Total Pageviews

Saturday, 25 May 2013

Pesta Buku Selangor- 25 May 2013

Assalamualaikum!

Okey, readers! Story hari ni tentang, lawatan ke Pesta Buku Selangor. Alhamdulillah, dapat juga saya pergi ke Pesta Buku Selangor. Haha, nampak sangat tak pernah pergi pesta buku seumur hidup. Serius, selama mana saya hidup, memang saya tak pernah menjejakkan kaki ke mana-mana pesta buku. Hari ni kira sweet memory lah dalam hidup saya. Tapi dalam2x sweet memory ada juga bad memory. Tak nak ceritalah, menyedihkan betul! BTW, ceritanya panjang lagi. Nak baca, teruskan. Tak nak baca, stop! 

Alhamdulillah, ayah saya bagi peluang nak pergi pesta buku. Mak saya ajak jalan2x tempat lain tak nak, bila sebut pesta buku jawabnya, bolehlah. Tak sangka, tak sangka. Okey, saya tak berduit. Tapi terima kasih dekat mak saya yang belanja dua buah novel for my coming birthday. Katanya, hadiah daripada family. Wah, family yang memahami minatku! Dapat Curi-Curi Cinta karya Siti Rosmizah yang sememangnya tebal dan Playboy Itu Suami Aku karya Suri Ryana. Wee, tak ada rezeki nak jumpa penulis Curi-Curi Cinta. Tak pelah. InsyaAllah, kalau ada, adalah.

Adik perempuan saya yang dah mula minat untuk membaca novel pun dapat novel juga. Mak saya belanja. Miss Blur karya Ebriza Aminuddin dan Kawan Baik Forever karya Wafa Arissa. Dia dah tamatkan novel Kawan Baik Forever. Laju betul dia baca. Kalah saya, -_-. Abang saya dapat buku keagamaan. Yang ni, ayah saya belanja. Punyalah syok dia 'usha' buku tu, sampai kami dah nak balik pun dia dok 'usha' lagi buku tu. Sudahnya, saya kena cari dia. Nasib baik jumpa. Walaupun pada mulanya dialah yang paling tak suka nak ke pesta buku, tapi pada akhirnya, dia beli juga. Katanya, tak tahan tengok buku keagamaan banyak sangat! Okey abang, happy reading! Boleh ke habis? Macam tak aje. Hehe, good luck okay?

Adik lelaki? Hah, walaupun dia tak merungut sebab nak pergi pesta buku, tapi dia memang tak beli satu buku pun. Ada orang hulur dia bookmark Pesta Buku Selangor tu, boleh dia buat 'derk' je? Sayalah yang jadi tukang ambilnya. Bila orang tu dah pergi, saya tanyalah dia, kenapa tak ambil bookmark tu? Dia jawab, ish, orang tak beli buku! Tak payahlah ambil! Haiyoo~ Dah bagi free bookmark tu ambillah! Apalah! Bila dekat dalam kereta, family semua tanya pada dia, kenapa tak beli buku? Takkan tak ada langsung yang minat? Dia jawab, ada apa buku, buku nota percuma ni, bukulah juga. Hish, ada-ada ajelah dia tu. Memang minat dia bukan pada buku. Minat dia pada sukan. However, today is a great day for me! Thanks ayah sebab sudi bawak ke pesta buku! Thanks nenek jugak sebab join kami! Yeah! Alhamdulillah, :). Great day, great memories, ^_^.

Salam sayang dan salam ukhwah,
Nasha Hadzir Othman

4 comments:

  1. ala..bestnya dapat pi.dekat shah alam ke? ada lagi tak? huhu..ingat kalau sempat nak pi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nana Liena, yup! Dekat SACC. Ada lagi, kalau tak silap saya sampai 3 Jun 2013. Pergilah! Sure best! Enjoy tau? >.<

      Delete
  2. mai suke g pesta buku cm ni..tp tu la yg ni xda masa..nsb dh g pbakl ri tu, klu xmmg terkilan hbis! hee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mysara Ab Rahman, Wah! Hehe, Mai pun ulat buku ya? Atau lebih tepat ulat novel kan? >.< Okeylah, mana-mana pesta buku pun sama je sebab sure pesta buku mesti ada buku. Hehe. Tapi PBAKL lebih gempaklah sebab dia antarabangsa, ^_^.

      Delete