay. It’s okay. Aunty akan jaga Huzair...”

            “Mummy dah tak ada, aunty... Mummy pergi macam ayah Huzair juga...” Huzair mengesak lagi.

            Aku mengetap bibir, tidak pasti apa yang harus aku katakan. Sesungguhnya pada usia sekecil ini, Huzair sudah faham apa ertinya meninggal dunia itu. Apa yang dia rasa kini tidak ada bezanya saat aku mulai faham bahawasanya arwah ibu bapaku meninggal dunia serentak, meninggalkan aku terkontang-kanting dalam keadaan aku tidak tahu bagaimana rupanya masa hadapan aku. Tapi aku beruntung punya bapa saudara yang begitu mengambil berat soal kebajikan aku sebagai anak yatim. Dia menguruskan harta peninggalan arwah ibu bapaku kepada aku dengan baik.

            Tetapi, Huzair... Anak ini, bagaimana nasibnya?

            Pelukan pada tubuhnya aku kemaskan lagi. Aku kucup ubun-ubunnya beberapa kali diselangi dengan usapan lembut pada kepalanya.

            “Huzair ada papa, ada aunty... Kami akan jaga Huzair. Yang penting sekarang ni, Huzair kena cepat sembuh. Bila Huzair dah baik nanti, Huzair boleh pergi kubur arwah mummy,” ujarku.

            Esak tangis Huzair semakin perlahan. Dia memusingkan tubuhnya menghadap aku.

            Tidak semena-mena, tubuhku dipeluk oleh Huzair.

            “Huzair nak tinggal dengan aunty boleh tak?”

            Terkejut aku mendengar permintaan Huzair itu. Tidak tahu apa jawapan terbaik yang patut aku berikan kini.

            Sepasang matanya yang kuyu merenung tepat ke dalam mataku kini, menyampaikan kepadaku gelora apa yang sedang membadai jiwanya.

            Aku mengukir senyum, “Hanya kalau Huzair betul-betul nak.”

            “Nak...” Huzair mengangguk-angguk.

            “Boleh, Huzair boleh tinggal dengan aunty,” ujarku memberikan persetujuan.

            Jadi jika aku dan Hazzar berpisah, akukah orangnya yang akan menjaga Huzair?


            JARI-JEMARIKU bergerak menyentuh anak rambut Huzair. Meskipun aku masih belum merasai bagaimana sukarnya melahirkan, menyusukan, mengasuh serta mendidik, tetapi kasih aku sudah tumpah buat anak ini.

            Barangkali percaturan hidupnya yang persis dengan percaturan hidup aku membuatkan kami sangat serasi bersama. Cuma ada sesuatu yang membezakan kami. Ibu arwah ayah Huzair tidak mahu menjaga Huzair. Menurutnya, arwah ayah Huzair dan Ixora berkahwin tanpa restu daripadanya jadi masakan mungkin dia mahu menerima Huzair di dalam hidupnya?

            Ah! Kejam sungguh wanita itu. Meskipun sudah satu minggu berlalu sejak kami pertama kali bertemu, aku masih tidak dapat membuang wajahnya daripada ingatanku. Pedih hatiku saat terbayangkan wajah wanita itu. Tidak adakah walau sejuring pun rasa simpati dia buat Huzair?

            Ketukan pada pintu bilik memaksa fikiranku kembali fokus kepada apa yang sedang berlaku di alam nyata.

            Baru sahaja aku ingin bangkit daripada pembaringanku, Huzair mengemaskan lagi pelukannya pada tubuhku. Serba salah jadinya aku ingin bergerak.

            “Masuklah. Tak kunci pun.” Aku menarik selimut menutup kepala. Meskipun keadaan sekeliling adalah gelap, tetapi aku tetap ingin berhati-hati.

            “Zaira...”

            “Hmmm...”

            We need to talk.

            About?

            Aku dapat mendengar keluhan yang datang daripada Hazzar sebelum dia menghulur soalan, “Hari ni dah genap enam tahun, kan?”

            Aku sudah dapat mengagak apa yang ingin dibicarakan oleh Hazzar.

            You’re still with your decision that our problems can only be solved by divorce?” tanya Hazzar.

            Aku diam, tidak tahu apa yang patut aku jawab. Kalau seminggu yang lalu, sebelum Huzair mengalami kemalangan, memang itu ialah tekad aku. Tetapi kini, rasa yang ada di dalam hati aku seminggu yang lalu sudah tidak ada lagi.

            Aku tidak sampai hati untuk meninggalkan Hazzar sendiri dalam menjaga Huzair. Apatah lagi aku pernah berjanji dengan Huzair bahawasanya dia boleh tinggal bersama-sama dengan aku. Sekiranya aku dan Hazzar bercerai, mustahil aku akan membawa Huzair bersama-sama aku dan meninggalkan Hazzar sendiri. Sudahlah lelaki itu belum habis sedihnya lantaran kehilangan Ixora. Takkanlah aku mahu menambahkan lagi sedih dia sekiranya dia kehilangan Huzair nanti?

            Just for the time being, let’s not talk about this. Kasihan dekat Huzair,” kataku.

            “Sampai bila kita nak macam ni?” soal Hazzar.

            “Macam ni, macam mana?” tanya aku pula.

            We’re not talking, Zaira. This is not how husband and wife should be.

            “Bukan semalam saya baru bercakap dengan sir ke?” Aku meloyar buruk. Memang semalam aku bercakap dengan dia sebab aku hendak meminta izin daripada dia untuk ke pasar raya bagi membeli barang-barang dapur.

            Come on, Zaira. You know what I mean.

            “Tidurlah, sir. Tak guna bercakap dengan orang yang masih marah, kan?” kataku.

            Hazzar mengeluh buat kesekian kalinya, “I can’t sleep.

            Aku tahu Hazzar tidak menipu dengan apa yang dikatakannya. Bukannya aku tidak tahu, sejak Huzair mengalami kemalangan dan sejak arwah Ixora meninggal dunia, Hazzar memang sukar untuk tidur malam. Entah kenapa tiba-tiba lelaki itu diserang insomnia.

            Selama satu minggu ini, aku selalu terjaga jam 3 pagi dan aku mendapati Hazzar tertidur di atas sofa dengan televisyen yang masih terbuka dan menayangkan rancangan sukan. Hanya itu sahaja terapi yang membolehkan dia tidur barangkali.

            “Jadi, sir nak suruh saya buat apa? Dodoikan sir macam saya dodoikan Huzair?” soalku. Aku menyelak sedikit selimut pada bahagian hidung untuk bernafas dengan lebih selesa.

            “Boleh juga.”

            “Hmmm...” Aku tak terkejut mendengar permintaan Hazzar itu. Orang lelaki kalau dah sakit, kalau dah sedang bersedih, memang manja.

            “Nak zikir apa?” Aku menyoal.

            “Hah?” Hazzar seperti terkejut.

            “Yalah, saya tidurkan Huzair guna zikirlah. Ingat saya nyanyi lagu lullabye ke apa? Jadi, sir nak zikir apa?” ujarku.

            I thought you were joking.

            “Nak ke tak nak? Kalau nak, baring sebelah Huzair tu.”

            Wait, what?

            “Sekarang ni bukan masanya untuk tanya banyak benda, sir. It’s either yes or no.

            “Okey.”

            Aku dapat mendengar bunyi pintu yang ditutup. Tidak lama selepas itu, tilam di sebelah kanan aku terasa memberat. Huzair juga bergerak semakin rapat dengan aku seakan-akan tahu bahawa ada yang menyelit di sebelahnya.

            Selimut aku turunkan semula kerana yakin bahawasanya bilik ini sudah gelap sepenuhnya. Aku sedang mengiring menghadap Huzair dan Hazzar kini. Seorang anak yang tiba-tiba hadir dalam hidup aku sebagai anak angkat dan seorang lagi lelaki yang pada asalnya sepupu aku dan kini sudah genap enam tahun dia bergelar suamiku.

            Selama dua minit, masing-masing senyap.

            Aku tak pasti sama ada Hazzar masih berjaga atau sudah lena.

            Are you asleep yet?” soalku.

            Waiting...

            Aku terdiam mendengar balasannya. Patut tak aku ‘dodoikan’ saja dia dengan zikir lailahaillallah? Zikir yang selalu digunakan untuk mendodoikan budak-budak?

            I’m sure that it won’t take long before you fall asleep.” Sempat aku menutur.

            Aku dapat mendengar tawa kecil Hazzar. Dah lama aku tak dengar dia ketawa.

            “La ila ha illallah. La ila ha illallah. La ila ha illallah muhamma durrasulullah...” Zikir itu aku alunkan dengan nada yang lembut, dengan harapan agar Hazzar bisa lena dengan mudah pada malam ini.

            Sepuluh minit mengulang tutur bait-bait zikir yang sama, sampai tekak aku terasa kering, dan mata aku hampir terpejam, akhirnya aku dapat mendengar dengkuran halus yang datang daripada Hazzar. Apabila dia dah berdengkur, tandanya dia sudah lama terlelap dan kini tidurnya semakin lena. Macam mana aku tahu? Sudah tentulah sebab aku selalu perhati Hazzar tidur.

            Aku menghela nafas dalam seraya aku terus menghanyutkan diri aku yang sememangnya sudah separa hanyut dalam lena.

 
Nota kaki: Alhamdulillah, :). Habis part 4. Apakah solusi untuk hubungan yang carca marba ini? Macam mana dengan perasaan Fayyadh? Marilah kita berfikir2 sementara menunggu part 5. Part 5 hari Jumaat, ya. InsyaAllah. Terima kasih sudi baca, ^_^.

3 comments:

  1. oh mcm tue...tp still nk tau gak penjelasan hazzar...

    ReplyDelete
  2. Knp ye hazzar kawin ngan ixora...

    ReplyDelete
  3. kena eri penjelasan kenapa ixora meninggal dan kenapa hazzar kahwin dgn ixora sedangkan ixora dah kawin dgn bapa huzair. keliru ni. tak sabar nak baca next n3.

    ReplyDelete