Total Pageviews

FIRST BABY

Monday 8 May 2017

Cerpen- Jujurlah Mencintai Aku (Part 2)

Assalamualaikum, semua, :).

Nota kepala: Sebenarnya saya pun tak tahu sama ada wajar atau pun tidak saya gelar kisah JMA ni sebagai cerpen. Sbb panjang. Hahahaha >.<. Jadi harap maaflah nanti kalau sampai part 8 ke kan. Tapi jangan risau, untuk JMA, korang tak perlu tunggu seminggu untuk entry next part (sepertimana entry2 novel dan cerpen sebelum ni). Sebab apa? Nanti saya dah nak sambung belajar takut tak ada masa nak buka blog. Jadi saya habiskan siap2 JMA untuk korang sebelum pergi sambung belajar, :). Selamat membaca part 2, :).




            Aku berlagak kuat tadi.

            Kini naluri keperempuanan aku menunjukkan belang sebenarnya.

            Aku hancur.

            Terlalu hancur.

            Di dalam.


            PAGI.

            Sebaik sahaja aku sedar, aku masih lagi berada di posisi semalam. Tertiarap di atas lantai seperti manusia yang tiada harapan dan daya untuk hidup.

            Aku menegakkan tubuhku. Kepala terasa pening yang amat. Leher, pergelangan tangan, dan kedua-dua belah kaki terasa amat sengal.

            Aku pandang setiap bahagian kaki katil. Tiada lagi tubuh mana-mana penjenayah. Bilik aku seperti baru lepas dilanda ribut taufan. Dengan buku sekolah aku yang dah terkoyak halamannya mungkin akibat disepak seseorang, dengan kaca yang pecah di merata-rata. Dengan tompokan darah bersepah-sepah.

            Mata aku automatik berhenti pada katil.

            Segala apa yang berlaku pada malam semalam terimbas semula dalam ruang kepala.

            Air mata yang ingin keluar cepat-cepat aku tahan.

            Segera aku bangkit daripada dudukku dan mengambil tualaku pada rak penyidai seraya aku melangkah ke dalam bilik air.

            Aku menatap pantulan wajahku pada cermin bilik air. Rambutku berserabai seperti orang tidak terurus. Kesan-kesan air mata yang mengering jelas pada kulit wajahku. Pipi kananku yang dilempang bengkak sedikit.

            Rahangku berbekas dengan kesan lebam akibat dicengkam terlalu kuat. Dan leher aku...

            Aku tak sanggup nak sebut lagi.

            Sudahlah.

            Semua ini terlalu perit untuk aku.

            Aku terus membersihkan diri serta mengambil wuduk untuk menenangkan hati yang gundah-gulana.

            Selepas berpakaian, aku sarungkan telekung dan qada’ solat subuh yang tertinggal. Kemudian aku habiskan masa satu jam hanya dengan mengaji sehingga suaraku bertukar serak. Beberapa kali air mata aku mengalir, tetapi aku kuatkan semula jiwa aku.

            “Sadaqallahulazim...” Aku membawa naskhah al-Quran ke bibir dan kukucup sekali sebelum naskhah al-Quran itu aku letakkan di dalam rak.

            Sebaik sahaja aku kembali untuk mengambil sejadah, mata terpandangkan Hazzar di muka pintu bilik.

            “Zaira.” Sepatah Hazzar menutur.

            Aku diam. Langkah terus aku sambung ke rak penyidai dan sejadah terus aku sidai di situ. Kain telekung aku buka dan letakkan pada tempat asalnya.

            “Zaira.” Sekali lagi Hazzar menutur.

            Aku diam lagi sambil melangkah ke arah timbunan pakaian aku di atas lantai. Segera aku capai sehelai tudung lalu aku sarungkan tudung itu di sebalik telekung yang aku pakai. Usai, aku tanggalkan telekung dan telekung itu aku sidai pada rak penyidai tadi.

            “Zaira.” Hazzar masih sabar menutur.

            Yes, sir? Anything?” Aku pandang Hazzar sekilas sebelum aku sibukkan diri aku mengemas barang-barang di atas meja solek yang dah terjatuh ke lantai.

            I have a doctor with me to check on you,” kata Hazzar.

            Panas hati aku mendengar kenyataan Hazzar, “I don’t need a doctor!” ujarku.

            But you need to go through a check up to make sure that...

            That what?!” Aku pantas memotong. Tajam mataku merenung wajahnya.

            That he didn’t rape you.

            Rubbish!” Aku baling botol bedak mengenai dadanya.

            “Saya tahu apa yang dia dah buat pada saya, sir. Sir tak perlu sibuk. Whether I am still a virgin or not, it is none of your business.

            It is my business.

            Since when? Since you become my husband?” soalku.

            Yes.

            I don’t think that you need me to be a virgin, right? It doesn’t matter for you because in this marriage, that thing is not going to happen.

            What thing?” tanya Hazzar.

            Aku jeling tajam wajah Hazzar.

            You know better since you’re 28 this year,” balasku.

            Says who that ‘that thing’ is not going to happen?” tanya Hazzar.

            Says me and you, through your body language,” jawabku.

            “Okey. Macam nilah. Aku cuma kesian dekat sesiapa yang nak dekat kau lepas ni. Jadi sebab itu, kau kena check.

            I’m not a kid, sir. I know how to define rape. I know what virginity is.

            Then, just let the doctor check your external injury.

            No. I’m okay.

            Bruises are everywhere on your face. No, you’re not okay.” Hazzar terus melangkah mendekati aku seraya dia meraih tangan kananku.

            Entah kenapa, perasaan takut menyerbu jiwa aku serta merta sebaik sahaja Hazzar berbuat begitu.

            Don’t touch me!” Aku menengking.

            Terlepas terus genggaman Hazzar pada tanganku. Barangkali dia terkejut dengan nada suaraku yang meninggi.

            Hazzar pandang aku.

            Aku pandang Hazzar.

            “Saya ikut tapi jangan sentuh saya langsung.” Aku memberi amaran seraya langkah terus aku buka.

            Hazzar menyaingi langkahku dan membawa aku ke biliknya. Seorang doktor perempuan sudah setia menunggu di situ.

            Hey, Naina. Thank you sudi datang hari Sabtu macam ni.”

            “Tanggungjawab, Hazzar,” jawab perempuan yang dipanggil Naina itu.

            “Ni, adik sepupu I, Zaira. And please, external only.

            I’m so sorry for what has happened,” tutur Naina kepada aku.

            Aku sekadar tersenyum pahit.   

            Come, let me check on you.” Naina terus menarik tangan aku dan menyuruh aku duduk di atas katil. Manakala Naina pula duduk di atas kerusi beroda berhadapan dengan aku.

            “Nampak teruk ni lebam dekat rahang you. Can you take of your tudung?” soal Naina. Mata aku terus bergerak pandang Hazzar yang sudah duduk di atas kerusi meja solek. Manalah aku pernah buka tudung aku di depan Hazzar. Masa kecil belum baligh tu tak payah kiralah. Tapi lepas baligh Hazzar tak pernah langsung tengok aurat aku. Malam semalam pun mujurlah sebab gelap jadi Hazzar tak nampak apa-apa.

            “Hazzar tak boleh ada ke?” Naina menyoal seraya dia memandang Hazzar. Aku rasa Naina ni bukan Muslim sebab dia tidak bertudung pun.

            If I am just her cousin, then I can’t. But if I am her husband too, so I can,” ujar Hazzar.    

            “OMG! You suami Zaira ke, Hazzar?” tanya Naina dengan riak wajah terkejut yang amat sangat.

            Yes, but please keep it as a secret.

            Tang nak tengok aurat aku, mulalah mengaku suami. Kalau tak, nak mengelak saja kerjanya! Dasar lelaki!

            “Saya boleh buka, tapi dengan syarat, apa yang doktor nampak ialah rahsia antara saya dengan doktor semata-mata. Jangan cerita kepada sesiapa pun tentang apa yang doktor nampak di sebalik hijab ini, boleh?” ujarku memandangkan aku tahu bahawa Naina bukan seorang Muslim.

            Yes, I know the rules, Zaira,” ujar Naina dengan senyuman.

            Teragak-agak aku pegang bahagian hujung tudung aku. Sempat aku lafazkan basmallah di dalam hati sebelum aku buka tudung aku.

            Tudung sarung itu aku letakkan di atas katil.

            Tangan Naina sudah menyentuh rahangku. Aku mengaduh sedikit akibat sentuhannya yang agak kasar.

            Sorry,” ucap Naina.

            Kepalaku didongakkan. Teliti betul matanya bergerak memerhatikan kawasan leherku sampai ke anak telinga.

            Are you sure that he didn’t rape you, Zaira?” tanya Naina selepas dia meleraikan pegangannya pada rahangku.

            Mata aku bergerak memandang Hazzar. Lama dia perhati leher aku. Tak puas hati apa lelaki tu?

            He didn’t,” kataku.

            Wow, he does spend most of his time with those love bites.

            Hei, rasa macam nak tepuk-tepuk aje mulut doktor seorang ni. Love bite kepala lutut hang! Ni rape bite nama dia, tahu? Tak ada istilah cintalah kalau dah terpaksa menyerah.

            Rape bite lebih sesuai, kot?” balasku. Naina ketawa. Dia sedang memerhatikan pergelangan tanganku.

            “Benda ni takkan jadi pun kalau dia sentiasa ada dengan saya,” tokokku lagi. Aku pandang Hazzar. Kenapa hujung telinga Hazzar tu merah semacam? Marah ke dengan kenyataan aku?

            So, you ada rasa sakit dekat mana-mana lagi tak?” tanya Naina.

            “Tadi dah check masa mandi. Paha dengan perut saya lebam sikit.”

            Seriously?

            Yes, because kena tindih semalam plus saya meronta-ronta macam orang hilang akal,” kataku.

            “Sakit sangat ke perut you? Boleh tak kalau you lie down sekejap sebab part perut ni tak boleh main-main. Takut ada internal injuries ke kita tak tahu. Setakat paha tu tak apalah.”
            Aku terpaksa akur dengan arahan Naina. Segera aku merebahkan tubuh aku. Naina menyelak baju aku setelah meminta kebenaran. Ditekan-tekan kawasan sekitar perut aku sambil dia menyoal, “Sakit tak?”

            Agaknya kalau sakit tu ada kecederaan dalaman lah kot?


            “Hmmm, setakat check luaran macam ni, tak ada apa-apalah. Maybe bruises biasa saja. But I suggest kalau you nak lebih kepastian, pergi hospital,” kata Naina sambil menarik semula baju aku.

            Aku segera bangun daripada dudukku.

            You tak ada serious injuries pun. I akan bagi cream untuk tangan yang melecet tu and ubat tahan sakit if your bruises berdenyut-denyut sangat ke apa ke.”

            “Okey,” ujarku.

            “Banyakkan berehat, okey?” pesan Naina.

            Aku mengangguk akur.

            Selesai segala urusan rawatan, Hazzar menghantar Naina ke luar rumah sementara aku kembali ke bilik aku untuk membersihkan apa-apa yang patut. Semua baju aku lipat semula dan masukkan ke dalam almari.

            Cadar yang mengalas tilam aku cabut dan aku buang ke dalam tong sampah. Tak boleh dah rasanya untuk aku tengok cadar tu. Setiap kali aku tengok, pasti aku akan teringat.

            Susun atur perabot juga aku ingin ubah supaya aku tidak ingat lagi semua perkara yang dah berlaku.

            Baru sahaja berniat untuk mengutip semua serpihan kaca, pintu bilik dikuak dari luar.

            “Zaira.”          

            Aku menoleh memandang Hazzar.

            “Makan,” tutur Hazzar.

            “Tak nak.”

            “Tak adillah if you torture yourself macam ni. Apa-apa jadi pun dalam dunia ni, jangan zalimi diri sendirilah. Tuhan dah pinjamkan anggota badan tu elok-elok, jagalah elok-elok. Cuba bersyukur sikit dengan apa yang Tuhan dah bagi?”

            Senyap terus aku dibuatnya.

            Terus aku letak semula kaca yang aku dah pegang. Langkah aku atur untuk keluar dari bilik. Sempat aku langgar tubuh Hazzar. Bengang semalam sebab dia datang lambat tak habis lagi.

            Nak habiskan satu pinggan mi goreng pun aku ambil masa satu jam. Nampak tak macam mana setiap suapan aku tu disulami dengan air mata sebab teringat-ingat apa yang dah jadi semalam. Tak senonoh betul perangai.

            Sedap juga masakan Hazzar ni sebenarnya. Tapi sebab aku tak ada selera, maka tak adalah aku nak menambah-nambah.

            Macam mana aku tahu dia masak? Tengoklah dapur yang bersepah-sepah tu. Kerja dialah tu. Dah masak, tapi tak reti kemas. Maka sudahnya, aku juga yang basuh semua benda di dalam sinki tu.

            Selesai tugas cuci-mencuci, aku terus naik ke atas semula. Sebaik sahaja masuk ke dalam bilik, aku nampak Hazzar yang tengah sibuk menolak almari pakaian aku. Ehhh, bilik aku dah berubah wajahlah!

            Sir buat apa ni?” Aku menyoal.

            Hazzar pandang aku sekilas, “I’m trying to make sure that you are not going to live with the past anymore. Do you like it?

            Well, I just thought of doing it. Tak sangka sir dah buat dulu. Sebiji pula tu dengan apa yang saya bayangkan.”

            You’re welcome,” balas Hazzar.

            “Tak cakap thank you pun?” ujarku.

            “Sebab tahu kau takkan cakap.”

            Sir, I’m sorry,” ucapku.

            Hazzar pandang aku, “For what?

            For blaming you. I put the fault on you for what has happened to me.

            “Kenapa tak call aku dulu?”

            Because you might not answer a call from someone that you don’t like.

            Have I ever said that I don’t like you?

            Your antics said so.

            Don’t judge my feelings based on my antics. That’s not fair.

            “Tapi orang kata, kalau dalam baik, luar pun mestilah baik.”

            “Habis tu kalau dalam jahat, luar pun kena jahatlah? Tak tahu ke orang sekarang bermuka-muka?” balas Hazzar.

            Sorry.

            Okay.

            “Lepas ni balik asrama?” tanyaku.

            Why?

            “Nak ikut?” pintaku.

            “Malam boleh. Kalau pergi siang, nanti orang nampak, kau juga yang susah. Aku tak apa.”

            “Okey.”

            “Huda risau betul dengan kau.”

            “Haaa lah. Abang saya tu, sir.

            “Jangan nak abang-abang sangat. Abang sepupu je.”

            “Abanglah jugak.”

            “Aku ni tak pernah pulak kau panggil abang?”

            “Gaduh 24/7, celah mananya nak panggil abang?”

            “Tak pernah panggil. Cuba kalau panggil?”

            “Macamlah kalau panggil sir abang boleh jadi lain pula cerita hidup kita?”

            “Mana tahu?”

            “Tak mungkin.”

            “Sebab apa?”

            Sir kan memang tak suka saya. Denda saya pun sampai suruh duduk luar kelas. Nasib baik ada Fayyadh teman.”

            “Fayyadh tahu ke ni?”

            “Apa?”

            “Apa yang jadi dekat kau nilah.”

            “Tahu. Tadi dia call lepas Naina balik. Saya cerita. Dia kata nak datang, tapi saya kata tak payah. Takut kalau sir dah balik nanti tinggal saya dengan dia berdua saja.”

            Okay.” Hazzar sibuk mengemas katil.

            Aku mendekati meja belajar aku. Buku karangan Bahasa Melayu semalam aku selak. Koyak dua helai. Penat-penat aku tulis 600 patah perkataan, hilang macam tu saja.

            “Siapa?” soalku.

            “Siapa apa?” Hazzar menyoal semula.

            Aku menoleh memandang Hazzar, “Yang buat semua ni. Siapa?” tanyaku.

            Hazzar diam. Pandangannya dialih ke katil semula.

            “Siapa, sir?” Aku menyoal lagi, lebih kepada mendesak Hazzar untuk memberi jawapan. Meskipun semalam, wajah itu jelas. Tapi entah kenapa hari ini wajah itu tiada dalam memori aku. Aku cuma ingat bicaranya sahaja. Bicara yang tak mungkin aku akan lupa.

            “Kau tak perlu tahu.”

            “Saya perlu tahu. Saya yakin dia kenal saya. Saya yakin sangat,” tuturku.

            “Dia cakap apa pada kau?”

            Senyap. Aku tak mampu nak ulang semula apa yang telah manusia tak guna itu katakan kepada aku. Jijik rasanya kalau diingat semula.

            “Zaira, apa yang dia kata pada kau?” Hazzar menyoal dengan sepasang mata yang tepat merenung ke dalam mata aku.

            Nothing.” Aku terus bawa buku-buku kerja aku dan alat tulis untuk keluar dari bilik.

            Langkah aku tergendala apabila Hazzar mencapai lengan aku, “Zaira. Tell me.

            Aku merentap lenganku daripada pegangan Hazzar lantas aku menoleh dan merenung tajam wajahnya.

            Stupid! Nothing!” Aku menengking lantas terus sahaja langkah aku atur laju ke tingkat atas rumah. Aku nak bersendirian. Aku tak mahu diganggu.


            “ZAIRA.”

            Aku senyap.

            “Aku nak balik hostel. Kau?”

            Just go. Leave. Leave me alone.” Memang siang tadi aku kata yang aku nak ikut dia. Tapi dek emosi aku yang masih bercelaru, maka itu yang keluar dari mulut aku.

            “Aku memang kena balik, Zaira. Hostel tu...”

            Leave, Hazzar Rafaat! Go! Just go away!” Suara aku meninggi dengan renungan mata yang menyampaikan mesej, “Kalau sir bercakap lagi, memang sengaja menempah mautlah namanya tu.”           

            Hazzar senyap.

            Dia berpaling.

            Aku harap dia tidak buka langkahnya itu. Aku harap dia pandang aku semula dan katakan yang dia takkan tinggalkan aku. Buktikan yang dia suami aku. Jaga aku.

            Tapi tak.

            Hazzar dah melangkah.

            Tak menoleh langsung pandang aku. Hati aku retak.

            Aku tarik kedua-dua belah kaki rapat ke tubuh lantas kedua-dua belah kaki aku peluk. Wajah kusembamkan. Air mata terus mengalir keluar. Laju.

            Luka itu di dalam dan sememangnya dalam. Dia memang tidak pernah sayangkan aku, walau cuma sebagai seorang sepupu sekalipun.



           BERBULAN-BULAN aku tidak ke sekolah. Menurut apa yang Fayyadh cerita kepada aku, satu sekolah dah tahu tentang apa yang terjadi kepada aku. Baguslah kalau macam tu. Sekurang-kurangnya mereka boleh memandang aku dengan pandangan skeptikal.

            Apa-apa borang yang perlukan tandatangan aku, aku gunakan Fayyadh sebagai perantara. Mujur Fayyadh rajin membantu. Fayyadh pun selalu datang ke rumah aku untuk mengajar aku apa-apa yang aku tidak faham dan mengulang kaji bersama-sama aku.

            Hazzar pun dah lama aku tak nampak. Sejak dia balik ke asrama dulu, dia tak pernah lagi pulang ke rumah. Baguslah. Tak adalah hati aku sakit bila aku ingat balik macam mana dia sanggup tinggalkan isteri dia yang tengah tak waras tu macam tu saja. Kalau dia tak anggap aku ni isteri dia sekalipun, sepatutnya dia sebagai satu-satunya ahli keluarga terdekat yang aku ada, dia sepatutnya bersama-sama dengan aku. Bantu aku. Pujuk jiwa aku.

            Tapi tak.

            Dia tak buat semua itu.

            Mujur ada Fayyadh. Fayyadh tetap seorang penyelamat bagi aku.

            Hanya pada waktu peperiksaan SPM bermula, barulah aku mula ke sekolah.

            Sewaktu semua calon berkumpul untuk bacaan doa, mulalah ada suara-suara sumbang sebut-sebut nama aku. Aku buat tak tahu sahaja. Lantaklah nak cakap apa pun, yang penting mereka tak lupa yang sekejap lagi mereka nak masuk ke dalam dewan.

            Sewaktu doa sedang dibaca oleh Fayyadh, Hazzar datang dengan motosikalnya.

            Kami berbalas pandang.

            Tapi tak lama.

            Aku terus tunduk pandang telapak tangan yang sedang ditadah.

            Usai doa dibaca, kami bersalaman. Pelajar perempuan dengan guru perempuan, pelajar lelaki dengan guru lelaki.

            Aku jadi orang yang terakhir meninggalkan medan himpunan itu. Hazzar yang sudah berada di sisi motosikalnya aku dekati. Sempat aku pandang sekeliling sebelum aku berhenti betul-betul di hadapan Hazzar.

            Hazzar kelihatan terkejut apabila melihat aku di hadapannya.

            Aku menghela nafas, “Saya dah tak ada ibu bapa. Mustahil untuk saya dapat reda daripada ibu bapa. Tapi saya ada suami. Dan reda suami tu penting. Saya mohon maaf atas salah silap saya, sir. Doakan saya.”

            Hazzar ambil masa seminit dua sebelum dia mengangguk.

            Selepas terima anggukan daripada Hazzar, aku terus buka langkah untuk ke dewan.

            “Zaira.”

            Aku pegun.

            “Buat yang terbaik.”

            Senyap. Aku tak balas apa-apa. 

            Dan beberapa ketika berlalu selepas itu, barulah aku buka langkah ke dewan. Aku harap, dengan ilmu yang aku kutip secara kendiri dengan bantuan Fayyadh, dapatlah digunakan untuk menjawab semua soalan dengan baik. Aku akan berusaha, di samping menyerahkan segala sesuatu keputusannya kepada Allah SWT.


            AKU perhati jumlah duit yang baru masuk untuk bulan ini. Aku terpaksa akui, Hazzar tak pernah lewat bab bagi nafkah. Ada saja yang masuk setiap bulan.

            Yalah, dia mungkin terpaksa buat semua itu.

            Kata nak perkahwinan bertahan selama 6 tahun, kan?

            Sementara menunggu keputusan SPM, aku bekerja di tempat yang sama dengan Fayyadh. Kalau ikutkan aku nak ajak Maysa sekali. Tapi masalahnya dia tinggal di Pahang. Maka berdua sahajalah aku dengan Fayyadh bekerja di kedai pakaian tu.

            “Weh.”

            “Hmmm...”

            “Dublin?”

            “Haah.”

            Sure dengan aku?”

            Yes.

            That’s why I love you.

            I know.” Aku balas dengan senyuman.

            Dan tiba-tiba senyum aku terus mati apabila aku terpandangkan sesuatu.

            “Iva.”

            “Ya?”

            Sir kan tu?”

            Tak sangka, Fayyadh pun sedang memandang ke arah yang sama.

            “Seksi bak hang awek dia,” ulas Fayyadh.

            “Lelaki sukalah kan macam tu? Boleh cuci mata selalu. Boleh pegang sana, pegang sini, kan?” tuturku. Mata masih perhati Hazzar yang seronok bergelak tawa dengan teman wanitanya. Kalau tak silap aku, tu Ixora. Bunga jarum. Memang aku rasa macam kena cucuk dengan jarum pun sekarang ni. Entah kenapa rasa sakit bila nampak suami yang aku tak sayang tu bergembira dengan perempuan lain.

            “Amboi, main kasar nampak?”

            “Aku cakap benda betul.” Ixora sedang ketawa sambil pukul lengan Hazzar. Manja benar gayanya.

            “Aku bukan macam tu, okey? Pernah ke aku ambil kesempatan dekat kau?”

            Aku diam.

            “Tak pernah, kan?”

            Diam lagi.

            “Perempuan seksi ni buat member aje bolehlah. Kalau nak buat bini, kau fikir ada ke lelaki yang nak bini dia dah kena sentuh dengan lelaki lain?”

            Tersentap hati aku dibuatnya mendengar bicara Fayyadh itu. Terus sahaja aku bangkit daripada dudukku. Jam sudah menunjukkan pukul lima. Habis masa kerja kami.

            Aku capai beg dan punch card. Kemudian aku terus melangkah pergi tanpa menunggu Fayyadh seperti selalu.

            “Iva!” Fayyadh melaung nama aku kuat.

            “Adiva Zaira! Tunggulah!”

            “Hish!” Aku terus berhenti dan berpaling.

            Terkejar-kejar Fayyadh mendapatkan aku.

            “Kau nak apa?!” Aku menyoal kasar.

            “Ya Allah, sorry-lah, Iva. Aku terlepas cakap. Aku lupa. Aku tak maksudkan kau pun. Kau lain. Aku sayang kau.”

            “Sentap aku, kau tau tak? Yalah, aku tahulah aku ni tak layak nak dibuat isteri, kan? Dah pernah kena sentuh.” Aku mencebik.

            “Sumpah, Iva. Aku tak maksudkan kau. Kau punya kes lain. Aku yang salah. Mulut aku ni tak guna. Aku minta maaf.”

            Aku diam dan palingkan semula tubuh.

            “Iva, kau ialah orang yang aku paling nak dalam hidup ni, tau tak?”

            Terkejut aku dibuatnya setelah mendengar bicara Fayyadh itu. Terus sahaja aku pandang dia semula dan aku tarik tangan dia. Sempat aku jeling Hazzar yang tidak jauh dari kami. Dia sedang memandang kami kini. Serba salah aku jadinya. Aku harap Hazzar tidak mendengar apa yang Fayyadh katakan itu. Entah kenapa aku tak mahu Hazzar mendengar tutur Fayyadh itu.

            Pantas aku tarik Fayyadh agar kami cepat-cepat pergi dari situ. Mujur juga baju T kerja kami lengan panjang.

            “Kau ni, apa cakap macam tu tadi?” soalku sebaik sahaja kami sampai ke kereta milik Fayyadh. Ihsan mak ayah dia. Tangan Fayyadh sudah aku lepaskan.

            “Aku cakap benda betul. Aku nak jadikan kau isteri aku. Tapi bukan sekaranglah, since aku tak mampu nak tanggung hidup kita lagi.”

            Fayyadh, just forget about it okay? Mungkin enam tahun akan datang barulah aku izinkan kau fikirkan semula tentang itu.”

            “Ya, ya, aku tahu aku tak ada duit.”

            It’s not about money. Cuma keadaan sekarang tak sesuai,” ujarku. Aku ni isteri orang.

            “Okey, sayang. Aku tak fikir.”

            “Syhhh! Don’t you ever call me that again.

            “Ya, sayang.” Fayyadh ukir senyum mengusik.

            Again!” Aku beri amaran.

            Fayyadh buat tak layan dan dia terus masuk ke dalam kereta.

            “Fayyadh! Ingat eh?” Aku pesan lagi.

            “Ya, sayang.” Fayyadh balas dengan gerak mulut.

            Aku tayang muka menyampah sebelum terpaksa juga aku masuk ke dalam kereta. Kalau bukan dengan Fayyadh, dengan siapa lagi aku nak balik?

            “Macam best pula panggil kau sayang.”

            Aku jeling tajam wajah Fayyadh.

            “Okeylah. Taklah. Aku gurau. Okey, gurau? Aku simpan sayang aku ni bila kau dah jadi isteri aku nanti.”

            “Banyaklah kau punya isteri.”

            Fayyadh ketawa sambil dia mula mengundurkan kereta ke belakang. Selepas itu, kereta terus dipandu.

            Kereta yang kami naiki berpapasan dengan Hazzar dan Ixora yang sedang berjalan. Ixora memaut lenggan Hazzar mesra.

            Okey, aku faham.

            Tu bini kedua dia. Sebab tu Hazzar bagi Ixora pegang macam tu saja.

            Besides, arwah pak long tak pernah kata apa-apa tentang Hazzar tak boleh kahwin dua, tiga atau empat, kan?


Nota kaki: So, dah habis part 2. Perangai siapa lebih annoying, Adiva Zaira atau Hazzar Rafaat? Jadi agak2 korang, apa jadi dekat si Fayyadh yang ada hati dekat Iva? Dan apa status hubungan Hazzar dengan si bunga jarum tu? Haha. Tunggu next entry, :). InsyaAllah, jumaat ni. Kalau saya rajin nak buka blog, saya bagi awal sikit, ya? Kesian korang selalu kena tunggu, ^_^'  

1 comment:

  1. x puas hati ngan hazzar..apasal dia mcm tu...x bertanggungjawab..

    ReplyDelete